integra si

17
JENIS-JENIS INTEGRASI

Upload: ahsha-chaluraju

Post on 12-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SDP

TRANSCRIPT

Pelajar membuat pembentangan tentang jenis-jenis integrasi dalam bentuk peta minda

JENIS-JENIS INTEGRASIIntegrasi

Perhubungan di antara personaliti pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar.Perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan di antara individu dengan agensi masyarakat Pengiktirafan terhadap perhubungan di antara institusi masyarakat Integrasi

Penggabungjalinan- Proses mengintegrasikan pelbagai kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.- Pelbagai kemahiran dalam satu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran ataupun beberapa mata pelajaran

Jenis penggabungjalinanPenggabungjalinan semua kemahiran dalam satu mata pelajaranPenggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

Mendengar Bertutur Membaca - Menulis

PenyerapanProses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada mata pelajaran ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan.Contohnya, guru akan mengambil petikan sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Ciri-ciri penyerapan Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada pelbagai pelajaranUnsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibelOrganisasi unsur- unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampinganProses penyerapan berlaku secara serentak

PenerapanMembawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kurikulum.Nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakat, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.

2 jenis pendekatan Pendekatan implisit Secara tidak langsung Contohnya, guru datang ke bilik darjah pada tepat masanya2. Pendekatan eksplisitMengadakan suatu peraturan, arahan, pekelilingContohnya, nilai program motivasi, sambut Hari Guru, Hari Kemerdekaan

Pemulihan Tujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran 3M.

PengayaanDifokuskan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih tinggiAktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam pra ujian.

Jenis pengayaan 1. Pengayaan berbentuk pengukuhan- Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu baru.

Jenis pengayaan 2. Pengayaan berbentuk perkembangan Lebih mencabar, kompleks pada peringkat kognitif yang lebih tinggi Meliputi bidang yang lebih luas dan mendalam Secara kadar kendiri dan terarah kendiri

Jenis pengayaan 3. Pendekatan integrasi Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada.Integrasi ke dalam mata pelajaran yang sedia ada Konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan

Jenis pengayaan Membina kurikulum baru Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintergrasiContoh, pendidikan jasmani menjadi pendidikan jasmani dan kesihatan

AKTIVITISecara berkumpulan, lakonkan satu situasi bilik darjah di mana sekurang-kurangnya tiga daripada lima jenis integrasi dapat ditunjukkan.

SEKIAN. TERIMA KASIH.