skrip dj umh kawin

6
SKRIP KENDURI KAHWIN Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik samalah padan Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Rizal Bin Musa dan Nornasyrah Binti Abdul Rahman. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih Berarak masuk ke Meja Makan Beradap, pasangan raja sehari; (Nama Pengantin Lelaki) dan (Nama Pengantin Perempuan). Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan.

Upload: hasanuthinm

Post on 18-Feb-2015

290 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

dj kwin shj

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Dj Umh Kawin

SKRIP KENDURI KAHWIN

Panas kering siapakan tahu

Hujan rintik di Pulau Pandan

Berjalan seiring bersentuh bahu

Samalah cantik samalah padan

Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Rizal Bin Musa dan Nornasyrah Binti Abdul Rahman.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Anak Cina memasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah

Mara menuju mahligai kasih

Berarak masuk ke Meja Makan Beradap, pasangan raja sehari; (Nama Pengantin Lelaki) dan (Nama Pengantin Perempuan).

Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan.

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan majlis

Page 2: Skrip Dj Umh Kawin

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hari ini menugal jagung

Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung

Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri

Memberi cahaya di tengah balai

Majlis indah bertambah seri

Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati (Nama Tuan Rumah) dan Puan (Nama isteri Tuan Rumah), selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; (Nama Pengantin Lelaki) dan (Nama Pengantin Perempuan)., yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan (Nama Pengantin Lelaki) dan (Nama Pengantin Perempuan).

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Page 3: Skrip Dj Umh Kawin

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz (Nama) di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang

Hanya terkenang pada yang satu

Mula berkenalan kemudian bertunang

Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati

Sejarah perkenalan pasangan pengantin

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Encik………., selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik………… di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Page 4: Skrip Dj Umh Kawin

Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada dot.dot.dot. selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati

Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, marilah sama-sama kita dengarkan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh Pn. Hjh. Norazrah binti Ayub sebagai hadiah yang cukup istimewa buat kedua-dua mempelai kita. Lagu yang akan dipersembahkan ialah dot.dot.dot.

Itulah sebentar tadi nyanyian yang telah dipersembahkan oleh Pn. Hjh. Norazrah binti Ayub. Terima kasih diucapkan.

Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang

Kini masa makan beradab

Page 5: Skrip Dj Umh Kawin

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh dot.dot.dot. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas doa yang telah dibacakan sebentar tadi.

Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T.