sistem enjin

14
Pengenalan ENJIN PEMBAKARAN DALAM Ia adalah sejenis pengerak yang mengeluarkan kuasa hasil dari pembakaran bahanapi di dalam kebuk pembakaran. Enjin pembakaran dalam dikelaskan kepada dua jenis berdasarkan cara bahanapi dibakar untuk menghasilkan kuasa, iaitu sama ada menggunakan pencucuhan mampatan (diesel) atau pencucuhan bunga api (petrol). Kedua-dua jenis enjin ini menjalankan operasinya secara 4 lejang atau 2 lejang. PRINSIP KERJA ASAS ENJIN PEMBAKARAN DALAM Apabila campuran udara bahan api dibakar didalam kebuk pembakaran, kedudukan omboh adalah pada pusat mati atas, tekanan disebabkan oleh pembakaran udara-bahanapi akan menolak omboh kebawah. Gerakan salingan omboh ini ditukarkan kepada putaran aci engkol dengan membuat penyusunan yang sesuai. 1

Upload: fierdaus-fuad

Post on 11-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengenalan sistem pembakaran dalam

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Enjin

Pengenalan

ENJIN PEMBAKARAN DALAM

Ia adalah sejenis pengerak yang mengeluarkan kuasa hasil dari pembakaran

bahanapi di dalam kebuk pembakaran. Enjin pembakaran dalam dikelaskan kepada dua

jenis berdasarkan cara bahanapi dibakar untuk menghasilkan kuasa, iaitu sama ada

menggunakan pencucuhan mampatan (diesel) atau pencucuhan bunga api (petrol). Kedua-

dua jenis enjin ini menjalankan operasinya secara 4 lejang atau 2 lejang.

PRINSIP KERJA ASAS ENJIN PEMBAKARAN DALAM

Apabila campuran udara bahan api dibakar didalam kebuk pembakaran, kedudukan

omboh adalah pada pusat mati atas, tekanan disebabkan oleh pembakaran udara-

bahanapi akan menolak omboh kebawah. Gerakan salingan omboh ini ditukarkan

kepada putaran aci engkol dengan membuat penyusunan yang sesuai.

Rajah 1

1

Page 2: Sistem Enjin

4 STROKE SPARK IGNITION (SI) ENGINE (PETROL)

KENDALIAN 4 – LEJANG

Dalam enjin petrol 4 lejang, ianya perlu menjalani 4 lejang yang mana kitaran ini

kemudiannya akan menghasilkan satu kuasa yang diperlukan bagi menjalankan

sesuatu.

Omboh di dalam silinder bergerak ke atas dan ke bawah dengan gerakan salingan.

Takat tertinggi yang dicapai oleh piston dinamakan sebagai TOP DEAD CENTER

(TDC) dan takat yang terendah sekali yang dicapai oleh piston dipanggil sebagai

BOTTOM DEAD CENTER (BDC). Jarak di antara TDC dengan BDC dpanggil

Lejang. Bagi setiap kali pusingan aci engkol (crank shaft), ianya melakukan 2 lejang.

Jadi, bagi enjin 4 lejang, ianya dilengkapkan dengan 2 pusingan crank shaft / aci

engkol dan dalam sudutnya ialah sebanyak 720 °.

Lejang Masukan / Aruhan ( Suction )

Apabila piston bergerak ke bawah dari TDC ke BDC , tekanan yang lebih rendah dari

udara TDC akan wujud di dalam silinder. Dengan ini, tekanan atmosfera di luar enjin

akan menarik campuran udara dan bahanapi dari karburetor ke dalam silinder yang

mana injap masukan pada masa itu akan berada dalam keadaan terbuka. Setelah

piston sampai ke BDC injap masukan akan tertutup dan tamatlah lejang ini.

Lejang Mampatan (Compression)

Campuran udara bahanapi yang masuk ke dalam silinder tadi akan dimampatkan bila

piston bergerak dari BDC ke TDC. Pada masa ini, kedua-dua injap masukan dan

ekzos akan beada adalam keadaan tertutup. Ini akan meninggikan lagi tekanan dan

suhu campuran udara bahanapi di dalam silinder.

Lejang Kuasa (Power)

Bila piston sampai ke TDC ( dalam lejang mampatan) campuran udara bahanapiyang

termampat akan tercucuh oleh bungapi yang dihasilkan oleh palam pencucuh ( Spark

Plug).

Akibat dari terbakarnya campuran itu, satu letupan kuasa akan berlaku dan

menghasilkan tekanan yang amat tinggi yang mana memaksa piston itu turun ke

bawah dan seterusnya menyebabkan aci engkol terus berputar. Semasa lejang

kuasa ini berlaku, injap masukan dan juga injap ekzos masih berada dalam keadaan

tertutup.

Lejang Ekzos ( Exhaust)

2

Page 3: Sistem Enjin

Bila piston sampai ke BDC, injap ekzos akan terbuka. Gerakan piston menuju ke

arah TDC seterusnya akan memaksa gas-gas yang terbakar keluar dari silinder

melalui injap ekzos yang terbuka itu.

Bila piston sampai ke TDC, injap ekzos pun akan tertutut dan injap masukan terbuka

semula dan bersedia untuk lejang masukan berlaku bagi proses ulangan seterusnya.

( Keempat-empat lejang di atas, iaitu lejang masukan, mampatan, kuasa dan ekzos

adalah satu kitaran lengkap bagi enjin empat lejang yang mana berlaku dalam satu

kitaran iaitu dua pusingan aci engkol 720°.)

Rajah 2

3

Page 4: Sistem Enjin

Rajah 3

4

Page 5: Sistem Enjin

2 STROKE SPARK IGNITION (SI) ENGINE (PETROL)

KENDALIAN 2 – LEJANG

Bagi enjin pusingan 4 lejang, satu kitaran yang lengkap memerlukan 4 lejang piston

(lejang masukan, mampatan, kuasa dan ekzos) @ 2 pusingan aci engkol. Tetapi,

bagi enjin pusingan 2 lejang, keempat-empat lejang ini dapat dilengkapkan dalam 2

lejang @ 1 pusingan aci engkol. Lejang masukan dan mampatan digabungkan pada

satu lejang piston sementara lejang kuasa dan ekzos digabungkan pada satu lagi

lejang piston.

Enjin pusingan 2 lejang, tidak menggunakan injap. Liang itu sendiri bertindak sebagai

injap. Campuran udar, bahanapi dan minyak pelincir (2T) akan masuk melalui liang

masukan sementara gas yang sudah dibakar pula akan keluar melalui liang ekzos.

Kedua-dua liang ini dibina pada silinder enjin.liang-liang ini akan tertutup dan terbuka

oleh pergerakan omboh. Kepala omboh dibentuk sebegitu rupa (dipasangkan

pemesong) untuk memudahkan campuran udara dan bahan api masuk ke ruang

pembakaran dan sekaligus menghalang keluar gas-gas yang terbakar.

Rajah 4-Scavenging menunjukkan piston sedang bergerak naik ke atas. Sambil

piston itu bergerak naik keatas menghampiri ke TDC, campuran bahan api pun

termamapat pada masa yang sama juga, campuran udara bahan api akan masuk ke

ruang kotak engkol melalui injap daun (read valve). Campuran udara bahan api dapat

masuk ke ruang kotak engkol kerana wujudnya vakum yang terbentuk di kotak engkol

semasa omboh bergerak ke atas.

Rajah 5 menunjukkan campuran udara bahan api telah terbakar dan seterusnya

tekanan yang tinggi menyebabkan piston tertolak ke bawah. Bila piston bergerak ke

bawah, kedua-dua liang akan terbuka. Ini akan menyebabkan campuran udara bahan

api masuk ke ruang pembakaran melalui liang masukan dan gas-gas terbakar keluar

melalui liang ekzos.

Campuran udara bahan api dan (2T) tertolak masuk kedalam silinder kerana adanya

tekanan yang terbentuk dikotak engkol semasa piston bergerak kebawah. Tekanan

yang terbentuk ini akan menyebabkan injap daun tertutup dan bila piston bergerak

semakin jauh kebawah, akan menyebabkan campuran udara, bahan api dan 2T akan

termampat didalam kotak engkol. Akhirnya, campuran udara bahan api akan tertolak

masuk keruang pembakaran melalui liang masukan. Begitulah seterusnya kendalian

enjin 2 lejang bagi menghasilkan kuasa yang berterusan.

5

Page 6: Sistem Enjin

Rajah 4

Rajah 5

6

Page 7: Sistem Enjin

Jenis – Jenis Kendalian Enjin

1. Enjin Petrol

2. Enjin Diesel

Enjin Petrol

menggunakan palam pencucuh

campuran minyak dan udara masuk kedalam silinder

kurang kuasa dan efisyen

enjin lebih senyap

untuk kenderaan ringan seperti kereta

Enjin Diesel

• tidak menggunakan palam pencucuh

• hanya udara sahaja yang masuk ke dalam silinder

• lebih kuasa dan lebih efisyen

• enjin bising

• untuk kenderaan berat seperti lori dan bas

7

Page 8: Sistem Enjin

Rajah 6 : Enjin Petrol

Rajah 7 : Enjin Diesel

8

Page 9: Sistem Enjin

Komponen-Komponen Enjin pembakaran dalam

Bahagian-bahagian utama enjin pembakaran dalam 4 Lejang dan 2 lejang:

Enjin pembakaran terdiri daripada dua bahagian utama:

i. Bahagian tetap terdiri dari kepala silinder, blok silinder dan kotak engkol.

ii. Bahagian bergerak terdiri dari omboh, rod penyambung, aci engkol, rangkaian

injap dan roda tenaga.

Peralatan tambahan atau bantuan enjin pembakaran dalam terdiri dari:

i. Sistem pencucuhan

ii. Sistem bekalan bahanapi

iii. Sistem pelinciran

iv. Sistem pendinginan

Kepala Silinder

Merupakan bahagian yang terpanas kerana di sini terletaknya kebuk pembakaran

Pada bahagian atas kepala silinder ditempatkan injap-injap aruhan dan ekzos,

pancarongga-pancarongga aruhan dan ekzos, palam pencucuhan (bagi enjin petrol)

dan pemancit bahanapi.

Kepala silinder disejukkan oleh jaket air pendingin yang berada disekeliling tepunya.

Blok Silinder

Merupakan komponen enjin yang menyimpan silinder iaitu satu tuangan bulat terbuka

pada hujung bawah kepada kotak engkol dan tertutup di bahagian atas oleh kepala

silinder.

Liang-liang ruang pada blok silinder iaitu di sekeliling silinder adalah merupakan jaket

air pendingin.

Menerusi jaket ini, air pendingin diedarkan ke sekeliling dinding silinder.

Kotak Engkol

Kotak engkol menupang kepala silinder, silinder dan alat-alat lain seperti motor

penghidup, pengulangalik (alternator) dan lain-lain.

Dibahagian bawah kotak engkol terdapat takungan minyak pelincir dan turas minyak

pelincir.

9

Page 10: Sistem Enjin

Omboh

Fungsi omboh ialah memampatkan campuran udara-bahan api, menghantar kerja

dari hasil tekanan pembakaran ke aci engkol menerusi rod penyambung, memaksa

gas hasil pembakaran keluar ke pancarongga ekzos semasa lejang ekzos dan

menghasilkan vakum supaya campuran udara bahan api masuk ke silinder semasa

lejang aruhan.

Omboh disendalkan ke dinding silinder oleh 3 gelang dipasang kepada lurah-lurah

ditepi omboh.

Gelang pertama dan kedua ialah gelang-gelang mampatan manakala gelang ketiga

ialah gelang minyak.

Gelang-gelang ini berbentuk belah (split) dan berfungsi sebagai pegas kuat yang

ditekan diantara omboh dan dinding silinder.

Rod Penyambung

Rod penyambung berfungsi untuk menukarkan gerakan salingan omboh kepada

gerakan putaran aci engkol.

Rod penyambung diperbuat dari tempaan aloi keluli kekuatan tinggi

Aci Engkol

Ia dianggap aci utama enjin dan dihubungkan kepada omboh menerusi rod

penyambung.

Liang pindah

Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia

berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.

 

Liang masukan (2 lejang)

Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan

udara memasuki kotak enjin.

Liang ekzo (2 lejang)

Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil

pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.

 

10