bicara jamadil awal 1431h

16
T anggal 14 Mac yang lalu, penduduk UK dan Ireland meraikan “Hari Ibu”, satu hari yang dikhususkan untuk kita sama- sama mengingat dan mengenang kembali segala jasa dan pengorbanan seorang insan istimewa yang bergelar ibu. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu memang tiada tolok bandingnya. "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya eng- kau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peli- haraanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah eng- kau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah Al-Isra‟, ayat ke-23) “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah men- gandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh men- ceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat ke-14) Begitu banyak ayat-ayat Allah Taala memperin- gatkan kita agar sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi kepada ibu kita. Kenangilah keperitan dan kesusahan ibu se- waktu bertarung nyawa melahirkan kita. Imba- slah kembali kesabaran ibu dalam melayani karenah kita yang bermacam-macam semasa kita di alam kanak-kanak dan remaja. Sehingga kini, ibu tidak jemu-jemu mencurahkan kasih sayangnya walaupun kita telah besar dewasa. Tiada yang lebih bahagia bagi seorang ibu me- lainkan melihat anaknya menjadi insan berguna dan berjasa kepada agama, nusa dan bangsa. Akhir kalam, ingatilah kisah „Alqamah yang tidak mampu mengucap syahadah dek kerana dia melebihkan si isterinya daripada ibu sendiri. Ibunya memendam rasa di hati, namun tidak diluahkan. “Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana mengurniakan aku seorang insan istimewa bernama Ibu. Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihiku sejak aku kecil. Ampunilah dosa-dosa mereka dan tempatlah mereka di dalam Syurga-Mu.” 1 PERMATAKU Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire w w w . m s m o n l i n e . i n f o Shahrir Kasjoo Izzuddin Yussof Ammar Roslizar Shahkang Wan Zulhilmi Raja Abdullah Hakim Kamal Haziq Fadzilah Hanim Nurul Iman

Upload: maktabmedia-ikramuke

Post on 31-Mar-2016

272 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

MSM Bicara Jamadil Awal 1431H

TRANSCRIPT

Page 1: Bicara Jamadil Awal 1431H

T anggal 14 Mac yang lalu, penduduk UK

dan Ireland meraikan “Hari Ibu”, satu

hari yang dikhususkan untuk kita sama-

sama mengingat dan mengenang kembali

segala jasa dan pengorbanan seorang insan

istimewa yang bergelar ibu. Sesungguhnya

pengorbanan seorang ibu memang tiada tolok

bandingnya.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya eng-

kau tidak menyembah melainkan kepadanya

semata-mata dan hendaklah engkau berbuat

baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari

keduanya atau kedua-duanya sekali sampai

kepada umur tua dalam jagaan dan peli-

haraanmu, maka janganlah engkau berkata

kepada mereka (sebarang perkataan kasar)

sekalipun perkataan "uh" dan janganlah eng-

kau menengking, menyergah mereka tetapi

katakanlah kepada mereka perkataan yang

mulia (yang bersopan santun)."

(Surah Al-Isra‟, ayat ke-23)

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik

kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah men-

gandungnya dengan menanggung kelemahan

demi kelemahan (dari awal mengandung

hingga akhir menyusunya), dan tempoh men-

ceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;

(dengan yang demikian) bersyukurlah

kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan

(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali

(untuk menerima balasan).”

(Surah Luqman, ayat ke-14)

Begitu banyak ayat-ayat Allah Taala memperin-

gatkan kita agar sentiasa berbuat baik kepada

kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi kepada ibu kita.

Kenangilah keperitan dan kesusahan ibu se-

waktu bertarung nyawa melahirkan kita. Imba-

slah kembali kesabaran ibu dalam melayani

karenah kita yang bermacam-macam semasa

kita di alam kanak-kanak dan remaja. Sehingga

kini, ibu tidak jemu-jemu mencurahkan kasih

sayangnya walaupun kita telah besar dewasa.

Tiada yang lebih bahagia bagi seorang ibu me-

lainkan melihat anaknya menjadi insan berguna

dan berjasa kepada agama, nusa dan bangsa.

Akhir kalam, ingatilah kisah „Alqamah yang

tidak mampu mengucap syahadah dek kerana

dia melebihkan si isterinya daripada ibu sendiri.

Ibunya memendam rasa di hati, namun tidak

diluahkan.

“Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana

mengurniakan aku seorang insan istimewa

bernama Ibu. Ya Allah, kasihanilah kedua ibu

bapaku sepertimana mereka mengasihiku

sejak aku kecil. Ampunilah dosa-dosa mereka

dan tempatlah mereka di dalam Syurga-Mu.”

1

PERMATAKU

Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire

w

w

w

.

m

s

m

o

n

l

i

n

e

.

i

n

f

o

Shahrir Kasjoo Izzuddin Yussof Ammar Roslizar Shahkang Wan Zulhilmi

Raja Abdullah Hakim Kamal Haziq Fadzilah Hanim Nurul Iman

Page 2: Bicara Jamadil Awal 1431H

P ada 21 Mac 2010 yang lalu, sebuah portal media perdana melaporkan kenyataan Ketua

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim bahawa sepanjang tahun

2009 sahaja terdapat 17,303 anak luar nikah berbangsa Melayu/Islam yang didaftarkan di

JPN. Katanya, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya (16,541),

manakala pada 2007 jumlahnya seramai 16,100 orang.

Datuk Alwi menjelaskan lagi dalam tempoh lima tahun lalu, sejumlah 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam. Jumlah itu pula tidak termasuk kes buang bayi yang dila-

porkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes-kes yang tidak dilaporkan.

17,303 orang berzina hingga melahirkan anak yang didaftar!

Berapa puluh ribu pula anak yang lahir tapi tak didaftar?

Berapa puluh ribu pula anak yang dibuang hidup-hidup atau digugurkan sebelum cukup bulan?

Berapa puluh ribu pula yang berzina tapi tak mengandung?

Berapa puluh ribu pula yang berzina dan termengandung, lalu cepat-cepat diaqad nikahkan,

maka tertutuplah kisah lahir anak haram?

Ya Allah! Betapa tenatnya umat kini! Kalau tidak kerana Maha Penyayang dan Pengampunnya Dia, pasti pelbagai bencana telah menimpa kita semua.

Dia telah melarang, tapi ramai buat tak endah. Hukuman yang Allah tetapkan dikatakan kejam.

Sekarang siapa yang lebih kejam? Anak tak berdosa dibuang merata-rata...macam ... tak tau lah, tak

sampai hati nak sebut.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan

satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".

(Al-Isra':32)

Menariknya, ayat yang sebelumnya adalah mengenai larangan membunuh anak. Seolah-olah mengi-

syaratkan terdapat perkaitan antara berzina dengan membunuh.

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang mem-

beri rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah

satu kesalahan yang besar".

(Al-Isra':31)

Rasulullah s.a.w. sendiri menggambarkan keburukan zina ini dengan sabdanya yang bermaksud:

"Tidak ada dosa yang paling besar di sisi Allah selepas syirik, selain daripada perbuatan seorang lelaki meletakkan nutfahnya (maninya) di dalam rahim yang tidak halal baginya". Riwayat Ibn Abi ad-Dunia

daripada al-Haitham bin Malik.

Berbalik kepada suatu penyelesaian mudah yang diambil oleh sebahagian mereka yang terjebak

dengan zina dan termengandung ialah mempercepatkan aqad. Apakah itu satu penyelesaian yang

selaras dengan kehendak Syara'?

Ikuti pandangsn fuqahak mengenainya di: http://penyuluh.blogspot.com.

Dia telah tetapkan hukuman, tapi hamba-Nya sombong, tak mahu laksanakan.

2

Umat Yang Tenat !!!

Oleh: Ustazah Maznah Daud

Page 3: Bicara Jamadil Awal 1431H

3

S esungguhnya setiap amalan itu berserta

dengan niat. Dan setiap perkara yang

dilakukan adalah bergantung kepada apa

yang diniatkan. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Apakah matlamat akhir kita, perkara yang diletak-

kan utama di dalam hati kita, akan menjadi

penentu kepada setiap keputusan dan pekerjaan

yang kita lakukan.

Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad

berkata,

“One of the reasons the rich get richer is because

they spend time with other rich people. Most of

my best investments come from my rich friends,

not from my stock brokers or real estate brokers.

It is important to know if a person‟s aspirations

are to be rich, comfortable or simply survive.”

Saya menterjemahkannya kepada:

“Salah satu punca orang alim menjadi semakin alim adalah kerana mereka banyak menghabis-

kan masa dengan orang-orang alim yg lain. Ke-

banyakan ilmu-ilmu dan amalan saya adalah

hasil daripada bersama-sama dengan sahabat-

sahabat saya yang alim, bukanlah rakan sekelas

atau sekolej saya. Penting untuk kita tau samada

seseorang itu bercita-cita untuk memasuki syurga Firdaus, atau syurga biasa, atau sekadar untuk

memasuki syurga pada akhirnya (masuk neraka

dulu), atau langsung tidak peduli samada dima-

sukkan ke dalam syurga atau tidak.”

Betulkah terjamahan saya? Saya teruskan.

“Friends who merely want to be comfortable or

survive will not understand why you want to be rich and may unconsciously pull you down.”

“Kawan yang hanya mahu buat ibadah wajib dan

hidup seronok di dunia tidak akan faham kenapa

kamu mahu bersungguh-bersungguh mengejar

syurgaNya dan akan secara tidak sedar men-

jatuhkan kamu.”

Seterusnya.

“How do you find people who are rich or want to

be rich? Rich Dad had a simple answer: “It‟s what

you know that determines who you know. If you

want to change who you know, simply change

what you know.” So the most important invest-

ment you can make is in your financial education

and financial experience. Invest in that first and

the people you spend time with will change.”

Bagaimanakah ingin mencari orang yang alim

atau ingin memasuki syurga? Super Murobbi ada

jawapan yang mudah: "Apa yang kamu tahu

menentukan siapa yang kamu kenal. Jika kamu

nak ubah orang yang kamu kenal, maka ubahlah

apa yang kamu tahu." Jadi perkara paling utama

untuk mengejar syurga Allah adalah tingkatkan ilmu agama, ibadah dan pengalaman berdakwah

kamu. Tingkatkan perkara itu dahulu dan orang-

orang di sekeliling kamu akan berubah.

Semua ni diambil daripada kata-kata Robert

Kiyosaki, Ten Decisions You Need to Make to Get

Rich, dan ini merupakan point yang ke - 5.

Banyak lagi daripada cara-cara untuk menjadi

kaya boleh dikaitkan dengan cara-cara untuk

memasuki syurga

Kenapa? Kerana sebahagian prinsip untuk men-

jadi kaya di dunia bersamaan dengan prinsip

untuk menjadi kaya di akhirat. Apa yang berbeza

antara keduanya hanyalah matlamat akhir kita

Fikirkan. Siapakah orang-orang di sekeliling kita?

Mereka membantu kita untuk menjadi kaya?

Atau miskin?

Rasululah SAW bersabda, “Seseorang itu adalah

mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah

seseorang itu meneliti siapa yang menjadi te-

mannya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, ber-maksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan

rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan

penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual

minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda,

sama ada anda membelinya atau hanya menda-

pat bau harumannya. Tukang besi pula boleh

menyebabkan rumah anda atau baju anda ter-bakar, atau mendapat bau busuk.”

Dalamilah ilmu agama dan dunia, libatkan diri ke

dalam medan dakwah, dan jalan untuk mema-

suki syurga akan terbentang di depan anda in-

syaAllah

Ask yourself. Do you want to be rich?

Or poor?

How The Rich Oleh: Izzuddin Yussof

Page 4: Bicara Jamadil Awal 1431H

4

P emuda, suatu komposisi yang seme-

mangnya penting dalam pembinaan

sesuatu tamadun.

Kerana pemudalah agen taghyir (perubahan)

masyarakat.

Kerana pemudalah pembawa obor-obor se-

mangat.

Kerana pemudalah penyumbang tenaga

penggerak.

Kerana pemudalah penentu masa hadapan.

Lihat sahaja di Andalus pada suatu ketika

dahulu, siapakah yang telah membuka bumi

Andalus, dan memulakan penyebaran Islam ke

sana? Seorang pemuda berusia 22 tahun,

bernama Tariq bin Ziyad.

Lihat sahaja di Constantinople pada suatu

ketika dahulu, siapakah yang telah membuka

kota Constantinople, yang telah mampu

mematahkan usaha umat Islam selama lebih

kurang 800 tahun? Seorang pemuda berusia

21 tahun, Sultan Muhammad al-Fatih.

Di UK dan Eire, rata-rata komuniti Malaysia

adalah terdiri daripada para pemuda, di mana

kebanyakan daripada mereka adalah para

pelajar. Bukan pelajar biasa sahaja, tetapi

pelajar yang bijak-bijak belaka.

Namun, satu persoalan di sini. Dengan

bilangan yang ramai dan kapasiti pemikiran

yang hebat-hebat belaka, apakah sebenarnya

yang telah dapat digapai oleh pemuda-pemudi

di UK dan Eire selama ini? Ya, mungkin akan

ada yang berbicara tentang pencapaian First

Class atau Second Class Upper yang telah

digapai oleh mereka. Namun, ke manakah

pencapaian itu disalurkan? Lebih keras lagi,

sejauh manakah kejayaan itu membawa

mereka ke arah menggapai pentadbiran

dunia?

Jauh sekali. Ya, jauh sekali. Jangan dibicarakan

dunia, satu daerah pun belum berjaya

ditegakkan risalah-Nya dengan sepenuhnya di

sini. Bagaimana mungkin untuk diubah dan

dihancurkan sistem-sistem manusia yang

sememangnya membinasakan manusia itu

sendiri seperti Kapitalisme dan Komunisme

jika ini pun belum mampu dilakukan? Ingat,

kita mahu mentadbir dunia dengan sistem

rabbani, bukan patuh kepada sistem rekaan

manusia!

Sesungguhnya Allah telah memuliakan

golongan pemuda. Ya, memuliakan!

Diabadikan dalam kitab cinta agung-Nya

kepada manusia, Al-Quran.

“…Sesungguhnya mereka adalah pemuda-

pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,

dan kami tambah pula untuk mereka

petunjuk.” [Al-Kahfi, 18 : 13]

Begitulah golongan pemuda yang dimuliakan

oleh-Nya. Dalam kisah ayat di atas, ditujukan

kepada Pemuda Kahfi. Para pembaca boleh

menelusuri lanjutan kisah tentang pemuda

Kahfi ini dalam Surah al-Kahfi.

Bingkisan Buat Para Pemuda Oleh: Kamal Haziq

Siapakah yang telah

membuka bumi Anda-

lus dan memulakan

penyebaran Islam ke

sana? Seorang pemuda

berusia 22 tahun, ber-

nama Tariq bin Ziyad.

Page 5: Bicara Jamadil Awal 1431H

5

Bingkisan Buat Para Pemuda

Mari kita lihat secara lebih terperinci ayat di

atas.

1) Sesungguhnya mereka adalah PEMUDA-

PEMUDA

Dinyatakan dalam ayat ini, golongan yang

dimaksudkan ialah pemuda. Ya, pemuda,

bukan orang tua yang sudah tiada keupayaan

fizikal mahupun mental, bukan kanak-kanak

kecil yang belum mengerti apa-apa. Kiranya

Allah memberikan penekanan dalam ayat ini,

bahawa golongan pemudalah yang diberikan

keutamaan dalam kes ini.

2) …YANG BERIMAN…

Beriman itu ertinya meyakini akan sesuatu,

bukan? Justeru, dijelaskan dalam ayat ini

bahawa pemuda-pemuda itu adalah pemuda

yang memiliki kedalaman iman, dan keteguhan

hati. Tetapi, di manakah sumber keyakinan itu?

Apakah yang diyakini itu?

3) …kepada TUHAN MEREKA…

Ya, keimanan yang hanya bersumberkan

daripada Allah Taala. Mereka menyerahkan

segala-galanya di tangan Allah. Mereka yakin

bahawa Allah yang menentukan segala-galanya.

Di sini, kelihatan bahawa iman kepada Allah itu

adalah suatu unsur yang menjadi tapak yang

kukuh untuk kehidupan. Keyakinan yang tidak

merugikan walaupun sedikit.

4) …dan Kami TAMBAH pula untuk mereka

PETUNJUK

Di sini Allah menambahkan kelebihan kepada

pemuda yang beriman kepada-Nya. Allah

memberikan petunjuk kepada mereka ke jalan

yang lurus. Allah memberikan petunjuk kepada

orientasi dan langkah-langkah perjuangan yang

benar. Ini sudah pasti akan membolehkan

mereka untuk mengetahui bagaimana gerak

langkah yang hendak diambil, mengetahui ke

arah mana perjuangan mereka, dan dapat

mengetahui apa yang harus dicapai dalam

perjuangan mereka.

Itulah golongan pemuda yang rabbani, golongan

yang harus dicontohi oleh kita. Namun, jangan

hanya kita contohi dan hanya simpan di hati

sebagai pedoman. Kerana kita sebenarnya

mampu untuk menggegarkan dunia! Kalaulah

Andalus dan Constantiple Berjaya ditawan oleh

pemuda yang juga manusia seperti kita,

mengapa kita tidak mampu menegakkan

kalimah Islam yang sebenar-benarnya bumi

Malaysia kelak? Saya membicarakan Malaysia

kerana kita mestilah memberikan fokus kepada

negara kita sendiri dahulu, yang sememangnya

terkandung pelbagai masalah di dalamnya

pada masa kini. Barulah kita boleh memikirkan

untuk kembali menguasai dunia, dan

mensejahterakan kalimah-Nya di muka bumi

ini.

Juga, janganlah dijadikan penguasaan kepada

dunia itu sebagai matlamat kita yang abadi.

Kerana matlamat kita jauh lebih besar dan

agung, yakni menggapai redha dan syurga-Nya.

Dan kita, sebagai pemuda, seharusnya

menjadikan fizikal dan pemikiran kita yang

mantap ini menjurus kepada keimanan yang

kukuh kepada-Nya, selama-lamanya.

Allahu Ghyatuna,

Ar-Rasulu Qudwatuna,

Al-Quranu Dusturuna,

Al-Jihadu Sabiluna,

Al-Mautu Fi Sabilillah,

Asma Amanina…

Oleh: Kamal Haziq

Page 6: Bicara Jamadil Awal 1431H

6

“You‟re doing so great! No! You can‟t give up

now! Just a little more! PUSHH!!!”

Dalam kekalutan dan panik, antara takut dan

berani, antara sakit yang sudah jauh melam-

paui batas serta keinginan yg tinggi melangit

untuk melihat hasilnya, antara tangisan dan

jeritan, dengan sisa-sisa tenaga yang ada dan

semangat yang mengalahkan panglima perang,

ibu-ibu itu berjuang juga melaksanakan

amanah Allah padanya… melahirkan anak!

.

Satu minit kemudian, tiba-tiba tersembul

kepala bayi. Kedengaran seluruh staff bilik

bersalin menarik nafas lega. Alhamdulillah! The

worst is over. Selepas kepala berjaya

dikeluarkan, bahu, seluruh badan bayi dan uri

bukanlah masalah yang terlalu rumit. Sebaik

saja seluruh badan bayi dapat dikeluarkan dan

diletakkan terus di dada mereka, ibu itu akan

tersenyum serta-merta ...melupakan darah

yang menitik-nitik terkumpul banyak di atas

lantai, mengabaikan bidan yang sedang

berusaha menarik uri keluar dari rahim, juga

tidak begitu terasa kerja-kerja jahitan yang

sedang aktif berjalan. Ibu-ibu itu sudah tidak

peduli apa-apa lagi.

.

Ketika itulah saya tersedar bahawa rupanya

saya sedang menyaksikan salah satu dari

kejadian Allah yang paling luar biasa. Kelahiran

manusia ke alam dunia. It was such an

amazing, magical and miraculous sight.

.

Kepala

Bahagian atas tengkorak bayi bukanlah seketul

tulang keras yang bercantum macam kepala

kita, tapi terdiri daripada 5 tulang yang kecil-

kecil yang belum bercantum. Semasa proses

kelahiran,tulang- tulang tengkorak bayi itu

dengan hebatnya boleh merapat-rapat hingga

bertindih-tindih supaya dapat dimuatkan juga

dlm saluran yang teramat sempit itu (head

moulding). Tidak cukup dengan itu, kepala bayi

juga lembut dan flexible, boleh berubah men-

jadi pelbagai bentuk. Jadi selepas ini jangan

terkejut pula melihat kepala bayi baru la-

hir berbentuk lonjong serupa kepala alien, ia

akan mampu kembali ke bentuk asal tengkorak

manusia dalam masa beberapa hari. Maha

bijaksana Allah menciptakan sedemikian rupa!

“Bukankah Kami menciptakanmu dari air yg

hina? Kemudian Kami letakkan dia ke dlm tpt

yg kukuh (rahim), sampai waktu yg ditentukan,

lalu Kami tentukan (bentuknya), maka Kamilah

sebaik-baik penentu.”

(Surah Al-Mursalat : ayat 20-23)

.

Rehat sekejap

“Did you notice that the uterine contractions

come every few minutes? It is nature‟s way to

let the mother relax.”, kata bidan itu kepada

saya. “It is Allah‟s way,” balas saya dalam hati.

Semasa bersalin, rasa sakit yang melampau itu

akan hanya datang setiap beberapa minit. Jadi

selama gap 1-2 minit itu, ibu sempatlah nak

tarik nafas panjang dan „rehat‟ sekejap, sebe-

lum menderita semula sakit yang tidak tertang-

gung dan hampir mencabut kewarasan itu.

Kalaulah Allah tidak menentukan sebegitu,

sakitnya mungkin tambah lagi 1000 kali ganda,

non-stop?! Sungguh Allah Maha Pengasih lagi

Maha Mengasihani.

.

Saya boleh terus-terusan menulis tentang kea-

jaiban proses kelahiran yang Allah ciptakan,

kerana segala-galanya amat mengkagumkan

lagi menakjubkan, namun, saya berhenti da-

hulu di sini ya.

Kolum Akhawat: LAHIRNYA CINTA Oleh: Fadzilah Hanim

Page 7: Bicara Jamadil Awal 1431H

7

Kolum Akhawat: LAHIRNYA CINTA

Bersalin – „labour‟ kata omputih. Sungguh,

tepat sekali ia dinamakan 'labour'. Bersalin

sememangnya perahan tenaga yang ekstrim,

memerlukan segenap kekuatan fizikal, mental

dan emosi yang pernah dimiliki untuk menem-

puhnya. But I have seen the strongest of moth-

ers and the most supportive fathers of all time

in the labour room. Ada ibu-ibu yang luar biasa

semangatnya, kekuatannya dan kesabarannya,

tidak meminta apa-apapun ubat tahan sakit,

cuma menahan dengan deraian airmata sambil

terpaksa bersalin berjam-jam lamanya. Ibu-ibu

ini berhak mendapat medal.

.

Dan satu lagi medal untuk para ayah yang

menjadi penyokong setia, yang menempuh

detik-detik sukar di dalam bilik bersalin itu,

bersama-sama doktor dan bidan, dari awal

hingga ke akhir, walaupun ia menakutkan

mereka melihat darah yang melimpah dan

menyaksikan insan yang dikasihi dalam kesaki-

tan.

.

After all the impossible became possible in the

labour room, at the end of the day, it was a

time of great syukur and joy!

.

Berat mata memandang, berat lagi bahu

memikul. Menjadi salah seorang kakitangan

bertugas di wad bersalin memang sangat

memenatkan. Ah.. tapi siapalah saya

berbanding ibu-ibu yang bagaikan superwoman

ini?

.

Saya pernah mendengar Syeikh Yusuf Estes

bercerita tentang perbualan antara beliau dan

isterinya:

Syeikh Yusuf: Tell me, what does it feels like to

give birth?

Zaujah: I can‟t explain.

Syeikh Yusuf: Oo...c‟mon. Wouldn‟t you even

try? Please, I wanna know.

Zaujah: (sigh) Take the tip of your tongue.. got

it?

Syeikh Yusuf: Yes, I'm holding it.

Zaujah: Now pull that tongue to the back of

your head! How would that feel?

Syeikh Yusuf: Alright, alright. You win. I got your

point. It‟s unexplainable!

.

Saya tidak pandai untuk membuat kesimpulan.

Suffice to say.. All praises be to Allah; Lord of

the worlds and my highest salute to all moth-

ers! Pengorbanan sehebat itu hanya layak

diberi ganjarannya oleh Allah sendiri dan moga

bayi-bayi comel itu kelak akan dewasa menjadi

pewaris-pewaris risalah Islam sehingga hari

qiamat. Ameen.

Oleh: Fadzilah Hanim

Kalaulah Allah tidak

menentukan sebegitu,

sakitnya mungkin tam-

bah lagi 1000 kali

ganda, non-stop!

Page 8: Bicara Jamadil Awal 1431H

8

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Dari Abdul Rahman bin Abu Bakar dari bapanya Radiallahuanhu ia

berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Mahukah aku beritahu-

kan kamu dosa yang paling besar? Kami menjawab: Sudah tentu

wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah: Menyekutukan Allah dan der-

haka kepada ibu bapa."

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan

murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

(Riwayat al-Hakim)

Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada

keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah

(untuk mereka dengan berkata) : „Wahai Tuhan kami! Cucuri rah-

mat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan

kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah al-Isra‟ ayat : 24)

MUTIARA

Page 9: Bicara Jamadil Awal 1431H

9

SYAHADATUL HAQ

Telah datang awan kebatilan

Maka di manakah saksi-saksi

Kebenaran yang dulu mengarak

di bumantara sejahtera?

Syahadah yang terang

Kaul dan amal adalah saksi

Aku juga akan bersaksi; bukti

aku benar seorang umat pertengahan.

Telah tumbuh duri kebatilan

Maka di manakah saksi-saksi

Kebenaran yang dulu menapak

di bentala sejahtera?

Syuhada Al-Haq, mara!

Belahkan langit dengan cenderasamu

Yang dikumpul berbilah-bilah

Kirimkan risalah islah

Kelak penggalkan berjuta helah

di hadrat Tuhanmu.

Saksikanlah! Bahawa,

Aku telahpun menyampaikan.

Rasydan Fitri

Southampton, UK.

MUTIARA

Page 10: Bicara Jamadil Awal 1431H

SUARA-SUARA TIANG

DINDING Bercorak Polos

Asyik omong kosong yang menjadi halwa pendenga-

ran dan itulah hiburanku sejak kompleks ini didirikan pihak berkuasa. Pelbagai kisah diperdengarkan dan

tidak kurang banyak drama yang dipentaskan di

hadapanku. Semuanya hanya dari pengunjung yang

merentasi koridor ini. Tiada siapa yang mahu singgah

di dinding polos berwarna biru lazuardi bertiangkan

aku ini melainkan berlalu membelah pawana sahaja.

Dalam ribuan pengunjung yang melewati hadapanku, pandanganku asyik melayah pada seorang gadis

bertampang Melayu-Cina ini. Bukan atas dasar

pakaiannya yang terbelah-belah tetapi kerana dia

merupakan pengunjung tetap kompleks ini suatu

ketika dahulu. Dahulu teman-teman memanggilnya

Shahirah tapi kini bertukar menjadi Shakey pula.

Mana satu yang tercatat dalam sijil kelahiran, aku pun tidak pasti.

Bukan sahaja aku, malah semua sahabat tiang

disampuk kehairanan dan ketidakpercayaan. Adakah

Shakey itu Shahirah - gadis berjilbab melabang-

labang yang dahulunya sering melalui koridor ini

bersama rakan-rakan berpakaian serupa dengannya. Bagiku, memang benar Shakey itu Shahirah, tahi lalat

yang tercalit betul-betul di atas alisnya masih tidak

berubah. Masih terpampang di ingatan, bagaimana

Shahirah sebelum ini kerap melepasi kami untuk ke

taman bersebelahan kompleks bersama rakan-

rakannya. Aku pernah mencuri dengar, katanya ser-

ing diadakan usrah di sana. Aku tidak pasti apa itu usrah kerana itu pertama kali kudengar, tapi kupasti

sesuatu yang mulia dan usaha menghampiri al-

Khaliq.

Kali ini Shahirah turut berlalu tapi dengan fiil dan

gaya yang terbalik. Habis semua disingsing dan dapat

kurasa cuma sekaki dua kain yang digunakan untuk

melitupi badannya. Segala perhiasan membersit dari simpanan rahsianya sebagai dara pujaan. Gembol-

gembol tubuhnya itu memang mampu memetik picu

nafsu sesiapa.

Mengapa Shahirah yang kami kenali setahun lepas

sedemikian jadinya? Isu ini pernah dibangkitkan oleh

salah sebatang tiang tatkala kompleks sudah mela-buhkan tabir operasi:

“Aku pasti dia terlepas perbincangan usrahnya men-

genai aurat. Mustahil gadis yang sentiasa basah

lidahnya dengan ratib itu tak tahu asas agama!”

Perbincangan semakin rancak lantas aku biarkan

hujah masing-masing bertingkah sesama sendiri

mencari kebenaran. Perlahan-lahan pelupuk mataku bertaup sambil kadang-kala hujah sahabat handai

menusuk gegendang telinga. Mungkinkah mata Sha-

hirah terkerjap seperti lenaku ini ketika membaca

suruhan Allah mengenai menutup aurat dan akhlak

Islamiah? Atau sengaja dia mencarik halaman kitab

suci Allah yang enggan diikutinya dan pura-pura tidak

memahami atau mengetahui hukum itu? Atau dia terpaksa mencabik-cabikkan pakaian sendiri demi

kemaslahatan peribadi? Atau dia jenis umat yang

memilih hukum yang dirasakan kena dan berse-

suaian dengan gaya hidupnya sahaja? Atau apa?

Saban waktu, Shahirah semakin membuatkan kha-

layak pengunjung kompleks menjegil mata – bahkan

wanita turut sama. Gombang wajahnya dan rerambut yang melepasi pelipis itu menjerat sesiapa. Mujurlah

tiang sepertiku bukan bersyahwat buas seperti seba-

hagian kaum Adam yang lain, kalau tidak tentu

menyulitkan. Ketakjuban senyumnya masih serupa –

lirikan itulah yang kulihat seketika dahulu apabila

atmanya terloncat-loncat kegembiraan membawa

pulang satu set bacaan Muqaddam dan Al-Quran berserta kaset dari toko buku berdekatan kami.

Terasa ingin pula kusapa tiang di kamar tidurnya,

adakah masih bersipongang kemerduan dendangan

ayat-ayat Ilahi itu?

Gerabak Kuning Keemasan Aku adalah sebatang besi, bersifat metallic yang

membidas sorotan cahaya dan tercagak di lantai

gerabak. Dari satu stesen ke stesen lain, aku ditanam

di situ dan yang silih pergi hanyalah penumpang.

Rencaman keletah dapat diteroka setiap detik dan

kadang-kala menghiburkan. Mujur aku dan rakan

tiang lain tiada keupayaan melontar suara, kalau

tidak sudah pasti bergegar segala pintu dan tingkap tren dengan bahak kami.

12

Oleh: Shahkang

Page 11: Bicara Jamadil Awal 1431H

SUARA-SUARA TIANG

Pernah satu hari, kepingin aku berehat kerana kan-

tuk menyerang tiba-tiba. Penumpang pula sedikit dan

pasti kerusi berkusyen biru empuk yang tidak terpe-manai jumlahnya itu diserbu. Bolehlah aku berehat

sebentar dari telapak tangan penumpang.

Entah mengapa, aku dihampiri satu pasangan yang

menggesel-gesel bahagian belakang badan padaku.

Ingin sahaja kutempik “Kerusi kosong masih banyak-

lah!” Namun apabila merenung lama tindakan kedua-dua manusia ini, rasa seronokku meluap-luap pula.

Bukannya apa, sejak aku dilahirkan di sebuah beng-

kel kimpalan, inilah detik pertama kulihat penum-

pang sebegini. Selalunya babak sebegini hanya

ditayangkan di skrin LCD yang digantung pada dind-

ing gerabak ini. Kali ini secara langsung, percuma

dan lebih melampau pula!

“Biarkan pemuda bertubuh agam itu mempamerkan

keluhuran cintanya pada Nabeela, gadis berbaju

pejabat dan bertanda nama itu,” desis hatiku. Tentu

sahaja dia sedang meninggi hidung bila kemahsy-

uran cintanya dapat disaksikan umum. Pasti selepas

ini ada pihak yang merakam perbuatan ini dan

diedar di seluruh alam maya. “Cinta Dalam Gera-bak”. Wah, pasti kedua-dua anak muda ini melonjak

kesukaan! Tambah lagi kalau ibu bapa yang mem-

banting seluruh tulang pikun melihat dengan mata

tua mereka. Pastinya, habis dicanang di warung kuih

atau di batas bendang. “Itu anakku! Itu anakku,

Nabeela!”

Jantan-jantan di kampung pula pasti menempek di

rumah orang tua Nabeela, tidak sabar menanti Na-

beela pulang setiap kali cuti panjang. Maklumlah,

Nabeela sudah menjadi artis yang popularitinya

menjulang deras bagai roket akibat video klip

amaturnya itu. Untung juga keluarga Nabeela. Na-

beela umpama bahan perniagaan yang menjadi rebutan semua. Secara automatik, segala hantaran

untuk mengikat tali perkahwinan dengan Nabeela

akan turut melangit jumlahnya. Betul-betul memberi

pulangan dan keuntungan yang menakjubkan!

Pernah juga gegendang telingaku disapa dengan

kenyataan Nabeela adalah seorang peguam cara di

salah sebuah firma guaman swasta terkemuka di ibu kota. Pastinya deretan gred A menghiasi sijil-siji

pelajaran Nabeela sebab mahu menapak dalam

bidang guaman bukan calang-calang orang. Paling

tidaknya subjek Pendidikan Agama Islam perlu dapat

pangkat satu atau dua untuk layak memohon bi-

asiswa kerajaan.

Segera aku menasihati rakan-rakan tiang akan tidak

menyergap Nabeela apabila bersabung pandangan

dengannya. Wahai teman, kita apa yang ada? Na-

beela dapat cemerlang subjek agama di sekolahnya

sudah pasti nanti ditekupnya di tiang-tiang seluruh tren dengan slip keputusan SPM dan menempik “Aku

dapat gred A semua subjek, siapa kau nak nasihat

aku?” Lebih baik jangan disergap atau ditegurnya,

mahu patah kita dibuatnya kalau Nabeela mem-

belanjakan gaji peguamnya yang empat angka itu

untuk membeli mesin gergaji besi. Arwah kita dipo-

tongnya!

Kini hampir sepurnama Nabeela dan jantung hatinya

bercanda ria di sekeliling rakan-rakanku. Sekali-

sekala sahaja kutemui dan kisah lain hanya disam-

paikan oleh rakan-rakan tiang lain. Semuanya mual

bercampur rasa loya. Mujur tiang tidak boleh mun-

tah, kalau tidak huru-haralah satu gerabak sebab

ada hampir 20 tiang di dalamnya. Kalau muntah melimpah dan mencium kaki, kasihanlah Nabeela

hendak berkasih-kasih dan berasmara. Nanti dia

mencebik, menarik muka pada kekasihnya. Berke-

cailah bumbu-bumbu percintaan agung itu kalau

setiap kali nak bercumbu, dihidangkan dengan

hanyir muntah dari besi-besi tiang. Alahai, kasihan

betul Nabeela!

Maafkan kami. Kami dicipta sebagai tiang memang

tak mampu mencuci muntah sendiri tapi kami rasa

melugai pun bukan sebab orang lain. Tak begitu?

Tepian Lebuhraya

“Preng!!”

Sekali lagi desingan menerpa di segenap rongga

tubuhku yang diperbuat dari besi dan berlohong ini.

Sekumpulan pemuda baru sahaja melewatiku den-

gan kenderaan masing-masing disertai sorak-sorai

manusia lain, menodai keheningan malam yang

dicipta ar-Raqib untuk umat manusia beristirahat.

Sumbu kebencianku yang selama ini lenjun dengan rembesan kesabaran mulai menyala dipanggang api

amarahku. Mahu sahaja aku pengapkan cahaya yang

kupancar ini, biar langking sepanjang laluan merba-

haya ini. Baru padan!

Walau bingit sekalipun, aku tetap jua menjadi

„peminat‟ anak muda ini dengan mengikuti perkem-bangan. Siapa mendahului, berapa jumlah taruhan

dan siapa gadis yang bakal tergadai – aku seolah-

olah pencatat yang tiada perasaan bosan. Aku ang-

gap itu satu keistimewaan. Segala maklumat seme-

mangnya tercoret kemas di kuras mindaku.

13

Oleh: Shahkang

… bersambung ke muka 14

Page 12: Bicara Jamadil Awal 1431H

14

Nampak jejaka berjaket coklat itu? Yang berambut

cacak kemerahan yang sedang mengusap ubun-ubun

gadis berseluar jeans melekap di betis itu? Namanya Awaluddin dan kukenal dia kerana kejaguhan yang

dipamerkannya setiap kali berlumba.

Dengar katanya dia merupakan pelajar perubatan di

salah sebuah universiti di benua barat tapi pulang

sebentar sekadar memenuhi slot cuti musim panas di

sini. Sudah pasti dia mengecapi kenikmatan wang pemberian kerajaan untuk kursus di sana yang kha-

barnya hampir melangkau jumlah jutaan ringgit.

Mana mungkin pendapatan ayahandanya yang men-

gambil upah membajak sawah dan menjual hasil padi

itu mampu membawanya ke sana.

Yang menjadi tanda tanya, aksesori motosikal dan

pasangan yang memboncengnya sering sahaja bertu-kar. Begitu kerap, sebagaimana kerap orang tuanya

di kampung merelas peluh ketika mengusahakan

bendang pusaka yang serelung itu. Bukan itu sahaja,

selalu juga dia membelanja rakan-rakan minum minu-

man dari dalam botol kaca yang tidak kutahu apa

kandungannya dan bermacam-macam lagi.

Dari mana datangnya sumber kewangan yang sebe-

gitu rupa?

“Ah, dia guna duit aku!” tiang bernombor 23 menya-

hut dari jauh.

“Aku? Sejak bila kau bayar cukai?” Samar-samar suara itu dilaung dari pelosok yang jauh. Sama-sama

kami ketawa memikirkan apalah yang ada pada tiang

bernombor 23 itu, melainkan karat yang mula men-

jalar di segenap tubuhnya setinggi kira-kira empat

meter itu dan kian dipanjat umur itu. Mana mungkin

ada kocek yang berisi walau sekelumit wang atau

barangan bernilai.

Benar, Awaluddin tiada sumber lain untuk kegiatan

remajanya. Berlumba, menaruh wang, menodai gadis

dengan pujuk rayu – masakan pendapatan orang

tuanya yang menyara hidup untuk lima orang lagi

adiknya mampu menampung.

Terbayang di layar imaginasi, apakah perasaan mereka yang terlibat dalam pembayaran „duit kita‟

itu? Aku sedia maklum komuniti tiang memang tidak

menyumbang apa-apa langsung tapi andai kata yang

menyalur wang itu terpacak di sini setiap malam

seperti kami, apa agaknya komentar yang dipacul-

kan?

“Pasti berang dan menukas segala caci maki. Siapa

yang tidak diterkam rasa geram melihat amanah

tergadai.” Begitulah pendapat tiang berangka 19,

jiranku.

“Ibu dan ayahku membayar juga! Apa salah aku guna-

kan untuk kesenangan sendiri?”

Timbul satu pernyataan yang aku rasa mungkin dilem-

parkan Awaluddin. Ada kebenarannya. Tiada salahnya

kalau dia hendak menauk wang itu pada apa jua

sekalipun, Dia mempunyai hak!

Tertanya-tanya juga, apakah sekumin nilai cukai yang

dibayar ibu bapa dan kaum keluarganya di utara semenanjung itu mencecah angka yang dibiasiswa-

kan padanya? Semestinya aku tak punyai jawapan.

Aku cuma sebatang tiang dan tentunya ilmu hisab

tidak aku dalami sepanjang hayat melainkan per-

kataan satu, dua yang sering dilaungkan penjaga

garisan sebelum perlumbaan bermula di hadapanku.

Siapa-siapa yang lebih arif bolehlah hitung jumlahnya

dan lampirkan padaku.

Sekian lama Awaluddin tidak menunjuk muka di sini,

hampir setahun. Dikhabarkan dari teman-teman

lumbanya, dia sudah pun terpelanting keluar dari

pengajarannya. Ada juga ura-ura menyebut puncanya

adalah dia tidak menghadiri ujian langsung ditambah

dengan markah rendah dalam kerja khusus akibat kes peniruan.

Suratan Awaluddin sudah pun diketahui tetapi bagai-

mana dengan wang bernilai tujuh angka yang telah

dilaburkan padanya?

Tetingkap Maya “Jadi kau tegur si Nabeela tu?”

“Aku terpaksa lupakan niat untuk menegur, manalah

sebatang besi mampu menghalang kasih agung

Nabeela dan suami haramnya. Memang tak terjang-

kau akal memikirkannya,” tiang gerabak megemu-

kakan perasaannya.

“Kau pula? Apa yang berlaku pada Shahirah?”

“Oh, pernah sebatang tiang yang sudah berumur

berhasrat menegur Shahirah dengan ayat-ayat Allah

yang pernah dicuri dengar menerusi corong radio dari

toko buku bersebelahan. Namun dengan tangkas

kuhalang.”

“Eh, mengapa dihalang niat murni itu? Bukankah

teguran itu menyelesaikan tanggungjawab kita? ”

tiang bernombor 18 mencantas hujah tiang dinding.

Tiang dinding mengulum bicara. Nada sendunya

bergetar-getar seakan-akan sebak mulai memutih jauh di penjuru sukmanya.

Sambungan dari muka 13 ...

Page 13: Bicara Jamadil Awal 1431H

15

“Usah bersedih. Aku turut kecewa dengan Awaluddin.

Haih, alangkah bagusnya wang pembiayaan pela-

jarannya digunakan pada kami!” Tiang lampu ber-nombor 18 meluahkan segalanya. Apa tidaknya,

lebih molek jika dibeli cat baru untuk menutupi karat

yang semakin menelan usianya. Mentol yang sudah

malap di puncak kepalanya turut boleh diganti, se-

kurang-kurangnya benderanglah suasana malam

yang likat di kawasan itu.

Kala taram-temaram mula menyelebungi suasana,

masing-masing mengatup tetingkap maya dan

mengharapkan takdir esok merobah nasib masing-

masing.

“Eh, mengapa dihalang niat murni itu? Bukankah

teguran itu menyelesaikan tanggungjawab kita? ”

tiang bernombor 18 mencantas hujah tiang dinding.

Tiang dinding mengulum bicara. Nada sendunya

bergetar-getar seakan-akan sebak mulai memutih

jauh di penjuru sukmanya.

“Usah bersedih. Aku turut kecewa dengan Awaluddin.

Haih, alangkah bagusnya wang pembiayaan pela-

jarannya digunakan pada kami!” Tiang lampu ber-

nombor 18 meluahkan segalanya. Apa tidaknya,

lebih molek jika dibeli cat baru untuk menutupi karat

yang semakin menelan usianya. Mentol yang sudah malap di puncak kepalanya turut boleh diganti, se-

kurang-kurangnya benderanglah suasana malam

yang likat di kawasan itu.

Kala taram-temaram mula menyelebungi suasana,

masing-masing mengatup tetingkap maya dan

mengharapkan takdir esok merobah nasib masing-

masing.

JOM BANTU SAHABAT

KITA DI PALESTINE !!!

Page 14: Bicara Jamadil Awal 1431H

10

MSM SANA SINI Oleh: Raja Abdullah Hakim

Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, rombon-

gan umrah Majlis Syura Muslimum selamat

bertolak dari terminal 3 lapangan terbang Heath-

row menuju terminal Saudi Airlines, lapangan

terbang Jeddah pada 02 April 2010 yang lepas.

Rombongan umrah MSM kali ini disertai seramai

32 orang dan diketuai oleh saudara Ir Roesli dari

Sheffield. Tahniah kepada pihak MSM Travel

and Tours (www.msmtravels.wordpress.com)

kerana sekali lagi berjaya menganjurkan pro-

gram umrah khusus untuk masyarakat Melayu di

UK dan Eire. Sama-sama kita doakan semoga

perjalanan rombongan ini dimudahkan dan semoga segala amal-amal soleh mereka di Mekah dan

Madinah diterima oleh Allah Taala.

ROMBONGAN UMRAH MSM

Alhamdulillah, „team‟ MKP Sheffield telah

dijemput untuk memberikan penerangan

tentang misi, visi dan objektif kewujudan MKP

di program Peace Of Palestine (POP) Leeds

anjuran ILuvIslam yang bertempat di bangunan

Parkinson Universiti Leeds bertarikh 20 Mac

2010 hari Sabtu. Sementara di Nottingham,

program yang sama turut diadakan pada hari

berikutnya 21 Mac 2010, bertempat di Radford

After School Care Centre.

Di samping itu „team‟ MKP ini juga dibenarkan

membuka „booth‟ jualan barang-barang MKP,

mengedarkan tabung Palestine dan menjual

tiket-tiket „Charity Dinner‟ yang akan diadakan pada 24 April 2010 dan mengedarkan profil

tentang Majlis Syura Muslimun. „Booth‟ jualan ini telah mendapat sambutan yang

memberangsangkan di atas sokongan dari para peserta POP. „Booth‟ ini juga turut dibantu oleh

akhawat Leed selaku „team‟ MKP Leeds dan semoga Allah menganjari pahala untuk kita semua.

Layari www.mkpalestin.blogspot.com untuk maklumat lanjut mengenai Misi Kasih Palestine

MSM. Dana terkumpul sehingga awal April 2010 berjumlah £6500.

MISI KASIH PALESTIN MSM DI „POP‟ LEEDS & NOTTINGHAM

Page 15: Bicara Jamadil Awal 1431H

11

MSM SANA SINI Oleh: Raja Abdullah Hakim

Pada 13 dan 14hb Mac yang lalu, Majlis Syura Muslimun telah mengadakan program Tamrin

Nisa‟ di Beaudesert Scout Camp, Staffordshire dengan tema “Idealising Daieyah, Perfecting

Muslimah”. Objektif program ini adalah memperkasakan ukhuwwah antara akhawat seluruh

pelusok United Kingdom dan Ireland, dan juga meningkatkan tsaqafah akhawat dalam bidang-

bidang keakhawatan. Tamrin Nisa‟ ini, atau nama singkatannya TamNi, dihadiri seramai 187

orang, termasuk delegasi dari negara Czech Republic dan Jepun.

Dalam kesegaran pagi, TamNi bermula dengan sesi ceramah dari seorang pakar psikiatri yang

mewakili Muslim Association Britain, Ummu Muhammad. Dalam sesi ceramahnya yang berta-

juk „How akhawat may contribute to the ummah‟, beliau memberikan banyak tips untuk men-

guruskan masa, rumah tangga, anak-anak dan kerjaya, di samping giat melakukan kerja-kerja

dakwah dan tarbiyyah.

Setelah mendapat inspirasi untuk menjadi akhawat sehebat sahabiah-sahabiah di zaman

Nabi seperti Aisyah, Hafsah, Asma‟ dan Summayah dari Ummu Muhammad, para peserta

disajikan pula dengan „Keakhawatan Stations‟, di mana peserta mendengar perkongsian

ringkas mengenai pendidikan anak-anak yang disampaikan oleh ukhti Suriani Samsuddin,

pengurusan stress oleh ukhti Manihah Alias, teknik pembelajaran efektif oleh Dr. Ilfita Sa-

hbuddin, dan pengurusan kewangan peribadi oleh ukhti Cempaka Seri. Sesi „Keakhawatan

Stations‟ ini mendapat sambutan yang hangat, sehingga masa terpaksa dianjakkan untuk

memberi peluang kepada para peserta bertanyakan soalan dan berbincang bersama para

penyampai.

Pada petangnya pula, sebuah ceramah fiqh perempuan telah disampaikan oleh Ustazah

Hamidah Mat, yang merupakan penulis buku Fikah Luar Negara. Ceramah ini kemudian dis-

usuli oleh perkongsian tentang baitul muslim (rumah tangga muslim) yang disampaikan oleh

ukhti Magdalena Samsuddin, wakil Biro Baitul Muslim MSM.

„TamNi Talent Night‟, atau TTN menjadi kemuncak program pada malam itu, di mana setiap

lokaliti menyampaikan persembahan masing-masing berdasarkan tema program. Tahniah

kepada kumpulan dari Plymouth yang berjaya merebut gelaran juara! Di samping itu, persem-

bahan- persembahan tersebut diselang-selikan dengan Lelongan Amal untuk Palestine yang

mendapat sambutan hangat, sehingga mencatatkan kutipan sebanyak £1023.16. Subhanal-

lah dan jazakumullahu khair kepada semua penyumbang-penyumba ng yang berhati mulia.

Sebagai penutup program, sebuah forum „Idealising Daieyah, Perfecting Muslimah‟ diadakan

pada hari Ahad. Forum ini diserikan oleh ukhti Suraya Sharil, ukhti Norhasnida Zawawi dan

ukhti Sarimah Shamsudin. Program tamat pada pukul 2 petang, selepas makan tengah hari

dan solat zuhur berjemaah. Semoga Allah merahmati usaha kecil ini, dan memperkasakan

ukhuwwah antara kita sebagaimana hadith Nabi Muhammad s.a.w:

“Tidaklah termasuk beriman seseorang diantara kamu sehingga mencintai saudaranya seba-

gaimana is mencintai dirinya sendiri.” ( H.R Bukhari, Muslim, Ahmad, dan Nasa‟i )”

TAMRIN NISA’ (TAMNI) MERIAH & BERMAKNA

Page 16: Bicara Jamadil Awal 1431H

16 MAKTAB MEDIA MSM