sekolah menengah kebangsaan iskandar · pdf fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami...

34
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000 JASIN, MELAKA. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TINGKATAN 6 ATAS (2011) “ISU KEGIATAN PONTENG KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR DI SMK ISKANDAR SHAH” NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD ZULHIELMIE BIN ISHAK KHAIRUL KHAZUAN BIN KASIM NIRMANI A/P GOBAL SERVAI AINUR ASHIKIN BT ZAINUL ABIDIN GURU PENASIHAT: PN. BADARIAH BTE JANTAN

Upload: danglien

Post on 24-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000

JASIN, MELAKA.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

TINGKATAN 6 ATAS (2011)

“ISU KEGIATAN PONTENG KOKURIKULUM DALAM

KALANGAN PELAJAR DI SMK ISKANDAR SHAH”

NAMA AHLI KUMPULAN:

� MUHAMMAD ZULHIELMIE BIN ISHAK

� KHAIRUL KHAZUAN BIN KASIM

� NIRMANI A/P GOBAL SERVAI

� AINUR ASHIKIN BT ZAINUL ABIDIN

GURU PENASIHAT:

� PN. BADARIAH BTE JANTAN

Page 2: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 1

Abstrak 2

Pengenalan 3

Objektif Kajian 4

Tujuan Kajian 4

Skop Kajian 4

Persoalan Kajian 5-6

Batasan Kajian 7

Hasil Kajian 8-14

i. Punca-punca pelajar ponteng kokurikulum

ii. Cara-cara mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum

iii. Kesan-kesan kegiatan ponteng kokurikulum

Kesimpulan 15-16

Lampiran 1 17

Lampiran 2 18-19

Lampiran 3 20-30

Saranan Kajian 31

Bibliografi 32

i

Page 3: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,bersyukurkita ke hadrat Allah s.w.t kerana akhirnya kamidapat menyiapkan

tugas kami iaitu penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagaikajian untuk murid tingkatan 6 atas

(2011) dalam jangka masa yang ditetapkan.Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

ribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral

danbantuan kewangan bagi membolehkan kami melaksanakan tugasan ini.

Kamijuga mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanantingkatan 6 iaitu Encik

Jalaludin bin Ahmad dan juga kepada guru penasihat kajian kami iaituPuan Badariah bte Jantan yang

telah memberi tunjuk ajar kepada kami untuk mendapatkanmaklumat dan menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada pengetua sekolah iaitu Encik Zolkaply bin Yunuskerana telah

menyediakan bahan-bahan rujukan seperti buku-bukuilmiah,jurnal dan memberi kebenaran untuk

menggunakan perkhidmatan internet di PusatSumber Sekolah.

Kami juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada rakan kelaskami yang memberi

sokongan moral dan idea untuk menyiapkan kajian ini.Akhir sekali kami juga menyampaikan setinggi-

tinggi penghargaan kepadapihak Majlis PeperiksaanMalaysia kerana memberi peluang untuk

menjalankan penyelidikanbagi mendapatkan maklumat untuk hasil kajian kami.

1

Page 4: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

ABSTRAK

Gejala ponteng aktiviti kokurikulum memberikan kesan negative secara langsung

kepadapelajar, sekolah dan masyarakat umumnya. Sekiranya seseorang pelajar ponteng kokurikulum,

mereka akan rugi dari segi akademik dan markah merit kokurikulum kerana tidak dapat mengikuti

pengajaran dan aktiviti kokurikulum di bilik darjah dan di luar bilik darjah. Imej sekolah juga akan

terjejas dari segi pencapaian dalam keputusan akademik dan kokurikulum disebabkan masalah ini.

Manakala masyarakat pula akan berhadapan dengan pelbagai masalah social seperti berjudi, merokok,

mengambil dadah, melepak dan sebagainya yang akan memberikan bebanan kepada masyarakat.

Tujuan kajian kes ini adalah untuk melihat fenomena ponteng kokurikulum dalam kalangan

pelajar di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000, JASIN MELAKA.

Subjek kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 6 yang segelintir dari mereka sering

melakukan keguatan ponteng aktiviti kokurikulum.Melalui kajian ini, kami mengkaji punca-punca dari

segi individu, keluarga, sekolah dan persekitaran di samping mengkaji arah aliran ponteng kegiatan

kokurikulum di SMK ISKANDAR SHAH. Kami berharap agar hasil kajian ini dapat digunakan

sebagai panduan dan rujukan oleh pihak sekolah, ibubapa, Jabatan Pendidikan dan mana-mana

individu yang berminat untuk mengkaji isu ini dalam membanteras gejala kegiatan ponteng

kokurikulum.

2

Page 5: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

PENGENALAN

Ponteng berlaku di semua peringkat sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah

dan peringkat universiti. Ponteng kokurikulum merupakan perlakuan yang menyalahiperaturan sekolah,

jika pelajar dibiarkan dengan ponteng kokurikulum, hal ini boleh menyebabkan menjadi satu amalan

atau tabiat dan ianya boleh membawa kepada kesan negative terhadap diri pelajar sendiri dan

jugasekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkanseseorang pelajar hilang sifat

bertanggungjawab dan akan melibatkan diri dengankegiatan-kegiatan negatif.

Aktiviti kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang

terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilikdarjah dan diluar bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang

kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

nilai–nilai yang telah dipelajarinya. Gerak kerja kokurikulum ini dikelompokkan kepada tiga

kumpulan iaitu unit badan beruniform, persatuan/kelab, dan sukan/permainan.

3

Page 6: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

OBJEKTIF KAJIAN

• Mengenal pasti punca berlakunya kegiatan ponteng kokurikulum di sekolah.

• Mengkaji cara-cara untuk mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum di sekolah

• Menyedarkan para pelajar tentang kepentingan mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah.

• Mengenal pasti kesan yang berlaku apabila terjebak dengan kegiatan ponteng kokurikulum

TUJUAN KAJIAN

Kami melakukan kajian ini untuk mengenal pasti punca-punca para pelajar melakukankegiatan

ponteng kokurikulum, kesan-kesan yang berlaku, dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Selain itu,

kajian ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar supaya tidak terlibat dengan

kegiatan yang tidak berfaedah ini.

SKOP KAJIAN

Skop kajian kami tertumpu kepada para pelajar di SMK Iskandar Shah, Jasin dari pelajar

tingkatan satu hingga enam.Responden kami terdiri daripada 135 orang pelajar iaitu 58 orang pelajar

lelaki dan 77 orang pelajar perempuan.

4

Page 7: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan yang diajukan berdasarkan kajian kami iaitu isu ponteng kokurikulum yang

mempengaruhi pelajar di SMKIskandar Shah.Hal ini berlaku kerana pelbagai faktor yang

mempengaruhi seperti faktor keluarga,faktor persekolahan dan faktor persekitaran.

Darisegi faktor individu ianya berlaku disebabkan oleh pelajar itu sendiri seperti mempunyai

motivasi yang rendah, mempunyai sikap yang negatif terhadap kokurikulum, tidak memberikan

perhatian tentang aktiviti kokurikulum dan tidak mengambil tahu atau bahagian dalam aktiviti

kokurikulum.

Dari segi faktor keluarga yang telah berlaku beberapa persoalan ialah factor keluarga

yang tidak mengambil berat tentang prestasi akademik dan aktiviti kokurikulum anak-anak

mereka. Selain itu, terdapat faktor sosio-ekonomi, dimana anak-anak sepatutnya menghadiri

aktiviti kokurikulum tetapi terpaksa membantu ibu bapa mereka bagi tujuan menyara keluarga.

Kesan-kesan emosi juga boleh menyebabkan ponteng boleh berlaku seperti keluarga yang porak

peranda menyebabkan anak-anak menjadi risau dan tidak tenteram dan tidak mahu hadir sekolah

untuk menjalankan aktiviti disekolah seperti aktiviti kokurikulum.

Faktor keadaan disekolah memainkan peranan yang penting dalam isu ponteng

kokurikulum ini berlaku. Faktor persekolahan yang kurang memberangsangkan adalah penyebab

kepada pelajar ponteng dalam kegiatan aktiviti kokurikulum. Contohnya, sekolah yang

mempunyai peraturan yang terlalu ketat menyebabkan pelajar berasa takut untuk hadir ke

sekolah. Tambahan lagi, hubungan diantara murid dan guru yang kurang mesra, kurang tenaga

pengajar yang mempunyai kemahiran dan lain-lain mengenai aktiviti kokurikulum yang

menyebabkan pelajar ponteng.

5

Page 8: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Selain itu, keadaan persekitaran seperti rakan sebaya juga boleh mempengaruhi ponteng

ini berlaku. Masalah seperti pengangkutan juga mempengaruhi ponteng ini berlaku kerana

kebanyakkan pelajar tinggal berjauhan dengan kawasan sekolah. Pelajar perlu pulang kerumah

dengan lebih awal kerana mereka tiada pengangkutan untuk pulang ke rumah.

6

Page 9: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

BATASAN KAJIAN

Semasa kajian dijalankan, terdapat pelbagai halangan yang membataskan pelaksanaan

kajian kami.Antara halangan yang terpaksa kami hadapi adalah apabila mengedarkan borang soal

selidik yang perlu dipenuhi oleh responden.Terdapat responden yang tidak memberikan kerjasama

ketika kami melakukan soal selidik di sekitar Bandar Jasin. Hal ini mempengaruhi masa untuk

pelaksanaan kajian kami. Selain itu, tempoh yang diberikan adalah selama 5 bulan menyebabkan kami

mencuba sedaya upayat memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk.menyiapkan kajian ini.

Kekurangan ahli kumpulan juga merupakan salah satu sebab yang menjadi batasan kajian kami.

7

Page 10: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

HASIL KAJIAN

Punca-punca pelajar ponteng kokurikulum.

Dalam kajian kami,terdapat beberapa faktor atau punca yang menyebabkan pelajar diS.M.K.

Iskandar Shah terlibat dalam gejala ponteng kokurikulum. Kami mendapati bahawa kegiatan

ponteng kokurikulum ini di pengaruhi dalam faktor individu dan keluarga. Ini merupakan

pendapat yang sama yang didapati melalui soalselidik kepada pelajar. Dengan ini faktor individu

dan keluarga merupakan faktor menyebabkan pelajar ponteng kokurikulum berdasarkan kajian

kami di S.M.K. Iskandar Shah ialah faktor individu iaitu pelajar menganggap aktiviti

kokurikulum ini tidak penting bagi dirinya sendiri. Buktinya, pada lampiran 3 di bahagian (b)

seramai 123 orang pelajar mengakui atau bersetuju termasuk pelajar tingkatan 6 bahawa aktiviti

kokurikulum ini tidak penting bagi mereka.

Hal ini berlaku disebabkan kebanyakkan pelajar di S.M.K. Iskandar Shah tidak

sukamengikuti aktiviti kokurikulum ini kerana aktiviti yang dijalankan oleh pelajar itu sendiri

yang kurang menarik. Guru merupakan pembimbing terhadap anak-anak muridnya untuk

menjayakan aktiviti yang dirancangkan. Jika aktiviti yang dirancang menarik maka mereka akan

berasa seronok. Contohnya mengadakan aktiviti menarik seperti kuiz, kawad kaki, dan

mengadakan perlawanan aktiviti sukan.Selain itu, faktor keluarga juga menyebabkan pelajar di

SMK Iskandar Shah ponteng kokurikulum. Masalah ini mencatatkan seramai 110 orang pelajar

yang tidak dipedulikan oleh ibu bapa mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum dalam kajian

kami. Buktinya boleh dilihat pada lampiran 3 di bahagian b.

8

Page 11: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Hal ini dikaitkan kerana terdapat segelintir ibu bapa tidak memperdulikan anak-anak

mereka sama ada menyertai aktiviti kokurikulum ataupun tidak. Ibu bapa mereka hanya

mementingkan pencapaian akademik berbanding kokurikulum.

Punca-punca lain pelajar ponteng mengikut kajian:

Bil PUNCA-PUNCA 5 4 3 2 1

1 Pelajar tidak suka pulang lambat kerumah. 18 9 23 34 51

2 Pelajar berasa penat ketika menyertai aktiviti

kokurikulum.

11 29 26 37 32

3 Pelajar tidak suka menyertai aktiviti lasak. 55 26 32 12 10

4 Pelajar tidak suka aktiviti kokurikulum. 29 34 45 18 9

5 Pelajar malas menyertai aktiviti kokurikulum 20 28 44 19 14

6 Guru penasihat sentiasa marah-marah 50 43 27 9 6

7 Masalah pengangkutan 44 38 19 10 24

8 Pengaruh rakan mengajak ponteng kokurikulum. 54 29 27 14 11

9 Pelajar menganggap aktiviti kokurikulum membuang

masa

47 36 38 12 2

9

Page 12: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Carta pai di atas menunjukkan peratus factor-faktor berlakunya kegiatan ponteng kokurikulum di SMK

Iskandar Shah.Kegiatan ponteng kokurikulum berlaku berpunca daripada individu adalah sebanyak

61%.Bagi masalah yang berpunca daripada keluarga adalah sebanyak 11% manakala bagi punca lain-

lain adalah sebanyak 28%.

10

61%11%

28%

CARTA PAI MENUNJUKKAN FAKTOR

BERLAKUNYA KEGIATAN PONTENG

KOKURIKULUM DI SMK ISKANDAR SHAH

INDIVIDU

KELUARGA

LAIN-LAIN

Page 13: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Cara-cara mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di S.M.K Iskandar Shah, masalah ponteng kokurikulum ini

kerap berlaku disebabkan sikap pelajar yang tidak mengendahkan langsung aktiviti kokurikulum ini.

Bagi mengatasi masalah ponteng ini dari terus berlaku, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil

untuk mengelakkan pelajar ponteng aktiviti kokurikulum. Antara langkah paling sesuai yang perlu

dijalankan adalah :

1. Menguatkuasakan peraturan sekolah berkaitan dengan kokurikulum.

• Penguatkuasaan peraturan sekolah berkaitan dengan kokurikulum perlu dijalankan

kerana kokurikulum adalah bidang yang penting untuk melanjutkan pelajaran ke

Universiti. Contohnya, pelajar yang terlibat dengan kegiatan ponteng kokurikulum ini

perlu diberi hukuman yang sesuai seperti membersihkan kawasan persekitaran

sekolah. Sekiranya langkah ini berhasil, ini boleh menimbulkan perasaan takut dalam

kalangan pelajar untuk ponteng kokurikulum.

2. Pihak Kaunseling perlu mengadakan program motivasi terhadap pelajar yang ponteng.

• Pihak kaunseling merupakan badan yang amat penting disekolah untuk memberi

khidmat kaunseling atau motivasi dan tunjuk ajar terhadap yang melakukan

kesalahan seperti ponteng sekolah dan ponteng kokurikulum. Pemberian kaunseling

yang berkesan terhadap pelajar yang bermasalah boleh meningkatkan daya pemikiran

mereka tentang pentingnya aktiviti kokurikulum terhadap mereka.

11

Page 14: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

3. Peranan ibu bapa memberikan galakan supaya anak-anak mereka melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum.

• Peranan Ibu bapa adalah penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap

anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah mengetahui pergerakan anak-anak mereka

supaya tidak terlibat dalam gejala ponteng. Selain itu, ibu bapa juga perlu

meluangkan masa dengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan tentang

akademik dan kokurikulum anak-anak mereka.

4. Persatuan PIBG perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah ponteng kokurikulum ini.

• Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting

untuk mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng kokurikulum. Mereka

perlulah membuat perjumpaan yang lebih kerap diantara ibu bapa, pelajar dan guru

untuk membincangkan tentang prestasi anak-anak mereka dari segi akademik

mahupun aktiviti kokurikulum.

5. Peranan masyarakat yang bekerjasama dapat mengatasi masalah ponteng kokurikulum ini.

• Masyarakat adalah orang yang selalu melihat gejala ponteng kokurikulum ini

berlakudalam kalangan pelajar di kawasan-kawasan tertentu. Contohnya di kawasan

pusat membelibelah, kedai komputer dan rumah-rumah kosong. Sekiranya,

masyarakat melihat gejala ponteng kokurikulum ini berlaku dimana-mana tempat,

mereka perlulah bersikap prihatin supaya melaporkan kejadian ponteng kokurikulum

ini kepada pihak sekolah.

12

Page 15: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Kesan-kesan kegiatan ponteng kokurikulum

Ponteng kokurikulum sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada

pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan negatif

yang timbul ialah seperti berikut:

1. Pembaziran masa dan tenaga

• Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng kokurikulum adalah merugikan masa mereka

sendiri. Masa yang dibazirkan tidak akan dipulangkan ataupun dikembalikan. Jika mereka

dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng aktiviti kokurikulum

dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan

kejayaanya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi akan datang.

2. Masyarakat memandang serong terhadap pelajar

• Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah kepada mereka

yangterlibat dengan ponteng dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan

maruah keluarga. Sebagai contoh,apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar sedang

ponteng sekolah ataupun kokurikulum, satu-satunya tanggapan mereka terhadap pelajar

tersebut adalah mereka ponteng. Masyarakat juga akan menyalahkan ibu bapa dan guru

mereka kerana merekatidakdapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan

tanggungjawab mereka sebagai penjaga dan pendidik.

13

Page 16: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

3. Masa Depan tidak terjamin

• Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akan

ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar

ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dipercayai oleh masyarakat dan negara.

negara juga bakal menghadapi kekurangan bakal peneraju yang berwawasan pada

masa akan datang.

4. Menjejaskan markah kokurikulum kepada pelajar

• Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng kokurikulum

ini namun, masalah ponteng kokurikulum ini terus berlaku dalam kalangan pelajar.

Risiko yang perlu ditanggung oleh pelajar disebabkan gejala ponteng kokurikulum

lebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar. Kedatanagn amat penting untuk

memperoleh markah yang baik dalam kegiatan kokurikulum. Lazimnya para pelajar

yang kerap ponteng dalam aktiviti kokurikulum dengan sendirinya turut menjejaskan

rekod kehadiran kokurikulumnya. Markah penuh hanya boleh diberi untuk kehadiran

manakala aktiviti yang lain tidak akan mendapat markah penuh kecuali mereka

terlibat dengan pertandingan antarabangsa dan mencapai johan dalam keseluruhan

sukan dan permainan. Hal ini boleh dirujuk pada lampiran 1. Kesannya lebih

merunsingkan sekiranya kehadiran pelajar terbabit tidak memuaskan, pemarkahan

kokurikulum mereka akan berkurangan dan tidak layak untuk meneruskan pelajaran

ke universiti.

14

Page 17: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Kesimpulan

Banyak faedah yang diperoleh jika seseorang pelajar itu melibatkan diri dalamkegiatan

kokurikulum. Namun begitu,banyak pelajar yang tidak berminat untuk melibatkan diridalam

kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalahmembuang

masa dan boleh dikatakan kebanyakan ibu bapa tidak rasa bersalah jika anak-anakmereka

ponteng aktiviti kokurikulum. Para pelajar akan memanfaatkan waktu senggang merekadengan

berfaedah jika melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dengan menyertai

kegiatankokurikulum, sikap berdisiplin juga dapat ditanam dalam diri pelajar-pelajar sekolah.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru. Hal ini

semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalamkalangan pelajar.

Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah Negara yang amandamai,supaya rusuhan

kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Lebih penting lagi, para pelajardapat meluaskan ilmu

pengetahuan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seorang pelajar dapat menyihatkan badan

dan mencerdaskan otak serta dapat membina keyakinan diri dalam mengharungikehidupan dan

ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan berlaku gejala sosial yangmelibatkan pelajar

kerana masa lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

15

Page 18: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Ponteng aktiviti kokurikulum.

Ponteng diluar kawasan sekolah.

16

Page 19: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

LAMPIRAN 1

PANDUAN PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM.

ASPEK PENILAIAN

Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid/pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai

adalah berdasarkan kepada empat aspek yang memperuntukkan markah seperti berikut:

ASPEK PENILAIAN PERATUS MARKAH

Kehadiran 50

Jawatan disandang 10

Penglibatan 20

Pencapaian 20

JUMLAH 100

17

Page 20: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

LAMPIRAN 2

Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Seni bela diri:

JAWATAN MARKAH

Pengerusi/ Presiden/ Kapten Pasukan/ Ketua Pasukan sukan/

Permainan/ Ketua rumah

10

Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi 8

Setiausaha/ Bendahari 7

Penolong Setiausaha/ Penolong Bendahari 6

Ahli Jawatankuasa 5

Ahli Aktif 4

Ahli Biasa 1

Markah aspek penglibatan(20%):

PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH

Sekolah 8

Zon/ Daerah/ Bahagian 11

Negeri 14

Kebangsaan 17

Antarabangsa 20

18

Page 21: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Markah Aspek Pencapaian (20%)

PERINGKAT PERTANDINGAN MARKAH

Johan Naib johan Ketiga

Sekolah 8 7 6

Zon/ Daerah/ Bahagian 11 10 9

Negeri 14 13 12

Kebangsaan 17 16 15

Antarabangsa 20 19 18

19

Page 22: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

LAMPIRAN 3

ANALISIS DATA

Bahagian A

1) JUMLAH PELAJAR YANG DISOAL SELIDIK :

TINGKATAN PELAJAR(ORANG)

1 0

2 29

3 30

4 28

5 14

6 34

20

0

5

10

15

20

25

30

35

40

TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 TINGKATAN 6

JUMLAH PELAJAR

JUMLAH PELAJAR

Page 23: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

2)MENGIKUT JANTINA:

JANTINA PELAJAR (ORANG)

PEREMPUAN 77

LELAKI 58

JUMLAH 135

21

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

LELAKI PEREMPUAN

JANTINA

JANTINA

Page 24: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

3) MENGIKUT KETURUNAN:

KETURUNAN PELAJAR (ORANG)

MELAYU 82

CINA 22

INDIA 31

JUMLAH 135

22

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

MELAYU CINA INDIA

KETURUNAN

KETURUNAN

Page 25: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

4)PEKERJAAN IBU BAPA/PENJAGA:

JENIS PEKERJAAN IBU BAPA/PENJAGA (ORANG)

KAKITANGAN KERAJAAN 72

BEKERJA SENDIRI 63

JUMLAH 135

23

58

60

62

64

66

68

70

72

74

KAKITANGAN KERAJAAN BEKERJA SENDIRI

PEKERJAAN IBU BAPA

PEKERJAAN IBU BAPA

Page 26: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

5)JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH:

JARAK (KM) PELAJAR (ORANG)

BAWAH 1 14

2-4 18

5-6 18

7-8 20

LEBIH DARI 10 65

JUMLAH 135

24

0

10

20

30

40

50

60

70

BAWAH 1KM 2-4 KM 5-6 KM 7-8 KM LEBIH 10 KM

JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH

JARAK ANTARA RUMAH

DENGAN SEKOLAH

Page 27: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

6)CARA DATANG KE SEKOLAH:

CARA DATANG PELAJAR (ORANG)

BERJALAN KAKI 19

BERBASIKAL 24

MOTOSIKAL 25

BAS 23

KERETA 44

JUMLAH 135

25

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

BERJALAN

KAKI

BERBASIKAL MOTOSIKAL BAS KERETA

CARA DATANG KE SEKOLAH

CARA DATANG KE SEKOLAH

Page 28: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

7)JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DI MANAKAH ANDA BERADA?

TEMPAT PELAJAR (ORANG)

DI RUMAH 105

DI KOMPLEKS BELI-BELAH 2

DI STESYEN BAS 2

DI PONDOK 0

BERSAMA KAWAN DI

TEMPAT LAIN

26

JUMLAH 135

26

0

20

40

60

80

100

120

RUMAH KOMPLEKS

BELI BELAH

STESEN BAS PONDOK TEMPAT

LAIN

JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DI

MANAKAH ANDA BERADA?

JIKA TIDAK HADIR KE

KOKURIKULUM DI MANAKAH

ANDA BERADA?

Page 29: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Bahagian B

Skala :

1 : sangat setuju

2 : setuju

3 : kurang setuju

4 : tidak setuju

5 : sangat tidak setuju

Bil. Soalan 5 4 3 2 1

8. Saya bosan menyertai aktiviti

kokurikulum

29 24 44 22 16

9. Saya tidak suka aktiviti kokurikulum

29 34 45 18 9

10. Saya malas menyertai aktiviti

kokurikulum

20 28 44 19 14

11. Aktiviti kokurikulum tidak penting

bagi saya

52 42 29 10 2

12. Aktiviti yang dilakukan tidak menarik

29 30 38 19 19

13. Aktiviti kokurikulum membazirkan

waktu

47 36 38 12 2

14. Guru penasihat sentiasa marah

50 43 27 9 6

15. Pengangkutan masalah utama bagi saya

menyertai kokurikulum

44 38 19 10 24

16. Ibu bapa tidak peduli saya menyertai

aktiviti kokurikulum atau tidak

62 22 26 8 17

17. Rakan-rakan mengajak saya ponteng

kokurikulum

54 29 27 14 11

18. Ponteng akan menjejaskan markah

kokurikulum

12 6 11 31 75

19. Saya tidak suka balik lambat ke rumah

18 9 23 24 51

20. Saya berasa penat apabila menyertai

kokurikulum

11 29 26 37 32

21. Saya tidak suka menyertai aktiviti lasak

55 26 32 12 10

22. Saya akan bersembunyi apabila tiba

waktu kokurikulum

86 20 18 7 4

23. Saya melepak di pusat beli belah jika

tidak hadir kokurikulum

113 12 5 1 4

24. Saya dipaksa menghadiri kokurikulum

38 30 35 16 6

25. Membantu ibu bapa di rumah lebih

baik daripada sertai kokurikulum

28 19 48 13 27

27

Page 30: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

GRAF SKALA MENGIKUT SOALAN YANG DISEDIAKAN

28

0

10

20

30

40

50

60

Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10 Soalan 11

sangat setuju

setuju

kurang setuju

tidak setuju

sangat tidak setuju

0

10

20

30

40

50

60

Soalan 12 Soalan 13 Soalan 14 Soalan 15

sangat setuju

setuju

kurang setuju

tidak setuju

sangat tidak setuju

Page 31: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

29

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Soalan 16 Soalan 17 Soalan 18 Soalan 19

sangat setuju

setuju

kurang setuju

tidak setuju

sangat tidak setuju

0

20

40

60

80

100

120

Soalan 20 Soalan 21 Soalan 22 Soalan 23

sangat setuju

setuju

kurang setuju

tidak setuju

sangat tidak setuju

Page 32: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

30

0

10

20

30

40

50

60

Soalan 24 Soalan 25

sangat setuju

setuju

kurang setuju

tidak setuju

sangat tidak setuju

Page 33: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

SARANAN KAJIAN

Kami melakukan kajian ini untuk menyedarkan semua pihak tentang masalah ini. Pihak

sekolahseharusnya lebih memainkan peranan mereka membanteras masalah ini. Peranan ibu bapa juga

penting dalam mengatasi masalah ini yang dilihat semakin menular dalam kalangan remaja. Pendidikan

moral dan sahsiah diri perlu diterapkan di dalam pembelajaran semasa di sekolah untuk membentuk

diri para remaja.

31

Page 34: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR · PDF fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan

Bibliografi

• Ghazali. (2011). Ponteng Kokurikulum.

http://arghazali.blogspot.com

• Teck Chong, (2010) Pearson Malaysia, Sdn Bhd. Bahasa

Malaysia Kertas 2. Aktiviti Kokurikulum. M/S 67.

• Lohan (2011). Kokurikulum Sekolah.

http://lohanranau.blogspot.com

• Vendy (2011). http://studyworld.blogspot.com

• Aiziz Yahaya (Januari 2011), Jurnal Teknologi, 54 (Sains

Sosial), Jan 2011 : 25-50. Universiti teknologi Malaysia.

www.penerbit.utm.com.my/onlinejournal/54/S/JT54SS_Jan201

1_02.pdf

32