kaedah kesukaran membawa kemudahan

12
KESUKARAN MENGANDUNGI KEMUDAHAN ُ بِ لْ جَ تُ ةَ ّ قَ شَ مْ ل اَ ر يِ سْ يَ ّ ت ل ا6/8/22 ن ي ج ا" غ" ف ة ق" ف ل ا1

Upload: myra-shah

Post on 02-Oct-2015

114 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Pengajian Fiqh

TRANSCRIPT

KESUKARAN MENGANDUNGI KEMUDAHAN

KESUKARAN MENGANDUNGI KEMUDAHAN

2/7/2015 1

IPG KAMPUS TUANKU BAINUNPPG Kohort 1/JUN 2011 Pend. Islam 1

Kaedah Ketiga Kesukaran mengandungi kemudahan

Kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan , tidak seperti asalnya.

Berdasarkan dalil al-Quran dan hadis :

a)Sebagaimana firman Allah: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.b)Firman Allah lagi: Terjemahan: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)c)Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Buhari dan Muslim : Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan.

Berdasarkan kaedah ketiga tersebut, meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.

Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentukmusyaqqahatau kesusahan seperti: kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan kepapaan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t.

TujuanMusyaqqah

a.Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.b.Adapunmushaqqahatau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.

Menurut penelitian ulama, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara:Sebab-sebab Rukhsah

Sebab-sebab Rukhsah

Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qasar sembahyang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.Kedua: Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikaf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dan diugut dengan sesuatu tindakakan yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepadaAllah.

Sebab-sebab Rukhsah

Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang makan atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa.Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.Keenam:Umum al-Balwa(kesukaran dalam perkara)juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.Ketujuh: Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

Pecahan Kaedah

a)Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas.

Contohnya seorang wanita yang kehilangan walinya (tidak diketahui dimana dia berada, hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim ditempat itu, maka bolehlah ia melantik seorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwinkan dengan lelaki pilihannya. Selain itu, diharuskan perempuan yang beridah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk saraan hidup.

Daripada kaedah ini , terbentuk beberapa pecahan iaitu:

b)Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi sempit.

Maksudnya apabila darurat telah telah menimpa seseorang atau jemaah, kalau beramal dengan hukum asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi mana darurat itu masih wujud. Inilah makna sesuatu perkara apabila tersepit akan menjadi luas. Tetapi apabila hilang darurat tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia disyariatkan. Inilah yang dimaksudkan apabila menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan sempit.

Pecahan Kaedah

Daripada kaedah ini , terbentuk beberapa pecahan iaitu:

Murtakiah bt Hj Abdul Kadir690726-08-5324Zalina bt Hashim690505-09-5174Noor Zulfatul Zahiah binti Abdul Karim691120-08-5586Salma bt harun700102-03-5640

Disediakan oleh: