kit kombat murabbi - k2m - bah 1 - complete - beta

17

Upload: a38482

Post on 15-Jun-2015

334 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Diterbit oleh: KONSIS NetworkKit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007NOTA PENTING: • K2M ini adalah tools atau alat sokongan kepada sistem tarbiyah yang sedia ada yang khusus kepada perkembangan da’wah tullab 1 • K2M ini adalah ekslusif untuk para murabbi 2 tarbiyah sahaja BUKAN untuk edaran umum • Murabbi perlu mengikuti Siri Daurah I’dad Murabbi 3 sebelum mengguna K2M ini Objektif: 1. Memperhalusi ciri munazhom fi shu’unihi (teratur dalam urusannya) kepada murabbi yang membaw

TRANSCRIPT

Page 1: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

������������������������

Page 2: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

NOTA PENTING: • K2M ini adalah tools atau alat sokongan kepada sistem tarbiyah yang sedia ada yang khusus

kepada perkembangan da’wah tullab 1

• K2M ini adalah ekslusif untuk para murabbi tarbiyah sahaja BUKAN untuk edaran umum 2

• Murabbi perlu mengikuti Siri Daurah I’dad Murabbi sebelum mengguna K2M ini 3

Objektif:

1. Memperhalusi ciri munazhom fi shu’unihi (teratur dalam urusannya) kepada murabbi yang membawa halaqah 4

2. Mengenalpasti muwasofat5 yang perlu di sasarkan kepada binaan da’wah melalui halaqah atau wasilah da’wah yang sesuai

3. Memberi kefahaman berkenaan sistem dokumentasi perjalanan halaqah 4. Memberikan cadangan bahan tarbiyah alternatif, wasilah dan rujukannya di samping

penggunaan silibus tarbiyah yang sedia ada 5. Memperkenalkan sistem evaluasi untuk proses pemeringkatan tahap tarbiyah

Selepas memahami K2M ini: 1. Murabbi menggunakan sistem dokumentasi yang tersusun dalam mengurus da’wahnya 2. Murabbi lebih jelas berkenaan sasaran yang perlu dicapai oleh mad’unya 6

3. Aktiviti halaqah berjalan dengan lancar menggunakan bahan-bahan tarbiyah yang sesuai 4. Perkembangan da’wah lebih pesat berikutan proses tajnid berjalan dengan baik 7

5. Murabbi mempunyai buku laporan halaqah untuk setiap halaqah yang dibawa yang mengandungi K2M ini

Pendahuluan

”Inna al-Akh as-Sodiq laa budda an-yakuuna murabbiyan” Setiap al-Akh yang benar, mesti menjadi seorang murabbi

(Ungkapan Ustaz Dr. Abdullah Qadiri al-Ahdal) Berdasarkan kata-kata yang masyhur di atas, seorang al-akh di dalam tarbiyah ini mestilah menjadi seorang murabbi. Maka, maksud di sebalik kata-kata di atas, adalah: seorang al-akh tidak boleh sekali-kali menganggur dari menjadi seorang murabbi. Marilah kita sama-sama beristighfar kepada Allah s.w.t atas kealpaan kita selama ini yang telah sekian lama bergelar al-akh akan tetapi jauh dari mempunyai ciri-ciri seorang murabbi. Ikhwah dan akhawat sekalian bagi memudahkan pengurusan da’wah kita, dengan ini diperkenalkan “Kit Kombat Murabbi”. Terbahagi kepada 2 bahagian yang mengandungi 6 perkara berikut:

Bahagian 1:

1. Borang Biodata Ringkas Ahli Halaqah 2. Senarai Muwasofat Tarbiyah 3. Borang Laporan Halaqah Mingguan 4. Borang Laporan Halaqah Bulanan

Bahagian 2: 1. Senarai Bahan Tarbiyah, Wasilah dan Rujukannya 2. Borang Evaluasi Mad’u (Taqyim) 3. Borang Laporan Evaluasi (Laporan Taqyim)

1 Tullab = Pelajar 2 Murabbi adalah gelaran umum bagi seseorang yang mengendalikan halaqah atau usrah. Gelaran-gelaran lain juga seperti Mas’ul atau Naqib. Penerangan lanjut sila tajuk ”Profil Murabbi” daripada Siri Daurah I’dad Murabbi 3 Pakej Daurah I’dad Murabbi ini mengandungi tajuk-tajuk berkaitan sistem pentarbiyahan dan pengendaliannya secara praktikal yang perlu difahami oleh seorang murabbi atau murabbiyah 4 Halaqah = liqa’, jilsah, circle. Disebut ”usrah” dalam peringkat tarbiyah tertentu 5 Muwasofat = Ciri-ciri, merujuk kepada 10 Ciri Peribadi Muslim 6 Mad’u = Mutarabbi, juga bermaksud ’anak usrah’, ’ahli usrah’ yang sedang dibawa oleh seseorang murabbi – Sila rujuk tajuk ”Profil Halaqah” dan ”Profil Murabbi” daripada Siri Daurah I’dad Murabbi 7 Tajnid = recruitment, peningkatan dari satu peringkat tarbiyah ke peringkat tarbiyah yang seterusnya

1 dari 10

Page 3: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

1. Borang Biodata Ringkas Ahli Halaqah

Rajah 1: Borang Biodata Ringkas Ahli Halaqah

• Borang ini adalah mukasurat pertama di dalam buku laporan halaqah • Tujuan: Murabbi tahu siapa dan berapa ramai mad’u yang sedang ditarbiyahnya • Penerangan:

o Catatkan biodata ringkas berkenaan ahli halaqah yang dibawa dengan mengisi setiap kolum yang disediakan

o Pastikan nama ahli halaqah yang tercatat di dalam borang ini adalah mad’u yang sedang ditarbiyah di dalam halaqah tersebut

o Kolum ”peringkat” hendaklah diisikan oleh murabbi 8

o Data untuk 10 orang ahli sahaja yang boleh dicatat di dalam sehelai borang ini, buatlah salinan tambahan jika bilangan mad’u melebihi 10 orang

8 Peringkat = Mustawa tarbiyah. Contohnya: Tamhidi (01), Muayyid (02)

2 dari 10

Page 4: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

2. Senarai Muwasofat Tarbiyah

Rajah 2: Contoh Senarai Muwasofat Tarbiyah untuk mustawa Tamhidi (01)

• Senarai muwasofat ini adalah mukasurat kedua selepas biodata ringkas di atas • Tujuan:

o Murabbi tahu apakah mustawa tarbiyah halaqah yang sedang dibawanya o Murabbi mengetahui sasaran yang hendak dicapai untuk halaqah yang sedang

dikendalikan o Murabbi mempunyai sasaran yang bersifat objektif dalam mengendalikan setiap

halaqah mingguan begitu juga wasilah tarbiyah yang lain • Penerangan:

o Setiap kali merancang halaqah atau wasilah tarbiyah yang lain, para murabbi sentiasa merujuk kepada sasaran yang hendak dicapai melalui senarai muwasofat yang sesuai dengan peringkat tarbiyah mad’u yang sedang dibina

o Daripada sasaran-sasaran ini, murabbi perlu memilih tema atau tajuk yang sesuai yang hendak dibentangkan kepada mad’u di dalam halaqah ataupun di dalam wasilah-wasilah tarbiyah yang lain

3 dari 10

Page 5: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

3. Borang Laporan Halaqah Mingguan

Rajah 3: Borang Laporan Halaqah Mingguan

• Borang halaqah mingguan ini bermula pada mukasurat ketiga di dalam Buku Laporan Halaqah

• Murabbi hendaklah membuat salinan borang ini sebanyak 30 helai dan dikepilkan9 10 bersama Borang Biodata Ringkas Ahli Halaqah dan Senarai Muwasofat Tarbiyah yang menjadikannya sebuah Buku Laporan Halaqah 11

• Disarankan supaya para murabbi menyediakan satu Buku Laporan Halaqah bagi setiap halaqah yang dikendalikannya

• Tujuan: o Murabbi dapat merekod perjalanan halaqah mingguan o Murabbi dapat mengevaluasi dan membuat tindakan susulan terhadap

permasalahan ahli halaqahnya o Memandu perjalanan halaqah supaya lebih tersusun o Melatih mad’u untuk mengendalikan perjalanan halaqah disamping murabbi sebagai

penanggungjawab (mas’ul) halaqah berkenaan • Penerangan:

o Lantik seorang pengacara majlis (mc) secara bergilir-gilir terdiri daripada ahli halaqah tersebut: Berfungsi sebagai setiausaha halaqah pada minggu tersebut, mencatat perjalanan

halaqah ke dalam borang

9 Bilangan helai mengikut keperluan murabbi 10 Sebaik-baiknya dikepil secara comb binding 11 Buku Laporan Halaqah mengandungi 3 dokumen utama: Biodata Ringkas Ahli Halaqah, Senarai Muwasofat dan Borang Laporan Halaqah Mingguan

4 dari 10

Page 6: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

Menjaga masa. Minima masa yang diperuntukkan untuk perjalanan sebuah halaqah adalah selama 2 jam. Maka mc perlu berperanan dalam menghadkan masa setiap agenda halaqah

Memberi teguran kepada petugas-petugas yang berbicara secara meleret-leret atau tidak penting tetapi mc perlu menjaga ruh ukhuwwah dan juga akhlaq

o Kehadiran: Initial atau ringkasan nama mad’u di tentukan pada awal halaqah dan dijadikan

standard untuk mengenali mad’u terbabit. Contoh: Muhammad Abdullah bin Abdullah (Initialnya: MAA)

Catat masa kehadirannya dalam halaqah Jika ahli hadir lewat, catatkan alasannya secara ringkas

o Baramij Halaqah: 12

1. Pembukaan – Catat masa BERMULA halaqah. Murabbi perlu memastikan kualiti muwasofat Haarisun ’Ala Waqtihi (menjaga masa) kepada mad’u. Agar masa yang telah disepakati untuk memulakan halaqah benar-benar ditepati bersama

2. Al-Quran

• Murabbi boleh mempelbagaikan baramij al-Quran ini, antaranya dengan cara: Tilawah – Membaca ayat atau surah tertentu secara bergilir-

gilir atau melantik seorang qari untuk membacaknnya Tadabbur – Membaca ayat atau surah tertentu seterusnya

memberikan tugasan kepada mad’u untuk mentadabburkannya

Tafsir – Memberikan tugasan kepada mad’u untuk menyediakan satu pembentangan tafsir ayat atau surah terpilih

Hafazan – Murabbi memilih surah-surah atau ayat-ayat hafazan dan ditasmi’ ketika baramij ini

• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada mad’unya:

o Mutsaqqaful Fikri (Luas Pengetahuan) o Shahihul Ibadah (Ibadah yang Betul) o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)

3. Akhbar Alam Islami

• Memberikan tugasan kepada mad’u untuk membentangkan berita terkini dan berita-berita berkenaan hal-ehwal Islam sedunia dan di dalam negara. Seterusnya murabbi memberi komentar ringkas

• Pastikan petugas menyediakan ringkasan berita dan bukannya membaca keseluruhan berita dari akhbar atau laman web.

• Biasakan petugas untuk menyediakan lampiran ringkasan berita tersebut untuk dikongsikan dengan ahli halaqah yang lain

• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada mad’unya:

o Mutsaqqaful Fikri (Luas Pengetahuan) o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)

4. Tazkirah/Hadith • Dibentang oleh ahli halaqah

12 Baramij = Agenda atau aturcara. Baramij Halaqah = Agenda Halaqah

5 dari 10

Page 7: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

• Boleh lakukan kedua-duanya atau dipilih salah satu samada tazkirah atau hadith bergantung kepada masa yang diperuntukkan untuk halaqah

• Pastikan pembentangan yang dilakukan oleh mad’u mengandungi ayat-ayat Quran atau hadith sebagai sokongan

• Murabbi sebaik-baik mencadangkan tema atau tajuk yang hendak disampaikan agar ia menepati kehendak silibus tarbiyah

• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada mad’unya:

o Mutsaqqaful Fikri (Luas Pengetahuan) o Matiinul Khuluq (Akhlaq yang Mantap) o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)

5. Kajian Utama – Pembentangan oleh murabbi • Baramij ini adalah TEMA halaqah pada minggu tersebut • Berpandukan silibus tarbiyah dan juga muwasofat yang hendak

disentuh oleh murabbi kepada mutarabbinya • Pastikan pembentangan tersebut menarik, efektif dan tidak

melebihi 45 minit13. Jika tema yang dibentangkan tersebut panjang maka boleh dibahagikan kepada dua pertemuan halaqah atau lebih

• Murabbi perlu kreatif dalam mengendalikan baramij ini agar objektif penyampaiannya tercapai. Murabbi boleh sahaja memanggil muwajih14 jemputan untuk menyampaikan agenda ini. Ini kerana seorang murabbi memang terbatas kepakarannya dalam menyampaikan tema tertentu dan untuk mengelakkan kebosanan ahli halaqahnya

• Murabbi perlu memastikan ahli-ahli halaqahnya mempunyai buku catatan halaqah. Murabbi hendaklah sekali-sekala mengumpulkan dan melihat catatan mereka

6. Infaq – Terbahagi kepada infaq halaqah dan infaq Palestin:

• Infaq Halaqah – Tenetapkan jumlah yang perlu diinfaq setiap minggu untuk tabung halaqah dengan kesepakatan ahli. Ia digunakan untuk melakukan aktiviti halaqah

• Infaq Palestin – RM5.00 sebulan bagi setiap mad’u 15

• Lantik seorang bendahari tetap daripada ahli halaqah untuk mengendalikan pengurusan tabung halaqah

7. Mutaba’ah Ibadah – Memastikan prestasi ibadah mad’u terjaga

sepanjang minggu dan mencapai sasaran muwasofat Shahihul Ibaadah (Ibadah yang Betul). Langkah-langkahnya seperti berikut:

• Murabbi menetapkan sasaran dan kekerapan ibadah yang hendak dicapai dengan kesepakatan ahli halaqahnya

• Sasaran-sasaran tersebut ditulis pada kolum ”Sasaran” di dalam jadual yang disediakan

• Mad’u perlu memenuhi semua sasaran yang telah ditetapkan pada minggu berikutnya. Mc akan mencatat samada ”/” (tercapai) atau ”O” (gagal dicapai) pada kolum initial mad’u tersebut

• Jumlahkan tanda ”/”. Dapatkan peratusannya daripada jumlah ibadah didarab dengan jumlah mad’u dalam halaqah tersebut.

13 Sila rujuk tajuk “Pembentangan Efektif” daripada Siri Daurah I’dad Murabbi untuk keterangan lanjut 14 Muwajih = Pembentang, penceramah 15 Infaq bulanan Palestin adalah bersamaan dengan 1 Euro ~ RM5.00

6 dari 10

Page 8: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

Tulis peratus yang dicapai pada bahagian yang disediakan. Sebagai contoh penandaan, sila lihat Rajah 3.1 dibawah

• Jika terdapat ibadah yang majoriti ahli halaqah gagal mencapai sasarannya, maka ibadah tersebut menjadi ’wajib’ ditunaikan dan menepati sasaran pada minggu hadapan. Ahli yang gagal menepati sasaran hendaklah dikenakan ’iqab16. Merujuk kepada contoh dalam Rajah 3.1 di bawah, Ma’thurat menjadi ibadah yang ’wajib’ tercapai pada minggu hadapan

Kepentingan:

• Mutaba’ah ibadah dapat mewujudkan suasana ruhi dan saling bersaing di antara ahli halaqah untuk mempertingkatkan prestasi iman dan ibadah masing-masing

• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada mad’unya:

o Shahihul Ibadah (Ibadah yang Betul) o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah) o Munazhzhom Fi Syuunihi (berdisiplin/tersusun

kehidupannya) Murabbi perlu menerangkan bahawa catatan pada borang mutaba’ah tersebut tidak menjanjikan ia (ibadah tersebut) diterima Allah jika tidak disertakan dengan keikhlasan. Ibadah-ibadah yang dilakukan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk siapakah yang lebih baik. Mutaba’ah ibadah adalah sekadar ’ukuran manusiawi’ yang mana ukuran sebenar adalah hanya daripada Allah s.w.t sahaja

Mutaba’ah Ibadah Peratus tercapai : 25/40 = 62.5%

Rajah 3.1: Contoh

bagaimana mengisi borang

Mutaba’ah Ibadah

Rajah 3.2: Contoh bagaimana mengisi borang Laporan Da’wah

Ibadah Sasaran wmwi maa mrom aai amz Tilawah 1Juz/mggu / / / / 0 Qiam 1/mggu / / / / / Hafazan Al-Mulk 0 0 / / 0 Rawatib 6 rakaat / / 0 0 0 Saum 1/mggu / / / / / Dhuha 7/mggu 0 0 / 0 / Bacaan Riadhah 2j/mggu / / 0 / / Ma’thurat 1/hari 0 0 0 / 0

8. Laporan Da’wah – Ahli halaqah melaporkan aktiviti da’wah masing

samada aktiviti tersebut berupa da’wah fardiyah, halaqah atau apa-apa aktiviti da’wah lain kepada mad’unya. Mc yang merangkap setiausaha halaqah minggu berkenaan bertugas mencatat semua laporan tersebut. Murabbi pula sebagai moderator sesi laporan tersebut. Sila rujuk Rajah 3.2 di bawah:

Laporan Da’wah

Ahli Halaqah Initial Mustawa Jumlah

Program / Hlqh / Tajuk / Catatan / Musykilah Hadir

MAA

01 12 10 Halaqah, tajuk: Tidak takabbur. 2 ahli ada test.

Daurah Quran hari Sabtu

AAI

01 8 8 Ziarah kubur. Tajuk: Zikrulmaut. Alhamdulillah

semua ahli hlqh terkesan :)

AMZ

02 9 8 Ziarah tokoh da’wah, iftar jama’ie. Ahmad sakit jd x leh datang

16 ‘Iqab = denda. Denda boleh berupa bayaran sejumlah wang, misalnya RM1.00 untuk setiap sasaran yang gagal dicapai. Denda juga boleh dilaksanakan kepada ahli halaqah yang lewat hadir ke halaqah tanpa uzur syar’ie. Sistem ’iqab ini sedikit sebanyak mampu melatih ahli halaqah lebih berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses tarbiyah

7 dari 10

Page 9: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

• Initial – Singkatan nama ahli halaqah seperti pada bahagian

”Kehadiran” diatas • Mustawa – Peringkat tarbiyah yang dibawa oleh ahli halaqah

tersebut. Jika Tamhidi, tuliskan ”01”, Muayyid ”02” • Ahli Halaqah (Jumlah/Hadir) – Tuliskan bilangan sebenar

mad’unya dan bilangan mad’u yang hadir dalam program/wasilah tarbiyah yang dilakukan pada minggu lepas

• Program / Halaqah / Tajuk / Catatan / Musykilah – Tuliskan catatan ringkas keterangan program da’wah yang dilakukan seperti tajuk, tempat dsb. Catatkan juga masalah-masalah mad’u mereka secara ringkas untuk perhatian murabbi. Jika meraka gagal melaksanakan, catatkan sebabnya

Kepentingan:

• Memastikan bahawa halaqah yang dipimpin oleh murabbi berkenaan adalah halaqah yang muntijah 17

• Melatih ahli halaqah untuk menjadi murabbi • Meningkatkan motivasi ahli halaqah untuk terus istiqamah dan

bersemangat untuk berda’wah pada minggu seterusnya. • Saling takaful antara ahli halaqah untuk membantu dan

memperbaiki prestasi da’wah ahli halaqah yang lain • Murabbi menunjukkan keseriusan tentang pentingnya

mengembangkan da’wah masing-masing dengan memastikan bahawa baramij ini mesti dijalankan pada setiap kali halaqah

• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada mad’unya:

o Qadirun 'Alal Kasbi (Mampu Berdikari/Mandiri) o Qawiyyul Jismi (Tubuh Badan yang Kuat) o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah) o Munazhzhom Fi Syuunihi (berdisiplin/tersusun

kehidupannya) o Nafiun Li Ghoirihi (Bermanfaat kepada yang lain)

9. Musykilah Fardi – Mencatatkan masalah-masalah atau hal-hal yang

bersifat peribadi yang boleh dikongsikan oleh ahli halaqah. Ia seperti: Masalah keluarga, akademik, kewangan, baitul muslim, penyakit dsb. Ahli halaqah yang lain diminta untuk memberikan perhatian kepada ahli yang sedang bercakap dan tidak memotong perbicaraannya. Murabbi perlu menekankan aspek adab percakapan dan mendengar. Murabbi hendaklah menjadi pendengar yang baik dan berkomunikasi dengan efektif Kepentingan:

• Baramij ini sangat penting bagi murabbi mengenali mad’unya dengan lebih mendalam

• Mengukur sejauh mana mad’u bersikap telus dalam berkongsi permasalahan peribadinya kepada murabbi

• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada mad’unya:

o Saliimul Aqidah (Aqidah yang Sejahtera) o Qadirun 'Alal Kasbi (Mampu Berdikari/Mandiri) o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)

17 Muntijah = Produktif. Halaqah yang melahirkan murabbi-murabbi baru

8 dari 10

Page 10: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

o Munazhzhom Fi Syuunihi (berdisiplin/tersusun kehidupannya)

o Nafiun Li Ghoirihi (Bermanfaat kepada yang lain)

10. Agenda dan Tugasan Minggu Hadapan – Murabbi dan ahli halaqah melantik petugas baru untuk baramij halaqah minggu hadapan, iaitu tugasan: pengacara majlis (mc), akhbar, tazkirah/hadith dsbnya

11. Evaluasi Halaqah – Evaluasi perjalanan halaqah. Semua ahli halaqah

memberi markah kepada setiap kategori: Kajian Utama, Adab Halaqah, Ukhuwwah, Fikriyah dan Ruhiyah. Markah paling rendah: 1, markah tertinggi: 5. Kirakan purata bagi setiap markah dan bulatkan pada markah yang sesuai. Sila rujuk Rajah 3.3 di bawah:

• Kajian Utama: Tajuk yang disampaikan oleh murabbi. Markah diberikan berdasarkan kefahaman, kreativiti murabbi, menarik atau membosankan, hand-out atau nota disediakan atau tidak dsb

• Adab Halaqah: Adab-adab berbincang, akhlaq, adab menyatakan pendapat, suara, menjaga masa, saling hormat menghormati dsb

• Ukhuwwah: Rasa nikmat ukhwwah antara ahli halaqah. Ini dapat dilihat daripada interaksi antara ahli dalam memecahkan permasalahan, kehadiran ke halaqah secara bersama, membawa makanan minuman, memberi hadiah, manis muka dsb

• Ruhiyah: Prestasi ibadah ahli halaqah. Ini dapat dilihat daripada peratus yang dicapai daripada mutabaah ibadah. Dalam contoh diatas peratus yang dicapai adalah 62.5% maka markahnya adalah ”3”

Evaluasi Halaqah

Rajah 3.3: Evaluasi Halaqah

Perkara Kajian Utama Adab Halaqah Ukhuwwah Fikriyah Ruhiyah Nilai 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Kepentingan: • Memperbaiki prestasi murabbi dalam menyampaikan bahan

tarbiyah • Memastikan akhlaq sentiasa terpelihara semasa halaqah sedang

berlangsung • Mengukur ikatan ukhuwwah antara ahli-ahli halaqah dan

murabbi • Mengingatkan tentang kepentingan ibadah, bersungguh-

sungguh dan cuba meningkatkannya dari masa ke semasa

12. Penutup – Mc meminta murabbi memberi ucapan penutup halaqah seterusnya melantik salah seorang ahli halaqah untuk membacakan doa Rabithah dan diaminkan bersama. Seterusnya bersalaman dan bersurai. 18

18 Doa Rabithah boleh didapati daripada buku Ma’thurat

9 dari 10

Page 11: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

4. Borang Laporan Halaqah Bulanan

Rajah 4: Borang Laporan Halaqah Bulanan

• Borang Halaqah Bulanan ini adalah helaian berasingan dari Buku Laporan Halaqah di atas • Borang ini diisi dalam bentuk ringkasan oleh murabbi setiap satu bulan halaqah berlangsung • Tujuan:

o Merekod perjalanan halaqah bulanan o Memantau perjalanan halaqah secara menyeluruh pada setiap bulan o Melaporkan perjalanan tarbiyah bulanan kepada pengurus tarbiyah setempat 19

o Bagi membolehkan pengurus tarbiyah mengevaluasi aktiviti tarbiyah para murabbi • Penerangan:

o Tarikh, Tempat dan Masa adalah sebagaimana yang tercatat di dalam Borang Laporan Halaqah Mingguan

o Kehadiran – Bilangan ahli yang hadir/jumlah ahli halaqah o Nama yang Tidak Hadir – Nama ahli yang tidak hadir pada halaqah minggu

berkenaan. Murabbi dapat mengesan siapakah ahli yang selalu tidak hadir o Tajuk Kajian Utama – Tajuk penyampaian serta ringkasan tajuk berkenaan o Muwajih Kajian Utama – Murabbi atau nama muwajih jemputan o Mutaba’ah Ibadah – Peratus prestasi ibadah yang dicapai pada minggu berkenaan o Wasilah Tarbiyah Lain dan Tajuk Penyampaian – Program-program lain yang

dilakukan oleh murabbi bersama ahli halaqahnya dan tajuk-tajuk yang telah disampaikan di dalam program-program tersebut. Contohnya: mabit, iftar jama’ie, riadah, ziarah tokoh, jaulah, rehlah dsb

o Permasalahan Utama – Masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli halaqahnya secara ringkas yang perlu diberi perhatian khusus. Catatkan juga masalah-masalah utama yang dihadapi murabbi dalam mengendalikan halaqah berkenaan

o Jumlah Infaq – Jumlah infaq pada minggu berkenaan o Hal-hal Lain – Perkara atau peristiwa khas yang perlu diberi perhatian. Contohnya:

Pertukaran murabbi, murabbi diganti oleh murabbi lain, minggu peperiksaan, cuti semester, ahli halaqah berpindah dsb

19 Pengurus tarbiyah setempat perlu mengadakan pertemuan menghimpunkan para murabbi dan seterusnya mendapatkan laporan tarbiyah dari mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali. Dengan itu semua dokumen laporan yang dihantar perlu diurus dengan baik. Pengurus tarbiyah perlu sensitif terhadap permasalahan dan isu-isu yang ditimbulkan oleh para murabbi

10 dari 10

Page 12: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

BORANG BIODATA RINGKAS AHLI HALAQAH VER1.0

1 Peringkat atau mustawa tarbiyah diisikan oleh murabbi

No.

Nama Penuh

Tarikh Lahir

No. KP

Negeri

Asal

Alamat rumah

Pendidikan

Awal

Ipt & Jurusan

Email & Hp

Peringkat1

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Page 13: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

10 MUWASOFAT – TAMHIDI (01)

1. SALIIMUL ‘AQIIDAH (Aqidah yang Sejahtera) 1.1. TIdak menjampi kecuali dgn Quran Ma'tsur 1.2. Tidak berhubung dengan jin 1.3. Tidak meminta bantuan dari orang yg blindung kpd jin 1.4. Tidak menenung nasib 1.5. Tidak mendekati tilik 1.6. Tidak mengusap kubur 1.7. Tidak meminta bantuan dari simati 1.8. Tidak bersumpah dengan selain Allah swt 1.9. Tidak mempercayai adanya sial 1.10. Mengikhlaskan amal utk Allah 1.11. Mengimani rukun iman 1.12. Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya 1.13. Mensyukuri nikmat Allah swt saat mendapatkan nikmat 1.14. Sentiasa sedar syaitan adalah musuh 1.15. Menerima dan tunduk secara penuh kepada Allah swt dan

menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah 2. SHAHIIHUL ‘IBADAH (Ibadah yang Betul)

2.1. Tidak menolak untuk adzan 2.2. Bersuci dengan sempurna 2.3. Bersemangat untuk shalat berjemaah 2.4. Sangat suka berjemaah dimasjid 2.5. Memperbaiki mutu solat 2.6. Qiyamul-lail seminggu sekali 2.7. Menunaikan zakat 2.8. Berpuasa wajib 2.9. Berpuasa sunnat sehari dalam sebulan 2.10. Niat melaksanakan haji 2.11. Komitmen dengan adab tilawah 2.12. Khusyu' dalam membaca Al-Quran 2.13. Hafal satu juz Al-Quran 2.14. Berdoa pada waktu-waktu utama 2.15. Menutup harinya dengan bertaubat dan beristighfar 2.16. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat 2.17. Menjauhi dosa besar 2.18. Sentiasa baca dzikir pagi hari 2.19. Sentiasa baca dzikir petang hari 2.20. Mengingat Allah swt dalam setiap keadaan 2.21. Memenuhi nadzar 2.22. Menyebar luaskan salam 2.23. Menahan anggota tubuh dari segala yang haram 2.24. Beritikaf pada bulan Ramadhan, jika mungkin 2.25. Menggunakan siwak 2.26. Sentiasa bersuci sedaya mungkin

3. MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap)

3.1. Tidak takabbur 3.2. Mempunyai pendirian 3.3. Tidak dusta 3.4. Tidak mencaci maki 3.5. Tidak mengadu domba 3.6. Tidak mengumpat 3.7. Tidak berdusta 3.8. Tidak mengejek 3.9. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan 3.10. Tidak menjadikan orang buruk sebagai teman/sahabat 3.11. Menyayangi yang lebih muda 3.12. Menghormati orang lebih dewasa 3.13. Memenuhi janji 3.14. Menundukkan pandangan 3.15. Menyimpan rahsia 3.16. Menutupi dosa orang lain 3.17. Memiliki ghiroh (rasa cemburu) pada keluarganya 3.18. Memiliki ghiroh (rasa cemburu) pada agamanya

4. QAADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)

4.1. Menjauhi sumber penghasilan haram 4.2. Menjauhi riba'

4.3. Menjauhi judi 4.4. Menjauhi penipuan 4.5. Membayar zakat 4.6. Membuat simpanan meskipun sedikit 4.7. Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang

diamanahkan 4.8. Memelihara harta awam 4.9. Memelihara harta peribadi

5. MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)

5.1. Mampu membaca dan menulis dengan baik 5.2. Membaca satu juz tafsir Al-quran ( Juz 30 ) 5.3. Memerhatikan hukum-hukum tilawah 5.4. Menghafalkan separoh Arba'in ( 1-20 ) 5.5. Menghafal 20 hadis dari Riyadhush- Sholihin 5.6. Mengkaji marhalah Makkiyah dan menguasai

karakeristiknya 5.7. Mengenal 10 sahabat yang dijamin masuk syurga 5.8. Mengetahui hukum Thoharoh 5.9. Mengetahu hukum Shalat 5.10. Mengetahui hukum Puasa 5.11. Membaca sesuatu yang diluar kepakarannya 4 jam

setiap minggu 5.12. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden 5.13. Menyadari adanya peperangan zionime terhadap Islam 5.14. Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang

menyeleweng 5.15. Mengetahui bahaya perancang keluarga 5.16. Mendengar dengan baik 5.17. Mampu memberikan pandangan 5.18. Bersedia menerima tugas-tugas kolektif 5.19. Tidak merima syubhat yang dilemparkan ke atas kita

6. QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)

6.1. Bersih badan 6.2. Bersih pakaian 6.3. Bersih tempat tinggal 6.4. Komitmen adab makan dan minum sesuai dgn sunnah 6.5. Tidak berjaga malam berlebihan 6.6. Komitmen dengan senaman 2 jam seminggu 6.7. Bangun sebelum fajar 6.8. Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan 6.9. Meninggalkan tabiat merokok 6.10. Menghindari tempat-tempat kotor 6.11. Menghindari tempat-tempat berpenyakit

7. MUJAAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)

7.1. Menjauhi segala yang haram 7.2. Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan 7.3. Menjauhi tempat-tempat maksiat

8. MUNAZHZHOM FI SYU’UNIHI (Berdisiplin)

8.1. Penampilan yang elok 8.2. Tidak menjalin hubungan dengan pihak-pihak yang

menentang Islam 9. HARISHUN ’ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)

9.1. Bangun awal 9.2. Menggunakan masa tertentu untuk belajar

10. NAFI’UN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)

10.1. Melaksanakan hak kedua ibu-bapa 10.2. Menyertai majlis-majlis kegembiraan 10.3. Membantu orang yang memerlukan 10.4. Memberi petunjuk orang sesat 10.5. Menikahi pasangan yang sesuai

Page 14: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

10 MUWASOFAT – MU’AYYID (02)

1. SALIMUL AQIDAH (Aqidah yang Sejahtera) 1.1. Tidak mengkafirkan orang Islam 1.2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah 1.3. Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat

Allah dan tidak duduk bersama mereka 1.4. Mentauhidkan Allah pada uluhiyyah dan rububiyyah 1.5. Tidak mensyirikkan Allah pada asma’,sifat dan af’alnya 1.6. Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan

masalah asma’ dan sifat di samping berpegang dengan mazhab salaf

1.7. Tahu sempadan muwalat (sokong) & mu’adat (memusuhi) 1.8. Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh

sebagai qurbah dan qudwah 1.9. Yakin bhw penghapusan dosa hanya dgn taubat nasuha 1.10. Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa 1.11. Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam 1.12. Merasai kemanisan iman 1.13. Merasai kemanisan ubudiyyah 1.14. Merasai kewujudan malaikat Hafazah

2. SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)

2.1. Khusyuk dalam solat 2.2. Qiam 1x seminggu 2.3. Bersedekah 2.4. Puasa sunat 2x sebulan 2.5. Memelihara anggota 2.6. Mengerjakan haji jika mampu 2.7. Khusyuk ketika membaca al-Quran 2.8. Khatam al Quran 1x setiap 2 bulan 2.9. Banyak mengingati Allah & hafal mana yang mampu 2.10. Banyak berdoa dgn mengambilkira syarat & adab 2.11. Banyak bertaubat 2.12. Sentiasa memperbaharui niat & memperbetulkannya 2.13. Menyuruh yang makruf 2.14. Mencegah yang mungkar

3. MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap)

3.1. Tidak membantah 3.2. Tidak banyak mulut 3.3. Sedikit senda gurau 3.4. Tidak berbisik perkara kebatilan 3.5. Tidak berdengki 3.6. Tidak berhasad 3.7. Rasa malu melakukan kesalahan 3.8. Menyayangi jiran 3.9. Tawadhu’ tetapi bukan hina 3.10. Berani 3.11. Lembut 3.12. Menziarahi orang sakit 3.13. Iltizam dengan adab Isti’zan 3.14. Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan

4. QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)

4.1. Bekerja dan berusaha 4.2. Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan 4.3. Utamakan pengkhususan yang penting dan utama 4.4. Berusaha untuk membuat pengkhususan 4.5. Sederhana dalam berbelanja 4.6. Utamakan produk syarikat-syarikat Islam 4.7. Duitnya tidak pergi kepada orang bukan Islam 4.8. Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan

5. MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)

5.1. Hafal serta membaca secara bertajwid dua juzuk al-Quran 5.2. Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al-Quran 5.3. Menghubungkan antara al-Quran dan realiti semasa 5.4. Menghafal 40 hadith dari Matan Arba’ien 5.5. Menghafal 50 hadith dari Riyadhus Solihin 5.6. Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya

5.7. Mengenal 20 orang syuhada’ dari kalangan sahabat 5.8. Tahu hukum- hukum mengenai zakat 5.9. Tahu fiqh mengenai haji 5.10. Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang

pengkhususan 5.11. Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam 5.12. Mengetahui isu-isu umat Islam dalam dan luar negara 5.13. Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam 5.14. Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan

Muslimin 6. QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)

6.1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum 6.2. Membasuh peralatan makan dan minum 6.3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman

yang sihat 6.4. Mengatur jadual makan 6.5. Mampu menyediakan makanan (masak) 6.6. Kurangkan pengambilan lemak 6.7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam 6.8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula 6.9. Memilih syarikat pengeluar makanan 6.10. Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga 6.11. Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar 6.12. Bersenam 10-15 minit sehari 6.13. Berjalan kaki 2-3 jam sebulan 6.14. Merawat diri jika sakit

7. MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)

7.1. Lawan dorongan nafsu 7.2. Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus 7.3. Sentiasa niat berjihad 7.4. Sentiasa bersama pendokong kebaikan 7.5. Makan apa sahaja yang disaji dengan redha 7.6. Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam 7.7. Sabar di atas bala 7.8. Perbuatannya menyamai perkataannya 7.9. Bersedia menanggung bebanan dakwah

8. MUNAZHZHOM FI SYUUNIHI (Berdisiplin)

8.1. Sembahyang menyusun waktunya 8.2. Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya 8.3. Menyusun idea-ideanya 8.4. Menjaga waktu kerja 8.5. Memaklumkan gurunya segala masalah yang berlaku

9. HARISHUN ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)

9.1. Memelihara adab Islam ketika berziarah dan ringkas ketika menunaikan keperluannya

9.2. Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus

9.3. Mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat 10. NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)

10.1. Iltizam dengan adab Islam di rumah 10.2. Menunaikan tanggungjawab suami 10.3. Membantu isteri 10.4. Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak 10.5. Memberi hadiah kepada jiran 10.6. Memberi khidmat umum kerana Allah 10.7. Memberi apa yang dimiliki 10.8. Sentiasa bercampur dengan orang ramai 10.9. Menggalakkan kebaikan 10.10. Membantu mereka yang memerlukan 10.11. Menolong orang dalam kesusahan 10.12. Menenangkan orang yang ditimpa bencana 10.13. Menolong orang yang dizalimi 10.14. Cuba memenuhi keperluan orang lain

Page 15: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

LAPORAN HALAQAH MINGGUAN ver3.0

1

Sem: ____ Sesi: ______ /______ Tarikh: ____ /____ / 200__ Tempat : ___________

Kehadiran

Initial

Masa

1. Baramij Halaqah

Masa No Baramij PIC

Mula Tamat Catatan Ringkas

1 Pembukaan mc Masa:

2 Al-Quran (Tilawah/Tadabbur/Tasmi’ Hafazan)

3 Akhbar Alam Islami

4 Tazkirah/Hadith

5 Kajian Utama

6 Infaq Halaqah

Kutipan Minggu Ini: RM Jumlah : RM Palestin

Kutipan Minggu Ini: RM Jumlah : RM

7 Mutaba’ah Ibadah mc Lihat jadual dibawah

8 Laporan Da’wah Catatan di belakang

9 Musykilah Fardi Catatan di belakang

10 Agenda & Tugasan Minggu Hadapan

mc Catatan di belakang

11 Evaluasi Halaqah mc Catatan di belakang

12 Penutup mc Masa:

Mutaba’ah Ibadah Peratus tercapai : _______%

Ibadah Sasaran

Tilawah

Qiam

Hafazan

Rawatib

Saum

Dhuha

Bacaan

Riadhah

Ma’thurat

Page 16: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

LAPORAN HALAQAH MINGGUAN ver3.0

2

Laporan Da’wah

Ahli Halaqah Initial Mustawa

Jumlah Hadir Program / Hlqh / Tajuk / Catatan / Musykilah

Musykilah Fardi

Initial Musykilah Tindakan

Evaluasi Halaqah

Perkara Kajian Utama Adab Halaqah Ukhuwwah Fikriyah Ruhiyah

Nilai 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Agenda dan Tugasan Minggu Hadapan

Tarikh:

Tempat: MC:

Al-Quran:

Akhbar Islami: Tazkirah/Hadith:

Lain-lain:

Page 17: Kit Kombat Murabbi - K2M - Bah 1 - Complete - Beta

LAPORAN BULANAN PERJALANAN HALAQAH ver2

PERKARA MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5

Tarikh

Tempat

Masa

(Mula-Selesai)

Kehadiran

(Hadir/Jum.Ahli)

Nama ahli yang tidak hadir

Tajuk kajian utama

Muwajih kajian utama

Mutaba'ah ibadah (% pencapaian)

Wasilah tarbiyah lain & tajuk penyampaian

Permasalahan utama

Jumlah infaq

Lain-lain hal