nasib si kosong

Upload: abdul-azim-hussain

Post on 17-Jul-2015

196 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PenghargaanAlhamdulillah, dengan izin serta limpah rahmat Allah SWT, saya berjaya menyiapkan tugasan bagi semester ini iaitu Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah yang telah mengajar MTE 3113 Penyelidikan Tindakan 1 Matematik Rendah (Metodologi) iaitu Encik Muaz Ghazalie dan Encik Jalani Hussain. Sumbangan mereka sangat besar iaitu memberikan penjelasan yang jelas dan lengkap berkaitan tugasan penyelidikan tindakan ini. Mereka juga telah banyak membantu saya menambahbaik idea dan cadangan dalam menyiapkan kertas cadangan ini. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, iaitu SK Taman Teknologi, Bandar Baru Seri Iskandar. Mereka telah banyak memberikan kerjasama yang baik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih tidak terhingga juga kepada guru-guru SK Taman Teknologi terutamanya kepada guru pembimbing saya, Encik Khairil Azam bin Mohd Idris kerana beliau telah banyak menyumbangkan dari segi tunjuk ajar, galakan dan nasihat yang tidak putus-putus kepada saya. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang lain yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kertas cadangan Penyelidikan TIndakan 1 ini. Jasa anda semua tidak dapat saya balas. Sekian, terima kasih.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 1

NASIB SI KOSONGOleh Abdul Azim bin Hussain Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh [[email protected]]

1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

Mata pelajaran matematik telah mengalami anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi setiap murid. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian. Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan

mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 2

Pelajaran Matematik. Justeru, penyelesaian masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan utama semua pengajaran dan aktiviti matematik KBSR. Oleh itu penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang berasingan tetapi satu proses yang meliputi seluruh program pengajaran.

1.2 Refleksi Berdasarkan Pengalaman Lalu dan Refleksi Tinjauan Literatur

Sepanjang pengalaman mengajar saya di sekolah iaitu ketika Praktikum 1 dan 2, saya telah menghadapi kesukaran ketika mengajar murid mendarab nombor yang mempunyai digit sifar (0) di belakangnya, atau dengan nama lain gandaan 10, 100 dan 1000. Meskipun membuat kiraan dalam bentuk lazim, masih terdapat murid yang menyelesaikannya dengan salah pendaraban melibatkan nombor dalam gandaangandaan yang disebutkan tadi.Ia juga menyebabkan murid mengambil masa yang agak lama bagi murid yang lemah untuk menulis sifar berulang kali ketika melakukan jalan pengiraan dan akhirnya menimbulkan kekeliruan dan akhirnya menjadi punca kepada jawapan yang tidak tepat. Antara sebab utama terjadinya hal yang demikian kerana kurang kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang konsep sifar yang menunjukkan tidak wujud atau tiada dalam pengiraan. Pernah terjadi apabila saya bertanyakan soalan 0 x 7 = ? lantas terdapat murid yang menjawab 7. Hal ini akan menjejaskan kefahaman murid-murid yang lain tentang konsep digit sifar dan seterusnya akan melakukan kesalahan yang sama seperti murid tadi.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 3

Pencapaian rendah di kalangan dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kelemahan murid untuk menguasai sifir darab. Kelemahan murid dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadapi ketakutan terhadap matematik atau maths phobia. Satu kajian tindakan melibatkan murid tahun 5 yang rendah pencapaiannya dipilih.Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Tinjauan awal melibatkan temubual dengan guru dan murid, semakan profil murid dan ujian pra. Didapati sampel terdiri daripada anak pendatang, tiada dorongan/perhatian ibu bapa/penjaga, ke sekolah tanpa sarapan pagi, bekerja di luar waktu sekolah dan jarang hadir ke sekolah. Setahun kemudian, satu lagi kajian tindakan diadakan pada kelompok murid yang sama, tetapi melalui rombakan kelas. Pra-ujian diadakan semula dan didapati hanya sebilangan kecil sahaja muridmurid yang dapat menguasai sifir darab dan ada juga yang tidak dapat mendarab dalam masa yang ditetapkan. Temuduga dijalankan dan didapati hasilnya pelajar dimasukkan ke dalam tiga kumpulan iaitu; 1) tidak tahu (dari segi fahaman konsep, kaedah belajar, membaca dan menulis); 2) tidak dapat (status ekonomi keluarga, kekangan masa, aktiviti lain) dan 3) tidak mahu (tidak minat belajar).

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 4

1.3 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan

Saya menyedari bahawa saya perlu memperkenalkan teknik atau cara baru yang dapat memudahkan murid menjalankan pengiraan darab berkaitan nombor gandaan 10, 100, dan 1000, serta mengatur strategi untuk mendidik mereka dalam menguasai teknik ini memupuk pemikiran yang lebih sistematik dalam kalangan mereka. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti kesilapan murid ketika mendarab nombor yang mempunyai digit sifar di hujungnya atau nombor dalam gandaan 10, 100 dan 1000 dengan menggunakan teknik yang saya namakan Si Kosong. Dengan intervensi dan pengaplikasian teknik ini ke atas murid, diharapkan agar mereka akan menguasai teknik ini serta mengelakkan mereka daripada melakukan kesalahan pengiraan.

1.4 Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut. i. Objektif Umum Secara umumnya, tujuan penyelidikan ini adalah untuk: a) Menambahbaik kemahiran murid dalam melakukan pengiraan operasi darab nombor gandaan 10, 100 dan 1000. b) Meningkatkan keyakinan serta memotivasikan mereka dalam menyelesaikan operasi darab dalam matematik.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 5

ii.

Objektif Khusus Secara khususnya, objektif khusus penyelidikan ini adalah untuk: a) Menilai keberkesanan teknik Si Kosong dalam menyelesaikan operasi darab melibatkan nombor dalam gandaan 10, 100 dan 1000. b) Meningkatkan keyakinan serta memotivasikan mereka dalam menyelesaikan operasi darab dalam matematik dengan

mengaplikasikan teknik Si Kosong dalam pengiraan.

iii.

Persoalan Kajian a) Dapatkah murid menjawab soalan darab melibatkan nombor dalam gandaan 10, 100 dan 1000 dengan menggunakan teknik Si Kosong dalam pengiraan mereka? b) Adakah teknik Si Kosong ini memudahkan murid dalam melakukan pengiraan?

1.5 PENGISTILAHAN Kaedah yang akan dijalankan diberi nama Kaedah Si Kosong kerana kaedah ini banyak melibatkan angka sifar (0) dalam gandaan 10, 100 dan 1000. Angka sifar ini akan dikumpulkan di satu tempat dan diletakkan semula bersama-sama jawapan yang telah dikira.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 6

1.6 Signifikan Kajian Kajian yang akan saya laksanakan ini penting dalam mencari jalan penyelesaian bagi kesalahan yang sering dilakukan oleh murid. Saya mengharapkan agar muridmurid dapat mengelakkan kesilapan yang sering dilakukan apabila menggunakan bentuk lazim. Seterusnya, dengan hasil dapatan kajian ini juga diharap dapat membantu murid membuat pengiraan dengan pantas dan tidak membazir beiu banyak masa lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan. Selain itu, hasil penyelidikan ini juga dapat membantu guru mempelbagaikan lagi kaedah pengajarandi dalam bilik darjah.Guru Matematik terutamanya mempunyai lebih banyak pilihan kaedahpengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid yang berbeza.

1.7 Limitasi Kajian Kajian ini hanya dapat dijalankan ke atassepuluh orang murid tahun 3 Bestari sahaja. Kajian ini tidak boleh dijalankan kepada murid tahun 1 dan 2 kerana mengikut spesifikasi kurikulum, pendaraban nombor dua digit dengan nombor satu digit serta pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit mula diajar di tahun 3. Saya berharap kajian dapat membantu murid-murid dan guru-guru di sekolah yang menghadapi masalah mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 7

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Sifir adalah salah satu cara untuk memudahkan kita mengingati jumlah hasil darab sesuatu nombor. Walaupun sifir dapat membantu kita menyelesaikan masalah berkaitan pendaraban, konsep utama proses pendaraban perlu sentiasa diingat bagi membantu kefahaman untuk penyelesaian masalah yang lebih rumit.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil yang bertajuk Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor, Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kepentingan kemahiran ini ,sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi.

Untuk penguasaan kemahiran mendarab, sifir yang perlu diingat adalah sifir 1 hingga ke sifir 9. Bagi hasil darab untuk nombor yang lebih besar kemahirankemahiran Perlu diingat; mendarab perlu dipertingkatkan dengan lebih baik.

1 10 10 100 1000

10 10 100 100

= 10 = 100 = 1000 = 10,000 = 1,000,000

1000

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 8

Hal ini bermakna; 8 16 241 10 100 = 80 = 1,600

1,000 = 241,000

Menurut Reys et. al (2004), beliau menyatakan bahawa terdapat pelbagai model yang sering digunakan dalam mengajar operasi darab. Antaranya ialah suatu set objek, susun atur dan garis nombor. Pengkaji menunjukkan kanak-kanak melakukan dengan baik apabila mereka boleh menggunakan pelbagai model bagi menunjukkan situasi darab dan boleh menerangkan hubungan antara model tersebut.

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenal pasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang

bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid mengalami masalah pembelajaran dalam matematik dapat dibantu dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 9

murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini. Reys, et. al (2004), juga menyatakan bahawa murid-murid sedari prasekolah perlu didedahkan dengan konsep sifir. Mereka perlu didedahkan dengan kumpulan, nombor dan operasi tambah. Kanak-kanak ini bukan sahaja diperkenalkan dengan nombornombor bulat, malah mereka perlu didedahkan dengan sifir-sifir darab yang mudah supaya mereka bersedia apabila memasuki alam persekolahan. Pengarang juga menyatakan bahawa terdapat beberapa strategi yang kanak-kanak gunakan apabila mempelajari asas operasi darab dan bahagi. Antaranya ialah penukartertiban (commutativity), pengiraan secara berlangkau (skip counting), penambahan berulangulang (repeated addition), memisahkan kepada bahagian yang telah diketahui (splitting the product into known parts), menggunakan 0 dan 1 dan pola (pattern). Kesimpulan yang boleh saya dapati berdasarkan tinjauan literatur ini adalah konsep mendarab dan konsep sifir sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Konsepkonsep ini perlu ditanamkan ke dalam pengetahuan kanak-kanak sejak umur mereka 6 hingga 7 tahun lagi. Hal ini kerana sifir memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita seperti berurusniaga, merekod data dan lain-lain. Sifir juga banyak digunakan dalam topic Matematik yang lain seperti pecahan, masa, jarak dan lain-lain lagi.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 10

3.0 METODOLOGI 3.1 Reka Bentuk Kajian Kaedah kajian yang akan saya jalankan adalah Kajian Tindakan. Takrifan bagi berbeza dan berbentuk pelbagai yang pernah diusulkan oleh pengasas-pengasas bidang ini.Meskipun begitu, konsep-konsep utamanya adalah kekalsama. Menurut salah satu takrifan daripada Kemmis & Mc Taggart (1988), kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam situasi sosial bagi tujuan bagi meningkatkan rasional dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Model yang akan digunakan ialah model yang diperkenalkan oleh Kemmis & Mc Taggart (1988). Model ini menyarankan 4 langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) sperti berikut: i. ii. iii. iv. Mereflek (Reflect) Merancang (Plan) Bertindak (Action) Memerhati (Observe)

Pelaksanaan model ini disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah tidak dapat ditangani, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah dapat diselesaikan.Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1 Page 11

Antara kelebihan menggunakan kaedah kajian tindakan ialah dapat membantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan dapat memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya dalam mengenalpasti teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.2 Kumpulan Sasaran / Subjek Kajian Subjek bagi kajian tindakan ini adalah terdiri daripada Tahun 3 Bestari.Kelas ini adalah kelas kedua daripada tiga kelas di Tahun 3 di sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Teknologi, Bandar Baru Seri Iskandar.Sekolah ini terletak dalam kawasan perumahan di Seri Iskandar Perdana dan kebanyakan ibu bapa pelajar sekolah ini bekerja sebagai pekerja awam, peniaga, tentera laut dan juga pensyarah terutama sekali pensyarah di UiTM Kampus Seri Iskandar serta Universiti Teknologi Petronas.Sekolah ini juga merupakan sekolah angkat kepada UiTM Kampus Seri Iskandar. Pihak universiti terbabit sentiasa meninjau perkembangan dan prestasi muridmurid sekolah ini dari semasa ke semasa dan akan menjemput murid di sekolah ini sekiranya terdapat program pendidikan yang dianjurkan di kampus universiti tersebut.. Sebagai permulaan, saya akan memilih sepuluh orang murid secara rawak. Kemudian, saya menjalankan ujian diagnostik kepada murid-murid yang telah dipilih tadi.Setelah itu, lima orang murid akan dipilih untuk menjadi sampel kajian saya berdasarkan keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Lima orang yang saya pilih merupakan murid yang lemah dalam kalangan sepuluh orang murid yang telah dipilih pada mulanya. Ujian diagnostik dijalankan mempunyailima soalan mendarabKertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1 Page 12

nombor dua digit dengan 10 dan 100. Kemudian, lima sampel yang telah dipilih tadi dipilih akan didedahkan dengan teknik Si Kosong ini dan mereka perlu menjawab tiga daripada lima soalan dengan betul.

3.3 Tindakan Saya akan mengajar murid-murid teknik yang saya cipta sendiri iaitu kaedah Si Kosong, dan kaedah ini akan diajar kepada sampel yang telah saya pilih. Kaedah ini perlu diajar dengan terperinci dan dengan penerangan yang penuh supaya sampel dapat memahami serta mengelakkan mereka daripada membuat kesilapan. Sebagai contoh: 24 x 10 = Bentuk lazim: x 24 1 0 2 4 0Garis pemisah

Murid melakukan pengiraan dalam bentuk lazim, dan menambah satu garis pemisah atau pagar di bahagian kanan bentuk lazim tersebut.Apa yang perlu dilakukan oleh murid adalah, mereka perlu memindahkan angka sifar ke bahagian kanan garisan. Murid diingatkan bahawa mereka hanya boleh memindahkan angka sifar yang berada di penghujung nombor sahaja.Setelah memindahkan angka sifar tersebut, murid membuat pengiraan seperti biasa di bahagian kiri garis pemisah itu.Setelah mendapat jawapan, angka sifar yang berada di bahagian kanan pagar itu diletakkan semula

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 13

bersama-sama jawapan yang telah diperoleh.Hasilnya, jawapan yang tepat dengan langkah yang mudah.

Begitu juga yang perlu dilakukan oleh murid apabila hendak mendarab sesuatu nombor dengan 100. Sebagai contoh: 40 x 100 = 4 0 x 1 0 0 4 0 0 0

Murid memindahkan kesemua angka sifar yang berada di hujung nombor ke bahagian pagar sebelah kanan dan melakukan pengiraan seperti biasa di sebelah kiri pagar itu.Setelah mendapat jawapan, murid melengkapkan jawapan tersebut dengan meletakkan angka sifar yang berada di sebelah kanan pagar itu mengikut bilangannya.Apabila murid benar-benar dapat menguasai kaedah Si Kosong ini, saya akan memberikan mereka beberapa contoh lain untuk mereka mempraktikkan lagi kaedah ini. Bimbingan berterusan adalah perlu untuk mengelakkan mereka daripada membuat kesalahan. Setelah diajar kaedah ini, saya akan menyediakan ujian semasa kepada murid untuk melihat perkembangan mereka serta memastikan bahawa mereka betul-betul dapat menguasai kaedah ini. Akhir sekali, saya akan menjalankan ujian akhir atau ujian post untuk melihat pencapaian mereka dalam menguasai kaedah Si Kosong ini.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 14

3.4 Mengumpul Data Pengumpulan data amat penting dalam menjalankan penyelidikan tindakan.Data akan dikumpul bagi memastikan bahawa objektif yang telah dirancang tercapai mahupun tidak. Kaedah yang akan saya gunakan untuk mengumpul data adalah ujian bertulis, pemerhatian dan temu bual. Sebelum mengajar kaedah Si Kosong ini, temu bual akan saya jalankan ke atas murid-murid yang akan dijadikan sampel. Tujuan temu bual ini diadakan adalah untuk mengenal pasti masalah atau kekangan yang mereka hadapi ketika menyelesaikan soalan yang diberikan guru berkaitan mendarab nombor dengan gandaan 10 dan 100.Temu bual yang akan dibuat adalah berbentuk separa berstruktur, iaitu saya menyediakan soalan, tetapi soalan susulan akan dibuat berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pihak yang ditemu bual. Selepas itu, saya akan mula mengajar sampelsampel murid tersebut kaedah Si Kosong. Seterusnya, saya akan menjalankan proses pemerhatian dengan mengumpul data berbentuk kualitatif.Pemerhatian akan dilakukan sepanjang proses sebelum dan selepas sampel muird tersebut mempelajari kaedah Si Kosong itu.Saya akan menjalankan kaedah pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian ini dilakukan tanpa berpandu kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti.Pemerhatian berterusan perlu dibuat supaya sampel-sampel tersebut sentiasa dibimbing dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Pada akhir pengajaran kaedah Si Kosong, ujian akhir (post) akan dijalankan untuk mengenal pasti sejauh manakah keberkesanankaedah yang telah saya perkenalkanKertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1 Page 15

kepada sampel-sampel murid tersebut. Akhir sekali, saya akan menemu bual sampelsampel dan bertanyakan sama ada kaedah Si Kosong ini membantu mereka atau tidak dalam menyelesaikan soalan yang diberikan.

3.5 Menganalisis Data Saya akan memeriksa jawapan oleh kesemua sampel-sampel murid selepas pra ujian dijalankan. Melalui hasil atau markah yang diperoleh oleh sampel, saya akan menemu bual setiap murid menggunakan teknik separa berstruktur. Saya akan mencatat beberapa maklumat penting yang dijawab oleh sampel. Catatan bagi setiap sampel akan diasingkan supaya lebih sistematik dan sampel dapat dikenal pasti melalui masalah yang dihadapinya. Melalui kaedah pemerhatian, saya akan menyemak maklumat dengan terperinci dengan membaca semua catatan berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan. Saya akan menjalankan pemerhatian berbentuk tidak berstruktur, iaitu merekodkan perjalanan sepanjang proses kaedah Si Kosong diperkenalkan hinggalah sampelsampel murid itu membuat ujian akhir (post). Selain itu, reaksi serta perasaan mereka mengenai kaedah Si Kosong ini akan saya rekodkan sebagai rujukan untuk membaiki kelemahan yang dihadapi. Langkah yang terakhir merupakan mengira peratus pencapaian sampel dalam ujian post. Bagi setiap soalan juga akan dikira peratus mereka yang tidak berjaya menjawabnya, dan saya juga akan mencari peratus mereka yang lulus secara keseluruhan. Akhir sekali, saya akan membuat perbandingan antara markah sampelKertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1 Page 16

dalam ujian pra dan ujian post dan akan dibentangkan dalam bentuk statistik dan graf taburan.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 17

3.6 Jadual Pelaksanaan Bil 1 2 3 Aktiviti Menyatakan alatan dan rancangan kajian Menyediakan alatan Sesi 1 Sesi 2 4 Memperkenalkan kaedah Si Kosong serta mengajar menggunakan kaedah ini dalam mendarab nombor dua digit dengan 10 dan 100. Sesi 3 5 Menjalankan ujian semasa Membincang masalah yang timbul dalam menjalankan tindakan ini 6 7 8 Menjalankan Sesi 4 Menjalankan ujian post 25 Julai 2011 27 Julai 2011 1 Ogos 2011 15 Julai 2011 20 Julai 2011 12 Julai 2011 Menjalankan ujian pra 7 Julai 2011 Tarikh Pelaksanaan 15 April 2011 22 April 2011 Nota

Analisis data Refleksi kajian Menulis laporan kajian

9

Draf pertama Draf kedua Draf terakhir

30 Julai 2011 6 Ogos 2011 15 Ogos 2011 *6 September 2011

10

Mempersembahkan keputusan kajian

Jadual 1 : Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan * Tertakluk kepada pindaan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 18

3.4 Kos Kajian Kos peruntukan bagi menjalankan penyelidikan tindakan adalah seperti Jadual2 di bawah: Bil Bahan Kuantiti x kos (seunit) 1 2 Kertas A4 Double A (rim) Dakwat Isi Semula untuk Printer (Hitam, Merah, Biru & Kuning) 3 4 5 6 7 Pen Penanda Kertas Mahjong Buku Nota Kecil Buku Latihan Fail untuk merekod 3 x RM 3.50 10 x RM 0.80 5 x RM 2.00 5 x RM 0.80 3 x RM 4.00 Jumlah Keseluruhan Jadual 2: Kos Keseluruhan Bagi Menjalankan Kajian Tindakan RM 10.50 RM 8.00 RM 10.00 RM 4.00 RM 12.00 RM 159.50 5 x RM 11.00 4 x RM 15.00 RM 55.00 RM 60.00 Jumlah

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 19

3.5 Sumber Rujukan

Reys, et. al (2004). Helping Children Learn Mathematics. (7th edition). USA: John Wiley

Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2005), Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Dimuat turun pada 4 Februari 4, 2011 dari http://eprints.utm.my/11928/1/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Dalam_Pengu asaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf Ibrahim Md. Noor (2010), Operasi Darab. Dimuat turun pada 4 Februari 4, 2011 dari http://www.freewebs.com/mahtbrain/operasidarab.htm Philip anak Pupur. (2005). Mengatasi Masalah Mendarab Sebarang Nombor 4 Digit Dengan Nombor 2 Digit. Dimuat turun pada 9 Februari, 2011 dari http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/6%20philip. pdf

Agnes V Tun Chuan. (2005), Penguasaan Sifir Darab Dalam Matematik Tahap Dua. Dimuat turun pada 5 Mac 2011 dari http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760026/1/

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 20

LAMPIRAN

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1

Page 21