sesi kaunseling - kesukaran mengimbangi akademik dan sukan

24
NAMA NO MATRIKS RICKIE UGIE 28015 KARTIKA BINTI MOHD SAPAR 26570 MOHD ZULKIFLI BIN ZAHARI 27047 CATHERINE SENIA SEMAN 26028

Upload: rickie-ugie

Post on 18-Dec-2014

283 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Kumpulan 5 (Kelas G7) Rickie Ugie 28015 Kartika binti Mohd Sapar 26570 Mohd Zulkifli bin Zahari 27047 Catherine Senia Seman 26028

TRANSCRIPT

Page 1: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

NAMA NO MATRIKS

RICKIE UGIE 28015

KARTIKA BINTI MOHD SAPAR 26570

MOHD ZULKIFLI BIN ZAHARI 27047

CATHERINE SENIA SEMAN 26028

Page 2: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Nama : Mohd Zulkifli Bin Zahari Umur : 23 Tahun Bangsa : Melayu Agama : Islam Tempat Kelahiran : Kelantan

Program : Pembangunan Sumber Manusia Fakulti : FSKPM Tahun Pengajian : Tahun 3 Universiti : Universiti Malaysia Sarawak Aktiviti Sukan : Palapes, Marathon & Kayak

Page 3: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Isu: Kesukaran Dalam Mengimbangi Akademik dan Ko-Kurikulum

FAKTOR

Pengurusan masa yang kurang sistematik

Tekanan dari rakan sebaya dan jurulatih

Diri sendiri

•Kurang berdisiplin

•Minat didominasi oleh 1 aspek sahaja (Sukan)

KESAN

Prestasi akademik menurun

Hilang fokus dalam kelas

Page 4: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

D

• Membina dan mengembangkan hubungan, mengenalpasti dan menjelaskan permasalahan (Video)

A

• Menilai masalah dan mentakrifkan semula dari segi kemahiran menolong (Video)

S • Menyatakan matlamat dan pelan intervensi (Video)

I

• Intervensi dalam mengembangkan kemahiran menolong diri sendiri (Video)

E • Tamat dan mengukuhkan kemahiran menolong diri sendiri

Page 5: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

1. Menanya dan Menjelaskan Semula (Clarifying)

• untuk mengelakkan perbualan dari tersasar dan membuat perbincangan lebih fokus.

Helper: Beberapa minggu yang lepas saya telah menerima email daripada Encik Zul dan telah mengetahui sedikit sebanyak masalah encik Zul. Encik Zul menerangkan bahawa Encik Zul menghadapi masalah dalam keseimbangan akademik dan sukan. Sekiranya Encik Zul tidak keberatan, bolehkah Encik Zul menceritakan semula masalah yang dialami?

Page 6: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

2. Parafrasa • Respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. • Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek

tetapi tepat dan padat maksudnya. • Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. • Penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang

dikatakan oleh klien. • Tujuan utama parafrasa digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan

kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor.

Klien: Kadang-kadang saya berasa tidak puas hati juga kerana jurulatih tidak memahami kita sebagai pelajar. Begitu juga dengan kawan-kawan yang kadang-kala bersikap tidaK bertolak ansur dengan masalah yang kita alami. Helper: Jadi awak berasa tertekan dengan sikap mereka.

Page 7: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

3. Menyemak • Menyemak semula kenyatan yang telah dinyatakan oleh

klient untuk memastikan perkara yang didengari betul.

Helper: Zul tidak boleh mengikut jadual waktu yang Zul sediakan. Betulkah apa yang saya nyatakan ini?

Page 8: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

4. Refleksi Perasaan • Kemahiran membuat refleksi perasaan melibatkan

keupayaan kaunselor berkomunikasi dan mengalami perasaan klien.

Klien: Saya berasa sangat tertekan dengan masalah yang alami. Helper: Saya faham apa yang Zul alami. Sekarang Zul berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku. Hidup kita memang tidak lari dari sebarang rmasalah. Kita mesti kuat untuk menghadapinya dan jangan mudah menyerah kalah.

Page 9: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

5. “Minimal Respond” • Teknik yang berbetuk reaksi dan penggunaan perkataan

yang boleh menggalakkan kedua-dua individu berkomunikasi, sebagai pembantu dalam menyampaikan apa yang didengari dan tindakan yang menunjukkan helper mendengari dan masih bersama client.

• Contohnya penggunaan perkataan “Hmm……, ok, ohhh…”.

• ianya juga boleh dalam bentuk bukan lisan seperti menganggukan kepala, gerakan seperti tangan dan ekspresi muka yang positif.

Page 10: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

6. Rumusan Kecil • Teknik ini digunakan untuk menrumuskan semula masalah yang

dialami oleh klien. • Dalam rumusan, helper juga memberi sedikit pandangan dan

cadangan untuk klient dalam menentukan tindakan yang wajar dilakukannya selepas sesi kaunseling.

Helper: Berdasarkan apa yang telah kita bincangkan sebentar tadi, Zul telah mengalami masalah dalam menyeimbangi prestasi pelajaran dan juga sukan. Zul juga telah memberitahu bahawa Zul ingin berjaya dalam kedua-dua bidang. Dalam perbincangan ini juga, Zul juga bersedia untuk berubah untuk menjadi lebih berdisiplin, bijak dalam pengurusan dan pembahagian masa serta bersedia untuk berbincang dengan jurulatih untuk mendapatkan kesefahaman daripada kedua-dua belah pihak. Nasihat saya untuk Zul, jangan sesekali menyerah kalah dan berusaha gigih untuk mencapai apa yang diinginkan kerana Zul sendiri yang boleh mengubah segala-galanya.

Page 11: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Bahasa Badan

• Pergerakan tangan – dalam sesi kaunseling yang dijalankan, helper banyak menggunakan pergerakan tangan dan badan untuk menerangkan tentang suatu penyelesaian kepada sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien. Helper juga menggunakan pergerakan badan untuk menyatakan sesuatu perkara.

Konteks Mata

• Hubungan helper dengan klien sangat bagus dimana kemahiran konteks mata kedua-dua pihak berkesan. Sebagai contoh, apabila klien menceritakan masalahnya, helper sentiasa memberi pandangan kepada klien sebagai reaksi mendengar dan fokus kepada apa yang diceritakan oleh klien.

Posisi Badan

• Semasa sesi kaunseling dijalankan, helper memastikan klien berasa selesa dan selamat supaya klien tidak merasakan sesuatu yang negatif dalam sesi kaunseling tersebut. Helper juga menunjukkan posisi badan yang aktif serta memastikan keselesaan di antara helper dan klien.

• Posisi badan helper perlu aktif dan positif supaya klien berasa yakin dengan helper untuk menceritakan masalah klien.

Page 12: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Nada Suara

• Dalam sesi ini, helper menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sopan supaya klien tidak tertekan semasa sesi kaunseling dijalankan.

• Helper juga menggunakan intonasi suara yang sederhana supaya klien dapat memahami serta dapat berkongsi maklumat dengan lebih baik.

Ekspresi Muka

• Ekspresi memainkan peranan penting dalam sesi kaunseling supaya berjalan dengan lancar.

• Helper menunjukkan ekspresi muka yang positif semasa sesi kaunseling dengan klien supaya klien tidak berasa ragu- ragu serta selesa dengan helper.

Jarak Fizikal

• Jarak fizikal penting dalam sesi kaunseling kerana helper yang berada terlalu jauh atau terlalu dekat dengan klien menyebabkan tidak selesa dan akan menyebabkan komunikasi terganggu. Dalam sesi kaunseling yang dijalankan, jarak antara klien dan helper sesuai dan komunikasi lebih berkesan serta berjalan lancar.

Cara Duduk

• Cara duduk perlu mengikut keselesaan antara helper dan klien. Dalam sesi kaunseling ini, helper duduk dengan keadaan positif dan aktif supaya komunikasi akan lebih berkesan dengan klien.

• Cara duduk juga membolehkan helper mendengar dengan lebih baik apa maklumat atau perkara yang ingin disampaikan oleh klien.

Page 13: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

CBT adalah berkenaan dengan : bagaimana anda berfikir tentang diri sendiri, dunia

dan orang lain bagaimana apa yang anda lakukan memberi kesan

kepada pemikiran dan perasaan anda. Dalam erti kata lain, ia menekankan pentingnya

peranan berfikir dalam bagaimana kita merasa dan apa yang kita lakukan.

Terapi menggunakan Model Kognitif untuk membantu client mengatasi masalah mereka dengan mengubah pemikiran mereka, tingkah laku, dan tindak balas emosi.

Page 14: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

• CBT dapat membantu dan mengubah cara pemikiran dan sikap seseorang. Contohnya, helper telah dapat menyakinkan kliennya untuk mengubah fikiran apabila klien tersebut mahu berbincang dengan jurulatih .

• CBT juga lebih fokus kepada cara penyelesaian bagi sesuatu masalah daripada fokus kepada kesedihan yang menimpa. Klien dan Helper akan bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Helper telah mencadangkan setiap idea bagi setiap masalah yang dikatakan oleh klien.

• CBT merupakan kerjasama antara helper dan klien, klien akan berusaha mengetahui matlamat klien, dan berusaha membantu klien untuk mencapai matlamat tersebut. Contonhya, helper sudah mengetahui matlamat kliennya adalah untuk berjaya dalam kedua-dua bidang iaitu berjaya dalam sukan dan akademik. Dan helper berusaha mencadangkan beberapa cara yang terbaik untuk mencapai matlamat klien.

Page 15: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Rickie • Semasa menjalankan tugasan berkumpulan ini, banyak perkara yang telah

saya pelajari sama ada berkaitan dengan kursus ini mahupun pengetahuan yang lain. Antaranya, penggunaan teknik-teknik yang sesuai dalam sesi kaunseling. Sebagai seorang helper, penggunaan teknik-teknik menolong ini amat penting dalam sesi kaunseling untuk memastikan matlamat kaunseling tersebut tercapai. Selain itu, teknik-teknik ini juga mampu menjadikan sesi perbualan lebih menarik dan menggalakkan komunikasi antara kedua-dua pihak. Daripada apa yang saya pelajari sepanjang aktiviti melaksanakan tugasan rakaman dan video ini, banyak pengalaman-pengalaman baru yang saya pelajari. Antaranya belajar menggunakan perisian membuat video. Selain itu, saya juga dapat belajar menjadi seorang pemimpin dan mengawal keadaan Akhir sekali, segala pengalaman dan ilmu yang saya timba daripada kursus dan aktiviti tugasan ini diharapkan dapat saya aplikasikan dengan sebaiknya pada masa hadapan terutamanya dalam kerjaya saya.

Page 16: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Kartika • Semasa membuat tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih

mendalam tentang kemahiran-kemahiran dalam proses menolong dalam kursus ini. Selain itu, saya juga diberi peluang menjadi seorang kaunselor. Untuk menjadi kaunselor bukan satu kerja yang mudah. Kita mesti mengetahui konsep kemahiran, teori dan model kerana boleh dijadikan panduan dalam proses menolong yang berkesan. Bagi saya, menjadi seorang pelakon juga bukan satu kerja yang mudah. Sangat susah apabila kita mengaplikasikan teori kepada prakikal/yang sebenarnya. Apa yang penting ialah kami sekumpulan sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong untuk menyiapkan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami sebaik mungkin.

Page 17: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Mohd Zulkifli • Sepanjang aktiviti tugasan ini dijalankan banyak perkara

yang telah saya pelajari. Antaranya saya telah seorang klien yang menceritakan masalah saya kepada seorang kaunselor. Untuk meluahkan perasaan kepada orang yang tidak saya kenali adalah sesuatu yang agak menjanggalkan dan memalukan. Pada mulanya saya berasa amat segan namun setelah didorong oleh rakan-rakan yang lain akhirnya dapat mengatasi gemuruh tersebut. Selain itu, saya juga dapat belajar mengenai teknik-teknik komunikasi lisan dan bukan lisan. Ia membantu menggalakkan saya menjaga perhubungan ketika berkomunikasi. Saya harap apa yang saya belajar dari kursus dan aktiviti ini berguna pada masa akan datang.

Page 18: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Catherine • Semasa ingin melakonkan sesi kaunseling, kumpulan

kami telah mengalami beberapa dugaan dan cabaran. Antara cabaran yang paling utama adalah kesukaran untuk melakonkan watak helper. Hal ini kerana, selaku helper haruslah perwatakan tenang dan kelancaran nada suara. Kumpulan kami telah melakukan sesi kaunseling berulang-ulang kali. Dan setiap ahli kumpulan mencuba yang terbaik. Selain itu juga, kami mengalami dari segi masa, hal ini kerana setiap ahli sekumpulan mempunyai masa yang berbeza. Walaupun demikian, kami berusaha untuk menghadapi cabaran yang dialami.

Page 19: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Rickie • Sepanjang aktiviti tugasan ini dijalankan pelbagai karenah

ahli-ahli yang lain. Jadi saya amat gembira menjalankan tugasan ini yang ditemani oleh gurau senda rakan-rakan. Selain itu, saya amat berbesar hati dapat membantu kawan-kawan saya yang berada dalam kesusahan dan berkongsi pendapat. Perkongsian idea dan pendapat membuahkan hasil dan memberi kepuasan kepada saya. Tugasan berkumpulan ini agak mencabar namun dengan komitment dan kerjasama semua ahli kumpulan telah membantu melancarkan aktiviti tugasan ini. Oleh itu saya amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan individu-individu yang bersemangat dan sentiasa ada komitment.

Page 20: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Kartika

• Sepanjang sesi ini dijalankan, saya berasa sangat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan untuk menjadi kaunselor. Saya juga amat gembira apabila dapat membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh klien. Tugasan ini juga amat bermakna untuk saya sebagai satu pengalaman kerana sebelum ini saya tidak pernah menolong orang dalam menyelesaikan masalah.

Page 21: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Mohd Zulkifli • Sepanjang sesi kaunseling yang telah saya lakukan bersama dengan ahli

kumpulan, banyak yang telah saya belajar terutama sekali, bagaimana untuk menjadi seorang Helper yang baik dan lebih professional dalam membantu dan menolong orang lain. Selain itu, saya sangat gembira kerana saya dapat memberikan komitmen yang baik serta ahli- ahli kumpulan juga begitu berkomitmen dalam menjalankan sesi kaunseling tersebut. Tambahan lagi, perasaan saya menjadi seorang Klien juga sangat mencabar kerana saya perlu faham serta meletakkan diri saya sebagai seseorang yang mempunyai masalah. Saya amat berterima kasih kepada ahli-ahli kumpulan yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjalankan sesi kaunseling tersebut. Saya juga menimba pengalaman baru terutama bagaimana untuk berinteraksi dengan seseorang yang bermasalah serta menggunakan kemahiran- kemahiran yang telah saya belajar dalam membantu saya menyelesaikan masalah.

Page 22: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

Catherine • Saya berasa amat teruja dapat membantu kawan-

kawan yang berada dalam kesusahan. Saya suka mendengar orang lain berkongsi masalah dengan saya terutamanya kawan-kawan saya sebab saya merasakan dihargai. Selain itu saya juga gembira dapat memberikan dan berkongsikan pendapat saya. Sepanjang saya terlibat dalam tugasan berkumpulan ini, saya amat berpuas hati dengan komitment rakan-rakan yang lain dan ketua pula sentiasa memberikan arahan dengan jelas dan membantu yang lain. Akhir sekali saya amat hargai pengorbanan rakan-rakan saya yang telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini.

Page 23: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan

• Cherry, K. (n.d.). What is Cognitive Behavior Therapy. Retrieved from About.com Psychology: http://psychology.about.com/od/psychotherapy/a/cbt.htm

• Cognitive Behavioural Therapy (CBT). (n.d.). Retrieved from RC Psych: http://www.rcpsych.ac.uk/expertadvice/treatmentswellbeing/cbt.aspx

• Cormier, S.; Nurius, P.S;. (2003). Interviewing Strategies for Helpers.

• Maznah, B.; Rumaya, J.; Zainal, M.;. (2002). Asas Penasihatan dan Kaunseling.

• Maznah, B.; Zainal, M.;. (2003). Kaunseling Individu. •

Page 24: Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan