sifat sifat bahasa

Upload: ruzaini-ismail

Post on 03-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sifat Sifat Bahasa

    1/4

    SIFAT-SIFAT BAHASA

    1.Bahasa sebagai satu sistem

    Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi

    perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis. Terdapat beberapa unit

    tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya

    (klausa, ayat, kata). Namun demikian, tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh

    dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu.

    Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan

    bahasa. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. Bahasa memiliki dua

    sistem besar yang juga merupakan bagian inti dari sebuah bahasa, iaitu :

    1. Sistem bunyi

    2. Sistem makna

    Sebagai contoh :

    BAHASA MELAYU

    buku itu

    sebuah buku merah

    pensel ini

    BAHASA INGGERIS

    that car (kereta itu)

    three red books (tiga buah buku yang merah)

    the beautiful book (buku yang cantik itu)

  • 7/28/2019 Sifat Sifat Bahasa

    2/4

    2.Bahasa bersifat dinamis

    Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan

    berinteraksi dengan manusia lain. Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia

    dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan

    kata sesuatu bahasa itu. Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

    Bahasa bersifat dinamis, terus-menerus mengalami perubahan dan

    perkembangan. Sifat dinamis bahasa perlu dilakukan oleh bahasa itu sendiri agar dapat

    menyesuaikan perkembangan zaman, sehingga tidak ditinggal zaman atau mati.

    3.Bahasa itu bersifat arbitrari

    Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan

    makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu

    masyarakat. Arbitrari juga dapat didefinisikan sebagai tidak adanya aturan secara

    khusus, hanya kesepakatan sebuah konvensi. Tidak semestinya ada hubungan antara

    bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh kerana sifat-sifat

    arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan

    bagi benda-benda sama.

    Sebagai contoh:

    dalam Bahasa Melayu itu dipanggil kereta

    dalam Bahasa Inggeris dipanggil car

    voiture dalam Bahasa Perancis.

  • 7/28/2019 Sifat Sifat Bahasa

    3/4

    4.Bahasa sebagai alat berkomunikasi.

    Fungsi utama bahasa adalah sebagai saranan alat komunikasi yang

    memungkinkan manusia dapat saling berinteraksi. Proses komunikasi ialah adanya

    maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.

    Antara faktor yang mengubah bahasa ialah;

    pendengar : orang yang dilawan bercakap.

    tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat,

    termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.

    butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama

    ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

    5. Bahasa mempunyai makna

    Bahasa memiliki makna, sesuai dengan fungsi bahasa sebagai saranan untuk

    berkomunikasi. Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. Sesuatu

    perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.Komunikasi akan berkesan sekiranya

    sipenutur dan sipendengar dapat saling berkomunikasi. Kedua-dua pihak dapat

    memahami apa yang dituturkan.

    6. Bahasa itu linear

    Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat

    artikulasi satu demi satu. Sebagai contoh untuk menyebut kunci , bunyi-bunyi yang

    dihasilkan ialah k, u, n, c, dan i. Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin

    dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.

  • 7/28/2019 Sifat Sifat Bahasa

    4/4

    7. Vokal

    Hakikat bahasa yang sebenarnya adalah bunyi yang dihasilkan oleh articulator

    sehingga bahasa yang sebenarnya adalah bahasa lisan.

    8. Simbol

    Bahasa sebagai simbol dapat digunakan secara singkat dan efisien. Simbol atau

    lambang tersebut pada umumnya memiliki arti tersendiri, menggambarkan apa yang

    dilambangkan.

    9. Mengacu pada Dirinya Sendiri

    Bahasa manusia dapat digunakan untuk menyebutkan, menjelaskan atau

    mendeskripsikan bahasa itu sendiri. Hal ini tidak berlaku pada bahasa binatang, bahasa

    binatang tidak dapat digunakan untuk menganalisis bahasa mereka sendiri.

    10. Produktif

    Dengan unsur-unsur yang jumlahnya terbatas mampu dibuat bahasa yang

    jumlahnya tak terbatas

    11. Konvensional

    Semua anggota masyarakat mematuhi konvensi bahasa bahwa lambang tertentu

    digunakan untuk mewakili konsep tertentu.

    12. Universal

    Dapat diterima atau digunakan secara umum atau sejumlah orang yang banyak