si tanggang anak derhaka

5
”SI TANGGANG ANAK DERHAKA” Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang dihormati barisan panel hakim, guru- guru dan rakan-rakan sekelian. Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk " Si Tanggang Anak Derhaka". Dengarkan ya. Awal mula...sebuah cerita..., Kisah Si Tanggang...anak derhaka, Ibu di keji...menyumpah ia, Menjadi batu... selama-lamanya. ( Syair ) Hadirin sekalian, Suatu masa dahulu, ada seorang budak lelaki yatim piatu yang bernama Si Tanggang. Dia tinggal bersama ibunya di sebuah rumah usang di pinggir Kampung Seroja. Kehidupan mereka sungguh daif ibarat "Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang". " Ibu, izinkan saya pergi merantau untuk mencari rezeki yang halal bagi mengubah kehidupan kita ini" rayu Si Tanggang kepada ibunya pada suatu pagi. Dengan berat hati, Mak Kuntum membenarkan anaknya pergi merantau untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga. “Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

Upload: nooritapgsrsains09

Post on 12-Jul-2016

238 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

cerita

TRANSCRIPT

Page 1: Si Tanggang Anak Derhaka

”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang dihormati barisan panel hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekelian.

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk " Si Tanggang Anak Derhaka". Dengarkan ya.

Awal mula...sebuah cerita...,Kisah Si Tanggang...anak derhaka,Ibu di keji...menyumpah ia,Menjadi batu... selama-lamanya. ( Syair )

Hadirin sekalian,

Suatu masa dahulu, ada seorang budak lelaki yatim piatu yang bernama Si Tanggang. Dia tinggal bersama ibunya di sebuah rumah usang di pinggir Kampung Seroja. Kehidupan mereka sungguh daif ibarat "Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang".

" Ibu, izinkan saya pergi merantau untuk mencari rezeki yang halal bagi mengubah kehidupan kita ini" rayu Si Tanggang kepada ibunya pada suatu pagi.

Dengan berat hati, Mak Kuntum membenarkan anaknya pergi merantau untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Para hadirin sekelian,

Page 2: Si Tanggang Anak Derhaka

Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah ” Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.

            Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Kuntum dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

            Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah...

            ” Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...”

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.                       ”Apa???   Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...”

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi

Page 3: Si Tanggang Anak Derhaka

Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersama Si Tanggang dan anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu.

            ” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Kerana terlalu cedí, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun

Page 4: Si Tanggang Anak Derhaka

mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan;

            “Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!”

Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turín. Kilat dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....

           ” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....

            Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....            Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....”

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke dewasa.

Page 5: Si Tanggang Anak Derhaka

            Terang bulan di malam sepi,            Cahaya memancar ke pohon kelapa,            Hidup di dunia buatlah bakti,            Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.