si to plasma

11
Sitoplasma

Upload: nurul-akmal-ab-aziz

Post on 27-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sitoplasma

Sitoplasma

Sitoplasma ialah bahan-bahan bak agar-agar yang mengisi sel dan yang melarutkan makanan serta menukarkan makanan menjadi tenaga dalam tindak balas kimia. Berbeza dengan protoplasma, sitoplasma tidak mengandungi nukleus sel tetapi terdiri daripada sitosol dan organel-organel sel. Sitosol terdiri daripada air, garam-garam, molekul-molekul organik, serta banyak enzim yang memangkinkan tindak balas.Sitoplasma memainkan peranan yang penting di dalam sel, dan bertindak sebagai "sup molekul" yang menampung organel-organel. Organel-organel tersebut terapung-apung di dalamnya dan dicantumkan oleh membran lemak. Sitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organel-organel.

Fungsi

Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk dan ketekalan sel. Ia juga merupakan tempat simpanan bahan-bahan kimia yang sangat diperlukan untuk hidup, dan terlibat dalam tindak-tindak balas metabolisme yang penting seperti glikolisis anaerob dan sintesis protein.Di dalam bakteria, tindak-tindak balas jujukan berlaku di dalam sitoplasma dan membran sel.

Komponen sitoplasma

Sitoplasma terdiri daripada ion-ion dan makromolekul-makromolekul boleh larut seperti enzim, karbohidrat, garam dan protein, serta sebahagian besar RNA. Komponen berair sitoplasma juga dikenali sebagai hialoplasma. Ia lebih kurang bak gel atau cecair, bergantung kepada keadaan-keadaan persekitaran dan fasa-fasa aktiviti sel. Dalam kes pertama, komponen berair ini dinamakan sitogel dan merupakan jisim pejal likat. Dalam kes kedua yang dinamakan sitosol, komponen berair ini bertindak sebagai cecair. Secara umumnya, kawasan-kawasan pinggir di dalam sel adalah bak gel dan kawasan-kawasan dalamannya adalah cecair.Organel-organel (seperti mitokondrium, kloroplas, lisosom, peroksisom, ribosom, vakuol, sitorangka, dan struktur-struktur membran sel yang rumit seperti retikulum endoplasma) di dalam sitoplasma tidak boleh larut.

Perbezaan antara sitoplasma haiwan dan tumbuhan

Sedangkan semua sel mengandungi sitoplasma, sel daripada domain-domain biologi boleh banyak berbeza dari segi ciri-ciri sitoplasmanya. Dalam alam haiwan, sitoplasma mengambil hampir separuh daripada isi padu sel, manakala di dalam sel-sel tumbuhan, sitoplasma tidak mengambil begitu banyak ruang kerana adanya vakuol-vakuol.

Vakuol

Vakuol merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan zat terlarut. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol yang tiada pada sel haiwan kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Vakuol merupakan rongga-rongga besar sitoplasma yang berisi bendalir. Tumbuhan yang matang mempunyai vakoul yang besar.Setiap vakuol dikelilingi oleh membran yang dikenali sebagai tonoplas. Tonoplas ialah dinding separa telap yang tebal, kuat dan kenyal yang dibina daripada selulosa karbohidratpolisakarida.Sap sel vakoul terdiri daripada:

gulagaramasid organikoksigenkarbon dioksidapigmenbeberapa jenis hasil perkumuhan

FungsiVakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan osmosis dan tekanan segah sel kering

Osmosis

Osmosis merujuk kepada pergerakan bersih molekul pelarut (air) menyeberangi satu membran separuh telap dari kawasan berkepekatan tinggi kepada kawasan berkepekatan rendah. Proses ini adalah satu proses pasif dan berlaku apabila dua larutan dengan kepekatan yang berlainan diasingkan oleh satu membran separa telap, iaitu membran khusus yang hanya boleh dilalui oleh molekul pelarut sahaja dan bukan molekul bahan yang tidak larut.Proses ini berlaku pada membran sel semula jadi atau membran buatan tanpa menggunakan sebarang tenaga. Dalam satu sistem tertutup, proses in terjadi akibat pergerakan rawak molekul dan berterusan sehingga kepekatan molekul menjadi seimbang dalam seluruh sistem itu.

Faktor yang mempengaruhi osmosis

Saiz molekul yang meresap: Molekul yang lebih kecil daripada garis pusat liang membran akan meresap dengan lebih mudah.Keterlarutan lipid: Molekul yang mempunyai keterlarutan yang tinggi meresap lebih cepat daripada molekul yang kelarutan yang rendah seperti lipid. Jika kadar resapan bagi dua bahan yang sama saiz molekul dibandingkan, bahan yang lebih larut dalam lipid akan meresap lebih cepat daripada bahan yang mempunyai kelarutan yang rendah.Luas permukaan membran: Kadar resapan menjadi lebih cepat jika luas permukaan membrsn yang disediakan untuk resapan adalah lebih besar.Ketebalan membran: Kadar resapan sesuatu molekul berkadar songsang dengan jarak yang harus dilaluinya. Berbanding dengan satu membran yang tebal, kadar resapan memlaui satu membran yang nipis adalah lebih cepat.Suhu: Pergerakan rawak molekul dipengaruhi oleh suhu. Kadar resapan akan menjadi lebih cepat pada suhu yang tinggi dibandingkan dengan suhu yang rendah.Cas elektrik pada molekul: Pada umumnya, resapan molekul bercas (ion) adalah lebih perlahan berbanding dengan molekul yang tidak bercas walaupun saiz molekul yang serupa. Jika semua faktor di atas adalah malar, maka ini boleh ditunjukkan bahawa kadar resapan berkadar terus dengan cerun kepekatan.