skp2501 pengantar psikologi - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/pjj_stres dan...
TRANSCRIPT
14/12/2016
1
SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI
Dr. Azlina Mohd Khir [email protected]
03-89467156
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia
UNIT 12 STRES DAN KESIHATAN
1. Menjelaskan konsep dan faktor stres.
2. Menjelaskan reaksi terhadap stres.
3. Membincangkan kesan stres ke atas kesihatan.
4. Membincangkan strategi daya tindak ke atas stres.
HASIL PEMBELAJARAN
14/12/2016
2
PENGENALAN
• Stres merupakan perkara lumrah dalam kehidupan manusia.
• Stres bukan hanya memberi kesan negatif tetapi juga positif.
• Kesan positif dikenali sebagai eustress
• Kesan negatif dikenali sebagai distress.
• Masalah psikologi stress memberi kesan kepada masalah fisiologi manusia.
• Peristiwa negatif dan juga positif boleh membawa stres.
KONSEP TEKANAN
• Ketidakupayaan manusia untuk berdayatindak terhadap peristiwa yang mengancam/menegang.
• Tekanan berpunca daripada persepsi dan penilaian bahawa peristiwa-peristiwa adalah mencabar dan mengancam.
• Dengan demikian: – Tekanan sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
– Tekanan melibatkan proses persepsi
• Sesuatu peristiwa itu mungkin dipersepsi sebagai tekanan oleh seseorang tetapi tidak oleh orang lain.
14/12/2016
5
Emosi
• Bangkitan fisiologi akibat daripada marah,
sedih, takut dan murung.
• Kekhuatiran terdapat emosi yang dialami
menyebabkan rasa trtekan.
• Kebimbangan: kekhuatiran tyerhadap
peristiwa yang tidak jelas/kabur
14/12/2016
6
Konflik Mental
Konflik dalam membuat pilihan
1. Konflik mendekat-menghampir – memilih satu daripada kedua-duanya positif
2. Konflik menghindar-mengelak – memilih satu yang kedua-duanya negatif
3. Konflik mendekat-menghindar- terpaksa menerima sesuatu yang mempunyai ciri-ciri negatif dan positif
14/12/2016
7
Kekecewaan
• Keinginan dan kehendak yang tidak dapat
dicapai
• Hasrat yang disekat
• Tekanan akibat daripada kekecewaan boleh
membawa kepada tingkah laku langsang
14/12/2016
8
Personaliti
• Terdapat manusia yang mudah merasa tertekan
dan sebaliknya
• Tingkah laku jenis A – persaingan tinggi, resah
gelisah, kerja keras, motivasi tinggi.
• Tingkah laku jenis C – memendam rasa, sensitif,
/ neurotik
• “tingkah laku jenis Z”
14/12/2016
9
Pemikiran (Kognitif)
• Stres bergantung kepada penilaian pemikiran dan persepsi (kognitif)
• Penilaian dalam dua bentuk:
– Penilaian asas – pemikiran tentang kesan-kesan negatif daripada ancaman, masalah.
– Penilaian sekunder – pemikiran tentang cara-cara untuk mengatasi stres tersebut
• Kurang stres sekiranya pemikiran sekunder dapat cara untuk mengatasi stres.
14/12/2016
10
Sosiobudaya
• Unsur-unsur budaya yang baru adalah menekan
• Akulturasi – proses penerimaan budaya baru
– Asimilasi
– Integrasi
– Pemisahan
– Peminggiran
• Status sosioekonomi
• Jantina
Desakan Hidup
• Desakan untuk berprestasi baik
dalam pelajaran
• Desakan untuk menyiapkan kerja
di pejabat
• Desakan untuk hidup mewah
• Desakan untuk membahagiakan
pasangan
• Pelbagai lagi
14/12/2016
11
Tekanan Pascatraumatik
• Peristiwa lalu yang menekan
–Dirompak
–Kemalangan
–Kematian
• Tidak dapat berfungsi secara normal – sering mengingatinya
• Kesan peristiwa berbeza antara manusia
14/12/2016
12
REAKSI TERHADAP
TEKANAN
• Berbeza mengikut manusia
• Bagaimana psikologi dan fisiologi bereaksi
terhadap tekanan yang dihadapi
• Reaksi fisiologi berkait rapat dengan sistem
autonomi – simpatetik dan parasimpatetik.
14/12/2016
13
Sindrom Adaptasi Menyeluruh
(Hans Selye)
• Tiga Peringkat GAS
– Tindak balas berjaga-jaga
– Tahap penentangan
– Tahap keletihan
• GAS penting ketika kita menghadapi bahaya.
• Tetapi GAS boleh membawa kesan negatif kerana
ancaman yang kerap boleh merosakkan sistem
fisiologi
14/12/2016
15
PROSES BIOLOGI DALAM TEKANAN
Kesejahteraan Fisiologi
• Sistem imun - sistem ketahanan badan
• Sistem endokrin – berkaitan dengan kelenjar
adrenal
• Stres membawa kesan kepada
– Penyakit fizikal ringan
– Penyumbang kepada penyakit yang serius
– Umur hidup
– etc
14/12/2016
17
Kemurungan dan Sistem Imun
• Stres boleh membawa kepada kemurungan
• Kemurungan yang tinggi boleh menimbulkan
masalah imun badan.
Reaksi Psikologi
• Melibatkan emosi, motivasi dan kognisi
• Merasa bimbang, murung, dan meradang
• Perubahan selera makan – badan kurus
• Kognitif: kesukaran memberikan tumpuan, hilang upaya berfikir dengnan jelas
• Pemikiran lebih tertumpu kepada sumber tekanan.
14/12/2016
18
KESAN STRES TERHADAP
KESIHATAN
• Apakah kesan stres terhadap kesihatan?
• Masalah fisiologi boleh memberi kesan kepada
psikologi manusia.
• Ini juga bergantung kepada individu.
PROSES PERSEPSI KE ATAS TEKANAN
14/12/2016
20
Faktor Pengaruhi Reaksi Terhadap
Tekanan
• Pengalaman lalu mengenai tekanan
• Faktor perkembangan
• Kebolehramalan dan kawalan
• Sokongan sosial
• Pembolehubah individu
– Faktor kognitif dan reaksi terhadap tekanan
– Ciri-ciri emosi dan personaliti
Kesejahteraan Psikologi
• Kebimbangan
• Kekecewaan
– Kepasifan
– Langsangan
– Kemurungan
• Bunuh diri
14/12/2016
21
DAYA TINDAK KE ATAS TEKANAN
• Daya tindak (coping) – bagaimana manusia cuba
mengatasi atau bertindak balas terhadap
tekanan.
• Tujuannya untuk manusia kembali kepada
kesejahteraan.
• Terdapat beberapa cara tertentu
PROGRAM PENGURANGAN DORONGAN
14/12/2016
22
Daya Tindak Langsung
• Konfrantasi – lawan untuk selesaikan segera
• Kompromi – berpuas hati dengan mendapat
sebahagian
• Tarik diri – lari daripada masalah yang mengancam
• Tingkah laku langsang – bertindak agresif kepada
punca ancaman
Daya Tindak Mekanisme Bela Diri
• Bertindak untuk selesaikan stres untuk sementara – Penafian
– Memendam (represi)
– Projeksi
– Identifikasi
– Regresi
– Keintelektualan
– Pembentuk reaksi
– Pindahgantian
– Sublimasi
14/12/2016
23
Daya Tindak Kognitif
• Mengubah cara kita berfikir – mempersepsi sesuatu secara
rasional / bukan irrasional
• Berfikiran positif – sesuatu masalah / ancaman dipersepsi sebagai
sebagai cabaran dan meningkatkan kemahiran
• Berdaya tindak berfokuskan masalah bukan berfokuskan emosi:
– Daya tindak berfokuskan masalah – selesaikan masalah
secara langsung
– Daya tindak berfokuskan emosi – melupakan masalah untuk
menenangkan emosi
Program Pengurusan Tekanan
• Mengawal reaksi terhadap tekanan
• Menilai peristiwa yang menekan
• Kemahiran mengawal tekanan
• Teknik bertenang
• Teknik bersenam/santai
• Meditasi
14/12/2016
24
PENDEKATAN AGAMA
Sokongan Sosial
• Bantuan yang dalam bentuk yang dapat dilihat
• Maklumat
• Sokongan emosi
14/12/2016
25
Tingkah laku Tegas Diri
Cara kita bertindak menguruskan konflik
• Bertrindak secara langsang
• Bertindak secara manipulatif
• Bertindak secara pasif
• Bertindak secara tegas – Sediakan masa untuk berbincang
– Neyatakan masalah dari segi kesannya
– Luahkan perasaan
– Membuat permintaan
Personaliti Kukuh
• Komitmen
• Cabaran
• Kawalan
14/12/2016
26
Mengubah Pola Tingkah Laku
Berkaitan Kesihatan
• Belajar untuk bertenang
• Baiki tabiat makan
• Bersenam
• Akur kepada prosedur perubatan
• Berhenti merokok
• Etc.
Startegi Daya Tindak Berkesan
• Tukarkan ancaman menjadi cabaran
• Jadikan situasi yang mengancam kurang
mengancam
• Ubah matlamat
• Ambil tindakan fizikal
• Bersedia menghadapi ancaman sebelum
ancaman berlaku