skrip bicara berirama.docx

11
SKRIP BICARA BERIRAMA (“TERENGGANU – NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK”) SEGMEN A Nyanyian lagu Apa Khabar: Lelaki: Kami tanya apa khabar…. Kami tanya apa khabar…. Kami tanya apa khabar…. Kami tanya apa khabar…….semua Perempuan: Khabar baik Lelaki: Kami putera-putera yang kacak….. Perempuan: Kami puteri-puteri yang jelita….. Ramai: Dari Sekolah Kebangsaan Padang Landak /…akan mempersembahkan/ bicara berirama / bertemakan pelancongan Ramai: TERENGGANU Lelaki: NEGERI CANTIK, Perempuan: BUDAYA MENARIK…….. Nyanyian (ramai): Kalau tuang gi pata timor Jangan lupa maghi sokmo Negeri Terengganu memang sohor Tempat molek, tanah subor Na na na na na…Terengganu kita…. 1

Upload: shubamsn

Post on 09-Dec-2015

135 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKRIP BICARA BERIRAMA.docx

SKRIP  BICARA BERIRAMA

(“TERENGGANU – NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK”)

SEGMEN A

Nyanyian lagu Apa Khabar:

Lelaki: Kami tanya apa khabar….Kami tanya apa khabar….Kami tanya apa khabar….Kami tanya apa khabar…….semua

Perempuan: Khabar baik

Lelaki: Kami putera-putera yang kacak…..

Perempuan: Kami puteri-puteri yang jelita…..

Ramai: Dari Sekolah Kebangsaan Padang Landak /…akan mempersembahkan/ bicara berirama / bertemakan pelancongan

Ramai: TERENGGANU

Lelaki: NEGERI CANTIK,

Perempuan: BUDAYA MENARIK……..

Nyanyian (ramai): Kalau tuang gi pata timor Jangan lupa maghi sokmo Negeri Terengganu memang sohor Tempat molek, tanah subor Na na na na na…Terengganu kita….

Guru: semua….

Ramai: cikgu…..

Guru: Sempena cuti sekolah ini,/ cikgu akan mengadakan / lawatan sambil belajar.

1

Page 2: SKRIP BICARA BERIRAMA.docx

Solo: Hah… lawatan ye cikgu? Yeh yeh..hore..hore… seronoknya.. ( gaya tangan bersorak kegirangan )

Ramai: Shyyyyyy!!!!  Bukan mcm tu la…

Solo: Habis?

Ramai: Macam ni…

Ramai: Hoore hoore….hip hip hoore… Hip hip hoore… bergembira… Tepuk tangan sama-sama…

Kita menari sambil langkah kanan kiri…Goyang badan goyang kaki…Hore hore…hip hip hore….Bergembira….

Ramai : Sembang (bunyi  bising – bersembang ramai-ramai tentang keseronokan lawatan.)

Solo: Diammmmm!!!

Cikgu:   Sabar….sabar… Murid-murid jangan bising.

Solo: Ke mana cikgu?

Cikgu: Kita akan melawat negeri Terengganu.

Solo: Ha, dengarkan ini serangkap pantun…

Indahnya  batik,  coraknya kurik Dipakai oleh si anak watanNegeri cantik, budaya menarik Terengganu Darul Iman jadi sebutan,

Cikgu   : Ya, bagus tu. Dengar sini murid-murid / mula-mula / kita akan singgah/ di Kemaman../ Baiklah murid-murid /sekarang / kita naik bas. Ha… jangan lupa beratur ye….

Solo: Berresssss….

Solo: Cikgu..cikgu… Kemaman ni istimewa ke ?

Ramai: Eh, mestilah.

2

Page 3: SKRIP BICARA BERIRAMA.docx

Cikgu: Kemaman terkenal dengan / taman rekreasi/ dan zoo mini

Ramai : Wow , zoo mini…

Solo: Mesti ada haiwan kan cikgu? (bunyi haiwan  harimau… burung… monyet)

Ramai  : Memanglah ada haiwan… Eeeiii kau ni... tak kan zoo ada angkasawan!

Ish..ish..ish…ishhhh ( menggeleng kepala )

Ramai: Tu la…. lain kali/ jangan  jadi/ seperti katak / di bawah tempurung

Solo: Macam rusa masuk kampong ….

Cikgu : Sudah 3X …Di sini juga / ada Taman Orkid /  taman herba. dan….. dusun buah-buahan

Solo: Wowww…

Solo: Kawan2 /  lihat tu?

Ramai: Mana ?  

Solo: Bukan situ…. Sana laaaa…

Ramai: Ooooooo…. jambatan gantung!! Jom kita cuba….!!

Baris 3: Eeeiiii….gayat  laaaaa!!!! 

Baris 1 &2: Betul…betul…betul…

Cikgu: Murid-murid…..kamu lapar tak?

Ramai: Lapar ….Perut kami dah berkeroncong ni cikgu…

Cikgu: Kalau macam tu, kita singgah di Mesra Mall nanti yaaa….

Ramai : Hah !!! Mesra Mall  ….????? Nak….nak….nak….

Solo: Kami nak main bowling cikgu !!!

Ramai : Ya, kami nak main bowling…!!!! Macam ni cikgu….( bunyi bowling

3

Page 4: SKRIP BICARA BERIRAMA.docx

dan pin jatuh….PANG!!!!! – gerakan pelajar seolah-olah pin jatuh terpecah kpd 2 hala..

Ramai: Yeahhhh…( tepuk tangan ramai2)

Cikgu: Ermmmm….tak boleh 2x …tak sempat… Banyak lagi tempat kita nak melawat ni.

Ramai: Ermmmm…!!!!( kecewa..bahu menjatuh..muka menunduk..mimik muka sedih …senyap )

SEGMEN 2

Solo: Cikgu2….tengok…..apa tu?

Cikgu:  Oooh…itu  kawasan  perindustrian petroleum / Itu lah 'emas hitam' / dr dasar Laut / China Selatan.

Solo: Dal.. wau.. nga.. wau ..nun

Ramai: Dungun

Ramai: Dungun / terkenal dengan,/ kawasan pelancongan /yang menarik.

Baris 1 : Air Terjun  Chemerong / merupakan  air terjun / tertinggggggggiiiiiiiii di Asia.,…

Baris 2: Tanjung Jara,…

Baris 3: Pulau Tenggo

Ramai: dan…. Rantau Abang….

Ramai: Terkenal dengan /  penyu bertelur….

Solo: Cikgu,,,,cikgu….saya suka makan telur penyu..…sedapppppppp!!!!

Ramai  : Ewah..ewahhhh…..cantik muka kau! Mana boleh makan telur penyu.

Ramai  : Penyu hampir pupus/ disebabkan orang macam kamu!!! Fahammmm  ( memandang solo dengan marah)

Solo     : Ye la… Cuba dengarkan ini….

4

Page 5: SKRIP BICARA BERIRAMA.docx

Baris 2:  Anak muda berlagu sayang  Di batu remis melepas rindu  Adik ketawa di rantau abang  Penyu menangis, siapalah  tahu ( 2x )

Ramai: Dungun juga terkenal / dengan pasar malam / yang beesaaaar!!!,

Solo: Mari 3x..kepok lekor 3x..pulut lepa..sata..otak-otak…dua singgit 2x…

Solo: Makcik 2x… ketupat sotong ada?

Solo: Saya nak beli laksam…

Solo: Saya nak beli onde-onde…

Solo: Keropok lekor RM5….

Ramai: Bukan itu saja…Kuih tradisional pun ada…asam kepal / haji serban / koleh lemak / beka ubi / dan baaaaanyak  lagi…

Baris 1: Ermmmm…yummy…yummy…yummy  ( sambil gosok perut )…

Solo: Erkkkkk!!!!! (bunyi sendawa)

Solo: Mengantuk laaaa….. (bunyi dengkur)

SEGMEN 3

Baris 3 : (nyayian penuh penghayatan)  

Umbuk mayang diumbuk          Umbuk dengan jala jemala 

Ulek mayang diulekUlek dengan puterinya dua

Ramai: Puteri dua berbaju serong     Puteri dua bersanggol sendeng                 Puteri dua bersubang gading               Puteri dua berselendang kuning

Cikgu: Bangun….bangun…

5

Page 6: SKRIP BICARA BERIRAMA.docx

Ramai: (mengeliat…menggosok mata – aksi bangun tidur )

Solo: Oh tuan puteri…..di manakah engkau? (aksi terpingga-pinga mencari sesuatu dgn memandang kiri dan kanan ) Oh…. rupanya aku bermimpi…

Cikgu: Sekarang kita di Chendering yang terkenal dengan pusat kraf tangan

Solo: Cikgu…cikgu… tengok tu ada pelancong mat saleh la cikgu…

Solo: Hello childs!

Ramai: Hello….

Solo: Can u tell me, where is Pasar Payang and Taman Tamadun Islam please?

Ramai: Ohhhh….Pasar Payang is over there…/ Taman Tamadun Islam Losong.

Solo: “Terima kasih” /” Terengganu hebat” /.tq pupils…bye…

Ramai: Sama-sama…have a nice day…(aksi tangan melambai)

Ramai: Kawan-kawan….Terengganu juga / terkenal dengan / pulau yang indah …Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah….

Baris 1: dan ……..Pulau Redang ,

Ramai:  Di sini juga/ kita boleh  berenang / menyelam / dan….berkayak

Solo: Azan..…( melagukan azan )

Solo: Wah, cantiknya Masjid Kristal cikgu…( aksi teruja dan memukau )

Ramai: Taman Tamadun Islam jugaaaaa…..

Solo: Cikgu….(dengan lenggok suara manja)… Muzium Negeri juga terdapat di Losongkan cikgu?

Cikgu: Ya, betul tu…

Solo:   Muzium Terengganu merupakan Muzium terbesar di Asia tenggara…..

6

Page 7: SKRIP BICARA BERIRAMA.docx

Solo: 27 hektar tuhhhh….

Ramai:  Wooooooo……!!

Baris 2: Kawan-kawan tahu tak / Terengganu juga terkenal di seluruh dunia?

Ramai: Betullll…. Pulau Duyong / terkenal dengan/ sukan perahu layar / Piala Monsun….

Solo: Oh ye ke??? Hebat….hebatttttt!!!

SEGMEN 4

Solo: Cikgu-cikgu…tengok tu ada kuda la. Wahhhh....banyaknya kudaaaa…

Ramai: Hah….kuda???? Kuda kat mana….kuda kuda kat mana? (sambil mencari ..meninjau-ninjau )

Cikgu  : Ya…murid-murid / itu lah Taman Ekuestrian Antarabangsa Terengganu, di Lembah Bidong.

Solo: Dah sampai Setiu kah cikgu?

Ramai: Iye laaaa....kamu ni....bermimpi di siang hari lahhhh....

Cikgu: Tapi....kamu jangan lupa. Besut juga tak kurang hebatnya...

Solo: Besut....Bumi ’Ulul Albab

Ramai: Betul...betul...betul...Banyak tarikan di Besut tauuuuu.....

Baris 3: Lata Tembakah....Lata Belatan....(ala ala pantun)

Baris 2: Fuhhhhh.....nyamannyeeee.....

Baris 1: LA Hot Spring.....

Baris 2: Opocottt......panasnyeeeeee....(gaya mencelup kaki)

Ramai: Pantai Air Tawar / Bukit Keluang

Lelaki: Pulau Perhentian......tumpuan pelancong

7

Page 8: SKRIP BICARA BERIRAMA.docx

Solo: Cikgu...cikgu....hebat sungguh negeri Terengganu kan cikgu / saya banggggga menjadi anak terengganu.

Cikgu: Murid-murid...nampaknya hari dah petang. Elok lah kita pulang ke sekolah semula yea...

Ramai: Alaaaa...dah habis ke cikgu? Kami tak nak pulang lagi...

Solo 1: Sudah-sudah la tu...kau tak nampak ke ..pak cik Doyok dah tunggu tu....jom...kita cepat-cepat naik  bas!

Ramai: Pon! Pon ! Pon!!!!...

Solo: Cepat-cepat siapa lambat pakcik tinggal.....

Ramai: Ermmmm.....jom la ( dengan tidak bersemangat )

Solo: Nampak macam sedih jerr....Kamu nak dengar lagu tak???

Ramai : Nak...nak. / nak la..lagu apa pakcik ...???

Solo: haa...dengar ni yea...( gaya tangan memusingkan punat radio )

Ramai: Watimang watimang landokBaris 3: Landok sesame landok Baris 3: Turun ke pantailah dek nandung….membeli beras…Baris 3: Kalau hendak sesame hendak……Ramai: Watimang watimang landokBaris 3: Gajoh berantailah dek nandung….lagikan terlepas…. Ramai: Eh eh…..macam nama sekolah kita la….. Ha ha ha ha ha…..(ketawa)

TAMAT......

8