menggunakan buku si comel

14
Menggunakan buku Si Comel Disediakan oleh Penulis-penulis buku Cerita dari Taman Haiwan Singapura

Upload: mohamed-naim-daipi

Post on 23-Jun-2015

5.598 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Persembahan mengenai cara menggunakan buku "Si Comel" terbitan Taman Haiwan Singapura dan Teachers' Network. Rujuk: www.saujana.sg untuk bahan selanjutnya.

TRANSCRIPT

Page 1: Menggunakan Buku Si Comel

Menggunakan bukuSi Comel

Disediakan oleh Penulis-penulis bukuCerita dari Taman Haiwan Singapura

Page 2: Menggunakan Buku Si Comel

Rancangan PengajaranObjektif pengajaran:

Murid-murid memahami cerita Si Chomel.Murid-murid dapat melakonkan watak binatang.Murid-murid dapat menulis mengenai Kisah Si Chomel.

Page 3: Menggunakan Buku Si Comel

Bahan-bahan• Buku cerita Si Chomel• Persembahan e-book• Wayang mini• Boneka Orang Utan• Buku Aktiviti dan Jejak

Pengetahuan Sedia Ada• Murid-murid tahu serba sedikit tentang latar

belakang orang utan di Zoo Singapura.

Page 4: Menggunakan Buku Si Comel

Aktiviti Pramembaca Persediaan sebelum pengajaran bercerita• Murid-murid membuat boneka kayu

menggunakan gambar binatang yang diwarnakan dan kayu penyepit(chopstick )

• Guru boleh menyediakansekitar pembelajaran yangmenarik

Page 5: Menggunakan Buku Si Comel

Rancangan PengajaranInduksi (5 minit)• Guru melukis sambil bercerita.• Murid-murid akan meneka nama

binatang yang telah dilukis itu.Langkah 1 (3 minit)• Guru mencungkil pengalaman

murid sama ada mereka tahu mengenai orang utan.

Page 6: Menggunakan Buku Si Comel

Langkah 2 (5 minit)• Guru akan menunjukkan muka

depan buku.• Guru akan bertanya pendapat murid

mengenai tajuk dan gambarnya.• Guru menyuruh murid meneka apakah

kandungan buku cerita .Langkah 3 (15 minit)• Guru akan bercerita menggunakan

boneka orang utan sementara murid-murid mendengar.• Guru akan berinteraksi bersama murid menggunakan

soalan untuk merangsangkan lagi minat murid.• Guru akan bertanya murid-murid apakah perasaan

mereka apabila mendapat adik.

Page 7: Menggunakan Buku Si Comel

Langkah 4 (10 minit) Guru akan menyuruh murid

membaca sekali lalu melalui buku elektronik (e-book).

Guru menguji pemahaman murid dengan mengajukan soalan mengenai cerita Si Chomel

Langkah 5 (15 minit)• Guru memberikan setiap kumpulan

8 keping kad imbasan.• Murid –murid akan membuat

aktiviti menyusun ayat supaya menjadi sebuah cerita Si Chomel.

Page 8: Menggunakan Buku Si Comel

Langkah 6 (10 minit)• Murid-murid dikehendaki

melakonkan watak menggunakan boneka yang telah disiapkan

Langkah 7 (20 minit)Murid-murid melengkapkan

lembaran kerja mereka mengikut tahap kemahiran mereka. Rujuk www.saujana.sg bagi

mendapatkan lembaran kerja buku ini.

Page 9: Menggunakan Buku Si Comel

Penutup (5 minit)• Guru akan membaca lirik

lagu orang utan.• Murid-murid akan menyanyi

bersama-sama mengikut rentak lagu ’ Pak Mamat Ada Kebun”

Page 10: Menggunakan Buku Si Comel

Aktiviti Saranan

Menyusun gambar

Menghantar poskad atau e-mel

Tulis kepada penulis atau watak dalam buku mengenai buku yang telah dibaca. Tanyakan soalan-soalan kepada mereka.

Page 11: Menggunakan Buku Si Comel

Membuat kolaj

Menulis diari

Page 12: Menggunakan Buku Si Comel

Menulis kepada rakan sedarjahTulis kepada rakan sedarjah dalam bentuk poskad, surat atau e-mel dan berikan komen mengenai buku yang sudah dibaca.

Menulis SajakSetiap kumpulan murid diberi satu sampul surat yang mengandungi beberapa perkataan seperti pisang, perang, bergayut, pokok dsb. Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan perkataan tersebut untuk menulis sebuah sajak.

Page 13: Menggunakan Buku Si Comel

Menulis Refleksi • Setelah membaca cerita

Si Chomel, tuliskan sebuahrefleksi mengenai perkara-perkara yang terjadi selepas cerita tersebut.

• Bantu dengan menyediakan soalan-soalan.

• Contoh: Katakan kamu adik Chomel, tuliskan refleksi setelah kamu pulang dari Amerika.

Menemuramah watak• Seorang murid duduk di sebuah kerusi dan bayangkan

dirinya sebagai watak dalam cerita iaitu Si Chomel. Murid-murid lain bertanyakan soalan kepadanya.

Page 14: Menggunakan Buku Si Comel