skp2501 pengantar psikologi - upm edutrain interactive...

39
14/12/2016 1 SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI Dr. Azlina Mohd Khir [email protected] 03-89467156 Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia UNIT 13 PSOKOLOGI BILAZIM 1. Mendefinisikan psikologi bilazim 2. Menjelaskan jenis-jenis psikologi bilazim 3. Menghuraikan kesan psikologi bilazim HASIL PEMBELAJARAN

Upload: ngomien

Post on 30-May-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

1

SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI

Dr. Azlina Mohd Khir [email protected]

03-89467156

Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia

UNIT 13 PSOKOLOGI BILAZIM

1. Mendefinisikan psikologi bilazim

2. Menjelaskan jenis-jenis psikologi bilazim

3. Menghuraikan kesan psikologi bilazim

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

2

PENGENALAN

• Kita kadang kala kita berfikir, bertingkah laku secara yang tidak lazim (normal)/tidak seperti kebiasaan.

• Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat manusia yang “tidak siuman”, bertingkah laku tidak seperti orang yang “normal”.

• Ini merupakan tumpuan bidang yang dikenali sebagai psikologi bilazim, kecelaruan psikologi, kecelaruan mental.

KONSEP PSIKOLOGI BILAZIM

Sukar untuk didefiniskan, agak subjektif; mungkin bilazim pada sesuatu budaya tetapi tidak kepada budaya yang lain. Namun definisinya:

1. Adakah tingkah laku itu asing bagi budaya itu sendiri

a) Tingkah laku bilazim bersifat kualitatif

b) Tingkah laku bilazim bersifat kuantitatif

2. Adakah tingkah laku itu menyebabkan tekanan peribadi?

3. Adakah tingkah laku itu adaptif?

4. Adakah orang tersebut berbahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain?

5. Adakah orang tersebut secara sah di sisi undang-undang bertanggungjawab ke atas tingkah lakunya?

Page 3: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

3

PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM

• Telah dikaji sejak zaman lampau.

• Hippocrates – ketidakseimbangan cecair (humor)

• Pada kurun ke-16: kepercayaan tentang peranan cahaya bulan kepada kecelaruan – lunatic (lunar – bulan).

• Sekarang – teori biologi dan psikologi cuba menerangkannya.

Banyak cara manusia zaman lampau menangani masalah kecelaruan psikologi

Page 4: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

4

Perspektif Perubatan/Biogenik

• Faktor biologi: ketidakseimbangan biokimia (hormon & neuropemancar), struktur otak dan penyakit.Pengubatan gunakan kejutan elektrik, dan psikosurgeri.

• Faktor Genetik: perwarisan (kajian kembar seiras).

• Neuropemancar: tahap norepinefrina, serotonin, dan dopamin, asetilkolina dan GABA dalam otak.

• Ritma biologi: ritma sikardian mengatur putaran biologi (eg tidur/jaga); gangguan kepada ritma ini boleh mencelarukan (kajian di negara sejuk).

Perspektif Psikodinamik

• Perspektif Psikoanalisis: Frued dakwa adalah akibat konflik-konflik bawah sedar (tidak dapat diselesaikan di perinkat awal); ego tidak dapat membela diri.

• Perkembangan personaliti Erikson: konflik antara keperluan dengan budaya; ketidakmapuan untuk berkembang seterusnya kerana belum ada kemahiran yang diperlukan – tidak boleh berkembang selagi kemahiran di peringkat sebelumnya tidak diperolehi.

Page 5: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

5

Perspektif Tingkah Laku

• Pendekatan Behaviorisme

• Kesemua tingkah laku adalah dipelajari dan diperteguhkan

• Kecelaruan psikologi adalah dipelajari.

• Tingkah laku daripada pengalaman lalu, atau kerana gagal mempelajari cara tingkah laku yang sesuai. Contoh malu.

Pendekatan Kognitif

• Kecelaruan berlaku kerana kesilapan berfikir dan persepsi yang herot (distorted) – secara salah. Bimbang dan murung kerana pemikiran kita.

• Perspektif Jean Piaget: pengalaman dan persepsi kanak-kanak dicabar oleh rangsangan yang berubah-ubah (apa yang difikir berbeza dengan apa yang sebenar berlaku di persekitaran).

• Perspektif Aaron Beck: kecelaruan berlaku kerana salah konsepsi dan interpretasi terhadap pengalaman; kepercayaan teras (skema) mempengaruhi salah interpretasi kepada pengalaman, dan mempengaruhi psikologi (menjadi murung, etc) – seterusnya mempunyai persepsi negatif terhadap diri dan persekitaran.

Page 6: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

6

Pendekatan Humanistik

• Menekankan bahawa manusia mampu mencapai potensi yang tertinggi.

• Kegagalan / halangan untuk mencapai apa yang ingin dicapai menyebabkan manusia boleh mengalami kecelaruan.

• Mengikut Maslow manusia yang tidak mampu memenuhi keperluan pertumbuhan (sosial, harga kendiri dan penyempurnaan kendiri) boleh mengalami gangguan psikologi.

Pendekatan Lain

• Teori Feminis: menekankan bagaimana masyarakat lebih pro kepada lelaki,lebih memberatkan ciri-ciri kelelakian.

• Masyarakat menganggap piawaian tingkah laku betul adalah pada lelaki.

• Kesemua ini membataskan wanita untuk berkembang dengan sebaik mungkin

Page 7: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

7

• Teori Krisis: menekankan bagaimana manusia bertindak balas terhadap peristiwa-peristiwa hidup. (Berkaitan stress)

• Bergantung kepada: – Persepsi tentang krisis

– Pengalaman lalu menangani krisis

– Kemampuan daya tindak terhadap krisis

– Sistem sokongan yang ada

• Sekiranya manusia tidak berjaya mengatasi krisis hidup manusia boleh mengalami kecelaruan.

DIAGNOSIS KECELARUAN MENTAL

1. Temubual klinikal

2. Ujian Psikologi

3. Pemeriksaan neurologi

Page 8: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

8

KLASIFIKASI KECELARUAN MENTAL

• DSM – Diagnostic and Statistical Manual for Mental Disorder

• Menyenaraikan dan menghuraikan tentang penyakit mental

• DSM I (1952)

• DSM II (1968)

• DSM III (1980)

• DSM IV (1994)

• Diterima umum, digunakan oleh ahli terapi, pekerja kesihatan mental,penyelidik – gunakan bahasa / istilah yang

sama.

Page 9: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

9

KECELARUAN KEBIMBANGAN

• Kecelaruan yang lumrah, biasa bagi semua orang dan dialami dalam kehidupan seharian.

• Kebimbangan merupakan emosi wujud akibat daripada sebab yang kabur (berbeza dengan takut).

• Kebimbangan menjadi celaru apabila ianya hebat dan berpanjangan (dan masih wujud walaupun penyebab sudah tiada)

• Terdapat beberapa bentuk kebimbangan: menyeluruh, panik, obsesif-kompulsif, fobia, dan pascatraumatik.

Kebimbangan Menyeluruh (Umum)

• Dicirikan oleh kebimbangan yang kekal dan kronik dalam kebanyakan bidang hidup (menyeluruh); bimbang berlebih-lebihan.

• Ciri-ciri: cemas, susah hati, resah, tegang, sukar tidur, tiada tumpuan; fisiologinya mudah berpeluh, degupan jantung yang kuat, sakit kepala, ketegangan otot.

• Teori-teori menerangkannya secara berbeza-beza: biologi, psikoanalisis, kognitif, dan humanistik.

Page 10: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

10

Kecelaruan Panik

• Panik: serangan mendadak/mengejut menyebakan masalah pemikiran toidak trsusun, perasaan takut dan ketidakupayaan, tingkah laku tanpa tujuan.

• Memberi kesan kepada fisiologi – degupan jantung, nafas tersekat, berpeluh etc.

• Boleh berlaku secara berperingkat-peringkat.

• Teori-teori menerangkan cara berbeza-beza – biopsikologikal dan kognitif

Kecelaruan Obsesif-Kompulsif (OCD- obsesive-compulsive disorder)

• Obsesi: pemikiran,imej atau impuls yang berterusan, yang tidak dapat dilenyapkan.

• Kompulsi: gesaan untuk bertingkah laku yang tidak dapat ditahan – mengira, memeriksa, menyentuh, mengumupl berulang-ulang.

• Pemikiran dan tindakan ini boleh membawa kepada kebimbangan.

• Tujuh kategori obsesi/kompulsi.

Page 11: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

11

• Kesan-kesan negatif akibat daripada kecelaruan obsesif-kompulsif

– Bukan kerelaan mereka (terdesak – tiada kawalan)

– Rasa malu (tidak rasional)

– Merasa putus asa kerana merasakan masalah tidak dapat dipulihkan

– Menyebabkan masalah konsentrasi dan kepenatan mental

• Penerangan: psikodinamik dan behaviorisme

Page 12: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

12

Fobia

• Daripada istilah Phobos (Tuhan takut)

• Pengalaman takut yang keterlaluan, berpanjangan dan tidak rasional terhadap objek, aktiviti atau situasi.

• Ciri-cirinya: – Tingkah laku tidak rasional

– Berpanjangan

– Tingkah laku penghindaran

– Ketidakupayan

• Jenis: – Agorafobia

– Fobia sosial

– Fobia khusus: situasi, persekitaran semulajadi, haiwan, kecederaan

• Penerangan: biologikal; psikodinamik; pembelajaran; humanistik.

Jenis-Jenis Fobia

Page 13: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

13

Gerun yang biasa dialami oleh manusia

Page 14: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

14

Tekanan Pascatraumatik (PSTD)

• Pengalaman peristiwa lalu yang mengerikan/menakutkan

• Simptom: kebimbangan, apati emosi, dan rasa bersalah; sukar memberikan tumpuan, teringat-ingat; kewaspadaan melampau; ketegangan, tingkah laku agresif; mengambil akohol.

• Rangsangan pencetus boleh menyebabkan ingatan kembali pada trauma asal (bau, tempat, benda-benda spt. pisau etc)

• Penerangan: kognitif

Page 15: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

15

KECELARUAN SOMATOFORA

• Soma – tubuh badan

• Kecelaruan yang dicirikan oleh simptom fizikal (tubuh badan rasa sakit) tetapi dari segi fizikal sebenar tidak sakit – hanya psikologikalnya rasa sakit.

• Fizikal dibuktikan tidak sakit, tetapi secara psikolognya fizikal rasa sakit.

Kecelaruan Somatisasi

• Rasa sakit pada bahagian fisiologi, tetapi bukan kerana faktor fisiologi; sebenarnya faktor psikologi

• Bentuk rasa sakit; demam, penat, kebas-kebas, masalah berjalan.

• Secara psikologi: mereka murung, bimbang.

• Mempengaruhi kehidupan harian

Page 16: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

16

Hipokondrias

• Kecelaruan terlalu prihatin kepada simptom penyakit

• Membesar-besar penyakit yang kecil

• Terlalu resah gelisah dengan penyakit yang kecil

Kecelaruan Jelmaan (konversi)

• Merasakan diri berubah dari segi fisiologi – menjadi pekak, buta etc.

• Ini bukan akibat faktor fisiologi tetapi psikologi.

• Seseorang itu benar-benar menjadi pekak, buta etc akibat daripada faktor psikologi.

• Masalah psikologi ditukarkan/convert/jelmakan kepada masalah fisiologi.

• Seseorang merasakan dirinya lumpuh walhal fisiologinya baik.

Page 17: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

17

Faktor-Faktor (Teori)

• Bisopsikologikal

• Psikodinamik

• Behaviorisme

• Humanistik

KECELARUAN PEMISAHAN

• Manusia dipisahkan daripada dirinya (tidak mengetahui dirinya – eg. lupa)

• Manusia tidak menyedari dirinya sebenar

• Dalam bentuk kehilangan identiti atau mempunyai lebih daripada satu identiti

• Boleh disebabkan peristiwa traumatik

Page 18: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

18

Amnesia Psikogenik

• Amnesia – hilang ingatan akibat faktor fizikal atau psikologi (peristiwa traumatik)

• Ingatan muncul kembali dalam beberapa jam atau hari

• Jenis-jenis: – Amnesia setempat

– Amnesia terpilih

– Amnesia menyeluruh

– Amnesia berterusan

Fugue Psikogenik

• Kehilangan keseluruhan ingatan – tidak menyedari langsung identiti dan kehidupan lalu.

• Fugue – lari daripada rumah; pesakit merayau-rayau dari pada rumah.

• Bertingkah laku tidak konsisten dengan personaliti asalnya

• Mengambil masa beberapa hari atau bulan.

• Boleh disebabkan oleh traumatik – malapetaka, perselisihan keluarga yang serius (traumatik), penolakan diri yang mendalam.

Page 19: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

19

Depersonalisasi

• Merasa bukan dirinya yang sebenar – lawan personalisasi.

• Merasa dirinya “herot” (distorted)

• Contoh: merasa tangannya besar, diri macam robot; atau persekiataran rasa berubah, tidak seperti biasa.

• Kadang kala pesakit menyedari apa yang mereka lihat dan rasa itu tidak benar, tetapi masih tetap merasakan sedemikian.

Page 20: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

20

Personaliti Pelbagai

• Dikenali sebagai kecelaruan identiti

• Split personality – berubah daripada satu personaliti ke satu personaliti yang lain,

• Personaliti-personaliti itu adalah berbeza-beza – nilai, tingkah laku, ekspresi perasaan etc.

• Kurang menyedari tentang personaliti asal

• Contoh: siang berpersonaliti baik etc; malam berpersonaliti yang berlawanan.

• Jarang berlaku

• Penyebab: biasanya sejarah traumatik (didera) di zaman kanak-kanak.

Page 21: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

21

KECELARUAN MOOD

• Mood – perasaan subjektif seseorang

• Diluahkan dalam bentuk bahasa dan tidak berbahasa.

• Perubahan perasaan manusia dari masa ke semasa perkara lumrah.

• Ia celaru apabila mengalamai kemurungan dan kegembiraan yang melampau dalam jangka masa panjang yang mengganggu kehidupan.

Kemurungan Major

• Dicirika oleh kehidupan yang amat tidak menggembirakan dan hilang minat untuk hidup.

• Simptom lain: hidup tidak menyeronokan; pandangan negatif terhadap diri sendiri; rasa tidak berguna; tidak bermaya; putus asa; menyahkan diri sendiri; kurang bertenagan; masalah tidur; sukar membuat keputusan.

• Faktor: pandangan negatif terhadap diri sendiri dan dunia, masa hdapan; dan perfectionist (kesempurnaan) – rasa tidak berguna apabila tidak dapat mencapai kesempurnaan.

Page 22: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

22

Pemikiran Tak Rasional

Kecelaruan Pascapartum

• Pasca-selepas; partum – melahirkan anak.

• Berlaku di kalangan wanita selepas melahirkan anak.

• Simptom: perubahan mood – menangis, kecewa, menyesal, persepsi yang salah.

• Faktor: perubahan hormon; perasaan tugas sebagai ibu yang membeban; perubahan dinamik keluarga; kurang sokongan.

Page 23: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

23

Kecelaruan Musim

• Banyak berlaku di negara yang mempunyai empat musim.

• Biasa berlaku pada musim sejuk (waktu malam yang singkat – kurang cahaya).

• Mengalami kemurungan – cenderung makan dan tidur berlebihan.

• Disebabkan oleh hormon serotonin yang mengawal jam sikardian (jam biologi).

• Pengubatan dengan cara memberi cahaya

Kecelaruan Dwikutub

• Alami dua “mood” yang berbeza secara radikal.

• Contoh: pada satu ketika alami kemurungan major, pada ketika lain alami mania (rasa sangat gembira, begitu optimistik dan aktif).

• Apabila berada dalam mania seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata- tidak rasional (eg menghabiskan wang dengan berjudi etc.)

• Simptom mania: penuh bertenaga, kelam kabut, jarang tidur, bercakap dengan laju dan kuat.

• Biasanya ditahan, khuatir mengganggu diri sendiri dan orang lain.

Page 24: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

24

Kecelaruan Dwikutub

Page 25: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

25

Faktor Kecelaruan Mood

• Pendekatan biologikal: faktor genetik dan neuropemancar; diwarisi secara genetik; dan neuropemancar serotonin dan norepinefrina. Terlalu banyak norepinefrina bawa kepada mania, terlalu kurang bawa kepada kemurungan.

• Pendekatan kognitif: keherotan pemikiran; melihat dunia dan diri secara negatif (rasa diri kurang, tidak berguna etc)

• Pendekatan Psikodinamik: tidak mampu meluahkan perasaan negatif dengan berkesan; penolakan ibu-bapa terhadap anak-anak,

• Pendekatan behaviorisme: faktor pembelajaran dan persekitaran; kekurangan kemahiran untuk memperolehi peneguhan yang sewajarnya diterima, dan kesannya menjadi murung

• Pendekatan humanistik: kekecewaan yang dialami dalam mencapai kehendak(penyemournaan kendiri); perbezaan di antara kendiri sebenar dengan kendiri ideal.

• Pengalaman tekanan: peristiwa-peristiwa lalu yang pernah dialami- kematian, kehilangan pekerjaan etc.

Page 26: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

26

SKIZOFRENIA

• Skizofrenia – “minda bahagi dua”; bertingkah laku terkeluar daripada tingkah laku normal.

• Dicirikan oleh gangguan kognitif, emosi dan tarik diri sosial; menderitai psikosis; hilang hubungan dengan realiti.

• Dalm DSM, skizofrfenia dikelaskan sebagai kecelaruan psikotik

• Dua bentuk skizofrenia:

– Skizofrenia tenat – dialami secara mengejut tanpa ada sejarah lalu.

– Skizofrenia kronik – dialami secara berpanjang dan adanya sejarah skizofrenia dan sukar untuk sembuh.

Simptom: kecelaruan kognitif

• Tidak berpijak di bumi nyata; ganjil, persepsi herot, bahasa tidak dapat difahami

• Halusinasi: pengalaman persepsi palsu – mendengar, melihat rangsangan yang tidak wujud. – Halusinasi pendengaran

– Halusinasi penglihatan

• Delusi: pengalaman kepercayaan palsu – percaya tentang sesuatu yang tidak benar/wujud. – Delusi kebesaran

– Delusi penganiayaan

– Delusi kawalan

– Delusi keagamaan

– Delusi mania erotik

– Delusi bersalah / berdosa

– Delusi somantik

– Idea rujukan

– Penyiaran pemikian

– Penarikan kembali pemikiran

– Pemasukan pemikiran

Page 27: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

27

Simptom: Gangguan Emosi

• Contoh: kurang menunjukkan gerakbalas emosi; gerakbalas emosi tidak sesuai dengan situasi.

• Jenis – Emosi tidak sesuai

– Emosi berlebih-lebihan

– Emosi malap

– Emosi mendatar

– Anhedonia

Simptom: Kecelaruan Tingkah Laku

• Dicirikan oleh tarik diri sosial.

• Ingin berhubung tetapi takut

• Kurang minat terhadap orang lain

• Ada yang kecelaruan motor

• Bahasa sukar difahami

• Ada yang bertindak seperti kanak-kanak

• Bertingkah laku tidak sesuai dengan situasi

• Tiada tingkah laku pengurusan diri – kotor etc.

Page 28: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

28

Skizofrenia Paranoid

• Mempunyai kepercayaan palsu (delusi) dan juga halusinasi – curiga terhadap oang lain / bertengkar

• Mempunyai identiti lain daripada asal (mendakwa diri sebagai nabi etc.) – skizofrenia besar.

• Terlalu curiga pada orang lain – berfikiran orang lain ingin menjatuth, menculik atau membunuh mereka.

• Pesakit kelihatan seperti orang normal (dari pakaian etc.), Cuma pemikirannya yang celaru.

• Dikenali sebagai skizofrenia parafrenik.

Page 29: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

29

Skizofrenia Hebefrenik

• Yang paling serius, di alami di peringkat awal kehidupan.

• Dicirikan oleh halusinasi dan delusi, serta ketidaksesuaian tingkah laku, kebodohan, tingkah laku ganas dan ganjil.

• Pemikiran pesakit adalah kacau bilau, berpecah-pecah, tidak teratur.

• Tingkah laku tidak teratur: kotor, tidak sopan, makan makanan kotor.

• Sukar untuk sembuh

• Dikenali juga sebagai skizofrenik.

Page 30: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

30

Skizofrenia katatonik

• Biasanya tidak menunjukkan pergerakan langsung (menjadi kaku), tidak sedarkan diri, atau mungkin menggoncangkan diri.

• Sama ada kaku atau menggoncangkan diri dalam jangka waktu yang lama.

• Sekarang penyakit ini sudah jarang terjadi, kerana ubat telah ditemui

Page 31: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

31

Kecelaruan delusi/ skizofrenia besar

• Boleh dibezakan dengan skizofrenia paranoid.

• Delusi yang dialami tidak disertai dengan halusinasi

• Delusi – percaya bahawa dirinya adalah seseorang yang agung (nabi, tuhan etc) yang ingin menyelamatkan manusia.

• Ramai pengikutnya – yang terdiri daripada orang siuman.

• Contohnya: ketua ajaran sesat.

Page 32: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

32

Faktor Skizofrenia

PENDEKATAN BIOPSIKOLOGIKAL

• Menekankan faktor genetik (kajian kembar seiras)

• Faktor kimia dalam otak (neuropemancar)

PSIKODINAMIK

• Pesakit gagal mengatasi kebergantungan ke atas ibu mereka

• Gagal mempertahankan mereka daripada kebimbangan diakibatkan impuls id bawah-sedar

Page 33: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

33

Skizofrenia: aktiviti otak

Skizofrenia: Faktor genetik

Page 34: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

34

Skizofrenia: faktor genetik

Skizofrenia: Dopamin

Page 35: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

35

BEHAVIORISME

• Pesakit diberi ganjaran apabila bertingkah laku dalam keadaan ganjil

• Pesakit mengalami penolakan sosial (pengelaman) – akibatnya curiga kepada orang lain.

KOGNITIF

• Disebabkan gangguan terhadap tumpuan dan perhatrian

• Kanak-kanak keliru dengan tindakan ibu-bapa, tidak selari dengan apa yang biasa difikirkannya.

HUMANISTIK

• Tidak selari diantara kendiri awam dengan kendiri sebenar

• Cuba lari daripada realiti ketika tidak berjaya mencapai apa yang diinginkan

KECELARUAN PERSONALITI

• Kecelaruan salah adaptif

• Banyak jenis kecelaruan personaliti

• Bermula di awal kehidupan

• Gangguan kepada diri sendiri dan juga orang lain

• Sukar untuk disembuhkan

Page 36: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

36

Jenis-Jenis Kecelaruan Personaliti

• Kecelaruan personaliti paranoid

• Kecelaruan personaliti skizoid

• Kecelaruan personaliti skizotipal

• Kecelaruan personaliti antisosial

• Kecelaruan personaliti pinggiran

• Kecelaruan personaliti histrionik

• Kecelaruan personaliti narsisistik

• Kecelaruan personaliti pengelakan

• Kecelaruan personaliti kebergantungan

• Kecelaruan personaliti obsesif-kompulsif

Personaliti Antisosial

Page 37: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

37

KECELARUAN SEKSUAL

• Kecelaruan sebagai sesuatu yang merosakkan, yang menghasilkan kebimbangan, dan rasa bersalah atau menyebabkan rasa tidak selesa.

• Dalam DSM –IV mengkategorikan dua kelaruan seksual – Dyfungsi seksual

– Paraphilias

Dyfungsi Seksual

• Kecelaruan keinginan seksual

• Kecelaruan bangkitan seksual

• Kecelaruan kemuncak

• Kecelaruan sakit seksual

Page 38: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

38

Paraphilias

• Fetishisme

• Fedofilia

• Ekshibisionisme

• Voyeurisme

• Masokisme seksual

• Sadisme seksual

• Transvestisme

• Paraphilias lain.

RUMUSAN: KECELARUAN PSIKOLOGI

Page 39: SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI - UPM EduTrain Interactive ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PJJ_PSIKOLOGI BILAZIM.pdf · 14/12/2016 3 PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOGI BILAZIM •Telah dikaji

14/12/2016

39

RUMUSAN

• Psikologi bilazim adalah psikologi tidak normal (tidak lazim) – tingkah laku dan pemikiran.

• Banyak faktor menyebabkanya, seperti yang diterangkan oleh teori-teori tertentu.

• Psikologi bilazim juga boleh dalam beberapa jenis.

• Cara pengubatan dalam psikologi adalah berkaitan dengan TERAPI