mappicxs: bab 2 sifat-sifat seorang genius

35
MAPPiCXS : BAB 2 _________________________ SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS SHAYA’A OTHAMN Felo Academik/Pengarah Urusan Pusat Kecemerlangan Global KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KEDAH

Upload: mappicxs-shayaa-othman

Post on 06-Dec-2014

740 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPiCXS : BAB 2

_________________________

SIFAT-SIFAT SEORANG

GENIUS

SHAYA’A OTHAMN Felo Academik/Pengarah Urusan

Pusat Kecemerlangan Global KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KEDAH

Page 2: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 2

BAB 2

SIFAT-SIFAT SEORANG

GENIUS

Jika anda tidak dilahirkan sebagai seorang genius, pasti anda

boleh menjadi seorang genius dengan memiliki sifat-sifat

seorang genius.

______________________________________________

Anda mungkin tidak dilahirkan sebagai seorang genius, tetapi

tidak mustahil bagi anda memiliki sifat-sifat yang ada oleh

seorang genius. Anda boleh mengamalkan kesemua atau

sebahagian daripada sifat-sifat yang ada pada seorang genius.

Sebagai contohnya seorang genius mempunyai sifat

menggubal visi [vision] dalam hidupnya. Tidaklah susah bagi

anda mengamalkan sifat seumpama ini. Satu contoh lagi

seorang genius mempunyai sifat mengurus [managing] dalam

semua perkara yang dilakukan. Sifat ini juga boleh anda

amalkan dalam hidup anda seharian.

Sifat - sifat yang penting yang ada kaitannya dengan

MAPPiCXS adalah termasuk sifat Visi [Vision], kebolehan

minda [ Mental literacy], Bayangan [Imagination], dan sifat

Mencipta/Fleksibel [Creativity/Flexibility].

Page 3: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 3

SENARAI SIFAT-SIFAT SEORANG

GENIUS

Antara sifat-sifat penting yang ada pada seseorang genius

meleputi 20 sifat-sifat sepertimana yang disenaraikan seperti

berikut:

1. Beriman Kepada Allah [Faith to God]

2. Mempunyi Visi Yang Jelas

3. Mempunyai keinginan melakukan perkara yang baik.

[Desire]

4. Kebolehan Mengurus [Managing]

5. Komitmen [Commitment]

6. Ketekunan [Persistent]

7. Belajar Dari Kesilapan [Learning from Mistakes]

8. Cinta Pada Belajar [Love to Learn]

9. Kebolehan Minda [Mental Literacy]

10. Gambaran [Visualization]

11. Fikiran Positif [Postive Attitute]

12. Auto-Cadangan Postif [Postive Auto-Suggestion]

13. Bisikan Hati [Intution]

14. Dalam Kumpulan Intelektual [Intellectual Group]

15. Role-Model Dalam Minda [Role-Model in Mind)

16. Amanah [Honesty]

17. Keberanian [Courage]

18. Kreatif [Creative]

19. Cinta pada Tugas [ Love to Task]

20. Sentiasa Bertenaga [Energetic]

Page 4: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 4

Dua puluh sifat-sifat yang disenaraikan di atas boleh

dirumuskan dengen bentuk MAPPiCXS seperti dapat dilihat

di Carta 2.1 berikutnya.

Carta 2.1 : Sifat-Sifat Seorang Genius

Page 5: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 5

1. BERIMAN KEPADA ALLAH

Mungkin ramai daripada anda yang tidak menyangka bahawa

sifat seumpama ini ada pada genius. Apa yang dimaksudkan

di sini ialah kepercayaan kepada diri sendiri dan bertawakal

kepada Allah. Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi ianya

memberi kefahaman IMAN, kepercayaan kepada Allah atau

dengan kata lain “insyAllah” – bermaksud bahawa, dengan

penuh kepercayaan segala usaha yang diusahakan pasti atau

insyAllah akan berjaya.

Al-Quran, Surah 22, :Ayat 5; Allah s.w.t. Berfirman :

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin

orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus”

Mengenai sebab manusia dicipta, Allah s.w.t Berfirman dalam

Al-Quran, Surah: 51, Ayat 56 :

Maksudnya: “ Dan Aku jadikan manusia dan jin melainkan

untuk menyembah Aku”

Page 6: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 6

Sebagai contohnya, seorang genius seperti Alhazen,

merupakan seorang ahli sains pertama di dunia yang

membahaskan tentang visi yang berlaku di otak, bukan di

mata, mempunyai keimanan dan kepercayaan kepada Allah

yang amat teguh.

Dalam hal ini sifat keimanan perlu ada pada anda bagi

melengkapkan diri anda ke arah mewujudkan diri anda

mempunyai sifat-sifat genius. Ini tidak mustahil dilakukan.

Dengan adanya IMAN yang teguh pada diri anda,

kepercayaan pada diri anda sendiri untuk membuat sesuatu

dengan jayanya, kejayaan akan tercapai dengan bantuan Allah

SWT.

2. VISI

Genius mempunyai visi dan matlamat utama dalam hidup

mereka [vision of their life’s chief goal]. Genius menggubal

dengan jelas dan terperinci gambar dalaman apa yang mereka

Page 7: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 7

ingin capai, bagaimana mereka akan melakukannya, dan

kejayaan yang ingin mereka perolehi.

Jika anda ingin melahirkan sifat genius ini, anda perlu

meneliti nilai utama yang ada pada diri anda, tujuan

hidup anda, dan seterusnya menggubal cita-cita anda dan

berusaha ke arah merealisasikannya.

Contohnya seorang pelajar perlu mempunyai visi seperti

berikut:

Visi :

Menjadi Seorang Doktor Pakar Terkenal Di Dunia Yang

Sentiasa Beriman Kepada Allah.

Matlamat :

1. Mendapat Keputusan Cemerlang - 11 A1

2. Mendapat Keputusan Cemerlang - 4 pointers

dalam keputusan Universiti

3. Mendapat Anugerah Cemerlang Dalam Pekerjaan

4. Mengamalkan Rukun Islam Yang Lima

Pakar bidang sains kejayaan mendapati bahawa otak anda

adalah merupakan organisma [organism] yang mencari-

matlamat [goal-seeking]. Apa sahaja matlamat [goal] yang

anda berikan pada minda anda, ianya akan berkerja malam

dan siang ke arah mencapainya.

Anda perlu ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib

anda sehingga anda sendiri berusaha mengubahnya.

Page 8: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 8

Sepertimana Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Surah 13,

Ayat 11:

3. BERKEINGINAN

Berkeinginan atau desire merupakan sifat yang penting dan di

beri penekanan istemewa oleh penulis Jack M. Zufelt (2002),

dalam bukunya bertajuk The DNA of Success. Kuatnya

keinginan yang ada pada mereka yang cemerlang, mereka

tidak akan memberi peluang apa sahaja yang cuba

menghalang mereka mencapai matlamat mereka.

Sebagai contoh pereka pertama mentol cahaya lampu [light

bulb], iaitu Thomas Edison, mempunyai komitmen yang

sungguh kuat untuk mereka cipta mentol cahaya ini.

Page 9: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 9

Kesimpulannya genius mempunyai perasaan keinginan yang

sentiasa menyala untuk berusaha mencapai matlamat mereka.

Cuba anda fikirkan apa yang akan anda capai sekiranya anda

mempunyai KEINGINAN tahap seumpama ini dalam hidup

anda?

Bangunkanlah atau wujudkan sifat genius ini dalam hidup

anda supaya ianya sentiasa menyalakan kecenderungan dan

kemahuan anda. Wujudkan satu momentum sebagai tulang

belakang keinginan anda.

Apa sahaja cita-cita atau matlamat yang ingin anda capai

semuanya kerana Allah SWT. Anda jangan lupa apa yang

anda perakukan tidak kurang dari 5 kali sehari dalam

sembahyang seharian anda membaca doa berikut seperti

dinyatakan dalam Al-Quran Surah 6, Ayat 162:

Bermaksud:

“Sembahyangku, pengorbananku, hidupku, matiku, adalah

semuanya kepada Allah, Tuhan sekalian alam”

Di samping itu apa yang kita lakukan hendaklah kita

bertawakal kepada Allah SAW, dan Allah SWT berfirman

dalam Al-Quran Sura17, Ayat 19:

Page 10: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 10

Maksudnya: “Allah cinta kepada sesiapa yang bertawakal

kepadaNya”

4. MENGURUS

Genius merancang segala yang dilakukan dalam hidupnya. Ini

adalah satu sifat yang penting yang ada pada para genius.

Mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang

terserlah untuk mengurus kehidupan mereka. Genius boleh

membuat perancangan jangka-pendek [short-term planning]

dan perancangan jangka-panjang [long-term planning].

Mereka pandai menyusun [organizing] sumber yang ada pada

mereka - tenaga, masa dan kewangan. Mereka pandai

memimpin (leading) diri mereka sendiri, dan mereka sentiasa

mengawal (controlling) diri mereka supaya dapat maju ke

hadapan sepertimana yang dirancangkan.

Dalam mengurus diri mereka (Merancang, Menyusun,

Memimpin, dan Mengawal], mereka tidak lupa berfikir

supaya apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan

kehendak Allah SWT. Bolehkah anda mempunyai sifat

seumpama ini?.

Page 11: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 11

Pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus adalah tidak

susah dipelajari. Cuba anda teliti Proses Pengurusan yang

diamalkan oleh para genius dalam bentuk MAPPiCXS

berikut:

Carta 2. 2 MAPPiXCS: Proses Pengurusan

Quran 6:50 Apakah tidak kamu berfikir

Page 12: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 12

5. KOMITMEN

Genius mempunyai sifat komitmen yang tinggi. Seorang

genius melahirkan satu ketetapan atau keputusan yang kukuh

untuk bertindak mengikut VISI, KEINGINAN dan

KEPERCAYAAN mereka, sepertimana yang telah

diperjelaskan terdahulu. Dalam hal ini genius kebiasaannya

mendedahkan kepada umum di atas hasrat mereka. Ini dengan

sendirinya akan menjadi satu tekenan kepada mereka untuk

melaksanakan hasrat mereka dengan penuh komitmen.

Anda boleh melakukan seumpama yang dilakukan oleh para

genius, dengan mengumumkan kepada orang lain matlamat

[goal] anda. Keadaan seumpama ini akan mewujudkan satu

tekanan tambahan [extra - pressure] kepada anda supaya lebih

komited untuk menjayakan apa yang anda inginkan.

Page 13: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 13

6. KETEKUNAN [PERSISTENT]

Sifat ketekunan dalam membuat sesuatu usaha adalah satu

sifat yang pasti ada pada para genius. Banyak perkara

yang mereka inginkan, dan mereka tidak mempunyai sifat

membuang masa. Mereka sentiasa berusaha dengan penuh

bertenaga, seolah-olah mereka melekat-kepada- tugas

[stick-to-the action].

Anda semua boleh bersifat begini. Jika anda sentiasa

berusaha lebih dari yang biasa, anda mungkin terperanjat

bahawa anda akan mendapati anda mempunyai sifat

KETEKUNAN. Bolehlah anda katakan bahawa sifat

ketekunan yang ada pada para genius bermaksud sebagai

penumpuan-dalam-perbuatan [concentration-in-action]

kepada apa sahaja usaha yang akan anda lakukan.

Sifat Ketekunan Belajar Mahasiswi INSANIAH : Sifat Genius.

Sifat ketekunan adalah satu sifat yang penting, dan sifat

ini adalah sifat yang mulia dan suruhan Allah SWT

Page 14: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 14

sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran Surah

AdzDzariyaat. Ayat 55

Bermaksud “Dan tetap tekunlah engkau memberi

peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu

mendatangkan faedah kepada orang-orang yang

beriman.”

KETEKUNAN bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran

bahakan apa bentuk kerja yang kita buat.

Mahasiswa antarabangsa INSANIAH, mendengar

taklimat supaya tekun membuat kerja amal.

Page 15: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 15

7. BELAJAR DARI KESILAPAN

Semua manusia termasuk para genius pasti akan mengalami

kesilapan dalam hidup mereka, walaupun perancangan telah

dibuat dengan terperinci.

Para genius menjadikan segala kesilapan atau kegagalan yang

mereka alami atau tempuhi, sebagai satu peluang untuk

mereka memperbaiki usaha mereka untuk menuju kejayaan

yang lebih besar lagi.

Sifat ini perlu anda hayati. Kegagalan adalah merupakan

satu jalan menuju kejayaan yang lebih besar lagi.

Kebanyakan daripada anda berputus asa tatkala menempuh

kegagalan atau kesusahan. Sifat negatif ini perlu anda

kikiskan daripada diri anda.

Sifat ini selaras dengan firman Allah, [Tuhan sekalian alam,]

di dalam Andab Suci Al-Quran dalam Surah 94, Ayat 5 dan

diulangi lagi pada Ayat 6:

Bermaksud: Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya.

Setiap kesusahan itu pasti ada kesenanganya.

8 CINTA PADA BELAJAR

Page 16: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 16

Para genius mempunyai sifat cinta pada belajar [love to

learn], untuk sentiasa menambahkan ilmu mereka. Para

genius sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan baik dalam

bidang yang khusus, mahupun dalam bidang ilmu dunia yang

luas. Maka tidak membuang masa dalam membaca buku yang

tidak memberi faedah seperti buku-buku khayalan [fiction

books].

Contohnya ialah genius yang terkenal di dunia seperti Ibnu

Sina, bapa kepada ilmu perubatan moden iaitu seorang ahli

sains Islam yang dikenali di kalangan ahli sains barat dengan

nama Avicenna [Abu Ali ai-Hasan ibn Abdullah ibn Sina],

adalah merupakan pengasas pertama menerangkan berbagai

sudut neuropsychiatric, termasuk hallucination, insomnia,

mania, nightmare, melancholia, dementia, epilepsy, par ilmu

selain daripada ilmu perubatan. alysis, stroke, vertigo dan

tremor. Beliau mengawasi berbagai bidang

Page 17: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 17

Rasulullah SAW. mengatakan: Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid

1. Hadis Nombor 0223

'Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka

Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.

Sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya kerana

senang kepada orang yang mencari ilmu. Sesungguhnya

orang yang mencari ilmu akan dimintakan keampunan oleh

orang ada di langit dan bumi sehingga ikan-ikan yang ada di

air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim dibanding abid -

tekun ibadah- adalah seperti keutamaan/kelebihan bulan

terhadap segala bintang. Sesungguhnya seorang ulama/alim

adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu

tidak mewariskan dinar dan dirham, bahawasanya mereka itu

mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya

maka dia mengambil suatu bahagian yang sempurna."

9. KEBOLEHAN MINDA [MENTAL

LITERACY]

Adalah satu sifat para genius mengetahui fungsi otak mereka.

Mereka mengambil berat untuk mengetahui bagaimana otak

berfungsi atau berfikir. Dengan pengetahun ini mereka boleh

menggunakan otak mereka ke tahap yang maksima.

Para genius seperti Alhasan, iatu insan pertama di dunia

mengkaji fungsi otak, dan menemui bahawa otak yang berfikir

bukan hati.

Page 18: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 18

Pada abad ke 10 seorang genius Muslim bernama Najab ud-din

Muhammad, buat pertama kalinya menerangkan secara terperinci

mengenai beberapa masalah “neurological disorders” , termasuk

agitated depression, neurosis, priapism, impotence, psychosis dan

mania.

Pada abad yang sama juga seorang lagi genius Muslim

bernama Haly Abbas menerangkan mengenai neuroanatomy,

neurobiology dan neurophysiology dalam otak. Beliau

merupakan manusia pertama yang menerangkan mengenai

neurological disorders, termasuk sleeping sickness, memory

Page 19: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 19

loss, hypochondriasis, coma, hot and cold meningitis, vertigo

epilepsy, love sickness,

Otak manusia terbahagi kepada 3 komponen [Cereberum,

Cerebellum dan Brain Stem] dan 2 bahagian – otak kiri dan

otak kanan. Setiap komponan dan kedua-dua bahagian

masing-masing mempunyai fungsi berlainan.

Fungsi otak ini akan diperjelaskan dengan terperinci pada

Bab- Bab berikutnya. Anda perlu mengetahui fungsi otak anda

sekiranya anda ingin mengamalkan sifat para genius, yang

sentiasa memberi keutamaan mengetahui fungsi otak.

Page 20: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 20

10. GAMBARAN [VISUALIZTION]

Seorang ahli sains Albert Einstein [Pemenanang Hadiah

Nobal Karia physic] , menulis “Imagination is everything. It is

the preview of life’s coming attraction” Sifat mewujudkan

GAMBARAN yang ingin mereka capaikan adalah satu sifat

yang ada pada para genius.

Gambaran atau visualization adalah merupakan satu

perbuatan mengolah atau membentuk gambaran dalam minda

anda, kepada apa yang anda ingin capaikan. Gambaran

bolehlah dikatakan satu teknik kejayaan [sucess tool] yang

kurang digunakan oleh anda semua. Sifat ini perlu dijadikan

satu sifat anda seharian.

Page 21: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 21

Contohnya, sebagai pelajar anda menetapkan matlamat anda

untuk mendapat markah A1 dalam semua mata pelajaran. Apa

yang anda perlu buat ialah menggambarkan atau visualize

dalam minda anda bahawa sijil keputusan yang akan anda

terima tercatat A1 dalam semua mata pelajaran anda. Begitu

juga anda gambarkan anda naik ke pentas untuk menerima

Sijil Anugerah Cemerlang dari Pengetua Sekolah anda, atau

dari Rektor Universiti anda.

Page 22: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 22

11. FIKIRAN POSITIF

Berfikiran positif adalah merupakan sifat para genius.

Mengapa genius mempunyai fikiran positif?. Anda semua

tahu jawapannya. Contohnya jika sekiranya anda mempunyai

sifat fikiran negatif, apa yang ingin anda lakukan semuanya

tidak akan berjaya. Pemikiran “Saya tidak boleh” perlu tidak

ada dalam minda anda. Sebaliknya anda sentiasa mempunyai

pemikiran positif “Saya boleh, insyAllah”.

Daripada kajian yang dibuat, ahli pengkaji otak terkini

menemui bahawa percakapan positif [positive self-talk] dan

gambaran positif [positive visualization] digabungkan dengan

latihan dan tunjuk ajar, seseorang itu boleh belajar membuat

sesuatu, tidak kira apa sahaja

Page 23: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 23

12. AUTO-CADANGAN [AUTO-SUGGESTION]

Kebanyakan anda mengeluarkan 90% percakapan pada diri

anda [self-talked] yang negatif dan mengalah-diri [self-

defeating]. Berlainan dengan para genius yang mana 90%

daripada percakapan pada diri mereka [self-talk] adalah positif

dan membina [supportive].

Anda boleh melatih diri anda dengan sentiasa bercakap pada

diri anda secara poistif dan membina seperti para genius.

Contohnya cakap pada diri anda sendiri dan tidak

mempedulikan apa rakan anda berkata pada anda:

“SAYA ADALAH SEORANG GENIUS!”

“SAYA MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT SEORANG

GENIUS!”

“I am a genius! I have all the characteristics of a genius!”

Page 24: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 24

13. BISIKAN HATI

Sifat ini sukar difahami. Walau bagaimanapun sifat ini

merupakan satu sifat di mana otak anda menghasilkan satu

pemikiran halus [gerak hati] berdasarkan pengalaman dan

ilmu yang tersimpan. Boleh juga dikatakan bahawa bisikan

hati atau gerak hati merupakan satu ilham [wisdom] yang

dikurniakan oleh Allah pada anda. Ilham yang terbit adalah

berpandukan kepada ilmu dan pengalaman yang dialami

dalam perjalanan hidup seseorang.

Anda boleh mempunyai gerak hati yang positif, sekiranya

otak anda sentiasa dipenuhi dengan ilmu dan pengalaman.

Anda tidak membuang masa dengan membaca buku-buku

yang tidak mendatangkan faedah [fiction books], membuat

sesuatu yang juga tidak mendatangkan faedah seperti berfoya-

foya, berkhayal dan bercakap kosong di facebook.

Page 25: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 25

14. BERSAHABAT DENGAN KUMPULAN

TINGGI MINDA

Adalah didapati bahawa para genius mempunyai penasihat-

penasihat, pemimpin-pemimpin, dan kawan-kawan sekeliling

mereka, untuk mendapat nasihat dan menolong mereka

berusaha ke arah mencapai cita-cita mereka. Ini bermakna

bahawa para genius dikelilingi oleh mereka yang mempunyai

minda tinggi [great minds].

Anda boleh mengikuti sifat para genius seumpama ini. Anda

boleh berkawan dengan kumpulan orang yang berilmu, dan

pintar. Program kumpulan usrah bagi pensyarah-pensyarah di

INSANIAH, yang diwujudkan oleh pihak pengurusan adalah

satu contoh minda kumpulan [group mastermind –reality].

Kumpulan Mutu Kerja [KMK] dan Kumpulan Mutu

Pengurusan [KMP], yang biasa diamalkan oleh syarikat-

syarikat pengeluaran atau pembuatan, adalah contoh

seumpama ini.

Sebagai seorang pelajar pula, anda juga boleh mewujudkan

kumpulan seperti seperti ini. Contohnya ialah study group,

atau kumpulan usrah dan sebagainya.

Page 26: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 26

Di samping itu juga kita perlu berdamping dengan golongan

yang tinggi mindanya. Contohnya jika anda seorang penuntut

anda perlu berdamping rapat dengan pensyarah-pensyarah

anda. Anda perlu sering berjumpa untuk mendapatkan

penerangan atau penjelasan walaupun luar dari bilik

kulliyyah.

Gambar: Profesor dan Pakar-Pakar dari University

aAzahar yang di pinjamkan kepada INSANIAH

Jika anda seorang pengurus di syarikat mahupun anda seorang

awam biasa, anda tidak terhalang untuk mendampingi mereka

yang tinggi mindanya.

Anda boleh menghubungi pusat pengajian tinggi seperti

INSANIAH untuk mendapatkan khidmatkan nasihat, atau

bekerjasama menjalankan sesuatu aktiviti seperti aktiviti

penyelidikan dan latihan.

Page 27: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 27

15. MINDA ROLE-MODEL DALAMAN

Para genius mempunyai gambaran seseorang yang dianggap

mereka sebagai role model untuk mereka contohi dalam hidup

mereka. Mereka sentiasa berfikir dalam minda mereka

bagaimana mereka dapat mengikuti sifat-sifat yang ada pada

role model mereka itu.

Dalam hal ini anda boleh menjadikan Nabi Muhammad

[s.a.w.] sebagai role-model yang sentiasa anda fikirkan

mengenai sifat-sifat yang anda cita-cita untuk mengikutinya.

Tidak ada manusia yang lebih baik di dunia ini yang perlu

dijadikan role model selain daripada Nabi Muhammad [s.a.w].

Allah telah berfirman dalam Al-Quran Surah 68 Ayat 4 :

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau

[Muhammad] mempunyi akhlak yang sangat-sangat mulia”

Michael H. Hart (1999) dalam buku kajiannya bertajuk The

100 A Ranking of The Most Influential Persons in History,

meletakkan Nabi Muhammad SAW yang tertinggi sekali -

”Muhammad is the only man in history who was supremely

successful on both the religious and secular levels”

bermaksud bahawa Nabi Muhammad SAW adalah merupakan

hanya seorang dalam sejarah, yang terunggul berjaya dalam

aras kedua-dua agama dan sekular.

Page 28: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 28

Pengalaman Nabi Muhammad SAW meliputi semua bidang

penting dalam kehidupan manusia. Sebagai contohnya dalam

bidang Agrotech, beliau adalah seorang pengurus ternakan

kambing.

Dalam bidang perniagaan beliau mempunyai pengalaman

dalam bidang perniagaan - bukan sahaja di peringkat domestik

bahkan juga di peringkat antarbangsa.

Beliau seorang pemimpin negarawan yang memimpin bukan

sahaja satu kaum atau agama, bahkan berbagai kaum dan

berbagai agama – di peringkat domestik dan antarabangsa.

Sifat terunggul Nabi Muhammad SAW yang diakui oleh

semua manusia – Islam dan juga bukan Islam, perlu menjadi

role-model kepada semua lapisan manusia – dari seorang

manusia biasa kepada pemimpin dunia.

Sir George Bernard Shaw seorang pemimpin British yang

terkenal memandang tinggi perwatakan Nabi Muhammad

SAW:

Page 29: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 29

Seorang paderi Kristian Rev. Reginal Bosworth Smith juga

terpaksa mengakui keunggulan Nabi Muhammad SAW ;

Pemimpin dunia yang terkenal seperti Nepolean Bonaparte

dan juga para ilmuan seperti Professor Hugronue di pengajian

tinggi dunia juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai role-

model yang perlu diikuti oleh manusia :

Page 30: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 30

Tidaklah hairan secara senyap-senyap seseorang genius

menjadikan Nabi Muhammad SAW, sebagi role-model

mereka untuk kejayaan.

Kegagalan manusia dalam semua bidang kejayaan untuk

kebaikan manusia yang berterusan, di dunia dan akhirat, ialah

disebabkan kegagalan kita untuk menjadikan Nabi

Muhammad SAW sebagai role-model.

16. AMANAH

Sifat amanah terdapat pada para genius. Bukan sahaja mereka

amanah pada diri mereka sendiri bahkan juga mereka amanah

kepada orang lain.

Anda pasti boleh bersifat amanah. Amanah pada diri anda

sendiri dan juga kepada yang lain. Sebagai seorang pelajar,

anda diamanahkan oleh ibu bapa anda supaya belajar dan

berjaya dengan cemerlang.

Bagi melaksanakan amanah anda perlu melaksanakannya

dengan penuh komitmen. Sifat amanah ini perlu sentiasa ada

pada anda dalam menjalankan tugas anda di dunia ini,

berjalan menuju ke akhirat.

Dalam melaksanakan sifat amanah yang ada pada para genius,

Allah berfirman di dalam Al-Quran surah al-Anfal ayat 27:

Page 31: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 31

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah

kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulnya, dan

(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,

sedangkan kamu mengatahui salahnya”.

Dalam ayat yang lain, sifat amanah ini, dijelaskan oleh Allah

SWT di dalam Al-Quran surah al-Baqarah ayat 283:

Bermaksud; “ Maka tunaikanlah oleh orang-orang yang

diamanahkannya itu akan amanahnya dan bertakwalah

kepada Allah, Tuhannya”.

Jika anda seorang pengurus syarikat, tunaikan amanah anda

menjalankan tugas seorang pengurus – memikir, merancang,

menyusun, memimpin dan mengawal segala sumber-sumber

penting dalam syarikat anda, meliputi – insan, wang, masa,

maklumat dan harta.

Begitu juga jika anda seorang pelajar, jalankan tugas anda

dengan penuh amanah dalam mengurus diri –memikir,

menyusun, memimpin dan mengawal, ke arah kejayaan

pelajaran anda

Page 32: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 32

17. KEBERANIAN

Sifat berani [courage] untuk menghadapi segala halangan ada

pada para genius, dalam usaha mereka ke arah mencapai cita-

cita mereka. Sikap berani yang ada pada mereka adalah

sungguh luar biasa, di mana mereka akan pasti dapat

mengatasi segala halangan dalam usaha mencapai matlamat

mereka.

Keberanian ini adalah selaras dengan sifat berjihad atau

berjuang habis-habisan dalam usaha anda membuat sesuatu

yang baik [yang diizin oleh Allah] untuk diri anda atau pun

masyarakat amnya.

Jika anda mempunyi sifat keberanian atau jihad, anda bukan

sahaja dapat menguasai duni tetapi juga angkasa lepas

Page 33: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 33

18. KREATIF

Para genius mempunyai sifat kreatif, di mana mereka

sentiasa berfikir untuk mewujudkan perkara yang baru.

Mereka banyak berfikir untuk mewujudkan idea-idea baru

atau cara-cara baru. Anda boleh mempunyai sifat seumpama

ini dengan menggunakan teknik MAPPiCXS untuk mendapat

idea baru dan sebagainya.

Carta MAPPiCXS berikutnya menerangkan maksud kreatif –

definasi, cara, sekatan dan proses.

Page 34: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 34

19. CINTA PADA TUGAS

Genius mempunyai satu sifat di mana mereka sungguh cinta pada tugas mereka. Perasaan

cinta pada tugas ini sungguh mendalam, dan mereka merasa satu tanggungjawab untuk

memanjangkan tugas atau pengetahuan yang ada pada mereka kepada orang lain.

Ini adalah satu sifat yang mulia, dan susah bagi anda mengamalnya. Jika anda mempunyai

sesuatu ilmu atau kemahiran, anda perlu berikan atau ajarkan kepada yang lain, supaya ilmu

atau kemahiran anda itu dapat diperluaskan dan memberi manfaat kepada yang lain.

Allah SWT telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran Surah al-Zahalah (Ayat 7 dan

8), kebaikan ataupun kejahatan yang dilakukannya, akan dihisab, walaupun sebesar zarah

(atom):

Bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam

surat amalnya)!”

Bermaksud: “Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam

surat amalnya).”

Anda perlu mencintai apa sahaja tugas yang telah diamanakan kepada anda, baik anada

seorang pelajar di sekolah, mahupun andan seorang profesor di university.

Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [KUIS] cinta pada belajar,

belajar di mana-mana sahaja

Page 35: MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

MAPPICXS 35

Kejayaan anda sebagai seorang pelajar atau pun seorang pengurus syarikat, mahupun seorang

pemimpin negara, perlu mempunyi satu sifat terpuji, iaitu sifat cinta pada tugas anda.

20. BERTENAGA

Kelihatan lemah dan tidak berupaya bukanlah sifat para genius. Mereka sentiasa penuh

bertenaga dalam melaksanakan apa sahaja tugas yang mereka lakukan. Mereka tidak

mempunyai sikap malas. Hidup mereka penuh bertenaga diisi dengan aktiviti yang berfaedah

kepada diri mereka atau pun kepada yang lain. Tidak seperti anda sibuk dengan tiada kerja.

[Busy doing nothing].

Anda boleh mempunyai sifat seumpama ini – sentiasa penuh bertenaga. Anda perlu buangkan

sikap malas dan bersenam untuk meningkatkan tenaga anda.

Sepertimana yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran surah al-Barakah, ayat

148:

Bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya;

oleh itu berlumba-berlumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu

berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk

menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Bayangkan anda seorang yang tidak bertenaga – malas, lemah, tidak termaya, bolehkan anda

berjaya dalam hidup anda? Malas bertanya juga satu sifat yang tidak baik. Pepatah Melayu “

Malas Bertanya Sesat Dalam Perjalan” atau dengan perkataan lain “ Malas Belajar Sesat

Dalam Kehidupan” dan “Malas Berkerja Sesat Dalam Kemiskinan”