k2 sifat bahasa

27
SIFAT BAHASA Disediakan Oleh; Luqman Nordin Aini Hazirah BMMB 3023

Upload: ainie-hazirah-aziz

Post on 12-Jan-2016

98 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

linguistik terapan pismp bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: k2 Sifat Bahasa

SIFAT BAHASA

Disediakan Oleh;Luqman NordinAini Hazirah

BMMB 3023

Page 2: k2 Sifat Bahasa

SIFAT BAHASA Ciri-ciri Bahasa Fungsi Bahasa

Page 3: k2 Sifat Bahasa

• Menurut Lyons (1988)  bahasa-bahasa di dunia memilik sifat dan ciri sepunya. Ia merangkumi cara menyampaikan perasaan, menanyakan soalan, mengemukakan permintaan, memberi perintah dan membuat kenyataan. Oleh  sebab bahasa boleh berkembang dan berubah maka kerap terdapat istilah-istilah baharu di dalam sesuatu bahasa berbanding dengan bahasa yang lain.

• Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal serta gabungan kedua-duanya akan menghasilkan bunyi yang bermakna. Manakala set-set konsonan dan vokal bila bercantum akan menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.

Page 4: k2 Sifat Bahasa

Ciri-ciri Bahasa

• Bahasa memiliki tujuh ciri, keenam ciri tersebut adalah sistematik, arbitrari, alat komunikasi, sebagai satu simbol, unik, sejagat, dan dinamik.

Page 5: k2 Sifat Bahasa

• a. Sistematik

• Bahasa itu tersusun secara teratur dan mempunyai makna. Kata-kata yang tersusun itu menjadi frasa. Bila frasa itu digabung dengan kata lain, akan menjadi klausa, ketika klausa diberi intonasi atau diikuti klausa lain, akan menjadi kalimat.

Page 6: k2 Sifat Bahasa

• Bahasa Bersifat Arbitrari

• Ini bermakna untuk satu simbol yang sama manusia menggunakan bunyi bahasa berbeza disebabkan oleh pengaruh budaya masing-masing. Bunyi bahasa dengan benda yang dimaksudkan tidak semestinya ada perkaitan. Makna bahasa juga bersifat arbitrari, seperti bunyi ring.., ring.., ring.. adalah bunyi loceng tertentu untuk tujuan yang tertentu pula.

Page 7: k2 Sifat Bahasa

• Bahasa sebagai alat komunikasi

• Boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan dan tulisan. Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat.

• Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang didengar dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengarinya itu.

Page 8: k2 Sifat Bahasa

• Bahasa sebagai alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat dan jarak masa. Dengan bantuan teknologi canggih komunikasi boleh berlaku walaupun jarak penutur dan pendengar berjauhan antara satu dengan yang lain.

Page 9: k2 Sifat Bahasa

• Bahasa Sebagai Satu Simbol

• Bahasa sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar sebagai proses interaksi melalui saluran komunikasi tertentu. Bahasa sebagai simbol perpaduan membawa makna bahasa tertentu itu menjadi alat penutur utama bagi masyarakat dalam sesebuah negara.

Page 10: k2 Sifat Bahasa

• Bahasa Bersifat Unik

• Bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Bahasa bukan di warisi tetapi dipelajari maka tidak hairanlah kalau bayi berbangsa Cina dibesarkan di dalam keluarga Melayu boleh bercakap bahasa Melayu.

Page 11: k2 Sifat Bahasa

• Bahasa Bersifat Sejagat.

• Bahasa dapat dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Secara umum bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan makna. Dengan makna inilah manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi di antara satu dengan yang lain.

Page 12: k2 Sifat Bahasa

• Bahasa Bersifat Dinamik

• Bahasa mempunyai potensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Melalui pergaulan dan berinteraksi di kalangan manusia berlakulah pertembungan kebudayaan menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

Page 13: k2 Sifat Bahasa

PANDANGAN PAKAR TERHADAP CIRI-CIRI BAHASA.

Page 14: k2 Sifat Bahasa

• Anderson (1972)• Bahasa merupakan satu sistem terdiri dari

vokal dan bunyi-bunyi ujaran. Terdapat lambang yang arbitrari yang menjadi alat perhubungan mempunyai kaitan rapat dengan budaya tempat bahsa itu dituturkan. Bahasa sentiasa berubah-ubah serta mempunyai sifat khas dan unit.

Page 15: k2 Sifat Bahasa

• Brown (1980)• Bahasa merupakan sesuatu yang sistematik

yang mempunyai lambang yang sewenang-wenangnya mungkinn bersifat bunyi, visual atau grafik. Lambang bahasa mempunyai makna kebiasaan bersifat kemanusiaan dan universal.

Page 16: k2 Sifat Bahasa

Fungsi Bahas

a

> Alat komunikasi utama.> Dianggap sebagai alat yang paling maju dan berkesan.> Milik mutlak manusia

Page 17: k2 Sifat Bahasa

Fungsi Bahasa menurut Beberapa Tokoh

TOKOH

Halliday

Jacobson

D. Hymes

J. F. Wallwork

Page 18: k2 Sifat Bahasa

Dinamik dan luas

Berfungsi berdasarkan;

(i) situasi (ii) keadaan (iii) konteks

Halliday

Page 19: k2 Sifat Bahasa

Tujuh Fungsi Bahasa Halliday

• Tindakan komunikatif dalam lingkungan yang menyebabkan peristiwa tertentu terjadi

Instrumental

• Pengawasan dan pengendalian peristiwa yang terjadi.

• CIRI; peraturan pertemuan, celaan, ketidaksetujuan, pengawasan tingkah laku, penetapan peraturan

Regulasi

• Penyataan, penyampaian fakta, penjelasan tentang sesuatu keadaan sebenarPemerian

Page 20: k2 Sifat Bahasa

• Pemastian hubungan berpanjangan• Dengan syarat; pengetahuan tentang

dialek, gurauan, cerita rakyat, adat resam, budaya, tatacara pergaulan

Interaksi

• Penyataan perasaan, emosi, peribadi dan reaksinya terhadap sesuatu perkaraPeribadi

• Penggunaan bahasa untuk pemerolehan ilmu melibatkan tentang kajian-kajianHeuristik

• Penciptaan sistem atau gagasan (buah fikiran) yang bersifat khayalan atau imaginasi

Khayalan

Page 21: k2 Sifat Bahasa

Enam Fungsi Bahasa

Jacobson

Page 22: k2 Sifat Bahasa

(i) Referensi:> Pemusatan perhatian pada isi acuan sesuatu maklumat(ii) Emotif:> Pemusatan perhatian kepada keadaan penutur(iii) Konatif:> Pemusatan pada keinginan penutur yang ingin melakukan sesuatu

(vi) Puitik:> Pemusatan pada cara maklumat itu dicatatkan secara tertentu

(v) Fatik:> Pemusatan pada saluran komunikasi pendengar-penutur

(iv) Metalinguistik:> Pemusatan pada kod yang digunakan

Page 23: k2 Sifat Bahasa

D. Hymes

Menyatakan fungsi bahasa berdasarkan bentuk umum dalam penggunaan bahasa

Bahasa untuk menyampaikan maklumat

Fungsi bahasa oleh D. Hymes saling berhubungan

Sesuai dengan segala faktor; tempat penutur dan situasi ujaran tersebut

Page 24: k2 Sifat Bahasa

Fungsi Bahasa

D.Hymes

Ekspresi/emotif Konatif

Puitis

Metalinguistik (berpusat pada makna)

Hubungan (fizikal/psikologi)

Referensi

Kontekstual

Page 25: k2 Sifat Bahasa

Lapan Fungsi

Bahasa J. F. Wallwork

Page 26: k2 Sifat Bahasa

Alat sapaan

Alat keagamaan

Alat bertindak

Alat penyimpanan rekodAlat penyampaian perintah dan

keteranganAlat untuk mempengaruhi orang lain

Alat curahan rasa hati

Alat percambahan minda

Page 27: k2 Sifat Bahasa

Sekian, terima kasih