sinopsis cerpen suamiku bukan ayah anakku

7

Click here to load reader

Upload: muhamad-hashir-mat-zain

Post on 24-Nov-2015

148 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sinopsis cerpen suamiku bukan ayah anakku

TRANSCRIPT

SINOPSIS CERPEN "SUAMIKU BUKAN AYAH ANAKKU"Di dalam cerpen Suamiku Bukan Ayah Anakku ini menceritakan kisah seorang gadis yang malang berasal dari keluarga kerabat dan kaya yang bernama Kamelia. Kamelia selalu disisihkan dari keluarganya dan kurang mendapat kasih sayang berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Kamelia berasal daripada keluarga yang mulia yang bernama Lesmana. Keperitan Kamelia bertambah apabila dia mengalami peristiwa pahit apabila dia telah dirogol oleh tiga lelaki yang tidak mempunyai sifat berkeperimanusiaan. Kamelia tidak mampu menahan hiba dan sedih akibat daripada peristiwa hitam itu. Kamelia tidak mampu menahan kerakusan tiga lelaki itu menodainya kerana kemampuannya lemah melawan lelaki-lelaki itu seperti musang yang merobek mangsanya. Kejadian itu telah mengakibatkan Kamelia mengandung dan tidak mempunyai ayah kepada bayi kandungannya. Kelurga Kamelia mula membenci Kamelia dan mengusir dia kerana berasa malu akibat peristiwa hitam itu. Keluarga Kamelia menganggap Kamelia telah mencemarkan nama baik keluarga terhormat itu walhal kejadian itu bukan dipinta oleh Kamelia. Keluarga Kamelia mendesak dia supaya memberikan bayi yang tiada ayah itu kepada orang lain untuk menjaganya bagi mengelakkan dari rasa malu.Walaupun Kamelia tersisih dan dipinggirkan dari keluarganya kerana peristiwa hitam itu, namun masih ada insan sejati yang setia mencintainya dan menyayanginya iaitu Yuda. Yuda ialah kekasih Kamelia yang sentiasa susah senang bersama Kamelia. Hanya Yuda yang menemani Kamelia dikala dia memerlukan penyuntik semangat selepas trauma akibat peristiwa hitam itu. Keluarga Kamelia menyuruh Kamelia pergi ke luar negeri untuk melahirkan bayi luar nikah itu bagi mengelakkan rasa malu. Mereka juga bertindak zalim dan membenci Kamelia dengan tidak menghantar Kamelia ketika Kamelia ingin berangkat ke luar negeri. Hanya Yuda yang setia menemani Kamelia semasa keberangkatan Kamelia ke luar negeri untuk melahirkan anak itu dan menyerahkan bayi itu kepada pengasuh.Selepas beberapa hari berlalu, bayi itu selamat dilahirkan dan Kamelia menyerahkan bayi itu kepada pengasuh walaupun berat hatinya untuk meninggalkan bayi itu oleh kerana naluri dan sifat keibuannya. Kamelia berasa sedih mengenangkan nasibnya dan nasib bayinya itu namun apa yang menimpanya sudah termaktub dalam takdir dan bukan pintanya. Kamelia kembali ke tanah airnya dan disambut oleh Yuda. Yuda tetap setia menunggu Kamelia walaupun mengetahui nasib malang yang menimpa wanita itu. Selepas Kamelia pulang ke tanah air, dia dilamar oleh Yuda dan mereka berkahwin dan hidup bahagia.Setelah genap setahun hubungan perkahwinan mereka, mereka masih belum dikurniakan anak. Keluarga Kamelia mula melemparkan tohmahan dan sindiran yang mengatakan bahawa suami Kamelia iaitu Yuda seorang yang mandul. Kamelia berasa tidak selesa dengan sindiran itu namun merahsiakan daripada bertanya kepada suaminya tentang hal itu bagi menjaga hati suaminya Yuda. Namun, selang beberapa hari, akhirnya Yuda sendiri bercakap jujur menerangkan bahawa dia seorang yang berpenyakit mandul. Yuda telah membuat pemeriksaan dengan doktor dan doktor mengesahkan dia mandul dan tidak dapat diubati. Hal itu lah yang menyebabkan mereka tidak dikurniakan anak. Kejujuran dan keberanian Yuda dalam mengakui dirinya mandul dapat diterima oleh Kamelia yang tetap setia mencintainya. Kamelia mencadangkan mengambil anaknya yang dilahirakan di luar negeri di bawah penjagaan pengasuh itu. Yuda berasa gembira kerana mereka akhirnya mempunyai seorang anak walaupun dia bukannya ayah kepada anak itu. Mereka hidup bahagia dan anak itu dinamakan Lidia.GAYA BAHASA YANG TERDAPAT DALAM CERPENTerdapat beberapa jenis gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen "SUAMIKU BUKAN AYAH ANAKKU". Penggunaan gaya bahasa ini memperlihatkan keindahan dan kematangan dalam penulisan, malah ayat juga menjadi gramatis dan pengolahan karangan semakin baik. Sebab itulah gaya bahasa penting dalam sesuatu penulisan. Antara gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah:SimileSimile merujuk kepada perbandingan yang dibuat antara sesuatu objek dengan objek yang lain dan ditandai dengan kata-kata perbandingan antaranya seperti, bak, umpama, laksana dan sebagainya. Contohnya:Tiga iblis durjana itu telah menodaiku dengan buas bagaikan serigala melahap mangsanya.Dituding Nurani (2013:1)

SinkofSinkof ialah pemendekkan kata yang digunakan dalam satu-satu perkataan. Pemendekkan kata ini digunakan untuk memendekkan perkataan tertentu, tetapi maksudnya masih boleh difahami. Contoh perkataan yang sering dipendekkan ialah kamu-mu, engkau-kau, tidak-tak, dia-ia dan sebagainya. Misalnya:Aku meronta, aku tak rela kehormatanku direnggut, kupertahankan sehabis tenaga tetapi apalah daya seorang wanita melawan tiga lelaki yang telah kerasukan setan itu?Dituding Nurani (2013:1)Sebelum tidur, kukecup kedua mata mereka yang terpejam sambil bersyukur kepada-Nya, yang telah melimpahkan rahmat-Nya.Dituding Nurani (2013:9)PersonifikasiPersonifikasi bermaksud memberikan sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda yang bukan hidup. Sifat-sifat manusia yang diberi perlambangan kepada benda-benda bukan hidup ini kebiasaannya hadir dalam golongan kata kerja yang dilakukan oleh manusia. Misalnya dapat dilihat dalam contoh berikut:sinar matanya memancarkan rasa belas kasih membuat hatiku renyuh dan terharu.Dituding Nurani (2013:2)Pluit kapal berkumandang dari cakerawala,Dituding Nurani (2013:2)AsonansiAsonansi bermaksud pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deratan kata atau ayat. Contohnya : Kulihat dia melambaikan tangannya ke arahku, gementar tubuhku menahan gejolak hati yang menjerit.Dituding Nurani (2013:3)Perulangan vokal 'i' sebanyak 5 kali dalam barisan ayat.