vitamin kejayaan

13
PENAFIAN PENULISAN Penulis (merangkap penerbit) telah sedaya upaya memastikan ebook ringkas “Vitamin Kejayaan” ini mengandungi kandungan maklumat yang bermanfaat dan berautoriti, besesuaian dengan tujuan asal penulis. Penulis ebook ini tidak boleh dianggap memberikan professional seperti konsultasi, perundangan mahupun perakaunan kepada para pembaca. Sila dapatkan khidmat ahli professional yang bertauliah sekiranya anda memerlukan segala bantuan dan pakar dalam bidang berkaitan. Harus diingatkan, penerangan yang diberikan dalam ebook ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis sama sekali TIDAK AKAN bertanggungjawab atas sebarang masalah / kesilapan / kesalahan maklumat, atau risiko (peribadi atau tidak) yang berlaku semasa mengaplikasikan ebook ini. Tanggungjawab dan risiko adalah terletak pada diri anda sendiri selepas membaca ebook ini. HAK DAN HAKCIPTA Hakcipta Vitamin Kejayaan © terpelihara. HAK ANDA SEBAGAI PEMBACA EBOOK “Vitamin Kejayaan”: [BOLEH] dicetak untuk kegunaan sendiri [BOLEH] dikongsikan mana-mana tips kepada yang memerlukan [BOLEH] dijadikan bonus, sekiranya dirasakan perlu [TIDAK BOLEH] mengubah segala isi kandungan atas apa tujuan tanpa izin [TIDAK BOLEH] dilelong pada mana-mana platform jualan seperti E-Bay Mukasurat 1 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Upload: idea-bisnes-internet

Post on 16-May-2015

306 views

Category:

Career


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Vitamin Kejayaan

PENAFIAN PENULISAN

Penulis (merangkap penerbit) telah sedaya upaya memastikan ebook ringkas

“Vitamin Kejayaan” ini mengandungi kandungan maklumat yang bermanfaat dan

berautoriti, besesuaian dengan tujuan asal penulis.

Penulis ebook ini tidak boleh dianggap memberikan professional seperti

konsultasi, perundangan mahupun perakaunan kepada para pembaca. Sila

dapatkan khidmat ahli professional yang bertauliah sekiranya anda memerlukan

segala bantuan dan pakar dalam bidang berkaitan.

Harus diingatkan, penerangan yang diberikan dalam ebook ini berdasarkan

pengalaman penulis sendiri. Penulis sama sekali TIDAK AKAN

bertanggungjawab atas sebarang masalah / kesilapan / kesalahan maklumat,

atau risiko (peribadi atau tidak) yang berlaku semasa mengaplikasikan ebook ini.

Tanggungjawab dan risiko adalah terletak pada diri anda sendiri selepas

membaca ebook ini.

HAK DAN HAKCIPTA Hakcipta Vitamin Kejayaan © terpelihara.

HAK ANDA SEBAGAI PEMBACA EBOOK “Vitamin Kejayaan”:

[BOLEH] dicetak untuk kegunaan sendiri

[BOLEH] dikongsikan mana-mana tips kepada yang memerlukan

[BOLEH] dijadikan bonus, sekiranya dirasakan perlu

[TIDAK BOLEH] mengubah segala isi kandungan atas apa tujuan tanpa izin

[TIDAK BOLEH] dilelong pada mana-mana platform jualan seperti E-Bay

Mukasurat 1 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 2: Vitamin Kejayaan

PENGHARGAAN

Saya dedikasikan ebook ringkas Vitamin Kejayaan ini kepada semua IM

Malaysia, terutamanya:

Mohd Amirol : http://mohdamirol.com

Smartzul : http://blog.smartusaha.com

Jebat : http://mesrainternet.com/blog

Shamsuriyadi : http://www.shamsuriyadi.com

Labanon : http://flarebiz.com

dan para pembaca yang mengenali saya. Vitamin Kejayaan berkisar kepada

sesiapa yang berminat untuk menambahkan pendapatan melalui internet.

Ini adalah ebook versi PERCUMA versi 1.1. (versi asal 1.0) GENRE Motivasi dan Tips Asas

Selamat berkongsi ilmu-Nya.

komenebook

http://komenebook.com

Mukasurat 2 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 3: Vitamin Kejayaan

Pendahuluan Semua orang mempunyai keinginan untuk berjaya. Namun, kejayaan tidak akan

datang bergolek, tidak akan jatuh ke riba...dan tidak akan muncul dengan begitu

sahaja. Walaupun memang setiap manusia itu telah ditakdirkan ajal, rezeki dan

jodohnya, namun, sebagai hamba-Nya yang lemah, kita tetap wajib untuk

berusaha.

Sebenarnya, jika anda seorang yang suka membaca buku-buku yang berkait

dengan motivasi, anda akan temui berpuluh-puluh cara (malah lebih dari itu)

untuk mencapai kejayaan dan kekayaan melalui internet. Tujuh (7) tips yang

saya berikan ini hanyalah hasil dari pengalaman, perkongsian maklumat, kajian

dan pembacaan saya yang tak seberapa. Ilmu Allah amat luas, tak terjangkau

untuk kita kuasai semuanya.

Paling baik, amalkan setakat tahap penerimaan anda. Jangan hilang fokus dan

nak buat semua benda. Berikut saya kongsikan sedikit yang saya dapat untuk

pengetahuan anda semua...buat pembaca yang budiman.

Penerbit : Komenebook

Pengarang : Komenebook

Blog rasmi : http://komenebook.com

Email : [email protected]

Mukasurat 3 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 4: Vitamin Kejayaan

Pertama: Re-engineering Re-engineering secara mudahnya bermaksud penyusunan yang bermatlamat

sama ada dari objektif, masa atau tenaga secara sistematik. Katakan, anda

mahu memulakan perniagaan, anda seharusnya membeli buku panduan yang

berkaitan, atau bertanyakan kepada yang pakar.

Sebagai contoh, saya boleh tunjukkan panduan untuk memulakan bisnes secara

kecil-kecilan di internet. Untuk memasarkan produk internet, anda haruslah:

1. Buat (merekacipta) satu atau dua produk

2. Cipta laman web

3. Kaedah penerimaan pembayaran

4. Mula menjual produk & buat sistem affiliate

5. Duit masuk dan terus masuk.....

Tapi semudah itu ke? Jika semudah itu, dah tentu kita dah sama-sama menjadi

kaya raya kan? Itu hanyalah tips asas kawan! Jika anda tidak tanya pada pakar

sekalipun, itu langkah paling asas yang perlu anda tahu.

Apa yang saya maksudkan, perancangan dengan teliti dan tersusun perlu dibuat

sebelum memulakan sesuatu. Pelajari perkara asas yang berkait dengan industri

yang bakal anda ceburi. Fokus dan buang jauh-jauh rasa malu untuk belajar.

Biar bodoh dalam belajar, jangan bodoh dalam tindakan.

Saya masih ingat kata-kata dari kawan baik saya,

“biar buat dengan lambat dan terancang asal hasil

masuk; dari buat cepat tapi tak dapat apa-apa”.

Mukasurat 4 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 5: Vitamin Kejayaan

Kedua : Initiative Anda semestinya mempunyai keinginan untuk membuat sesuat tanpa terlalu

mengharapkan pertolongan. Walaupun anda diberi kemudahan seperti “online

support”, “forum support”, cuba elakkan dari terlalu berharap kepada bantuan

mereka.

Maksud saya, jangan sekadar nak “bertongkat” 100%. Manusia telah diberikan

keistimewaan akal yang cukup tinggi. Baca mana-mana yang perlu, rajin buat

latihan, belajar dari kesilapan. Bila dah cuba berkali-kali, tetapi tak berjaya diselesaikan, baru bertanya.

Saya pernah membeli ebook yang berkait dengan forex dan berguru dengan

beliau secara jarak jauh. Setiap kali saya membuat latihan trading, saya akan

baca panduan yang diberikan, ulang baca lagi sekali, selesaikan dulu apa yang

saya tidak faham, berdasarkan panduan yang telah diberikan.

Bila tak faham sangat, dengan besertakan contoh yang pernah saya buat, saya

kemukakan soalan kepada pihak beliau. Apa yang menggembirakan, beliau

memberikan respon yang positif dan menggalakkan saya lebih berusaha.

(walaupun secara hakikatnya, saya kurang berminat dengan industri forex)

Saya ingin berkongsi satu rahsia kepada anda dan ini pernah terjadi kepada

saya. Jika anda seorang yang sabar dan berusaha, rajin buat latihan dan

mempunyai matlamat yang jelas; walau sesusah mana masalah anda, seorang

guru (atau pakar) pun akan berlembut hati untuk membantu anda kerana dia

akan nampak keikhlasan anda, walaupun anda tidak pernah bertemu dengan

guru (atau pakar) tersebut..

Mukasurat 5 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 6: Vitamin Kejayaan

Sekadar ingin berkongsi:

Saya banyak mempelajari tentang asas html melalui W3Schools Online Web

Tutorials (http://www.w3schools.com/), disamping saya membeli beberapa buah

buku berkait dengan html di kedai-kedai buku terpilih.

APA YANG MENARIK TENTANG W3SCHOOLS?

• Satu laman web yang mengandungi pelbagai maklumat pengatucaraan

asas, pembinaan laman web berasaskan dari bahasa pengaturcaraan

paling mudah (html, css) hingga ke peringkat tertinggi (java, SOAP, dsb).

Mukasurat 6 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 7: Vitamin Kejayaan

• Pada ruangan html editor, anda boleh mengubah sebarang kod html yang

anda ingin tulis, dan terus boleh paste pada sebarang laman web atau

weblog yang ada suka! Jadi, tunggu apa lagi..Jika saya yang asalnya tak tahu, tak pandai boleh buat, tentu anda pun boleh buat ☺

Mukasurat 7 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 8: Vitamin Kejayaan

Ketiga: Study dan Focus Ini yang paling ramai kurang suka, paling kurang popular. B.E.L.A.J.A.R dan

F.O.K.U.S..Kebanyakan newbie gagal mencontohi para “otai” yang telah lama

berada dalam alam siber ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan mereka

mereka mempunyai dua sifat ini, beserta keinginan yang tinggi untuk belajar

menghasilkan produk-produk yang baru, produk yang memberi manfaat.

Jangan terkejut jika saya berani mengatakan, ramai newbie yang banyak

mengabiskan masa dengan sia-sia kerana menganggap proses belajar dan

fokus ini satu proses yang membosankan. Malah, ada yang mengambil mudah

perkara ini. Ada juga yang mencebik, “la...tu je ker yang dia nak ajar..aku pun

tahu kalo dia tak ajor benda tu...”.

Perasaan ini lahir kerana mereka merasakan diri mereka adalah sempurna dan

pandai. Ingatlah pesan saya ini, orang lain akan merasa kagum dan

menghormati anda sekiranya anda menghargai ilmu yang dicurahkan,

menghargai nasihat orang, tidak jemu-jemu mencari ilmu walaupun anda

memang ditakdirkan Allah menjadi pakar tanpa banyak belajar.

Malah, semakin anda ikhlas berkongsi ilmu, semakin bertambah kepandaian

anda, dan semakin bertambahlah kepercayaan orang ramai pada anda. Anda

akan lebih dikenali, secara tidak langsung, orang tidak akan ragu-ragu terhadap

nasihat atau apa-apa produk keluaran anda.

Fokus yang mantap juga sangat penting kerana ia akan mengelakkan anda dari

terkena satu penyakit yang berbahaya dari alam siber. Penyakit ini dikenali

sebagai “overloaded Information” (Limpahan Maklumat). Penyakit ini berlaku

kerana hilangnya tahap fokus pada sesuatu.

Mukasurat 8 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 9: Vitamin Kejayaan

Bila kena penyakit ini, peluang untuk “baik” agak lambat berbanding mereka

yang memang fokus dan mempunyai niat / azam yang utuh.

Sebagai contoh, anda mempunyai 3 orang kawan. Anda dapati kenalan A anda

berjaya dalam program affiliate, anda juga nak sertai affiliate. Tengah-tengah

syok belajar affiliate, anda dapati kenalan B anda berjaya dapat cek USD 200

lebih dari program google adsense. Anda pun dah terpengaruh dengan program

kenalan B anda, dan fokus anda terhadap program affiliate dah semakin kendur.

Tak lama selepas itu, kawan C anda pula berjaya dalam penternakan cendawan.

Bulan-bulan dia dapat paling sedikit RM5000. Jadi, anda pun dah tinggalkan

program adsense dan affiliate untuk belajar tanam cendawan.

Dapatkah anda faham kesimpulan dari cerita di atas?

“studi dan fokus sangat penting untuk

mencapai kejayaan!”

Mukasurat 9 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 10: Vitamin Kejayaan

Keempat: Inspiration Siapakah yang menjadi inspirasi anda untuk menceburi bidang perniagaan

internet? Pesaing, keluarga, kawan atau kekasih? Anda perlu tahu dari manakah

lahirnya inspirasi tersebut.

Sebagai contoh, weblog komenebook.com hasil dari pembacaan ebook dan

berdasarkan pengalaman saya dalam pelbagai bidang. Bagaimana pula dengan

anda? Saya percaya, tentu anda mempunyai sumber inspirasi yang lebih baik

dari saya.

Atau, mungkin anda mendapat sedikit inspirasi dari kejayaan usahawan-

usahawan muda seperti Dr. Irfan Khairi, Saifulsham, Shamsuriadi, Zulfadli

(Smartzul), Munawwar, Hafiz Latib, Mohd Amirol, Irwan Dahnil dalam

menghasilkan produk-produk ebook yang memberi manfaat.

Mukasurat 10 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 11: Vitamin Kejayaan

Kelima: Knowlege Utilization Maksimakan Pengetahuan. Sebenarnya, di dunia yang sementara ini banyak

pengetahuan yang tidak terbatas. Semua orang maklum, dan saya sendiri

dengan rasa rendah diri mengakui setiap orang mempunyai kelebihan dan skill

masing-masing dalam bidang tertentu.

Namun, sejauh manakah pengetahuan atau knowledge itu dapat dicipta ke arah

yang lebih baik dan bermanfaat? Sejauh mana kita memaksimakan pengetahuan

tersebut? Sebagai contoh, maukah anda berkongsi maklumat yang ada dengan

percuma? Jika diberi percuma, adakah anda pasti ada insan lain yang akan menghargainya?

Saya pernah menemubual seorang MLM yang amat berjaya. Beliau merupakan

bekas akauntan di sebuah syarikat yang bertaraf multinasional. Sewaktu

berkongsi cerita, saya terkejut kerana dia pernah memberikan sampel percuma

dengan harga RM 1. Jauh dalam benak kepala saya, timbul rasa hairan. Saya

dengan rasa ingin tahu, bertanyakan beliau, kenapa sampel dengan harga RM 1.

Dengan penuh yakin, dia menjawab, kebanyakan orang dapat produk sampel

(dengan percuma), ramai yang tidak menghargai. Jika mereka dikenakan sedikit

bayaran, barulah mereka merasakan produk tersebut mempunyai nilai! Masuk

akal juga kata-kata beliau!

Mukasurat 11 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 12: Vitamin Kejayaan

Keenam: Observation Permerhatian amatlah penting dalam menceburi perniagaan internet. Kenali jenis

– jenis perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Pastikan perniagaan

itu sah dan halal. Jangan sesekali membuka apa jua bentuk perniagaan internet

yang berbentuk penipuan dan melanggar undang-undang.

Namun, jangan terlalu lama dalam proses ini kerana masa terus berjalan dan ia

tidak akan berhenti. Kita yang mengejar masa, bukan masa yang mengejar kita.

Apa yang saya maksudkan, buatlah pemerhatian beserta penilaian dengan

sebaiknya. Sekiranya ada masalah yang berkaitan, tanya sendiri pakar atau

pembuat produk dan buat catitan. Sebai-baiknya, catit di dalam satu buku khas

atau terus taip sebarang input atau tips yang diperolehi dalam komputer.

Paling penting, jangan tanya kepada jenis yang pura-pura pandai. Lawan rasa

ego anda dengan berani bertanya. Ingat, malu bertanya sesat jalan. Tak rugi

satu sen pun jika bertanya.

Mukasurat 12 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

Page 13: Vitamin Kejayaan

Ketujuh: Usaha, Doa dan Tawakkal Apa jua usaha anda, ingatlah kepada Pencipta kita Rabbul Jalil. Dia yang Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Kita sebagai hamba-Nya yang lemah

seharusnya sentiasa menadah tangan, memohon dan merayu kepada-Nya.

Dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya, kita sememangnya digalakkan

untuk meminta apa saja dari-Nya. Adulah sebarang masalah yang dihadapi

kepada-Nya...hatta sekiranya anda mahu mengorat sesiapa yang anda suka!

Kita perlu percaya, Allah sentiasa memperkenankan sebarang permintaan kita,

cuma yang menjadi persoalan adalah lambat atau cepat. Lambat atau cepat pula

bergantung kepada usaha dan amalan kita seharian. Andaikata kita sentiasa

mengerjakan segala suruhan-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya, maka

peluang “kecepatan” doa kita dikabulkan adalah tinggi! Semuanya bergantung

kepada sejauh mana hubungan anda dengan-Nya!

Penutup Semoga dengan sedikit panduan dan tips yang diberikan ini dapat membantu

menaikkan motivasi dan semangat newbie untuk terus kejayaan dan menjana

kekayaan melalui intenet. Tiada apa yang mudah dalam dunia ini tanpa usaha!

Ingatlah:

NIAT + USAHA + DOA = TAWAKKAL

komenebook

http://komenebook.com

Mukasurat 13 dari 13

{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1