semasa bayi. ini kisah hidayat… apabila bahagian otak ... dec/122618suriaonline...

11
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 1/11 A A+ Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… 26/12/2018 3:18 Update: 26/12/2018 3:37 Oleh: NUR ARINA AHMAD ANIS BERITAmediacorp: Ini satu kondisi kesihatan yang tidak ramai orang sedar tentangnya. Dipanggil Agenesis corpus callosum, ia satu keadaan di mana sebahagian organ otaknya tiada semasa bayi dilahirkan. Secara umumnya, jika ini berlaku kepada bayi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan minda dan jasmani, seperti masalah kognitif, masalah psikososial, masalah pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Yang pasti, ini suatu keadaan kesihatan yang boleh dianggap penyakit yang jarang-jarang berlaku di Singapura mahupun di dunia. Namun Muhammad Hidayat merupakan antara bayi yang dilahirkan dengan kondisi itu. Ini cerita Hidayat dan Agenesis corpus callosum yang dialaminya itu. PENGALAMAN CIK MURFIAH, ANAKNYA KENA AGENESIS CORPUS CALLOSUM Muhammad Hidayat semasa dia masih bayi (kiri), dan dia sekarang. (Gambar-gambar: Murah Suhadi) Muhammad Hidayat semasa dia mas

Upload: truongthuy

Post on 27-Apr-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 1/11

A A+

Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’semasa bayi. Ini kisah Hidayat…26/12/2018 3:18 Update: 26/12/2018 3:37Oleh: NUR ARINA AHMAD ANIS

BERITAmediacorp: Ini satu kondisi kesihatan yang tidak ramai orang sedar tentangnya.

Dipanggil Agenesis corpus callosum, ia satu keadaan di mana sebahagian organ otaknya

tiada semasa bayi dilahirkan.

Secara umumnya, jika ini berlaku kepada bayi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah

kesihatan minda dan jasmani, seperti masalah kognitif, masalah psikososial, masalah

pendengaran, penglihatan dan sebagainya.

Yang pasti, ini suatu keadaan kesihatan yang boleh dianggap penyakit yang jarang-jarang

berlaku di Singapura mahupun di dunia. Namun Muhammad Hidayat merupakan antara

bayi yang dilahirkan dengan kondisi itu. Ini cerita Hidayat dan Agenesis corpus callosum

yang dialaminya itu.

PENGALAMAN CIK MURFIAH, ANAKNYA KENA AGENESIS CORPUS CALLOSUM

Muhammad Hidayat semasa dia masih bayi (kiri), dan dia sekarang. (Gambar-gambar: Mur�ah Suhadi) Muhammad Hidayat semasa dia mas

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 2/11

Muhammad Hidayat bersama ibunya, Cik Mur�ah.

Bagi seseorang ibu, ujian ‘ultrasound’ barangkali satu pengalaman yang istimewa dan

mendebarkan. Justeru, tidak dapat dibayangkan bagaimana runtun hati Cik Mur�ah Suhadi

apabila ujian ultrasound beliau mendedahkan tanda-tanda yang membimbangkan tentang

kandungannya itu. Ini berlaku 18 tahun lalu.

Cik Mur�ah, ketika itu berusia 31 tahun, dimaklumkan oleh doktor bahawa kandungannya

yang berusia lima bulan sebenarnya tidak ‘sempurna’ dan dinasihatkan supaya

menggugurkannya. Menurut doktor, terdapat sesuatu yang ganjil di bahagian otak bayinya

kerana ia dipenuhi dengan air.

Sebahagian kecil otaknya tidak ada, atau Agenesis corpus callosum. Cik Mur�ah

memberitahu BERITAMediacorp bahawa nasihat doktor supaya kandungannya digugurkan

bagai mencurahkan cuka di luka hatinya.

“Saya hanya diberi 12 jam untuk membuat keputusan sama ada saya masih mahu

meneruskannya atau menggugurkan kandungan saya. Ini kerana, bayi saya sudah masuk

lima bulan dan sekiranya saya ingin menggugurkannya, saya harus melakukannya secepat

mungkin. Jika tidak, ia akan membahayakan diri saya,” kongsi Cik Mur�ah.

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 3/11

Doktor menyatakan, antara risiko yang mungkin dihadapi bayinya, termasuklah tidak dapat

hidup lama, kecacatan �zikal atau mental sepanjang hidupnya. Cik Mur�ah dan suaminya

bernama Juraimi Arshad, bagaimanapun bertawakal dan mengambil keputusan untuk tidak

menggugurkan cahaya mata mereka yang pertama itu.

PENJELASAN TENTANG FENOMENA AGENESIS CORPUS CALLOSUM

Corpus callosum adalah bahagian otak yang berfungsi untuk menghubungkan bahagian

otak hemisfera kiri dengan hemisfera kanan. Agenesis corpus callosum pula bermakna

bahagian otak yang menghubungkan otak kanan dengan otak kiri tidak ada.

Menurut Profesor Madya Ong Hian Tat, Ketua dan Konsultan Kanan, Divisyen Pediatrik

Neurologi dari Hospital Universiti Nasional (NUH), kemungkinan berlakunya Agenesis

corpus callosum adalah 1.8 bagi setiap 10,000 bayi yang dilahirkan. Risikonya lebih tinggi

bagi kaum wanita yang hamil di peringkat lanjut usia.

“Agenesis corpus callosum akan menjejas kemahiran motor dan kebolehan seseorang

untuk melakukan koordinasi. Selain itu, bayi yang mengalami Agenesis corpus callosum

mesti dipantau dengan rapi kerana perkembangan awalnya besar kemungkinan terjejas.

Justeru, mereka akan memerlukan rawatan terapi seperti terapi cara kerja (occupational

therapy), terapi �zikal, terapi perbualan,” jelas Dr Ong.

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 4/11

Muhammad Hidayat (kanan).

ALAMI KESUKARAN MEMBACA DAN MENULIS

Menurut Cik Mur�ah, yang kini berusia 49 tahun, beliau mendapati anaknya mengalami

kesukaran membaca dan menulis ketika dia di peringkat Darjah 1. Oleh itu, beliau

mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan terapi bagi membantu anaknya,

Hidayat.

Meskipun Hidayat, yang kini berusia 17 tahun, tiada lagi masalah membaca dan menulis,

Cik Mur�ah akur bahawa anaknya masih mempunyai kelemahan dari segi akademik.

Disebabkan Hidayat tiada langsung corpus callosum, pembangunan otaknya lebih

perlahan, sekali gus menjejas pembelajarannya dan kemampuannya untuk memahami

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 5/11

sesuatu.

Bagaimanapun, Cik Mur�ah berkongsi dengan BERITAmediacorp bahawa beliau tidak

pernah membeza-bezakan Hidayat dengan dua lagi anaknya yang dilahirkan normal.

Baginya, Hidayat cukup sempurna, tiada apa yang kurang pada dirinya. Bukan saja dia

dalam keadaan sihat, malah dia boleh melakukan segala aktiviti seperti kanak-kanak yang

lain.

HIDAYAT MASIH BOLEH LAKUKAN MACAM-MACAM

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 6/11

Muhammad Hidayat bersama ibunya, Cik Mur�ah.

Cik Mur�ah memberi contoh, meskipun Hidayat mengalami Agenesis corpus callosum, dia

mampu bermain bola, menunggang basikal, malah bermain guitar! Ia dianggap sesuatu

keajaiban kerana hemisfera otak kiri dan kanannya mampu berfungsi bersama tanpa

corpus callosum. Justeru, bagi Cik Mur�ah, anaknya tiada cacat celanya langsung.

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 7/11

“Kesan terhadap seseorang yang mengalami Agenesis corpus callosum semuanya

berlainan.

Ada di antara mereka yang terjejas teruk, seperti, mengalami kesukaran untuk berjalan dan

daya intelektualnya terjejas teruk. Bagaimanapun, ada juga yang boleh menjalankan

kehidupan seharian seperti biasa, tanpa masalah.

Pendek kata, ia bergantung kepada setiap individu dan masih terdapat peluang sekitar 10

peratus hingga 20 peratus bahawa mereka ini dapat menjalani kehidupan seperti orang

biasa,” jelas Dr Ong lagi.

Dalam pada itu, Dr Ong menekankan pentingnya mendapat diagnosis dan rawatan terapi

awal. Ini penting untuk para ibu bapa lebih memahami keperluan anak masing-masing,

terutamanya apabila tahap pembangunan anak tersebut terjejas.

GOLONGAN INI PERLUKAN SOKONGAN

Posted by Posted by Posted by MurfiMurfiMurfi………406 Views406 Views406 Views

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 8/11

Cik Mur�ah dan suaminya, Encik Juraimi Arshad. 

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 9/11

Paling Popular

Pada zahirnya, Hidayat kelihatan sama seperti kanak-kanak di sekolah arus utama.

Bagaimanapun disebabkan oleh pembangunan mindanya, Cik Mur�ah mengambil

keputusan untuk mendaftarkannya ke sekolah Grace Orchard. Bagi Cik Mur�ah dan

suaminya, Encik Juraimi Arshad, 47 tahun, ia bukan sesuatu yang memalukan kerana

mereka menerima Hidayat seadanya.

Namun, Cik Mur�ah mendedahkan kepada BERITAMediacorp bahawa beliau tersentak

apabila terdengar para pelajar dari sekolah arus utama mengatakan bahawa sekolah-

sekolah keperluan khas adalah untuk pelajar bodoh.

Komen-komen seperti itu membuat Hidayat terasa dan mula benci untuk ke sekolah.

Malah, dia selalu mendesak ibunya supaya menukar sekolahnya.

“Saya tidak suka ke sekolah kerana saya dilabel bodoh oleh para pelajar dari sekolah arus

utama. Saya mahu membuktikan kepada mereka bahawa saya sama seperti mereka dan

saya tidak bodoh,” luah Hidayat kepada BERITAmediacorp.

Sebagai ibu, beliau hanya mampu memberikan segala sokongan dan dorongan kepada

Hidayat untuk tabah. Malah beliau sering mendorongnya supaya terus belajar bersungguh-

sungguh dan mengasah bakatnya dalam bidang muzik, yang sangat diminatinya.

Beliau turut menekankan kepada BERITAMediacorp, bahawa masyarakat tidak sepatutnya

bertanggapan bahawa para pelajar di sekolah-sekolah khas merupakan anak-anak

istimewa, tetapi sebaliknya melihatnya daripada sudut positif.

Cik Mur�ah sedar bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) sedang berusaha untuk

memupuk masyarakat yang lebih inklusif, namun beliau juga berharap bahawa para ibu

bapa turut memainkan peranan masing-masing untuk memupuk nila-nilai murni dalam diri

anak mereka.  

- BERITAmediacorp/na

12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 10/11

Pelakon tempatan didakwa cabul amah, bagaimanapun kes diselesaikan di luar mahkamah

Tsunami Indonesia: Ombak membadai semasa konsert Seventeen

2 pegawai ICA disiasat; pukul pemandu lori dekat Pusat Pemeriksaan Woodlands

A A+

2 'bayi Krismas' pertama muncul dari Mount Alvernia25/12/2018 21:20

SINGAPURA: Dua orang bayi menjadi yang pertama dilahirkan pada hari Krismas hari ini (25

Dis).

Mereka dilahirkan tepat pada tengah malam tadi di Hospital Mount Alvernia.

Bayi perempuan, Charlie Choong adalah yang pertama dilahirkan.

Kelahirannya tengah malam tadi agak mengejutkan ibu bapanya kerana anak sulung

mereka itu dijadualkan lahir pada Ahad ini (30 Dis).

Mohamed Hanif pula dilahirkan 4 saat selepas Choong.

Ibu bapanya juga tidak menyangka Hanif akan lahir hari ini kerana dia dijangka dilahirkan

esok (26 Dis). Hanif merupakan anak kedua pasangan itu.

>

BACA LAPORAN