senadi mei 2019 small finalll - ukm

24
SENADI BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BIL. 17 MEI 2019 ISSN 1985-9392 ALUMNI ALUMNI ALUMNI

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

ISSN 1985-9392

BIL. 16

� � � �� � � �� � � �� � �� �� � � �

SENADIBULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BIL. 17MEI 2019

ISSN 1985-9392

� � � � � �ALUMNI

� � � � � � � �ALUMNI

� � � � �ALUMNI

Page 2: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera alumni hebat dan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah diucapkan kerana dengan izin-Nya Majalah SENADI bilangan ke- 17 berjaya diterbitkan dengan bantuan daripada semua pihak terutamanya para alumni, fakulti dan kolej kediaman. Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) telah distruktur semula pada 16 Julai 2018 dan diberi tanggungjawab sepenuhnya berkenaan hal ehwal perhubungan alumni. Sebagai satu pasukan yang komited, kami berusaha untuk terus bergerak bagi memastikan hubungan antara UKM dan alumni sentiasa kukuh.

Banyak aktiviti bersama alumni telah disusun agar hubungan baik tersebut dapat dicapai dan dimanfaatkan kedua-dua pihak iaitu alumni dan universiti. Antara program-program terkini yang telah dijalankan adalah Program Rintis Pementoran Alumni, Golf Alumni, Inspirasi Alumni, Wahana Ilmu Alumni dan Interaksi Alumni. Melalui program-program ini, ALUMNI-UKM telah berjaya mengumpul lebih banyak maklumat terkini para alumni.

SENADI mengambil peluang untuk memaparkan kisah – kisah kejayaan alumni dan kali ini, SENADI telah memilih Dato Iszhar Ibrahim dan Datuk Chong Boon Weng yang sudi berkongsi pengalaman kejayaan sepanjang karier mereka yang boleh memberikan inspirasi kepada para pelajar. Selain itu, SENADI turut memuatkan berita tentang aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan oleh ALUMNI-UKM dan keratan – keratan akhbar yang menunjukkan kejayaan serta kehidupan alumni UKM.

Akhir kata, saya berharap agar para alumni akan terus bersemangat untuk bersama – sama barisan pentadbiran UKM dalam usaha memastikan UKM sederap terkehadapan. UKM dan alumni berpisah tiada!

Penaung

YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor

Penasihat

Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim

Ketua Editor

Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan

Editor

Dr. Lai Wei Sieng

Editor Pengurusan

Pn. Farah Farzana Rasol

Juru Gambar

En.Wan Nursya�q Wan MahamoodEn. Mohammad Ha�z Mohd AliCik. Anharin Najwa

Editor Teknikal

En.Wan Nursya�q Wan MahamoodEn. Mohammad Ha�z Mohd AliCik. Anharin Najwa

Pembantu Editor

En. Faiz Md ShahPn. Rosnita ManapPn. Mimi Sharina Ash’ariCik. Nur Aqilah Mohd RoseliCik. Rohidayah Abdul Rahim

SENADIBULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

IR. DR. NAZRUL ANUAR NAYANPengarah

Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM)

SIDANGREDAKSI

The National Universityof Malaysia

Page 3: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Syukur ke hadrat Ilahi kerana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih utuh berdiri dan terus terkehadapan melangkaui jangkaan. Bagi menggerakkan program – program alumni yang dirancang agar lebih efektif dan tersusun, saya menyeru agar para alumni dapat mengemaskini data peribadi melalui Sistem Maklumat Alumni UKM. Ini akan membolehkan pihak UKM menyalurkan maklumat terkini secara terus kepada semua alumni yang dihormati. Pihak Universiti juga mengalu – alukan kerjasama, sokongan dan keterlibatan para alumni dalam sebarang aktiviti yang akan dianjurkan oleh UKM.

Usaha menjejaki para alumni secara aktif akan diteruskan sehingga semua alumni UKM berjaya dijejaki. Peranan alumni di luar sana memberikan impak yang penting iaitu sebagai Duta UKM di dalam menzahirkan dan juga memperlihatkan kehebatan dan keunggulan UKM bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan di persada antarabangsa. Pihak universiti amat berharap agar alumni UKM dapat kembali ke kampus untuk mencurahkan bakti dalam pelbagai bentuk termasuklah daripada segi kepakaran, perkongsian pengalaman, bantuan kewangan dan sebagainya.

Segala usaha memaksimakan peranan alumni kepada Universiti ini bukan sahaja bertujuan mewujudkan hubungan yang erat di kalangan alumni tetapi memantapkan hubungan bersama pihak UKM.

Kami mendoakan agar alumni UKM akan terus menempa lebih banyak kejayaan di dalam bidang masing-masing dan secara tidak langsung akan mengharumkan nama Universiti serta membakar semangat mahasiswa baharu untuk berjaya seperti alumni mereka.

Salam Alumni Hebat!

Sekian.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. KarimTimbalan Naib Canselor(Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni)

PROF. DATO’ IR. DR. OTHMAN A. KARIMTimbalan Naib Canselor

(Hal – Ehwal Pelajar dan Alumni)

SENADIBULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SIDANGREDAKSI

The National Universityof Malaysia

Page 4: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

CERITA

ALUMNI

Encik Ahmad Aliuddin Mohd Amin (Fakulti Perubatan 2013) 28 tahun, merupakan salah seorang alumni Ijazah Sarjanamuda Sains Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang sekarang berpangkat Mejar (PA) di Angkatan Pertahanan Malaysia (APM). Sebelum itu, beliau pernah bekerja sebagai seorang Pengurus di Syarikat AEON Wellness selama 3 bulan dan Pembantu Pengurus di Pasaraya 99 Speedmart selama 6 bulan.

Beliau sangat gembira dalam kerjayanya sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Menurut beliau, untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini, ianya memerlukan pengorbanan, kekuatan mental dan usaha yang keras bagi menghadapi setiap ujian yang datang dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Antara cabaran yang yang beliau hadapi adalah ketika beliau mendapat penempatan awal di Bahagian Pengurusan Bencana Operasi Ibu Pejabat Pertahanan Awam (BPBO IPPA) di ibu kota dan ketika itu juga beliau terlibat dalam misi banjir besar di Terengganu serta pasca banjir Kelantan.

Tidak sampai setahun di sana, beliau kemudian ditukarkan ke Johor bagi mengetuai APM di Muar dan Tangkak. Ianya merupakan salah satu tanggungjawab yang besar untuk beliau. Walau bagaimanapun, beliau dapat menjalankan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Baginya, yang paling menggembirakan adalah ketika berjaya membantu dan menyelamatkan masyarakat dalam apa jua masalah yang dihadapi.

ALUMNI UKM HERO MASYARAKAT MUAR

Page 5: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

CERITA ALUMNI

Mohd Suhaimi Umar (Fakulti Teknologi & Sains Maklumat 2002, 2007) ialah anak kelahiran Kuala Terengganu. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat serta Ijazah Sarjana Sains Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan seorang ahli peniagaan atas talian yang berjaya sejak 2008. Namun, pada tahun 2012, beliau telah mengalami kejatuhan dalam perniagaan yang dijalankan sehingga simpanan dan modal beliau habis pada waktu tersebut. Walau bagaimanapun, beliau bangkit dan menggerakkan perniagaannya semula. Kini, berkat semangat dan kegigihan, beliau bukan saja berjaya dalam dunia perniagaan malah lebih dianggap bermakna apabila berjaya membantu lebih 500 usahawan terutama belia mencapai impian hidup.

Antara seminar perniagaan untuk para usahawan atas talian yang beliau telah anjurkan adalah Kelas Asas Pengiklanan Facebook, Kelas Lanjutan Pengiklanan Facebook dan Bengkel Mencungkil Potensi Diri sebagai ketua.

Kini, disamping memastikan perniagaan beliau berjalan dengan baik, beliau turut dapat membantu masyarakat. Sebagai cabaran bagi dirinya, beliau telah menetapkan sasaran untuk membantu 100 orang usahawan muda dan beliau berjaya menyahut cabaran tersebut. Kata-kata yang sering beliau pegang adalah “Dalam bidang perniagaan, kita tidak boleh bodoh sombong kerana perniagaan sentiasa mempunyai pasang surut dan untuk menghadapi semua itu memerlukan strategi dan juga ilmu”.

ALUMNI UKM BANTU KEJAYAAN ORANG

Page 6: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

INSPIR

ASIALUMNI

Pada 21 Februari 2019 (Khamis), Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) telah menganjurkan Program Bicara Alumni bersama Dato’ Iszhar bin Ibrahim (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 1985) di Bilik Auditorium Siswa, Pusanika. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Zikay Group Berhad, syarikat pemaju bersepadu yang terlibat dalam bidang hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan, pendidikan dan perhotelan.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan. Dalam sesi bicara ini, Dato’ Iszhar berkongsikan kisah hidup beliau yang berliku kerana latar belakang keluarga beliau bukanlah dari kalangan orang berada. Banyak kisah menarik yang pernah beliau lalui sepanjang hidup terutamanya ketika bergelar pelajar di UKM.

DATO’ ISZHAR IBRAHIM

ZIKAY GROUP

SDN BHD

Berbekalkan semangat dan motivasi yang berlandaskan moto “I want to be rich” beliau mempelajari selok belok perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Beliau turut memberi seman-gat dan motivasi kepada pela-jar-pelajar UKM untuk menceburi bidang keusahawanan dan selalu bersikap positif dalam kehidupan agar dapat mencapai kejayaan. Para pelajar yang hadir berasa senang dengan sikap rendah diri dan bicara santai beliau.

Page 7: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

INSPIRASIALUMNI

MEDIA

Page 8: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

Berbekalkan semangat dan motivasi yang berlandaskan moto “I want to be rich” beliau mempelajari selok belok perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Beliau turut memberi seman-gat dan motivasi kepada pela-jar-pelajar UKM untuk menceburi bidang keusahawanan dan selalu bersikap positif dalam kehidupan agar dapat mencapai kejayaan. Para pelajar yang hadir berasa senang dengan sikap rendah diri dan bicara santai beliau.

W W W . B U S I N E S S . C O MWAHANAILMU

Wahana Ilmu Alumni ini pertama kali diadakan pada 22 Februari 2019 (Jumaat) bersama alumni jemputan iaitu Encik Burhanuddin Yusof (Fakulti Pengajian Islam 1997) dengan tajuk Aspirasi Keusahawanan. Beliau merupakan Pengarah Urusan Desire Quality Sdn. Bhd. yang amat berminat untuk membimbing pelajar-pelajar memulakan perniagaan terutamanya dalam bidang pembangunan produk halal, pembinaan, perkhidmatan dan pembekalan, latihan dan perundingan, logistik dan pergudangan, pemfrancaisan dan banyak lagi.

Beliau akan membimbing secara langsung pelajar-pelajar yang berminat membuka syarikat dan perniagaan sendiri. Lanjutan dari sesi Wahana Ilmu Alumni ini, beliau telah mewujudkan satu kumpulan Whatsapp untuk terus berkomunikasi dan membimbing pelajar. Harapan beliau adalah agar semua pelajar yang menghadiri program ini mendapat manfaat ilmu keusahawanan yang dikongsikan, berani dan terus komited menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan di bawah bimbingan beliau.

EN. BURHANUDDIN YUSOF

PENGARAH URUSAN DESIRE QUALITY SDN BHD

Page 9: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

WAHANAILMU ALUMNI

HEICHEF CREATIVE SOLUTION SDN BHD

EN. HAIKAL MOHD FADZIL(FTSM 2009)

Seramai 65 pelajar dari pelbagai fakulti serta beberapa orang kakitangan UKM telah menyertai program Wahana Ilmu Alumni yang dianjurkan oleh ALUMNI-UKM di Bilik Seminar, UKM-Karier. Kali ini, program telah menjemput seorang alumni dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun 2009 iaitu Encik Mohd Haikal bin Mohd Fadzil pada 19 Mac 2019 lalu.

Beliau merupakan Pengasas dan Pengarah Eksekutif Heichef Creative Solutions Sdn. Bhd. Melalui program ini, beliau telah berkongsi ilmu dan kepakaran mengenai produksi rancangan televisyen yang merangkumi teknik rakaman yang baik dan betul serta susunan sesuatu program televisyen. Pada program Wahana Ilmu kali ini, peserta tampak bersemangat dan amat berminat dengan ilmu yang dikongsikan.

Page 10: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

LATAR BELAKANG

Puan Rodziah Zainudin merupakan graduan Fakulti Undang-Undang tahun 1994, yang sekarang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Perundangan Shell Malaysia. Puan Rodziah merupakan anak pertama dari lima adik beradik dan dilahirkan di Melaka. Lahir dari latar keluarga yang sederhana, beliau telah didedahkan sejak kecil untuk membantu dalam perniagaan yang dijalankan oleh keluarganya.

Sejak berusia tujuh tahun, beliau banyak membantu ibunya yang ketika itu menguruskan sebuah kedai makan. Secara tidak langsung, beliau telah mempelajari kemahiran berkomunikasi dan pemasaran dengan baik bagi membantu meningkatkan bilangan pelanggan dan keuntungan kedai.

Bapa beliau pula adalah seorang jurujual kereta berjenama mewah dan menurutnya, kebanyakan ilmu perniagaan yang beliau pelajari adalah dari bapanya.

PENGALAMAN DI UKM

Semasa pengajian di UKM, Fakulti Undang-Undang merupakan sebuah fakulti yang masih baru. Ketika itu, majoriti pensyarah Fakulti Undang-Undang adalah pensyarah dari luar negara. Beliau merupakan pelajar yang aktif di kelas, sangat berdisiplin dan tidak pernah hadir lewat ke kelas serta seorang yang aktif menyertai program-program universiti.

Beliau menyatakan adalah penting untuk pelajar mempunyai objektif yang ingin dicapai ketika belajar. Objektif tersebut akan mendorong pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Bercakap mengenai lokasi kegemaran beliau pula, semestinya Perpustakaan Undang-Undang menjadi pilihan kerana beliau banyak menghabiskan masa disitu. Disiplin dan komitmen Puan Rodziah ini patut dicontohi oleh pelajar-pelajar sekarang.

JEJAK ALUMNI

PUAN RODZIAH ZAINUDIN(FUU 1994)

Page 11: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

Lorem ipsum Waktu yang beliau selesa untuk mengulangkaji pelajaran adalah pada jam 4 pagi. Ini kerana beliau sudah terbiasa bangun seawal 4 pagi untuk membantu keluarganya menguruskan kedai makan mereka sewaktu kecil. Sehingga sekarang, beliau masih lagi berhubung dengan rakan-rakan alumni lain dan juga sering membuat “reunion” bersama.

PENGALAMAN DI TEMPAT KERJA

Setelah menamatkan pelajaran beliau di UKM, Puan Rodziah memulakan kerjayanya di Zaid Ibrahim & Co. (ZICO). ZICO adalah rangkaian �rma perkhidmatan profesional yang beroperasi di seluruh rantau ASEAN. Firma ini menyediakan khidmat nasihat dan transaksi, pengurusan dan perkhidmatan sokongan dan perkhidmatan pelesenan. Selepas tujuh tahun, beliau telah ditawarkan bekerja oleh Shell Malaysia sehingga kini.

Beliau turut menceritakan pengalaman semasa di awal penempatan beliau di Shell Malaysia, beliau tidak na�kan yang beliau merasa kurang yakin memandangkan kebanyakan kakitangan yang diambil bekerja bersama syarikat itu adalah graduan dari universiti luar negara.

Walau bagaimanapun, dengan azam untuk tidak berputus asa dan berkat motivasi daripada Pengarah Shell ketika itu iaitu Tan Sri Zarinah Anwar yang juga merupakan graduan dari Universiti Malaya, beliau terus membuktikan yang beliau boleh mencapai kecemerlangan dalam karier beliau. Nasihat yang beliau pegang adalah seseorang perlu meningkatkan kualiti diri dan kebolehpasaran kerana kejayaan itu bergantung pada diri sendiri.

JEJAK ALUMNI

Page 12: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

UKM @

LATAR BELAKANG

Puan Rodziah Zainudin merupakan graduan Fakulti Undang-Undang tahun 1994, yang sekarang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Perundangan Shell Malaysia. Puan Rodziah merupakan anak pertama dari lima adik beradik dan dilahirkan di Melaka. Lahir dari latar keluarga yang sederhana, beliau telah didedahkan sejak kecil untuk membantu dalam perniagaan yang dijalankan oleh keluarganya.

Sejak berusia tujuh tahun, beliau banyak membantu ibunya yang ketika itu menguruskan sebuah kedai makan. Secara tidak langsung, beliau telah mempelajari kemahiran berkomunikasi dan pemasaran dengan baik bagi membantu meningkatkan bilangan pelanggan dan keuntungan kedai.

Bapa beliau pula adalah seorang jurujual kereta berjenama mewah dan menurutnya, kebanyakan ilmu perniagaan yang beliau pelajari adalah dari bapanya.

PENGALAMAN DI UKM

Semasa pengajian di UKM, Fakulti Undang-Undang merupakan sebuah fakulti yang masih baru. Ketika itu, majoriti pensyarah Fakulti Undang-Undang adalah pensyarah dari luar negara. Beliau merupakan pelajar yang aktif di kelas, sangat berdisiplin dan tidak pernah hadir lewat ke kelas serta seorang yang aktif menyertai program-program universiti.

Beliau menyatakan adalah penting untuk pelajar mempunyai objektif yang ingin dicapai ketika belajar. Objektif tersebut akan mendorong pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Bercakap mengenai lokasi kegemaran beliau pula, semestinya Perpustakaan Undang-Undang menjadi pilihan kerana beliau banyak menghabiskan masa disitu. Disiplin dan komitmen Puan Rodziah ini patut dicontohi oleh pelajar-pelajar sekarang.

ALUMNI

Page 13: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

MEDIA

Page 14: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

G LFG LFALUMNI UKM 20192019

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (ALUMNI-UKM) telah berjaya menganjurkan Golf Alumni UKM 2019 pada Sabtu, 30 Mac 2019 di Kelab Golf Danau, Bangi. Program ini telah disertai seramai 54 orang peserta yang terdiri dari alumni-alumni UKM dan tetamu luar. Kaedah permainan yang digunakan adalah sistem 36 Stableford.

Program yang dianjurkan untuk mengerat dan memperkukuhkan lagi hubungan antara alumni UKM dan universiti ini telah dirasmikan oleh Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM dan diteruskan dengan makan tengah hari serta diserikan dengan cabutan bertuah.

30 Mac 2019 Kelab Golf Danau Tee o� 8.00 am

UKM @ALUMNI

Page 15: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

G LFG LFALUMNI UKM 20192019

MEDIA

MEDIA

Page 16: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

LATAR BELAKANG

Encik Lim Yee Chin merupakah salah seorang alumni Universiti Kebangsaan Malaysia dari Fakulti Kejuruteraan bidang Kejuruteraan Mikroelektronik tahun 2005. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Juru Teknikal Kanan di Syarikat Grid Vision T&D Sdn Bhd.

Beliau berasal dari negeri Kelantan dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa, Kelantan. Yang menariknya isteri beliau juga merupakan alumni UKM. Bidang kejuruteraan adalah sememangnya bidang yang amat beliau minati sejak di bangku sekolah lagi. Setelah menamatkan pengajian di UKM, beliau memutuskan untuk kembali ke Pulau Pinang dan bekerja di Altera Corporation, sebuah syarikat pembuatan semikonduktor dari Amerika Syarikat. Setelah 9 tahun di Pulau Pinang, beliau kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja di Syarikat Toshiba Transmission and Distribution Systems Asia Sdn. Bhd. di Petaling Jaya.

PENGALAMAN DI UKM

Ketika mengikuti pengajian di UKM, beliau menginap di Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) dan beliau merupakan seorang pelajar yang aktif di bidang akademik dan ko-kurikulum. Cara beliau membahagikan waktu adalah, beliau memfokuskan kepada akademik dan kuliah di waktu pagi, sementara pada waktu petang pula, beliau aktif dengan aktiviti persatuan dan juga sukan.

Lokasi yang selalu dijadikan sebagai tempat lepak oleh beliau adalah kedai makan di Bandar Baru Bangi yang juga menjadi tempat menonton pertandingan bola sepak bersama rakan-rakan. Sementara itu, di dalam UKM tempat kegemaran beliau adalah Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Baginya PTSL memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna. Bahkan, apabila beliau kembali ke UKM beliau akan pergi ke PTSL untuk mengimbas kembali kenangan.

Antara kisah lalu yang beliau ingati mengenai zaman pengajian dahulu adalah beliau pernah mengikuti pertandingan SUKIPT mewakili UKM. Beliau juga tidak boleh lupa, pada zaman tersebut, makanan dapat dibeli dengan harga RM2.30 sahaja dan memori yang paling tidak dapat dilupakan adalah beliau merupakan mentee kepada Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa yang sekarang merupakan Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM.

JEJAK ALUMNI

ENCI

K LI

M Y

EE C

HIN

Page 17: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

Beliau dan rakan-rakan mentee lain sering ke rumah Prof. Dato’ Ir. Dr. Marzuki untuk berbincang dan sekadar menghabiskan masa bersama. Kenangan tersebut masih tersemat di hati beliau.

NASIHAT KEPADA PELAJAR

Beliau menasihati graduan UKM agar tidak terlalu memilih pekerjaan , kerana siapa sahaja boleh ditempatkan di mana sahaja asalkan setiap individu memiliki kemahiran yang diperlukan.

Tambahnya pula, bagi pelajar di bidang kejuruteraan, beliau menasihati agar perlunya ada inisiatif dari diri sendiri untuk meningkatkan kemahiran diri tanpa menunggu arahan dan tunjuk ajar dari orang lain. Beliau percaya dengan penerokaan sendiri akan menjadikan seseorang lebih kreatif.

TEMUBUAL ALUMNI

MED

IA

Page 18: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

Program Inspirasi Alumni : Datuk Chong Boon Weng (Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan 1992)

Seramai 91 peserta telah menyertai Program Inspirasi Alumni anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) kali ke-13. Di program ini, alumni yang diundang adalah alumni dari Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan tahun 1992 iaitu Datuk Chong Boon Weng. Beliau sekarang adalah Pengarah Eksekutif Equinetech Plus Sdn. Bhd. dan Tropical Position Sdn. Bhd. Dalam kuliahnya, beliau berkongsi pengalaman dan ilmu kepada para pelajar.

Turut hadir bersama di program ini adalah alumni daripada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Encik Kenny Hoo, Pengasas dan Chief Researcher, Syarikat Good Feng Shui yang juga sempat berkongsi pengalaman sebagai inspirasi kepada peserta-peserta yang hadir. Program ini ditutup dengan sesi soal jawab yang memberi peluang pelajar untuk mendekati alumni-alumni ini dengan lebih rapat.

INSPIRASIALUMNI

Page 19: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

INSPIRASIALUMNI

MED

IA

Page 20: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

CERITA ALUMNI

Norli Madlan yang juga dikenali sebagai Bonda Nor adalah seorang Pengasas Kaedah Membaca Ekspres-I dan seorang yang aktif dalam menghasilkan bahan bacaan dakwah santai. Graduan Diploma Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah menghasilkan Buku Kaedah Membaca Ekspres-I yang diinspirasikan dari keadaan anak keduanya yang tidak boleh membaca.

Bagi Bonda Nor, minat beliau untuk menulis bermula apabila timbul rasa cemburu kepada seorang penulis buku Iqra’ dari Indonesia. Dengan memikirkan pahala yang diperolehi apabila buku-buku karyanya dibaca oleh masyarakat, hal tersebut memberikannya motivasi diri untuk cuba menghasilkan karya penulisan bertemakan dakwah dan motivasi, tidak lupa juga kepada permasalahan kanak-kanak.

Harapan beliau, agar lebih banyak lagi penulis-penulis muda yang berminat untuk menghasilkan penulisan berbentuk penulisan dakwah yang sangat bermanfaat bagi diri masyarakat baik di dunia mahupun di akhirat.

PENULISAN DAKWAH BONDA NOR

Page 21: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

CERITA ALUMNI

GOOD FENG SHUI® Geomantic Research

ENCIK KENNY HOO Melalui saluran ini, beliau dapat membuat penyelidikan dan kajian yang lebih luas mengenai Feng Shui dan Yi-Jing Masters yang melibatkan pelbagai negara seperti Taiwan, China, Malaysia dan Singapura. Penguasaan dalam bahasa Cina dan Inggeris juga dapat membantu diri beliau dalam membuat penyelidikan terhadap kemahiran dan teknologi yang diperoleh dari dunia Timur dan Barat.

Berbekalkan pengalamannya dalam bahagian teknikal, jualan dan pemasaran yang kukuh dalam bidang IT & Telekomunikasi, Encik Kenny Hoo menggabungkan metodologi Feng Shui tradisional dengan teknologi dan sainti�k moden dalam penyelidikan dan kajian geomantiknya. Beliau juga telah membentuk formula Good Feng Shui yang sangat unik iaitu CONVERGE WATER TECHNIQUE yang menarik perhatian dan memberi impak yang besar di arena Geomantic.

Encik Kenny Hoo ialah Pengasas dan Ketua Penyelidik di GOOD FENG SHUI @ Geomantic Research, sebuah syarikat berasaskan konsep Feng Shui yang merangkumi penyelidikan, kursus seminar dan perkhidmatan konsultasi terhadap penyediaan rumah, perniagaan, kilang, hotel dan resort, perbandaran, pembangunan hartanah dan tanah perkuburan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Sains Komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau telah berkhidmat dengan pelbagai syarikat di dalam negara sebagai Pengarah Serantau, Pengurus Besar, Pengarah Jualan, Pengurus Akaun dan Jurutera Sistem, sebelum sepenuh masa melibatkan diri dalam bidang Feng Shui sebagai Penyelidik & Perunding menggunakan kaedah sainti�k. Kejayaannya ditambah dalam penglibatan di dalam dunia korporat yang menawarkan pelbagai peluang dan pendedahan kepada fahaman Feng Shui yang lebih baik dan juga dalam medan meta�zik.

Page 22: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

Pada 25 Februari 2019 (Isnin), Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Penolong Dekan Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA) dari setiap fakulti telah berjaya melancarkan Program Rintis Pementoran Alumni UKM 2019. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang yang mereka minati dengan bimbingan alumni UKM sebagai mentor yang pakar dalam bidang masing-masing. Program tersebut telah dilancarkan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan majlis dihadiri oleh alumni mentor serta pelajar mentee dari pelbagai fakulti.

PEMENTORANALUMNI

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM RINTIS PEMENTORAN ALUMNI 2019

Page 23: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

Turut hadir, YBhg. Prof Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Presiden Majlis Alumni UKM dan YBrs. Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee, Pengarah Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER). Di majlis ini, setiap alumni mentor yang hadir diberi peluang memperkenalkan diri sebagai permulaan perkenalan antara mentor dan mentee yang hadir. Alumni yang dilantik sebagai mentor ini akan membimbing pelajar mentee sehingga pelajar tersebut tamat pengajian. Antara bimbingan mentor-mentee yang disasarkan dari program ini adalah motivasi peningkatan akademik dan kemahiran insaniah, perkongsian kepakaran teknikal, pendedahan mengenai aliran semasa sektor industri, nasihat dan panduan kerjaya dan permulaan jaringan.

PEMENTORANALUMNI

Page 24: SENADI MEI 2019 SMALL FINALLL - UKM

The National Universityof Malaysia