seminar kerjaya

7
Diinspirasikan Oleh:

Upload: mohd-helmi-md-suhaimi

Post on 23-Jun-2015

264 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Call us for further information

TRANSCRIPT

Page 1: Seminar kerjaya

Diinspirasikan Oleh:

Page 2: Seminar kerjaya

1.0 RASIONAL

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara."

--Falsafah Pendidikan Kebangsaan--

Abad ke-21 ini memerlukan setiap individu memiliki ilmu, skil, kemahiran serta

sikap untuk mencerahkan potensi masa hadapan .

Kerjaya merupakan sesuatu yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Dunia

kerjaya amat berbeza dengan dunia persekolahan. Namun bakat tetap ke arah kerjaya

sebenar. Pendedahan kepada pelajar kepada siri kerjaya yang berdasarkan bakat

mereka yang sebenar. Dengan ini, para pelajar akan semakin jelas dengan kerjaya

yang bersifat realtiti.

Kejayaan kerjaya tidak lagi bergantung pada pemikiran "bolehkah kita melakukan

suatu pekerjaan" ia sebenarnya adalah "seberapa baik kita melakukan kerja dengan

penuh nyala rasa" di mana ia akan meningkatkan daya kecemerlangan serta prestasi

dalam profesional, sosial dan kehidupan sosial.

Sedang kita mungkin telah mengabaikan bakat unik dan seluruh kelebihan di

sekolah, kolej atau universiti, mungkin kita pernah berfikir yang mana bakat tidak

penting dan signifikan dalam mencapai setiap kejayaan kerjaya. Kita mungkin telah

memberikan keutamaan kepada "apa kerjaya yang terbaik di pasaran?" atau

pengetahuan teknikal dan kemahiran. Sebenarnya, sedang kita masih ke arah penunjuk

kerjaya, pengetahuan teknikal dan kemahiran, faktanya adalah bakat akan membantu

Page 3: Seminar kerjaya

dengan baik kita melakukan sesuatu pekerjaan atau cemerlang dalam satu kerjaya jika

dibandingkan dengan ribuan graduan yang sama di seluruh dunia.

Dalam pengetahuan ekonomi mendatang, kita tidak akan 'membuat' hanya

dengan menolak diri dengan sekadar kerja keras dan ketekunan. Sementara kita,

manusia telah dirawat di industri ekonomi berkurangan sebagai pekerja sama ada kolar

biru atau putih yang manusia disamakan dengan mesin, kilang atau inventori. Namun

masa hadapan mendedahkan bahawa revolusi senyap yang berlaku di sekeliling kita di

mana, imaginasi kreativiti, inovasi, adalah sumber ekonomi utama di masa depan. Apa

sahaja yang disebut, ia adalah berasal dari bakat setiap individu.

Bakat akan menjadi komponen terpenting dalam ekonomi baru. Bakat akan

merevolusi setiap institusi dalam masyarakat kita, sama ada kerajaan, perniagaan,

syarikat politik, kelab bola sepak, NGO, masyarakat tempatan dan lain-lain lagi.

Walaupun kami tidak tahu bagaimana masa depan akan terbentuk dalam ekonomi

baru, yang pastinya imaginasi, kreativiti dan inovasi akan membawa kita ke sempadan

teknologi baru, cara-cara baru hidup bahkan mungkin peradaban baru. Satu-satunya

cara untuk menjadi sebahagian dari revolusi bakat adalah dengan meletakkan

ekosistem manusia di tempat yang betul termasuk pengalaman pendidikan yang

bermakna sementara meraikan bakat individu dengan baik.

Di peringkat individu, untuk berjaya dalam revolusi bakat, kita perlu merevolusi

bakat kita sendiri dahulu. Hanya dengan meraikan bakat serta kelebihan, kita akan

memiliki keyakinan dan tujuan yang mana meraikan bakat akan meletakkan kita ke arah

kecemerlangan sebenar.

Kami amat yakin bahawa keinginan dan seterusnya kemahiran perlu menjadi

asas kerjaya seseorang. Kami melihat ramai individu membuat pilihan kerjaya yang

salah disebabkan pelbagai alasan - paksaan keluarga mahupun tekanan sosial;

mencuba kerjaya terlalu awal, sebelum mendapat pengalaman yang diperlukan, atau

terpengaruh oleh wang atau status.

Page 4: Seminar kerjaya

2.0 OBJEKTIF

Objektif seminar ini adalah seperti berikut:

2.1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat

peribadi untuk digunapakai sama ada untuk memperolehi atau mencipta

kerjaya

2.2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan

peribadi.

2.3 Membantu peserta mengenali kerjaya berasaskan kepada kekuatan dan

kelebihan diri yang mereka miliki

2.4 Mengembangkan potensi setiap peserta untuk terus berusaha

membangunkan kelebihan yang dimiliki dan menguruskan kelemahan untuk

terus mencipta kejayaan sebenar

2.5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah dalam

mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti peserta bagi

perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik.

3.0 METODOLOGI SEMINAR

Metodologi penyampaian seminar adalah seperti berikut:

o Simulasi

o Tayangan video

o Refleksi mengenai bakat diri

o Aktiviti rawak untuk pengukuhan pemahaman mengenai bakat

4.0 PAKEJ SEMINAR

Yuran konsultansi RM 3,000.00 untuk seminar sehari

Setiap peserta akan memperolehi buku kerja Seminar Kerjaya

Setiap peserta akan memperolehi mentor berterusan melalui media sosial seperti

facebook, emel

Page 5: Seminar kerjaya

5.0 TENTATIF SEMINAR

8.30 Pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Taklimat & Ice Breaking

9.30 Pagi : Mengenalpasti & Membangunkan Bakat dan Kelebihan Diri

Ini adalah Berkaitan Kejayaan Masa Hadapan Anda

10.30 Pagi :Jamuan Pagi

11.00 Pagi : Mencintai Kerjaya

Temukan „Nyala Rasa‟: Kekuatan Dalam Diri Anda

12.30 Tghari : Makan tengahari

2.00 Petang : Menghasilkan Perancangan Kerjaya

Enjin Ekonomi: Bagaimana Untung Dengan Bakat

Diskusi Kerjaya di Malaysia

4.30 Petang : Jamuan Petang

5.00 Petang : Bersurai

TOPIK ISI KANDUNGAN

Mengenalpasti & Membangunkan

Bakat dan Kelebihan Diri:-

Ini adalah Berkaitan Kejayaan

Masa Hadapan Anda

Mengetahui Bakat Semulajadi dan kelebihan Diri

Membangunkan Serta Mengembangkan Bakat

Menaturalisasikan Kelemahan

Mendemokrasikan Bakat: Meningkatkan Kreativiti

& Inovasi Individu

Mencintai Kerjaya:-

Temukan ‘Nyala Rasa’: Kekuatan

Dalam Diri Anda

Cinta Apa yang Anda Lakukan & Melakukan Apa

yang Anda Cintai

Menukarkan Hobi & Minat Kepada „Nyala rasa‟

Adakah anda Melihat Impian Saya Semasa Kanak-

Kanak?: Mencari Impian

Memo Perancangan Kerjaya:-

Mencipta Enjin Ekonomi:

Bagaimana Untung Dengan

Bakat

Apa yang saya inginkan dalam hidup?

Bakat Dalam Ekonomi: Ekspresi Setiap Individu

Keperluan yang Melimpah

Menyenaraikan Bakat Strategik & Mapan

Tingkat Engin Ekonomi

Page 6: Seminar kerjaya

6.0 PENUTUP

Kesedaran tentang bakat penting dalam proses membentuk sebuah masyarakat

yang yakin terhadap diri dan seterusnya dapat menyumbang terhadap kemajuan

negara. Bakat adalah satu aset dan dengan meletakkannya pada tempat yang betul,

kita mampu pergi lebih jauh lagi dari segi konteks kejayaan.

Seminar ini menyedarkan pelajar bahawa mereka mempunyai potensi yang

besar untuk bekerjaya. Selain itu, seminar ini bertujuan untuk meraikan bakat dan cuba

melihat pada kesamaan iaitu betapa pentingnya proses pembangunan bakat pada diri

seseorang.

Tambahan, program ini di harap memberi kesedaran betapa pentingnya

melakukan perubahan diri demi kecemerlangan bermula hari ini. Peserta pasti akan

melihat sesuatu kecemerlangan dan mempamerkan prestasi tinggi dalam peribadi serta

berdaya saing mencipta jenama diri untuk hari ini dan juga masa hadapan.

Tiada apa yang paling bermakna melainkan anugerah yang diberi digunakan

pada tempatnya. Marilah bersama-sama meraikan bakat yang ada pada diri. Seminar

Kerjaya adalah oasis untuk meraikan bakat pelajar kepada merencana dan mencipta

kerjaya sebenar.

Mudah-mudahan dengan kerjasama kita dalam usaha membangun bakat dan

kerjaya para pelajar, dapat memenuhi inspirasi “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan”

terutama teras membangun modal insan.

Disediakan Oleh

INSPIRASI BAKAT

Page 7: Seminar kerjaya

PROFIL JURULATIH

Mohd Helmi bin Md Suhaimi

Mohd Helmi bin Md Suhaimi merupakan Pengasas Inspirasi Bakat. Pengkhususan

beliau adalah kepada inspirasi berkaitan bakat, inovasi, keusahawanan, jenama

serta pembangunan diri. Beliau adalah salah seorang penulis syarikat PTS

Publication & Distribution Sdn Bhd. Buku pertama beliau, ‘Saya Remaja Inovatif’

telah diterbitkan pada Oktober 2010. Buku ini merupakan buku pertama berkaitan

inovasi remaja di Malaysia.

Anak Felda (Generasi kedua) ini mempunyai pengalaman luas mengendalikan

latihan kepada individu, kumpulan dan juga organisasi seluruh Malaysia. Beliau

telah berkecimpung dalam industri latihan (keusahawanan) sejak tahun 2001

sehingga kini. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi

pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) kemudian menyambung Ijazah Sarjana (Master) di universiti yang sama.

Beliau merupakan antara penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor pada

tahun 2000.

Antara penampilan beliau di media massa adalah di TV1 (Fitrah Kasih & Generasi

Y), SALAM FM, TV3 (Motivasi Pagi), TV9 (Nasi Lemak Kopi o).

BLOG: http://helmisuhaimi.blogspot.com, WEB: http://inspirasibakat.com.my,

FACEBOOK: http://www.fb.com/helmisuhaimi, http://www.fb.com/inspirasibakat