dokumen tender - rtm.gov.my · cadangan tender hendaklah dibuat di atas borang yang disediakan...

23
JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM), KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA DOKUMEN TENDER TENDER TERBUKA BAGI TENDER FOR THE PROCUREMENT OF TV CONTENT MANAGEMENT SYSTEM FOR JABATAN PENYIARAN MALAYSIA, ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR PERHATIAN Pembekal yang berminat dinasihatkan agar meneliti Dokumen Tender ini secara terperinci sebelum menyertai Tender ini bagi mengelakkan salah tafsiran, keciciran maklumat dan kegagalan untuk menyempurnakan perkhidmatan yang dikehendaki dan seterusnya menyebabkan Pembekal dikenakan penalti/denda atau disenaraihitamkan. Mac 2018 Hak Cipta Terpelihara © 2018, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

Upload: vuongkhuong

Post on 18-Aug-2018

298 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM), KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA MALAYSIA

DOKUMEN TENDER

TENDER TERBUKA BAGI TENDER FOR THE PROCUREMENT OF TV CONTENT MANAGEMENT SYSTEM FOR JABATAN PENYIARAN MALAYSIA,

ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR

PERHATIAN

Pembekal yang berminat dinasihatkan agar meneliti Dokumen Tender ini secara terperinci sebelum menyertai Tender ini bagi mengelakkan

salah tafsiran, keciciran maklumat dan kegagalan untuk menyempurnakan perkhidmatan yang dikehendaki dan seterusnya

menyebabkan Pembekal dikenakan penalti/denda atau

disenaraihitamkan.

Mac 2018

Hak Cipta Terpelihara © 2018, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

2

KANDUNGAN

Halaman 1.0 KENYATAAN TENDER 3 2.0 ARAHAN KEPADA PEMBEKAL 5 3.0 SYARAT KHAS TENDER 14 4.0 SYARAT AM TENDER 20 5.0 RUJUKAN GAMBAR RAJAH 25

LAMPIRAN

LAMPIRAN I - Borang Tender (Form of Tender) LAMPIRAN II - Keterangan Mengenai Pembekal LAMPIRAN III - Surat Akuan Pembida LAMPIRAN IV - Jadual Pengalaman Pembekal LAMPIRAN V - Jadual Pematuhan (Statement of Compliance) LAMPIRAN VI - Jadual Peralatan (Schedule of Equipment) LAMPIRAN VII - Jadual Harga (Schedule of Price) LAMPIRAN VIII - Maklumat Berhubung Barangan Yang Diimport LAMPIRAN IX - Borang Kewangan I LAMPIRAN X - Borang Kewangan II

3

1 KENYATAAN TENDER

1.1 Pelawaan Tender

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (‘Kerajaan’) mempelawa Tender ini kepada:

a) Syarikat tempatan (‘Pembekal’) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan masih sah tempoh lakunya di bawah pecahan kepala seperti di bawah:

210201 – Alat Perhubungan; 210202 – Sistem Perhubungan/Telekomunikasi; dan 210104 – Software/System Development/Customization

b) Bertaraf Bumiputera dan bukan Bumiputera

Untuk TV Content Management System.

1.2 Pertanyaan

Pertanyaan mengenai urusan Tender hendaklah dibuat secara bertulis melalui e-mail, pos atau faksimile dan dihantar selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh tutup Tender. Tiada pertanyaan boleh dibuat selepas tarikh tutup Tender sehingga keputusan Tender dikeluarkan. Bukti penghantaran pertanyaan tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Kerajaan. Semua pertanyaan akan dijawab mengikut prosedur aduan awam sedia ada. Pertanyaan hendaklah di alamatkan kepada :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan,

Aras 8, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,

Blok 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62100 Putrajaya. Telefon : 03-89117540/7529/7509

Faksimili : 03-89115798 E-mail : [email protected]

(u.p : Puan Haniaryana binti Mustaffa)

4

Pertanyaan berkaitan perkara-perkara teknikal pula hendaklah disalurkan kepada:

Unit Kandungan dan Kreatif,

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia,

Tingkat Aras Bawah, Bangunan IBC, Angkasapuri

50614, Kuala Lumpur Telefon : 03-2288 7316 / 03-2282 4590

Faksimili : 03-2283 7051 E-mail : [email protected]

(u.p :Puan Juita binti Mohd Isa)

Bantuan ePerolehan (Tender):

Telefon : 03-7985 7777 Faks : 03-7985 7800 E-mel : [email protected]

1.3 Tarikh Buka & Tutup Tender

1.3.1 Tarikh pelawaan Tender di laman web rasmi KKMM, RTM dan myProcurement adalah pada hari Rabu, 21 Mac 2018;

1.3.2 Tarikh taklimat Tender adalah hari Rabu , 28 Mac 2018

jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pembangunan Fasiliti, Tingkat Bawah, Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kuala Lumpur;

1.3.3 Hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA,UPKJ dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia SAHAJA yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat tender dan lawatan tapak; dan

1.3.4 Tarikh tutup mengemukakan tawaran Tender ialah pada hari Rabu,

18 April 2018, jam 12.00 tengah hari.

5

2 ARAHAN KEPADA PEMBEKAL

2.1 Cadangan Tender

Cadangan Tender hendaklah dibuat di atas borang yang disediakan dimana yang berkenaan. Borang-borang lain tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal. Borang tambahan mestilah mengandungi medan-medan yang sama dan hampir serupa dari segi ukurannya.

2.1.1 Cadangan Tender wajib menggunakan kaedah cecara konvensional

(manual/luar talian). 2.1.2 Cadangan Tender (secara manual) yang lengkap dan sempurna

diisi wajib dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan sebelum tarikh dan waktu tutup Tender. Peti tersebut ditempatkan di:

Cawangan Pengurusan Perolehan,

Bahagian Kewangan, Aras 8, Kompleks Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia, Blok 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

2.1.3 Dokumen Tender (secara manual/luar talian) hendaklah disediakan dalam dua (2) salinan bagi Cadangan Kewangan dan dua (2) salinan bagi Cadangan Teknikal dan dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berasingan dan dilabelkan seperti berikut:

i) SAMPUL A – CADANGAN KEWANGAN (2 SALINAN) ii) SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL (2 SALINAN)

6

Kedua-dua SAMPUL A dan SAMPUL B hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang lebih besar, berlakri dan di sebelah kiri (atas) dituliskan seperti berikut:

TENDER FOR THE PROCUREMENT OF TV CONTENT

MANAGEMENT SYSTEM FOR JABATAN PENYIARAN MALAYSIA, ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR

(NO. TENDER : KKMM.400-11/17/25)

Cadangan Kewangan bagi Tender ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang bertanda SAMPUL A. Kandungan SAMPUL A adalah seperti berikut:

SAMPUL A – CADANGAN KEWANGAN – Senarai Semak (a) SENARAI SEMAK KESEMPURNAAN CADANGAN

KEWANGAN (SAMPUL A) – WAJIB

(b) BORANG TENDER (LAMPIRAN I) – WAJIB

(c) KETERANGAN MENGENAI PEMBEKAL (LAMPIRAN II) – WAJIB

(d) SURAT AKUAN PEMBIDA (LAMPIRAN III)

– WAJIB

(e) JADUAL PENGALAMAN PEMBEKAL (LAMPIRAN IV) – WAJIB

(f) JADUAL HARGA (SCHEDULE OF PRICE)

(LAMPIRAN VII) – WAJIB (g) BORANG KEWANGAN I (LAMPIRAN IX) –

WAJIB

(h) BORANG KEWANGAN II (LAMPIRAN X) – SEKIRANYA ADA

(i) SIJIL KEHADIRAN TAKLIMAT TENDER (ASAL)

– WAJIB

(j) SALINAN DOKUMEN-DOKUMEN - WAJIB:

7

a. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang masih sah tempoh lakunya;

b. Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera daripada Kementerian Kewangan yang masih sah tempoh lakunya;

c. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia;

d. Salinan Borang 24,44 dan 49;

e. Salinan Penyata Akaun Syarikat pada Tahun 2014, 2015 dan 2016 yang telah diaudit (WAJIB)

f. Salinan penyata bulanan akaun bank syarikat bagi

tiga (3) bulan terakhir (Februari 2018, Januari 2018 dan Disember 2017 atau Disember 2017, November 2017 dan Oktober 2017) (WAJIB)

g. Surat Perwakilan Kuasa dengan Kepala Surat

Pembekal;

h. Salinan sijil pendaftaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang masih sah tempoh lakunya.

Penting : Semua salinan maklumat sokongan di dalam Cadangan Kewangan hendaklah disahkan oleh pegawai atasan yang diberi kuasa oleh syarikat kecuali penyata kewangan yang perlu disahkan oleh pegawai bank yang berkenaan.

8

Cadangan Teknikal bagi Tender ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang bertanda SAMPUL B. Nama Pembekal hendaklah dipastikan TIDAK DIPAMERKAN/DICETAK/DICOP (kecuali Halaman Tertentu) pada mana-mana dokumen yang dikemukakan. Kandungan SAMPUL B adalah seperti berikut:

SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL – Spesifikasi Teknikal

(a) SENARAI SEMAK KESEMPURNAAN CADANGAN

TEKNIKAL (SAMPUL B) – WAJIB (b) JADUAL PEMATUHAN (STATEMENT OF

COMPLIANCE) (LAMPIRAN V) – WAJIB

(c) JADUAL PERALATAN (SCHEDULE OF EQUIPMENT) (LAMPIRAN VI) – WAJIB

(d) MAKLUMAT BERHUBUNG BARANGAN YANG

DIIMPORT (LAMPIRAN VIII) – WAJIB

(e) RISALAH, BROSUR TEKNIKAL, SISTEM DIAGRAM ATAU MAKLUMAT PRODUK YANG DICADANGKAN – WAJIB

(f) SURAT JAMINAN PEMBEKAL / SURAT

SOKONGAN PRINCIPAL (LETTER OF AUTHORISATION) – WAJIB

(g) CADANGAN LUKISAN /SISTEM

DIAGRAM/PELAN LANTAI – WAJIB

(h) CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN/ CARTA GANTT – WAJIB

2.1.5 Kegagalan mematuhi mana-mana perkara di perenggan di atas

boleh menyebabkan cadangan ditolak.

2.1.6 Pembekal hendaklah menawarkan semua bekalan/perkhidmatan (mana yang berkenaan) yang disenaraikan secara terperinci di ruangan LAMPIRAN VII – JADUAL HARGA dan membuat cadangan mengenai bekalan/perkhidmatan (mana yang berkenaan) yang sesuai dengan keperluan Kerajaan pada ruangan LAMPIRAN VI – JADUAL PERALATAN (SCHEDULE OF EQUIPMENT).

9

2.1.7 Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan tujuan ketelusan, Pembekal hendaklah mengisi dan melengkapkan segala maklumat atau ruangan dengan tulisan tangan yang kemas dan boleh dibaca oleh Kerajaan. Pembekal juga digalakkan menandatangani setiap helai dokumen (secara manual) yang dikemukakan di sudut kanan sebelah bawah dan memberikan nombor muka surat yang bersiri mengikut susunannya.

2.1.8 Pembekal dinasihatkan mengemukakan cadangan Tender yang lengkap, teratur dan tersusun mengikut Senarai Semak dan difailkan/dijilid dengan kemas menggunakan pemisah serta ditandakan bagi mengelakkan keciciran halaman/muka surat yang disertakan. Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kesempurnaan cadangan Tender yang diterima. Bukti penghantaran dan salinannya tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Kerajaan. Kerajaan secara suci hati dan memberi jaminan bahawa akan memastikan semua dokumentasi yang diterima diuruskan dengan teliti dan selamat.

2.1.9 Pembekal dinasihatkan menghantar cadangan Tender

(secara manual/luar talian) dengan tangan ke dalam peti Tender yang disediakan. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya bagi dokumen yang dihantar melalui pos atau kurier. Dokumen yang dihantar selepas tarikh dan masa tutup Tender tidak akan diterima. Pembekal perlu mengambilkira masa yang diambil semasa menghantar dokumen.

2.1.10 Pembekal hendaklah menyertakan brosur asal dan wajib

menyertakan surat jaminan pembekal/surat sokongan prinsipal/agen utama untuk semua jenis peralatan yang dicadangkan. Nama Pembekal hendaklah dihitamkan bagi memastikan Cadangan Teknikal tidak terdapat tanda pengenalan Pembekal. Kegagalan mengemukakan brosur asal boleh menyebabkan tawaran ditolak. Pembekal juga dibenarkan untuk memuat turun dan mencetak maklumat spesifikasi peralatan dan produk dari laman web Pengeluar asal peralatan sahaja. Pembekal juga dikehendaki menandakan produk yang ditawarkan pada brosur yang dibekalkan bagi mengelakkan kekeliruan kepada Kerajaan.

10

2.1.11 Pentafsiran skop, spesifikasi dan dokumentasi Tender ini adalah berdasarkan kepada tafsiran Kerajaan, Pembekal yang memerlukan maklumat lanjut hendaklah berhubung dengan Kerajaan sehingga tarikh tutup Tender melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Kesilapan pentafsiran boleh menyebabkan Pembekal gagal untuk menyempurnakan Tender ini dan dikenakan penalti,denda atau tindakan tatatertib.

2.2 KRITERIA PERKHIDMATAN

2.2.1 Pertimbangan akan diberi keutamaan kepada perkara

berikut:

a) Cadangan pembekalan peralatan (perkakasan dan perisian) yang berjenama, dari gred ‘enterprise’ (bukan gred ‘consumer’), tulen, baru, tahan lasak, bermutu tinggi dan ‘reliable’ serta mematuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan, penggunaan tenaga dan teknologi;

b) Latar belakang pembekal yang mempunyai rekod

perkhidmatan yang cemerlang dalam bidang TV Content Management serta berpengalaman luas menguruskan perolehan peralatan dalam kuantiti yang banyak melibatkan pelbagai lokasi di seluruh negara;

c) Keupayaan syarikat pembekal dari segi pengurusan

dan kewangan untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, sistematik dan peka terhadap keperluan Kerajaan; dan

d) Faktor tawaran harga yang paling kompetitif dan

‘value for money’ berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan.

2.3 Cara Pesanan

Tertakluk kepada apa-apa arahan lain yang dikeluarkan, Pembekal hendaklah membekalkan peralatan yang disenaraikan kepada Kerajaan. Jika ada pesanan tambahan yang diperlukan, Kerajaan akan mengeluarkan pesanan tambahan berkenaan melalui Arahan Perubahan (‘Variation Order’) semasa kontrak berjalan. Apabila pesanan demikian dikeluarkan, bekalan dan pentauliahan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh pesanan dikeluarkan.

11

2.4 Tempoh Kontrak

2.4.1 Pembekal wajib menyempurnakan penghantaran, pemasangan, Final Acceptance Test (FAT) dan latihan di Tapak Lokasi dalam tempoh Tiga Puluh Dua (32) minggu selepas menandatangani Surat Setuju Terima.

2.5.2 Tarikh kuat kuasa kontrak (effective date) adalah tarikh yang

akan diputuskan oleh Kerajaan di dalam Surat Setuju Terima.

2.6 Syarat-syarat dan Arahan Tender

Pelawaan ini terikat kepada Syarat-Syarat Khas Tender di Bab 3 dan Syarat- Syarat Am Tender di Bab 4.

2.7 Perubahan Spesifikasi

2.7.1 Tertakluk kepada persetujuan bertulis daripada Kerajaan, Pembekal

boleh atas sebab-sebab tertentu dan bagi tujuan penambahbaikan, mengemukakan cadangan perubahan terhadap apa-apa reka bentuk, bahan-bahan atau perkhidmatan yang telah ditawarkannya dalam tender dan diterima oleh Kerajaan pada asalnya. Petender hendaklah mengemukakan surat bertulis kepada Kerajaan dalam tempoh TIGA (3) bulan sebelum tarikh tamat kontrak dan Kerajaan akan mengemukakan persetujuan dalam tempoh DUA (2) bulan bagi maksud ini kepada petender.

2.7.2 Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan tersebut hendaklah tidak

mengakibatkan suatu perubahan yang substantif dan/atau material dari segi keperluan sebenar Kontrak yang dihasratkan oleh Kerajaan.

2.7.3 Sekiranya suatu cadangan perubahan daripada Pembekal

menyebabkan pengurangan atau pertambahan ke atas kuantiti yang dibekalkan dan/atau tempoh Kontrak, maka tertakluk kepada prosedur dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa pemakaiannya oleh Kerajaan serta terma dan syarat yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan dan Pembekal, nilai kontrak dan/atau tempoh kontrak berkenaan bolehlah diselaraskan semula dengan persetujuan kedua-dua pihak menurut mana yang sesuai.

2.8 Fi Perkhidmatan Bagi Transaksi Secara Elektronik (e-Perolehan)

Fi perkhidmatan bagi setiap transaksi yang dijana melalui sistem e-Perolehan akan dikenakan kepada Pembekal yang dilantik, tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Fi ini akan ditanggung oleh Pembekal.

12

2.9 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah 2.9.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada, mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2.9.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar arau memberi apa-apa

suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2.9.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor arau pembekal boleh diambil sekiranya pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2.9.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan

bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2.10 Pelaksanaan ‘Integrity Pact’

2.10.1 Kesemua Pembekal yang menghantar dokumen Tender hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (LAMPIRAN III) bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Tender hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

2.10.2 Pembekal yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan

Pembida Berjaya (akan diserahkan semasa menandatangani Surat Niat/Surat Setuju Terima) bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Tender Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

13

2.11 Dokumen Kontrak

2.11.1 Dokumen ini adalah dianggap sebagai kontrak antara Kerajaan dan Pembekal sehingga Dokumen Kontrak penuh dimeterai oleh kedua-dua pihak. Perkara-perkara di dalam dokumen ini (mana-mana berkaitan) akan dijadikan sebagai asas kontrak yang akan dimuktamadkan kelak.

2.11.2 Pembekal yang berjaya wajib menandatangani kontrak perjanjian

dengan Kerajaan dalam tempoh TIGA (3) bulan daripada tarikh keluarnya Surat Setuju Terima mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Tender. Bayaran tidak akan dibuat sekiranya kontrak perjanjian gagal ditandatangani dalam tempoh berkenaan.

2.11.3 Sementara menunggu perjanjian kontrak yang rasmi dimeterai,

tawaran secara bertulis oleh Kerajaan serta penerimaan tawaran oleh Pembekal yang berjaya itu akan membentuk perjanjian kontrak yang mengikat kedua-dua pihak, yang akan disediakan atau dilaksanakan atau tidak selepas itu. Pembekal yang berjaya hendaklah melaksanakan kontrak ini atas risikonya sendiri menurut syarat, spesifikasi dan jadual yang membentuk sebahagian daripadanya, dan dalam melaksanakannya hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana statut, peraturan atau undang-undang kecil, dan keperluan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan dengannya.

2.12 Pindaan Tender

Kerajaan berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang membentuk sebahagian daripada pelawaan Tender ini, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu untuk menguatkuasakan perubahan dalam polisi atau membetulkan mana-mana yang silap, tertinggal, tidak jelas atau tidak selaras yang mungkin timbul selepas pelawaan Tender ini dikeluarkan. Sekiranya pindaan Pelawaan Tender ini dikeluarkan semula, maka semua Pembekal akan dimaklumkan dengan sewajarnya.

14

3 SYARAT KHAS TENDER

3.1 Cadangan Pilihan

Setiap Pembekal adalah tidak dibenarkan membuat cadangan pilihan (‘alternative offer’) bagi mana-mana butiran yang dimasuki. Jika terdapat cadangan pilihan, Kerajaan akan menolak ke semua cadangan yang dikemukakan.

3.2 Cadangan Tender

Pembekal diwajibkan menawarkan keseluruhan item yang dinyatakan, cadangan sebahagian (‘partial’) adalah tidak diterima. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan keseluruhan Tender ini kepada satu (1) Pembekal sahaja.

3.3 Keterangan Mengenai Pembekal

3.3.1 Pembekal hendaklah mengisi butir-butir yang diperlukan ke dalam borang Keterangan Mengenai Pembekal di Lampiran II serta menyertakan profil syarikat dalam format PDF;

3.3.2 Pembekal juga wajib menyatakan tanggungan projek-projek

semasa (tahun 2014, 2015, 2016 atau 2017 sahaja) yang sedang dilaksanakan, kos pelaksanaan, tarikh projek dijangka selesai dan tarikh sebenar projek tersebut sepatutnya diselesaikan; dan

3.3.3 Pembekal hendaklah mengemukakan senarai pengalaman yang melibatkan TV Content Management di agensi Sektor Awam bagi tujuan rujukan dan penilaian oleh Kerajaan.

3.4 Harga Dan Insuran

3.4.1 Harga bagi tiap-tiap alat yang ditawarkan mestilah dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos iaitu membekal, menghantar, memunggah, mengagih, memasang, menguji, mengkonfigurasi dan mentauliah serta menyelenggara, membaikpulih dan memindah, melerai serta mengambil semula bagi peralatan dan perkhidmatan tersebut;

3.4.2 Semua tawaran harga oleh petender hendaklah dikemukakan

tanpa kenaan GST;

15

3.4.3 Keutamaan akan diberikan kepada barangan buatan Malaysia dan barangan yang perlu diimport hendaklah menggunakan tawaran Free on Board (FOB) sahaja;

3.4.4 Menurut kaedah pembelian secara FOB, petender hendaklah

menawarkan harga yang meliputi perbelanjaan sehingga barangan tersebut dimuat ke atas kapal atau ke satu tempat yang dipersetujui mengikut kaedah atau cara pembelian yang ditetapkan atau yang dipersetujui oleh Kerajaan;

3.4.5 Harga yang ditawarkan mestilah tidak melebihi dua angka

perpuluhan. Sebagai contoh: RM 678.90/unit; 3.4.6 Harga yang ditawarkan hendaklah sah selama tempoh satu

ratus lapan puluh (180) hari daripada tarikh akhir bagi penyerahan Tender sebagaimana yang ditetapkan dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama jika dan apabila perlu; dan

3.4.7 Perlindungan insurans bagi barangan import hendaklah ditanggung

di bawah Akaun Amanah Kumpulan Wang Insurans Barang-Barang Kerajaan (Akaun Amanah KWIBK).

3.5 Bon Pelaksanaan

3.5.1 Sebelum sesuatu kontrak bekalan yang melebihi nilai

RM50,000.00 tetapi tidak melebihi RM500,000.00 disempurnakan, Pembekal yang berjaya adalah dikehendaki menyerahkan bon pelaksanaan bernilai 2.5% daripada jumlah harga kontrak tahunan kepada Kerajaan Malaysia. Bagi kontrak yang melebihi RM500,000.00 jumlah bon pelaksanaan ialah bernilai 5% daripada jumlah harga kontrak tahunan;

3.5.2 Bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank dari

bank berlesen dan berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak yang bernilai tidak melebihi RM500,000.00 jaminan insuran atau takaful dari syarikat-syarikat insuran dan takaful yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh diterima selain daripada jaminan bank. Sah laku bon pelaksanaan hendaklah tidak kurang dari dua belas (12) bulan selepas tamat tempoh jaminan;

3.5.3 Pembekal yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan Kerajaan dikehendaki membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati pihak Pembekal tersebut melanggar syarat-syarat kontrak (‘breach of contract’) dan disabitkan kesalahan; dan

16

3.5.4 Pembekal yang berjaya wajib mengemukakan Bon Pelaksanaan di dalam tempoh yang ditetapkan, kegagalan Pembekal akan menyebabkan pembayaran ditangguhkan atau pembatalan kontrak perkhidmatan ini.

3.6 Penerimaan Tempoh Pelaksanaan

3.6.1 Tempoh Pelaksanaan adalah tempoh pembekalan, penghantaran, pemunggahan, pengagihan, pemasangan, konfigurasi, pengujian dan pentauliahan peralatan di Tapak Lokasi. Semua perkhidmatan yang disempurnakan semasa Tempoh Pelaksanaan hendaklah disahkan melalui sesi pengesahan pengujian Final Acceptance

Test (FAT) oleh pegawai bertanggungjawab di Tapak

Lokasi. 3.6.2 Pembekal dikehendaki membenarkan Kerajaan menjalankan ujian

ke atas peralatan/perkhidmatan yang dibekalkan untuk tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh pengesahan pengujian FAT. Kerajaan akan memaklumkan secara bertulis tarikh Penerimaan Akhir melalui ‘Letter of Final Acceptance’ (LoFA) sekiranya peralatan/perkhidmatan tersebut berfungsi dengan sempurna dan ‘down time’ tidak melebihi lima peratus (5%). ‘Down time’ bermaksud tempoh apabila peralatan tidak dapat berfungsi kerana sistem kegagalan dan kerosakan;

3.6.3 Kerajaan berhak untuk melanjutkan tempoh ujian bagi

Penerimaan Tempoh Pelaksanaan sekiranya terdapat sebarang peralatan yang tidak berfungsi kerana kesilapan/kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja (‘workmanship’) atau peralatan; dan

3.6.4 Sekiranya peralatan/perkhidmatan tersebut gagal memenuhi

ciri-ciri yang dikehendaki walaupun kerja-kerja pembaikan telah dijalankan oleh Pembekal dalam tempoh yang telah dinyatakan, Kerajaan berhak mendapat gantian. Sekiranya peralatan tersebut perlu diganti dengan yang lain, pihak Pembekal hendaklah menanggung segala kos yang terlibat. Kerajaan mempunyai hak untuk melanjutkan tempoh ujian sekiranya terdapat sebarang peralatan yang tidak berfungsi kerana kesilapan/kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja (‘workmanship’) atau pada komponen peralatan/perkhidmatan itu sendiri.

3.7 Terma Pembayaran

3.7.1 Semua bayaran hanya dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja; 3.7.2 Pembayaran kepada penyempurnaan perolehan ini boleh dibuat

dalam tempoh empat belas (14) hari selepas invois dan dokumen yang lengkap dan betul diterima;

17

3.7.3 Kaedah pembayaran kepada Pembekal adalah tertakluk kepada terma dan syarat Kontrak yang dimeterai serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia;dan

3.7.4 Pembayaran ini hanya boleh dituntut apabila Kerajaan

berpuas hati dengan penyempurnaan suatu fasa bekalan, kerja dan perkhidmatan yang dinyatakan.

3.8 Iklan

Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah, media sosial atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu. Pembekal juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang nama rujukan dari Kementerian ini bagi perolehan lain, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis wakil Kementerian.

3.9 Surat Kebenaran Memasuki Tender Daripada Agen

Utama/Pengilang/Pembekal Perkhidmatan Utama

Pembekal hendaklah mengemukakan bersama-sama dokumen Tender, suatu surat yang membenarkan atau melantik pihaknya secara rasmi sebagai agen untuk membekal barang-barang yang di Tender daripada Agen Utama/Pengilang/Pembekal Perkhidmatan Utama. Tarikh surat tersebut hendaklah tarikh semasa dan jelas menyatakan produk dan perkhidmatan yang disokong berserta tempoh perkhidmatan yang disokong serta dokumen lain yang berkaitan.

3.10 Ujian Ke Atas Peralatan

Semua peralatan yang dibekalkan untuk digunakan akan diuji mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan. Pembekal hendaklah menyediakan sokongan kepakaran untuk ujian-ujian tersebut di atas, jika perlu.

3.11 Pembekalan, Penghantaran, Pemunggahan, Pengagihan, Pemasangan, Konfigurasi, Pengujian, Pentauliahan dan Pengambilan Peralatan

3.11.1 Pembekalan, Penghantaran, Pemunggahan, Pengagihan, Pemasangan, Konfigurasi, Pengujian, Pentauliahan dan Pengambilan Peralatan hendaklah dilaksanakan pada Waktu Bekerja Berperingkat (WP) sahaja, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang, tiada kerja-kerja dibenarkan pada waktu rehat tengah hari antara jam 1.00 petang sehingga 2.00 petang. Pembekal boleh memohon secara bertulis untuk membuat penghantaran pada waktu lain (termasuk waktu rehat tengah hari), bergantung kepada persetujuan Kerajaan;

18

3.11.2 Wakil Pembekal yang sah hendaklah hadir semasa kerja-

kerja ini dilaksanakan, jika pemasangan melibatkan pihak ketiga. Kerajaan berhak menangguhkan kerja sekiranya tiada wakil sah pembekal;

3.11.3 Pembekalan, Penghantaran, Pemunggahan, Pengagihan,

Pemasangan, Konfigurasi, Pengujian dan Pentauliahan Peralatan hendaklah dilaksanakan di Tapak Lokasi yang telah ditentukan oleh pihak Kerajaan;

3.11.4 Pembekal hendaklah mengambilkira semua keperluan

semasa pemasangan seperti kerja-kerja, pendawaian letrik, pendawaian rangkaian dan lain-lain keperluan untuk memastikan pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan lancar;

3.11.5 Semua peralatan yang dihantar wajib dibuka dan diuji

bersama-sama wakil Kerajaan, termasuk mana-mana peralatan yang belum dipasang atau ‘buffer’ untuk tujuan ujian kebolehgunaan dan pengesahan penghantaran dan pembayaran;

3.11.6 Fasa ini akan selesai, setelah Perenggan 3.6 : Penerimaan

Tempoh Pelaksanaan dimaklumkan kepada Pembekal; dan 3.11.7 Sebarang masalah yang timbul berkaitan urusan ini perlu

dibincang lanjut dengan Kerajaan, Pembekal perlu memanggil satu mesyuarat berkaitannya. Minit Mesyuarat ini hendaklah dicatatkan, dikemukakan kepada Kerajaan untuk persetujuan dan diedarkan kepada ahli yang hadir.

3.12 Kerja-kerja dan Perkhidmatan

Semua kerja-kerja dan perkhidmatan adalah wajib disediakan berdasarkan kepada Skop Kerja dan Jadual Spesifikasi yang telah ditetapkan.

19

4 SYARAT AM TENDER

4.1 Umum

Pembekal wajib memenuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Tender. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan di bawah ini, boleh menyebabkan cadangan Pembekal tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

4.2 Peraturan Memasuki Tender

4.2.1 Tender ini adalah dipelawa dan terbuka kepada syarikat-syarikat yang layak sahaja;

4.2.2 Tawaran hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang

disediakan di dalam Dokumen Tender ini di mana berkenaan; dan 4.2.3 Dokumen tender hanya akan diterima pada tarikh dan masa tutup

Tender yang telah ditetapkan.

4.3 Tindakan Tatatertib/Penggantungan/Pembatalan Pendaftaran Kontraktor

Berdasarkan kepada pekeliling Kerajaan sedia ada, jika mana-mana Pembekal didapati:

a) Menarik balik cadangan Tendernya sebelum tamat tempoh

Sah Laku Tawaran Tender atau apa-apa tempoh lanjutan; atau b) Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas

tarikh akhir yang ditetapkan bagi menyerahkan Tender (dan dalam hal yang sedemikian ia hendaklah disifatkan enggan dan tidak melaksanakan perjanjian kontrak yang normal atau gagal mendepositkan Bon Pelaksanaan) Kerajaan tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap Pembekal atau memperakukan kepada pihak berkuasa supaya menggantung atau membatalkan pendaftaran Pembekal sebagai kontraktor Kerajaan.

20

4.4 Denda Lewat

4.4.1 Sekiranya Pembekal gagal menyempurnakan perolehan ini mengikut tempoh yang telah dipersetujui, Pembekal akan dikenakan penalti/denda dan dikehendaki membayar pampasan wang yang munasabah yang akan ditentukan Kerajaan dalam Surat Setuju Terima; dan

4.4.2 Bagi kerja-kerja yang terpaksa ditangguhkan kerana sebab-

sebab di luar kawalan Pembekal seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, bahaya laut atau yang seumpamanya, Kerajaan atas budi bicaranya boleh membenarkan pelanjutan tempoh kerja-kerja tersebut dengan syarat Pembekal perlu mengemukakan notis sebab-sebab kerja tertangguh dan masa yang diperlukan dalam tempoh TIGA (3) bulan sebelum tempoh kontrak tamat.

4.5 Spesifikasi Teknikal

4.5.1 Spesifikasi bagi peralatan yang diperlukan adalah dinyatakan di dalam (LAMPIRAN VI- JADUAL PERALATAN). Pembekal yang mencadangkan spesifikasi yang lebih rendah atau tidak setara dengan spesifikasi minimum yang ditetapkan akan ditolak;

4.5.2 Perkakasan/peralatan yang ditawarkan hendaklah berjenama,

dari gred ‘enterprise’ (bukan gred ‘consumer’), tulen, baru, tahan lasak, bermutu tinggi dan ‘reliable’ serta mematuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan, penggunaan tenaga dan teknologi;

4.5.3 Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana alat

akibat daripada perbezaan antara pentafsiran Kerajaan mengenai spesifikasi perkakasan dan perisian yang berkenaan dengan pentafsiran Pembekal, tidak akan dilayan;

4.5.4 Pembekal dikehendaki memberikan satu perakuan dan

pengesahan yang menyatakan bahawa skop kerja akan dipenuhi serta perkakasan dan perisian yang dicadangkan adalah memenuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan. Perakuan ini hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan bersama-sama dengan Tender yang dikemukakan; dan

21

4.5.5 Pembekal dikehendaki meneliti jadual yang disertakan sebelum melengkapkan medan-medan yang diperlukan. Pembekal digalakkan mencatatkan semua perkara penting yang dinyatakan di dalam dokumen ini, bagi mengelakkan sebarang salah tafsiran, keciciran maklumat, kegagalan mematuhi skop kerja dan spesifikasi dan seterusnya gagal menyempurnakan Tender ini.

4.5.6 Pembekal adalah dilarang mencatat nama Pembekal (atau

sebarang tanda pengenalan syarikat) dan harga dalam dokumen spesifikasi/tawaran teknikal yang dikemukakan. Pembekal yang tidak mematuhi arahan ini akan menyebabkan tawaran tender tidak layak dipertimbangkan. Pihak Kerajaan berhak menolak tawaran daripada pembekal tanpa perlu memberi sebarang penjelasan sekiranya dokumen Cadangan Teknikal yang dikemukakan didapati mengandungi pengenalan pembekal dan harga tawaran.

4.6 Penerimaan Tender

4.6.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima tawaran Tender yang terendah atau mana-mana tawaran Tender;

4.6.2 Kerajaan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa

kuantiti yang disebutkan dalam pelawaan Tender ini akan dipesan kesemuanya. Walau bagaimanapun, Pembekal yang berjaya mestilah bersedia untuk membekalkan semua pesanan sekiranya ianya melebihi/kurang dari kuantiti yang dianggarkan dengan harga seunit dan spesifikasi yang sama;

4.6.3 Kerajaan boleh atas budi bicaranya membatalkan,

menangguhkan atau apa jua bentuk tindakan yang sesuai ke atas Tender ini. Mana-mana Pembekal yang tidak menerima sebarang notifikasi selepas tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup Tender, maka Pembekal adalah tidak berjaya. Semakan juga boleh dibuat di laman ePerolehan (Rujuk 4.10 Keputusan Kerajaan);

4.6.4 Kerajaan juga tidak terikat untuk memberikan apa-apa maklum

balas berkenaan keputusan yang telah dibuat atau menimbang mana-mana rayuan pembekal; dan

4.6.5 Pembekal diwajibkan mengikat satu kontrak perjanjian

jual beli dan kerja/perkhidmatan dengan Kerajaan.

22

4.7 Demonstrasi/Ujian Benchmark

Sekiranya Kerajaan memerlukan ujian penanda aras (‘benchmark’), Pembekal diwajibkan mengadakan demonstrasi/persembahan peralatan yang dicadangkan dengan membekalkan perkakasan sekurang-kurangnya seperti yang telah ditawarkan dalam tawaran Tender. Sebarang kos yang terlibat untuk demonstrasi/ujian adalah ditanggung oleh Pembekal.

4.8 Jadual Pelaksanaan

Pembekal wajib menyediakan satu Jadual Pelaksanaan / Carta Gantt yang terperinci dan lengkap bagi tujuan penyempurnaan Tempoh Pelaksanaan Projek yang dicadangkan kepada Kerajaan.

4.9 Perbelanjaan Urusan Tender

Sebarang kos perbelanjaan dalam urusan Tender ini ditanggung sepenuhnya oleh Pembekal.

4.10 Keputusan Kerajaan

4.10.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan Pembekal. Kerajaan boleh menawar sebahagian atau sepenuhnya tawaran kepada mana-mana Pembekal yang berjaya. Di samping itu, Kerajaan juga boleh menolak semua cadangan yang dibuat oleh Pembekal atas sebab-sebab yang pada budi bicara Kerajaan adalah munasabah atau dianggap merugikan Kerajaan.

4.10.2 Kerajaan juga tidak terikat untuk memberikan sebarang

penjelasan mengenai apa-apa tindakan Kerajaan (seperti pindaan, penangguhan, pembatalan atau lain-lain) ke atas Tender ini dan tidak terikat untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai sebab sesuatu cadangan Pembekal ditolak.

4.10.3 Segala keputusan Kerajaan adalah muktamad dan

sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. 4.11 Syarat-syarat Tender

Syarat-syarat Khas dan Am dalam dokumen Tender ini, setakat mana syarat-syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan kontrak ini hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada kontrak. Jika Pembekal tidak mematuhi syarat-syarat Tender di atas mengenai apa-apa juga hal, maka cadangannya akan ditolak.

23

4.12 Hak Cipta Dokumen

Dokumen ini adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987. Pembekal atau mana-mana pihak tidak dibenarkan menerbitkan semula dan menyiarkan dokumen ini dalam apa jua bentuk, sama ada bercetak, elektronik ataupun digital tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Kerajaan (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Pembekal hanya boleh meminda dan menggunakan borang-borang yang dilampirkan untuk tujuan menyempurnakan Tender ini sahaja.