newsletter edisi 18 - 16 hingga 31 oktober 2015 · persembahan oleh pemenang tempat pertama...

8
1 S ekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 18: 16—31 Okt 2015 MENARIK DI DALAM Bulan Bahasa Kebangsaan .....................2 Majlis Apresiasi Bersama KPPA................................5 Lawatan PUSPANITA JPA ke Kompleks Kraf Malaysia...........................6 Program 7th Joint Seminar & 37th Public Service Games For Malaysia And Singapore Public Sector Leaders 2015 telah dihadiri pemimpin perkhidmatan awam Malaysia dan Singapura telah berlangsung dengan jayanya pada 16 hingga 18 Oktober 2015 di Kuching, Sarawak. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam ucapan beliau berkata bahawa penjawat awam kini berhadapan dengan pelbagai isu kritikal yang sebelum ini tidak pernah dihadapi, justeru mereka perlu berfikir secara strategik, lebih kreatif dan inovatif. Tindakan pantas perlu agar penjawat awam kekal relevan dan seterusnya mampu mengadaptasi dengan perubahan masa. Dalam konteks transformasi Malaysia dilihat mempunyai kemajuan ketara dalam melaksanakan transformasi. Singapura mendapat kedudukan kedua sebagai kerajaan paling cekap di dunia. Maka, Malaysia mesti mencari kerjasama dengan negara lain di dunia, bersedia mendapat nasihat dan terbuka untuk belajar daripada negara yang berpengalaman. Tan Sri Dr. Ali Hamsa menambah lagi, hubungan Malaysia dan Singapura istimewa dan unik kerana kedua-dua negara berkongsi sejarah, geografi dan kebudayaan yang sama. Hubungan dua hala semakin kukuh antara Malaysia dan Singapura di bawah kepimpinan sedia ada, telah diterjemah kepada sektor ekonomi, keselamatan dan kerjasama sosial. Delegasi Malaysia seramai 45 orang diketuai Ketua Setiausaha Negara sementara delegasi Singapura, diketuai oleh Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Tan Sri Peter Ong bersama 29 orang pegawainya. Turut hadir, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani. 38TH PUBLIC SERVICE GAMES AND 7TH JOINT SEMINAR PROGRAMME FOR MALAYSIA AND SINGAPORE PUBLIC SECTOR LEADERS 2015

Upload: dangminh

Post on 13-May-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 18: 16—31 Okt 2015

MENARIK DI DALAM

Bulan Bahasa

Kebangsaan .....................2

Majlis Apresiasi Bersama

KPPA................................5

Lawatan PUSPANITA JPA ke

Kompleks Kraf

Malaysia...........................6

Program 7th Joint Seminar & 37th Public Service Games For Malaysia And Singapore Public Sector Leaders 2015 t e l a h d i h a d i r i p e m i m p i n perkhidmatan awam Malaysia dan Singapura telah berlangsung dengan jayanya pada 16 hingga 18 Oktober 2015 di Kuching, Sarawak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam u c a p a n b e l i a u b e r k a t a bahawa penjawat awam kini berhadapan dengan pelbagai isu kritikal yang sebelum ini tidak pernah dihadapi, justeru mereka perlu berfikir secara strategik, lebih kreatif dan inovatif. Tindakan pantas perlu agar penjawat awam kekal relevan dan seterusnya mampu mengadaptasi dengan perubahan masa.

Dalam konteks transformasi Malaysia dilihat mempunyai k e m a j u a n k e t a r a d a l a m me la k sa na ka n t ra ns fo r ma si . Singapura mendapat kedudukan kedua sebagai kerajaan paling cekap di dunia. Maka, Malaysia mesti mencari kerjasama dengan negara

lain di dunia, bersedia mendapat nasihat dan terbuka untuk belajar d a r i p a d a n e g a r a y a n g berpengalaman.

Tan Sri Dr. Ali Hamsa m e n a m b a h l a g i , h u b u n g a n Malaysia dan Singapura istimewa dan unik kerana kedua-dua n e g a r a b e r k o n g s i s e j a r a h , geografi dan kebudayaan yang sama. Hubungan dua hala semakin kukuh antara Malaysia dan Singapura di bawah kepimpinan sedia ada, telah diterjemah kepada sektor ekonomi, keselamatan dan kerjasama sosial.

Delegasi Malaysia seramai 45 orang diketuai Ketua Setiausaha Nega ra sementa ra de lega s i Singapura, diketuai oleh Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Tan Sri Peter Ong bersama 29 orang pegawainya. Turut hadir, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Set iausaha Kera jaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani.

38TH PUBLIC SERVICE GAMES AND 7TH JOINT SEMINAR PROGRAMME FOR MALAYSIA AND SINGAPORE PUBLIC SECTOR LEADERS 2015

2

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2015

Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan pada setiap bulan Oktober, JPA telah menganjurkan Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA Tahun 2015 yang merangkumi tiga program utama iaitu Pertandingan Pidato, Pertandingan Menulis dan Mendeklamasi Sajak, serta Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Tradisional. Program-program ini diadakan bertempat di kawasan sekitar Lobi C1, JPA dan Dewan Mezzanine. Juri-juri profesional dijemput khas dari luar bagi mengadili pertandingan-pertandingan ini.

Majlis Pelancaran Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA Tahun 2015 telah diadakan pada 19 Oktober 2015 di Dewan Mezzanine dan dirasmikan oleh Dato’ Jalil bin Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan). Majlis Pelancaran diserikan dengan persembahan istimewa oleh johan Pertandingan Menulis dan Mendeklamasi Sajak 2014 dan Band JPA4U.

Majlis Kemuncak Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA telah diadakan pada 20 Oktober 2015. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga JPA yang hadir. Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran tetamu kehormat Puan Sri Asmahan Ismail (Pengerusi PUSPANITA JPA). Majlis diserikan dengan persembahan oleh pemenang tempat pertama Pertandingan Menulis dan Mendeklamasi Sajak serta Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Tradisional.

Para pemenang pertandingan mengikut kategori;

Pertandingan Pidato - En. Asrul Shah bin Razali dari Pejabat KPPA

Pertandingan Menulis dan Mendeklamasi Sajak - En. Bakri bin Yahaya dari Bahagian Pengurusan Maklumat

Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Tradisional - Pn. Norlaily Ibrahim dari Bahagian Pasca Perkhidmatan

3

MESYUARAT PERHUBUNGAN ANTARA JPA DENGAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Pada 24 hingga 25 Oktober 2015 telah berlangsung Mesyuarat Perhubungan Antara JPA dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan di antara JPA dengan Kerajaan Negeri sejak tahun 1980-an. Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan isu-isu mengenai pengurusan sumber manusia Perkhidmatan Awam khususnya yang berkaitan dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak.

Di samping itu, mesyuarat juga dapat memupuk dan mengukuhkan lagi proses integrasi nasional menerusi Perkhidmatan Awam terutamanya antara Agensi Pusat dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. Keahlian JPA bagi mesyuarat ini terdiri daripada semua Pengarah Bahagian di JPA serta ahli dari Agensi Pusat seperti MAMPU dan Kementerian Kewangan (MOF). Sehingga kini, JPA telah mengadakan sebanyak 23 kali mesyuarat dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. Sepanjang penganjuran mesyuarat ini, pelbagai isu dan perkara yang telah dibincangkan antara JPA dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak.

Antara cabaran utama Perkhidmatan Awam negeri Sarawak adalah seperti infrastruktur asas, pendidikan, jurang digital, budaya kerja dan peningkatan ekspektasi rakyat, dan perkongsian mengenai amalan terbaik khususnya Transformasi di Sektor Awam yang mendukung Program Transformasi Kerajaan. Isu utama yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah mengenai empowerment secara pentadbiran kepada kerajaan negeri Sarawak.

PROGRAM ZIARAH WIDOW & ORPHANS

PENSIONS ORDINANCE (WOPF) KE KEDIAMAN

PUAN SA’DIAH AHMAD DI KAMPUNG ASSYAKIRIN,

BINTULU, SARAWAK

Sewaktu berada di Bintulu, Sarawak, Tan Sri KPPA mengambil kesempatan untuk menziarahi Puan Sa’adiah binti Ahmad, Balu penerima pencen kepada Gemulah Encik Mat bin Mamoh di Kampung Assyakirin, Bintulu, Sarawak pada 25 Oktober 2015. Beliau yang merupakan penerima persaraan Kumpulan Wang Balu dan Anak Yatim Sabah dan Sarawak (KWPBAYS) kini menetap di rumah anak perempuan beliau. Gemulah suami sebelum ini bekerja di Jabatan Laut Sarawak sebagai pemandu enjin.

Program Ziarah WOPF anjuran JPA ini bermatlamat untuk meningkatkan hubungan antara JPA dengan balu-balu dan anak yatim yang menerima pencen ini. Ia juga bertujuan untuk mengenang jasa dan bakti mereka terhadap Perkhidmatan Awam.

“How would your life be different if… You stopped making negative judgmental assumptions

about people you encounter? Let today be the day… You look for the good in everyone you meet

and respect their journey.” ― Steve Maraboli, Life, the Truth, and Being Free

Kunjungan Tan Sri KPPA bersama-sama para Pengurusan Tertinggi JPA yang lain menunjukkan inisiatif dan keprihatinan JPA dalam memastikan soal kebajikan warga pesara Kerajaan sentiasa terjaga dan dipelihara.

4

Pada 19 Oktober 2015, telah berlangsung Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Imperial, Kuching, Sarawak.

Penganjuran majlis seumpama ini yang melibatkan kolaborasi strategik pelbagai pihak juga adalah selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yang giat kita laksanakan melalui berbagai-bagai inisiatif bitara di peringkat Kerajaan Persekutuan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dan ilmu baharu kepada para penjawat awam, tetapi juga turut mengeratkan lagi perhubungan mesra dalam kalangan penjawat awam khususnya di Negeri Sarawak.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dalam ucapan perasmian beliau menggesa penjawat awam memecah tembok konvensional yang melingkari paradigma dan seterusnya berfikir di luar kelaziman (thinking out the box) dan berinovasi. Kerajaan sangat menggalakkan penghasilan perkhidmatan dan produk berinovatif dengan mewujudkan repositori ilmu yang interaktif, menyediakan platform untuk menyalurkan idea serta memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai pengurusan inovasi terkini.

Di penghujung ucapan beliau, Tan Sri KPPA berharap semangat inovasi yang ditunjukkan melalui program-program seperti Konvensyen KIK, Seminar Inovasi, Pertandingan Inno-Race dan aktiviti berbasikal malam, tetap diteruskan agar memberi kesan positif serta memberi inspirasi kepada setiap penjawat awam lantas memantulkan impaknya ke arah menzahirkan sebuah perkhidmatan yang inovatif, produktif dan berpaksikan rakyat.

MAJLIS PERASMIAN MINGGU INOVASI PERKHIDMATAN AWAM

PERINGKAT NEGERI SARAWAK

UCAPTAMA PERASMIAN KURSUS 'SAYA MENURUT PERINTAH'

Pada 21 Oktober 2015, berlangsung Kursus ‘Saya Menurut Perintah’ yang merupakan anjuran bersama Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang telah dijemput untuk memberikan ucaptama kursus mengajak para peserta kursus untuk merenung kembali frasa “SYMP” yang merupakan Raison D’etre kepada kita sebagai penjawat awam. Tan Sri KPPA menjelaskan lagi bahawa Kerajaan tidak mengharapkan ketaatan yang membuta tuli sehingga penjawat awam bekerja tanpa berfikir, dan jika prinsip ini disalahfahami, kreativiti dan inovasi di kalangan penjawat awam akan terbantut.

Secara khusus lagi, menurut Tan Sri KPPA, dalam konteks perkhidmatan perundangan, pegawai undang-undang perlu sentiasa melaksanakan tugas-tugas masing-masing dalam nilai-nilai kebersamaan dengan Kerajaan, berkeupayaan menterjemahkan dasar-dasar Kerajaan ke dalam gerak kerja perundangan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat di bawah frasa ‘Kedaulatan Undang-Undang’ seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.

Tan Sri KPPA mengakhiri ucaptama beliau dengan mengingatkan semua pegawai untuk mengikuti semua Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam khususnya yang berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib tanpa sebarang pengecualian.

5

MAJLIS PENYAMPAIAN

SURAT PEMANGKUAN GRED M44

Pada 28 Oktober 2015, telah diadakan Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Dan Penyampaian Surat Penempatan Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Auditorium JPA.

Majlis tersebut adalah untuk meraikan seramai 503 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 ke Gred M44.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah berbesar hati untuk menyampaikan surat penempatan dan amanat kepada pegawai-pegawai berkenaan.

Dalam amanat beliau, Tan Sri KPPA mengingatkan pegawai-pegawai muda supaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Pegawai-pegawai muda juga harus bijak menggunakan media sosial dan tidak mudah menyebarkan sesuatu perkara yang tidak benar. Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Jalil Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Dato’ Dr. Ahmad Jailani Mohamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Dato’ Mohtar Mohd Abd. Rahman, Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Dato’ Wan Ahmad Dahlan Haji Abd Aziz, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT PEMANGKUAN PTM

Pada 28 Oktober 2015, telah diadakan Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Penyampaian Surat Penempatan Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Latihan Vokasional (PLV) Gred J54 dan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F44 di Dewan Mezzanine, JPA.

Majlis tersebut adalah untuk meraikan seramai enam orang PLV Gred J52 ke Gred J54 dan 170 orang PTM Gred F41 ke Gred F44. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menyampaikan surat penempatan dan amanat kepada pegawai-pegawai berkenaan. Dalam amanat beliau, Tan Sri KPPA menekankan akan kepentingan meningkatkan ‘soft skills’ bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dilakukan dengan berkesan. Di samping itu, pegawai seharusnya berkomunikasi dengan baik dan betul menggunakan media sosial. Pegawai juga dipesan agar memantau penjawat awam yang menyalahguna media sosial untuk melakukan perkara yang menyalahi peraturan Penjawat Awam yang berkaitan.

Majlis ini juga turut dihadiri Dato’ Dr. Ahmad Jailani Mohamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Dato’ Mohtar Mohd Abd. Rahman, Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Dato’ Wan Ahmad Dahlan Hj Abd Aziz, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.

“Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas

perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”. — Imam Ali

6

MAJLIS APRESIASI BERSAMA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Pada 21 Oktober 2015, telah berlangsung Majlis Apresiasi Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Mezzanine, JPA.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dalam amanat beliau mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua warga JPA yang terlibat dalam penganjuran program-program JPA yang berimpak tinggi. Penglibatan tinggi dan komitmen warga JPA menunjukkan usaha transformasi yang dijalankan di JPA berjaya melahirkan penjawat awam yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan.

Tan Sri KPPA tidak lupa berpesan kepada warga JPA agar kekal bersemangat, proaktif dan berkomitmen jitu bagi meneruskan kecemerlangan JPA.

PROGRAM JPA4U SIHAT

Pada 29 Oktober 2015, telah berlangsung Program JPA4U Sihat di Lobi C1, JPA. Pengisian program yang berlangsung satu hari ini termasuklah Kempen Derma Darah yang dikendalikan oleh Pusat Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan 2015 yang dikendalikan Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.

Seramai 84 warga JPA telah menderma darah dalam program yang dianjurkan ini. Antara manfaat menderma darah adalah ia melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif. Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang tidak merokok. Apa yang menarik, kajian itu turut mendedahkan, rutin menderma darah setiap enam bulan boleh mengurangkan serangan jantung dan strok kepada golongan peserta kajian itu yang berusia antara 43 hingga 61 tahun.

JPA tidak terlepas daripada menganjurkan program seumpama ini saban tahun untuk melaksanakan tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan bekalan darah. Syabas JPA!

7

LAWATAN INSTITUSI AUDIT AFGHANISTAN

KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Pada 28 Oktober 2015, JPA telah menerima lawatan daripada Institusi Audit Afghanistan.

Delegasi antarabangsa seramai 12 orang datang ke JPA untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan JPA dalam Jawatankuasa Laporan Ketua Audit Negara, selain isu-isu perkhidmatan umum yang lain.

Delegasi yang tiba telah dibawa ke Lobi Transformasi JPA di C1 untuk melihat Lobi, sebelum dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama, Aras 9 untuk mendengar taklimat korporat daripada Komunikasi Korporat JPA.

Seterusnya, pegawai dari Bahagian Perkhidmatan membentangkan mengenai proses yang terlibat dalam mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara, dan disusuli dengan sesi soal-jawab.

Para delegasi kemudiannya dibawa ke Kaunter 1SERVE di Blok C2, JPA untuk melihat transformasi terbaharu yang dipelopori JPA. Secara keseluruhannya, para delegasi menyatakan rasa puas hati dan syabas terhadap penyampaian perkhidmatan JPA.

LAWATAN PUSPANITA JPA KE KOMPLEKS KRAF MALAYSIA

SEMPENA PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2015

29 Oktober 2015 (Khamis) - Puspanita JPA telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur sempena dengan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2015 sebagai tanda sokongan kepada usaha Kompleks Kraf Malaysia dalam membawa karya usahawan tempatan dalam bidang seni hiasan dalaman dan seni taman ke peringkat kebangsaan.

Sepanjang lawatan ini dapat dilihat kreativiti karyawan tempatan dalam menghasilkan produk seni hiasan dalaman dan seni taman yang kreatif dan inovatif serta telah ditransformasikan. Sebagai contoh, perabot pelbagai guna yang dipamerkan bukan sahaja boleh dijadikan sebagai meja dan tempat duduk, malah boleh ditukar kepada katil bayi dan buaian. Pelbagai tanaman kacukan yang menghasilkan baka dan buah yang hebat juga terdapat di sini.

Di samping itu, Pengerusi Puspanita JPA, Puan Sri Asmahan Ismail sempat ditemu bual oleh wartawan TV9 dan beliau telah menzahirkan kegembiraan beliau kerana dapat menyertai lawatan yang begitu bermakna ini. Selain memberikan pandangan mengenai usaha Kompleks Kraf Malaysia dalam melaksanakan promosi hiasan dalaman dan seni taman ini, beliau juga sempat mengajak pencinta seni hiasan dalaman dan seni taman untuk sama-sama datang ke Kompleks Kraf Malaysia untuk menyaksikan sendiri keistimewaan program ini.

Di akhir lawatan, pihak Puspanita JPA saling bertukar cenderamata dengan pihak Kompleks Kraf Malaysia sebagai tanda penghargaan dan simbolik hubungan jalinan baik antara mereka. Di harap aktiviti sebegini dapat terus dikekalkan dan diadakan lagi pada masa akan datang.

8

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Komunikasi Korporat | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA

Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000