sistem pemerintahan malaysia

3
3/27/2016 Sistem Pemerintahan http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumatkenegaraan/8710sistempemerintahan.html 1/3 UTAMA PORTAL & PMR PROFIL MALAYSIA MAKLUMAT KENEGARAAN LAMAN JABATAN PAUTAN Carian Saiz Pilihan Text Skip to content Skip to main navigation Skip to 1st column Skip to 2nd column TARIKH KEMASKINI Khamis 24 Mac 2016, 16:58 1MALAYSIA AGAMA ALAM SEKITAR ANTARABANGSA BUDAYA EKONOMI ICT INFO TERKINI JAWATAN KOSONG KESELAMATAN NKRA PENDIDIKAN PEMERDAGANGAN ORANG PENSTRUKTURAN SUBSIDI POLITIK PUISI SOSIAL TATABAHASA UMUM GALERI FOTO GALERI VIDEO GALERI AUDIO MUAT TURUN KERTAS PEPERIKSAAN MAKLUM BALAS ARKIB 1KLIK SISTEM PEMERINTAHAN Dewan sedang bersidang Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:‐ Badan Perundangan. Badan ini hanya membuat undang‐undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana‐mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain; Badan Pemerintah. Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang‐undang dan penghakiman; dan; Badan Kehakiman Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang‐undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga‐tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing‐masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli‐ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan ﴾Parlimen Malaysia﴿. Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini. KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA Badan Perundangan Badan Perundangan ﴾Parlimen Malaysia﴿ memiliki kuasa menggubal undang‐undang persekutuan dan juga negeri‐negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang‐undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai‐cukai dan kadar‐kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang‐undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli‐ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri. Yang di‐Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa‐apa juga perbicaraan dalam mana‐mana mahkamah. Yang di‐Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja‐Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di‐Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja‐Raja Melayu. Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di‐Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja‐Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja‐Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan‐kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di‐Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di‐ Carian...

Upload: vijaen-cool-

Post on 13-Jul-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sistem Pemerintahan Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pemerintahan Malaysia

3/27/2016 Sistem Pemerintahan

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat­kenegaraan/8710­sistem­pemerintahan.html 1/3

UTAMA PORTAL & PMR PROFIL MALAYSIA MAKLUMAT KENEGARAAN LAMAN JABATAN PAUTAN

Carian   Saiz Pilihan Text 

Skip to contentSkip to main navigationSkip to 1st columnSkip to 2nd column

TARIKH KEMASKINI

Khamis 24 Mac 2016, 16:58

1MALAYSIA

AGAMA

ALAM SEKITAR

ANTARABANGSA

BUDAYA

EKONOMI

ICT

INFO TERKINI

JAWATAN KOSONG

KESELAMATAN

NKRA

PENDIDIKAN

PEMERDAGANGANORANG

PENSTRUKTURANSUBSIDI

POLITIK

PUISI

SOSIAL

TATABAHASA

UMUM

GALERI FOTO

GALERI VIDEO

GALERI AUDIO

MUAT TURUN

KERTASPEPERIKSAAN

MAKLUM BALAS

ARKIB 1KLIK

SISTEM PEMERINTAHAN

Dewan sedang bersidang

 

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:‐

• Badan Perundangan.Badan ini hanya membuat undang‐undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana‐mana pihak dan tidak boleh mempunyaikuasa lain;

• Badan Pemerintah.Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang‐undang dan penghakiman; dan;

• Badan KehakimanBadan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang‐undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga‐tigabadan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing‐masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintahberkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli‐ahli Badan Perundangan adalah juga BadanPemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan ﴾Parlimen Malaysia﴿. Badan Kehakiman sahajamerupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

 

KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Badan PerundanganBadan Perundangan ﴾Parlimen Malaysia﴿ memiliki kuasa menggubal undang‐undang persekutuan dan juga negeri‐negeri di dalamnya.Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang‐undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruhpersekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai‐cukai dan kadar‐kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuatkuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang‐undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalamKumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangikerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoritiyang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli‐ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Yang di‐Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalampersekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa‐apa juga perbicaraan dalam mana‐mana mahkamah. Yang di‐Pertuan Agongdipilih oleh Majlis Raja‐Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di‐Pertuan Agongakan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja‐Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkanParlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di‐Pertuan Agong boleh melaksanakantiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen danmeminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja‐Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja‐Raja. Bagindajuga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan‐kesalahantertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabahdan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di‐Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orangMelayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di‐

Carian...

Page 2: Sistem Pemerintahan Malaysia

3/27/2016 Sistem Pemerintahan

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat­kenegaraan/8710­sistem­pemerintahan.html 2/3

Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaanpendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

Dewan NegaraDewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang‐undang dengan lebih terperinci. Ia jugabertanggungjawab membincangkan perkara‐perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan,Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang‐undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakankepada Yang di‐Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuaturang undang‐undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong daripadawarganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatanawam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil‐wakil kaum yang terkecilbilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orangahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili WilayahPersekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh DewanUndangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap‐tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di‐Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli‐ahlisendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli DewanNegara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahunlagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli DewanNegara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah DewanNegara, seperti menambah bilangan ahli‐ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkansupaya ahli‐ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi‐pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli‐ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan RakyatDewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil‐wakil mereka. Ahli‐ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di‐Pertua danTimbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di‐Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepadaahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahliDewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong berkuasa,menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari PerdanaMenteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyatadalah 153 kerusi untuk negeri‐negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara WilayahPersekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ﴾11 kerusi﴿, Wilayah Persekutuan Labuan ﴾1 kerusi﴿ dan WilayahPersekutuan Putrajaya ﴾1 kerusi﴿.

 

BADAN PEMERINTAH

Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa‐kuasa eksekutif mengikutPerlembagaan dan undang‐undang.

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di‐Pertuan Agongdan tertakluk kepada peruntukan mana‐mana undang‐undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan olehJemaah Menteri atau mana‐mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang‐undangmemberi tugas‐tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di‐Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabilaberlaku kekosongan disebabkan Yang di‐Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam PersekutuanMalaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab‐sebab lain maka Timbalan Yang di‐Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankantugas‐tugas Yang di‐Pertuan Agong.

Jemaah MenteriJemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong. Dibawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di‐Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkanbaginda dalam hal ehwal menjalankan tugas‐tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

a﴿ Yang di‐Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat bagindamendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli‐ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan

b﴿ Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di‐Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri‐menteri lain dalam kalangan ahli‐ahli Dewan Rakyatdan Dewan Negara.

 

Majlis Raja‐RajaMajlis Raja‐Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di‐Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38,Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:‐

•  Memilih Yang di‐Pertuan Agong dan Timbalan Yang di‐Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan‐peruntukan JadualKetiga, Perlembagaan Persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa‐apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa‐apa undang‐undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa‐apa pelantikan

Page 3: Sistem Pemerintahan Malaysia

3/27/2016 Sistem Pemerintahan

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat­kenegaraan/8710­sistem­pemerintahan.html 3/3

yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja‐Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding denganMajlis Raja‐Raja.

 

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi danMahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktubdalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

 

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah‐mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan MahkamahRendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuahlagi bagi Sabah dan Sarawak ﴾yang dahulunya dinamakan Borneo﴿. Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiridaripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabahdan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak‐kanak dan mereka yang di bawah umur 18tahun. Fungsi‐fungsi ini dijalankan mengikut kuasa‐kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah‐mahkamahtersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua‐dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim‐hakim Besar Mahkamah Persekutuan danHakim‐hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat PerdanaMenteri, selepas berunding dengan Majlis Raja‐Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipunkeanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong.

 

Sumber : Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi TahunanJabatan Penerangan MalaysiaArtikel dimasukkan pada : 28 Februari 2011

 

SEJAK 14 NOVEMBER, 2008 PENAFIAN DASAR PRIVASI DASAR KESELAMATAN