menservis sistem enjin

Upload: skull-zai

Post on 03-Jun-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    1/26

    UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL

    PENGAJARAN KENDIRI MENSERVIS SISTEM ENJIN

    (SISTEM PELINCIRAN DAN SISTEM PENYEJUKAN)

    DAN MENSERVIS SISTEM BREK.

    SESI PENGAJIAN: 2005/2006.

    Saya DZULKARNAIM BIN OTHMAN

    (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

    Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja.

    3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antarainstitusi pengajian tinggi.

    4. **Sila tandakan ( )SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

    kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

    (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    __________________________ __________________________

    (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).

    Alamat tetap:

    5923 A KAMPUNG TANJUNG SABTU,

    MANIR, 21200, ENCIK ADNAN BIN AHMAD.

    KUALA TERENGGANU, ......................................................

    TERENGGANU DARUL IMAN Nama Penyelia.

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

    ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

    penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    2/26

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

    Teknologi serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal ).

    Tandatangan : ............

    Nama Penyelia : Encik Adnan Bin Ahmad

    Tarikh : ......................................................

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    3/26

    PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

    KENDIRI MENSERVIS SISTEM ENJIN (SISTEM PELINCIRAN DAN SISTEM

    PENYEJUKAN) DAN MENSERVIS SISTEM BREK DI SEKOLAH MENENGAH

    TEKNIK DALAM NEGERI JOHOR BAGI PERINGKAT TINGKATAN EMPAT

    DAN LIMA

    DZULKARNAIM BIN OTHMAN

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Jentera)

    FAKULTI PENDIDIKAN

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    2006

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    4/26

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    5/26

    iii

    DEDIKASI

    Khas buat abah (Othman Bin Awang) dan ma (Patihmah Bt Harun) terima kasih

    terhadap segala pengorbanan mu selama ini.

    Abang-abangku (Azlan Khairun dan Harizan), Kakak (Elia Khairani, Dahliawati dan

    Suziliawati) dan adik yang tersayang (Khatijahtulsaadiah) yang banyak memberikan

    semangat dan dorongan.

    Anak-anak saudaraku yang masih kecil-kecil belaka (Khairul arif, Mohd Adib, Mohd

    Shakriman, Mohd Raisham, Mohd Zafri, Anis Sofia, Umairah Fitrishah, Mohd Afif dan

    Aina) kehadiran mu menceriakan hati yang sunyi dan memeriahkan lagi suasana dalam

    keluarga ini.

    Buat semua rakan seperjuangan terutama pelajar tahun 5SPJ kerana telah banyak

    berkongsi suka dan duka sepanjang berada di Universiti Teknologi Malaysia.

    Akhir sekali sedekahkan Al Fatihah untuk kedua-dua Atuk dan Nenek (Allahyarham

    Harun B Ghani, Allahyarham Awang, Allahyarhamah Che dan Allahyarhamah Chek

    Nik) Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan hamba-hamba-Nya

    yang beriman.

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    6/26

    iv

    PENGHARGAAN

    Segala keringat digunakan untuk menghasilkan MPK yang terbaik akhirnya

    menjadi satu kenyataan. Tanpa bantuan orang yang berada di sekeliling ia susah hendak

    dilaksanakan dan apa yang boleh diucapakan adalah berbanyak terima kasih.

    Pertama saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu

    Encik Adnan Bin Ahmad kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan MPK

    ini. Beliau juga tidak putus-putus mencurahkan segala termampu untuk membantu saya

    sehingga berjaya menghasilkan sebuah modul ini.

    Tidak lupa juga kepada badan-badan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran

    Malaysia, Jabatan Pelajaran Johor kerana telah mengeluarkan surat kebenaran kepada

    penyelidik untuk menjalankan penyelidikan di sekolah-sekolah dalam Negeri Johor Darul

    Tazim.

    Buat Pengetua dan guru-guru yang terlibat di semua sekolah teknik yang ada di

    Johor, jasa dan kerjasama anda saya amat dihargai kerana tanpa anda mungkin penilaian

    terhadap MPK tidak boleh dijalankan.

    Akhir sekali buat keluarga tersayang kerana banyak menyokong terutama dalam

    bentuk kewangan untuk menyiapkan MPK ini dan tidak lupa juga kepada rakan

    seperjuangan yang banyak memberi semangat dan saingan untuk menyiapkan Projek

    Sarjana Muda ini.

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    7/26

    v

    ABSTRAK

    Pembaharuan dalam P&P perlu ada supaya ilmu terkini dapat disampaikan kepada

    pelajar secara tepat dan berkesan. Dengan itu, pembinaan modul adalah salah satu

    alternatif kepada proses P&P. Oleh yang demikian, penyelidik telah menghasilkan modul

    berasaskan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) berpandukan Model Teras-Cabang

    (Shaharom, 1994). Tiga buah modul telah dibina dengan mengikut kesesuai Huraian

    Sukatan Pelajaran (HSP) Menservis Automobil (PPK 2003). Topik-topik modul tersebut

    ialah MPK 1: Menservis Sistem Pelinciran, MPK 2: Menservis Sistem Penyejukan dan

    MPK 3: Menservis Sistem Brek. Seramai 18 orang guru Automotif telah terlibat dalam

    penilaian modul yang telah dibina dengan melibatkan enam buah Sekolah Teknik di

    Negeri Johor. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik iaitu Soal Selidik

    Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)(Guru)(Shaharom, 1994) yang

    mengandungi 24 item berbentuk objektif dan satu soalan subjektif. Untuk menganalisis

    data, penyelidik menggunakan analisis statistik deskriptif untuk mendapatkan keputusan.

    Pembolehubah yang digunakan ialah pembolehubah tempoh pengalaman mengajar. Hasil

    yang diperolehi adalah amat sesuai untuk digunakan oleh pelajar sekolah dalam proses

    P&P tingkatan empat dan lima. Sekaligus ia memenuhi keperluan HSP Menservis

    Automobil aliran vokasional di sekolah.

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    8/26

    vi

    ABSTRACT

    The renewal in T&L should be done in order to deliver the useful knowledge to

    the students effectively. With this, a module development is one of the important

    alternatives to those T&L process. Researcher has done three module of self-Instructional

    Module (SIM) according to Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). The module had

    been produced to make sure that they fulfill the requirements of Huraian Sukatan

    Pelajaran (HSP) of Menservis Automobil (PPK, 2003). The topics are SIM1: Lubricating

    System Service, SIM 2: Cooling System Service and SIM 3: Braking System Service.

    There are 18 Automotives teachers from six in Johor have been selected in these modules

    evaluation. A set of questionnaire from each module been used as the research

    instrument. There are 24 items of objective and a question of subjective. Then, the

    findings data were analyzed using descriptive statistic. The variable used in this analysis

    is teaching experiences time. The outcome from analysis showed that these modules

    suitable to be used in T&L process of Form four dan form five. Finally, they are also

    fulfilled the requirement of HSP of Menservis Automobil that being used in vocational

    stream at Technical School.

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    9/26

    vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI RAJAH xii

    SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiii

    SENARAI LAMPIRAN xiv

    1 PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan 1

    1.1 Latar Belakang Masalah 4

    1.1.1 Kandungan 5

    1.1.2 Persembahan 5

    1.1.3 Aktiviti 6

    1.1.4 Bahasa dan Istilah 7

    1.1.5 Latihan 7

    1.2 Penyataan Masalah 8

    1.3 Objektif 9

    1.4 Persoalan Kajian 9

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    10/26

    viii

    1.5 Rangka Kerja 10

    1.6 Kepentingan Kajian 11

    1.6.1 Pelajar 12

    1.6.2 Guru 13

    1.6.3 Sekolah 13

    1.7 Skop Kajian 14

    1.8 Takrifan Istilah 14

    1.8.1 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 14

    1.8.2 Penilaian Formatif 15

    1.8.3 Merentas Tempoh 16

    1.8.4 Menservis Sistem Pelinciran 16

    1.8.5 Menservis Sistem Penyejukan 16

    1.8.6 Menservis Sistem Brek 17

    2 SOROTAN KAJIAN

    2.0 Pendahuluan 18

    2.1 Teori-Teori Berkaitan 18

    2.1.1 Model Burns 19

    2.1.2 Model Eijl 20

    2.1.3 Model Klingstedt 21

    2.1.4 Model De Vito 23

    2.1.5 Model Meyer 24

    2.1.6 Model Teras-Cabang 26

    2.2 Penilaian Formatif 29

    2.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 29

    2.2.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 30

    2.2.3 Percubaan Dalam Keadaan Yang Sebenar 31

    2.3 Kebaikan Pengajaran Bermodul Kepada Pelajar 31

    2.4 Kebaikan Pengajaran Bermodul Kepada Guru 33

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    11/26

    ix

    2.5 Kajian Mengenai Pembinaan Modul Untuk Pelajar 34

    2.6 Rumusan 35

    3 PENGKAEDAHAN

    3.1 Kandungan Modul 36

    3.2 Subjek Kajian 37

    3.3 Alat Kajian 38

    3.4 Tata Cara Kajian 39

    3.4.1 Kajian Tahap 1: Rekabentuk MPK 40

    3.4.2 Kajian Tahap 2: Kajian Rintis dan

    Penilaian Formatif 43

    3.4.2.1 Kajian Rintis 43

    3.4.2.2 Penilaian Formatif 43

    3.5 Analisis Data dan Maklumat 44

    3.6 Andaian Kajian 46

    3.7 Batasan Kajian 46

    3.8 Rumusan 47

    4 KEPUTUSAN KAJIAN

    4.0 Pendahuluan 48

    4.1 Kajian Rintis 49

    4.2 Penilaian Formatif Mengikut MPK 50

    4.2.1 Persoalan Kajian Satu (1) 50

    4.2.2 Persoalan Kajian Dua (2) 52

    4.2.3 Persoalan Kajian Tiga (3) 54

    4.2.4 Persoalan Kajian Empat (4) 57

    4.3 Rumusan 60

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    12/26

    x

    5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

    5.0 Pendahuluan 63

    5.1 Perbincangan 64

    5.2 Kesimpulan 68

    5.3 Cadangan 69

    5.4 Rumusan 71

    BIBLIOGRAFI 73

    LAMPIRAN

    Lampiran A-G 76-89

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    13/26

    xi

    SENARAI JADUAL

    NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Skala Pemeringkatan MPK 45

    4.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) 51

    4.2 Nilai Purata PFSS 51

    4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 53

    4.4 Nilai Purata PFKK 53

    4.5 PFSS Merentas Tempoh Pengalaman Mengajar 55

    4.6 Nilai Purata PFSS Merentas Tempoh Pengalaman Mengajar 56

    4.7 PFKK Merentas Tempoh Pengalaman Mengajar 56

    4.8 Nilai Purata PFKK Merentas Tempoh Pengalaman Mengajar 59

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    14/26

    xii

    SENARAI RAJAH

    NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Carta Latar Belakang Masalah 4

    1.2 Rangka Kerja Konsep Kajian 11

    3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 40

    3.2 Rangka Kerja Tahap Satu 41

    3.3 Rangka Kerja Kajian Pembentukkan MPK 42

    3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 44

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    15/26

    xiii

    SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

    X - Min

    = - Sama Dengan

    - Jumlah

    X1 - Setiap Markah

    n - Bilangan Responden

    FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

    IM - Instructional Module

    KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

    MPK - Modul Pengajaran Kendiri

    PB - Pengajaran Bermodul

    PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

    PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

    PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

    P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

    SIM - Self-Instruction Module

    JPTek - Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    16/26

    xiv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri 76

    B Borang Pengesahan MPK 82

    C Borang Pengesahan Pakar Bidang 84

    D Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 85

    E Surat Kebenaran Daripada Pejabat Pelajaran Johor 86

    F Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 87

    G Huraian Sukatan Pelajaran Menservis Automobil 89

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    17/26

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan

    Limpahan buku rujukan untuk pelajar sekarang cukup banyak di pasaran. Akan

    tetapi persoalannya, adakah buku-buku ini diterbitkan untuk menambahkan ilmu

    seseorang pelajar ataupun ia sekadar ingin mencari keuntungan semata-mata. Kita tidak

    nafikan juga, terdapat buku rujukan ini cukup berkesan terhadap seseorang tetapi tidak

    pada orang lain. Adakah masalah ini timbul samaada buku itu bermutu ataupun cara

    seseorang itu belajar. Banyak pakar motivasi di Malaysia yang sentiasa memberi motivasi

    kepada pelajar hanya menekankan konsep, cara, teknik atau kaedah belajar. Tidak pula

    menekankan bagaimana untuk memilih bahan bacaan atau bahan rujukan. Jelas sekali

    apabila kita bertanyakan kepada yang berjaya, mereka ini hanya menceritakan cara

    mereka belajar bukannya bahan rujukan yang digunakan.

    Walaubagaimana pun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

    menggariskan aspek atau item yang perlu ada dalam sesebuah buku tersebut. Ini lebih

    kepada penghasilan buku teks. Buku teks yang dihasilkan perlu mempunyai ciri-ciri yang

    telah ditetapkan oleh KPM bagi menjamin mutu dan keberkesanan buku itu terhadap

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    18/26

    2

    pelajar. Antara aspek yang diutamakan ialah kandungan, persembahan, aktiviti, latihan,

    bahasa dan istilah dan teknikal penerbitan (Bahagian Buku Teks, Jabatan Sekolah, KPM,

    2005)

    Merialisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah item penting yang perlu

    ada dalam aspek kandungan yang perlu ditekankan.

    penilaian aspek kandungan merangkumi kandungan dan maklumat yang

    menyatakan melalui teks, bahan grafik, aktiviti dan latihan.(KPM 2005:3)

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

    emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

    dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    (KPM-Falsafah Pendidikan Negara. 1988:5)

    Berdasarkan petikan ini jelas bahawa penghasilan sesebuah buku rujukan mestilah

    ia menerapkan konsep jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini penting supaya ia dapat

    membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan. Dalam pembinaan modul juga perlu

    menerapkan konsep ini supaya rujukan yang dibuat oleh pelajar ia dapat memudahkan

    pelajar untuk memahami sesuatu konsep.

    Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah persembahan yang dalam buku.

    Persembahan mestilah menarik dan ia tidak membosankan pelajar. Antara item yang

    perlu ada dalam persembahan ialah:

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    19/26

    3

    aspek persembahan merangkumi teks, aktiviti, latihan dan bahan grafik

    (Bahagian Buku Teks, KPM)

    Item seperti teks, aktiviti, latihan dan bahan grafik sangat penting dalam

    menentukan buku atau modul yang dibina adalah berkesan. Modul yang dibina

    mempunyai aspek persembahan yang menarik ia akan menjadi pilihan pelajar kerana ia

    merasakan modul itu boleh membantunya dalam Pelajaran. Lain-lain aspek yang perlu

    ada dalam modul akan dibincangkan dalam topik yang seterusnya.

    Daripada aspek yang disenaraikan jelas menunjukkan bahawa penerbitan

    sesebuah buku atau modul penting mempunyai aspek-aspek ini supaya ia dapat

    membantu pelajar dan modul yang dibina adalah modul untuk kesenangan kepada

    pembacanya. Dengan itu konsep Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dapat dijalankan

    secara berkesan.

    Modul Pengajaran Kendiri (MPK) banyak digunakan dalam pembinaan modul.

    MPK adalah pakej pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan

    pelajar belajar sendiri berdasarkan pada kecekapan diri. Konsep MPK ini lebih

    berpusatkan murid di mana guru hanya pendorong kepada pelajar. Antara model yang

    terdapat dalam MPK ialah model teras-cabang (Shaharom Noordin 2000). Tujuan

    pengajaran bermodul ini adalah:

    Pengajaran bermodul (PB) ialah untuk membolehkan para pelajar meneruskan

    proses pembelajaran mereka mengikut kecekapan .

    (Burns 1971)

    Model teras-cabang akan dibincangkan dalam sorotan kajian dari segi item-

    itemnya. Dalam model teras-cabang (Shaharom, 1994) ini terdapat komponen-

    komponennya iaitu isi kandungan, penilaian Kendiri, pengukuhan, maklum balas dan

    rujukan. Latar belakang masalah yang dinyatakan ini adalah untuk menyokong

    penghasilan modul mengikut model teras-cabang (Shaharom, 1994).

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    20/26

    4

    1.1 Latar Belakang Masalah

    Daripada aspek yang dinyatakan dalam pendahuluan, ia menunjukkan bahawa

    adakah modul yang ada sekarang atau buku yang dijual di kedai-kedai mempunyai

    kehendak yang ditetapkan. Jika aspek ini kurang ataupun langsung tidak ada dalam

    sesebuah buku tersebut, ia sudah pasti akan menyukarkan proses P&P yang dijalankan

    oleh guru. Proses P&P sangat penting dan menjadi asas kepada keberkesanan guru

    menyampaikan maklumat kepada pelajar.

    Bagi mencapai matlamat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan bukan sahaja guru malah buku rujukan yang digunakan juga mestilah

    memenuhi keperluan seperti kandungan, persembahan, aktiviti, latihan, bahasa dan istilah

    kerana ia menjadi panduan kepada pelajar. Oleh yang demikian penyelidik

    menyenaraikan masalah-masalah ini sebagai asas untuk menghasilkan modul yang

    terbaik. Carta latar belakang masalah boleh dilihat dalam rajah 1.1.

    KANDUNGAN PERSEMBAHAN

    AKTIVITILATIHANSPESIFIKASI

    BAHAN

    BAHASA DAN

    ISTILAH

    Rajah 1.1 Carta Latar Belakang Masalah

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    21/26

    5

    1.1.1 Kandungan

    Memandangkan buku atau modul automotif kurang, Kajian ini akan menilai

    modul yang sedia ada sebagai landasan untuk menghasilkan modul yang lebih baik. Item

    yang perlu titik berat dalam kandungan ialah kandungan itu mestilah menepati kehendak

    matlamat dan objektif kurikulum sebagai contoh kandungan itu mestilah merealisasikan

    FPK. Skop dan ke dalaman isi kandungan bermaksud kandungan yang dikemukan

    meliputi semua tajuk dan bidang pembelajaran mengikut kehendak huraian sukatan

    pelajaran. Hasil pembelajaran yang perlu dikuasai bagi tajuk berkaitan. Yang paling

    penting ialah kesesuaian kandungan dengan kumpulan sasar seperti kandungan itu sesuai

    dari segi pengalaman, umur, jantina, latar belakang dan tahap kecerdasan murid.

    Kandungan yang disediakan mestilah boleh memantapkan tahap percapaian pelajar.

    1.1.2 Persembahan

    Apabila kita membincangkan berkaitan persembahan dalam buku, tujuannya

    adalah untuk menarik minat pelajar untuk membaca. Matlamat pembinaan modul juga

    adalah untuk pelajar supaya pelajar ini boleh membuat rujukan. Persembahan semestinya

    menarik dan kreatif. Oleh yang demikian, penyelidik meletakkan faktor kedua dalam

    latar belakang masalah adalah persembahan. Kejayaan sesuatu penghasilan modul ialah

    pelajar menggunakan untuk rujukan. Item yang terdapat dalam persembahan merangkumi

    teks, aktiviti, latihan dam grafik.

    Buku rujukan amat kurang menekan konsep kemahiran berfikir dan strategi

    berfikir dalam persembahan isi pembelajarannya.

    (Abdul Razak Mohd Zain, 2001)

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    22/26

    6

    Konsep berfikir ini amat penting kerana ia akan membuka minda kerana menurut

    Sigel (1984) pemikiran meliputi aktiviti-aktiviti seperti refleksi, pengkonsepsan dan

    penyelesaian masalah. Jika mengambil contoh kita akan membuka minda apabila ditanya

    berapakah bilangan pintu di rumah kamu dan apakah huruf Selepas q menurut abjad.

    Apa yang akan dilakukan ialah secara tidak langsung kita akan cuba mengambarkan

    dalam minda dan membayangkan diri kita melalui daripada bilik ke bilik sambil mengira

    bilangan pintu. Berkaitan dengan huruf pula secara tidak langsung secara senyap kita

    mungkin menyebut o-p-q-r-s kepada diri sendiri untuk mendapatkan jawapannya.

    Dalam menghasilkan modul mestilah persembahan dari segi konsep berfikir itu

    perlu ditekankan supaya pelajar bukan hanya membaca tetapi ia berfikir berkaitan apa

    yang telah dibaca.

    1.1.3 Aktiviti

    Faktor ketiga yang penyelidik jadikan sebagai latar belakang masalah ialah

    aktiviti. Kadang-kala kita tidak terfikir tentang aktiviti juga penting dalam penghasilan

    sesebuah modul.

    Pembelajaran sendiri yang lengkap mengandungi komponen-komponen seperti

    aktiviti-aktiviti pembelajaran.

    (Kamdi 1990)

    Aktiviti dalam buku rujukan mesti ada supaya boleh menambahkan minat pelajar

    untuk membaca modul tersebut. Aktiviti pula mestilah disusun dari mudah kepada yang

    kompleks dan mencukupi pelbagai domain psikomotor, kognitif dan afektif. Aktiviti yang

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    23/26

    7

    dibuat mestilah jelas dan ringkas supaya menarik minat pelajar. Maksud jelas yang

    dinyatakan adalah segala arahan dalam pelaksanaan aktiviti mestilah mudah difahami

    dari segi penggunaan teks dan tahap pertanyaan. Ia mesti sesuai terhadap kumpulan sasar

    yang ditetapkan. Aktiviti yang melibatkan grafik lebih menarik minat pelajar.

    1.1.4 Bahasa Dan Istilah

    Bahasa dan istilah adalah salah satu topik yang menjadi perbincangan penyelidik.

    Bahasa dan istilah ini Merujuk kepada penggunaan tatabahasa, tanda bacaan, ejaan,

    struktur ayat dan penggunaan istilah. Bahasa dan istilah ini penting kerana ia boleh

    mengelirukan pembaca jika penggunaan ayat yang tidak betul. Tatabahasa yang

    digunakan mestilah betul dan tepat, penggunaan tanda bacaan adalah betul dan konsisten.

    Jika sesuatu ayat yang panjang akan menyukarkan pembaca untuk memahaminya.

    Struktur ayat pula mestilah tidak berterabur dan mengikut urutan supaya pembaca tidak

    keliru dengan bacaannya. Ayat mestilah ringkas tetapi mempunyai maksud yang jelas dan

    terang. Bahasa yang digunakan juga perlu sesuai dengan kumpulan sasar modul yang

    dibina. Penggunaan bahasa tidak terlalu sukar difahami kerana ia akan menimbulkan

    perasaan cepat bosan.

    Penggunaan istilah pula mestilah berpandukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

    (DBP). Ada buku yang di terjemaahkan dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu

    struktur ayatnya dan istilah yang digunakan berterabur dan penterjemaah hanya

    menterjemaah mengikut kefahaman sendiri tanpa membuat rujukan pada DBP.

    Penggunaan istilah terkini dan jelas dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu

    konsep yang dibacanya

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    24/26

    8

    1.1.5 Latihan

    Di akhir sesuatu topik lebih sesuai mempunyai sedikit latihan untuk menilai tahap

    kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dibacanya. Kesesuaian latihan untuk tujuan

    penilaian dan pengayaan terhadap pelajar. Latihan yang ditanya adalah diolah dengan

    arahan yang jelas, lengkap dan tepat. Soalan yang diajukan juga mestilah mudah difahami

    dan ia berpusatkan murid. Berpusatkan murid adalah soalan yang ditanya berkaitan

    dengan apa yang telah dibacanya.

    Soalan yang ditanya juga mestilah bermotif iaitu mempunyai matlamatnya supaya

    ia dapat menguji kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran yang tercatat dalam

    modul tersebut. Latihan yang disediakan juga mestilah tidak menggunakan masa yang

    begitu panjang untuk menyelesaikannya supaya ia tidak menghilangkan minat pelajar

    untuk mencari jawapannya. Soalan berbentuk berfikir lebih sesuai supaya mindanya

    terbuka untuk mencari penyelesaian tersebut.

    1.2 Penyataan Masalah

    Daripada penerangan dalam latar belakang masalah, penyelidik dapat menyatakan

    masalah kajian yang ingin dinyatakan ialah:

    Adakah MPK Menservis Sistem Enjin (Sistem Pelinciran dan Sistem Penyejukan)

    dan Menservis Sistem Brek sesuai untuk pelajar tingkatan empat dan lima melalui

    penilaian formatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran beramali?

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    25/26

    9

    1.3 Objektif

    Objektif-objektif yang hendak dinyatakan dalam kajian penyelidik adalah

    merangkumi:

    1. Membina tiga Modul Pengajaran Kendiri bagi mata pelajaran automotif:MPK 1. Menservis Sistem Pelinciran

    MPK 2. Menservis Sistem Penyejukan

    MPK 3. Menservis Sistem Brek

    Dapat membantu pelajar dalam membuat rujukan berasaskan amali.

    2. Menilai kesesuaian model teras-cabang (Shaharom, 1994) untuk Membina modul:MPK 1. Menservis Sistem Pelinciran

    MPK 2. Menservis Sistem Penyejukan

    MPK 3. Menservis Sistem Brek

    Sesuai dengan keperluan pelajar.

    3. Membuat penilaian perbezaan dalam pembinaan modul mengikut Model Teras-Cabang merentas tempoh pengalaman mengajar.

    1.4 Persoalan Kajian

    Persoalan kajian yang dibina berkaitan dengan objektif kajian supaya kajian yang

    dilakukan mencapai objektif asal. Antara Persoalan kajian yang dilakukan ialah:

  • 8/12/2019 Menservis Sistem Enjin

    26/26

    10

    1. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu oleh para guru bagi MPK MenservisSistem Enjin (Sistem Pelinciran dan Sistem Penyejukan) dan Menservis Sistem

    Brek dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek ini

    terhadap pelajar tingkatan empat dan lima?

    2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh para guru bagi penggunaanModel Teras-Cabang untuk membina modul Menservis Sistem Enjin (Sistem

    Pelinciran dan Sistem Penyejukan) dan Menservis Sistem Brek sesuai dengan

    keperluan pelajar?

    3. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu denganmenggunakan MPK yang dibina merentas tempoh pengalaman mengajar bagi

    guru-guru subjek Automotif di semua Sekolah Menengah Teknik dalam negeri

    Johor Darul Tazim?

    4. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil denganmenggunakan MPK yang dibina merentas tempoh pengalaman mengajar bagi

    guru-guru subjek Automotif di semua Sekolah Menengah Teknik dalam negeri

    Johor Darul Tazim?

    1.5 Rangka Kerja

    Rangka kerja yang dibuat adalah sebagai perjalanan kerja yang akan dilakukan

    sepanjang tempoh menghasilkan modul pengajaran. Rangka kerja ini melibatkan 3 topik

    yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai modul. Rangka kerja seperti dalam rajah 1.2