psikologi islam

21
Personaliti Unggul Membentuk Generasi Bersahsiah Mulia 05.03.09 Mencari Ketenangan dengan Zikrullah Dikirim dalam Psikologi Islam pada 3:47 pm oleh abulutfi Di zaman penuh pancaroba ini, hati manusia sentiasa keluh kesah dengan pelbagai masalah dan ujian. Pelbagai usaha digunakan untuk mencari ketenangan jiwa. Ada yang ke panggung wayang, ada yang makan, ada yang tidur dan seribu satu macam cara lagi. Namun, Islam sebenarnya telah ada formula penenang jiwa sejak 1400 tahun dahulu. Firman Allah swt dalam surah ar-Ra’d, ayat ke-28, maksudnya dengan berzikir, hati menjadi tenang. Mungkin ramai yang tidak mahu mengakui kuasa zikir lantaran kemampuan ‘fikir’nya yang tidak menjangkaui hal-hal ghaib. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak kepada orang yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikir. Sebagai perumpamaan, ucapan dua kalimah syahadah adalah lebih berat daripada seluruh isi dunia jika diletakkan di atas timbangan. Dengan menyebut nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, seseorang akan diangkat darjatnya di sisi makhluk-makhluk Allah, dihapuskan dosa- dosa dan dijanjikan pahala yang melimpah ruah. Zikir juga merupakan perisai kepada syaitan dan jin. Beza orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir umpama orang yang hidup dan orang yang mati. Hal ini diungkap dalam salah satu hadith Nabi saw. Belum percaya? Cubalah sendiri. Mulakan dengan memaksa diri. Lama-kelamaan, mulut akan terbiasa dan akhirnya sertakan ucapan dengan hati (mengetahui makna dan fokus). Inilah yang disarankan oleh Imam Al- Ghazali hingga akhirnya beliau sendiri menemui Tuhannya. Satu langkah kita

Upload: masovan

Post on 11-Jun-2015

3.601 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Psikologi Islam

Personaliti UnggulMembentuk Generasi Bersahsiah Mulia

05.03.09

Mencari Ketenangan dengan   Zikrullah

Dikirim dalam Psikologi Islam pada 3:47 pm oleh abulutfi

Di zaman penuh pancaroba ini, hati manusia sentiasa keluh kesah dengan pelbagai masalah dan ujian. Pelbagai usaha digunakan untuk mencari ketenangan jiwa. Ada yang ke panggung wayang, ada yang makan, ada yang tidur dan seribu satu macam cara lagi. Namun, Islam sebenarnya telah ada formula penenang jiwa sejak 1400 tahun dahulu. Firman Allah swt dalam surah ar-Ra’d, ayat ke-28, maksudnya dengan berzikir, hati menjadi tenang.

Mungkin ramai yang tidak mahu mengakui kuasa zikir lantaran kemampuan ‘fikir’nya yang tidak menjangkaui hal-hal ghaib. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak kepada orang yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikir. Sebagai perumpamaan, ucapan dua kalimah syahadah adalah lebih berat daripada seluruh isi dunia jika diletakkan di atas timbangan. Dengan menyebut nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, seseorang akan diangkat darjatnya di sisi makhluk-makhluk Allah, dihapuskan dosa-dosa dan dijanjikan pahala yang melimpah ruah. Zikir juga merupakan perisai kepada syaitan dan jin.

Beza orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir umpama orang yang hidup dan orang yang mati. Hal ini diungkap dalam salah satu hadith Nabi saw. Belum percaya? Cubalah sendiri. Mulakan dengan memaksa diri. Lama-kelamaan, mulut akan terbiasa dan akhirnya sertakan ucapan dengan hati (mengetahui makna dan fokus). Inilah yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali hingga akhirnya beliau sendiri menemui Tuhannya. Satu langkah kita mendekati Allah, sepuluh langkah Allah mendekati kita. Apa yang lebih indah daripada mengenal

Allah lebih rapat?

Kajian oleh pakar-pakar kesihatan mendapati ornag yang bermeditasi meningkatkan gelombang theta dalam otak. Gelombang ini dipancarkan seseorang apabila berada dalam keadaan tenang. Bahkan meditasi dapat mengurangkan tekanan dan risiko penyakit jantung. Zikir juga merupakan satu bentuk meditasi, bahkan ia lebih daripada itu kerana Allah mengurniakan ganjaran pahala kepada mereka yang menyebut nama-Nya dengan ikhlas. Cubalah sendiri, anda pasti tidak menyesal!

01.09.09

Page 2: Psikologi Islam

Kawal Emosi Mu   Dahulu

Dikirim dalam Psikologi Islam pada 11:40 pm oleh abulutfi

Manusia adalah makhluk yang beremosi. Secara umumnya kaum wanita lebih emosi berbanding lelaki. Ini bukanlah satu kelemahan, tetapi satu kelebihan. Melalui limpahan emosi inilah, wanita menjadi tonggak sebuah negara dengan kekuatan membesarkan anak-anak yang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

Oleh kerana lelaki kurang beremosi, ia menghadapi kesukaran untuk menjadi suri rumah dan mendidik anak-anak di rumah. Namun, sebenarnya kurangnya emosi di kalangan kaum lelaki juga bukan tanpa kekurangan, malah satu kekuatan. Sebagai pemimpin dalam keluarga, organisasi atau negara, lelaki adalah insan yang diberi amanah mentadbir dan diberi kuasa membuat keputusan.  Sesuatu keputusan seharusnya dibuat tanpa mencampur-adukkan emosi ke dalamnya.

Sun Tzu, seorang pakar strategi perang di China suatu ketika dahulu menyarankan agar seorang Jeneral perang melepaskan diri dari pengaruh emosi apabila hendak  membuat sesuatu keputusan. Ini kerana jika seseorang berada dalam pengaruh emosi, persepsi terhadap sesuatu perkara akan terjejas. Ia tidak menggambarkan realiti sebenar. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud bahawa orang yang paling kuat adalah yang paling kuat menahan sifat marah. Marah adalah satu luahan emosi. Ia meletakkan nafsu di hadapan dan akal di belakang. Oleh itu, menahan kemarahan dikira sebagai satu kebijaksanaan oleh baginda.

Begitulah perancangan Allah. Dia letakkan emosi pada lelaki dan wanita dalam kuantiti dan nisbah yang sempurna. Bersesuaian dengan tugas dan peranan mereka. Allah juga tidak menjadikan sesuatu perkara untuk menyusahkan, bahkan sebagai suatu kekuatan jika kita tahu cara menggunakannya. Allah berikan kita alat, terpulang kepada kita hendak menggunakannya dengan cara yang bagaimana.

06.17.08Perbezaan Psikologi Islam dan Psikologi   Barat

Dikirim dalam Psikologi Islam pada 4:28 am oleh abulutfi

Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) mengatakan bahawa Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains

sosial (cIlm al-cumran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam

adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan

ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’, ada membincangkan akal, kewujudannya,

hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi (Husain t.th.).

Page 3: Psikologi Islam

Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan

atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui

perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku

(Husain t.th.).

Menurut Abdul Hameed Al Haslimi (1984) dari Universiti King Abdul Aziz, Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula

memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah

yang sama (psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi (Husain t.th.).

Al-Ghazali menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik

manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan badan (Husain t.th.). Walau bagaimanapun,

ilmu-ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan Barat tanpa

memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.

Habibah dan Noran (1997) menyatakan bahawa dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah

atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti

manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal.

Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau

mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri

secara total kepada Allah (Mohd Nasir 1992). Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di

bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk

kebaikan manusia dan masyarakat (Husain t.th.).

Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik yang berguna dan patut

digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain (Abdul Hamid 1989). Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan

mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini

berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar” (Al-Quran: Al-Fussilat: 53)

“Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri” (Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21).

Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya,

iaitu jiwa (Fromm, 1950). Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak

mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk

jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat. Menurut Mahyudin Yahaya (1986):

Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada empiris, material atau

spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut

dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik (hlm. 64).

Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam

itu sendiri akan hilang (Malik Badri 1980) kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-

sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali

Page 4: Psikologi Islam

06.16.08Pendekatan Psikologi   Islam

Dikirim dalam Psikologi Islam pada 4:57 am oleh abulutfi

Persepsi dalam dunia psikologi kebanyakannya dimonopoli oleh teori-teori dari barat. Menurut M.G. Husain (t.th.) dalam

buku Psychology and Society in Islamic Perspective, teori-teori moden ciptaan sarjana-sarjana barat ini lebih menitik

beratkan kajian sosial dan budaya manusia tanpa memberi perhatian pengaruh spiritual manusia.

Hassan Langgulung (1986) dalam tulisannya, Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikologi Moden: Sumbangan Islam,

menyatakan bahawa dalam Islam, jiwa merujuk kepada empat istilah iaitu ‘aql’, ‘nafs’, ‘roh’ dan ‘qalb’. Inilah perbezaan

paling ketara antara psikologi barat dan psikologi Islam, kajian terhadap jiwa diutamakan sedangkan di barat, kajian

terhadap tingkah laku lebih diutamakan.

Dalam buku Sains Sosial dari Perspektif Islam, Wan Hashim Wan The (1986) menyatakan bahawa teori-teori psikologi

dari barat tidak sesuai digunakan untuk mengkaji masyarakat Islam kerana ‘world-view’ Barat tidak sama dengan ‘world-

view’ Islam. Oleh itu, teori-teori yang dicipta oleh sarjana barat tidak berdasarkan realiti masyarakat Islam. Sebagai

alternatifnya, Hanna Djumhana (1994) dalam buku Integrasi Psikologi Dengan Islam: Menuju Psikologi Islam,

menegaskan bahawa prinsip tauhid hendaklah dijadikan pedoman dalam kajian psikologi.

Sarjana-sarjana Islam yakin bahawa perspektif psikologi yang digali dari Al-Quran dan Al-Hadith boleh mempengaruhi

perubahan sosial dan masyarakat. Menurut M.G. Husain lagi, manusia berupaya mencapai kehebatan dengan memupuk

sifat-sifat yang dikehendaki Allah S.W.T. ke dalam dirinya. Ini kerana objektif dalam kajian psikologi Islam adalah untuk

membentuk insan yang lebih berkualiti serta mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

05.31.08

Psikologi Melayu: Sumbangan   Islam

Dikirim dalam Psikologi Islam pada 1:46 am oleh abulutfi

Melayu tradisional adalah satu bangsa yang amat menekankan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai ini dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak bagi memastikan kelakuannya bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Konsep ‘malu’, ‘harga diri’ dan ‘maruah’ mempunyai kepentingan sosial dan nilai-nilai ini dipertahankan habis-habisan.

Orang Melayu dahulu juga dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan hormat menghormati, terutamanya terhadap orang yang lebih tua dan pemimpin mereka. Penekanan terhadap adab dan kesopanan dapat diperhatikan dalam kehidupan beraja. Dalam Sejarah Melayu, dinukilkan betapa pentingnya seorang Sultan atau anak Raja memiliki akhlak yang mulia.

Bakal Sultan dilatih dan dididik agar berketrampilan di mata masyarakat. Di samping meneruskan satu imej sejak turun-temurun, maruah juga dipertaruhkan. Persepsi masyarakat ketika itu, seorang Sultan yang baik adalah Sultan yang mempunyai adab di samping sifat kebijaksanaan.

Budaya dan identiti masyarakat Melayu ketika itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang paling utama adalah kedatangan Islam ke alam Melayu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada kurun ke-14 telah membawa

Page 5: Psikologi Islam

perubahan ketara dalam peradaban masyarakat Melayu. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, agama Islam sebenarnya telah mewujudkan identiti bangsa Melayu yang tersendiri.

Meneliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kita akan mendapati permulaan satu bangsa Melayu yang bertamadun. Bermula dengan Islamnya pemimpin Melayu ketika itu, dan tindakan itu kemudiannya diikuti oleh sekalian rakyat jelata. Orang Melayu juga amat menyanjung dan menghormati golongan alim ulama dan tokoh agama. Guru-guru di zaman awal kemerdekaan dianggap sebagai profesion yang amat mulia dan disanjung tinggi.

Kehalusan budi orang Melayu yang disulam dengan keiklasan iman turut diabadikan di dalam perkataan ‘budiman’ yang mencantumkan makna budi dan iman. Budaya dan tradisi bangsa Melayu bukan sekadar disesuaikan dengan ajaran Islam, bahkan budaya itu sendiri dibina berasaskan nilai-nilai Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan sistem nilai orang Melayu hampir keseluruhannya dibentuk oleh Islam.

Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui pengaruh Islam terhadap nilai dan etika Melayu melalui buku kontroversi beliau, The Malay Dilemma. Namun, menurutnya, interpretasi yang salah terhadap agama telah menyebabkan orang Melayu terjebak dengan sikap-sikap yang lari daripada landasan agama seperti tidak berani mengambil risiko, tidak tahu merancang dan berpada dengan hidup yang sederhana. Menurutnya lagi, budaya juga merupakan antara sebab orang Melayu kian mundur berbanding bangsa lain. Budaya yang dimaksudkannya ini berpunca daripada faktor persekitaran dan bukan sifat semulajadi orang Melayu.

Antara sikap yang diperincikan Tun Dr. Mahathir adalah sikap ‘easy going’ atau sikap ‘tak mengapa’ yang menyebabkan bangsa Melayu terkebelakang dalam bidang perniagaan berbanding bangsa Cina. Sikap ini juga menyebabkannya mudah dieksploitasi dan menyerah kalah. Orang Melayu juga sering mahukan keuntungan segera serta tidak tahu menilai wang. Perkara yang sama telah diungkapkan oleh Profesor DiRaja Ungku Aziz iaitu orang Melayu hanya tahu sesuatu perkara itu banyak atau sedikit tetapi tidak tahu nilai nombor tersebut.

Dalam buku The Way Forward, Tun Dr. Mahathir telah menyalahkan penjajah di atas sikap negatif orang Melayu. Dasar pecah dan perintah British telah melemahkan masyarakat Melayu dari segenap penjuru. Berbeza pula dengan pandangan Datuk Dr. Hassan Ahmad, bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang percaya sikap malas bekerja, suka berpesta dan berpoya-poya orang Melayu adalah ciptaan penjajah Barat yang memandang rendah terhadap masyarakat Melayu atau dalam istilah mereka ‘the natives’ yang merujuk kepada masyarakat yang tidak bertamadun. Persepsi negatif terhadap orang Melayu ini pula terus dipegang oleh orang Melayu sendiri sehingga hari ini.

Menurut Dr. Sidek Fadzil, rasa tidak selamat terhadap kuasa Barat turut mendorong orang Melayu menjadi lebih Islamik. Maka sekitar 1950-an muncul nama-nama seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Pendeta Za’ba dan Profesor Zulkifli Muhammad, cendekiawan Melayu berfahaman Islam moderat yang menyemarakkan kebangkitan semula orang Melayu. Mereka adalah antara tokoh-tokoh orang Melayu yang menentang kehadiran British di Tanah Melayu ketika itu. Kesedaran untuk mengubah nasib bangsa ini sekali lagi disemarakkan oleh sentimen kebangkitan Islam selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniah.

Menggagas Psikologi Islami:

Mendayung di Antara Paradigma Kemodernan dan Turats Islam

Pendahuluan

Melakukan sebuah pencarian ilmu menjadi sebuah tugas harian bagi para intelektual.

Pemikiran-pemikiran keilmuan yang ada senantiasa dikaji, diteliti, dan diverifikasi,

sehingga menghasilkan  temuan-temuan baru yang kadang mencengangkan dunia.

Dunia sains yang begitu hingar bingar memang telah memberikan sebuah kontribusi

besar bagi peradaban dunia ini. Peradaban modern yang diawali dengan revolusi

industri Inggris dan Perancis tahnu 1789 menjadi titik berangkatnya.

Page 6: Psikologi Islam

Di balik kecanggihan sains modern ternyata memiliki kontribusi terhadap

munculnya diskrepansi dan dehumanisasi. Tentunya perlu ada semacam evaluasi

terhadap ilmu, penggagas dan pengguna ilmu. Tak ayal muncullah apa yang disebut

korupsi dalam ilmu pengetahuan yang diintrodusir oleh Arnold dalam bukunya The

Corrupted Sciences: Challenging the Myths of Modern Science (1992). Ia menulis

seperti ini tentang sains modern sekarang:

 

“Modern sciences and technologies are corrupt not because they are evils in themselves… but because many perceptions in, and methods of, science are wrong in theory and in practice, and because many scientists refuse to face the consequences of their work or make value judgements about its possible applications. Such an attitude makes technicians out of those who profess to practice science.”

Menurutnya, ada semacam ketidaksejalan antara teori dan praktek dan

penolakan para ilmuwan menghadapi konsekuensi dari pekerjaan mereka. Kemudian

ini menghasilkan apa yang ia sebut sebagai “dosa yang mematikan dari sains modern”.

Paling tidak ada delapan “dosa” yang menurutnya saling berkaitan satu sama lainnya.

Pertama, orientasi mekanistis dan materialis yang eksklusif, kebanyakan sebagai

warisan dari agama-agama konvensional; kedua, keasyikan dalam beroperasi (‘how’

things work) dengan melepaskan sebab dan akibatnya (‘why’ things work).

Ketiga, spesialisasi yang berlebihan yang tidak berhubungan dengan persoalan

global; keempat, hanya mengungkap “pengetahuan yang tampak” (revealed knowledge)

untuk menciptakan hanya satu jenis pengetahuan; kelima, melayani vested-interest dan

mode; keenam, dedikasi kepada pesanan-pesanan sesuai kebutuhan, dipublikasikan,

disembunyikan atau dilenyapkan; ketujuh, kepura-puraan bahwa ilmu itu adalah bebas

nilai; dan kedelapan, kebanyakan dari sains dewasa ini, sebagaimana agama-agama

Barat dan filsafat Barat selama ini, tidak berpusat pada manusia. Enam “dosa” terakhir

sebenarnya merupakan watak khas dalam ilmu-ilmu sosial, seperti juga dalam

psikologi. Sehingga orang akan baru dikatakan sebagai ilmuwan jika dapat memenuhi

kriteria-kriteria tersebut. Misalnya dalam hal obyektifitas dalam penelitian, seorang

peneliti diharuskan untuk menjaga jarak dengan obyek yang akan diteliti. Ini

diperlukan agar muncul kenetralan dan tidak dicampuri oleh bias peneliti.

Berbagai macam usaha untuk memverifikasi bahkan memfalsifikasikan sebuah

sains telah lama berkembang. Temuan-temuan baru tentang fenomena yang muncul

dalam sains semakin memperkaya khasanah, dan di sisi lain semakin mengungkap hal-

hal tersembunyi yang oleh beberapa saintis bisa jadi tidak masuk dalam kategori sains,

Page 7: Psikologi Islam

baik sebagai obyek kajian maupun landasan paradigmatiknya. Misalnya, pemahaman

kaum materialis terhadap sains yang menyatakan bahwa hal-hal yang materilah yang

menjadi objek sains. Pertanyaan mengenai materi itu apa juga menjadi perdebatan

tersendiri. Misalnya, mengenai proton yang disebut sebagai materi, padahal

penampakan secara materi kasat mata, ia tak terlihat. Yang terlihat hanyalah jejak-

jejak yang tertinggal di laboratorium.

Dalam Islam pun muncul semangat memunculkan kajian keilmuan dengan

landasan paradigmatik dari Islam. Jika ditengok kembali ke sejarah, Islam memang

pernah berjaya di sekitar abad 8-15 masehi. Saat itu bidang-bidang keilmuan dasar

didalami secara serius oleh para ilmuwan dan cendekiawan muslim. Namun sejak

dikuasainya Baghdad oleh pasukan Jenghis Khan, saat itulah mulai terjadi masa-masa

gelap (dark age) di kalangan umat Islam. Ilmu-ilmu yang telah terkodifikasi rapi dalam

manuskrip dan buku-buku, kemudian dibakar dan dilarung ke sungai Tigris.

Selain itu juga persinggungan orang-orang Eropa dengan ilmu-ilmu yang

dikembangkan Islam tersebut ikut andil mengakselerasi kemampuan orang Eropa

dalam penguasaan keilmuan yang gongnya adalah terjadinya revolusi industri pada

abad ke-17.

Pergulatan Ide Sains dan Islam: Pandangan Beberapa Tokoh

Leif Stenberg dalam bukunya The Islamization of Science: Four Muslims Positions

Developing an Islamic Modernity (1996) menyebutkan bahwa titik berangkat diskursus

hubungan sains dan Islam adalah saat Ernest Renan (w. 1892) memulai perdebatan

tahun 1883 di Paris yang kemudian direspon pertama kalinya oleh Jamaluddin al-

Afghani (w. 1897). Menurut Renan antara Islam dan sains itu bertentangan

(incompatible).  Sejak saat itu kemudian perdebatan ini menjadi begitu kompleks

khususnya di paruh abad kedua puluh.

Sorotan yang Stenberg lakukan adalah mengenai posisi empat tokoh yang ia sebut sebagai eksponen dalam usaha islamisai sains yaitu Ismail Raji’ al-Faruqi, Ziauddin Sardar, Maurice Bucaille, dan Sayyed Hoessein Nasr. Masing-masing tokoh ini oleh Stenberg dianggap memiliki beberapa pandangan yang berkaitan dengan isu hubungan sains dan Islam.

Al-Faruqi dikenal sebagai tokoh yang menggagas ide mengenai islamisasi

pengetahuan (islamization of knowledge).  Beliau kemudian mendirikan lembaga

pemikiran keislaman dengan nama International Institute of Islamic Thought (IIIT)

yang memiliki misi islamisasi dengan langkah-langkah yang dibuatnya. Yang menarik

dari gagasan Faruqi adalah bahwa usaha islamisasi mesti ada penguasaan yang cukup

Page 8: Psikologi Islam

komprehensif antara khasanah keilmuan modern dan khasanah keilmuan Islam klasik

(mastering of modern and islamic sciences). Ilmuwan muslim mesti kritis terhadap

ilmu-ilmu yang dikembangkan Barat, dan kemudian melakukan sebuah integralisasi

keduanya. Ini ditujukan untuk mendapat sebuah model penguasaan ilmu dengan

perspektif Islam dengan tetap tidak “kuper” dengan pengetahuan modern yang ada.

Dari situlah kemudian akan menghasilkan model kurikulum dan pendidikan dalam

perspektif Islam. Dan inilah yang menjadi ultimate goal gagasan islamisasi

pengetahuan ala Faruqi.

Islamisasi pengetahuan, menurut Taha Jabir al Alwani, mesti dipahami sebagai

sebuah kerja ilmiah dari sudut pandang metodologis dan epistemologis. Ia bukan

sebagai ideologi atau bahkan sebuah sekte baru. Ini mesti dipahami terlebih dahulu.

Sebab kalau tidak, orang yang menggelutinya akan terjebak pada ideologisasi ilmu, dan

akan sangat berbahaya nantinya. Ilmu yang mengideologi akan sulit berkembang biak.

Sementara ‘Imad al Din Khalil memandang islamisasi pengetahuan sebagai

keterlibatan dalam pencarian intelektual (an intellectual pursuits) yang berupa

pengujian (examination), penyimpulan, penghubungan, dan publikasi dalam

memandang hidup, manusia dan alam semesta dari perspektif Islam.  Sementara Abu al

Qasim Hajj Hammad mendefinisikan islamisasi pengetahuan sebagai pemecahan

hubungan antara pencapaian ilmiah dalam peradaban manusia dan perubahan postulat-

postulat filosofis, sehingga ilmu itu dapat digunakan melalui metodologi yang

bernuansakan religius tinimbang yang spekulatif.

Sementara Sardar menekankan penguasaan epistemologis dalam membangun

kerangka sains atau pengetahuan Islam. Sehingga menurutnya sains islami masih

harus dikonstruksi setelah membongkar sains modern yang ada. Sedangkan Sayyed

Hossein Nasr berpandangan bahwa sains tradisional Islam di masa lalu sebagai sains

islami.

Secara umum, menurut Stenberg, keempat tokoh yang menjadi objek studinya ini

memiliki kesamaan gagasan dalam melakukan restorasi hubungan sains dan Islam.

Islam, menurut mereka, sama sekali tidak ada yang salah. Yang terjadi adalah tidak

teraplikasikannya konsep-konsep Islam dalam kehidupan nyata.

          Selain tokoh-tokoh di atas yang umumnya berasal dari luar Indonesia, ada juga

tokoh-tokoh Indonesia yang mencoba membincangkan ide ini, meskipun dengan pola

dan perspektif yang berbeda-beda dalam pembahasannya. Tokoh-tokoh ini umumnya

memiliki pola pandang sama bahwa Islam dan sains memiliki titik temu, namun

Page 9: Psikologi Islam

darimana dan bagaimana memulainya serta metodologi yang digunakan masing-masing

memiliki pandangan sendiri.

          Kuntowijoyo, misalnya. Beliau menggunakan istilah objektifikasi Islam. Awalnya

istilah ini digunakan sebagai pisau analisis dalam melihat perkembangan politik aliran

di Indonesia. Menurutnya objektifikasi adalah memandang sesuatu secara objektif dan

disebutnya sebagai jalan tengah bagi Islam, agama-agama, dan aliran pemikiran politik

lainnya. Ada tiga hal yang digunakannya dalam melihat objektifikasi Islam ini yaitu (1)

artikulasi politik hendaknya dikemukakan melalui kategori-kategori objektif, (2)

pengakuan penuh kepada keberadaan segala sesuatu yang ada secara objektif, dan (3)

tidak berpikir kawan lawan, melainkan pada permasalahan bersama.

          Relevansinya dengan ide relasi sains dan Islam adalah bahwa tetap

mengedepankan objektifitas dalam melangkah, meskipun ada simbol agama di situ. Dan

pemikirannya yang ketigalah yang menurut saya perlu menjadi titik perhatian dalam

pengembangan relasi sains atau pengetahuan dalam Islam. Pengembangan

pengetahuan dalam Islam tidaklah memandang bahwa pengetahuan di luar Islam

sebagai musuh yang harus dibasmi.

          Kemudian ada lagi Armahedi Mahzar. Beliau menawarkan lima langkah

integralisasi strategis yang digunakan dalam mewujudkan apa yang ia sebut sebagai

sains islami itu. Kelima langkah itu adalah (1) analisis struktur internal sains, (2)

analisis dampak eksternal negatif sains, (3) analasis kritis fondasional sains, (4)

reorientasi holistik paradigma sains, dan (5) integralisasi islami paradigma sains.

Psikologi dan Isu-isu Kontemporer

Umumnya para pakar psikologi sepakat bahwa awal dari berdirinya ilmu psikologi

modern adalah saat Wilhelm Wundt mendirikan laboratorium psikologi yang pertama di

Universitas Leipzig, Jerman tahun 1879. kemudian Ivan Pavlov melakukan hal serupa di

Rusia. Sejak saat itu kajian psikologi mulai menjadi kajian yang dilakukan dengan

metode eksperimental.

          Dalam perkembangannya psikologi menjelajah berbagai macam dimensi, dari

mulai kajian pada proses-proses mental kejiwaan manusia, menganalisis perilaku

manusia yang tampak, proses pembelajaran, dan hingg kepada kajian-kajian

transendensi diri dan spiritualitas pada diri manusia.

Semua kajian tersebut terus menerus mengalami proses verifikasi dan pencarian

hal-hal baru yang sebelumnya dianggap tidak masuk dalam wadah kajian psikologi. Jika

Page 10: Psikologi Islam

di awal-awal kemunculannya perhatian psikologi pada proses mental yang terjadi pada

jiwa manusia, maka kemudian pandangan tesebut tidak lagi begitu mendominasi.

           Dengan mapannya aliran behavioristik yang empiris, objektif dan selalu

melakukan eksperimentasi, menjadikan bahasan psikologi kemudian fokus pada kajian

perilaku yang tampak pada diri manusia saja (overt behavior). Ini yang ditekankan oleh

Watson bahwa yang dimaksud psikologi adalah:

“…sebuah cabang ilmu kealaman yang eksperimental dan murni objektif. Tujuannya adalah untuk meramalkan dan mengontrol tingkah laku…Tampaknya sudah saatnya psikologi harus membuang semua referensi atau kaitan dengan kesadaran, dan tidak perlu memperdayakan diri sendiri dengan cara berfikir yang beranggapan bahwa objek pengamatannya ialah keadaan-keadaan mental.”

          Saat inipun pandangan behavioristik masih tetap mapan dan dikaji di kampus-

kampus. Namun ada semacam trend yang marak di penghujung abad 20 lalu mengenai

psikologi. Era posmodern yang menggelayuti dunia di medio abad 20 kemarin itu

kemudian membangkitkan semangat untuk kembali melakukan bahasan ulang

mengenai psikologi.

Daniel Goleman, misalnya, yang memperkenalkan kecerdasan emosi yang

kemudian secara generik disebut sebagai EQ, sebagai sebuah counter terhadap konsep

kecerdasan umum manusia yang dikenal dengan IQ. Juga muncul istilah kecerdasan

spiritual yang disebut SQ oleh sepasang suami-isteri Danah Zohar dan Ian Marshal,

kemudian konsep ketabahan (adversity quotient/AQ) yang ditulis Paul Stoltz dan

sebagainya.

          Gagasan-gagasan baru semacam itu yang muncul dalam ranah studi psikologi.

Namun gagasan bahwa psikologi merambah diskursus spiritualitas menjadi bahasan

yang juga menarik. Victor Frankl menganggap bahwa spiritualitas merupakan salah

satu determinan eksistensi manusia selain kebebasan (freedom) dan tanggung jawab

(responsibility). Dari pemikiran semacam inilah yang kemudian menarik  minat

penggiat psikologi transpersonal dalam mengkaji psikologi melalui perspektif

spiritualitas ini.         

Tawaran Islam dalam Studi Psikologi

Perkembangan psikologi yang begitu cepat juga masuk dan mendapat respon dari

mahasiswa Islam. Ketika, kemudian, banyak orang Islam yang mempelajari ilmu

psikologi, tentu saja mereka akan bertemu dengan terma-terma dan konsep-konsep

Page 11: Psikologi Islam

yang dikembangkan oleh para teoritikus psikologi Barat. Persepsi para mahasiswa dan

psikolog muslim terhadap psikologi Barat, menurut Malik Badri, bisa dilihat ke dalam

tiga fase. Fase pertama disebut infantuasi, yaitu saat mereka tergila-gila dengan teori

dan teknik psikologi yang begitu memikat. Fase kedua disebut rekonsiliasi. Pada fase

ini mereka mulai mencocokan dengan apa yang ada dalam alquran dan khazanah klasik

Islam, tapi masih pada asumsi bahwa keduanya tidak bertentangan. Fase ketiga disebut

emansipasi. Fase ini mereka sudah mulai kritis terhadap teori psikologi dan berusaha

menggali konsep-konsep psikologi yang ada dalam Alquran.

Dalam memandang konsep dan filsafat tentang manusia, maka tak lepas dari

pandangan Islam sendiri tentang manusia. Dalam Islam, manusia memang makhluk

yang memiliki dimensi-dimensi yang kompleks. Manusia dimanapun dan beragama

apapun pasti tersusun dari jasad dan ruh. Jasad diartikan sebagai tubuh fisik, dan ruh

sebagai kekuatan yang berasal dari Allah yang ditiupkan ke jasad manusia saat berusia

120 hari.

Menurut Mujib, dalam Psikologi Islam manusia terstruktur dari jasmani dan

ruhani. Ruh bukan hanya sekedar spirit yang bersifat aradh (accident), tapi satu jauhar

(substance) yang dapat bereksistensi dengan sendirinya di alam ruhani. Sinergi antara

jasmani dan ruhani menjadikan nafsani yang tumbuh sejak usia empat bulan dalam

alam kandungan. Struktur nafsani ini terbagi atas tiga bagian yaitu kalbu, akal dan

nafsu. Integrasi ketiga jenis nafsani ini menimbulkan apa yang disebut dengan

kepribadian.

Selain itu dikenal pula konsep tentang fitrah. Per definisi, banyak pakar yang

mengartikan tentang fitrah. Quraish Shihab mengartikan fitrah sebagai unsur, sistem

dan tata kerja yang diciptakan Allah pada makhluk sejak awal kejadiannya sehingga

menjadi bawaannya. Sejak asal kejadiannya manusia telah membawa potensi

keberagamaan yang benar yang diartikan para ulama dengan tauhid. Ini bisa dibaca

pada QS Arrum:30 yang artinya:

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (yang

benar). Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia atasnya

(fitrah itu). Tidak ada perubahan pada fitrah Allah, itulah agama

yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Imam Nawawi mendefinisikan fitrah sebagai kondisi yang belum pasti

(unconfirmed state) yang terjadi sampai seorang individu menyatakan secara sadar

keimanannya. Sementara  menurut Abu Haitam fitrah berarti bahwa manusia yang

Page 12: Psikologi Islam

dilahirkan dengan memiliki kebaikan atau ketidakbaikan (prosperous or unprosperous)

yang berhubungan dengan jiwa. Ia mendasarkannya pada hadits yang cukup populer,

“setiap orang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka orangtuanya yang akan

menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

Al Qurtubi mendukung pandangan positif tentang fitrah dengan menggunakan

analogi mengenai hewan yang secara fisik tidak cacat untuk menggambarkan  bahwa,

hanya karena hewan dilahirkan tidak lengkap, sementara manusia dilahirkan dengan

kapasitas yang tanpa cacat, sehingga manusia dapat menerima kebenaran.

Konsep fitrah sebagai konsep ketuhanan yang orisinal, tidak dengan begitu saja

berkonotasi menerima tindakan yang baik dan benar secara pasif. Namun dengan

kecenderungan yang aktif dan predisposisi bawaan untuk mengetahui Allah, tunduk

kepada-Nya, dan beramal soleh. Ini merupakan kecenderungan alami manusia dalam

meniadakan faktor-faktor yang berlawanan. Walaupun semua anak dilahirkan dalam

keadaan fitrah, pengaruh lingkungan menentukan juga. Orang tua mungkin

mempengaruhi agama anaknya dengan menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.

Jika tidak ada pengaruh yang merugikan, anak akan secara terus-menerus

memunculkan fitrahnya sebagai hakikat kebenarannya. 

Selain itu ada pula konsep tentang nafs, akal, dan qalbu. Sebagaimana dijelaskan

Mujib di atas ketiganya ini merupakan sistem nafsani manusia yang akan membentuk

kepribadian. Menurut Quraish Shihab, kata nafs dalam konteks pembicaraan tentang

manusia menuju kepada sisi dalam manusia yang berpotensi baik atau buruk. Kata nafs

memang memiliki banyak arti. Dalam Alquran kata nafs digunakan untuk menyebut diri

seseorang, diri Tuhan, person sesuatu, roh, jiwa, totalitas manusia dan sisi dalam

manusia yang melahirkan tingkah laku.

Nafs secara bahasa berarti ruh, jiwa, ego, diri (self), kehidupan, person, hati atau

ingatan.  Walaupun beberapa ilmuwan mengklasifikasikan nafs hingga 7 tahapan, ada

kesepakatan di kalangan ulama bahwa dalam Alquran Allah menjelaskan sedikitnya 3

jenis utama nafs. Urutan dari yang terburuk hingga yang terbaik adalah Nafs al-

Ammârah Bissu’ (Nafs yang mendorong kepada kejahatan/keburukan), Nafs al-

Lawwâmah (Nafs yang tercela) dan Nafs al-Mutma’innah (Nafs yang membawa

kedamaian).

Sementara kata akal tidak pernah disebut dalam Alquran selain dalam bentuk

kata kerja, baik kata kerja saat sekarang (mudlari’) atau masa lampau (madli). Kata

akal dalam derivasinya ada sebanyak 48 kali sebutan di Alquran. Secara jasmaniah ia

Page 13: Psikologi Islam

berkedudukan di otak, memiliki daya kognisi, dengan potensi bersifat argumentatif

(istidhlaliah) dan logis (aqliah), yang apabila mendominasi jiwa manusia maka akan

menimbulkan kepribadian yang labil (al-nafs al-lawwamah). Semenatara qalbu secara

jasmaniah berkedudukan di jantung, memiliki daya emosi, potensinya bersifat cita rasa

(dzawqiyah) dan intuitif (hadsiah), yang apabila mendominasi jiwa manusia maka

menimbulkan kepribadian yang tenang (al-nafs al-muthmainnah).

Ada beberapa pandangan khas mengenai Psikologi Islam ini. Pada tahun 1997 di

Universitas Darul Ulum, Jombang sempat diadakan acara Dialog Nasional Pakar

Psikologi Islam yang menyepakati bahwa salah satu visi Psikologi Islam adalah

menempatkannya sebagai mazhab kelima psikologi setelah psikoanalisis, behavioristik,

humanistik, dan transpersonal. Karena memposisikan diri sebagai salah satu aliran

atau mazhab, maka perlu ada beberapa pandangan khas mengenai psikologi Islam.

Pertama, mempercayai bahwa secara alamiah manusia itu positif (fithrah), baik

secara jasadi, nafsani (kognitif dan afektif) maupun ruhani (spiritual). Kedua, mengakui

bahwa salah satu komponen terpenting manusia adalah qalbu. Perilaku manusia

bergantung pada qalbunya. Disamping jasad, akal, manusia memiliki qalbu. Dengannya

manusia dapat mengetahui sesuatu (di luar nalar), berkecenderungan kepada yang

benar dan bukan yang salah (termasuk memiliki kebijaksanaan, kesabaran), dan

memiliki kekuatan mempengaruhi benda dan peristiwa. Pandangan Psikologi Islam

tentang qalbu termasuk yang khas dan berbeda bila dibandingkan dengan psikologi

barat yang hampir selalu menjelaskan sesuatu dengan otak. Ketiga, mempercayai

bahwa arah pergerakan hidup manusia secara garis besar dibagi menjadi dua, yaitu

taqwa dan fujur. Manusia diciptakan dalam keadaan positif dan ia dapat bergerak ke

arah taqwa. Bila manusia berjalan lurus antara fitrah dan Allah, maka ia akan menjadi

taqwa (sehat, selamat). Bila tidak lurus antara fithrah dan Allah, maka ia akan berjalan

ke pilihan yang sesat (fujur). Secara fithrah manusia diciptakan dengan penuh cinta,

memiliki cinta, namun ia dapat berkembang ke arah agresi. Tugas Psikologi Islam

adalah agar manusia selalu lurus dengan fithrahnya.

Keempat, mempercayai bahwa manusia adalah unik. Quraish Shihab

menyebutnya sebagai khalqan akhar. Beliau merujuk pada dua ayat dalam Alquran

yaitu QS 17:21 dan QS 6:165. Kelima, psikologi islamdibangun berdasarkan nila

tertentu, bukan netral etik. Gagasan tentang ilmu yang netral etik adalah khayalan

belaka, seperti dikemukakan oleh Gunnar Myrdal. Setiap ilmu berangkat dari nilai-nilai

dan mengembangkan nilai-nilai. 

Page 14: Psikologi Islam

Kalau kita meniliki lebih jauh lagi, memang kajian psikologi selama ini seperti

kehilangan ruhnya. Kalau kata Malik Badri, a psychology without soul studying a man

without soul. Selama ini dimensi dalam ilmu psikologi yang hanya menekankan pada

dimensi ragawi (fisik-biologis), jiwa (psikologis), dan lingkungan (sosiokultural). Ini 

terasa kurang begitu mengena dalam meneropong manusia sebagai makhluk yang

memiliki kompleksitas. Sehingga dalam kajian Psikologi Islam ditambahlah dengan

dimensi ruhani (spiritual). Bahkan pada tahun 1984, Organisasi Kesehatan se-Dunia

(WHO) telah menambahkan satu dimensi lagi untuk melihat orang sehat yaitu dimensi

spiritual. Oleh American Psychiatric Association ini diadopsi dengan paradigma

pendekatan bio-psycho-socio-spiritual.

Konsep Psikologi Islami: Paradigma Modern atau Turats Islam Murni?

Pergulatan dalam pengembangan psikologi Islam masih terus terasa hingga sekarang.

Memang sudah banyak forum ilmiah membicarakan hal ini. Paling tidak –untuk kasus

Indonesia- ada dua kelompok yang mencoba membangun konsep psikologi Islam ini.

          Kelompok pertama adalah mereka yang memiliki latar belakang pendidikan

psikologi dan kemudian bersenutuhan dengan konsep-konsep Islam mengenai

psikologi. Di samping adanya ketidakpuasan terhadap bahasan psikologi yang dianggap

terlalu sekularistik dan menafikan kondisi kejiwaan hakiki manusia. Untuk menyebut

beberapa nama pada kelompok ini antara lain seperti Hanna Djumhana Bastaman,

Fuad Nashori, Djamaludin Ancok, Subandi, dan kelompok kajian di Yayasan Insan

Kamil Yogyakarta. Umumnya mereka menggunakan terma psikologi islami dengan

alasan bahwa psikologi modern yang ada tetap digunakan sebagai pisau analisis,

namun dimasukkan pandangan-pandangan Islam tentang psikologi.

          Sedangkan kelompok kedua adalah mereka yang mencoba menggali khasanah

klasik Islam (at-turats al-islami) untuk pengembangan keilmuan psikologi Islam.

Misalnya, Abdul Mujib atau Achmad Mubarok. Keduanya bukanlah psikolog dan tidak

memiliki latar belakang pendidikan psikologi, namun memiliki akses terhadap literatur-

literatur berbahasa Arab yang di situ terhampar pemikiran-pemikiran cendekiawan

muslim klasik yang bersinggungan dengan psikologi, semacam Ibn Sina,  al-Ghazali,

Ibn Miskawaih dsb. Mereka menggunakan istilah psikologi Islam dengan alasan

mengambil sumber langsung dari khasanah klasik Islam dan kemudian

mengkontekstualisasikan dengan pandangan psikologi modern. Umumnya mereka yang

berlatar pendidikan dari kampus-kampus yang memiliki akses terhadap literatur Arab,

semacam IAIN yang memiliki kecenderungan semacam ini.

Page 15: Psikologi Islam

          Khasanah klasik Islam sering juga disebut sebagai turats Islam. Dalam buku At-

Turats Wa at-Tajdid, Hasan Hanafie mengatakan bahwa turats dapat dinisbahkan

kepada dua hal. Pertama, turats Islam adalah kumpulan kitab-kitab dan manuskrip

yang tersimpan dalam perpustakaan, gudang, masjid-masjid maupun museum. Di sini,

turats berbentuk material yaitu turats tertulis, tersimpan dan tercetak dalam bentuk

kitab. Namun, menurutnya lagi, ada bentuk lain dari turats yang bersifat immaterial,

yaitu warisan kejiwaan dan adat-istiadat yang telah tertanam dalam jiwa masyarakat.

Secara lebih maju, Aisyah Abdurrahman (yang terkenal dengan nama samaran

Bintu Syathi—putri pesisir), dalam bukunya Turatsuna Baina Madli wa Hadlir

mengatakan bahwa kita tidak dapat membatasi lingkup turats Islam pada zaman dan

wilayah tertentu. Karena turats Islam mencakup seluruh warisan peradaban kuno kita,

di sepanjang zaman dan tempat, maka, tentu saja warisan kebudayaan Mesir kuno yang

tertulis di atas kertas-kertas papirus adalah termasuk turats Islam pula. Demikian pula

halnya peninggalan kerajaan Babylonia, Asyur, Syam, Yaman, Mesir, Maghrib dan

wilayah-wilayah lainnya. Hal itu, menurut Aisyah Abdurrhaman, karena seluruh

penduduk wilayah tersebut telah memeluk Islam, maka secara otomatis masa lampau

mereka menjadi milik Islam pula.

          Dalam kajian-kajian psikologi, turats Islam yang berupa manuskrip tulisan dari

cendekiawan muslim klasik cukup banyak, baik yang berupa konsep yang masih potensi

maupun yang manifest. Misalnya, konsep perkembangan moral dan rasio seseorang

bisa dibaca dalam karya klasik Ibn Thufail yang berjudul Hayy ibn Yaqzhan. Atau

konsep-konsep umum mengenai nafs, qalb, atau akal yang dikemukakan oleh tokoh

semacam al-Ghazali, Ibn Miskwaih, Ibnul Qoyyim al-Jauzi, bahkan pada konsep tentang

tabir mimpi yang pernah dibahas oleh Ibn Sirrin jauh sebelum Freud mengemukakan

teorinya tentang analisis mimpi.

          Turats Islam ini bisa menjadi sumber kajian psikologi dalam perspektif Islam,

tinggal bagaimana mengkonseptualisasikan dan mengkontekstualisasikannya dengan

kondisi saat sekarang ini. Sayangnya literatur mereka yang menggunakan bahasa Arab

belum banyak yang mengakses, justru oleh mereka kaum muslim yang belajar

psikologi, khususnya di Indonesia ini.

          Dua model pengembangan ini sebenarnya masih tetap perlu dilakukan, meskipun

kelemahan-kelemahan fundamental tetap ada. Jika terlalu memfokuskan pada

pendekatan modern kemudian melabelkannya dengan Islam, maka yang terjadi adalah

bukan muncul suatu ilmu, melainkan hanya menempel-nempelkan yang dianggap cocok

Page 16: Psikologi Islam

(labeling). Apabila ini yang dilakukan maka akan sangat mudah goyah karena

fondasinya tidak kuat.

          Sedangkan jika turats Islam yang belum dikonseptualisasi dan

dikontekstualisasikan akan sulit teraplikasi di zaman sekarang ini. Selain konsep-

konsep yang ada adalah konsep filosofis, juga kondisi umat manusia pada abad

pertengahan tentu memiliki karakteristik yang berbeda dengan umat manusia sekarang

ini.

          Lalu apakah model integralisasi model Faruqi yang dilakukan? Memang banyak

tawaran, tinggal mana yang kiranya pas dan mampu diaplikasikan dalam kerangka

teoritis akademis maupun aplikasi pragmatis. Pemahaman dan penguasaan terhadap

keilmuan modern kontemporer dari Barat bukan suatu hal yang tidak perlu dilakukan.

Namun juga tidak kemudian menerima apa adanya (taken for granted) terhadap model-

model pemikiran mereka. Langkah kritis terhadap pemikiran mereka perlu dilakukan.

Sementara penguasaan turats Islam dijadikan sebagai fondasi pemikiran. Kemudian

turats Islam tersebut dikaji, dikritisi, dikonspetualisasi dan dikontekstualisasikan. Tak

tertutup kemungkinan melakukan sebuah studi komparasi antara pemikiran-pemikiran

Barat tentang psikologi dengan pemikiran-pemikiran yang berasal dari turats Islam. 

Penutup

Memang bukan pekerjaan mudah dalam mewujudkan sebuah ilmu pengetahuan

yang dapat diterima secara luas (broadly acceptable). Freud saja konsepnya masih

terus menerus dikritik dan dianggap tidak memenuhi kriteria ilmu pengetahuan oleh

beberapa pihak. Namun inilah yang menjadi sasaran kritik saat ini. Hegemoni

pengetahuan yang dikembangkan Barat memang cenderung kaku dan prosedural.

Padahal fitrah ilmu pengetahuan itu adalah dinamis dan dalam kasus-kasus tertentu

bisa jadi akan melawan kekakuan dan prosedur-prosedur yang disebut ilmiah.

Gagasan psikologi dengan mengambil perspektif kajian Islam menjadi hal yang

masih terus dikembangkan. Dua model pengembangan yang ada sebagaimana

disebutkan di atas masih perlu terus menerus diuji, sampai kemudian mana yang

dianggap menjadi fondasi yang kuat dalam usaha pengembangannya.

          Turats Islam dalam hal ini menjadi sebuah keniscayaan yang perlu dijalani. Latar

belakang historis perkembangan pengetahuan dunia yang pernah dilakukan umat Islam

menjadi bukti bahwa kita tidak boleh berpaling darinya. Dengan melakukan

konseptualisasi dan kontekstualisasi turats Islam akan menjadikan khasanah Islam

Page 17: Psikologi Islam

klasik yang tersimpan dalam kitab-kitab literatur Arab dan historisitas kehidupan

masyarakat Islam masa lalu bisa menjadi pisau analisis yang perlu dilakukan. Wallahu

a’lam bi ashshawwab.