sjk (c) pu sze bahasa melayu tahun 4 penilaian · pdf filetajuk syarahan di atas ialah...

11
Muka surat 1 SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN MAC (KERTAS 1) 1 jam 15 minit Nama : ………………………………. ( ) Markah : .……………. Tahun : 4 ( ) Tarikh : ….. / 3 / 2016 Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. BAHAGIAN A (20 markah) Soalan 1-16 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Theresa mengibarkan ___________ semasa menyambut Hari Kemerdekaan. A Lagu Negaraku C Jalur Gemilang B Keranamu Malaysia D Bahtera Merdeka 2. Ayah Jasmine seorang doktor.___________bertugas di Hospital Sultanah Aminah. A Baginda C Mereka B Beliau D Dia 3. Pameran buku itu berlangsung ____________ pukul 9:00 pagi sehingga 6:00 petang. A pada C dari B kepada D daripada Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4. Siapkan kamar. ___________ ingin beradu,” titah Sultan Ahmad. A Baginda C Patik B Hamba D Beta 5. “Bilakah ____________ pulang dari Sarawak?” tanya Zila kepada Ah Meng dan David. A kalian C beliau B kami D patik

Upload: lamkhanh

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 1

SJK (C) PU SZE

BAHASA MELAYU TAHUN 4

PENILAIAN BULAN MAC

(KERTAS 1)

1 jam 15 minit

Nama : ………………………………. ( ) Markah : .…………….

Tahun : 4 ( ) Tarikh : ….. / 3 / 2016

Arahan Am

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja

jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.

BAHAGIAN A

(20 markah)

Soalan 1-16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Theresa mengibarkan ___________ semasa menyambut Hari Kemerdekaan.

A Lagu Negaraku C Jalur Gemilang

B Keranamu Malaysia D Bahtera Merdeka

2. Ayah Jasmine seorang doktor.___________bertugas di Hospital Sultanah Aminah.

A Baginda C Mereka

B Beliau D Dia

3. Pameran buku itu berlangsung ____________ pukul 9:00 pagi sehingga 6:00 petang.

A pada C dari

B kepada D daripada

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. “Siapkan kamar. ___________ ingin beradu,” titah Sultan Ahmad.

A Baginda C Patik

B Hamba D Beta

5. “Bilakah ____________ pulang dari Sarawak?” tanya Zila kepada Ah Meng dan

David.

A kalian C beliau

B kami D patik

Page 2: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 2

6. Balqis dan Zaidah tinggal berjiran. __________ tinggal di Taman Harmoni.

A Mereka C Kamu

B Baginda D Awak

7. Puan Lela sedang ______________ nasi lemak untuk dijual kepada pelanggannya.

A melekatkan C meletakkan

B membungkus D menanggalkan

8. Cara terbaik untuk murid _____________ jasa guru adalah dengan belajar

bersungguh-sungguh dan mendengar nasihat guru.

A melawan C meminta

B menghargai D memuji

9. Pada tahun ini, pasukan Bola Baling SJK (C) Pu Sze ________________

pertandingan peringkat daerah.

A melahirkan C menyertai

B mengeluarkan D mewujudkan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Dewi hanya ________________ apabila diusik oleh kawan-kawannya.

A terjatuh C tersentuh

B terlupa D tersenyum

11. Boon Wei menolong ayahnya mencuci kereta ______________ Gerard pula

memotong rumput.

A manakala C sementara

B apabila D sambil

12. Mimi Haiza berkawan dengan Raziq _____________ kecil lagi.

A jika C selama

B untuk D sejak

13. Separuh daripada murid kelas ini ___________ menghantar kerja sekolah yang

diberikan.

A untuk C telah

B sejak D supaya

Page 3: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 3

14. Cikgu Zainal memberitahu bahawa pertandingan itu diadakan untuk memupuk cinta

akan alam sekitar dalam kalangan murid-murid.

A “Pertandingan yang diadakan ini adalah untuk memupuk cinta akan alam

sekitar dalam kalangan murid-murid,” jelas Cikgu Zainal.

B “Murid-murid, pertandingan ini diadakan oleh Cikgu Zainal supaya kamu

dapat memupuk cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid-murid,” kata

beliau.

C “Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memupuk cinta akan alam sekitar

dalam diri kamu,” jelas Cikgu Zainal kepada murid-murid.

D “Cikgu Zainal, jelaskan kepada murid-murid bahawa pertandingan ini

diadakan untuk memupuk cinta akan alam sekitar dalam hati mereka,” jelas

beliau.

15. Suzie menolong ibunya menggosok baju pada hujung minggu.

A Ibu menggosok baju pada hujung minggu.

B Suzie dan ibunya menggosok baju pada hujung minggu.

C Suzie meminta ibunya menggosok baju pada hujung minggu.

D Pada hujung minggu, Suzie menolong ibunya menggosok baju.

Pilih ayat yang betul.

16. A Cis, tinggi betul bangunan itu!

B Mira dibawa ke klinik kerana mereka sakit perut.

C Surat ini perlu menyerahkan kepada ibu bapa murid.

D Alberd tidak hadir ke sekolah kerana kakinya cedera.

Soalan 17-20

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pokok tualang merupakan pokok tertinggi di Malaysia dan antara yang tertinggi di

dunia. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 80 meter. Pokok tualang berasal dari

Malaysia dan juga terdapat di Selatan Thailand, Sumatera, Borneo dan Filipina.

Perkataan “tualang” bererti suka menempuh bahaya atau cabaran. Pokok yang

bergelar “Kayu Raja” ini mempunyai sifat yang unik. Pokok tualang mudah terbakar

semasa hidup tetapi apabila mati pokok ini menjadi sangat keras dan tidak mudah

terbakar. Oleh itu, pokok tualang sesuai dijadikan landasan kereta api dan perabot.

Pokok tualang mudah dikenali. Dahan pokok tualang banyak dan berbonggol.

Kulitnya licin dan berwarna kelabu. Daunnya rimbun dan berwarna hijau muda. Dahan

pokok tualang sering menjadi tempat lebah bersarang. Ketinggiannya memberikan

perlindungan kepada lebah. Oleh itu, pokok tualang dikenali sebagai pokok yang

dikerumuni lebah. Pokok ini dianggap berhantu mungkin disebabkan oleh bunyi lebah

yang berdengung dan bersarang pada dahannya.

Page 4: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 4

17. Berapakah ketinggian yang boleh dicapai oleh pokok tualang?

A 60 meter C 90 meter

B 80 meter D 95 meter

18. Pokok tualang mudah didapati di negara-negara berikut kecuali

A Selatan Thailand

B Filipina

C Bangladesh

D Sumatera

19. Apakah yang menyebabkan pokok tualang dianggap berhantu?

A Tumbuh di dalam hutan

B Bunyi dengung lebah

C Tempat tinggal hantu

D Sifatnya yang keras

20. Pilih pernyataan yang benar tentang ciri-ciri pokok tualang.

A Rimbun dan rendah

B Kulit berwarna coklat

C Tempat tebuan bersarang

D Banyak dahan dan berbonggol

Page 5: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 5

BAHAGIAN B

(30 markah)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong dalam petikan yang diberi.

Kepada ibu dan ayah serta adik kesayangan kami.

Kami ingin ____________________________ tahniah kepada ibu dan ayah. Kami

berasa sangat gembira dengan kelahiran adik. Kami bersyukur kerana ibu selamat

__________________________ adik. Kami akan membantu ibu dan ayah menjaga kesihatan

dan kesejahteraan adik.

Kami ______________________________ agar adik sentiasa sihat dan sejahtera. Kami

amat______________________________ adik. Semoga keluarga kita bertambah ceria

dengan kelahiran adik.

Daripada,

Azman dan Shazmi

(4 markah)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Jawapan : Pameran Anti Dadah itu akan diadakan pada 20 April 2016.

(2 markah)

mengucapkan memberikan menyanyi

mensyukuri menyayangi membelai

melahirkan mendoakan menambah

Page 6: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 6

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan bandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________

(2 markah)

Jia Wei, tolong alihkan

pasu-pasu bunga ke luar

pagar.

Page 7: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 7

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati, Tuan Guru Besar, para guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini,

izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Disiplin Asas Kejayaan”.

Hadirin yang dihormati,

Disiplin bermaksud kepatuhan kepada peraturan. Disiplin perlu ada dalam setiap murid

kerana disiplin dapat melatih murid supaya berkelakuan baik.

Seorang murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan. Hal ini

kerana, mereka berupaya mendisiplinkan diri untuk mematuhi jadual yang telah dibuat.

Sistem pembelajaran mereka juga lebih tersusun.

Mereka yang tidak berdisiplin bukanlah mempunyai otak yang lemah. Kadang-kadang,

mereka yang tidak berdisiplin ini mempunyai kecerdasan otak yang lebih baik. Akan tetapi,

akibat tidak memikirkan masa depan, peperiksaan yang ditempuhi menemui kegagalan.

Jika sifat tidak berdisiplin ini diamalkan hingga dewasa, tiada majikan yang akan

memberikan kepercayaan kepada mereka. Dalam kehidupan bermasyarakat pula, orang lain

tidak menyukai kita. Rakan-rakan dan sanak saudara akan menjauhkan diri.

Hadirin sekalian,

Kita mestilah memupuk disiplin untuk kejayaan pada masa hadapan. Jangan biarkan

gejala negatif merugikan diri dan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

a. Maksud disiplin ialah______________________________________________________

_______________________________________________________________________

(1 markah)

b. Mengapakah disiplin perlu ada dalam diri setiap murid?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

Page 8: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 8

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

(2 markah)

Tajuk syarahan di atas ialah

“Disiplin Asas Kejayaan”

Murid yang mempunyai disiplin

yang baik mudah mendapat

kejayaan.

Mereka yang tidak berdisiplin

tidak memikirkan masa depan

akan menemui kejayaan.

Disiplin perlu dipupuk untuk

kejayaan pada masa hadapan.

Betul

Salah

Page 9: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 9

Soalan 24

Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Perkara yang disampaikan oleh Razak adalah tentang____________________________

_______________________________________________________________________

(1 markah)

b. Mengapakah program ini diwujudkan?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

Kepada : [email protected]

Daripada : [email protected]

Perkara : Satu Murid Satu Sukan

Salam sejahtera, sahabatku.

Kamil, ini maklumat tentang program Satu Murid Satu Sukan. Program Satu

Murid Satu Sukan menggalakkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti

sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai

aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Program Satu Murid Satu Sukan diwujudkan untuk memberi peluang kepada

semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya

kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Seterusnya, membangunkan sukan sekolah ke

arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di

sekolah dan dapat memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi

untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Objektif program Satu Murid Satu Sukan adalah untuk meningkatkan kecergasan

jasmani, membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni. Selain itu, ia dapat

memupuk perpaduan di antara kaum, membentuk budaya sukan dalam kalangan murid

dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

Melalui program ini, murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu,

mereka dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti bersukan. Murid juga akan

ceria dan gembira, sihat dan cergas, segar dan aktif, dan minda menjadi cerdas.

Akhir kata, gunakanlah maklumat ini untuk membuat folio saudara.

Sekian, terima kasih.

Page 10: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 10

c. Apakah objektif program Satu Murid Satu Sukan?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

d. Pada pendapat kamu, apakah yang akan diperolehi oleh seorang murid yang mengikuti

program ini?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(3 markah)

Soalan 25

Baca seni kata lagu di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Apakah maksud rangkap pertama seni kata lagu di atas?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

Ayuh kawan-kawan

Kita sama-sama

Tunjuk prihatin

Harmoni terjalin

Amal hemah tinggi

Hulur jasa bakti

Berterima kasih

Orang yang berbudi

Ayuh kawan-kawan

Kita sama-sama

Tunjuk sikap sopan

Jalin perpaduan

Usah penting diri

Junjung nilai murni

Hidup dihormati

Sejiwa sehati

Kawan yang kusayang

Marilah berdendang

Pupuk kasih sayang

Hidup akan gemilang

Page 11: SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN · PDF fileTajuk syarahan di atas ialah “Disiplin Asas Kejayaan” Murid yang mempunyai disiplin yang baik mudah mendapat kejayaan

Muka surat 11

b. Nyatakan amalan baik daripada seni kata lagu tersebut.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(1 markah)

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan seni kata lagu tersebut.

Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri dan

sentiasa saling menghormati di antara satu

sama lain.

Mengajak kawan untuk melakukan aktiviti

yang tidak berfaedah.

(1 markah)

d. Terangkan maksud baris-baris seni kata lagu di atas.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

_____SELAMAT MAJU JAYA_____

Disediakan oleh : Cik Nurul Fuziah Muhamad

Disemak oleh : Puan Zaidah Muhamed

Tunjuk sikap sopan

Jalin perpaduan