siaran media - rtm.gov.my khas raya... · bertempat di kompleks kraf noor arfa, ... bagi saya yang...

2
Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 (167) rtm_malaysia RTM Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia Keunikan Lebaran di Terengganu Dalam “Panorama Khas Raya” Pada 12 Julai ini di TV1 KUALA LUMPUR, 30 Jun 2016 – Negeri Terengganu Darul Iman sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan, adat dan budaya serta hasil kraftangan yang bermutu tinggi. Keunikan dan keistimewaan inilah yang telah membawa program Panorama terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM ke Terengganu untuk berkongsi bersama penonton setia TV1 dalam “Panorama Khas Raya” pada 12 Julai ini, pukul 9.00 malam. Bersesuaian dengan tema ‘tradisi tetap dijunjung’, panorama khas raya kali ini menggabungkan kesemua pengacaranya iaitu Haslina Shamsuddin, Rosnani Nasir, Tun Julia Mohd Tahir, Wan Aliazar Wan Halim dan muka baharu Munawar Azmi yang juga merupakan bekas peserta ikon siarawan 2016. Kesemua mereka akan berkongsi sajian tradisi, adat dan budaya serta kraftangan yang menjadi kebanggaan masyarakat di Terengganu. Antara segmen yang bakal dikongsikan ialah nekbat sira, yang merupakan sejenis kuih tradisonal pembasuh mulut yang diperbuat daripada telur, tepung beras, dan gula. Ia merupakan antara hidangan istimewa yang sangat popular di Terengganu pada bulan Ramadan. “Kalau kita lihat resepi kuih ini agak ringkas, namun saya diberitahu tidak ramai orang terengganu yang mahir membuatnya. Proses awalnya juga agak rumit kerana telur perlu dipukul secara manual menggunakan tangan dan biasanya ia memakan masa yang agak lama,” ujar Julia yang pertama kali menikmati kuih nekbat sira ini. Selain itu turut dikongsikan ialah proses penyediaan nasi minyak. Kebiasaannya nasi minyak dihidangkan dimajlis majlis perkahwinan, namun di Terengganu, selain dari ketupat dan lemang, nasi minyak juga turut dihidangkan ketika menyambut lebaran. Kain batik dan songket juga turut sinonim dengan masyarakat Terengganu. Walaupun kini masyarakat mempunyai pelbagai pilihan fabrik moden, namun batik dan songket tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri dari dalam dan luar negara. SIARAN MEDIA

Upload: trinhkhanh

Post on 13-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIARAN MEDIA - rtm.gov.my Khas Raya... · Bertempat di Kompleks Kraf Noor Arfa, ... bagi saya yang baru berjinak jinak dalam dunia penyiaran ini”, ... Seksyen Perhubungan Media

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 (167)

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia

Keunikan Lebaran di Terengganu Dalam “Panorama Khas Raya” Pada 12 Julai ini di TV1 KUALA LUMPUR, 30 Jun 2016 – Negeri Terengganu Darul Iman sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan, adat dan budaya serta hasil kraftangan yang bermutu tinggi. Keunikan dan keistimewaan inilah yang telah membawa program Panorama terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM ke Terengganu untuk berkongsi bersama penonton setia TV1 dalam “Panorama Khas Raya” pada 12 Julai ini, pukul 9.00 malam. Bersesuaian dengan tema ‘tradisi tetap dijunjung’, panorama khas raya kali ini menggabungkan kesemua pengacaranya iaitu Haslina Shamsuddin, Rosnani Nasir, Tun Julia Mohd Tahir, Wan Aliazar Wan Halim dan muka baharu Munawar Azmi yang juga merupakan bekas peserta ikon siarawan 2016. Kesemua mereka akan berkongsi sajian tradisi, adat dan budaya serta kraftangan yang menjadi kebanggaan masyarakat di Terengganu. Antara segmen yang bakal dikongsikan ialah nekbat sira, yang merupakan sejenis kuih tradisonal pembasuh mulut yang diperbuat daripada telur, tepung beras, dan gula. Ia merupakan antara hidangan istimewa yang sangat popular di Terengganu pada bulan Ramadan. “Kalau kita lihat resepi kuih ini agak ringkas, namun saya diberitahu tidak ramai orang terengganu yang mahir membuatnya. Proses awalnya juga agak rumit kerana telur perlu dipukul secara manual menggunakan tangan dan biasanya ia memakan masa yang agak lama,” ujar Julia yang pertama kali menikmati kuih nekbat sira ini. Selain itu turut dikongsikan ialah proses penyediaan nasi minyak. Kebiasaannya nasi minyak dihidangkan dimajlis majlis perkahwinan, namun di Terengganu, selain dari ketupat dan lemang, nasi minyak juga turut dihidangkan ketika menyambut lebaran. Kain batik dan songket juga turut sinonim dengan masyarakat Terengganu. Walaupun kini masyarakat mempunyai pelbagai pilihan fabrik moden, namun batik dan songket tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri dari dalam dan luar negara.

SIARAN MEDIA

Page 2: SIARAN MEDIA - rtm.gov.my Khas Raya... · Bertempat di Kompleks Kraf Noor Arfa, ... bagi saya yang baru berjinak jinak dalam dunia penyiaran ini”, ... Seksyen Perhubungan Media

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 (167)

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia

Bertempat di Kompleks Kraf Noor Arfa, Kuala Terengganu, Tun Julia berpeluang melihat sendiri setiap proses untuk menghasilkan batik dan songket Terengganu. Seiring dengan evolusi permintaan masakini, batik dan songket Terengganu juga turut mengalami transformasi dalam usaha memastikannya kekal releven sepanjang masa. Keindahan dan kehalusan seni ukiran kayu Terengganu bukan sahaja terkenal di dalam negara malah turut diakui di peringkat antarabangsa. Walaupun kini menghadapi pelbagai cabaran antaranya kemasukan tukang ukir dari negara jiran, namun norhaiza nordin, seorang pengukir terkenal dari terengganu masih lagi cekal menghasilkan pelbagai ukiran kayu menarik mengikut citarasa masyarakat masa kini. Selain itu segala ilmu yang diperolehi juga turut dicurahkan untuk mendidik generasi muda Terengganu tentang kemahiran mengukir agar ianya tidak hilang ditelan zaman. Wan Aliazar berpeluang bertemu dengan tokoh pengukir Terengganu di daerah Besut untuk melihat sendiri ini proses penghasilan ukiran kayu. Segala pengalaman dan cabaran seni ukiran kayu di kongsikan dalam segmen seni ukiran melayu Terengganu. Walaupun kurang popular dikalangan masyarakat luar, rodat merupakan satu bentuk persembahan kesenian yang popular satu masa dahulu di negeri terengganu. Menurut kamus dewan, perkataan rodat membawa maksud seni nyanyian arab yang dialun dengan diiringi rebana tar. Seni tari rodat merupakan seni tari yang penuh dengan kelembutan dan gerak tari dilakukan secara berulang-ulang mengikut rentak nyanyian dan aluan rebana tar. Rodat berfungsi sebagai satu medium pengisian bagi kehidupan bermasyarakat di Terengganu. Antaranya rodat berfungsi untuk menyampaikan nasihat, adat, budi bahasa, lawak jenaka dan kasih sayang yang disampaikan dalam bait-bait lirik yang indah dan berirama serta mengasyikkan. Rodat juga kebiasaanya dipersembahkan semasa majlis-majlis keramaian seperti majlis kahwin, berkhatan, musim menuai, Hari Keputeraan Sultan dan pesta kebudayaan. Rosnani Nasir dan Munawar Azmi berpeluang mempelajari seni tari rodat yang semakin hilang ditelan zaman. “Pengalaman belajar menari dan menyanyi persembahan rodat merupakan pengalaman baharu bagi saya yang baru berjinak jinak dalam dunia penyiaran ini”, ujar Munawar yang berasal dari Sarawak. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi : NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Kuala Lumpur Tel : 603 2288 7166 E-mel : [email protected]