s: apakah small parcel express delivery (speed)?

3
S: Apakah Small Parcel Express Delivery (SPEED)? J: Small Parcel Express Delivery (SPEED) ataupun Penghantaran Bungkusan Kecil Ekspres adalah perkhidmatan penghantaran bungkusan kecil <2kg yang menggunakan tren KTM Berhad. Permulaan ini, SPEED menggunakan tren ETS yang melaksanakan penghantaran dari Stesen ke Stesen dan dari Stesen ke Pintu. S: Bilakah SPEED mula beroperasi? J: SPEED beroperasi mulai 7 September 2020 setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja kecuali Hari Cuti Kelepasan Am. Jika pelanggan menghantar bungkusan pada hari Sabtu ianya akan dihantar pada hari Isnin berikutnya. S: Apakah laluan SPEED? J: Laluan SPEED bermula dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur ke Butterworth. Stesen yang dilalui adalah Stesen Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping dan Bukit Mertajam. Cawangan KTMD terdapat di keenam-enam stesen ini. S: Bagaimana perkhidmatan penghantaran SPEED dari Stesen ke Stesen? J: Perkhidmatan penghantaran SPEED dari Stesen ke Stesen adalah penghantaran/penerimaan bungkusan di Cawangan KTMD di Kuala Lumpur, Stesen Ipoh, Stesen Kuala Kangsar, Stesen Taiping, Stesen Bukit Mertajam dan Stesen Butterworth. Pelanggan boleh menghantar dan juga menerima bungkusan di keenam-enam stesen ini. S: Bolehkah bungkusan yang dihantar SAMPAI PADA HARI YANG SAMA untuk perkhidmatan penghantaran SPEED DARI STESEN KE STESEN? J1: Ya boleh, untuk semua stesen bagi perjalanan tren dari Kuala Lumpur ke Butterworth (Utara) manakala bagi perjalanan tren dari Butterworth dan Kuala Lumpur (Selatan) hanya Stesen Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun bungkusan hendaklah dihantar di stesen yang berkaitan pada waktu yang ditetapkan di Jadual 2 dan Jadual 3 di bawah ini. J2: Berikut adalah waktu penghantaran dan penerimaan bungkusan bagi perjalanan tren dari Kuala Lumpur ke Butterworth (Utara) untuk penghantaran bungkusan ke Cawangan KTMD di Stesen Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Bukit Mertajam dan Butterworth. Jadual 2 – Perjalanan bungkusan dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Butterworth (Utara) CAWANGAN / STESEN WAKTU TERAKHIR BUNGKUSAN DIHANTAR DI CAWANGAN KTMD JANGKAAN TREN & BUNGKUSAN TIBA DI STESEN KTMB WAKTU BUNGKUSAN DIAMBIL DI CAWANGAN KTMD Kuala Lumpur 10.00am Bungkusan boleh diambil 30 minit selepas ketibaan tren di stesen Ipoh 12.30 t/hari 1.34pm Kuala Kangsar 1.00pm 2.03pm Taiping 1.00pm 2.19pm Bukit Mertajam 2.00pm 3.05pm Butterworth 3.16pm

Upload: others

Post on 26-Nov-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: S: Apakah Small Parcel Express Delivery (SPEED)?

S: Apakah Small Parcel Express Delivery (SPEED)?

J: Small Parcel Express Delivery (SPEED) ataupun Penghantaran Bungkusan Kecil Ekspres adalah

perkhidmatan penghantaran bungkusan kecil <2kg yang menggunakan tren KTM Berhad.

Permulaan ini, SPEED menggunakan tren ETS yang melaksanakan penghantaran dari Stesen ke Stesen

dan dari Stesen ke Pintu.

S: Bilakah SPEED mula beroperasi?

J: SPEED beroperasi mulai 7 September 2020 setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja kecuali Hari Cuti

Kelepasan Am. Jika pelanggan menghantar bungkusan pada hari Sabtu ianya akan dihantar pada hari

Isnin berikutnya.

S: Apakah laluan SPEED?

J: Laluan SPEED bermula dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur ke Butterworth. Stesen yang dilalui adalah

Stesen Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping dan Bukit Mertajam. Cawangan KTMD terdapat di keenam-enam

stesen ini.

S: Bagaimana perkhidmatan penghantaran SPEED dari Stesen ke Stesen?

J: Perkhidmatan penghantaran SPEED dari Stesen ke Stesen adalah penghantaran/penerimaan bungkusan

di Cawangan KTMD di Kuala Lumpur, Stesen Ipoh, Stesen Kuala Kangsar, Stesen Taiping, Stesen Bukit

Mertajam dan Stesen Butterworth. Pelanggan boleh menghantar dan juga menerima bungkusan di

keenam-enam stesen ini.

S: Bolehkah bungkusan yang dihantar SAMPAI PADA HARI YANG SAMA untuk perkhidmatan penghantaran

SPEED DARI STESEN KE STESEN?

J1: Ya boleh, untuk semua stesen bagi perjalanan tren dari Kuala Lumpur ke Butterworth (Utara) manakala

bagi perjalanan tren dari Butterworth dan Kuala Lumpur (Selatan) hanya Stesen Kuala Lumpur. Walau

bagaimanapun bungkusan hendaklah dihantar di stesen yang berkaitan pada waktu yang ditetapkan di

Jadual 2 dan Jadual 3 di bawah ini.

J2: Berikut adalah waktu penghantaran dan penerimaan bungkusan bagi perjalanan tren dari Kuala Lumpur

ke Butterworth (Utara) untuk penghantaran bungkusan ke Cawangan KTMD di Stesen Ipoh, Kuala

Kangsar, Taiping, Bukit Mertajam dan Butterworth.

Jadual 2 – Perjalanan bungkusan dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Butterworth (Utara)

CAWANGAN / STESEN

WAKTU TERAKHIR BUNGKUSAN DIHANTAR DI

CAWANGAN KTMD

JANGKAAN TREN & BUNGKUSAN

TIBA DI STESEN KTMB

WAKTU BUNGKUSAN DIAMBIL DI CAWANGAN

KTMD

Kuala Lumpur 10.00am Bungkusan boleh diambil 30 minit selepas ketibaan tren di stesen

Ipoh 12.30 t/hari 1.34pm

Kuala Kangsar 1.00pm 2.03pm

Taiping 1.00pm 2.19pm

Bukit Mertajam 2.00pm 3.05pm

Butterworth 3.16pm

Page 2: S: Apakah Small Parcel Express Delivery (SPEED)?

J3: Berikut adalah waktu penghantaran dan penerimaan bungkusan bagi perjalanan tren dari Butterworth

ke Kuala Lumpur (Selatan) untuk penghantaran bungkusan ke Cawangan KTMD di Stesen Bukit

Mertajam, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Jadual 3 – Perjalanan bungkusan dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur (Selatan)

CAWANGAN / STESEN

WAKTU TERAKHIR BUNGKUSAN DIHANTAR

DI CAWANGAN KTMD

JANGKAAN TREN & BUNGKUSAN

TIBA DI STESEN KTMB

WAKTU BUNGKUSAN DIAMBIL DI CAWANGAN

KTMD

Butterworth 3.00pm

Bukit Mertajam 3.00pm 4:11pm Keesokan harinya

Taiping 3.30pm 4:57pm Keesokan harinya

Kuala Kangsar 4.00pm 5:13pm Keesokan harinya

Ipoh 4.00pm 5:43pm Keesokan harinya

Kuala Lumpur 8:05pm Bungkusan boleh diambil selepas jam 8.30pm. Cawangan Kuala Lumpur dibuka sehingga 9.00pm.

S: Bilakah caj penyimpanan akan dikenakan dan apakah kadarnya?

J: Kakitangan KTMD akan memaklumkan penerima apabila bungkusan tiba di Cawangan. Caj penyimpanan

hanya dikenakan kepada pelanggan yang gagal mengambil bungkusan selepas 24 jam waktu ketibaan

bungkusan di Cawangan KTMD dengan kadar RM5.00 setiap bungkusan sehari.

S: Bagaimana perkhidmatan penghantaran SPEED dari Stesen ke Pintu?

J: Perkhidmatan penghantaran SPEED dari Stesen ke Pintu adalah penghantaran bungkusan dari Cawangan

KTMD (Rujuk senarai stesen di Jadual 2/3) ke premis mengikut alamat di nota konsainan.

Nota penting:

Tempoh sampainya bungkusan yang dihantar menggunakan SPEED tertakluk kepada penjadualan dan

perjalanan tren. Pelanggan boleh menghubungi Cawangan KTMD yang berkaitan untuk mengetahui status

ketibaan bungkusan.

Maklumat Waktu Perniagaan Cawangan KTMD

CAWANGAN/STESEN WAKTU PERNIAGAAN NO TELEFON

KUALA LUMPUR 7.00am-9.00pm 03-22747432

IPOH 8.30am-5.30pm 05 -2542049

KUALA KANGSAR 8.30am-5.30pm 05-7702755

TAIPING 8.30am-5.30pm 05-8079677

BUKIT MERTAJAM 8.30am-4.30pm 04-5305470

BUTTERWORTH 8.30am-5.30pm 04-3323755

04-3249381

Page 3: S: Apakah Small Parcel Express Delivery (SPEED)?

PROMOSI BUNGKUSAN <2KG

SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA Soalan Lazim

S: Apakah promosi perkhidmatan penghantaran bungkusan bawah 2 kilogram (<2kg)?

J: KTMD memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan kecil yang beratnya di bawah 2 kg

bermula 7 September 2020 iaitu sempena sambutan Hari Malaysia. Harga promosi yang ditawarkan

berlangsung sehingga 30 September 2020 untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia sahaja.

S: Berapakah kadar harga perkhidmatan penghantaran bungkusan <2 kilogram dan apakah jenis

penghantaran tersebut?

J: Boleh rujuk di Jadual 1 di bawah ini:

Jadual 1 – Kadar Harga

Bungkusan < 2 Kilogram

JENIS PENGHANTARAN KADAR BIASA(RM) KADAR PROMOSI (RM)

Stesen ke Stesen 6.00 5.00

Stesen ke Pintu 8.00 7.00

S: Berapakah had ukuran untuk bungkusan <2 kg?

J: Bungkusan hendaklah tidak melebihi ukuran 10cm(T) x 20cm(L) x 25cm(P)

S: Apakah kuantiti bungkusan yang minima untuk menikmati harga promosi penghantaran bungkusan <2

kg ini?

J: Tiada had minima yang dikenakan. Anda boleh hantar sekurang-kurangnya satu bungkusan.

S: Adakah caj tambahan yang dikenakan jika bungkusan melebihi 2kg?

J: Bungkusan melebihi 2kg akan dikenakan kadar harga biasa.

S: Dimanakah bungkusan <2kg boleh dihantar?

J: Di seluruh Cawangan KTMD. Boleh rujuk senarai Cawangan di www.ktmd.com.my.

S: Adakah promosi ini terhad untuk pelanggan tunai sahaja?

J: Ya. Promosi ini hanya untuk pelanggan tunai sahaja. Selain itu, sila hubungi Pegawai Pemasaran KTMD

melalui emel [email protected].

S: Apakah senarai jenis barang yang tidak boleh dihantar?

J: Sila pastikan barang yang dihantar bukan BARANG LARANGAN/BAHAYA.

Contoh barang larangan adalah seperti berikut:

- Alat letupan, senjata

- Dadah, ganja

- Barang berharga seperti barang kemas & wang tunai

- Haiwan

- Bahan mudah terbakar

- Makanan yang mudah rosak/pecah dan lain-lain jenis barangan yang tidak dibenarkan

mengikut Piawaian Pengangkutan KTMD (Standard Conditions of Carriage) dan Undang-undang

negara Malaysia.