dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia...

26
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 TENDER TERBUKA BAGI PERKHIDMATAN PERALATAN ICT PENGGUNA AKHIR TERURUS – PENYEWAAN, PENGURUSAN, PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN (DEVICE AS A SERVICE (DaaS)) UNTUK KKMM DAN JABATAN SECARA PAKEJ PERHATIAN Pembekal yang berminat dinasihatkan agar meneliti Dokumen Tender ini secara teliti dan terperinci sebelum menyertai tender ini bagi mengelakkan salah tafsiran, keciciran maklumat dan kegagalan untuk menyempurnakan pembekalan yang dikehendaki dan seterusnya menyebabkan Pembekal dikenakan penalti/denda atau disenaraihitamkan. Mac 2018 Hak Cipta Terpelihara © 2018, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Upload: vanngoc

Post on 05-Jul-2018

264 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

KEMENTERIAN KOMUNIKASI

DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM)

DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018

TENDER TERBUKA BAGI PERKHIDMATAN PERALATAN ICT PENGGUNA AKHIR TERURUS –

PENYEWAAN, PENGURUSAN, PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN (DEVICE AS A SERVICE (DaaS))

UNTUK KKMM DAN JABATAN SECARA PAKEJ

PERHATIAN

Pembekal yang berminat dinasihatkan agar meneliti Dokumen Tender

ini secara teliti dan terperinci sebelum menyertai tender ini bagi mengelakkan salah tafsiran, keciciran maklumat dan kegagalan untuk

menyempurnakan pembekalan yang dikehendaki dan seterusnya menyebabkan Pembekal dikenakan penalti/denda atau

disenaraihitamkan.

Mac 2018

Hak Cipta Terpelihara © 2018, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Page 2: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

2

JADUAL KANDUNGAN

1.0 KENYATAAN PEROLEHAN 3 2.0 ARAHAN KEPADA PEMBEKAL 6 3.0 SYARAT KHAS PEROLEHAN 16 4.0 SYARAT AM PEROLEHAN 25 5.0 JADUAL SPESIFIKASI 29 6.0 JADUAL HARGA 51 7.0 JADUAL KUANTITI 58 8.0 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 62

LAMPIRAN

LAMPIRAN I - Borang Pakej

LAMPIRAN II - Borang Akuan Tender

LAMPIRAN III - Surat Akuan Pembida

LAMPIRAN IV - Keterangan Mengenai Pembekal

LAMPIRAN V - Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program

Skim Latihan 1Malaysia

LAMPIRAN VI - Maklumat Teknikal Pembekal

LAMPIRAN VI I - Senarai Tapak Lokasi Mengikut Pakej

LAMPIRAN VIII - Borang Kewangan I

LAMPIRAN IX - Borang Kewangan II

Page 3: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

3

1 KENYATAAN PEROLEHAN

1.1 Pelawaan Perolehan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (‘Kerajaan’) mempelawa perolehan ini kepada: a) Syarikat tempatan (‘Pembekal’) yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan dan masih sah tempoh lakunya di bawah Kod Bidang seperti berikut :

a. 210101 - Hardware (low end technology) - Supply all types of computer hardware - Including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance; dan

b. 210103 - Software - Supply all computer software, operating system, database, off-theshelf packages including maintenance; dan

c. 210107 - ICT security and firewall, Encryption, PKI, Anti Virus; atau

d. 210109 - Hardware and Software leasing/renting.

b) Bertaraf Bumiputera atau bukan bertaraf Bumiputera. Untuk menyertai TENDER TERBUKA BAGI PERKHIDMATAN PERALATAN ICT PENGGUNA AKHIR TERURUS – PENYEWAAN, PENGURUSAN, PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN (DEVICE AS A SERVICE (DaaS)) UNTUK KKMM DAN JABATAN SECARA PAKEJ BAGI TEMPOH PENGGUNAAN 57 BULAN BERMULA 1 JULAI 2018:

a) PAKEJ 1 – BAGI ZON PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG,

PERAK, PAHANG, KELANTAN DAN TERENGGANU b) PAKEJ 2 – BAGI ZON SABAH, SARAWAK DAN WP LABUAN

Page 4: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

4

1.2 Pertanyaan dan Maklumbalas

Pertanyaan mengenai urusan tender hendaklah dibuat secara bertulis melalui e-mail, pos atau faksimile dan dihantar selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum Tarikh Tutup Tender. Tiada pertanyaan boleh dibuat selepas tarikh tersebut sehingga keputusan perolehan dikeluarkan. Bukti penghantaran pertanyaan tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Kerajaan. Semua pertanyaan akan dijawab mengikut prosedur aduan awam sedia ada. Pertanyaan hendaklah di alamatkan kepada:

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Bahagian Kewangan Aras 8, Kompleks KKMM, Lot 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Telefon : 03-89117540 Faksimile : 03-89117532 E-mail : [email protected] (u.p : Puan Haniaryana binti Mustaffa)

Pertanyaan berkaitan perkara-perkara teknikal pula hendaklah disalurkan kepada:

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 19, Kompleks KKMM, Lot 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Telefon : 03-89115032 Faksimili : 03-89115060 E-mail : [email protected] (u.p : Encik Mohd Azariman Abd Karim)

1.3 Tarikh dan Masa Buka & Tutup Pelawaan 1.3.1 Tarikh Buka Pelawaan Tender di laman web rasmi KKMM, RTM dan

myProcurement adalah pada hari Isnin, 26 Mac 2018; dan 1.3.2 Tarikh dan Waktu Tutup Pelawaan Tender ialah pada hari Selasa,

17 April 2018, jam 12.00 tengah hari (masa akan dikira mengikut jam dinding di Peti Tender, KKMM)

Page 5: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

5

2 ARAHAN KEPADA PEMBEKAL

2.1 Cadangan Perolehan 2.1.1 Cadangan Perolehan hendaklah dibuat di atas borang yang

disediakan pada ruangan yang berkenaan. Borang-borang lain tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal. Borang tambahan mestilah mengandungi medan-medan yang sama dan hampir serupa dari segi ukurannya.

2.1.2 Cadangan Perolehan (secara manual) yang lengkap dan sempurna

diisi wajib dimasukkan ke dalam Peti Perolehan (Tender/Sebut Harga) yang disediakan sebelum Tarikh dan Masa Tutup Pelawaan. Peti tersebut ditempatkan di:

Cawangan Pengurusan Perolehan, Bahagian Kewangan, Aras 8, Kompleks KKMM, Lot 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

2.1.3 Cadangan Perolehan (secara manual) hendaklah disediakan dalam dua (2) salinan dan dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berasingan dan dilabelkan seperti berikut:

a) SAMPUL A – CADANGAN KEWANGAN (2 salinan); dan b) SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL (2 salinan)

Kedua-dua SAMPUL A dan SAMPUL B hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang lebih besar, berlakri dan dilabelkan seperti berikut:

TENDER TERBUKA BAGI PERKHIDMATAN

PERALATAN ICT PENGGUNA AKHIR TERURUS – PENYEWAAN, PENGURUSAN, PENYELENGGARAAN DAN

SOKONGAN (DEVICE AS A SERVICE (DaaS)) UNTUK KKMM DAN JABATAN SECARA PAKEJ

(No. Tender : KKMM/KEM/OP/1/2018)

Page 6: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

6

Cadangan Kewangan bagi perolehan ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang bertanda SAMPUL A. Kandungan SAMPUL A adalah seperti berikut: A. SAMPUL A – CADANGAN KEWANGAN (2 SALINAN)

(a) SENARAI SEMAK CADANGAN KEWANGAN (SAMPUL A) – WAJIB;

(b) BAB 6 - JADUAL HARGA – WAJIB;

(c) LAMPIRAN I – BORANG PAKEJ – WAJIB; (d) LAMPIRAN II – BORANG AKUAN TENDER – WAJIB; (e) LAMPIRAN III – SURAT AKUAN TENDER – WAJIB; (f) LAMPIRAN IV – KETERANGAN MENGENAI PEMBEKAL (SILA

LAMPIRKAN PROFIL DAN PENGALAMAN PEMBEKAL DI SEKTOR AWAM) – WAJIB;

(g) LAMPIRAN V – SURAT AKUAN PEMBIDA UNTUK MELAKSANAKAN

PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA – WAJIB; (h) LAMPIRAN VIII – BORANG KEWANGAN I – WAJIB; (i) LAMPIRAN IX – BORANG KEWANGAN II – WAJIB; (j) SURAT RASMI SOKONGAN AGEN UTAMA/ PRINSIPAL/ PENGILANG/

PEMBEKAL UTAMA/ PEMBUAT / PENGELUAR, KETERSEDIAAN STOK DI MALAYSIA SERTA JUMLAH HAD KREDIT SEMASA DAN HAD KREDIT YANG DIBENARKAN – WAJIB;

(k) SOKONGAN KEWANGAN DAN KEMUDAHAN ‘FACTORING’ (JIKA

ADA); dan

(l) SALINAN DOKUMEN-DOKUMEN – WAJIB: a. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang

masih sah tempoh lakunya;

b. Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera daripada Kementerian Kewangan yang masih sah tempoh lakunya – Jika ada;

c. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat

Malaysia;

d. Salinan Borang 24,44 dan 49;

e. Salinan Penyata Akaun Syarikat pada Tahun 2015 dan 2016 atau Tahun 2016 dan 2017 yang telah diaudit;

Page 7: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

7

f. Salinan penyata bulanan akaun bank syarikat Pembekal bagi tiga

(3) bulan terakhir (Disember 2017, Januari 2018 dan Februari 2018);

g. Surat Perwakilan Kuasa dengan Kepala Surat Pembekal; dan

h. Salinan sijil pendaftaran cukai barangan dan perkhidmatan

(GST) daripada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia yang masih sah tempoh lakunya.

Peringatan Penting: Semua salinan maklumat sokongan di dalam Cadangan Kewangan wajib disahkan oleh pegawai atasan yang diberi kuasa oleh syarikat kecuali penyata kewangan yang perlu disahkan oleh pegawai institusi kewangan/perbankan yang berkenaan. Pembekal juga dengan ini memberi pelepasan dan kebenaran kepada Kerajaan untuk menghubungi institusi kewangan dan perbankan serta syarikat insuran atau pengendali takaful yang berkenaan bagi tujuan pengesahan dokumen ini, jika perlu.

Cadangan Teknikal bagi perolehan ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang bertanda SAMPUL B. Nama Pembekal hendaklah dipastikan TIDAK DIPAMERKAN/DICETAK/DICAP (kecuali Halaman Tertentu) pada mana-mana dokumen yang dikemukakan. Kandungan SAMPUL B adalah seperti berikut:

B. SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL (2 SALINAN)

(a) SENARAI SEMAK CADANGAN TEKNIKAL (SAMPUL B) – WAJIB; (b) BAB 5 – JADUAL SPESIFIKASI – WAJIB;

(c) BAB 7 – JADUAL KUANTITI - WAJIB;

(d) LAMPIRAN VI – MAKLUMAT TEKNIKAL PEMBEKAL - WAJIB;

(e) CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN – WAJIB;

(f) SURAT RASMI SOKONGAN AGEN UTAMA/ PRINSIPAL/

PENGILANG/ PEMBEKAL UTAMA/ PEMBUAT / PENGELUAR BAGI TEMPOH JAMINAN DAN PENGESAHAN JUMLAH STOK DI MALAYSIA (LETTER OF AUTHORIZATION) – WAJIB; dan

(g) BROSUR, RISALAH ATAU MAKLUMAT PRODUK YANG

DICADANGKAN – WAJIB.

Peringatan Penting: Surat Rasmi Sokongan Pengeluar/ Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pengedar Utama serta brosur, risalah atau maklumat peralatan yang dicadangkan hendaklah dokumen asal yang sah.

Page 8: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

8

2.1.4 Kerajaan berhak untuk mendapatkan pengesahan kesahihan dokumentasi yang dibekalkan dari pihak-pihak yang berkenaan. Pembekal wajib memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam urusan tersebut. Pembekal yang dikesan menggunakan dokumen palsu dan tidak sah akan disenaraihitamkan serta akan dilaporkan kepada pihak berkuasa (kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) – Bab XVIII, mana yang berkenaan). Kegagalan mematuhi mana-mana perkara di perenggan 2.1.4, gagal memberikan kerjasama atau mengemukakan dokumen palsu dan tidak disahkan akan menyebabkan cadangan tender ditolak dan tidak dipertimbangkan;

2.1.5 Pembekal hendaklah mencadangkan kos dan caj yang disenaraikan secara terperinci di ruangan BAB 6 – JADUAL HARGA dan membuat cadangan yang bersesuaian dengan keperluan Kerajaan pada ruangan BAB 5 – JADUAL SPESIFIKASI;

2.1.6 Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan tujuan ketelusan, Pembekal digalakkan menandatangani setiap helaian dokumen (secara manual) yang dikemukakan di sudut kanan sebelah bawah dan memberikan nombor muka surat yang bersiri mengikut susunannya;

2.1.7 Pembekal dinasihatkan mengemukakan cadangan yang lengkap, teratur dan tersusun mengikut bab serta difailkan atau dijilid dan dipisahkan mengikut bab/tajuk/topik/jenis dengan kemas bagi mengelakkan keciciran halaman/muka surat yang disertakan. Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kesempurnaan cadangan perolehan yang diterima. Bukti penghantaran dan salinannya tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Kerajaan. Kerajaan secara suci hati dan memberi jaminan bahawa akan memastikan semua dokumentasi yang diterima diuruskan dengan teliti dan selamat;

2.1.8 Pembekal dinasihatkan menghantar cadangan perolehan (secara

manual) dengan tangan ke dalam Peti Perolehan (Tender/Sebut Harga) yang disediakan. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya bagi dokumen yang dihantar melalui pos atau kurier. Dokumen yang dihantar selepas Tarikh dan Masa tutup akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan;

2.1.9 Pembekal wajib menyertakan brosur/risalah asal. Pembekal juga

dibenarkan untuk memuat turun dan mencetak maklumat spesifikasi peralatan dan produk dari laman web Pengeluar asal peralatan sahaja. Brosur hendaklah dicetak dalam dua muka bersaiz A5 pada pada satu muka bersaiz A4 (2 pages per sheet) dan dicetak depan dan belakang (print on both sides), bagi mengawal penggunaan kertas. Brosur produk hendaklah dipisahkan dengan pemisah halaman (page separator) yang diletakkan tajuk spesifikasi yang dicadangkan. Pembekal juga dikehendaki menandakan produk yang ditawarkan pada brosur yang dibekalkan bagi mengelakkan kekeliruan kepada Kerajaan. Kegagalan Kerajaan mengenalpasti maklumat yang diperlukan boleh menyebabkan cadangan ditolak dan tidak dipertimbangkan; dan

Page 9: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

9

2.1.10 Pentafsiran skop, spesifikasi dan dokumentasi perolehan ini adalah berdasarkan kepada tafsiran Kerajaan. Walaupun Kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan ketepatan, kelengkapan dan kemaskini ke semua maklumat di dalam dokumen ini untuk memudahkan kefahaman Pembekal, namun, Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat yang diperolehi dan difahami oleh Pembekal. Pembekal yang memerlukan penerangan dan maklumat lanjut hendaklah berhubung dengan Kerajaan melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di Perenggan 1.2. Kesilapan maklumat dan pentafsiran boleh menyebabkan Pembekal gagal untuk menyempurnakan perolehan ini dan akan menanggung kos tambahan atau dikenakan denda/penalti atau lain-lain tindakan yang ditetapkan dalam prosedur Perolehan Kerajaan. Selepas dari Tarikh Tutup Pelawaan, semua pentafsiran skop, spesifikasi dan dokumentasi adalah muktamad berdasarkan kepada tafsiran Kerajaan.

2.2 Kriteria Penilaian 2.2.1 Pertimbangan akan diberi keutamaan kepada perkara berikut:

a) Cadangan peralatan hendaklah mematuhi spesifikasi,

peralatan yang berjenama asli/asal (bukan klon), dari gred business/enterprise (bukan gred consumer), tulen, baharu, bukan peralatan refurbished, bukan peralatan pameran (display), dari generasi dan model terbaharu, tahan lasak, bermutu tinggi dan reliable serta mematuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan, pengunaan tenaga dan teknologi;

b) Latar belakang Pembekal yang mematuhi syarat yang

ditetapkan, mempunyai rekod yang baik dan berpengalaman luas dalam skop tender yang dipelawa;

c) Bahan/ barangan/ perkhidmatan tempatan dan

barangan/ produk keluaran syarikat berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia adalah diberi keutamaan;

d) Keupayaan syarikat Pembekal dari segi pengurusan

pentadbiran, sumber manusia dan kewangan yang cekap, sistematik dan peka terhadap keperluan Kerajaan serta memenuhi Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement / Guarantee – SLA/SLG) yang ditetapkan; dan

Page 10: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

10

e) Faktor tawaran harga yang paling kompetitif dan value for money berdasarkan kepada cadangan tender yang dikemukakan.

2.2.2 Kerajaan akan menggunakan kaedah penilaian yang telah

dicadangkan di dalam 1PP – Perolehan Kerajaan (PK) bagi penilaian perolehan ini. Pembekal boleh merujuk ke laman web http://1pp.treasury.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. Setiap Pakej akan dinilai secara berasingan.

2.2.3 Kerajaan tidak akan menyemak, menilai atau

mempertimbangkan mana-mana cadangan sekatan, had atau syarat tambahan yang dikenakan oleh Pembekal, semua tafsiran skop perkhidmatan, spesifikasi adalah berdasarkan kepada ketetapan Kerajaan seperti dinyatakan di Perkara 2.1.13 dan jika Pembekal disenarai pendek dan ditawarkan untuk disetuju terima, maka Pembekal adalah tertakluk kepada Perkara 4.3.

2.3 Anggaran keperluan

Kuantiti yang diperlukan serta maklumat terperinci mengenai keperluan peralatan adalah seperti yang dinyatakan di BAB 7 - JADUAL KUANTITI. BAB 7 – JADUAL KUANTITI wajib dilengkapkan dengan model sebenar dan spesifik peralatan (contohnya FGH123def). Pembekal yang hanya memasukkan model umum (contohnya FGH100 Pro/Series) bagi model peralatan akan ditolak dan tidak dipertimbangkan.

2.4 Cara Pesanan

Tertakluk kepada apa-apa arahan lain yang dikeluarkan, Pembekal hendaklah menyempurnakan perkhidmatan yang ditetapkan kepada Kerajaan. Jika ada pesanan perkhidmatan tambahan yang diperlukan, Kerajaan akan mengeluarkan pesanan perkhidmatan tambahan berkenaan melalui Arahan Perubahan (Variation Order) semasa kontrak berjalan. Apabila pesanan perkhidmatan yang demikian dikeluarkan, Pelaksanan hendaklah dilakukan dalam tempoh yang sama seperti Fasa Pelaksanaan yang ditetapkan.

2.5 Tempoh Kontrak

2.5.1 Pembekal wajib menyempurnakan Fasa Pelaksanaan di Tapak Lokasi adalah dalam tempoh 60 hari selepas mendatangani Surat Setuju Terima;

Jumlah hari tersebut adalah termasuk Hari Cuti Umum/Kelepasan Am dan Cuti Hujung Minggu;

Page 11: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

11

2.5.2 Fasa Penggunaan akan bermula setelah Kerajaan menetapkan Tarikh Mula Penggunaan. Tempoh Fasa Penggunaan adalah untuk tempoh 56 bulan bagi Workstation, Komputer Peribadi, Pencetak, Projektor dan Endpoint Security 1 dan 36 bulan bagi Mobile Workstation, Komputer Riba dan Endpoint Security 2;

Tempoh bagi Fasa Penggunaan ini akan dikurangkan dan disesuaikan, jika tempoh Fasa Pelaksanaan dilanjutkan.

2.5.3 Fasa Pengambilan bermula selepas Fasa Penggunaan

dilaksanakan dengan sempurna. Tempoh Fasa Pengambilan adalah maksimum dua (2) bulan.

2.5.4 Tempoh Kontrak adalah termasuk ke semua Fasa

Penghantaran, Fasa Penggunaan dan Fasa Pengambilan. 2.6 Syarat-Syarat dan Arahan Perolehan

Pelawaan ini terikat kepada Syarat-Syarat Khas Perolehan di Bab 3 dan Syarat - Syarat Am Perolehan di Bab 4.

2.7 Fi Perkhidmatan Bagi Transaksi Secara Elektronik (e-Perolehan)

2.7.1 Pembekal hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga; dan

2.7.2 Fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi yang dijana melalui sistem e-Perolehan akan dikenakan kepada Pembekal yang dilantik, tertakluk kepada had maksimum RM4,800.00 bagi setiap transaksi bernilai RM1.2juta atau lebih.

Fi ini akan ditanggung oleh Pembekal.

2.8 Pelaksanaan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

2.8.1 Pembekal adalah dikehendaki melaksanakan program SL1M dalam perolehan Kerajaan mengikut nilai ambang (threshold value) dalam sektor seperti berikut:

Bil. Sektor Nilai Ambang

3 Teknologi Informasi dan Komunikasi RM10 juta

1% x Harga Kontrak RM18,000*

*Elaun SL1M (RM1,500 seorang x 12 bulan)

2.8.2 Pembekal adalah wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida

Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia seperti di Lampiran V bersama dengan Dokumen Tawaran Tender.

Page 12: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

12

2.8.3 Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan

1Malaysia tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian tender. Sekiranya Pembekal gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut yang telah ditandatangani oleh penama di sijil MOF, Pembekal tersebut akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian (gagal mengemukakan dokumen wajib) dan penilaian seterusnya tidak akan dilaksanakan.

2.8.4 Pembekal yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan

Pembida Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia berserta Surat Setuju Terima yang telah ditandatangani di mana Pembekal bersetuju melaksanakan program SL1M. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Dokumen Kontrak Tender.

2.9 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

2.9.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar

atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada, mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

2.9.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-

apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

2.9.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib

terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor arau Pembekal boleh diambil sekiranya pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); dan

2.9.4 Mana-mana Pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan

perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Page 13: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

13

2.10 Pelaksanaan Integrity Pact

2.10.1 Kesemua Pembekal yang menghantar Cadangan Perolehan hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (LAMPIRAN III) bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat; dan

2.10.2 Pembekal yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya (akan diserahkan semasa menandatangani Surat Niat/Surat Setuju Terima) bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani

bagi pihak syarikat.

2.11 Dokumen Kontrak

2.11.1 Dokumen ini adalah dianggap sebagai kontrak antara Kerajaan dan Pembekal sehingga Dokumen Kontrak penuh dimeterai oleh kedua-dua pihak. Perkara-perkara di dalam dokumen ini (mana-mana berkaitan) akan dijadikan sebagai asas kontrak yang akan dimuktamadkan kelak;

2.11.2 Pembekal yang berjaya wajib menandatangani perjanjian kontrak dengan Kerajaan dalam tempoh (3) tiga bulan dari tarikh keluarnya Surat Setuju Terima mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Tender dan segala maklumat pampasan yang dianggap wajar sekiranya melanggar kontrak. Pembayaran berkaitan tidak akan dibuat sekiranya kontrak tidak ditandatangani dalam tempoh tersebut; dan

2.11.3 Sementara menunggu perjanjian kontrak yang rasmi dimeterai,

tawaran secara bertulis oleh Kerajaan serta penerimaan tawaran oleh Pembekal yang berjaya itu akan membentuk perjanjian kontrak yang mengikat kedua-dua pihak, yang akan disediakan atau dilaksanakan atau tidak selepas itu. Pembekal yang berjaya hendaklah melaksanakan kontrak ini, atas risikonya sendiri menurut syarat, spesifikasi dan jadual yang membentuk sebahagian daripadanya, dan dalam melaksanakannya hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana statut, peraturan atau undang-undang kecil, dan keperluan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan dengannya.

Page 14: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

14

2.12 Pindaan Dokumen Perolehan Kerajaan berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang membentuk sebahagian daripada pelawaan ini, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu untuk menguatkuasakan perubahan dalam dasar atau polisi atau membetulkan mana-mana yang silap, tertinggal, tidak jelas atau tidak selaras yang mungkin timbul selepas pelawaan ini dikeluarkan. Sekiranya pindaan pelawaan ini dikeluarkan semula, maka semua Pembekal akan dimaklumkan dengan sewajarnya. Pembekal hendaklah sentiasa memantau e-mel yang didaftarkan dan laman sesawang KKMM, RTM dan myProcurement sepanjang tempoh perolehan ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

Page 15: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

15

3 SYARAT KHAS PEROLEHAN

3.1 Cadangan Pilihan dan Perubahan Spesifikasi

3.1.1 Pembekal adalah tidak dibenarkan membuat cadangan pilihan (alternative offer) bagi mana-mana butiran yang dimasuki di dalam sesuatu Pakej. Jika terdapat cadangan pilihan, Kerajaan akan menolak kesemua cadangan yang dikemukakan dan cadangan perolehan tidak akan dipertimbangkan.

3.1.2 Pembekal juga tidak dibenarkan mengubah spesifikasi

sebarang peralatan yang telah dicadangkan setelah cadangan Pembekal disetuju terima. Pembekal wajib memastikan peralatan yang dicadangkan telah dan masih berada di pasaran tempatan atau antarabangsa dan boleh diimport tanpa halangan, mematuhi piawaian tempatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, mempunyai bahan mentah yang mencukupi untuk dihasilkan dan tidak mencapai fasa end of production, end of life atau end of support.

3.1.3 Jika sebarang cadangan perubahan spesifikasi terpaksa

dipertimbangkan, Pembekal akan dikenakan penalti potongan 2.5% dari cadangan harga bagi item yang terlibat, disamping dikenakan denda/penalti dan/atau gantirugi/ pampasan yang lain, jika berkenaan.

3.2 Cadangan Keseluruhan Secara Pakej

3.2.1 Pembekal diwajibkan menawarkan keseluruhan skop perkhidmatan (Perjanjian Tahap Perkhidmatan) dan item yang ditetapkan bagi setiap Pakej, cadangan sebahagian (partial) bagi sesuatu Pakej adalah tidak diterima dan tidak akan dipertimbangkan.

3.2.2 Pembekal adalah wajib memilih untuk menyertai

sekurang-kurangya satu (1) dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Pembekal digalakkan memilih/ mencadangkan ke semua pakej yang ditawarkan untuk mendapatkan tawaran harga pukal yang lebih kompetitif, walau bagaimanapun, Pembekal adalah dikehendaki membuat cadangan harga mengikut Pakej.

Page 16: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

16

3.2.3 Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan pakej perolehan ini kepada satu (1) Pembekal sahaja. Pembekal wajib melengkapkan borang-borang, jadual-jadual dan mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan berkaitan dengan Pakej yang dicadangkan.

3.3 Keterangan Mengenai Pembekal

3.3.1 Pembekal wajib mengisi butir-butir yang diperlukan ke dalam borang Keterangan Mengenai Pembekal di Lampiran IV serta menyertakan profil syarikat dalam format PDF;

3.3.2 Pembekal juga wajib menyatakan tanggungan projek-

projek semasa (Tahun 2015/2016 dan 2016/2017) yang sedang dilaksanakan, kos pelaksanaan, tarikh projek dijangka selesai dan tarikh sebenar projek tersebut sepatutnya diselesaikan; dan

3.3.3 Pembekal wajib mengemukakan senarai pengalaman

yang melibatkan skop tender yang dipelawa di dalam Lampiran VI – Maklumat Teknikal Pembekal di agensi Sektor Awam bagi tujuan rujukan dan penilaian oleh Kerajaan. Kerajaan berhak untuk berhubung dengan Pengguna Akhir di agensi Sektor Awam yang berkenaan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai perkhidmatan yang diberikan Pembekal untuk digunakan di dalam penilaian.

3.4 Harga Dan Insurans

3.4.1 Harga bersih bagi tiap-tiap cadangan mestilah dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos perkhidmatan, cukai serta duti bagi perkhidmatan tersebut;

3.4.2 Jumlah Harga bagi Fasa Pelaksanaan di tetapkan tidak melebihi jumlah harga bagi tiga (3) bulan Bayaran Penggunaan Bulanan. Jika Jumlah Harga bagi Fasa Pelaksanaan melebihi nilai maksimum yang ditetapkan, cadangan pembekal akan ditolak dan tidak dipertimbangkan.

3.4.3 Harga yang ditawarkan mestilah tidak melebihi dua angka

perpuluhan. Sebagai contoh: RM 123.45/unit; dan

3.4.4 Harga yang ditawarkan hendaklah sah selama tempoh satu ratus lapan puluh (180) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan cadangan sebagaimana yang ditetapkan dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama jika dan apabila perlu.

Page 17: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

17

3.5 Bon Pelaksanaan

3.5.1 Sebelum sesuatu kontrak bekalan/perkhidmatan yang melebihi nilai RM50,000.00 tetapi tidak melebihi RM500,000.00 disempurnakan, Pembekal yang berjaya adalah dikehendaki menyerahkan bon pelaksanaan bernilai 2.5% dari jumlah harga kontrak tahunan kepada Kerajaan Malaysia. Bagi kontrak yang melebihi RM500,000.00 jumlah bon pelaksanaan ialah bernilai 5% daripada jumlah harga kontrak tahunan;

3.5.2 Bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank dari

bank berlesen dan berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak yang bernilai tidak melebihi RM500,000.00 jaminan insurans atau takaful dari syarikat-syarikat insurans dan takaful yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh diterima selain daripada jaminan bank. Sah laku Bon Pelaksanaan hendaklah tidak kurang dari dua belas (12) bulan selepas tamat Tempoh Kontrak;

3.5.3 Pembekal yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan

Kerajaan dikehendaki membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati pihak Pembekal tersebut melanggar syarat-syarat kontrak (breach of contract) dan disabitkan kesalahan; dan

3.5.4 Pembekal yang berjaya wajib mengemukakan Bon

Pelaksanaan di dalam tempoh yang ditetapkan, kegagalan pembekal akan menyebabkan pembatalan kontrak perolehan ini. Bagi Bon Pelaksanaan yang telah dikemukakan, sebarang cadangan pertukaran Bon Pelaksanaan disebabkan masalah Pembekal dengan pihak ketiga, tidak akan dipertimbangkan.

3.6 Hak-Hak Kerajaan

3.6.1 Semua urusan Pembekal dengan Kerajaan hendaklah

dirancang dan dilaksanakan dengan teratur. Pembekal hendaklah memohon pelanjutan Fasa Pelaksanaan lebih awal sekiranya Pembekal mendapati Fasa Pelaksanaan tidak dapat disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Pembekal akan dikenakan denda/penalti dan/atau gantirugi/pampasan berkenaan perkara ini. Selain itu, jika tiada permohonan pelanjutan dibuat, manakala tempoh telahpun tamat, Kerajaan boleh melanjutkan Fasa Pelaksanaan ini, dan mengenakan denda/penalti dan gantirugi/pampasan maksimum berkaitan urusan ini. Tiada sebarang rayuan akan diterima;

Page 18: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

18

3.6.2 Sebarang kelewatan dan penangguhan di dalam melaksana dan menyempurnakan apa-apa tugas atau tangunggjawab Pembekal serta tidak diremedikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, Kerajaan melalui satu Notis Bertulis berhak untuk mengenakan suatu gantirugi kelewatan yang dikenali sebagai ”Liquidated Ascertained Damages (LAD)” yang dikira berdasarkan kadar “Base Lending Rate” (BLR)” terkini dengan formula pengiraannya seperti berikut :

(BLR + 1%)

X

Nilai Skop Kerja ( Jumlah Bayaran

Untuk Sewaan Tahun Pertama

Sewaan + Kos Fasa Pelaksanaan)

X Bilangan

Hari Lewat

= LAD

365

3.6.3 Kerajaan mereservasikan haknya untuk melantik mana-

mana pihak ketiga bagi melaksana dan menyempurnakan apa-apa tugas atau tanggungjawab Pembekal di bawah perolehan ini yang gagal disempurnakan itu dengan apa-apa kos yang terbit darinya ditanggung sepenuhnya oleh Pembekal;

3.6.4 Melainkan dipersetujui selainnya oleh Kerajaan secara bertulis, jika Pembekal didapati masih gagal meremedi atau menyempurnakan perlaksanaan tugas atau tanggungjawab di bawah perolehan ini, setelah Notis dikeluarkan kepada Pembekal, dan kegagalan tersebut berlanjutan sehingga empat (4) minggu dari tarikh Notis tersebut, Kerajaan adalah berhak untuk menamatkan kontrak ini menerusi satu Notis Penamatan atau melaksanakan tindakan lain tanpa perlu memberi sebarang sebab atau rujukan lanjut kepada Pembekal; dan

3.6.5 Akibat penamatan yang dibuat di bawah Hak-Hak Kerajaan,

Kerajaan juga berhak untuk:

3.6.5.1 Mengambil milikan penuh atas tapak, apa-apa peralatan / barangan yang telah dihantar bekal ke tapak dan menguruskan penerusan penyempurnaan kerja-kerja yang gagal disempurnakan oleh Pembekal termasuk berurusan secara langsung dengan pengilang / pembiaya kewangan dan sebagainya;

3.6.5.2 Menuntut apa-apa ganti rugi atau indemniti yang dibenarkan dan yang menjadi hak kepada Kerajaan di bawah kontrak ini;

Page 19: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

19

3.6.5.3 Mengenakan set-off apa-apa bayaran yang belum dibayar oleh Kerajaan kepada Pembekal setara dengan apa-apa nilai kerugian atau perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh Kerajaan;

3.6.5.4 Menyita sepenuhnya Bon Pelaksanaan;

3.6.5.5 Mendapatkan apa-apa ganti rugi atau indemniti yang

dibenarkan dan yang menjadi hak kepada Kerajaan di bawah perolehan ini menerusi mana-mana prosiding yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia; dan

3.6.5.6 Mengenakan tindakan tatatertib ke atas

Pembekal seperti menyenaraihitam atau lain-lain tindakan yang ditetapkan di dalam prosedur Perolehan Kerajaan.

3.7 Pembayaran

3.7.1 Semua bayaran hanya boleh dituntut dan dibuat dalam

Ringgit Malaysia (RM) sahaja;

3.7.2 Jadual Pembayaran adalah seperti berikut:

Butiran Pecahan dan Cara Pembayaran

a) Fasa Pelaksanaan I

Disahkan melalui Penerimaan

Sementara bagi semua Peralatan

70% dari Kos Pelaksanaan

b) Fasa Pelaksanaan II

Disahkan melalui Penerimaan bagi bagi semua Peralatan

30% dari Kos Pelaksanaan

c) Fasa Penggunaan

Bayaran Penggunaan Bulanan sehingga Tiga (3) bulan

terakhir

Bayaran Penggunaan Bulanan

Dibayar pada bulan berikutnya bagi Peralatan yang disahkan

Penerimaan atau Pentauliahan sahaja dari Tarikh Mula Penggunaan

sehingga Tiga (3) Bulan sebelum Tarikh Tamat Penggunaan, selepas :

a) Perkhidmatan sempurna

dibekalkan kepada Kerajaan. b) Semua dokumentasi lengkap

berkaitan pembayaran diterima. Tolakan Pembayaran yang terdiri

daripada denda/penalti dan/ atau

gantirugi/ pampasan atau caj yang dikenakan oleh Kerajaan.

Page 20: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

20

Butiran Pecahan dan Cara Pembayaran

d) Fasa Pengambilan

Bayaran Penggunaan Bulanan Tiga (3) bulan terakhir

Bayaran Akhir

Bayaran Tiga (3) bulan Terakhir, selepas:

a) Laporan Pemantauan dan Pengemaskinian Penempatan

dikemukakan kepada Kerajaan. b) Semua Peralatan dibersihkan

dan data milik Kerajaan

dihapuskan. c) Perkhidmatan sempurna

dibekalkan kepada Kerajaan. d) Semua dokumentasi lengkap

berkaitan pembayaran diterima.

e) Tolakan Pembayaran yang terdiri daripada denda/penalti

dan/ atau gantirugi/ pampasan atau caj yang dikenakan oleh

Kerajaan.

3.7.3 Pembayaran ini hanya boleh dituntut apabila Kerajaan berpuas hati dengan penyempurnaan sesuatu fasa bekalan, kerja dan perkhidmatan yang dinyatakan. Bagi maksud ini, pembayaran hanya dibuat setelah perkhidmatan diterima dengan sempurna dan disahkan oleh wakil-wakil Kerajaan. Semua pembayaran adalah secara pasca-bayar.

3.7.4 Bagi Fasa Pelaksanaan I dan Fasa Pelaksanaan II, pembayaran boleh dituntut secara berasingan atau secara sekaligus. Bayaran Fasa Pelaksanaan II hanya boleh dibayar selepas Tarikh Mula Penggunaan. Manakala, Bayaran Penggunaan Bulanan hanya boleh dibayar setelah perkhidmatan pada bulan tersebut lengkap untuk tempoh satu (1) bulan. Bayaran Penggunaan Bulanan Pertama dan Terakhir akan dibuat secara prorata, jika Tarikh Mula Penggunaan ditetapkan bukan pada 1 haribulan; dan

3.7.5 Pembayaran kepada penyempurnaan perolehan ini boleh

dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari selepas invois dan dokumen yang lengkap dan betul diterima.

3.8 Iklan

Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini seperti media sosial melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu. Pembekal juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang nama rujukan dari Kementerian ini bagi perolehan lain, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Setiausaha, Bahagian Kewangan, KKMM.

Page 21: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

21

3.9 Surat Kebenaran Memasuki Tender daripada Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar

3.9.1 Bagi peralatan yang dicadangkan melebihi 100 unit,

Pembekal wajib mengemukakan Surat Kebenaran Memasuki Perolehan (Letter of Authorization) daripada Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar bagi sokongan ke atas peralatan tersebut.

3.9.2 Pembekal hendaklah mengemukakan bersama-sama dokumen

cadangan, satu surat yang membenarkan atau melantik pihaknya secara rasmi sebagai agen untuk membekal bekalan yang dinyatakan daripada Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar. Tarikh surat tersebut hendaklah tarikh semasa dan jelas menyatakan produk dan perkhidmatan yang disokong berserta tempoh perkhidmatan yang disokong (seperti Jaminan) serta dokumen lain yang berkaitan. Pembekal juga dengan ini memberi pelepasan dan kebenaran kepada Kerajaan untuk menghubungi Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar bagi tujuan pengesahan surat ini, jika perlu.

3.9.3 Surat kebenaran ini hendaklah asli serta sah daripada Agen

Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar yang berkenaan. Kerajaan berhak untuk mengesahkan perkara ini dengan pihak yang berkaitan.

3.9.4 Pembekal dikehendaki berurusan secara profesional dengan

pihak Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar dalam urusan ini bagi mengelakkan sebarang konflik yang akan menyebabkan perkhidmatan tidak dapat disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan dan merencatkan pelaksanaan perolehan.

3.10 Ujian Ke Atas Perkhidmatan dan Peralatan

Semua perkhidmatan dan peralatan yang dibekalkan untuk digunakan akan diuji mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan. Pembekal hendaklah menyediakan sokongan kepakaran untuk ujian-ujian tersebut di atas tanpa sebarang kos kepada Kerajaan, jika perlu.

3.11 Pengurusan Projek

Sebarang masalah yang timbul berkaitan urusan ini perlu dibincangkan lanjut dengan Kerajaan, Pembekal perlu memanggil satu mesyuarat berkaitannya. Minit Mesyuarat ini hendaklah dicatatkan, dikemukakan kepada Kerajaan untuk semakan dan diedar kepada ahli yang hadir. Hanya Minit Mesyuarat yang disahkan telah disemak oleh wakil Kerajaan yang dibenarkan sahaja dianggap sebagai sah sebagai bukti dalam pertikaian.

Page 22: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

22

3.12 Perkhidmatan dan Peralatan

3.12.1 Semua perkhidmatan dan peralatan adalah wajib mematuhi Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement) yang ditetapkan di BAB 8 – PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN; dan

3.12.2 Semua pembekalan adalah wajib disediakan berdasarkan

BAB 5 - JADUAL SPESIFIKASI yang telah ditetapkan.

Page 23: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

23

4 SYARAT AM PEROLEHAN

4.1 Am

Pembekal wajib memenuhi sepenuhnya syarat-syarat apabila menerima pelawaan ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan akan menyebabkan cadangan Pembekal tersebut ditolak dan tidak dipertimbangkan serta boleh dikenakan tindakan lain berdasarkan kepada peraturan perolehan Kerajaan.

4.2 Peraturan Menerima Pelawaan

4.2.1 Pelawaan ini adalah terbuka kepada syarikat-syarikat yang layak sahaja; dan

4.2.2 Cadangan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan di dalam dokumen ini, dengan melengkapkan maklumat pada ruangan yang berkenaan serta menyertakan dokumen sokongan yang ditetapkan.

4.3 Tindakan Tatatertib/Penggantungan/Pembatalan Pendaftaran

Kontraktor

Berdasarkan kepada pekeliling Kerajaan sedia ada, jika mana-mana Pembekal didapati:

a) Menarik balik cadangan perolehannya sebelum tamat tempoh

Sah Laku pelawaan perolehan atau apa-apa tempoh lanjutan; atau

b) Mengenakan sekatan, had, syarat atau perjanjian tambahan

semasa dan selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi menyerahkan cadangan (dan dalam hal yang sedemikian ia hendaklah disifatkan enggan dan tidak melaksanakan perjanjian kontrak yang normal atau gagal mendepositkan Bon Pelaksanaan), Kerajaan tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap Pembekal atau memperakukan kepada pihak berkuasa supaya menggantung atau membatalkan pendaftaran Pembekal sebagai kontraktor Kerajaan.

Page 24: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

24

4.4 Denda/Penalti

4.4.1 Sekiranya Pembekal lewat atau gagal menyempurnakan perolehan ini mengikut tempoh yang telah dipersetujui atau gagal sepenuhnya menyempurnakan perolehan ini, Pembekal boleh dikenakan penalti/denda dan dikehendaki membayar gantirugi/pampasan atau lain-lain tindakan yang ditetapkan di dalam Perolehan Kerajaan; dan

4.4.2 Bagi perkhidmatan yang terpaksa ditangguhkan kerana

sebab-sebab di luar kawalan Pembekal seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, bahaya laut atau yang seumpamanya, Kerajaan secara suci hati atas budi bicaranya boleh membenarkan perlanjutan tempoh perkhidmatan tersebut dengan syarat Pembekal perlu mengemukakan notis sebab-sebab kerja tertangguh dan masa yang diperlukan.

4.5 Spesifikasi Teknikal

4.5.1 Spesifikasi bagi bekalan yang diperlukan adalah dinyatakan di dalam BAB 5 – JADUAL SPESIFIKASI. Pembekal yang mencadangkan spesifikasi yang lebih rendah atau tidak setara dengan spesifikasi minimum yang ditetapkan akan ditolak dan tidak dipertimbangkan;

4.5.2 Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana

perkhidmatan dan bekalan akibat daripada perbezaan antara pentafsiran Kerajaan atau rayuan mengenai spesifikasi yang berkenaan dengan pentafsiran Pembekal, tidak akan dilayan;

4.5.3 Pembekal dikehendaki memberikan satu perakuan dan

pengesahan yang menyatakan bahawa Spesifikasi Perkhidmatan, Spesifikasi Peralatan dan BAB 8 – PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN akan dipenuhi sebagaimana yang ditetapkan;dan

4.5.4 Pembekal dikehendaki meneliti jadual yang disertakan

sebelum melengkapkan medan-medan yang diperlukan. Pembekal digalakkan mencatatkan semua perkara penting yang dinyatakan di dalam dokumen ini, bagi mengelakkan sebarang salah tafsiran, keciciran maklumat, kegagalan mematuhi skop perkhidmatan dan spesifikasi dan seterusnya gagal menyempurnakan perolehan ini.

Page 25: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

25

4.6 Penerimaan Cadangan

4.6.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima cadangan yang terendah atau mana-mana cadangan sekalipun;

4.6.2 Kerajaan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun

bahawa perkhidmatan yang disebutkan dalam pelawaan ini akan dipesan kesemuanya. Walau bagaimanapun, Pembekal yang berjaya mestilah bersedia untuk membekalkan semua perkhidmatan sekiranya ianya melebihi/kurang dari perkhidmatan yang dianggarkan dengan harga dan spesifikasi yang sama;

4.6.3 Kerajaan atas budi bicaranya boleh membatalkan,

menangguhkan atau apa jua bentuk tindakan yang sesuai ke atas perolehan ini. Mana-mana Pembekal yang tidak menerima sebarang notifikasi selepas tempoh tiga (3) bulan dari Tarikh Tutup perolehan, maka Pembekal adalah tidak berjaya; dan

4.6.4 Pembekal diwajibkan mengikat satu kontrak perjanjian

jual beli dan/atau perkhidmatan dengan Kerajaan. 4.7 Demonstrasi/Ujian Benchmark

Sekiranya Kerajaan memerlukan ujian penanda aras (benchmark), Pembekal diwajibkan mengadakan demonstrasi/persembahan dengan membekalkan bekalan sekurang-kurangnya seperti yang dicadangkan di dalam Cadangan Perolehan. Sebarang kos yang terlibat untuk Demonstrasi/Ujian Benchmark ini adalah ditanggung oleh Pembekal.

4.8 Jadual Pelaksanaan

Pembekal wajib menyediakan satu Jadual Pelaksanaan yang terperinci (Carta Gantt dan penerangannya) dan lengkap bagi tujuan penyempurnaan perkhidmatan yang dicadangkan kepada Kerajaan.

4.9 Perbelanjaan Pembekal

Sebarang kos perbelanjaan dalam urusan penyediaan cadangan ini ditanggung sepenuhnya oleh Pembekal.

Page 26: DOKUMEN TENDER KKMM/KEM/OP/1/2018 - rtm.gov.my · kementerian komunikasi dan multimedia malaysia (kkmm) dokumen tender kkmm/kem/op/1/2018 tender terbuka bagi perkhidmatan peralatan

26

4.10 Keputusan Kerajaan

4.10.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan perolehan Pembekal. Kerajaan boleh menawar sebahagian (mengikut pakej) atau sepenuhnya (kesemua pakej) tawaran kepada mana-mana Pembekal yang berjaya. Di samping itu, Kerajaan juga boleh menolak semua cadangan yang dibuat oleh Pembekal atas sebab-sebab yang pada budi bicara Kerajaan adalah munasabah atau dianggap merugikan Kerajaan;

4.10.2 Kerajaan juga tidak terikat untuk memberikan sebarang

penjelasan mengenai apa-apa tindakan Kerajaan (seperti pindaan, penangguhan, pembatalan atau lain-lain) ke atas perolehan ini dan tidak terikat untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai sebab sesuatu cadangan perolehan Pembekal ditolak; dan

4.10.3 Segala keputusan Kerajaan adalah muktamad dan

sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sebarang aduan hendaklah dibuat terus kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

4.11 Syarat-Syarat Perolehan

Syarat-Syarat Khas dan Am dalam dokumen perolehan ini, setakat mana syarat-syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan kontrak ini hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada kontrak. Jika Pembekal tidak mematuhi syarat-syarat di atas mengenai apa-apa juga hal, maka cadangannya akan ditolak dan tidak dipertimbangkan.

4.12 Hak Cipta Dokumen

Dokumen ini adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332). Pembekal atau mana-mana pihak tidak dibenarkan menerbitkan semula dan menyiarkan dokumen ini dalam apa jua bentuk, sama ada bercetak, elektronik ataupun digital tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Kerajaan (Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Pembekal hanya boleh menyunting ruangan yang terlibat dan menggunakan borang-borang yang dilampirkan untuk tujuan menyempurnakan perolehan ini sahaja.