muka oktober 2008 - connecting repositories · 2018. 4. 10. · muka 26 • utusan malaysia sabtu...

2
SABTU 18 OKTOBER 2008 MUKA 26 UTUSAN MALAYSIA AL-Quran berusia 400 tahun dan dipercayai tertua di Asia Tenggara dijangka menjadi tumpuan pengunjung pada pameran dan lelongan amal World Heritage Legacy 2008 di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, minggu depan. - Gambar HARUN OSMAN KENDI dan labu air yang unik ini merupakan koleksi peminat yang turut dipamerkan. Lelongan bantu pelajar

Upload: others

Post on 02-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SABTU 18 OKTOBER 2008MUKA 26 • UTUSAN MALAYSIA

    AL-Quran berusia 400 tahun dan dipercayai tertua di Asia Tenggara dijangka menjaditumpuan pengunjung pada pameran dan lelongan amal World Heritage Legacy 2008 diMuzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, minggu depan.

    - Gambar HARUN OSMANKENDI dan labu air yang unik ini merupakan koleksi peminat yang turutdipamerkan.

    Lelongan bantu pelajar

  • Oleh SITI KHAIRULNISAHMOHAMMED BAJURI

    SERDANG 17 Okt. - Barangan lamaatau antik bukan sahaja unik tetapi iamencerminkan kebijaksanaan orang da~hulu dalam mencipta pelbagai baranganuntuk keperluan mereka.

    Apa yang menarik ialah barangan itubukan sahaja dicipta untuk berfungsi bagikegunaan mereka tetapi juga dihasilkandengan cantik dan berkualiti.

    Sebab itu, banyak barangan lama sepertipinggan mangkuk, senjata dan radio tahanlama dan ada yang boleh digunakan se-hingga ke hari ini.

    Biarpun kelihatan usang dimamah usia,barangan antik mempunyai daya tarikantersendiri serta menjadi kegilaan ramaiorang bukan sahaja di negara ini malah diseluruh dunia.

    Dewasa ini, bilangan peminat baranganantik semakin bertambah kerana ramaiyang menjadikan kegiatan mengumpul ba-rangan berkenaan sebagai hobi.

    Jika anda salah seorang daripada mere-ka, anda dijemput ke pameran dan lelo-

    ngan amal barangan antik terbesar dibuatdi Malaysia yang dinamakan World Heri-tage Legacy 2008'.

    Acara itu diusahakan oleh 25 rilahasiswaSarjana Komunikasi Lanjutan UniversitiPutra Malaysia (UPM) dengan kerjasamaHeritage Auction House.

    Pameran di Muzium Sultan Alam Shah,Shah Alam yang akan dirasrriikan olehMenteri Pelancongan, Datuk Azalina Oth-man Said itu bakal menempatkan kira-kira400 barangan antik dari seluruh dunia.

    Penyelia pameran dan juga pensyarahJabatan Komunikasi, Dr. MuhammadPauzi Abdul Latif berkata, idea untuk me-ngadakan pameran itu timbul setelah kum-pulan pelajar berkenaan diberikan tugasanuntuk melengkapkan kursus mereka.

    "Matlamat utama lelongan itu adalahuntuk mengisi Tabung Kebajikan PelajarUPM bagi membantu pelajar yang mem-punyai masalah kewangan untuk memba-yar yuran pengajian," katanya ketika dite-mui di sini.

    Beliau berkata, dalam pameran itu nan-ti, orang ramai berpeluang melihat pelba-gai barangan yang bukan sahaja mempu-nyai nilai sejarah tetapi juga nilai komer-

    sial yang tinggi.Antara tarikan utama pengunjung ke

    pameran itu adalah senaskhah al-Quranberiluminasi berusia 400 tahun yang di-sahkan oleh pihak Perpustakaan Britishsebagai yang tertua di Asia Tenggara.

    "Keaslian naskhah al-Quran tersebut di-sahkan setelah diselidik oleh pihak Perpus-takaan British yang berpengalaman luasdalam bidang tersebut," katanya.

    Jelasnya, walaupun naskhah itu tidakdijual, orang ramai tidak sepatutnya mele-paskan peluang itu untuk melihat sendirial-Quran itu dengan lebih dekat kerana iatidak pernah dipamerkan di mana-manamuzium sebelum ini.

    "Selain naskhah al-Quran itu, beberapabarang lain akan turut dipamerkan untuktontonan orang ramai seperti Kiswah iaitukain yang menutupi Kaabah dan keris uta-ma Perabu Demak dari Indonesia yangberusia lebih daripada 1,000 tahun.

    Bahkan, katanya, mesin jahit jenama Singeryang sudah berusia 129 tahun, kain cindaiyang sudah berusia 500 tahun, perhiasanwanita seperti intan clan delima yang mence-cah usia 100 tahun juga akan dipamerkan.

    Muhammad Pauzi menambah, radio po-lyphone dari Jerman yang merupakan an-tara radio terawal dicipta turut dipamer-kan pada pameran itu nanti.

    "Kel:>anyakanbarangan yang akan dipamer-kan di muzium itu sudah mencecah ratusantahun clan mempunyai sejarahnya yang ter-sendiri," katanya ketika ditemui di FakultiBahasa Moden clan Komunikasi UPM.

    Beliau memberitahu, program itu akandibahagikan kepada dua sesi iaitu pameranpada 24 dan 25 Oktober manakala acaralelongan akan diadakan pada 26 Oktober.

    Katanya, pameran dari pukul 9.30 pagihingga 5 petang akan diadakan di DewanPameran Daeng Menambu manakala lelo-ngan pada 26 Oktober akan dimulakanpada 2 petang di Dewan Raja Lumu Mu-zium Sultan Alam Shah.

    Acara lelongan itu akan dikendalikan oleh

    POLYPHONE dari Jerman yangmerupakan antara radio terawal dicipta.

    jurulelong profesional dari Heritage AuctionHouse, Radzuan Jamaluddin yang juga me-nyumbangkan sebahagian koleksi antiknyauntuk dilelong pada acara tersebut.

    Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa Mo-den Dan Komunikasi UPM, Profesor MadyaDr. Che Ibrahim Salleh yakin pencinta sertapenggemar barangan antik tidak akan mele-paskan peluang untuk melihat sendiripameran barangan antik itu nanti.

    "Saya juga berharap nilai sejarah yangada pada barangan yang akan dipamerkanitu nanti dapat meniup sentimen nasiona-lisme di kalangan pengunjung yang hadir.

    "Kadangkala nilai sejarah sesuatu seja-rah itu juga berkait rapat dengan hatinurani bangsa dan seharusnya rakyat Ma-laysia berbangga dengan barangan yangdicipta oleh nenek moyang mereka padazaman dahulu," jelasnya.

    Program pameran dan lelongan amalbarangan antik itu dibuka kepada orangramai secara percuma. Maklumat lanjutboleh diperoleh dengan melayari lamanweb www.fbmk.upm.edu.my.