bicara buku
DESCRIPTION
Bicara BukuTRANSCRIPT
-
Bicara BukuNurul Hanisah Kelas 4S
-
Judul Buku:
Asrama Berhantu
-
Izah dan Rina bersekolah di sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil di Perak. Sepanjang mereka berdua bersekolah di sana,banyak peristiwa pelik dan mistik yang berlaku.
-
misalnya Huda, kawan kepada Izah dan Rina telah diganggu oleh lembaga putih semasa hendak pergi ke tandas perempuan pada tengah malam.
-
Kejadian tersebut telah meyebabkan ramai pelajar perempuan tidak berani untuk pergi ke tandas berseorangan terutamanya pada waktu malam.
-
Di samping itu,peristiwa Izah diganggu oleh makhluk halus ketika tidur sehingga menyebabkan Izah demam terkejut juga turut berlaku.
-
Pada bahagian akhir novel ini, semua makhluk halus yang mendiami kawasan sekolah tersebut telah diusir ke kawasan hutan dengan bantuan Ustaz Zamri, Ustaz Jamal dan Ustaz Kamari.
-
Suasana di sekolah tersebut kembali tenang seperti biasa dan pelajar-pelajar tidak lagi diganggu oleh makhluk halus itu lagi.
-
Sekian, terima kasih &JOM Membaca!