signifikan bm klasik

8
Bahagian 2 - memerlukan anda membuat perbincangan dan mendokumentasikan kesignifikan perkembangan bahasa Melayu Klasik yang merupakan asas bahasa Melayu Moden bagi membuktikan serta menyokong bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang terbesar di dunia. Pendokumentasian ini haruslah dapat menyokong penghujahan di bahagian 1. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bermula dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu Klasik dan akhirnya bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik, tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat. Namun begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan terhadap bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan sekitar abad ke-14 hingga abad ke-18. Zaman ini merangkumi tiga zaman pemerintahan kerajaan Melayu iaitu Kerajaan Melaka, Kerajaan Acheh dan Kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat pada zaman kesultanan Melaka. Antara karya terpenting ialah Sulalatus Salatin, Undang-undang Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Muhamad Hanafiah. . Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Zaman penting

Upload: suri

Post on 08-Apr-2016

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bahasa melayu klasik merupakan kesinambungan kepada pekembangan bahasa melayu moden

TRANSCRIPT

Page 1: Signifikan Bm Klasik

Bahagian 2 - memerlukan anda membuat perbincangan dan mendokumentasikan kesignifikan

perkembangan bahasa Melayu Klasik yang merupakan asas bahasa Melayu Moden

bagi membuktikan serta menyokong bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang

terbesar di dunia. Pendokumentasian ini haruslah dapat menyokong penghujahan di

bahagian 1.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK

Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga

tahap utama iaitu bermula dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu

Klasik dan akhirnya bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Moden merupakan

kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik, tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh

bahasa Inggeris yang sangat kuat. Namun begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan

terhadap bahasa Melayu Klasik.

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan sekitar abad  ke-14

hingga abad ke-18. Zaman ini merangkumi tiga zaman pemerintahan kerajaan Melayu iaitu

Kerajaan Melaka, Kerajaan Acheh dan Kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu berkembang

dengan pesat pada zaman kesultanan Melaka.  Antara karya terpenting ialah Sulalatus Salatin,

Undang-undang Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat

Muhamad Hanafiah.

. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu

zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Zaman

penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu

Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat

meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu

telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca”

para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh

Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi.

Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk

mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan

Page 2: Signifikan Bm Klasik

Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya

dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. 

Setelah kejatuhan Melaka 1511, perkembangan Bahasa Melayu berpindah pula ke

Acheh. Bahasa Melayu digunakan untuk karya-karya berbentuk tasawuf, falsafah, dan

ketatanegaraan. Antara tokoh yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-

Sumaterani, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Bahasa Melayu juga digunakan

untuk menulis surat-surat antara pemerintah dengan raja Inggeris dan para pedagang luar. Hal

ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu sangat luas dipertuturkan dan mempunyai

ramai penutur.

Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda

yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan

kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga

digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu

bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

SIGNIFIKAN BAHASA MELAYU KLASIK

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri.

Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa

Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya

tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga

penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan

Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri

budaya yang penting.

Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa, khususnya dalam zaman

bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya. Pada

masa ini bahasa Melayu belum sampai ke tahap bahasa antarabangsa yang

Page 3: Signifikan Bm Klasik

dominan sebagaimana halnya dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa

ibunda atau bahasa pertama lebih 45% penduduk 10 buah negara di dunia seperti

United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Barbados, Jamaica, Trinidad,

Amerika Syarikat, Kanada dan Guyana (Fishman et al., 1977),

Bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenali sebagai Zaman

Bahasa Melayu Praklasik. Pada zaman ini, pengaruh Islam dan arab terhadap amat

ketara. Bahasa yang digunakan masih bahasa Melayu kuno dengan pengaruh

bahasa Sankrit tetapi pada masa yang sama telah diresapi oleh istilah-istilah Islam

atau kosa kata bahasa Arab. Pada zaman transisi ini, bahasa Melayu mengalami

evolusi yang kedua sehingga akhirnya mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara

Jawi. Bahasa Melayu yang ditulis dengan aksara Jawi ini dinamakan bahasa Melayu

klasik.

Bahasa Melayu klasik mencapai kegemilangannya pada zaman kerajaan

Melaka, zaman kerajaan Aceh, dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu

berkembang dengan pesat pada zaman Melaka kerana pengaruh politik Melayu

membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan mudah, bahasa melayu

digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam yang tinggi darjah

kebudayaannya dan perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada

bahasa Arab yang membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang

kesusasteraan, sejarah dan undang-undang. Bahasa Melayu mengekalkan

peranannya sebagau bahsa perantaraan di Kepulauan Melayu pada Zaman Bahasa

Melayu Klasik. Ini dapat dibuktikan dengan Daftar kata Melayu-Itali yang disusun

oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521.

Bahasa Melayu klasik juga digunakan sebagai bahasa pentadbiran atau

bahasa rasmi. Buktinya, bahasa Melayu klasik digunakan dalam urusan surat-

menyurat antara raja di Kepulauan Melayu, antara raja Melayu dengan raja Negara

asing, dan antara raja Melayu dengan para pedagang Eropah. Bahasa Melayu

klasik juga berperanan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

Bahasa Melayu klasik memainkan peranan yang lebih luas jika dibanding

dengan bahasa Melayu kuno.

Page 4: Signifikan Bm Klasik

1.1.3.2 Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik

Bahan-bahan bukti penggunaan bahasa Melayu klasik terdapat pada Batu

Bersurat Terengganu, surat-surat awal dan katya-karya sastera yang dihasilkan

pada zaman bahasa Melayu klasik.

Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Teresat, dekat Kuala Berang, Terengganu kira-

kira pada tahun 1899. Syed Muhammad Naquib al- Attas menetapkan bahawa

tarikh yang tercatat pada batu bersurat itu ialah 4 Rejab 702 Hijrah (22 Februari

1303 M). Tulisan yang terdapat pada batu bersurat ini ialah tulisan Jawi.

Contoh surat-surat awal ialah surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal (1521 M

dan 1522 M), surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada Kaptan Harry Middleton

(1602 M) dan sebagainya.

Karya-karta sastera yang dihasilkan termasuklah Sejarah Melayu, Hikayat Hang

Tuah, Hukum Kanun Melaka dan sebagainya

Antara bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah:

a.       Batu bersurat Kuala Berang Terengganu.

b.      Karya-karya sastera seperti Sulalatus Salatih, Undang-undang Melaka Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamd Hanafiah dan lain-lain.

c.       Surat-surat raja-raja Melayu dengan pemerintah atau pedagang Eropah seperti surat Raja Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester 1601, Surat Sultan Alauddin Shah kepada Harry Middleton 1602), Surat Sultan Acheh kepada King James Raja Inggeris 1612.

2.      Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang digunakan merupakan gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Perhatikan transkripsinya seperti yang berikut ini:

hijrat nabi mungstapa yang prasidatujoh ratus asta puluh sawarsahaji catur dan dasa wara sukraraja iman warda (?) rahmat Allahgutra barubasa mpu hak kadah pasemataruk tasih tanah samuha

Page 5: Signifikan Bm Klasik

ilahi ya rabbi Tuhan samuhataruh dalam swarga Tuhan tatuha

3.      Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh di atas, sebagai berikut:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat, tujuh ratus delapan puluh satu tahun,bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda) dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,menarok di laut dan darat semesta (semua)Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.

4.      Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.

Bahasa Melayu klasik merupakan asas kepada bahasa Melayu moden. (Bukti yang menyokong)

Secara keseluruhannya, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu negara. Pada hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan bahasa moden adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik. Bahasa melayu moden menerima warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik sebelumnya dan bahasa melayu moden kini mewariskan hasil karya-karya pada masa akan datang.

Terdapat persoalan baru iaitu "bagaimana dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa asing?" Sebenarnya, pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa asing cukup memberangsangkan. Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 telah disertai oleh 33 buah negara. Antara negara-negara yang turut bertanding ialah Albania, Afrika Selatan, Afghanistan, Belanda, China, Ghana, India, Itali, Jepun, Jerman dan banyak lagi..

Kesimpulannya, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikannya tersendiri. Ianya menjadi titik bermulanya Bahasa Melayu Moden dan sebagai asas pembentukan bahasa baku di negara kita.

Apabila Islam datang ke alam Melayu pada sekitar abad ke-10 (malah sumber Acheh menyatakan bahawa Islam telah tiba di alam Melayu pada abad kelapan lagi), bahasa Melayu mengalami interaksi dengan satu lagi bahasa antarabangsa, iaitu bahasa Arab dan di sisi itu juga kemudian bahasa Parsi. Menurut al-Attas, kegiatan penterjemahan teks daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu telah berlangsung, seperti usaha penterjemahan Aqaid al-Nasafi yang merupakan antara kitab tertua dalam bahasa Melayu. Dengan demikian, bahasa Melayu telah diantarabangsakan dari sudut kandungan bahasa

Page 6: Signifikan Bm Klasik

itu sendiri dan pada waktu yang sama dari sudut peranannya juga, iaitu sebagai bahasa yang digunakan dalam ranah hubungan antarabangsa, khususnya sebagai bahasa diplomasi. Antaranya termasuklah surat Sultan Aceh kepada kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat Sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612). Bahasa Melayu telah mula mendapat perhatian sarjana Barat sehingga seawal abad ke-17 telah terhasil sejumlah buku tatabahasa dan kamus, seperti karya de Houtman (1603), Albert Ruyl (1611), Casper Wittens dan Sebastian Danckaerts (1623) dan David Haex (1631).

Masukan gambar