1.5) enjin(kem. teknikal)

70
ENJIN Pengikat dan Pencantum Bahagian Luar Enjin Bahagian Dalam Enjin Definisi Lejang Sistem Enjin Menservis Enjin

Upload: ibrahanis

Post on 21-Jun-2015

1.560 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

ENJIN

•Pengikat dan Pencantum•Bahagian Luar Enjin•Bahagian Dalam Enjin•Definisi Lejang•Sistem Enjin•Menservis Enjin

Page 2: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Pengikat dan Pencantum

Pengikat Bol, Nat, Stad , Skru Tudung

Pencantum Kekunci Woodruff, Kekunci Persegi

Page 3: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Bol1. Saiz ditentukan mengikut ukuran panjang dan

diameter batangnya.2. Jenis-jenis bol :- i. Bol kepala empat segi ii. Bol kepala heksagon

Page 4: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Nat1. Nat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu nat

biasa dan nat khas.2. Nat biasa digunakan bersama-sama bol dan stad

untuk pemasangan umum.3. Nat khas digunakan bagi menahan gegaran dan

getaran untuk mengelakkan nat daripada menjadi longgar.

Page 5: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Stad 1. Stad adalah pengikat tanpa kepala.2. Kedua-dua hujungnya berulir, bahagian berulir

kasar diikat pada bongkah enjin manakala bahagian berulir halus dipasangkan dengan nat.

3. Saiz stad ditentukan oleh panjang dan diameternya.

Page 6: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Skru Tudung

1. Pengikat yang mempunyai benang pada seluruh batangnya.

2. Diskrukan ke dalam lubang berulir pada bahagian enjin.

3. Jenis skru tudung ditentukan mengikut bentuk kepalanya.

Page 7: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Kekunci Woodruff1. Juga dikenali sebagai kekunci separuh bulatan.2. Bahagian bawah kekunci yang berbentuk separuh

bulatan berada di dalam alur kekunci pada aci untuk menahan takal daripada bergerak atau tertanggal.

Page 8: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Kekunci Persegi Juga dikenali sebagai kekunci benam. Separuh bahagian daripada kekunci akan berada di

dalam alur kekunci pada aci manakala separuh lagi berada di dalam bahagian takal yang dicantumkan.

Latihan

Page 9: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

LATIHAN:Pengikat dan Pencantum

1. Apakah kegunaan pengikat dan pencantum?2. Senaraikan jenis-jenis pengikat yang biasa

digunakan pada enjin.3. Senaraikan jenis pencantum yang sering

digunakan pada enjin.

Page 10: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Bahagian Luar Enjin

Bahagian Utama Alatan Tangan Membuka dan memasang bahagian

luar enjin

Page 11: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Bahagian Utama

Kepala Silinder Sirip Penyejuk Palam Pencucuh Bongkah Enjin Palam Pengisi Minyak Ukur Celup Palam Buang Minyak Karburetor Pembersih Udara Tangki Bahan Api Roda Tenaga Penyenyap Bunyi Takung Minyak Pelincir Perumah Penghembus

Page 12: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Kepala Silinder1. Terletak dibahagian atas bongkah silinder.2. Berfungsi untuk menutup lubang silinder disamping

menghindarkan gas udara bahan api terlepas keluar.

3. Bahagian yang terdapat pada kepala silinder ialah:- i. Lubang berbenang untuk memasang palam

pencucuh. ii. Ruang pembakaran iii. Sirip penyejuk

Page 13: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sirip Penyejuk1. Merupakan kepingan logam nipis dan lebar yang

diskrukan pada bongkah enjin, kepala silinder dan roda tenaga dengan skru tudung.

2. Sirip penyejuk berfungsi memerangkap udara bagi tujuan menyejukkan enjin dan memindahkan haba dari bongkah enjin ke udara sekeliling.

Page 14: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Palam Pencucuh1. Palam pencucuh dipasangkan

pada lubang berbenang di kepala silinder.

2. Berfungsi untuk membekalkan bunga api bagi membakar campuran udara bahan api di dalam silinder pembakaran.

Page 15: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Bongkah Enjin1. Diperbuat daripada besi tuang atau

aluminium dan merupakan bahagian utama bagi sesebuah enjin.

2. Bahagian enjin yang terdapat pada bongkah enjin:-a. lubang silinderb. sirip penyejukc. palam pengisi minyakd. ukur celupe. palam buang minyak f. tudung tapet

Page 16: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Palam Pengisi Minyak1. Terletak pada bongkah

enjin.2. Merupakan saluran masuk

minyak pelincir.3. Palam pengisi minyak

berfungsi untuk mengisi minyak pelincir semasa menukar minyak pelincir

Page 17: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Ukur Celup1. Dipasangkan pada palam pengisi minyak.2. Berfungsi untuk menentukan paras minyak di dalam

takung minyak pelincir.

Page 18: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Palam Buang Minyak1. Merupakan saluran keluar

minyak pelincir yang kotor.2. Berfungsi untuk

menyalurkan minyak pelincir yang kotor semasa menukar minyak pelincir.

3. Terletak di bahagian bawah takung minyak pelincir

Page 19: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Karburetor1. Bahagian enjin yang

berfungsi untuk mencampurkan bahan api dengan udara mengikut kadar yang betul bagi tujuan pembakaran.

2. Ia akan menukarkan bahan api kepada wap.

3. Wap tersebut akan bercampur dengan udara yang disalurkan masuk menerusi pembersih udara.

Page 20: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Pembersih Udara1. Berfungsi untuk menapis udara

yang masuk ke karburetor, mengurangkan bunyi bising semasa udara masuk ke karburetor dan menangkap api jika enjin tersedak.

2. Jenis-jenis pembersih udara :- i. jenis kawal minyak ii. jenis foam iii. jenis kasa dawai iv. jenis katrij kertas

Page 21: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Tangki Bahan Api1. Terletak di bahagian atas

enjin.2. Berfungsi untuk

menyimpan bahan api untuk disalurkan ke karburetor.

Page 22: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Roda Tenaga1. Menghasilkan momentum yang

dikehendaki untuk memusingkan enjin melalui lejangnya.

2. Juga mempunyai magnet kekal yang merupakan sebahagian daripada sistem magneto yang menghasilkan voltan tinggi dalam sistem penyalaaan enjin.

Page 23: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Penyenyap Bunyi1. Berfungsi untuk menyenyap

bunyi bising hasil daripada pembakaran campuran udara dan bahan api.

2. Juga menyalurkan gas ekzos dari bongkah enjin ke dalam udara.

Page 24: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Takung Minyak Pelincir1. Terletak dibahagian bawah

bongkah enjin.2. Berfungsi untuk menyimpan

minyak pelincir yang digunakan untuk melincinkan bahagian-bahagian enjin yang bergerak atau berputar.

Page 25: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Perumah Penghembus1. Berfungsi untuk melindungi

bongkah enjin dan roda tenaga.2. Udara yang disedut oleh roda

tenaga akan dialirkan melalui perumah penghembus untuk menyejukkan enjin .

Latihan

Page 26: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Latihan-Bahagian utama

1. Apakah fungsi penyenyap bunyi?2. Senaraikan jenis-jenis pembersih

udara.3. Bahagian apakah yang terdapat pada

kepala silinder?

Page 27: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Alatan Tangan Sepana Hujung Terbuka Sepana Gelang Sepana Gabung Soket Soket Dalam Tangkai L Tangkai Pelaju Tangkai Hayun Tangkai T Tangkai Gear Sala Perengkuh Daya Kilas Tolok Perasa Pemutar Skru Kontot

Page 28: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sepana Hujung Terbuka1. Mempunyai dua bahagian hujung terbuka

berbentuk ‘U’2. Terdapat 2 jenis saiz pada satu sepana.3. Saiz sepana hujung terbuka ditentukan oleh bukaan

rahangnya.

Page 29: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sepana Gelang1. Mempunyai gelang soket pada kedua-dua

hujungnya.2. Memberi cengkaman yang kuat dan tidak mudah

tergelincir semasa mengetat atau melonggarkan bol dan nat.

3. Saiz ditentukan oleh diameter gelang

Page 30: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sepana Gabung1. Mempunyai satu hujung gelang dan satu hujung

rahang terbuka.2. Kedua-dua hujung mempunyai saiz yang sama.

Page 31: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Soket Digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan

bol,nat dan skru tudung kepala heksagon

Page 32: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Soket Dalam Mempunyai badan yang lebih panjang daripada

soket. Sesuai untuk memasang palam pencucuh

Page 33: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Tangkai L Menghasilkan tekanan yang kuat semasa

mengetatkan bol dan nat

Page 34: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Tangkai Pelaju1. Berbentuk seperti engkol.2. Digunakan untuk mengetatkan bol dan nat dengan

cepat.

Page 35: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Tangkai Hayun 1. Menghasilkan tekanan dan rengkuhan yang kuat.2. Mempunyai sendi supaya dapat ditukar arah tanpa

mengangkat soket daripada nat semasa mengetatkan nat.

Page 36: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Tangkai T 1. Dapat memberi daya pusingan yang kuat.2. Penyuai segi empat dipasang pada kepala dan

boleh diubah kedudukannya.

Page 37: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Tangkai Gear Sala 1. Membolehkan soket dipusing satu arah sama ada

membuka atau mengetatkan tanpa perlu mengangkat soket daripada nat.

2. Mempunyai tuil yang digunakan untuk menentukan arah pusingan.

Page 38: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Perengkuh Daya Kilas 1. Mempunyai skala untuk menunjukkan jumlah tepat

daya kilas yang sepatutnya digunakan untuk mengetatkan bol atau nat.

2. Daya kilas diukur dalam ukuran paun.

Page 39: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Tolok Perasa 1. Menentukan sesuatu kelegaan yang tetap seperti

celahan palam pencucuh, kelegaan tapet dan kelegaan poin titik sesentuh.

2. Terdapat 2 jenis iaitu, tolok perasa bilah dan tolok perasa dawai.

Page 40: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Pemutar Skru Kontot 1. Mempunyai batang dan hulu yang pendek.2. Digunakan pada tempat yang sempit.

Latihan

Page 41: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Latihan-Alatan Tangan

1. Namakan tiga jenis sepana dan nyatakan fungsinya.

2. Namakan dua jenis tangkai dan fungsinya.

Page 42: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Bahagian Dalam Enjin Ruang Pembakaran Lubang Silinder Rongga Masukan Rongga Ekzos Omboh/piston Rod Penyambung Aci Engkol Aci Sesondol Tapet Injap

Page 43: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Ruang Pembakaran1. Terletak di bahagian

kepala silinder.2. Tempat campuran udara

bahan api yang dimampatkan dan dibakar untuk mendapatkan kuasa.

3. Tempat pemasangan palam pencucuh.

Page 44: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Lubang Silinder1. Bahagian yang menempatkan

piston.2. Terletak di bahagian bongkah

enjin.

Page 45: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Rongga Masukan Saluran yang terletak di

antara karburetor dengan rongga pembakaran.

Page 46: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Rongga Ekzos1. Saluran yang

menghubungkan lubang silinder dangan paip ekzos.

2. Gas ekzos dikeluarkan melalui rongga ini.

Page 47: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Omboh/Piston1. Piston bergerak turun dan

naik di dalam lubang silinder yang dipanggil gerakan salingan piston.

2. Berfungsi untuk menerima daya penolakan hasil pembakaran dan memindahkan daya ini ke aci engkol.

Page 48: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Rod Penyambung1. Menghubungkan piston dengan aci engkol.2. Terdapat pengaut pada bahagian hujung besar

untuk menyimbah minyak pelincir.3. Berfungsi menukarkan gerakan saling piston

kepada gerakan putaran aci engkol.

Page 49: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Aci Engkol1. Terdapat pengimbang tara

berat yang mengimbang dan melicinkan pergerakan putaran enjin.

2. Satu hujung aci engkol disambungkan dengan roda tenaga.

3. Satu hujung lagi ialah aci penghantar kuasa yang menukarkan gerakan putaran kepada kuasa gerakan mekanikal.

Page 50: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Aci Sesondol1. Mempunyai gear dan dua

buah sesondol.2. Pergerakan sesondol akan

menyebabkan injap terbuka dan tertutup.

3. Gear ini dipasang bersama dengan gear aci engkol.

Page 51: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Tapet1. Terletak di antara sesondol

dengan batang injap.2. Sesondol akan mengerakkan

tapet bagi membuka dan menutup injap.

Page 52: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Injap1. Terdapat dua jenis injap iaitu

injap masukan dan injap ekzos.

2. Injap masukan lebih besar dari injap ekzos, berfungsi untuk mengawal kemasukan campuran udara bahan api.

3. Injap ekzos berfungsi untuk membebaskan gas ekzos hasil pembakaran dalam lubang silinder melalui paip ekzos.

Latihan

Page 53: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Latihan-Bahagian dalam enjin

1. Senaraikan empat bahagian dalam enjin dan nyatakan fungsinya.

Page 54: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Definisi Lejang

Page 55: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Lejang Masukan Piston bergerak dari TTA ke TTB.

Keadaan vakum terjadi dalam lubang silinder.

Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup.

Keadaan vakum menyebabkan campuran udara bahan api disedut masuk ke dalam lubang silinder.

Aci engkol teleh berpusing setengah pusingan (180º )

Page 56: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Lejang Mampatan Lejang bergerak dari TTB ke

TTA.

Kedua-dua injap tertutup.

Campuran udara bahan api di dlam lubang silinder dimampatkan hingga ke ruang pembakaran.

Aci engkol telah berpusing sebanyak satu pusingan (360º)

Page 57: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Lejang Kuasa Semasa piston sampai ke TTA pada

hujung lejang mampatan, ketika itu palam pencucuh mengeluarkan percikan api.

Kedua-dua injap masih tertutup. Campuran udara bahan api

termampat dibakar di ruang pembakaran.

Hasil pembakaran menyebabkan piston ditolak ke TTB untuk menghasilkan tenaga dan haba.

Aci engkol telah berpusing sebanyak satu setengah pusingan (540º).

Page 58: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Lejang Ekzos Piston bergerak dari TTB ke TTA.

Injap ekzos terbuka dan injap masukan tertutup.

Gas ekzos ditolak keluar oleh pergerakan piston yang naik ke atas (TTA).

Aci engkol telah berpusing sebanyak dua pusingan (720º)

Latihan

Page 59: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Latihan -Lejang

Lengkapkan jadual dibawah

Lejang Pergerakan omboh

Injap masukan

Injap ekzos

1.2.3.4.

Page 60: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sistem Enjin

Terdapat lima sistem enjin bagi enjin satu silinder empat lejang.

Sistem Pelinciran Sistem Bahan Api Sistem penyalaan Sistem Ekzos Sistem Penyejukan Udara

Page 61: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sistem Pelinciran Berfungsi untuk

membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian enjin yang bergerak bagi mengurangkan geseran.

Sistem ini juga dapat memindahkan haba yang berlebihan dan juga menyerap gegaran.

Page 62: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sistem Bahan ApiBahagian yang terdapat dalam sistem ini ialah:-1. Karburetor2. Pembersih udara3. Tangki bahan api4. Saluran bahan api5. Injap masukan6. Rongga masukan

Page 63: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sistem PenyalaanBerfungsi untuk membekalkan voltan tinggi yang dihasilkan di bahagian magneto ke palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi. Bahagian yang terdapat dalam sistem ini ialah:-

- palam pencucuh

- magnet kekal

- gegelung penyalaan

- kondenser

- titik sesentuh

- sesondol pemutus

- kabel tegangan tinggi

Page 64: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sistem Ekzos Berfungsi untuk

mengeluarkan gas ekzos hasil pembakaran campuran udara bahan api dari dalam silinder.

Sistem ini juga dapat mengurangkan bunyi bising semasa pembakaran melalui penyenyap bunyi.

Page 65: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Sistem Penyejukan Udara1. Terdapat dua jenis sistem

penyejukan iaitu jenis cecair dan jenis udara.

2. Sistem jenis cecair selalunya digunakan pada enjin yang mempunyai banyak silinder seperti kereta.

3. Kebanyakan enjin satu silinder menggunakan sistem penyejukan udara.

Latihan

Page 66: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Latihan-Sistem enjin1. Senaraikan sistem enjin bagi enjin satu silinder

empat lejang.2. Bezakan sistem bahan api dengan sistem

penyalaan.

Page 67: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Menservis Enjin

Menggantikan palam pencucuh. Memeriksa aras dan menukar minyak

hitam.

Page 68: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Menggantikan palam pencucuh1. Menukar atau menggunakan semula palam

pencucuh adalah bergantung kepada keadaan elektrod palam pencucuh.

Diservis Diganti

i. Dipenuhi endapan minyakii. Dipenuhi endapan karbon

i. Elektrod tepi hausii. Elektrod tengah hausiii. Penebat pecahiv. Benang rosak

Page 69: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Memeriksa aras dan menukar minyak hitam

Latihan

1. Setelah enjin digunakan dalam jangka masa tertentu, minyak pelincir di dalam enjin perlu disukat arasnya dan jika perlu ia harus ditukar.

2. Minyak pelincir yang menjadi hitam serta menjadi cair dan tidak sesuai digunakan lagi. Keadaan ini terjadi kerana endapan karbon yang dihasilkan semasa pembakaran dan endap cemar akibat daripada geseran bahagian-bahagian enjin.

Page 70: 1.5) Enjin(kem. teknikal)

Latihan- menservis enjin1. Huraikan secara ringkas mengapa minyak pelincir

perlu ditukar.2. Nyatakan keadaan-keadaan elektrod di mana

palam pencucuh perlu diservis atau diganti.