skrip kaunseling

4
Kaunselor : Selamat pagi saudari. Klien : Selamat pagi. Kaunselor : Adakah saudari selesa dengan kedudukan sebegini? Klien : Saya tarik kerusi ke hadapan sedikit. Kaunselor : Baiklah ,cikgu akan perkenalkan diri terlebih dahulu, nama cikgu ialah cikgu Pavitra dan saudari boleh panggil saya Cikgu Pavi. Klien : Nama saya Anita. Kaunselor : Anita, nama yang sedap didengari. Dulu semasa zaman persekolahan cikgu pernah ada kawan bernama Anita. Orangnya sangat baik ,manis dan peramah. Sama seperti saudari juga. Klien : Terima kasih, cikgu. Kaunselor : Baiklah, Anita. Terima kasih kerana sudi datang sini. Apa khabar Anita hari ini? Klien : Baik, cikgu. Kaunselor : Baiklah, sebelum kita memulakan sesi kaunseling, cikgu akan terangkan apa itu kaunseling? Kaunseling ialah satu proses perhubungan bersemuka antara individu yang didatangi masalah dengan seorang profesional terlatih ,berpengalaman serta berkelayakan memberi pertolongan dalam menyelesaikan masalah. Klien : Baiklah. Kaunselor : Peranan saya ialah mendengar apa yang Anita ingin katakan ,dan peranan anita sebagai klien adalah menceritakan masalah yang dihadapi kepada saya ,saya juga berharap apa yang Anita ceritakan adalah cerita yang benar supaya matlamat sesi ini akan berjaya. Klien : Ok. Kaunselor : Anita tidak perlu risau bahawa apa yang saudari sampaikan kepada saya akan diketahui oleh orang lain kerana apa yang diceritakan akan menjadi rahsia antara saya dan anita sahaja. Jadi jangan risau bahawa apa yang anita sampaikan kepada saya ,akan saya rahsiakan kecuali ia boleh memudaratkan diri anita dan orang lain. Klien : Baiklah.

Upload: thiradevi-balakrisnan

Post on 16-Jul-2016

1.381 views

Category:

Documents


63 download

DESCRIPTION

jangan copy

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Kaunseling

Kaunselor : Selamat pagi saudari.

Klien : Selamat pagi.

Kaunselor : Adakah saudari selesa dengan kedudukan sebegini?

Klien : Saya tarik kerusi ke hadapan sedikit.

Kaunselor : Baiklah ,cikgu akan perkenalkan diri terlebih dahulu, nama cikgu ialah

cikgu Pavitra dan saudari boleh panggil saya Cikgu Pavi.

Klien : Nama saya Anita.

Kaunselor : Anita, nama yang sedap didengari. Dulu semasa zaman persekolahan

cikgu pernah ada kawan bernama Anita. Orangnya sangat baik ,manis dan

peramah. Sama seperti saudari juga.

Klien : Terima kasih, cikgu.

Kaunselor : Baiklah, Anita. Terima kasih kerana sudi datang sini. Apa khabar Anita

hari ini?

Klien : Baik, cikgu.

Kaunselor : Baiklah, sebelum kita memulakan sesi kaunseling, cikgu akan

terangkan apa itu kaunseling? Kaunseling ialah satu proses perhubungan

bersemuka antara individu yang didatangi masalah dengan seorang profesional

terlatih ,berpengalaman serta berkelayakan memberi pertolongan dalam

menyelesaikan masalah.

Klien : Baiklah.

Kaunselor : Peranan saya ialah mendengar apa yang Anita ingin katakan ,dan

peranan anita sebagai klien adalah menceritakan masalah yang dihadapi kepada

saya ,saya juga berharap apa yang Anita ceritakan adalah cerita yang benar supaya

matlamat sesi ini akan berjaya.

Klien : Ok.

Kaunselor : Anita tidak perlu risau bahawa apa yang saudari sampaikan kepada

saya akan diketahui oleh orang lain kerana apa yang diceritakan akan menjadi

rahsia antara saya dan anita sahaja. Jadi jangan risau bahawa apa yang anita

Page 2: Skrip Kaunseling

sampaikan kepada saya ,akan saya rahsiakan kecuali ia boleh memudaratkan diri

anita dan orang lain.

Klien : Baiklah.

Kaunselor :Baik,Anita.Matlamat sesi kita kali ini adalah untuk mencari penyelesaian

terhadap masalah yang saudari hadapi dan segala tindakan atau keputusan yang

diambil adalah ditentukan oleh anita sendiri dan anita perlu bertanggungjawab pada

keputusan itu dan saya di sini hanya lah sebagai pembimbing.

Klien : Baiklah cikgu. Saya faham.

Kaunselor : Boleh kita mulakan sesi kaunseling?

Klien : Boleh, cikgu.

Kaunselor:Tak apa, saudari boleh mulakan bila dah rasa bersedia.( Penjelasan)

Kaunselor : Sekarang, beritahu cikgu apa masalah yang merunsingkan fikiran Anita

sejak kebelangkan ini?

Klien : Saya betul-betul bingung sekarang. Mak dan ayah hari-hari bertengkar

dan terus bertengkar, tak pernahpun ambil peduli tentang saya; hidup ke mati ke

sayani...dalam masa yang sama saya perlu terus tinggal bersama mereka.

Itulah...ikut hati nak lari aje, tapi sayang pula saya punya 'study' kat sekolah ni.

Kaunselor : ( Angguk kepala)Kalau begitu, masalah pertengkaran di antara ibu bapa

Anita yang merungsingkan fikiran Anita ke?

Klien : Ya, cikgu.

Kaunselor : Anita benar-benar kebingungan sekarang.(Prafrasa)

Klien : Yalah...mana tak bingung, orang lain ada ibu bapa juga tapi tak adalah

asyik nak bergaduh, ambil peduli juga tentang anak mereka......(mula menangis

teresak-esak)

Kaunselor : Hmm...cikgu dapat rasakan Anita bukan saja bingung tapi sedih dengan

situasi ini, bukan? (Refleksi perasaan dan pertanyaan tertutup)

Klien : (Senyap dan terus menangis teresak-esak)

Page 3: Skrip Kaunseling

Kaunselor : (Selepas beberapa ketika). Ok....Anita benar-benar bingung dan sedih

sekarang. Hmm...mungkin Anita boleh jelaskan lagi apa agaknya yang benar-benar

membingungkan awak? (Soalan terbuka)

Klien : Yalah cikgu...saya bingunglah cikgu. Bingung dalam membuat pilihan

antara nak terus tinggal dengan mak dan ayah yang tak pedulikan saya atau lari

saja dari rumah!!

Kaunselor : Cikgu dengar Anita benar-benar kecewa dengan sikap mak dan ayah.

Tadi saudari ada menyatakan mereka bergaduh setiap hari, tidak ambil peduli

terhadap Anita...tapi mungkin anita boleh jelaskan lagi kerana cikgu belum betul-

betul mengerti apa agaknya yang membuatkan Anita kecewa terhadap mereka

(Pertanyaan terbuka)

Klien : Iyalah...pertamanya mereka sibuk sangat bekerja dan terus bekerja.

Kemudian balik ke rumah ada saja dipertengkarkan tentang masalah duitlah, rumah

bersepahlah, siapa nak bayar bil dan macam-macam lagi.

Kaunselor : Teruskan

Klien :Pendek kata kalau mereka tak bertengkar, tak sah....sepatutnya

mereka tanyalah Nadia dah makan ke....kerja rumah saya dah

buatke...apake...dahlah saya anak tunggal! Bagi saya, sikap diorang ni sikap tak

ambil pedulilah....tak sayanglah kat anak!

Kaunselor :Anita sebenarnya boleh memilih untuk terus berada dalam keadaan

sedih atau berusaha untuk menyatupadukan keluarga anda. Saya percaya adalah

amat rugi jikalau Anita terus meninggalkan keluarga tersayang itu. Nanti, siapa akan

jagakan Anita dan uruskan keperluan Anita ? Cikgu tahu Anita budak yang bijak dan

setiap keputusan yang diambil oleh Anita tidak akan kecewakan mana- mana pihak.

Klien : Saya rasa saya perlu cuba berbaik-baik dengan kedua-dua ibu bapa

saya. Dah lah orang lain katakan tiada yang lebih besar dan penting melainkan ibu

bapa kandung kita.

Kaunselor : Baiklah, Anita. Lari dari rumah saja tidak akan memberi sebarang

penyelesaian kepada masalah Anita. Keselamatan saudari tidak akan terjamin

sekiranya Anita mengambil keputusan sedemikian? Lagi pun Anita masih bersekolah

Page 4: Skrip Kaunseling

lagi dan memerlukan sokongan ibu bapa . Segala keputusan yang diambil perlulah

Anita ambil secara sukarela dan selepas berfikir dengan baik. Cikgu harap Anita

tidak akan membuat keputusan yang boleh menjejaskan masa depan Anita dan

kebahagian keluarga Anita. Adakah Anita ingin meneruskan sesi kaunseling ini,

adakah Anita ingin berkongsi apa – apa lagi?

Klien : Tidak, cikgu.

Kaunselor : Cikgu harap awak boleh terima kenyataan. Bila usia kita meningkat

dewasa, kita mesti berfikiran terbuka. Sebenarnya pengalaman yang awak lalui

inilah yang membantu awak menjadi lebih matang. Selalulah berdoa agar hubungan

awak dengan ibu dan bapa sentiasa erat dan baik. Kalau begitu, Anita boleh balik ke

kelas. Sekiranya Anita ada apa- apa masalah lagi, Anita boleh jumpa saya bila- bila

masa sahaja. Pintu bilik cikgu sentiasa terbuka untuk Anita.

Klien : Terima kasih, cikgu

Kaunselor: Sama- sama. Cikgu harap Anita akan berjaya dalam kehidupan pada

masa kelak nanti.