t4-nilai moral dalam agama [bah. 2]

37
TOPIK 4 (1) NILAI MORAL DALAM AGAMA 1

Upload: chittran313

Post on 06-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MORAL

TRANSCRIPT

TOPIK 4 (1)NILAI MORAL DALAM AGAMA

Hinduisme Agama Hindu dianggap sebagai agama yang paling tua. Evolusi pemikiran bagi penganut Hindu mengambil masa yang panjang dan ia merentasi beberapa zaman. Bagi masyarakat zaman dahulu berdasarkan Hindu Brahmanikal terdapat satu prinsip peraturan sosial telah diperkenalkan iaitu masyarakat distukturkan kepada empat bahagian kelas yang dipanggil Varna bermaksud warna. Penstrukturan ini juga dikenali sebagai sistem kasta. (Jadual 1) Jadual 1: Struktur masyarakat berdasarkan kelas bagi penganut Hindu Kelas

Kelas Pekerjaan

Brahmin Paderi dan Guru

Kshatriya Pegawai pertahanan

Vaisya Petani, Pedagang dan Pelukis

Sudra Buruh

Kitab-Kitab Veda: Kitab-kitab veda ini terbahagi kepada empat kitab utama seperti di bawah

1. Kitab Ring VedaRing Veda adalah kitab termasyur antara keempat-empat kitab Veda. Ia mengandungi 1 017 buah nyanyian yang digubah untuk dinyanyikan oleh pengikut-pengikutnya kepada tuhan. Antara tuhan-tuhan yang masyur tersebut dalam kitab ini ialah Indra, iaitu tuhan kepada segala tuhan; Agni, iaitu tuhan api dan penaung keluarga: Varuna dan selanjutnya tuhan Surya (matahari) serta lain-lain lagi.

2. Kitab Sama VedaSama Veda pula mengandungi nyanyian yang dilagukan oleh penyanyi-penyanyi semasa sedang menjalankan upacara sembahyang dan pembacaan doa.3. Kitab Yajur VedaYajur Veda mengandungi ayat-ayat prosa yang dibaca oleh para pendeta semasa menyerahkan korban.4. Kitab Athar VedaAthar Veda mengandungi beberapa karangan-karangan mengenai ilmu sihir, kuasa ghaib dan kepercayaan karut India purbakala. Kehidupan Hindu dan sebagaimana yang digambarkan dalam Athar Veda penuh dengan dosa, manakala alam pula penuh dengan syaitan dan gergasi yang menakutkan manusia. Menurut Veda ini, tuhan-tuhan tidak lagi berbuat baik dan tidak menolak kejahatan. Athar Veda menceritakan bagaimana manusia menuju kepada perkara-perkara yang karut, kuasa-kuasa ghaib dan sihir dengan tujuan hendak melindungi diri.Selain daripada Veda-veda, penganut Hindu juga mempunyai kitab-kitab lain antaranya seperti:(a) Kitab Mahabharata: Ia adalah epik India yang terbesar. Ia menyamai epik Illyad dan Odyssey di kalangan bangsa Yunani yang mengandungi cerita-cerita teladan dan pengajara-pengajaran yang tinggi nilainya ke arah membentuk budaya serta akhlak. Ia disusun oleh Viyas, anak kepada seorang pendeta bernama Parsara. Didalamnya terdapat hukum-hukum serta peraturan seperti larangan meminum arak, pembunuhan dan lain-lain perbuatan dosa.

(b) Kitab Gita: Ia adalah sebahagian daripada epik Mahabharata. Isinya memperkatakan peperangan yang berlaku di kalangan anak-anak raja. Sebahagian besar kandungannya dikaitkan dengan Krishna dan Arjuna.

(c) Kitab Yoga Vasishata: Kitab ini mengandungi 64 ribu baris bait. Ia membicarakan soal-soal filsafat dan ketuhanan. Gaya penyampaiannya bertujuan menyedarkan pembaca supaya mengenal dirinya sendiri, yang nanti dengan pengenalan itu membawanya mengenal Tuhan. Fokus yang dicontohkan ialah pembicaraan Rama kepada gurunya tentang kehidupan dan perasaannya yang gelisah mengenai hidup.

(d) Kitab Ramayana : Kitab ini adalah kitab kuno yang membicarakan soal-soal pemikiran politik atau perlembagaan bagi kehidupan Hindu. Ia memperkatakan pembentukan majlis mesyuarat, cara gaya pemilihan raja serta penggantinya, kewajipan raja, kewajipan majlis-majlis mesyuarat dan adab sopan anggotanya.

Tuhan Hindu Konsep tuhan ini diberikan persepsi dalam tiga konum; dinamakan Brahma kerana dialah yang mewujudkan, Vishnu kerana dia yang memelihara dan Siva kerana dia sebagai pembinasa. (Gambarajah 4.2). Veda mengemukakan 3 306 dewa-dewa sebagai tuhan-tuhan, dan Upanishad jumlah itu diperkecil menjadi 33 dewa sahaja dan akhirnya dijadikan satu yang disebut sebagai Brahma

Ketigaan yang dimaksudkan dalam agama Hindu ialah tuhan-tuhan yang bernama Brahma, Vishnu dan Siva. Dalam kitab Rajapanaburana dikisahkan seorang sami bertanya kepada tuhan-tuhan Brahma, Vishnu dan Siva, Yang manakah di antara kamu tuhan yang sebenar? Mereka menjawab Ketahuilah wahai sami, di antara kami tidak ada perbezaan langsung. Tuhan yang satu lahir dengan tiga rupa mengikut tugas-tugasnya; iaitu memelihara, mencipta dan membinasakan, tetapi yang sebenarnya dia adalah satu. Siapa yang menyembah salah satu daripada yang tiga maka seolah-olah dia menyembah mereka semua ataupun menyembah yang maha tinggi.

Menyembah Lembu: Penyembahan ini berlaku disebabkan kitab Veda ada menyorot tentang kesucian lembu serta pemujaan terhadapnya. Dalam kitab Sama Veda terdapat ungkapan gurindam lagu berikut :

O holy cows ! May you fare well, assuming all forms, offering milk at dawn and dusk, and united with calves and bullocks? Let this spot be broad and wide enough for you. Let these waters be well drunk. May you be happy here.

Wahai lembu suci ! untukmu sanjungan dan doa, dalam apa jua bentukmu, lembu betina yang mengeluarkan susu waktu pagi dan juga senja, atau anak lembu, atau lembu jantan yang besar, biarlah kami sediakan tempat yang luas dan sesuai untukmu, dan air bersih engkau meminumnya, moga-moga engkau bahagia di sini!

Pemikiran Hindu percaya lembu adalah ibu kepada manusia. Perkara ini dapat dilihat daripada ungkapan seorang pemimpin agung kemerdekaan India, Mahatma Gandhi. Katanya Ibu saya lembu melebihi ibu saya sebenar setahun ataupun dua tahun dan sebagai balasan dia meminta kita berkhidmat kepadanya sepanjang umur. Tetapi ibu kita lembu memberi kita susu terus menerus dan tiada meminta apa-apa balasan kecuali makanan biasa

Kepercayaan Hindu yang terpenting meliputi : 1. karma 2. pengembalian roh-roh semula 3. pembebasan yang mutlak 4. kesatuan wujud.

Karma : Prof. Atreya berkata bahwa nafsu ialah satu faktor yang paling kuat di dalam kehidupan kita, dan hawa nafsu kita pula memberi kesan ke atas orang lain. Di dalam pekerjaan-pekerjaan yang didorong oleh hawa nafsu, kita melakukan baik atau jahat kepada orang lain. Oleh itu sudah semestinya kita dikenakan Undang-undang balasan yang menguasai kehidupan seluruh makhluk yang bebas di dalam alam. Undang-undang balasan di dalam bahasa Sanskrit ialah Karma, dan tidak seorangpun dapat mengelakkan diri daripadanya.

Falsafah Yoga cuba mendekatkan isi kandungan Karma kepada akal fikiran dengan menyebutkan bahawa kehidupan kita menjadi senang atau susah mengikut sebab yang telah kita adakan untuknya berdasarkan apa yang kita lakukan. Ini adalah sesuai dengan yang pernah kita nyatakan apabila melihat seseorang itu menerima kecelakaan; iaitu hasil dari perbuatannya sendiri, kerana pembalasan itu mengikut jenis pekerjaan. Kita sedar ini berlaku di dalam hidup yang zalim dizalimi dan yang menolong ditolongi, tetapi Karma menjadikan balasan sesuatu kehidupan berlaku dalam kehidupan yang lain.

Pengembalian roh-roh semula: Ia juga disebut sebagai Pengulangan kelahiran ataupun Tanasukh yang membawa makna roh yang telah keluar dari sebuah tubuh lalu kembali semula ke alam dunia di dalam sebuah tubuh yang lain. Sebab-sebab pengembalian semula atau pengulangan kelahiran ini ialah :

Pertama : Roh itu keluar dari tubuh badan dan masih lagi mempunyai hawa nafsu dan kemahuan yang terikat dengan alam kebendaan yang belum lagi dilaksanakan.

Kedua : Roh itu keluar dari tubuh dengan menanggung banyak hutang dalam perhubungannya dengan yang lain yang mesti ditunaikan. Jadi tidak dapat dielakkan lagi, hawa nafsunya mestilah dipuaskan dalam kehidupan yang lain, dan mestilah juga roh itu merasa hasil perbuatan-perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan yang lalu.

Apabila berlaku sesuatu kematian, tubuh yang bersifat kebendaan itupun mati, kaku dan menjadi rapuh. Tetapi tubuh halus tidak ikut mati malah terus keluar dan bertugas untuk suatu masa di ruangan alam lembut yang menyerupai keadaan mimpi kita. Di sana dia mencuba syurga dan neraka yang disebutkan dalam kitab-kitab agama, kemudian sekali lagi kepada kehidupan ini dalam tubuh yang baru dengan membawa keinginan-keinginan dan kerja-kerja yang telah lalu. Dengan demikian bermulah satu pusingan baru untuk roh ini, pusingan ini ialah hasil dari pusingan yang lalu, roh ini didapati berada di dalam tubuh seorang manusia atau seekor binatang atau seekor ular, ia merasa bahagia dan sengsara menurut amalan yang telah dilakukannya dalam kehidupan yang dulu itu.

Diantara syarat-syarat yang mesti ada untuk kedatangan roh semula ialah roh itu di dalam alam yang baru tiada mengigati sesuatu tentang alamnya yang dulu. Tiap-tiap pusingan roh terputus langsung dari pusingan-pusingan yang lain.

Pembebasan yang mutlak: Erti kesempurnaan keinginan dan hawa nafsu ialah penghapusannya serta penguasaan seorang manusia ke atas dirinya sampai tiada lagi tinggal apa-apa keinginan dan hawa nafsu pada dirinya, malah ia merasa puas dengan apa yang telah didapatinya dan tiada meminta lebih daripada itu. Sekiranya demikian itu telah terlaksana disertai dengan pemberhentiannya dari melakukan kerja-kerja dan terputus dari hubungan-hubungan dunia serta kelazatannya dan maksiat-maksiat yang memastikan pengulangan kelahiran, sekiranya demikian itu telah dilaksanakan nescaya selamatlah ia daripada pengulangan kelahiran dan bercantumlah ia dengan Brahma. Keadaan inilah yang dinamakan pembebasan mutlak. Pembebasan mutlak ialah pencantuman dengan Brahma seperti pencampuran setitik air dengan lautan yang besar. Tujuan hidup yang tinggi ialah pembebasan mutlak dari pusingan-pusingan wujud, yang berturut-turut, dan percantuman dengan zat yang maha tinggi. Pembebasan mutlak ini tiada diperolehi dengan amalan-amalan kerana amalan-amalan baik seseorang itu dibalas dengan jalan kelahiran yang berulang-ulang sama seperti amalan jahat.

Kesatuan Wujud : Prinsip ini behubung rapat dengan prinsip-prinsip terdahulu, malah boleh dikatakan bahawa semua prinsip-prinsip ini berhubung rapat di antara satu sama lain. Dalam perbicaraan mengenai Tuhan, menurut pemikiran Hindu ; manusia mempercayai bahwa di dalam alam ini ada suatu kekuatan yang besar yang perlu dihampirinya melalui penyembahan dan pemberian korban-korban. Kekuatan ini dinamakan : Brahma. Dalam peringkat yang berikut korban-korban yang bersifat kebendaan tiada lagi dianggap perlu, dan tempatnya telah digantikan dengan penenungan-penenungan terhadap kejadian-kejadian alam yang dibayangkan oleh manusia sebagai mangsa-mangsa. Kejadian-kejadian ini ialah seperti matahari, api dan angin. Dalam peringkat ketiga, seorang manusia merenung dirinya sendiri dan mengangapnya sebagai satu korban untuk dipersembahkan kepada Brahma. Dalam peringkat keempat, pemenungan-pemenungan tiada disertai dengan gambaran-gambaran korban, malah manusia sudah merenung diri mereka sendiri dengan anggapan bahwa mereka ialah kekuatan alam yang tersembunyi dan berpengaruh. Dari anggapan luar ini mereka tiba kepada anggapan lebih dalam dan mereka pun menegaskan bahwa diri perseorangan itulah sebenarnya kekuatan yang hidup atau Brahma.

Contoh Dari Perundangan Hindu 1. Berkaitan dengan Raja Tuhan menjadikan Raja supaya menjaga negeri dan mempertahankannya, oleh itu janganlah menghina Raja sekalipun ia seorang anak kecil yang masih menyusu, kerana dia ialah Tuhan dalam bentuk manusia di atas muka bumi.

2. Berkaitan dengan kaum perempuanKaum perempuan Hindu hidup dengan tiada mempunyai hak memilih, sama ada dia gadis kecil, atau remaja atau tua. Gadis tunduk pada pilihan bapanya, isteri tunduk pada pilihan suaminya dan janda pada pilihan anak-anaknya, dia selamanya tiada boleh bersendirian. Seorang perempuan mestilah rela dengan pilihan bapanya, dia berbakti kepadanya sepanjang hidup, dia tidak boleh memikirkan lelaki lain sesudah suaminya mati. Malah ketika itu dia mestilah meninggalkan makanan yang lazat-lazat, pakaian yang elok dan semua perhiasannya. Dia mesti hidup dalam keadaan janda sehingga akhir hayatnya.

3. Berkaitan kaum perempuan Bapa si gadis tiada berhak menerima harta atau barang-barang ketika mengahwinkannya, kerana siapa yang berbuat demikian seolah-olah dia menjual anak gadisnya.

4. Berkaitan ekonomi (i) Tiada boleh memakan riba (bunga) yang melampau-lampau. Tuan punya harta hendaklah mengambil satu suku rupiah riba bagi tiap-tiap seratus rupiah pada tiap-tiap bulan.(ii) Sekiranya bapa saudara kepada seorang kanak-kanak kecil cuba merampas harta miliknya, maka Raja mestilah menegahnya berbuat demikian, dan harta itu dipindahkan ke bawah tadbirannya hingga kanak-kanak itu besar.(iii) Harta pusaka yang tidak diketahui tuannya, raja menjaganya selama 3 tahun. Sekiranya tiada diketahui juga dalam tempoh ini, maka setelah itu jadilah ia milik Raja. (iv) Anak lelaki yang sulung, dialah yang mewarisi kedua ibubapanya. Saudara-saudaranya yang lain, lelaki dan perempuan semuanya hidup di bawah perintahnya, kerana anak lelaki yang sulung serupa dengan bapa dalam kedudukannya. (v) Raja tiada patut mengenakan cukai ke atas orang buta, tempang, bebal, melata, pengembara dan siapa-siapa yang menolong orang-orang yang menuju kepada kitab-kitab suci.

5. Hukum minum arak Dalam Mahabrata minum arak itu adalah satu maksiat kerana Sugar Ajaria tertipu dengan sebabnya. Di antara seruan Sugar Ajariya yang mengigatkan tentang bahaya arak ; Kebaikan tiada mendekati peminum arak. Peminum arak dihina oleh seluruh manusia. Ini adalah perintah. Sikhisme Menurut Singh, H (1969), agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak 1 (1469-1539) dan turun menurun hingga sepuluh orang Guru berganti-ganti. Pada akhirnya ajaran ini telah dibukukan dalam Guru Granth Sahib Ji (Kitab Suci) yang menjadi Guru bersama-sama dengan kaum Khalsa dan membentuk agama ini. Ajaran Guru-guru Sikh ini adalah satu praktik yang boleh dilaksanakan dalam kehidupan untuk menuju satu tujuan yang tepat dengan pelbagai teori. Agama Sikh percaya bahawa hanya ada satu Tuhan dan Dialah yang mutlak. Orang Sikh menganggap kehidupan dalam dunia ini sebagai tiada permulaan dan tiada akhirnya, tidak terhad dan tidak terbatas, serta tidak boleh dihuraikan oleh fikiran manusia biasa. Tuhan telah membina sekalian alam. Dia telah menunjukkan kewujudannya melalui mukjizat, iaitu mereka yang dipandang seperti RasulNya. Tuhan sahajalah satu-satunya yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Alam ini telah dicipta oleh sebab Tuhan berada di dalamnya. Seseorang kanak-kanak apabila dilahirkan, belum dikira sebagai seorang Khalsa, walaupun ibubapanya beragama Sikh. Apabila ia dewasa dan setelah mengetahui segala peraturan dan undang-undang dan setelah diberi Amrit (air gula) barulah sah menjadi seorang Khalsa. Untuk menjadi seorang ahli kaum Khalsa terdapat beberapa undang-undang yang mesti difahami dan diamalkan setiap masa seperti :

1. Mempercayai hanya satu Tuhan yang maha kuasa. Ada sepuluh orang Gurunya, iaitu Guru Nanak Gobind Singh. Gurunya sekarang ialah Guru Granth Sahib Ji dan kaum Khalsa.

2. Sentiasa membaca atau mendengar sabda-sabda Guru Granth Sahib Ji untuk membuat ibadatnya.

3. Berlatih mengawal diri dan berjanji memakai lima perkara dengan cogan yang berawalkan huruf K, iaitu Kesh (rambut), Kanggha (sikat), Kara (gelang besi), Kashehra (seluar ketat) dan Kirpan (pedang). Apabila dia berasa sudah dapat mengamalkan disiplin kaum Khalsa, hendaklah dia memohon Amrit daripada Lima Orang Agama (Panj Piare).

4. Menghapuskan perasaan-perasaan berkasta-kasta, dilarang menyembah berhala atau menganut kepercayaan-kepercayaan yang berlawanan dengan ajaran agama Sikh.

5. Menghormati semua makhluk tanpa mempersoalkan tentang agama, bangsa atau warna kulit seseorang itu.

Perkara Penting Agama Sikh Perkara penting mengikut kata-kata yang terdapat dalam Guru Granth Sahib Ji (Kitab suci) adalah seperti berikut :

1. Tuhan yang disembah Orang Sikh mempercayai bahawa Tuhan itu Esa. Dia bukan satu benda yang ajaib. Tuhan merupakan punca prinsip segala kebenaran. Orang Sikh menyebut nama tuhan dengan nama Wahiguru, bermakna Tuhan yang menakjubkan. Guru-guru Sikh amat menentang penyembahan berhala.

2. Taraf Guru dalam agama Sikh Orang Sikh percaya bahawa Gurulah memandu mereka ke jalan yang benar. Pada awalnya, sepuluh orang Guru Sikh dianggap sebagai Guru. Setelah mangkatnya Guru yang kesepuluh pada tahun 1708, kitab suci dan kaum Khalsa dianggap sebagai Guru. Seorang manusia tiada boleh lagi mengambil tempat Guru dalam masyarakat Sikh. Walaubagaimanapun, sepuluh orang Guru Sikh tidak dianggap sebagai keturunan Tuhan. Guru Granth Sahib Ji (Kitab suci) hanya diberi kehormatan sebagai semangat (ajaran) Guru-guru Sikh, kitab ini tidak disembah. Kaum Sikh menyembah tuhan sahaja. Imam-imam tidak diberi satu taraf khas dalam agama atau masyarakat. Mereka hanya dihormati kerana pengetahuannya. Untuk mengambil satu keputusan yang berkaitan dengan agama atau masyarakat, malah itu diserahkan kepada lima orang Khalsa yang dipanggil Panj Piare untuk dirunding berdasarkan ajaran Guru Granth Sahib Ji.

3. Kitab Suci Kitab Suci agama Sikh, Guru Granth Sahib Ji, mengandungi semua sabda Guru Nanak 1 hingga Guru Nanak 5 dan Guru Nanak 9. Kitab suci ini biasanya diletakkan dalam Gurdwara (rumah ibadat) di atas sebuah meja. Semasa orang ramai berkumpul untuk sembahyang, seorang pengikut akan mengambil kitab suci itu sambil mengipasnya dengan kipas (chawr). Seseorang yang hendak masuk ke rumah ibadat hendaklah berserban. Apabila mengadap kitab suci, dia hendaklah mengangkat sembah seperti menghadap seoarang raja sambil sujud ke lantai dan memberikan wang persembahan (Nazrana). 4. Gurdwara rumah sembahyang Erti Gurdwara ialah pintu gerbang guru, di dalamnya terletak Kitab Suci. Rumah ini sentiasa dipandang oelh orang Sikh sebagai rumah agama dan pusat masyarakat mereka. Gurdwara sentiasa terbuka kepada orang ramai tanpa mengira pangkat atau fahaman. Sesiapa yang hendak masuk ke dalam Gudwara hendaklah membuka kasut dan menutup kepalanya.

5. Hari perayaan kaum Sikh Hari kebesaran yang paling dimuliakan oleh agama dan masyarakat Sikh ialah hari Vasakhi pada 13 April setiap tahun. Hari tersebut ialah penubuhan kaum Khalsa oleh Guru Gobind Singh Ji pada 1699. Hari Katak Purumanshi, iaitu hari kelahiran Guru nanak juga dirayakan secara formal dan besar- besaran.

6. Masyarakat Mengikut agama sikh, masyarakat adalah satu taraf yang khas dan sistem Khalsa dilarang sama sekali dalam sesebuah masyarakat. Seluruh ahli masyarakat dinasihati mematuhi segala yang baik.

7. Cara damai dan cara kekasaran Dalam ajaran agama Sikh, cara damai lebih diutamakan daripada cara kekasaran. Orang Sikh juga di ajar sentiasa menjadi wira. Guru Nanak 6 dan Guru Nanak 10 pernah menubuhkan pasukan askar untuk berperang dengan raja-raja Hindu dan Kerajaan Moghul Delhi. Guru Nanak 10 telah berkata, Apabila semua ikhtiar tidak dapat dijalankan, maka halallah cara menuntut kebenaran dengan mata pedang. Seseorang Sikh diwajibkan sentiasa bersedia mempertahankan agama dan sempadan negaranya.

8. Kaum Sikh Dan Kaum Agama Lain Agama Sikh mengalakkan semua pengikutnya menghormati segala makhluk di dunia. Ini termasuk agama kaum lain. Guru Nanak 1 pernah berkata bahawa daripada perbuatan dan tingkahlaku seseorang, dapat kita buktikan kejujuran seseorang terhadap agamanya sendiri.

Ajaran Sikh Berdasarkan Kitab Suci Kitab Suci Sikhisme ditulis dalam bentuk puisi dengan tiga kompenen penting dalam isi kandungannya iaitu: (a) Keperluan perkembangan insan (b) Perhubungan antara manusia (c) Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir.

Kitab Suci menjelaskan bahawa dalam dunia yang nyata, manusia sentiasa mempunyai fikiran yang sempit dan terbatas (houmai atau egoness). Secara moral, manusia digalakkan membuka minda fikirannya supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di persekitarannya. Ia akan menyempurnakan sifat kendiri yang sebenar, iaitu mempunyai fikiran yang lebih luas dan bijak. Ini akan menjadikan seseorang mempunyai tingkahlaku yang lebih adil dan sederhana (sachiara atau sifat kendiri yang sebenar dan terbaik). Menurut ajaran Guru Nanak, adalah penting dan bermoral bagi seseorang individu menjauhi houmai dan cuba mencapai peringkat sachiara. Penyempurnaan sifat kendiri ke peringkat sachiara memerlukan penelitian aspek-aspek Khand. Ada beberapa Khand seperti berikut : 1. Dharam Khand Bersedia membawa perubahan dan kemajuan untuk diri melalui pengorbanan dan kewajipan sosial.

2. Gian Khand Mencari ilmu untuk meningkatkan diri dengan kebijaksanaan.

3. Saram Khand Mencari keharmonian dan ketenteraman dalam diri, menghayati keindahan alam dan diri.

4. Karam Khand Menjadi individu alturistik, iaitu mencapai kesempurnaan dalam diri sendiri, dan tidak lagi mempunyai houmai, atau telah mendekati peringkat sachiara yang tidak mementingkan diri sendiri, tetapi sentiasa menunaikan kewajipan sosial yang amat bermoral.

5. Sach Khand Berjaya mencapai peringkat yang paling sempurna; dapat menyatukan kebijaksanaan dan kemuliaan diri (kar kar), kesedaran nilai (vekhe) dan kebahagiaan dalaman (nihala) dalam individu sendiri.

Kelima-lima aspek khand secara beransur-ansur membimbing seseorang individu menjauhi houmai dan menuju ke arah sachiara. Latihan dan usaha dalam aspek khand bertujuan memperoleh kesempurnaan kendiri dan membentuk seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, dan emosi. Khand adalah lima aspek yang baik, sebagai bandingan, Sikhisme menasihati orang mengikis lima perkara yang tidak baik secara moral, iaitu :

1. Kam : dorongan hawa nafsu 2. Lobh : tamak atau haloba 3. Moh : percaya dan menyembah sesuatu yang palsu 4. Krodh : kemarahan 5. Ahankar : keangkuhan

Kelima-lima perkara ini dikatakan dapat menganggu ketenteraman dalam diri seseorang dan mengakibatkan tingkah laku yang tidak bermoral. Masalah yang ditimbulkan oleh lima perkara ini hanya boleh di atasi dengan kepercayaan ajaran agama dan kemuliaan diri-sendiri. Menurut Sikhisme, keperibadian yang mulia boleh dicapai dengan banyak interaksi dengan orang yang mulia. Keperibadian mulia ini termasuk kebijaksanaan, kedilan, kesederhanaan, keberanian, kejujuran, bersopan dan merendah diri, berpuas hati dalam kehidupan yang bahagia dan tenteram.

Buddha Nama sebenar Gautama Buddha ialah Putera Siddhartha. Merupakan putera Raja Kapilavastu, di timur laut India bersempadan dengan Nepal. Siddhartha dikatakan dilahirkan pada tahun 563 S.M. di Lumbini, yang kini merupakan sebahagian dari Nepal. Melalui amalan meditasi, Siddhartha mencapai elinghtenment ketika berusia 35 tahun. Selepas elightenment beliau digelar sebagai Buddha yang bermaksud pembawa cahaya. Buddha menyebarkan ajarannya selama 45 tahun sebelum meninggal dunia. Ajaran Buddha disampaikan kepada penganutnya melalui lisan sehingga abad pertama. Ajaran-ajaran ini ditulis di atas daun ola dalam bahasa Pali. Ajaran-ajaran ini kemudiannya disunting dan diterbitkan oleh Persatuan Teks Pali (Pali Text Society).

Antara ajaran-ajaran Buddha yang terkenal:- 1. Vinaya Pitaka iaitu berkaitan peraturan disiplin para sami 2. Sutta Pitaka berkenaan ajaran asas Buddha. 3. Abhidhamma Pitaka. Satu dokrin sistematik yang disunting oleh pengulas ajaran Buddha.

Ketiga-tiga ajaran ini merupakan sumber asas pengajian agama Buddha serta menjadi panduan bagi kod etika kelakuan penganut agama Buddha. Tradisi Buddhisme yang paling awal dipanggil Buddhisme Theravada yang berakar umbi di Asia Tenggara iaitu Negara Thai, Myanmar, Kemboja dan Sri Lanka. Manakala Mahayana (The Greater vehicle) pula terdapat di Nepal, China, Korea dan Jepun,Hinayana (The Lesser Vehicle) danTantrayana (The Esoteric Vehicle) wujud di Tibet dan Mongolia.

Etika Buddhis Untuk memahami etika Buddhis, kita perlu memfokuskan Empat Kebenaran Mulia (Four Noble Truth) yang merupakan mesej asas Buddha iaitu:

PertamaKehidupan manusia pada asalnya tidak bahagia. Dukkha (istilah pali): iaitu perasaan ketidakpuasan (unsatisfactoriness) yang disebabkan oleh keadaan penderitaan manusia, kesakitan fizikal, konflik psikologi, kebimbangan, dan sifat ketidakkekalan dalam dunia ini.

KeduaPunca tidak bahagia adalah kerana memikirkan kepentingan diri sendiri serta dibelenggu nafsu.

KetigaPemikiran kepada pentingnya diri sendiri dan nafsu dapat dikawal apabila nafsu dan keinginan dibuang, disebut sebagai nirvana. Nirvana (istilah pali) kegembiraan muktamad.

KeempatMenimbang, berfikir, berbicara, membuat sesuatu, mencari nafkah, berusaha, mengingat dan meditasi dengan kebenaran.

Jalan Lapan Lapis Mulia (untuk menamatkan kesengsaraan) 1. Pemahaman yang benar (right understanding) 2. Pemikiran yang benar (right thought) 3. Percakapan yang benar (right speech) 4. Pergerakan badan yang benar (right bodily action) 5. Kehidupan yang benar (right livehood) 6. Usaha yang benar (right effort) 7. Pengambilberatan yang benar (right mindfulness) 8. Tumpuan perhatian yang benar (right concentration)

Kesemua butiran dalam Lapan Lapis mulia dikategorikan kepada tiga bahagian ; (a) Butiran 1 dan 2 adalah berkaitan kebijaksanaan(b) Butiran 3 hingga 5 adalah berkaitan kelakuan etika (ethical conduct) atau sila (c) Butiran 6 hingga 8 adalah tentang latihan minda (mental training) atau samadhi.

Ajaran Buddha dan pembangunan Manusia Buddha sendiri tidak menulis apa-apa buku, tetapi pengikutnya telah banyak menghasilkan buku yang berkaitan ajarannya. Termasuklah;

Tripitaka (Tipaka) Yang mengandungi ajaran Buddha dalam bahasa pali. Ia terbahagi kepada:-

(a) Sutta pengajaran Buddha Buku ini dibahagikan kepada Nikayas (Collections) (i) Digha Nikaya (collection of long discourses) (ii) Majjhima Nikaya (Collection of Middle-length) (iii) Samyutta Nikaya (Collection of Kindred Saying) (iv) Angguttara Nikaya (Collection of Discourses arranged in accordance with number) (v) Khuddaka Nikaya (Smaller Collection)

(b) Vinaya kod disiplin (c) Abhidhamma pengajaran moral Perkara yang terdapat di dalamnya ialah berkaitan : (i) Dhamma-Sanggani (Enumeration of Phenomena) (ii) Vibhanga (The Book of Treatises) (iii) Katha Vatthu (Point of Controversy) (iv) Puggala Pannathi (Description of Individuals)(v) Dhatu Katha (Discussion with reference to Elements) (vi) Yamaka (The Book of Pairs) (vii) Patthana (The Book of Relation)

Penganut Buddha juga mempercayai karma (balasan sebab akibat) dan rebirth (lahir semula di dunia), sifat-sifat manusia, sebab-sebab pembangunan manusia, proses pembelajaran dan perbezaan individu serta amalan pendidikan. Karma dan rebirth dikaitkan dengan perbuatan dan tingkahlaku manusia. Ia menitik beratkan perbuatan baik akan dibalas dengan baik dan perbuatan buruk dibalas dengan buruk. Ajaran ini menyebabkan penganut agama ini mengamalkan perbuatan baik seperti membantu orang miskin dan cacat agar mereka mendapat balasan baik dalam dunia yang akan datang nanti.

Mengikut buku Samyutta-Nikarya, Buddha sendiri tidak menjawab sebarang persoalan yang memerlukan bukti tetapi tidak boleh dikesan oleh deria manusia. Ini termasuk spirit universe, syurga dan neraka. Ini bererti manusia hanya perlu menerima (atau tidak menerima fakta-fakta metafizik ini tanpa mencari buktinya.

Sepuluh Rukun Wasiat Buddha : 1. Mestilah tiada membunuh apa sahaja yang bernyawa. 2. Mestilah tiada mengambil apa yang diberikan kepada kamu. 3. Mestilah tiada berkata apa yang tiada benar. 4. Mestilah tiada menggunakan minuman yang memabukkan. 5. Mestilah tiada melakukan persetubuhan yang diharamkan.6. Mestilah tiada memakan pada waktu malam makanan yang masak bukan pada waktunya. 7. Mestilah tiada meletakkan bunga di kepala dan tiada menggunakan wangi-wangian. 8. Mestilah tiada mementingkan bangku-bangku, dan tempat-tempat sandaran yang besar-besar. 9. Mestilah tiada menghadiri majlis tarian dan nyanyian. 10. Mestilah tiada mengumpul emas atau perak.

Taoisme Tao merupakan satu daripada agama yang tertua. Sejarah ajarannya dimulai dari Hwang Tee (Oei Tee), kurang lebih 2698SM - 2598SM, dipopularkan dan berkembang ditangan Laozi dan diwujudkan sebagai agama oleh Zhang Dao Ling (Cang Tao Ling). Menurut Laozi, kita memerlukan institusi moral untuk menginterpretasikan istilah-istilah bagi kod bimbingan. Tambahan pula, kod ini sendiri tidak dapat menjamin corak yang tetap bagi kelakuan.

Dao de-jing memberikan satu rasional languistik eksplisit tentang kecurigaannya bahawa sebarang dao: boleh menjadi kekal. Mengikut Dao de-jing lagi, tiada dao yang boleh menjadi kekal kerana tiada ming (nama-nama) yang kekal. Kita boleh menginterpretasikan dao dalam pelbagai cara kerana terdapat pelbagai ming yang terkandung dalam sato dao. Nama-nama ini memberikan semua cara moral secara lingustik dengan kapasiti mereka membimbing dunia yang nyata. Satu nama akan membimbing dalam diskriminasi, keperluan nafsu dan tindakan. Tao tidak berbentuk, merupakan "Sesuatu" yang sudah ada sebelum semuanya ada. Arti Tao sulit difahami, ertinya sangat luas sehingga sulit diterangkan secara jelas dan terperinci melalui sebuah kalimat atau kata-kata. Erti Tao yang paling sederhana adalah "Jalan". Ada juga yang mengertikannya "Hukum", "Pedoman" atau "Aturan". Tao adalah "Sesuatu" yang mendasari dan berada dibalik segala peristiwa yang terjadi di alam semesta ini. Contohnya persoalan seperti Kenapa bumi berputar mengelilingi matahari? Kenapa bumi mempunyai daya graviti? Kenapa oksigen dan hidrogen boleh membentuk menjadi air / H2O? dan Kenapa air pada suhu 100C mendidih lalu meruap menjadi gas dan kenapa air pada suhu 0c membeku menjadi ais?

Semuanya ada "Hukum"-nya, ada "Aturan"-nya, ada "Pedoman"-nya, ada "Kelogisan"-nya dan ada "Jalan"-nya. Semuanya karena Tao . Ikan berenang di air, tetapi tidak mengetahui adanya air. Burung terbang menunggangi angin, tetapi tidak mengetahui adanya angin. Manusia berada dalam Tao, tetapi tidak mengerti apa itu Tao. Ajaran Lao Zi merangkumi empat konsep seperti yang berikut

1. Dao melahirkan satu (Dao sheng yi)Dao adalah tindakan yang natural dan bukan mengikut sesuatu arahan bahasa. Dao sendiri adalah aktif. Dengan tidak sengaja melakukan sesuatu, Dao akan menghasilkan sesuatu keadaan yang harmoni dan semula jadi.

2. Satu melahirkan dua (Yi sheng er)Satu keadaan harmoni ini membawa kepada ying dan yang, dua jenis tenaga yang antagonistik, iaitu berlawanan atau bertentangan antara satu sama lain seperti jantan dan betina, betul dan salah, baik dan buruk dan lain-lain. Interaksi antara yin dan yang menghasilkan satu tenaga qi yang membina segala-galanya.

3. Dua melahirkan tiga (Er sheng san)Daripada interaksi yin dan yang melahirkan tiga perkara iaitu, syurga (heaven or tian), bumi (earth or di), dan manusia (human or ren). Ketiga-tiga perkara ini adalah perkara yang amat besar.

4. Tiga melahirkan segala makhluk (san shen wan wu)Dalam tiga perkara, iaitu tian, di dan ren, mereka telah melahirkan segala benda dan makhluk dalam alam semesta ini iaitu satu pencapaian dao yang paling tinggi dan muktamad.

Selain konsep di atas, Taoisme juga mementingkan meditasi dan refleksi dalam kehidupan. Upacara sembahyang merupakan satu perkara yang penting dalam menghubungkan manusia dengan tian dan di supaya alam semesta menjadi lebih seimbang. Upacara sembahyang terhadap dewa-dewa seperti dewa bumi, dewa dapur, dewa syurga, percaya tukang tilik, almanak Tong Shu, Feng Shui, Ba Kua, menyembah kepada roh nenek moyang dan roh-roh orang mati, mempraktikkan Tai-ji-Quan, menggunakan ubat tradisi cina untuk merawat penyakit serta memelihara kesihatan badan.

RINGKASAN HinduMasyarakat distukturkan kepada empat bahagian kelas yang dipanggil Varna bermaksud warna iaitu: (1) Brahmin (2) Kshatriya (3) Vaisya (4) Sudra Kitab-kitab veda ini terbahagi kepada empat kitab utama iaitu: (1) Kitab Ring Veda(2) Kitab Sama Veda (3) Kitab Yajur Veda (4) Kitab Athar Veda

Konsep tuhan bagi penganut Hindu diberikan persepsi dalam tiga konum; dinamakan Brahma kerana dialah yang mewujudkan, Vishnu kerana dia yang memelihara dan Siva kerana dia sebagai pembinasa.

Kepercayaan Hindu yang terpenting meliputi : (1) karma (2) pengembalian roh-roh semula (3) pembebasan yang mutlak (4) kesatuan wujud.

SikhismeAgama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak 1 (1469-1539) dan turun menurun hingga sepuluh orang Guru berganti-ganti. Guru Granth Sahib Ji merupakan Kitab Suci penganut Sikh.

Cogan yang berawalkan huruf K yang perlu diamalkan penganut Sikh ialah: (1)Kesh (rambut) (2) Kanggha (sikat) (3) Kara (gelang besi) (4) Kashehra (seluar ketat) (5) Kirpan (pedang).

Aspek Khan yang perlu dimalkan bagi mencapai ke peringkat sachiara ialah (1) Dharam Khand (2) Gian Khand (3) Saram Khand (4) Karam Khand (5) Sach Khand.

Pengikut Sikh perlu mengikis lima perkara yang tidak baik secara moral, iaitu (1) Kam : dorongan hawa nafsu (2) Lobh : tamak atau haloba (3) Moh : percaya dan menyembah sesuatu yang palsu (4) Krodh : kemarahan (5) Ahankar : keangkuhan.

BuddihismeNama sebenar Gautama Buddha ialah Putera Siddhartha. Antara ajaran-ajaran Buddha yang terkenal,Vinaya Pitaka iaitu berkaitan peraturan disiplin para sami dan Sutta Pitaka berkenaan ajaran asas Buddha.

Jalan Lapan Lapis Mulia (untuk menamatkan kesengsaraan)terdiri dari: (1) pemahaman yang benar (right understanding) (2) pemikiran yang benar (right thought)(3)percakapan yang benar (right speech) (4) pergerakan badan yang benar (right bodily action) (5) kehidupan yang benar (right livehood) (6) usaha yang benar (right effort) (7) pengambilberatan yang benar (right mindfulness) (8) tumpuan perhatian yang benar (right concentration)

Taoisme

Ajaran Lao Zi merangkumi empat konsep iaitu (1) Dao melahirkan satu (Dao sheng yi)(2) Satu melahirkan dua (Yi sheng er)(3) Dua melahirkan tiga (Er sheng san) (4) Tiga melahirkan segala makhluk (san shen wan wu).

1