siri 3 penjelasan islam bah 2

116
Persoalan Islam Bahagian Kedua | 1 ____________________________________________________________________________________________ PERSOALAN ISLAM ANDA MUSYKIL MUFTI MENJAWAB

Upload: mofer-nas

Post on 20-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

penjelasan tentang islam

TRANSCRIPT

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 1 ____________________________________________________________________________________________

    PERSOALAN ISLAM

    ANDA MUSYKIL

    MUFTI MENJAWAB

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 2 ____________________________________________________________________________________________

    PERSOALAN ISLAM - BAHAGIAN 2 ANDA MUSYKIL MUFTI MENJAWAB Fadhilah Dr. Ali Jumah Mufti Mesir Al-Bayan Lima Yasyghulul Adzhan

    Penterjemah Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari

    Cetakan Pertama: 2013M/1434H

    Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada penerbit. Diterbitkan oleh: Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor. Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru Johor Malaysia

    ________________________________________________________________________________________________________________________________

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Penterjemah: Jainal Sakiban Al-Jauhari, 2013 Persoalan Islam - Bahagian 2 Anda Musykil Mufti Menjawab

    ISBN 978-967-5987-09-0 ________________________________________________________________________________________________________________________________

    Disemak dan ditashih oleh Ustaz Nujaimi bin Muhamad Ketua Penolong Mufti, Bahagian Rujukan Fatwa Jabatan Mufti Johor Atur huruf dan setting Al-Jauhari Muka taip teks Ariel Size teks 12

    Dicetak oleh: Percetakan Bumi Restu Sdn Bhd

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 3 ____________________________________________________________________________________________

    PERSOALAN ISLAM

    ANDA MUSYKIL

    MUFTI MENJAWAB

    Fadhilah Dr. Ali Jumah Mufti Mesir

    Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 4 ____________________________________________________________________________________________

    PRAKATA

    .

    . ! ! "# $ %&

    '! ()*+,-. /!01 23 ,' %& 4"

    .

    51 +6 Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana

    diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata dalam

    risalah ini.

    Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam risalah ini

    merupakan tajuk yang selalu dibangkitkan oleh masyarakat

    yang memerlukan jawapan yang tepat dan mantap. Oleh yang

    demikian, Fatwa Mufti Negara Mesir, Sohibus Samahah Dr. Ali

    Jumah telah dipilih untuk dikemukakan, supaya ianya dapat

    menjawab persoalan yang sering ditanyakan oleh masyarakat

    dengan lebih berkesan.

    Diharapkan Persoalan Islam Bahagian ke-2 ini dapat

    membantu masyarakat Islam menjawab berbagai persoalan

    yang berkaitan dengan kehidupan harian dengan lebih yakin

    lagi. Sekian.

    tt

    (DATO HAJI M. TAHRIR BIN DATO HAJI SAMSUDIN) Mufti Negeri Johor. 26 Ogos 2013

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 5 ____________________________________________________________________________________________

    INTISARI KANDUNGAN

    SOALAN

    PERKARA

    HAL

    11. Menolak tanggapan sebagai penghinaan kepada isteri dalam Islam dengan memberi kebenaran memukul isteri.

    7

    12. Adakah harus orang Islam memberikan hadiah kepada orang bukan Islam, mengucapkan tahniah dan melawat bila sakit?

    16

    13. Hukum orang perempuan menjadi imam dan membaca khutbah Jumaat?

    25

    14. Hukum ayah memerintahkan anak lelakinya menceraikan isterinya?

    32

    15. Adakah harus seorang bapa memaksa anak perempuannya mengkahwini orang yang tidak dicintainya?

    37

    16. Persoalam pelaksanaan syariah Islam

    49

    17 Menolak dakwaan Islam melarang kebebasan akidah dengan membunuh orang yang murtad

    61

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 6 ____________________________________________________________________________________________

    18 Apakah hubungan Islam dengan pengganas?

    70

    19 Menolak dakwaan Islam disebarkan dengan menggunakan pedang.

    82

    20 Persoalan Islam dan demokrasi.

    92

    21 Persoalan akad yang fasid di negara bukan Islam.

    98

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 7 ____________________________________________________________________________________________

    Jawab

    Di dalam Al-Quran

    terdapat hanya satu ayat

    sahaja yang menyebut

    tentang memukul isteri.

    Firman Allah:

    L9 $#u t$ s rB y s f$#u _$y9 $# / $#u (.

    Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang

    melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu

    menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah

    mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil)

    pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan

    mengajarnya). (An-Nisa: 34)

    Nusyuz ialah melanggar peraturan bermasyarakat

    dan akhlak yang terjadi apabila seorang isteri tidak mahu

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 8 ____________________________________________________________________________________________

    menunaikan kewajipannya. Kewajipan tersebut adalah hak

    si suami sebagaimana juga kewajipan suami merupakan hak

    bagi isteri.

    Dengan berlakunya perlanggaran peraturan

    bermasyarakat dan akhlak inilah, maka Allah SWT

    menyuruh kaum lelaki memperbetulkan kesalahan isterinya

    dengan memberikan nasihat dengan kata-kata yang lembut

    dan memberi peringatan kepadanya tentang mengingati

    Allah dan hak yang dituntut oleh Allah kepadanya. Sekiranya

    langkah pertama ini tidak berkesan maka langkah kedua

    ialah meninggalkan daripada tidur bersama bagi

    memberikan tekanan supaya dia melaksanakan kewajipan

    dan tanggungjawabnya, jika langkah kedua ini juga gagal,

    maka Allah mengizinkan suami melahirkan tidak puasan

    hatinya dan kemarahannya melalui pukulan dengan pukulan

    yang ringan yang tidak memberikan sebarang kesan

    kecederaan, seolah-olahnya dengan perbuatan ini suami

    mengatakan: Aku sedang marah. Tidak semestinya suami

    berbuat demikian, tetapi dibenarkan memukul isterinya

    dengan pukulan yang ringan dalam keadaan ini sahaja.

    Semua ulama fekah menyarankan supaya suami

    mengelakkan daripada memukul sedaya yang mungkin dan

    mencuba melahirkan kemarahannya dengan apa juga cara

    yang lain.

    Begitu juga suami boleh dipukul dan di denda jika

    dia melakukan kesalahan pada hak isteri. Sebagai contoh,

    seorang suami dihukum pukul kerana dia tidak

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 9 ____________________________________________________________________________________________

    melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya.Jika

    sekiranya suami memecahkan dara isterinya dengan

    menggunakan jarinya, ulama fiqah mengatakan:

    Memecahkan dara dengan menggunakan jari hukumnya

    haram dan suami boleh dikenakan hukuman.

    Di zaman Nabi SAW ramai dari kalangan suami yang

    memukul isteri mereka, lalu perkara ini dilaporkan kepada

    baginda SAW. Ini menyebabkan Nabi SAW marah dan tidak

    menyukai perbuatan para sahabatnya yang melakukannya,

    lalu baginda bersabda kepada mereka: Sesungguhnya

    ramai para isteri telah mengadu kepada keluarga Nabi

    Muhammad tentang perbuatan suami mereka, bukanlah

    suami mereka dari kalangan suami yang baik.1

    Oleh itu, sunnah Nabi SAW menggesa umat Islam

    melakukannya ialah tidak memukul isterinya. Nabi SAW

    tidak pernah memukul para isterinya. Yang dibolehkan ialah

    memukul dengan kayu siwak (seperti berus gigi) untuk

    menzahirkan kemarahan dan tidak redha kerana

    meninggalkan tanggungjawabnya. Di setengah budaya,

    masyarakat memerlukan tindakan sedemikian, kaum

    wanitanya pula melihat tindakan tersebut wajar sebagai

    seorang suami yang bertanggungjawab. Suasana

    kemasyarakatan sedemikian sebenarnya tidak pernah

    diiktiraf dan tidak diketahui oleh dunia Barat. Al-Quran

    1 Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, 2/245: dan Ad-Darimi dalam Sunannya, 2/198.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 10 ____________________________________________________________________________________________

    diturunkan untuk panduan semua manusia di setiap zaman,

    disemua tempat dan pada setiap individu hingga ke hari

    kiamat, maka ciri-ciri dan terma-terma hidup sudah

    semestinya meliputi semua jenis keadaan dan budaya yang

    berbeza. Jika sekiranya ia diabaikan maka akan rosaklah

    kerukunan sebuah keluarga, dan akan berlakunya

    kegagalan dan kehancuran dalam berumahtangga. Jadi

    tindakan yang dilakukan ini adalah untuk memperbetulkan

    dan memperbaiki keadaan yang berlaku.

    Kini kita bukanlah hanya setakat berteori sahaja, jika

    sekiranya sumber syariat bagi umat Islam menggesa dan

    menyuruh mereka memukul isteri-isteri dan menzalimi

    mereka sudah tentu tindakan ini nampak jelas dilihat dalam

    masyarakat. Jika sumber syariat menggesa mereka bersifat

    lemah lembut dan berkasih sayang ia juga nampak jelas

    berlaku dalam masyarakat. Firman Allah:

    $s#t79 $#u = h9$# l s ?$ t6 t */ n/u ( % !$#u y]7yz l s ) #Y3t 4.

    Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya

    tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik

    (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan

    keadaan bantut.(Al-Araf: 58)

    Mari kita lihat apa yang diperkatakan oleh nabi Isa a.s.:

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 11 ____________________________________________________________________________________________

    7'8

    3 41 9:+;& ;?@ AB 9CD!@ BE 3.:;@

    Melalui hasilnya dapat dikenal siapa mereka, adakah

    mungkin dapat dituai buah anggur daripada pokok berduri?

    Atau mungkin dapat menuai buah thin juga daripada pokok

    berduri?

    Sekiranya kita membuat penilaian mengenai masalah

    memukul isteri dengan kayu siwak sebagai melahirkan

    perasaan tidak redha hendaklah kita lihat dalam masyarakat

    Islam sejauh mana terdapat aduan wujudnya tindakan

    kekerasan atau penganiayaan atau pembantaian kepada

    isteri. Sekiranya ada, mungkin ia merupakan kes yang boleh

    dibilang dan terpencil berpunca dari tindakan suami yang

    tidak faham mengenai ajaran agamanya. Kebanyakan suami

    di dalam masyarakat Islam tidak melakukan kekerasan, dan

    penganiayaan terhadap isteri, malahan mereka begitu

    prihatin terhadap isteri dengan memberikan perlindungan,

    penjagaan dan layanan yang baik.

    Sebaliknya, jika kita ingin melihat kepada masyarakat

    Barat mengenai penganiayaan dan kekerasan yang

    dilakukan oleh suami terhadap isteri mereka, kita dapati

    statistik yang boleh dipercayai dari sumber orang Barat yang

    menunjukkan seperti berikut:

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 12 ____________________________________________________________________________________________

    1) 79% suami di Amerika Syarikat memukul isteri-isteri

    mereka dengan pukulan yang menyebabkan

    kecacatan.

    2) 17% di antara mereka terpaksa dimasukkan ke pusat

    penjagaan rapi sebagaimana yang ditulis oleh Dr

    John Bray, seorang Professor Madya di Universiti

    Carolina Amerika Syarikat dalam bidang Ilmu

    Psaikologi.

    3) Mengikut laporan Pusat Kajian dan Penyelidikan

    Amerika FPT, terdapat di Amerika para isteri dipukul

    oleh suami pada setiap 17 saat.

    4) Akhbar Amerika menulis bahawa daripada sepuluh

    orang isteri, seorang daripadanya dipukul oleh para

    suami. Akhbar Family Relation mengulas bahawa

    seorang isteri daripada dua orang isteri adalah yang

    dipukul oleh suami dan mereka dianiaya dan dizalimi.

    5) Adapun di Perancis, terdapat berjuta-juta orang

    wanita yang dipukul oleh suami setiap tahun. Michelle

    Andre seorang Setiausaha Negara bagi hak asasi

    wanita berkata: Binatang kadang-kadang dilayan

    lebih daik daripada wanita. Sekiranya seorang lelaki

    memukul anjing di jalan raya, akan terdapat orang

    yang mengadu kepada Persatuan Pencinta Haiwan,

    tetapi sekiranya seorang lelaki memukul seorang

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 13 ____________________________________________________________________________________________

    wanita di jalan raya tidak ada sesiapa yang mahu

    ambil tindakan.

    6) 92% daripada kes penderaan terhadap wanita

    berlaku di bandar-bandar; dan 60 aduan diwaktu

    malam yang diterima oleh polis di Paris ialah aduan

    daripada kaum wanita yang dianiaya oleh suami-

    suami mereka.

    7) Di Britain pula terdapat 77% di kalangan suami yang

    melakukan penderaan kepada isteri-isteri mereka

    tanpa sebab.

    8) Di Britain, terdapat lebih daripada 50% dari kalangan

    wanita yang kena bunuh adalah mangsa kepada

    suami atau teman lelaki. Keganasan di dalam

    rumahtangga semakin meningkat kepada 46% dalam

    setahun hingga akhir bulan Mac 1992, sebagaimana

    terdapat 25% wanita yang didera oleh suami atau

    teman lelakinya. Polis Britain menerima 100 ribu

    aduan melalui panggilan telefon setahun untuk aduan

    keganasan suami atau teman lelaki mereka. Dari

    laporan yang diperolehi bahawa seorang wanita telah

    menyebut bahawa dia telah didera sepanjang 31/2

    tahun sejak mula berkahwin. Beliau mende-dahkan

    bahawa suaminya jika dia mengatakan sesuatu

    selepas dia dipukul nescaya suaminya akan

    memukulnya lagi, justeru itu dia mengambil tindakan

    berdiam diri sahaja. Suaminya tidak cukup dengan

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 14 ____________________________________________________________________________________________

    satu bentuk pukulan tetapi menggunakan semua jenis

    penderaan seperti menampar, menumbuk,

    menyepak, menendang, menghentakkan kepala ke

    dinding dan tidak memperdulikan pukulannya itu

    mengenai tempat yang sensitif. Terkadang

    penderaannya itu sehingga mencucuhkan puntung

    rokok ke tubuhnya atau diikat dengan rantai dan

    dipasung kemudian ditinggalkan di dalam rumah

    dengan ditutup pintu dalam jangka masa yang lama.

    Bentuk penderaan yang sedemikian tidak

    diragukan lagi ia merupakan suatu musibah yang

    mesti ditentang oleh semua orang. Ulama fekah

    berdiri teguh menentang penderaan tersebut. Nabi

    SAW menjelaskan bahawa hubungan antara suami

    dan isteri adalah berdasarkan perasaan kasih sayag

    dan hormat menghormati, sedangkan perlakuan

    memukul dan menyakiti itu bercanggah dengan

    kehendak perkahwinan. Justeru Nabi SAW begitu

    membenci sekali perbuatan tersebut melalui

    sabdanya:

    C3?F E + !GF H @1!3 H 1 !GF1I48 !J$ %D

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 15 ____________________________________________________________________________________________

    Adakah kamu memukul bantai isteri sebagaimana

    kamu memukul hamba sahyanya, sedangkan kamu

    menyetubuhinya diwaktu malam.2

    Penerangan yang dikemukan di atas adalah bagi

    menolak dakwaan bahawa Islam menganiaya kaum

    wanita dengan membenarkan kaum lelaki memukul

    isterinya.

    Wallahu alam.

    2 Al-Bukhari dalan Sohihnya, hal. 1997: dan Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 7/305.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 16 ____________________________________________________________________________________________

    Jawab

    Menghubungkan tali

    persaudaraan, mem-

    berikan hadiah, ziarah

    menziarahi dan

    mengucapkan tahniah

    kepada orang bukan

    Islam termasuk di dalam kategori ihsan (berbuat kebaikan).

    Allah menyuruh kita bercakap dengan baik kepada semua

    orang tanpa ada perbezaan. Firman Allah:

    (# 9%u $ =9 $ Y m Dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-

    perkataan yang baik. (Al-Baqarah: 83)

    Allah juga memerintahkan kita sentiasa berbuat baik. Firman Allah:

    ) ! $# ' t y 9 $$ / | mM}$#u

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 17 ____________________________________________________________________________________________

    Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat

    kebaikan. (An-Nahl: 90)

    Sebagaimana Allah SWT tidak menegah kita

    melakukan kebaikan kepada orang bukan Islam,

    menghubungkan tali persahabatan dan memberikan atau

    menerima hadiah daripada mereka dan lain-lain bentuk

    kebaikan dengan mereka. Firman Allah:

    /38yt ! $# t t% !$# s9 . =Gs) d9 $# s9 u /. _ i .t r& y9 s? (# ) ?u & s9 ) 4 ) ! $# '=t t )9 $#

    Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan

    berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi

    kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu

    dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah

    mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah:

    8)

    Sesungguhnya Nabi SAW telah merialisasikan

    pemahaman ini dalam sunnahnya kerana Nabi SAW adalah

    al-Quran yang bergerak di atas muka bumi dan akhlak

    baginda selama-lamanya adalah al-Quran.3

    Baginda SAW menerima hadiah daripada orang

    bukan Islam. Telah sabit dalam hadis hadis sohih yang

    3 Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 6/90; dan Al-Baihaqi dalam as-Syaab, 2/15.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 18 ____________________________________________________________________________________________

    membawa kepada mutawatir bahawa Nabi berbuat

    demikian, antara hadisnya yang bermaksud: Bahawa

    Rasulullah SAW mengutus Hathib ibn Baltaah kepada raja

    al-Muqauqis pemerintah Iskandariah, iaitu mengutus surat

    bersamanya kepada raja berkenaan, maka diterima suratnya

    dan Hathib disambut sebagai tetamu dengan baik dan

    diberikan penghormatan, kemudian beliau mengutuskan

    surat kepada Rasulullah SAW dengan diberikan

    bersamanya hadiah yang berupa pakaian, seekor keldai

    dengan pelananya, dua orang hamba perempuan, salah

    seorang daripadanya bernama Ummu Ibrahim dan seorang

    lagi menghadiahkan kepada Jaham ibn Qais al-Abdari.4

    Demikian juga hadis yang meriwayatkan kisah

    pengislaman Sulaiman al-Farisi r.a.: Salman al-Farisi telah

    datang berjumpa dengan Nabi SAW ketika beliau

    berkunjung ke Madinah dengan membawa hidangan yang

    didalamnya terdapat buah kurma lalu diletakkannya di

    hadapan Nabi SAW. Rasulullah bertanya: Apa ni wahai

    Salman? Jawabnya: Sedekah untukmu dan para

    sahabatmu. Nabi bersabda: Ambil buah ini, kerana kami

    tidak makan daripada hasil sedekah. Lalu buah itu dibawa

    pergi olehnya. Pada keesokan harinya, Salman datang lagi

    dengan membawa buah kurma lalu diletakkannya di

    hadapan Nabi SAW. Rasulullah bertanya lagi: Apa ni wahai

    Salman? Jawabnya: Sedekah untukmu dan para

    sahabatmu. Nabi bersabda: Ambil buah ini kerana kami tidak

    4 Mutashar al-Mukhtashar, 1/226; Al-Hafiz dalam al-Ishobah, 2/450; dan Ibn Abdul Bar

    dalam al-Istiab, 1/314.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 19 ____________________________________________________________________________________________

    makan daripada hasil sedekah. Lalu buah itu dibawa pergi

    olehnya. Pada hari ketiga, Salman datang lagi dengan

    membawa buah kurma lalu diletakkannya di hadapan Nabi

    SAW. Rasulullah bertanya lagi: Apa ni wahai Salman?

    Jawabnya: Hadiah untukmu dan para sahabatmu. Nabi

    bersabda: Makanlah.5

    Telah diriwayatkan daripada Ali ibn Abi Talib r.a.

    katanya yang bermaksud:

    Raja Kisra telah menghadiahkan sesuatu kepada

    Rasulullah SAW, baginda menerima hadiah tersebut,

    baginda juga menerima hadiah pemberian daripada raja

    Qishar dan raja-raja yang lain. 6

    Al-Hafiz al-Iraqi mengulas tentang hadis tersebut,

    katanya: Dalam hadis ini baginda menerima hadiah daripada

    orang yang kafir. Ini kerana Salman masih belum memeluk

    Islam ketika itu. Beliau memeluk Islam setelah dapat

    mengetahui tiga tanda daripada tanda-tanda kenabian, iaitu

    tidak menerima sedekah dan hanya mengambil hadiah dan

    tanda khatam an-Nubuwwah yang ada pada nabi. Beliau

    melihat tanda baginda sebagai khatam an-nubuwah selepas

    baginda menerima hadiah yang diberikannya. (Tharnu at-

    Tathrib oleh al-Hafiz al-Iraqi, 4/35-36). Oleh itu, menerima

    hadiah itu harus di sisi syarak, malahan ia merupakan

    sunnah Nabi SAW, malahan juga ia menjadi tanda kenabian

    5 Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 5/354; dan al-Haithami dalam Majma az-Zawaid,

    9/336. 6 Riwayat Ahmad dan Musnadnya, 1/145; al-Baihaqi dalam al-Kubra, 9/35; dan al-

    Bazzar dalam Musnadnya, 3/29)

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 20 ____________________________________________________________________________________________

    baginda yang paling jelas sebagaimana yang dijelaskan

    dalam kitab-kitab nabi yang lalu. Daripada Anas r.a berkata:

    Nabi SAW mengembalikan semula seorang budak Yahudi

    yang telah berkhidmat kepada baginda SAW.7

    Ulama Islam telah memahami hadis tersebut bahawa

    penerimaan hadiah daripada bukan orang Islam bukan

    sahaja disunatkan kerana termasuh dalam kategori ihsan

    (berbuat baik), malahan ia merupakan sunnah Nabi SAW,

    Syeikh Zakaria al-Anshori berkata: Harus menerima hadiah

    daripada orang kafir kerana mengikut sunnah.8

    Pemahaman ini telah disokong oleh as-Sarakhsi,

    beliau menyebutkan daripada Abi Marwan al-Khuzai

    katanya: Aku bertanya kepada Mujahid, adakah seorang

    lelaki yang belum memeluk Islam mempunyai hubungan

    kerabat denganku, dan dia mempunyai sebahagian daripada

    hartaku, adakah aku serahkan kepadanya? Jawab Mujahid,

    ya, sambungkanlah silaturrahim dengannya. Dengan riwayat

    ini kita mengambil hukum dan hukumnya ialah: Tidak

    mengapa menjalinkan hubungan antara seorang muslim

    dengan orang yang bukan muslim sama ada mempunyai

    hubungan keluarga juah atau dekat, kafir harbi atau kafir

    zimmi. Ini adalah berdasarkan hadis Salamah ibn al-Akwa

    katanya: Aku telah mengerjakan solat Subuh bersama

    7 Riwayat Ahmad dalam Musnad, 3/260: Al-baihaqi dalam al-Kubra. 6/13 dan Al-

    Manawi dalam Faid al-Qadir, 5/233. 8 Syeikh Zakaria al-Anshori dalam Asna al-Mathalib, 2/479)

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 21 ____________________________________________________________________________________________

    dengan Nabi SAW, aku dapati seseorang menyentuh

    bahuku, lalu aku menoleh dan aku dapati ianya adalah

    Rasulullah SAW lalu baginda bertanya kepadaku, adakah

    engkau ni yang memberikan kepadaku seorang hamba

    perempuan ummu Qirfah? Dia mengatakan ya, aku berikan

    hamba perempuan itu kepada baginda, maka diberikan

    kepada bapa saudara lelaki sebelah ibu yang bernama

    Hazan ibn Abi Wahab kedua-duanya masih belum Islam.

    Rasulullah SAW menghantar 500 dinar ke Mekah semasa

    berlaku kemarau panjang dan baginda menyuruh

    memberikannya kepada Abu Sufian ibn Harb dan Safuan ibn

    Umaiyah supaya kedua-duanya mengagihkan kepada fakir

    miskin penduduk Mekah.

    Bantuan tersebut telah diterima oleh Abu Sufian dan

    Safwan lalu berkata: Muhammad memberikan ini adalah

    untuk menipu daya pemuda-pemuda kami. Oleh kerana

    menghubungkan silaturrahim itu adalah amalan yang baik

    bagi setiap orang yang berakal dan pada semua agama,

    memberikan hadiah kepada orang lain itu merupakan akhlak

    yang mulia. Rasulullah SAW bersabda: Aku diutuskan untuk

    menyempurnakan akhlak yang mulia. Jadi tahulah kita,

    bahawa amalan tersebut adalah baik bagi semua sama ada

    orang Islam dan orang bukan Islam.9

    Ibn Muflih al-Hanbali telah berkata selepas membaca firman

    Allah:

    9 As-Sarkhasi dalam Syarah as-Siyar al-Kabir, 1/96.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 22 ____________________________________________________________________________________________

    /38yt !$# t t % !$# s9 . =Gs) d9 $# s9 u / ._ i .t r& y9 s? (# ) ?u & s9 ) 4 ) ! $# '=t t )9 $#

    Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan

    berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi

    kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu

    dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah

    mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah:

    8)

    Ibn al-Jauzi mengatakan: ulama-ulama tafsir berkata:

    Ayat ini merupakan ruhshah bagi menghubungkan

    silaturrahim kepada mereka yang tidak memerangi orang

    Islam dan harus berbuat baik kepada mereka sekalipun

    mereka tidak boleh menjadi wali dan menerima pusaka,

    setengah ulama ada yang mengatakan ayat ini dan ayat

    selepasnya telah disanakhkan oleh ayat yang menyuruh

    perangi orang musyrik.

    Ibn Jarir berkata: Pendapat tersebut bukanlah

    pendapat yang dipilih, kerana orang mukmin berbuat baik

    kepada kafir harbi sama ada dari kalangan kaum kerabat

    atau bukan, tidak diharamkan jika keadaannya masih belum

    mampu untuk berperang dengan tanpa senjata atau bukan

    senjata, atau untuk mendapatkan maklumat rahsia orang

    Islam. Ini adalah berdasarkan berdasarkan hadis Asma.

    Pendapat ini telah dihujahkan oleh pengarang kitab Al-

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 23 ____________________________________________________________________________________________

    Mughni dengan perbuatan saidina Umar yang

    menghadiahkan pakaian kepada saudaranya yang kafir.

    Dengan hadis Asma kata pengarang Al-Mughni lagi:

    Perbuatan kedua-dua ini menunjukkan wujud perbuatan

    menghubungkan silaturrahim kepada kafir harbi dan berbuat

    baik kepada mereka.10

    Demikian juga al-Mardawi al-Hanbali menyebutkan

    mengenai hukum mengucapkan tahniah kepada orang

    bukan Islam, mengucapkan takziah kepada mereka dan

    menziarahi ketika sakit. Katanya: Mengenai ucapan tahniah,

    taziah dan menziarahi mereka semasa sakit ada dua

    riwayat yang telah disebutkan dalam kitab al-Hidayah ...

    pendapata ulama yang mengatakan mereka diziarahi untuk

    masuk Islam, kata Al-Mardawi lagi: Inilah yang sebetulnya.11

    Telah disebut di dalam kitab Fatwa Al-Hindiah: Tidak

    mengapa untuk pergi menziarahi kafir zimmi, demikian

    dikatakan oleh Muhammad r.h tambahnya: Tidak mengapa

    menerima tetamu daripada orang kafir zimmi sekalipun

    hanya setakat kenalan sahaja, demikian yang disebutkan

    dalam kitab al-Multaqith, kemudian tambahnya lagi: Tidak

    mengapa orang Islam bersahabat dengan orang bukan

    Islam sama ada kenalan jauh atau rapat, kafir harbi atau

    zimmi.12

    10

    Ibn Muflih dalam al-Adab as-Syariyah, 1/437. 11

    Al-Mardawi dalam Al-Inshaf, 4/234-235. 12

    Al-Fatwa al-Hindiyah, 5/347.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 24 ____________________________________________________________________________________________

    Syeikh Ulaisy ditanya mengenai mengucapkan

    tahniah kepada orang bukan Islam adakah ia dianggap

    sebagai murtad? Dijawabnya: Tidak menjadi murtad orang

    yang berkata kepada seorang Kristian, semoga Allah

    panjangkan umurmu setiap tahun, dengan sekira-kira bukan

    bertujuan untuk mengagungkan kekufurannya dan bukan

    kerana redha dengan kekufurannya.13

    Daripada apa yang telah dijelaskan melalui ayat-ayat

    al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW dan pendapat para ulama

    Islam, kita dapati bahawa termasuk di dalam ihsan kepada

    orang lain ialah menghubungkan silaturrahim dengan orang

    bukan Islam dalam semua keadaan seperti menziarahi bila

    sakit, ucapan takziah bila mendapat kesusahan dan ucapan

    tahniah bila mendapat kejayaan, memberi hadiah dan

    menerima hadiah, menerima tetamu dan sebagainya. Cara

    ini merupakan satu pendekatan berdakwah kepada agama

    Allah dengan akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia.

    Wallahu alam.

    13

    Syeikh Ulaisy dalam Fathul Ula fil Fatawa Ala Mazhab al-Imam Malik, 2/349.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 25 ____________________________________________________________________________________________

    Jawab

    Solat merupakan satu ibadah

    yang disyariatkan oleh Allah

    SWT dengan kaedah dan

    caranya. Ia bukan ciptaan

    seseorang. Allah SWT telah

    menentukan syarat-syarat

    sahnya dengan menjadikan imam itu orang lelaki sebagai

    syarat sah solat berjemaah, ia bukan hak bagi kaum lelaki

    dan bukan juga untuk mengurangkan nilai kaum wanita,

    malahan ia merupakan satu perkara suruhan yang perlu

    diikut.

    Umat Islam telah sepakat pada memuliakan kaum

    wanita, mereka berpandangan bahawa penegahan kaum

    wanita dari mengimami orang lelaki dalam solat adalah

    sebagai suatu penghormatan, bukan untuk mengurangkan

    dan merendah-rendahkan kedudukan kaum wanita. Untuk

    tujuan ini, Islam memerintahkan kaum wanita supaya berada

    di belakang saf kaum lelaki, kerana perbuatan solat dalam

    Islam mengandungi sujud, mengikut pepatah Arab:

    Sesungguhnya engkau diletakkan di belakang supaya aku

    akan mengikuti engkau. Kedudukan kaum wanita di

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 26 ____________________________________________________________________________________________

    belakang saf kaum lelaki bukan untuk menjatuhkan

    kemuliaan mereka, malahan ia adalah untuk menaikkan

    martabat mereka, menjaga ketinggian budi, menjaga

    perasaan malu dan memberi kerjasama sesama orang yang

    beriman lelaki dan wanita untuk melaksanakan perintah

    Allah dalam apa-apa keadaan.

    Sebenarnya persoalan kaum wanita menjadi imam

    kepada kaum lelaki dalam solat dilihat dari dua perspektif;

    pertama: Dari sudut amali umat Islam dan pelaksanaan yang

    dilakukan sepanjang masa dan zaman, kedua: Dari sudut

    warisan amalan hukum fekah dan teori sebenar yang

    dipegang oleh mereka.

    Adapun dari sudut amalan yang dilakukan sama ada

    di timur dan di barat, umat terdahulu (salaf) dan umat

    selepas salaf (halaf), kesemuanya sepakat dari segi

    praktikalnya tidak memberikan tugas kepada wanita untuk

    azan, tidak melantik wanita untuk mengimami solat

    berjemaah, dan tidak melantik wanita menjadi imam solat

    Jumaat. Dalam sejarah Islam sejak 14 kurun yang lalu, tidak

    pernah kita dengar seorang wanita membaca khutbah

    Jumaat dan mengimami solat Jumaat, hinggakan pada

    suatu ketika terdapat negara yang pernah diperintah oleh

    kaum wanita seperti Syajaratuddur di Mesir pada zaman

    Mamlukiyah. Beliau tidak pernah membaca khutbah Jumaat

    dan mengimamkan kaum lelaki.

    Dari sudut teori realitinya berdasarkan nas syarak dan

    warisan hukum fekah di kalangan umat Islam, kita dapati

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 27 ____________________________________________________________________________________________

    ulama fekah mendefinisikan imam itu sebagai pengikat

    antara seorang dengan seorang lain yang sama-sama

    bersolat dengan syarat yang ditetapkan oleh syarak. Maka

    imam itu tidak akan dianggap sebagai imam kecuali bila ada

    ikatan antara imam dan orang yang mengikutnya dalam

    solatnya, ikatan inilah sebenarnya hakikat sebenar menjadi

    imam dan ia adalah tujuan sebenar mengikut imam.

    Adapun perkara yang terdapat dalam masalah ini dari

    nas-nas syarak, terdapat dua hadis yang menjelaskannya:

    Pertama, hadis Waraqah binti Abdullah bin al-Harith

    maksudnya: Bahawa Nabi SAW melantik untuknya seorang

    tukang azan untuk menyeru azan bagi kaum wanita dan

    diperintahkannya menjadi imam kepada ahli keluarganya.14

    Kedua, hadis Jabir ibn Abdullah dalam riwayatnya

    mengenai khutbah Nabi SAW yang bersabda maksudnya:

    Jangan menjadi imam seorang wanita kepada lelaki, jangan

    mengimami orang Arab Badwi orang Muhajirin dan orang

    yang jahat menjadi imam orang yang mukmin kecuali

    dipaksa oleh sultan yang dia takutkan pedang dan

    cemetinya.15

    Setengah ulama hadis seperti Ibnu Hajar al-Asqolani

    mengatakan hadis pertama ini sebagai hadis dhaif di mana

    beliau mengatakan: Dalam sanadnya terdapat seorang yang

    14

    Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, 6/405; Abu Daud dalam Sunannya, 1/161; al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 3/130; Darquthni dalam Sunannya, 1/403; at-Thobarani dalam al-Kabir, 25/134; Ibn Huzaimahy dalam Sohihnya, 3/89)

    15 Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, 1/343; al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 3/90;

    at-Thobarani dalam al-Aushat, 2/64.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 28 ____________________________________________________________________________________________

    bernama Abdul Rahman ibn Khallad, beliau seorang yang

    sangat jahil.16

    Adapun hadis kedua, kebanyakan ahli hadis

    mengatakan ia sebagai hadis dhaif, malahan ia lebih dhaif

    daripada hadis pertama. Ibn Hajar al-Asqolani mengatakan

    dalam sanadnya terdapat Abdullah ibn Muhammad al-

    Adawi. Katanya lagi: Beliau dituduh oleh Waki (guru Imam

    Syafie) sebagai pembuat hadis palsu; dan gurunya Ali ibn

    Zaid ibn Jadan seorang yang dikira sebagai dhaif.17

    Adapun mengikut warisan fekah Islam dalam

    persoalan ini - iaitu dari segi pemahaman yang betul kepada

    asas-asas umum syariah, khususnya jika memang sudah

    diijmakan (disepakati) oleh ulama - telah bersepakat ulama

    fiqah dalam empat mazhab malahan mazhab yang lapan

    dan ulama fekah di tujuh bandar melarang wanita menjadi

    imam kepada lelaki dalam solat fardhu. Sesungguhnya solat

    orang yang mengikut dibelakangnya adalah batal.

    Manakala Abu Thur, al-Mazanni dan Ibn Jarir telah

    mengasingkan pendapat dengan mengatakan sah solat

    fardhu orang lelaki di belakang imam wanita di dalam solat

    fardu.18 Pendapat yang ganjil ini juga telah dibuat mazhab

    oleh Muhyiddin ibn al-Arabi dari golongan dzahiriyah.

    Adapun di dalam solat-solat sunat dan solat Tarawih,

    para jumhur ulama juga telah menolaknya. Setengah

    16

    Ibn Hajar al-Asqolani dalam at-Talkhis al-Khabir, 2/26-27. 17

    Ibn Hajar al-Asqolani dalam at-Talkhis al-Khabir, 2/32. 18

    Al-Mausuah al-Fiqhiyah, huruf dzal, zukurah, 21/266.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 29 ____________________________________________________________________________________________

    pengikut mazhab Hanbali berbeza pendapat dengan

    mengatakan harus wanita menjadi imam kepada lelaki

    dalam solat sunat dan sunat Tarawih. Inilah yang dijelaskan

    oleh Ibn Muflih mengenai masalah wanita menjadi imam

    dalam solat. Katanya: Sah wanita menjadi imam pada solat

    sunat dan juga solat Tarawih. Ada yang berpendapat sah

    jika sekiranya wanita tersebut lebih bagus bacaannya. Ada

    yang berpendapat, jika sekiranya dia seorang sahaja yang

    bagus bacaannya dan orang lain tidak. Ada juga yang

    berpendapat: Jika wanita itu ada pertalian saudara atau

    sudah tua.

    Oleh itu, wanita tersebut berdiri melakukan solat di

    belakang makmum lelaki, kerana berdiri di belakang adalah

    lebih terlindung. Mengikut pendapat ini: Wanita tersebut

    akan mengikut imam lelaki ketika bukan pada bacaan, dan

    salah seorang daripada lelaki tersebut hendaklah berniat

    menjadi imam. Kebanyakan ulama telah memilih sah wanita

    menjadi imam pada masalah ini kerana terdapat hadis dari

    Ummu Waraqah yang umum maksudnya dan khusus untuk

    situasi tersebut.19

    Justeru itu, kita lihat dan memfatwakan apa yang

    disepakati oleh ummah salaf dan halaf sama ada dari segi

    perkataan dan perbuatan kerana kuatnya dalil dan umumnya

    teori tersebut. Kita nukilkan pendapat yang ganjil daripada

    warisan ilmu fekah ini, kerana kita amanah dengan ilmu dan 19

    Ibn Muflih dalam al-Furu, 2/16.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 30 ____________________________________________________________________________________________

    bukan kerana untuk diamalkan atau digunapakai. Ini kerana

    pendapat ini boleh dianggap boleh menjatuhkan kredibiliti

    ummah salaf dan halaf, sedangkan umat Islam tidak akan

    berkompromi ke atas kesesatan selamanya. Maka ijmak itu

    menjadi hujah dan begitulah yang telah sedia tercatat dalam

    nas-nas syarak.

    Adapun hikmat melarang wanita menjadi imam dalam

    solat adalah untuk memastikan ianya sebati dengan urusan

    agama dalam menjauhi segala larangannya dan mengelak-

    kan perlakuan dosa, menyuruh umat Islam sama ada lelaki

    mahupun wanita memelihara pandangan mereka daripada

    melihat kepada aurat wanita ajnabi.

    Agama Islam juga menyuruh supaya umatnya

    menutup aurat. Aurat wanita itu adalah seluruh tubuh

    badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Justeru itu,

    Allah memerintahkan kaum wanita berada di belakang saf

    kaum lelaki, kerana di dalam solat ada perbuatan sujud yang

    memungkinkan tubuh kaum wanita boleh terselak dan

    terdedah.

    Adapun apa yang berlaku di dunia sekarang ini dari

    apa yang kita dapat saksikan dan dilihat oleh semua orang

    ialah mencampuradukkan persoalan mengimami solat

    jemaah dan masalah khutbah Jumaat, di mana khutbah

    Jumaat ini tidak diharuskan oleh sesiapa pun. Mereka yang

    mencampuradukkan persoalan ini adalah golongan yang

    menjadi penentang, iaitu yang mengandungi berbagai aliran;

    Setengahnya menolak sunnah dan ijma; setengahnya

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 31 ____________________________________________________________________________________________

    sengaja mempermain-mainkan dengan lafaz-lafaz dalam

    bahasa Arab; setengahnya menyeru untuk mengharuskan

    seks di luar tabii, zina, minum arak, pengguguran,

    mengubah bahagian-bahagian dalam pembahagian harta

    pusaka dan seumpamanya yang kita nampak semakin

    menonjol setiap kurun pada akhir-akhir ini. kemudian

    mereka akan lenyap sedangkan umat Islam berjalan

    mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan

    memikul risalahNya untuk kebahagiaan hidup di dunia dan

    akhirat. Firman Allah:

    $ r' s t/ 9 $# = yus [ !$ x._ ( $ r& u $ t x.t } $ 9 $# ]3 us F{$# 4 y79x x. > o ! $# t$ sWF{$#

    Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. (Ar-Rad: 17)

    Mudah-mudahan huraian yang ringkas ini telah dapat

    menjelaskan hukum-hukum syarak dalam masalah yang

    dibangkitkan.

    Wallahu alam.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 32 ____________________________________________________________________________________________

    Jawab

    Zuriat adalah terhasil

    daripada perhubungan

    antara lelaki dengan

    wanita melalui

    perkahwinan. Demikian

    juga, zuriat itu menjadi

    sebab wujudnya hubungan baru iaitu hubungan kebapaan

    dan keibuan. Kadang kala tidak dapat digambarkan bahawa

    terdapat satu ketika isu perkahwinan dan mengakalkan

    kehidupan dan kesejahteraan berumahtangga akan

    bertentangan dengan isu menjaga hak ibu bapa dan

    mentaati mereka.

    Walau bagaimanapun, yang sebenarnya berlaku, kita telah

    menyaksikan pada kurun kenabian yang pertama telah

    berlaku pertentangan antara hak kedua ibu bapa dengan

    kesejahteraan hidup berumahtangga apabila saidina Umar

    bin al-Khattab memerintahkan anak lelakinya Abdullah bin

    Umar supaya menceraikan isterinya yang dikasihai.

    Semenjak detik tersebut ulama feqah telah membincangkan

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 33 ____________________________________________________________________________________________

    tajuk tersebut dengan panjang lebar. Supaya kita

    mengetahui apakah yang perlu dilakukan oleh orang Islam

    dalam menghadapi situasi sedemikian, dan apakah batas-

    batas yang perlu dipatuhi dan adakah menjadi derhaka jika

    sekiranya tidak mematuhi perintah ayah dalam mengakhiri

    kehidupan berumahtangga.

    Kita melihat para ulama menjelaskan untuk tidak

    mematuhi perintah kecuali bapa yang memerintahkan itu

    dari kalangan orang yang soleh dan bertakwa tanpa

    mengaitkan dengan masalah adakah ia disunatkan atau

    sebaliknya. Ibnu Taimiyah pernah menyebutkan bahawa

    Ungkapan Imam Ahmad mengenai wajib menceraikan isteri

    juga diperintah oleh bapa adalah dikaitkan jika bapa itulah

    yang soleh.20

    Ibnu Taimiyah telah mengharamkan ke atas anak

    lelaki mentaati perintah ibunya untuk menceraikan isterinya

    lebih-lebih lagi jika sekiranya suami itu telah mempunyai

    anak daripada isteri tersebut. Ibnu Taimiyah telah ditanya

    mengenai seorang lelaki yang telah berkahwin dan telah

    mempunyai anak, sedang ibunya tidak menyukai

    menantunya dan menyuruh anaknya menceraikan isterinya,

    adakah harus diceraikannya? Beliau menjawab: Tidak harus

    si anak menceraikan isterinya kerana perintah ibunya,

    malahan ia hendaklah berbuat baik kepada ibunya dan

    20

    Al-Fatawa al-Kubra, Ian Tainiyah, kitab at-Thalaq, 5/490.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 34 ____________________________________________________________________________________________

    bukanlah menceraikan isterinya itu sebagai salah satu cara

    berbuat baik kepadanya. Wallhu alam.21

    Demikian juga Ibnu Muflih dalam kitab Al-Furu

    berpendapat bahawa tidak wajib mentaati kedua ibu

    bapanya untuk menceraikan isterinya. Beliau berkata: Jika

    ibunya yang memerintahkannya, maka nasnya: Talaknya

    tidak menyenangkan aku dan guru kami melarang daripada

    melakukannya, dan jika sekiranya engkau takut melakukan

    yang demikian maka tiadalah baginya yang demikian itu dan

    demikian juga jika sekiranya kedua ibu bapanya melarang

    daripada berkahwin.22

    Demikian juga telah disebutkan di dalam kitab Al-

    Adab as-Syariyyah di mana pengarangnya berkata: Kedua

    ibu bapa tidak boleh memaksa anaknya berkahwin dengan

    orang yang tidak dicintai, jika sekiranya dia menolak, dia

    tidak dianggap sebagai anak derhaka. Ini seperti tidak ada

    seorang pun yang boleh memaksa seseorang makan

    sesuatu yang tidak disukainya sedangkan ia mampu makan

    sesuatu yang disukainya, maka begitulah halnya dengan

    perkahwinan, malahan ia lebih patut lagi. Jika sekiranya dia

    memakan sesuatu yang tidak disukainya dan merasa derita

    hanya sesaat sahaja tetapi dengan hubungan suami isteri

    21

    Majmu al-Fatawa, Ibnu Taimiyah, kitab Thalaq, masalah orang berkahwin telah mempunyai anak sedang ibunya membenci menantunya dan mahu supaya anak lelakinya menceraikannya, 3/573.

    22 Al-Furu, Ibnu Muflih, kitab Thalaq, 5/363.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 35 ____________________________________________________________________________________________

    yang tidak dicintai itu ia terpaksa menghadapi penderitaan

    sepanjang masa sedangkan ia tidak boleh dipisahkan.23

    Al-Allamah al-Muhaqqiq al-Hanbali al-Bahuti juga

    berpendapat bahawa tidak wajib si anak mentaati kedua ibu

    bapa yang memaksa supaya dia menceraikan isterinya.

    Beliau berkata: Tidak wajib ke atas anak mentaati kedua ibu

    bapanya sekalipun kedua-duanya itu seorang yang adil,

    supaya menceraikan isterinya kerana perintah ini bukanlah

    sesuatu yang dianggap melakukan perkara yang baik, atau

    tidak wajib ke atas anak patuh perintah kedua ibu bapanya

    pada melarangnya daripada berkahwin, sebagaimana teks

    yang lalu.24

    Begitu juga pendapat pengarang Ghidzaul Albab di

    mana beliau berkata: Dan begitu juga seperti perintah ibu

    bapa kepada anaknya untuk menceraikan isterinya atau

    menjual hamba miliknya dengan kepercayaan yang tidak

    berdasarkan syarak. Dia dalam kitab Adab Al-Kubra

    pengarangnya berkata: Jika diperintahkan oleh bapanya

    untuk menceraikan isterinya tidak wajib ditaati perintahnya.

    Pendapat ini telah disebutkan oleh kebanyakan para

    sahabat Nabi SAW. Seorang lelaki bertanya kepada imam

    Ali r.a. bahawa bapaku memerintahkan aku supaya

    menceraikan isteriku, Saidina Ali menjawab: Jangan

    diceraikannya. Berkata lelaki itu lagi: Bukankah Umar

    pernah memerintahkan anak lelakinya Abdullah untuk

    23

    Al-Adab as-Syariyyah, Ibnu Muflih, 1/502-503, cetakan Ri-asah Idarat al-Buhuth al-Ilmiyah wal Ifta wad-dakwah wal-Irsyad, Riyad.

    24 Daqaiq Ulin Nuha, al-bahuti, Syarah Muntahal Iradat, kitab Thalaq, 3/74.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 36 ____________________________________________________________________________________________

    menceraikan isterinya? Ia boleh jika bapamu itu seperti

    Umar r.a.25

    Ibn Athfiyyisy Al-Ibadhi dalam kitab Syarah An-Nail

    wa Syifaul Alil berpendapat bahawa anak lelaki tidak

    diwajibkan mematuhi perintah kedua ibu-bapanya atau salah

    seorang daripada keduanya jika diperintahkan supaya

    menceraikan isterinya, beliau berkata: Jika sekiranya ia

    bernazar untuk menceraikan isterinya atau diperintahkan

    oleh kedua ibu bapanya tidak mesti dipatuhi perintahnya itu

    dan tidak dipaksa ke atasnya mematuhi perintah tersebut.

    Oleh itu, dari huraian di atas, jelas kepada kita

    bahawa tidak wajib ke atas seorang anak lelaki mematuhi

    perintah ibu bapanya supaya menceraikan isterinya. Ketidak

    taatan anak dalam persoalan sebegini bukan dianggap

    sebagai derhaka.

    Wallahu alam.

    25

    Ghidzaul Albab, As-Safaraini, Birrul walidain, 1/383.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 37 ____________________________________________________________________________________________

    \

    Jawab

    Islam memberikan hak

    persamaan kepada

    kaum lelaki dan kaum

    wanita dalam memilih

    pasangan masing-

    masing, dan tidak

    memberikan kuasa

    kepada kedua ibu

    bapa untuk memaksa

    mereka berkahwin.

    Peranan ibu bapa

    dalam perkahwinan anak-anak adalah dari segi memberi

    nasihat, memberikan tunjuk ajar dan peringatan, tetapi

    bukan berperanan memaksa anak-anaknya sama ada lelaki

    atau wanita supaya berkahwin dengan orang yang bukan

    pilihannya, malahan pilihan terakhir dalam perkahwinan

    adalah terletak ditangan si anak sendiri.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 38 ____________________________________________________________________________________________

    Perkahwinan dianggap sebagai hak keistimewaan

    seseorang. Paksaan kedua ibu bapa kepada anak-anaknya

    supaya berkahwin dengan orang yang tidak disukai oleh

    mereka adalah haram dari segi syara, kerana ia dianggap

    sebagai satu kezaliman dan melampaui batas hak orang

    lain. Kaum wanita dalam Islam mempunyai kebebasan yang

    penuh sama ada mahu menerima atau menolak mereka

    yang melamar dirinya. Bapanya atau walinya tidak ada hak

    untuk memaksanya berkahwin dengan orang yang tidak

    disukainya. Ini kerana hidup berkeluarga tidak mungkin

    dibangunkan atas dasar paksaan dan kekerasan, dan ini

    bertentangan dengan apa yang dijanjikan oleh Allah antara

    suami isteri dari segi berkasih sayang dan belas kasihan.

    Hukum perkahwinan yang tetap ini telah banyak

    diterangkan di dalam nas-nas syarak seperti al-Quran dan

    sunnah. Kenyataan yang berlaku telah menjelaskan kepada

    dunia bagaimana Nabi SAW berurusan dengan penuh kasih

    sayang dan rahmat kepada para isteri dan walinya

    berbanding sistem jahiliah yang menzalimi kaum wanita.

    Islam memberikan hak kepada wanita untuk memilih

    pasangan masing-masing dan menolak perkahwinan yang

    terjadi dari orang yang memaksa perempuan tersebut,

    sekalipun orang yang memaksa itu bapanya sendiri. Apa

    yang dilakukan oleh baginda SAW itu bertentangan dengan

    adat orang Arab ketika itu, ini semua merupakan ujian

    keimanan seseorang yang beriman supaya redha dengan

    hukum syara yang telah memberikan kemuliaan kepada

    wanita, menghormati kehendak dan pilihannya serta

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 39 ____________________________________________________________________________________________

    membebaskan daripada semua sistem yang meremeh,

    menghina dan menzalimi kaum wanita.

    Terdapat banyak hadis Nabi SAW yang menguatkan

    hak-hak kaum wanita ini, antaranya sabda Rasulullah SAW:

    @ %K F-. LM;@N"@ %K !M+ LM;@ N !3OK :8Q .RSOK".TM"@ R1 :UQ IC,SV WH U8' F

    Jangan kamu menikahkan janda sehingga diminta iizin

    darinya dan jangan kamu menikahkan anak dara sehingga

    mendapat keizinan darinya. Rasulullah ditanya, bagaimana

    izinannya itu? Sabda baginda: Jika ditanya dia diam

    sahaja.26

    Sebagaimana Nabi begitu prihatin mereka yang

    datang mengadu kerana dipaksa berkahwin oleh bapanya

    seperti yang sabit dalam hadis baginda yang diriwayatkan

    maksudnya: Bahawa seorang anak dara datang menemui

    Nabi SAW dan mengadukan bahawa bapanya

    mengahwinkannya dengan seorang padahal dia tidak

    menyukainya, maka Nabi SAW memberikan kepadanya

    pilihan sama ada meneruskan perkahwinan itu atau

    memutuskannya.27

    26

    Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 2/432; Al-Al-Bukhari dalam Sohihnya, 5/1974; Muslim dalam Sohihnya, 2/1036.

    27 Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 1/117; Abu Daud dalam Sunannya 2/232; Ibn

    Majah dalam Sunannya, 1/603.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 40 ____________________________________________________________________________________________

    Telah diriwayatkan bahawa seorang lelaki

    mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang lelaki

    sedangan wanita itu tidak menyukainya, beliau datang

    berjumpa dengan Nabi SAW dan mengadu bahawa dia

    dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tidak suka,

    sedangkan anak bapa saudaraku telah datang meminang

    diriku, baginda SAW bersabda maksudnya: Pernikahan

    tersebut tidak terjadi, bernikahlah dengan orang yang

    engkau sukai.28

    Daripada Khansa binti Khudzam berkata:

    %6 >+; XS Y8M=D 9Z!M# ,1 [\BH ,1 >#1 >;M,1.[\BH >B CM;@ N :U]D ' &

    Bapaku menikahkan aku sedangkan aku tidak suka, ketika

    itu aku masih anak dara lagi, maka aku mengadu kepada

    Nabi SAW, baginda bersabda: Jangan engkau nikahkan dia

    sedangkan dia tidak menyukainya.29

    Diriwayatkan juga:

    9,-.

    3 A5 T@ ,-.

    3 [!3 T,H :_,1

    C;3 2 1 48F C;& AK]D [A5 B a& C+bcD 9Z

    28

    Riwayat An-NasaI dalam Al-Kubra, 3/282. 29

    Riwayat An-NasaI dalam Al-Kubra, 3/282; At-Thobarani dalam Al-Kabir, 24/251.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 41 ____________________________________________________________________________________________

    %V & +; T@OD 9B & #1 >;M,1 :T]D ' &

    ;3 fJgD 9 ' & %6 a>+; &D 9 > f T,1 :UQ ., :UQ Ie\,D :,D TM,1 :U]D 9B#1

    .M,D >+BSV .X hM, N Terdapat seorang wanita Ansor yang telah berkahwin

    dengan lelaki Ansor, beliau terbunuh semasa peperangan

    Uhud dan daripada wanita itu terdapat seorang anak lelaki,

    maka wanita itu telah dipinang oleh bapa saudara anaknya

    dan seorang lelaki yang berjumpa dengan bapanya, maka

    dia dikahwinkan oleh bapanya dengan lelaki itu dan ditolak

    bapa saudara anaknya. Beliau mengadu kepada Nabi SAW:

    Aku dikahwinkan oleh bapaku dengan lelaki yang aku tidak

    sukai dan dia menolak pinangan bapa saudara anakku,

    maka bapaku mengambil anakku dari penjagaanku, maka

    Nabi memanggil bapanya dan bersabda: Adakah engkau

    kahwinkan si pulan dengan si pulanah? Kata bapanya, ya.

    Nabi bersabda: Engkau tidak ada hak untuk

    mengkahwinkannya. Pergilah engkau wahai perempuan dan

    berkahwinlah dengan bapa saudara anakmu itu.30

    Ibnu Al-Qaiyim telah meriwayatkan sebuah hadis

    Nabi SAW yang maksudnya: Nabi SAW bertanya kepada 30

    Riwayat Abdul Razak dalam Musannifnya, 6/146; dan Abu Uthman Al-Kharasani dalam As-Sunan, 1/184.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 42 ____________________________________________________________________________________________

    Aisyah r.a. mengenai seorang wanita yang telah

    dikahwinkan oleh keluarganya, adakah telah diminta izin

    atau belum? Dijawabnya, sudah. Aisyah berkata: Jariah itu

    malu, maka Rasulullah SAW bersabda: Maka itulah

    keizinannya apabila ditanya dia diam membisu. Hadis ini

    telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

    Berdasarkan kepada fatwa tersebut kita mengambil

    kesimpulan bahawa untuk mengahwinkan anak dara mesti

    mendapat keizinan darinya.

    Telah sabit Rasulullah SAW bersabda:

    i;# aj 1 F-.C(" @ !M+ 9C 3 C,SV 9C("i, >D !3OK" C,SV 9C("i, >D B8#1 C,SOK"F !M+ :2ki >D .C@6

    .C@6 Wanita janda berhak ke atas dirinya sendiri berbanding

    walinya dan anak dara diminta keizinan darinya dan

    diamnya itu tanda keizinannya. Dalam satu riwayat yang

    lain: Anak dara diminta izin oleh bapanya untuk dirinya dan

    keizinannya itu ialah diamnya.

    Di dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim,

    Rasulullah SAW bersabda:

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 43 ____________________________________________________________________________________________

    NSOK"@ %K !M+ LM;@ :UQ IC,SV WH 8Q 9R R1

    TM"@.

    Jangan dinikahkan si anak dara sehingga diminta keizinannya, para sahabat bertanya, bagaimana tanda keizinannya? Rasulullah bersabda: Apabila dia diam sahaja.

    Di dalam hadis yang lain:

    KO' 9!M# \F5 ' & %6 B#1 RV :T]D ]D 9' & %6 a>+; B!cD 9[\BH >B C5l

    & %C, 9!M+ RfmK'# !31 !J 9C,SV R# C M,.RSOK"@ 9TM, 3 ' & %6

    Nabi SAW ditanya oleh seorang wanita yang masih dara yang mengatakan bahawa bapanya mengahwinkannya

    dengan seorang lelaki sedangkan dia tidak suka, maka

    bapanya diarahkan oleh Nabi SAW supaya meminta izin

    daripada anaknya itu dan melarang daripada menikahkan

    anaknya tanpa izinnya dan Nabi memberikan pilihan kepada

    wanita yang telah dikahwinkan sedangkan dia tidak diminta

    izin, sama ada dia ingin meneruskan perkahwinan tersebut

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 44 ____________________________________________________________________________________________

    atau pun tidak. Bagaimanakah seseorang itu boleh menolak

    dan menyalahi apa yang dijelaskan oleh Nabi SAW itu.31

    Keperihatinan Islam tentang pemilihan suami dan

    isteri sebenarnya adalah untuk memberi perhatian kepada

    asas utama pembentukan keluarga. Keluarga itu terbentuk

    daripada lelaki dan wanita yang bersatu dan saling faham

    memahami yang ia memberi kesan kepada keluarga apabila

    ia membesar dan berkembang biak. Keluarga adalah asas

    utama bagi masyarakat, berdasarkan asas yang betul dan

    kukuh inilah lahirnya tamadun dan nilai yang tinggi.

    Untuk membuktikan betapa pentingnya wanita dalam

    pembentukan masyarakat muslim, kita lihat syair yang

    diungkapkan oleh Ahmad Syauqi yang ertinya:

    Ibu merupakan sekolah jika bijak

    menguruskan rumahtangga ia akan

    membentuk umat yang baik dari keturunan

    yang mulia.

    Sebagaimana Islam memberikan hak dalam

    pemilihan pasangan kepada wanita, Islam juga memberikan

    pilihan sama ada wanita tersebut mahu terus kekal bersama

    atau bercerai dengan pasangannya ketika berlaku hubungan

    yang tidak serasi antara keduanya, sedangkan ia tidak dapat

    disatukan dan diperbaiki lagi. Justeru itu disyariatkan talak

    demi kepentingan kedua belah pihak wanita dan juga lelaki.

    31

    Ilam al-Muqiin, Ibnu al-Qaiyim, 4/260-261, cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 45 ____________________________________________________________________________________________

    Antara kefahaman yang masyhur tentang Islam ialah

    peraturannya bahawa lelaki sahaja yang memiliki hak

    mengakhiri hubungan perkahwinan, lelaki sahaja yang

    mempunyai hak talak, dan wanita tidak memiliki hak,

    sedangkan pada hakikatnya bukanlah sedemikian.

    Ini kerana syariat Islam pada peraturannya yang unik

    telah memberikan hak kepada kaum wanita untuk

    mengakhiri hubungan perkahwinan sebagaimana yang

    diberikan kepada kaum lelaki. Islam telah menyediakan

    beberapa cara kepada wanita untuk mereka mengakhiri

    ikatan perkahwinan, antaranya ialah:

    1. Wanita mempunyai hak mensyaratkan kepada

    suaminya bahawa hak keselamatan diri berada di

    tangannya. Dengan lain perkataan, urusan talak itu berada

    ditangannya di mana dia boleh mentalakkan dirinya bila

    dikehendakinya. Dalam keadaan sedemikian, tertalaklah diri

    wanita itu dan layak ia mendapat semua haknya, seolah-

    olahnya suami yang mentalakkannya, maka tidak ada sedikit

    pun haknya yang berkurangan.

    2. Wanita mempunyai hak untuk meminta cerai kerana

    kemudaratan yang dialaminya. Jika isteri mengalami

    mudarat yang bersangatan, maka hakim berhak

    menceraikan antara pasangan suami isteri, dan mendapat

    semua haknya tanpa kurang sedikit pun.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 46 ____________________________________________________________________________________________

    3. Menggunakan pendekatan khulu. Dalam keadaan ini

    sahaja terpisah wanita daripada suaminya, tetapi beliau

    kehilangan haknya kerana ketiadaan sebab untuk

    mengakhiri hubungan suami isteri. Ketika itu tidak adil suami

    didenda dengan memberikan hak kepada isteri sedangkan

    suami masih berpegang teguh dengan hubungan

    perkahwinannya.

    Terdapat banyak dalil yang menunjukkan wanita telah

    diberikan pilihan untuk memilih berpisah dengan suaminya,

    antaranya:

    Diriwayatkan oleh Ibnu Abas r.a.

    !F!# nl R1 V !o,1 >,OH :[pq3 U]F :+& RH]D 9K %& A("@ &83r >M+F CiJ /8bF a>+; U

    s 3 s?@ N1 t+& F :t+ ' & %6 %6 a>+; C U]D Ieuq3 2!F!# vq# 3 e!F!# 2pq3

    U8' F :TQ IK51 8 :' & :UQ I>,!3O@1 .D > \5 D :TQ 9wi01 ,1 ,V

    Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba yang

    bernama Mughith: Aku seperti melihatnya mengelilingi di

    belakang Barirah menangis dan air matanya mengalir

    dijanggutnya, maka Nabi SAW bersabda kepada Abas,

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 47 ____________________________________________________________________________________________

    Wahai Abas adakah engkau tidak pelik mengenai kecintaan

    Mughith kepada Barirah dan kebencian Barirah kepada

    Mughith? Maka Nabi SAW bersabda kepada Barirah, Tidak

    mehukah engkau kembali semula kepadanya? Barirah

    bertanya: Wahai Rasulullah, adakah engkau menyuruh aku?

    Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku mahu

    membantu hubungan kamu sahaja, Barirah berkata: Aku

    sudah tidak mahukan dia lagi. 32 Yang demikian apabila

    diketahui bahawa sabda baginda itu bukanlah sebagai

    perintah, bahkan ia hanyalah sebagai perbincangan dan dia

    diberi pilihan untuk memilih atau meninggalkannya. Adalah

    menjadi hak Barirah meninggalkannya selepas beliau

    dimerdekakan.

    Terdapat satu riwayat yang maksudnya:

    Telah datang isteri Thabit bin Qais kepada Nabi SAW, lalu

    berkata: Wahai Rasulullah, aku bukannya benci kepada

    Thabit tentang agama dan akhlaknya, tetapi aku sudah tidak

    mencintainya lagi. Sabda Nabi SAW: Bolehkah engkau

    kembalikan kepadanya kebun yang telah dihadiahkan

    kepadamu? Jawabnya: Boleh, maka dia pun

    meengembalikan kebun tersebut kepada Thabit, dan Nabi

    menyuruh Thabit menceraikan isterinya.

    Riwayat-riwayat tersebut adalah penjelasan yang

    ringkas tentang permasalahan memberi pilihan kepada

    32

    Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 5/2023; Abu Daud dalam Sunannya, 2/207; An-NaasaI dalam Sunannya, 8/245.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 48 ____________________________________________________________________________________________

    wanita untuk bersama dengan suaminya dan menghormati

    kehendaknya jika dia ingin berpisah dengan suaminya.

    Justeru tidak harus bagi seorang bapa atau sesiapa

    sahaja untuk memaksa anak lelaki atau anak perempuannya

    berkahwin dengan orang yang tidak dicintai (dibenci), dan

    bagi wanita berhak mengakhiri hubungan perkahwinan

    mengikut cara yang telah disebutkan sebelum ini.

    Wallahu alam.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 49 ____________________________________________________________________________________________

    Jawab

    Persoalan mengenai

    pelaksanaan syariat Islam

    ini mestilah difahami

    dalam skop yang luas

    berbanding mengkhu-

    suskan hanya pelaksa-

    naan hukum hudud sebagai hukuman kepada pelaku

    jenayah, sebagai-mana yang masyhur dikalangan

    cendikiawan masa kini sama ada dari kalangan orang Islam

    atau bukan Islam dengan sekira-kira pelaksanaan syariat

    Islam itu mempunyai berbagai sudut dan tahap-tahap yang

    berbeza. Tidaklah adil menggambarkan apa yang berlaku itu

    dianggap ianya tidak mengikut syariat Islam hanya semata-

    mata bercanggah sesetengah hukum Islam dengan

    kenyataan hidup yang diamalkan. Sebenarnya

    percanggahan ini telah pun berakhir sepanjang sejarah

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 50 ____________________________________________________________________________________________

    Islam dan di semua negara Islam dan pemerintahan mereka

    mengikut tahap yang berbeza-beza dan tidak ada seorang

    pun ulama Islam yang mengatakan bahawa negara tersebut

    telah terkeluar daripada tali ikatan Islam, atau ia tidak selari

    dengan kaedah syara, malahan tidak salah dikatakan jika

    kita mendakwa bahawa ungkapan melaksanakan syariah

    merupakan satu ungkapan yang baru sahaja diguna pakai.

    Hakikat yang perlu diketahui

    1. Syariat itu ialah apa juga yang berkaitan dengan

    akidah dan pandangan secara menyeluruh bahawa alam

    cakerawala ini merupakan makhluk yang dijadikan oleh

    penciptanya iaitu Allah SWT. Manusia itu

    dipertanggungjawabkan dengan hukum-hukum syara bagi

    menggambarkan perlakuannya, tanggungjawab ini datang

    melalui wahyu yang dibawa oleh para rasul dan diturunkan

    kitab-kitab kepadanya. Di dalam kitab-kitab ini diceritakan

    mengenai hari akhirat untuk dihisab segala amalan manusia

    sama ada untuk diberikan pahala atau di azab. Di dalam

    kitab ini juga mengandungi ilmu fekah yang mengatur

    pergerakan hidup individu, kelompok dan bermasyarakat. Ia

    juga mengandungi sistem akhlak, kaedah pendidikan,

    kaedah berfikir, berurusan dengan wahyu sama ada melalui

    Al-Quran atau sunnah dan berurusan dengan kenyataan

    yang berlaku biar bagaimana berlakunya perubahan,

    pertukaran dan kerumitan.

    2. Persoalan hudud mengandungi dua sudut.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 51 ____________________________________________________________________________________________

    Pertama: Iaitu mengitiqadkan kebenaran peraturan

    hukum dalam menangani jenayah dan menguatkan lagi

    dosa bagi jenayah tersebut, sejauhmana buruk dan

    kesannya yang buruk ke atas masyarakat manusia, menolak

    jenayah tersebut oleh semua manusia dalam apa juga

    bentuknya. Peraturan ini tidak mengandungi kezaliman pada

    diri dan tidak dianggap sebagai hukuman yang ganas.

    Kedua: Hukum syara telah meletakkan syarat-syarat

    dalam melaksanan hudud tersebut, sebagaimana ia telah

    meletakkan kaedah dan tatacara untuk menangguhkannya

    atau untuk memberhentikannya jika tidak memenuhi syarat-

    syarat, kaedah dan aturcara yang ditetapkan. Pelaksanaan

    hukum hudud dengan tidak memenuhi kriteria dianggap

    sebagai terkeluar daripada kehendak syariah.

    3. Mereka yang meneliti nas-nas syara mendapati

    bahawa syara tidak menjadikan pelaksanaan hukum hudud

    itu sebagai cara membalas dendam, malahan ia sebagai

    membenteras jenayah sebelum ianya berlaku. Syara juga

    tidak terlalu teruja melaksanakan hukum ini berbanding

    keinginannya untuk memaafkan, mengampunkan dan

    melindungi pelakunya, terdapat nas yang banyak mengenai

    perkara tersebut.

    4. Hampir dalam tempoh seribu tahun tidak

    dilaksanakan hukum hudud di negara seperti Mesir, ini

    kerana ketidak cukupnya syarat syarie yang menggariskan

    kaedah tertentu untuk melaksanakannya yang menerangkan

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 52 ____________________________________________________________________________________________

    keharusan menarik balik ikrar bagi jenayah yang dilakukan

    dan seumpamanya ialah sabda Nabi SAW yang bermaksud:

    Elakkanlah hukuman hudud jika terdapat syubahat. 33 Dan

    sabda nabi lagi yang bermaksud: Tersalah dalam

    memaafkan itu lebih baik daripada tersalah dalam

    menghukum.34

    5. Zaman ini telah diisytiharkan sebagai zaman yang

    secara umumnya mengecualikan pelaksanaan hukum ini.

    Dalam masa yang sama pengecualian tersebut wajib

    dilaksanakan dalam bentuk yang khas baginya. Ini kerana

    zaman ini dianggap sebagai zaman dharurat yang

    menimbulkan keraguan, fitnah dan dianggap sebagai zaman

    jahiliah. Keadaan ini, memberi kesan dalam pelaksanaan

    hukum syara. Keadaan yang darurat membolehkan perkara

    yang dilarang dilakukan sekalipun sekiranya ianya

    menyeluruh dan berterusan, justeru itu mereka

    membolehkan mengkebumikan mayat di dalam perigi

    sedangkan ia bercanggah dengan syariat.

    33

    Riwayat ibnu Majah dalam Sunannya, 2/850; Ibnu Abi Syaibah dalam Musannifnya, 5/511; dan Al-baihaqi dalam Al-Kubra, 3/103.

    34 Riwayat At-Tirmizi dalam Sunannya, 4/33; Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, 4/426.

    Tirmizi memberikan komentar katanya: Kita tidak mengetahui hadis ini hadis marfu kecuali daripada hadis Muhammad bin Rabiah daripada Yazid bin Ziyad Ad-Dimasyqi dripada Az-Zuhri daripada Urwah daripada Aisyah daripada Nabi SAW; dan diriwayatkan oleh Waqi daripada Yazid bin Ziyad seumpamanya dan tidak mengatakan ianya hadis marfu. Riwayat Waqi itu lebih asah dan telah meriwayatkan seumoamanya salah seorang sahabat Nabi SAW mereka mengatakan sedemikian. Al-Hakim memberikan komentar dengan katanya: Hadis ini sohih isnadnya dan tidak terkeluar daripada pendapat keduanya.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 53 ____________________________________________________________________________________________

    Kadang kala syubhat mengharuskan hukuman hudud

    ditangguhkan, sebagaimana dilakukan oleh Saidina Umar

    bin Al-Khattab r.a. pada tahun kemarau di mana syubhat itu

    telah menjadi lumrah dan menyebabkan hilangnya syarat-

    syarat syara untuk melaksanakan hukuman hudud. Imam

    Jafar Sodiq, Al-Kurkhi dari mazhab Hanafi dan selain

    daripada keduanya telah menggugurkan hukum haram

    melihat wanita yang tidak menutup aurat di negara Wara al-

    Nahr kerana mempraktikkan tidak memakai hijab sehingga

    mengelak daripada memandang kepada wanita yang tidak

    menutup aurat itu tidak dapat dielakkan dan dianggap

    mustahil. Imam Al-Juwaini telah menerangkan di dalam

    kitabnya Al-Ghayyasi mengenai keadaan zaman kejahilan

    dan menghuraikan perkara ini secara terperinci ketika

    ketiadaan para mujtahid, kemudian orang yang alim tentang

    syariat dan sumber-sumber syara, maka apakah yang akan

    dilakukan oleh manusia?

    Dalam hubungan ini ulama usul fekah seperti Ar-Razi

    dalam kitab Al-Mahshul menamakan dalam kitab mereka

    dengan nasakh aqli iaitu hukum kesan hilangnya tempat

    untuk melaksanakan suruhan iaitu satu ungkapan yang

    begitu halus, kerana akal tidak boleh menghapuskan hukum-

    hukum yang kekal dengan kesepakatan ijma ummah. Tetapi

    hukum tidak dapat dilaksanakan jika hilang tempatnya.

    Umpamanya wuduk, membasuh tangan hingga ke siku itu

    sebagai rukun, jika sekiranya tangannya terpotong, maka

    tidak dapat dilaksanakan membasuh tangan dan dianggap

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 54 ____________________________________________________________________________________________

    mustahil. Demikian juga dengan hukum yang berkaitan

    dengan hamba sahaya, hukum yang berkaitan dengan

    masalah pemerintahan secara khalifah, hukum yang

    berkaitan dangan adanya dua jenis mata wang mengikut

    istilah syara iaitu emas dan perak dan banyak lagi contoh-

    contoh lain.

    6. Untuk sampai kepada pelaksanaan hukum syara dan

    hukum yang dikehendaki oleh Allah SWT dan sampai

    kepada mencapai ketaatan kepada Allah dan RasulNya

    adalah wajib bagi kita melihat kepada kenyataan yang ada.

    Terdapat di dalam kitab Syaabil Iman tentang nasihat

    keluarga Nabi Daud a.s. yang diriwayatkan Wahab bin

    Munabbih berkata:

    3x# :& R8MF R1 AQ %&9 , .,O0 %& e]3 9," eM("3

    Wajib ke atas orang yang berakal mengetahui keadaan

    zaman dia berada, menahan lidahnya dari berkata-kata

    perkara yang tidak berfaedah, dan berfikir apabila

    melakukan sesuatu pekerjaan.35

    Daripada huraian ini, para ulama fekah menjelaskan bahawa hukum-hukum itu berubah dengan perubahan zaman, jika sekiranya ia dibina berdasarkan kepada adat (uruf).36 Mazhab Hanafi mengharuskan dalam masalah 35

    Riwayat Al-Baihaqi dalam kitab As-Syaab, 4/165. 36

    Mengikut seksuen 90, dari majalah Al-Ahkam Al-Adliyah.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 55 ____________________________________________________________________________________________

    muamalat, akad yang rosak yang berlaku di negara yang bukan Islam, maka hukum berubah mengikut perubahan tempat. Mengikut kaedah fekah: Darurat itu mengharuskan perkara yang dilarang. Ini diambil daripada firman Allah:

    ys $# u3 x 8$ t/ u 7$ t Is zO) n=t 4 ) !$# . x m . Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat)

    sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui

    batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah

    ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi

    Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 173)

    Kaedah fekah ini menjadikan sesuatu itu berubah

    dengan perubahan keadaan, demikian juga berubahnya

    sesuatu hukum dengan perubahan individu. Umpamanya

    hukum seseorang individu yang normal yang boleh berfikir

    berbeza dengan individu yang tidak boleh berfikir. Keadaan

    yang empat ini iaitu masa, tempat, individu dan keadaan,

    adalah yang diterangkan oleh Al-Qarafi sebagai keadaan

    yang membawa perubahan yang wajib diambilkira ketika

    hendak melaksanakan hukum di dalam kenyataan yang

    sebenar.

    Sebagaimana maklum bahawa zaman kita ini tidak

    semestinya hari semalam hidup serupa pada hari ini dan

    yang ada pada hari ini hidup serupa pada esok hari. Ini

    disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:

    a. Peralatan komunikasi, pengangkutan, peralatan

    modern dan ciptaan terkini telah menjadikan manusia

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 56 ____________________________________________________________________________________________

    hidup seolah-olahnya seperti dalam satu kampung

    sahaja.

    b. Bertambahnya bilangan manusia dengan tambahan

    yang berterusan tidak akan berkurangan selama-

    lamanya semenjak tahun 1830 hingga kini.

    c. Jumlah ilmu yang tumbuh untuk mengetahui keadaan

    diri manusia itu sendiri atau sebahagian daripada

    masyarakat manusia atau berada di tengah-tengah

    suasana tersebut sebagaimana yang telah

    disebutkan.

    d. Ciri-ciri zaman ini dan seumpamanya telah banyak

    berubah dari segi pemahaman, seperti pengertian

    akad, jaminan, penerimaan, hukuman, manfaat,

    siasah syariyah, maka kita mesti memahami semua

    ini supaya kita tidak terlepas daripada tujuan syariat

    yang mulia.

    7. Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah kita melihat

    pengalaman negara-negara Islam masa kini dalam

    melaksanakan hukum hudud:

    a. Kita dapati Negara Saudi telah melaksanakan hukum

    hudud melalui hukum syara secara langsung tanpa

    mempunyai rang undang-undang dalam bentuk

    kanun keseksaan undang-undang jenayah.

    Pelaksanaan undang-undang di Saudi mengenai

    hudud ini berterusan. Tidak terdapat suara atau

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 57 ____________________________________________________________________________________________

    laungan yang mendorong untuk membatalkan,

    memberhentikan dan menggantungkannya. Sekalipun

    di sana terdapat suara-suara dari penentang sistem

    politik yang menyeru supaya memberhentikan

    tindakan yang dilakukan dan menyifatkan peraturan

    tersebut tidak adil kerana melanggar hak asasi

    manusia.

    b. Keadaan Pakistan, Sudan, salah sebuah negeri di

    Nigeria dan salah sebuah negeri di Malaysia dan Iran

    yang menetapkan pelaksanaan hukum hudud

    syariyah. Hukum ini telah dihentikan pelaksanaannya

    di Pakistan dan digantung pelaksanaannya selepas

    pemerintahan An-Numairi di Sudan, di Iran dan

    Malaysia dan dilaksanakan di wilayah Nigeria dalam

    bentuk yang tidak sempurna. Kebanyakan negara-

    negara tersebut mengamalkan sistem tazir sebagai

    ganti daripada pelaksanaan hukum hudud, kecuali

    jenayah yang menyebabkan hukuman mati.

    c. Baki negara Islam yang bilangannya sebanyak 56

    buah negara daripada 196 buah negara di seluruh

    dunia langsung mendiamkan diri tentang undang-

    undang hudud. Oleh itu, pandangan untuk persoalan

    ini ialah bahawa zaman ini merupakan zaman

    syubhat yang menyeluruh. Nabi SAW bersabda:

    YC+a=# r y)r

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 58 ____________________________________________________________________________________________

    Elakkanlah hudud bila berlaku syubhat.37

    Sebagaimana yang dikira sah saksi dari segi syara

    dalam mensabitkan jenayah yang dikenakan hukuman

    hudud sesungguhnya telah tiada sejak dulu lagi. Dalam

    hubungan ini At-Tanukhi dalam kitabnya Misywar al-

    Muhadharah telah berkata: Pada masa dahulu, seorang

    hakim apabila dia masuk ke sesuatu tempat atau kampung

    dia akan dapati di sana terdapat 40 orang saksi dari

    kalangan mereka yang diakui menjadi saksi, kerana keadilan

    dan ketepatan mereka. Namum sekarang pada zamannya

    apabila seorang hakim itui masuk ke tempat tidak

    didapatinya melainkan hanya seorang atau dua orang saksi

    sahaja. Ini bermakna, pada zaman kita ini secara umum

    boleh disifatkan juga sebagai ketiadaan saksi yang cukup.

    Pemeriksaan untuk sampai kepada hakikat sebenar

    yang membawa kepada pelaksanaan hukum hudud

    bukanlah dari metodologi hukum syariah. Contohnya, Maiz

    datang sendiri menemui Nabi SAW mengakui apa yang

    dilakukan, maka Nabi memalingkan muka baginda kerana

    mengingkari dakwaannya itu sebanyak empat kali.

    Kemudian baginda merujuk kepada keluarganya kerana

    berkemungkinan mereka menyaksikan yang Maiz ini kurang

    akalnya atau gila, kemudian baginda mencarikan untuk Maiz

    jalan keluar dari hukuman ini. Apabila dia kembali menarik

    balik pengakuan semasa dijalankan hudud, Rasulullah SAW

    37

    Riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, 2/850; Ibnu Abi Syaibah dalam Musannifnya, 5/511; dan al-baihaqi dalam al-Kubra, 3/103.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 59 ____________________________________________________________________________________________

    bersabda kepada Umar r.a (d8KH!@ B) Hendaklah engkau lepaskan dia. Berdasarkan peristiwa ini, maka para ulama

    menghukumkan harus menarik balik pengakuan selagi ia

    berkaitan dengan hak Allah SWT dan bukan berkaitan

    dengan hak manusia. Ini sebagaimana Nabi SAW tidak

    menanyakannya tentang pihak kedua yang melakukan

    jenayah iaitu pihak wanita, dan tidak dilakukan soal-siasat

    terhadapnya untuk melengkap-kan siasatan. Telah

    diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Abi Darda dan Abi

    Hurairah bahawa seorang pencuri telah dibawa datang

    kepada mereka lalu mereka bertanya kepadanya: Adakah

    engkau mencuri? Katakan: Tidak.38

    Dalil-dalil mengenai hudud sebagaimana yang

    disebutkan itu pada asasnya menjelaskan bahawa dosa

    yang dilakukan itu adalah dosa besar sehingga

    menyebabkan perlu dikenakan hukuman hudud. Ia juga

    menjadi pengajaran kepada orang lain daripada melakukan

    jenayah tersebut sebagaimana firman Allah SWT:

    y7 9s hs !$# / y$ t7 4 $ t7t ) ?$$ s Dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-

    hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-

    hambaKu!" (Az-Zumar: 16)

    38

    Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Musannifnya, 5/519-520; dan Abdul Razak dalam Musannifnya, 10/224.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 60 ____________________________________________________________________________________________

    Hukuman hudud dapat disempurnakan dalam

    keadaan ini dengan kepekaan masyarakat yang menyeluruh

    yang lahir dari ilmu pengetahuan yang tepat tentang

    beratnya dosa yang dilakukan itu dan memulaukan mereka

    yang menghebahkan atau bermegah dengan pelakuan

    tersebut. Sebagaimana syara membukakan pintu taubat

    dan menyuruh supaya menutupi atau merahsiakan

    perbuatan tersebut seperti yang dijelaskan dengan

    banyaknya di dalam al-Quran dan hadis. Dengan penjelasan

    yang ringkas ini, kami telah dapat menjelaskan asas dan

    kaedah syara serta kenyataan sebenar mengenai masalah

    pelaksanaan syariat dan tempat terletaknya hukum hudud di

    dalam syariah Islam. Wallahu alam.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 61 ____________________________________________________________________________________________

    Jawab

    Isu Pembunuhan orang yang

    murtad telah digambarkan oleh

    pemikiran Barat sebagai

    masalah yang besar. Mereka

    mendakwa bahawa Islam

    memaksa manusia sehingga

    mereka menganut agama

    Islam, dan mereka lupa tentang undang-undang Islam dalam

    persoalan kebebasan berakidah yang digambarkan oleh

    Allah dalam firmanNya:

    I o# t .) e$!$# ( s% t t6 ? 9 $# z c x9 $# Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana

    sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan

    (kufur). (Al-Baqarah: 256)

    Kita boleh lihat persoalan Pembunuhan Orang Yang

    Murtad ini dari dua sudut:

    Soalan 17

    Setengah orang

    mendakwa Islam

    telah menghapus-

    kan kebebasan

    berakidah kerana

    ia mengharuskan

    membunuh orang

    yang murtad,

    apakah hakikat

    sebenarnya?

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 62 ____________________________________________________________________________________________

    Pertama: Dalil-dalil syara yang jenis teori yang

    mengharuskan darah muslim yang meninggalkan agamanya

    dan meninggalkan jemaah Islam.39

    Kedua: Pelaksanaan syariat dan kaedah berurusan

    dengan persoalan murtad pada zaman Nabi SAW dan juga

    pada zaman khalifah ar-rasyidin.

    Adapun pada zaman Nabi SAW, Nabi tidak pernah

    membunuh Abdullah bin Ubai dan baginda bersabda yang

    bermaksud: Semoga apabila kita kembali ke Madinah orang

    yang mulia dari kalangan mereka akan mengeluarkan orang

    yang hina.40 Baginda juga tidak membunuh Dzal

    Khuwaishirah al-Tamimi dan baginda mengatakan

    kepadanya yang bermaksud: Berlakulah adil sesungguhnya

    engkau tidak berlaku adil.41 Baginda tidak membunuh

    mereka yang mengatakan kepadanya: Mereka mengatakan

    bahawa engkau menegah daripada melakukan kesesatan

    sedangkan engkau melakukannya.42 Baginda tidak

    membunuh mereka yang mengatakan kepadanya:

    Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah aku

    mengharapkan keredhaan Allah.43 Baginda juga tidak

    membunuh mereka yang mengatakan kepadanya ketika

    baginda memberikan pelung kepada Zubair terlebih dahulu

    untuk menyirami pokok kurmanya ini, kerana beliau adalah

    39

    Riwayat Muslim dalam Sohihnya, 3/1302. 40

    Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 6/2636; dan Muslim dalam Sohihnya, 2/1006. 41

    Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 3/1296; dan Muslim dalam Sohihnya, 4/2140. 42

    Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 5/2. 43

    Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 3/1249; dan Muslim dalam Sohihnya, 2/739.

  • P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 63 ____________________________________________________________________________________________

    anak emak saudaramu.44 Dan lain-lain lagi perkataan

    mereka yang menyebabkan Nabi merasa teraniaya dan

    begitu rendah sekali kedudukannya, iaitu lafaz ini boleh

    dianggap murtad bagi mereka yang mengatakannya.

    Mereka menuduh Nabi SAW dengan ungkapan tersebut

    seolah-olah baginda berbohong dengan amanah dan

    keadilan yang dilakukannya.

    Meninggalkan membunuh mereka yang telah

    disebutkan itu dan lain-lain lagi daripada mereka adalah

    kerana kepentingan yang begitu besar semasa hidup

    baginda dan berterusan sehingga selepas wafat baginda,

    menyebabkan orang menyukai Islam dan mereka tidak lari

    daripada Islam. Jika sekiranya disampaikan bahawa baginda

    akan membunuh para sahabatnya yang berkata begitu,

    nescaya mereka semua akan lari dari Islam. Dalam

    hubungan ini baginda telah memberitahu kepada Saiyidina

    Umar apabila beliau menyuruh baginda supaya membunuh

    Abdullah bin Ubai yang bermaksud: Jangan!