sedekad kecemerlangan - iskandar malaysiaiskandarmalaysia.com.my/downloads/ar2016-bm.pdf · memupuk...

140
SEDEKAD KECEMERLANGAN LAPORAN TAHUNAN 2016

Upload: lamquynh

Post on 14-Mar-2019

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEDEKADKECEMERLANGAN

LAPORAN TAHUNAN

2016

M E M U P U K M E T R O P O L I S YA N G B E R K E M B A N G M A J U

V I S I Mewujudkan Iskandar Malaysia sebagai pilihan pertama untuk melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah.

M I S I Untuk membangunkan Iskandar Malaysia sebagai sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mampan.

N I L A I B E R S A M AI N T E G R I T I

Kami mesti sentiasa melakukan perkara yang betul

secara beretika dan profesional, tanpa mengira

jaminan pekerjaan atau populariti dan tanpa rasa

takut akan penelitian.

W A W A S A N

Kami mestilah berpandangan jauh untuk memacu

wawasan Iskandar Malaysia menerusi kepimpinan

melalui teladan, inovasi dan bersifat proaktif dalam

tindakan dan pada masa yang sama, kekal relevan

dan sensitif terhadap alam sekitar dan pemegang

kepentingan kami.

P E M U D A H C A R A

Kami mesti sentiasa berusaha menjadi rakan dan

bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan

terutamanya pelabur kami dalam usaha

mempermudahkan proses pencapaian hasil yang

diingini.

G E R A K K E R J A

Kami mesti sentiasa komited dalam pembabitan

bersama semua pihak berkepentingan secara

berhemah, rendah diri, tegas dan bijaksana dalam

memastikan komunikasi secara berkesan dan

berterusan pada setiap masa.

B E R TA R A F A N TA R A B A N G S A

Kami mesti meletakkan satu tanda aras dengan

organisasi lain yang bertaraf antarabangsa

yang mampan dari segi visi Iskandar Malaysia,

pembentukan pemikiran kami, pemaparan tingkah

laku yang baik serta pemakaian piawaian amalan

terbaik di peringkat antarabangsa.

K A N D U N G A N

Saya ingin melihat Malaysia mencapai ekonomi

bernilai RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8

tahun dan termasuk dalam 20 negara terbaik di

dunia dan Iskandar Malaysia menyumbang ke

arah pencapaian itu.

Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Bersama, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

CIRI-CIRI BAHARU KAMI DI DALAM LAPORAN INI

Laporan ini boleh didapati di www.irda.com.my

Untuk mengakses Laporan Tahunan kami, sila muat turun pembaca kod QR pada telefon pintar anda dengan mengimbas imej di sebelah kiri.

001 Visi dan Misi

003 Pencapaian Sedekad

004 Mengenai Kami

006 Perutusan Pengerusi Bersama - Perdana Menteri Malaysia

008 Perutusan Pengerusi Bersama - Menteri Besar Johor

010 Perutusan Ketua Eksekutif

012 Profil Ahli-Ahli Pihak Berkuasa

016 Majlis Penasihat

018 Jawatankuasa Eksekutif

019 Jawatankuasa Kelulusan & Pelaksanaan

020 Profil Pengurusan Kanan

026 Carta Organisasi dan Fungsi Bahagian

028 Sorotan Utama 2016

032 Memacu Kejayaan Melalui Kemampanan

033 Menghasilkan Pertumbuhan Ekonomi Berkualiti

041 Memacu Kecemerlangan Penyampaian

051 Mempertingkat Keyakinan Pihak Berkepentingan

059 Memupuk Keterangkuman Sosial

069 Keprihatinan Terhadap Kemampanan Alam Sekitar

089 Membangunkan Organisasi Berdaya Tahan

093 Laporan Kewangan

M E M B A N G U N K A N N I L A I S E B E N A R

M E L A B U R D A L A M P E M B A N G U N A N N E G A R A

SEDEKAD

Pencapaian

004 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MENGENAI KAMI

2,217km persegi

Projek pembangunan ekonomi tunggal yang

terbesar

RM120.4bilion

keluaran dalam negeri kasar yang diunjurkan

pada 2025

RM176bilion

anggaran jumlahpelaburan kumulatif

yang diperolehisepanjang 2013-2022

1.34juta

tenaga kerja di Iskandar Malaysia menjelang

2025

Akta menyatakan fungsi dan tanggungjawab kami yang berkaitan dengan mewujudkan dasar, hala tuju dan bagi pembangunan mampan Iskandar Malaysia.

ISKANDAR MALAYSIA

Ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun 2016, disokong oleh permintaan domestik yang mantap. Terima kasih kepada program-program transformasi ekonomi dan pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan, Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai salah sebuah rantau yang paling kukuh di dunia, diterajui oleh Iskandar Malaysia dalam meningkatkan daya saing Malaysia di pentas dunia.

Terletak di kawasan paling selatan Semenanjung Malaysia, Iskandar Malaysia dengan pantas terus mengubah landskap sosioekonomi Johor, menjadikannya lebih daripada sekadar sebuah metropolis yang dinamik dan pesat membangun. Berkeluasan tiga kali saiz negara jiran Singapura, wilayah pembangunan seluas 2,217 kilometer persegi ini dibangunkan atas asas yang kukuh rentetan kejayaan negeri Johor. Ia merupakan projek pembangunan tunggal yang terbesar dimulakan oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Teras strategik dan hala tuju utama Iskandar Malaysia dipacu oleh Kitaran Kemampanan, sebuah ekosistem holistik dan berdaya tahan yang diperkukuh oleh unsur-unsur teras penjanaan kekayaan, perkongsian kekayaan dan keterangkuman, yang saling berkaitan serta pengoptimuman sumber dan rendah karbon. Kitaran Kemampanan adalah berasaskan rangka kerja dan tonggak yang digariskan dalam Rancangan Pembangunan Komprehensif (CDP) 2006-2025, dan menunjukkan komitmen kami dalam mengimbangi ekologi dan ekonomi.

MERANCANG UNTUK MASA HADAPAN

Keluaran dalam negara kasar Iskandar Malaysia diunjurkan melebihi dua kali ganda daripada RM52.1 bilion pada tahun 2013 kepada RM120.4 bilion pada tahun 2025. Ia mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 7.5% dalam tempoh 2016-2020, dan 7.7% dalam tempoh 2021-2025. Prestasi ini adalah berdasarkan senario pertumbuhan yang digariskan dalam Rancangan Pembangunan Komprehensif (CDPii) 2014-2025, dengan mengambil kira juga senario pertumbuhan Johor “yang paling berkemungkinan” dan prestasi sektor ekonomi.

Dengan sasaran pertumbuhan sedemikian sudah pasti akan meningkatkan tarikan pelaburan modal yang besar. Sememangnya, di sepanjang tempoh 2013-2022, dianggarkan pelaburan sebanyak RM176 bilion akan diperlukan.

Modal insan juga perlu berkembang seiring dengan pertumbuhan tersebut: menjelang 2025, tenaga kerja di Iskandar Malaysia dijangka mencecah seramai 1.34 juta orang, di mana kadar penyertaan tenaga kerja dianggarkan sebanyak 70%. Jumlah penduduk yang bekerja di Iskandar Malaysia dianggarkan mencecah 1.31 juta orang, manakala kadar penggangguran diunjurkan menurun kepada 2.6% pada tahun 2025.

005L APORAN TAHUNAN 2016

MENGENAI KAMI

METROPOLIS MAMPAN

Iskandar Malaysia dijangka akan menjadi sebuah metropolis yang berkembang pesat, di mana kehidupan, hiburan, dan perniagaan adalah beriringan dalam persekitaran bertaraf antarabangsa yang dinamik dan mampan. Perancangan rapi termasuk dalam memastikan kemampanan pembangunannya dengan mengambil kira keperluan langsung dan tidak langsung pihak-pihak berkepentingan.

Terletak dalam Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT), Iskandar Malaysia berada di platform strategik yang berhampiran dengan beberapa ekonomi yang paling dinamik di dunia, yang merupakan kunci kepada kemajuannya. Malah, Terletak di lokasi strategik laluan utama perdagangan Timur-Barat juga meletakkannya berhampiran kuasa ekonomi utama seperti China, Jepun, dan India.

Iskandar Malaysia mudah diakses melalui laluan darat, udara dan laut, dan menawarkan taraf hidup yang setanding dengan negara-negara yang lebih maju di rantau ini, pada kos yang lebih kompetitif.

Selain kaya dengan sumber semula jadi, Iskandar Malaysia menawarkan tenaga kerja berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berbilang bahasa, dasar yang mesra dan persekitaran yang kondusif untuk menjalankan perniagaan. Persekitaran yang baik untuk perniagaan ini mengukuhkan komitmen kami untuk mewujudkan metropolis yang bingkas yang menggalakkan perniagaan dan kehidupan lestari.

Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail bin Ibrahim sedang meneliti model skala Iskandar Malaysia di Ibu Pejabat IRDA

Gambaran pelukis, sebuah kejiranan mampan dan berkembang maju di Iskandar Malaysia

MEMUPUK METROPOLIS YANG

BERKEMBANG MAJU

Kami mesti berpandangan jauh untuk memacu wawasan

Iskandar Malaysia

006 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PERUTUSAN PENGERUSI BERSAMA - PERDANA MENTERI MAL AYSIA

Saya amat berbangga

melihat Iskandar Malaysia

terus berkembang pesat

walaupun menghadapi

pelbagai halangan di

peringkat domestik dan

serantau.

D AT O ’ S R I M O H D N A J I B

T U N A B D U L R A Z A K

Perdana Menteri Malaysia,

Pengerusi Bersama,

Pihak Berkuasa Wilayah

Pembangunan Iskandar

Kita telah meraikan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia pada November 2016 dan saya amat gembira wilayah pembangunan ini terus mendapat sambutan dan menarik minat, walaupun selepas 10 tahun pelancarannya.

Sebagai salah sebuah koridor ekonomi utama negara, wilayah pembangunan ini telah memperoleh sebanyak RM222.44 bilion pelaburan komited terkumpul dari tahun 2006 hingga 31 Disember 2016, yang mana 54% atau RM119.50 bilion terdiri daripada pelaburan yang telah direalisasikan sebagai projek-projek yang dilaksanakan.

Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian ini, saya ingin menekankan bahawa unsur-unsur kemampanan dan keterangkuman

yang terkandung dalam setiap langkah daripada tiga fasa pembangunan Iskandar Malaysia adalah sama pentingnya. Dua fasa terdahulu yang dilaksanakan sepanjang 20 tahun ini menyaksikan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memastikan pembangunan keseluruhan bukan sahaja menggalakkan gaya hidup rendah karbon, tetapi juga memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat dari segi ekonomi, melalui peluang perniagaan dan pekerjaan serta inisiatif infrastruktur dan sosio-ekonomi.

Unsur-unsur mampan dan bertanggungjawab tersebut mencerminkan teras Kerajaan Persekutuan untuk agenda pembangunan negara kita, yang disokong oleh pendekatan

holistik untuk pembangunan modal insan dengan mewujudkan keadaan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan peribadi dan kesejahteraan, serta menyediakan peluang bagi setiap individu untuk berkembang dan berjaya.

Sememangnya, Rancangan Pembangunan Komprehensif ii (CDPii) 2014-2025 Iskandar Malaysia berkongsi banyak persamaan dengan Model Ekonomi Baharu dan pelan transformasi yang berkaitan bagi Malaysia. Keselarasan pendekatan pembangunan ini telah dan akan terus memainkan peranan penting untuk kami mengharungi laluan yang mencabar dalam persekitaran yang sangat tidak menentu, untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

007L APORAN TAHUNAN 2016

PERUTUSAN PENGERUSI BERSAMA - PERDANA MENTERI MAL AYSIA

Saya juga berasa amat gembira dengan perkongsian pelbagai hala yang dilaksanakan pada tahun ini untuk mencapai objektif Iskandar Malaysia bagi mewujudkan sebuah bandar pintar yang mampan.

Pelancaran Manual Iskandar Penilaian Komprehensif Kecekapan Persekitaran Terbina [Comprehensive Assessment of Built Environment Efficiency (CASBEE)] memperkukuh keazaman Iskandar Malaysia dalam menggalakkan pemilik bangunan dan pemaju ke arah “penghijauan bumi”. Rangka kerja CASBEE yang dilaksanakan disokong oleh ujian lapangan komprehensif dalam lebih 1,700 majlis perbandaran Jepun, dengan kajian penilaian tahap kualiti persekitaran terbina yang disasarkan dengan mengambil kira beban alam sekitar di luar persekitaran terbina yang disasarkan.

Beberapa buah bangunan, pembangunan bandar, dan pihak berkuasa tempatan di Iskandar Malaysia telah bersetuju untuk menguji Manual Iskandar CASBEE. Ini bukan sekadar membuktikan integriti dan kebolehpercayaan instrumen penilaian ini, tetapi juga dedikasi yang tidak berbelah bahagi pihak berkepentingan Iskandar Malaysia untuk menegakkan objektif bersama dalam mewujudkan suasana kehidupan yang mampan untuk generasi Malaysia masa kini dan masa hadapan.

CDPii 2014-2015 juga menetapkan asas bagi Iskandar Malaysia sebagai Bandar Pintar yang mengubah kualiti hidup rakyat dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui ekosistem ekonomi dan teknologi yang mampan. Pusat Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO) telah dilancarkan sebagai ‘tetingkap tunggal’ di mana data dikumpul, dianalisis dalam konteks bandar pintar, dan dibentangkan sebagai maklumat yang berguna untuk memudah cara pembangunan dan perancangan yang menyeluruh, menyediakan dasar-dasar awam yang lebih baik yang ditanda aras kepada piawaian antarabangsa, dan mewujudkan dasar-dasar dan proses perancangan yang selaras dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Inisiatif strategik dan berbilang pihak ini hanyalah sebahagian kecil daripada inisiatif yang dilaksanakan sehingga kini yang menggambarkan komitmen pelbagai pihak berkepentingan Iskandar Malaysia dalam membentuk koridor pertumbuhan ini menjadi metropolis yang mampan dan kukuh di peringkat antarabangsa.

Ditambah pula dengan kerjasama erat kami dengan sektor swasta dan pemimpin masyarakat, kami mampu melangkah ke hadapan ke arah usaha pembangunan Iskandar Malaysia 10 tahun yang seterusnya dengan penuh yakin bahawa Iskandar Malaysia akan menjadi destinasi pilihan bagi semua untuk bermastautin, bekerja dan beriadah dalam

persekitaran yang ditawarkan oleh Malaysia ke peringkat dunia. Sememangnya menjadi visi saya bagi Malaysia mencapai ekonomi bernilai RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun, setanding dengan 20 negara terkaya di dunia. Iskandar Malaysia pasti akan menjadi penyumbang utama ke arah pencapaian ini.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)

Iskandar Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk melabur, bermastautin dan beriadah

008 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Selepas usaha gigih 10 tahun

dalam membina asas dan

menjana pewujudan nilai bagi

Iskandar Malaysia, kerajaan

negeri memang berasa bangga

melihat hasil yang dicapai

setakat ini.

D AT O ’ M O H A M E D K H A L E D B I N

N O R D I N

Menteri Besar Johor,

Pengerusi Bersama,

Pihak Berkuasa Wilayah

Pembangunan Iskandar

PERUTUSAN PENGERUSI BERSAMA - MENTERI BESAR JOHOR

Pelaburan besar terus mengalir masuk ke rantau ini dan ini bukan hanya untuk infrastruktur utama dan pelaburan ikonik, malah ia adalah menyeluruh, merentas sembilan sektor yang digalakkan iaitu logistik; perkhidmatan kewangan; penjagaan kesihatan; pendidikan; kreatif; pelancongan; agro dan pemprosesan makanan; elektrik dan elektronik serta petrokimia dan oleokimia;

Profil pelabur turut menunjukkan kepelbagaian yang ketara dari segi kewarganegaraan yang membuktikan kejayaan kami dalam usaha mempromosi Iskandar Malaysia kepada dunia sebagai hab serantau yang mampu meraih manfaat daripada kedudukan geografi dan anugerah sumber semulajadinya.

Di samping kegembiraan kami meraikan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia dan pencapaiannya setakat ini, kami sedar tentang hakikat bahawa masih mempunyai banyak lagi yang perlu kita capai. Kita kini memasuki tahun kedua Fasa III atau peringkat akhir rancangan pembangunan Iskandar Malaysia. Fasa akhir ini memberi tumpuan kepada dua teras, iaitu kemampanan dan keupayaan untuk melakukan inovasi seperti yang digariskan dalam Rancangan Pembangunan Komprehensif ii (CDPii) 2014-2025.

CDPii bukan saja menggariskan inisiatif bagi menjadikan Iskandar Malaysia sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mampan dengan ‘5 Langkah Besar’ (‘5 Big Moves’) dan Pelan Pengurusan Spatial sebagai

pemangkin. Malah, ia turut menggariskan rancangan untuk meningkatkan perkongsian kekayaan secara inklusif dalam suasana yang mampan dan harmoni. CDPii menggariskan usaha-usaha yang memberi tumpuan yang seimbang dalam pembangunan ekonomi, masyarakat dan alam sekitar di Iskandar Malaysia bagi mencapai tahap yang menyamai ciri-ciri metropolis bertaraf antarabangsa.

Sehubungan ini, keterangkuman atau perkongsian kekayaan bukan hanya diukur melalui pewujudan nilai yang disumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atau jumlah pekerjaan yang diwujudkan di rantau ini. Keterangkuman yang kita inginkan akan hanya diwujudkan apabila keuntungan ekonomi Iskandar Malaysia

009L APORAN TAHUNAN 2016

PERUTUSAN PENGERUSI BERSAMA - YAB MENTERI BESAR JOHOR

dinikmati oleh bukan sahaja mereka yang berada di rantau ini, malah sebahagian besar penduduk negeri Johor.

Pekerjaan yang diwujudkan perlu memberi manfaat secara langsung atau tidak langsung lebih kepada rakyat negeri Johor. Pengetahuan, teknologi dan amalan perniagaan terbaik yang diguna pakai juga perlu dihebahkan, dipindahkan dan dikongsi dengan seluruh penduduk di rantau ini, negeri dan negara.

Sememangnya ini merupakan suatu yang amat mencabar, memandangkan pembangunan yang tidak sekata di seluruh negeri ini malah di wilayah Iskandar Malaysia sendiri. Iskandar Malaysia meliputi kawasan dan penduduk yang luas, sekali gus menghendaki lebih banyak tumpuan mengimbangi tahap kedudukan ekonomi dan sosial dalam kalangan penduduknya.

Usaha untuk menjadikan Iskandar Malaysia sebagai ‘Bandar Pintar’ hanya akan mengakibatkan jurang ketidaksamaan yang lebih luas sekiranya langkah-langkah untuk meningkatkan keterangkuman tidak dilaksanakan dengan pantas seiring dengan pembangunan “pembangunan fizikal”.

Kerajaan Negeri, sebagai salah satu pihak berkepentingan, telah terus menekankan kepentingan agenda sosial kami, seperti latihan kemahiran dan program pembangunan usahawan, yang kebanyakannya daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Memperkasa pendapatan mempunyai kesan yang lebih mendalam bukan hanya hanya program pemindahan sosial dalam mewujudkan kesan pembangunan yang positif dan mampan yang dinikmati semua pihak di Iskandar Malaysia.

Pada masa yang sama, pembangunan sebuah metropolis pada masa akan datang memerlukan pengoptimuman sumber yang lebih besar dan masyarakat karbon rendah bagi memastikan kemampanan dan kesejahteraan berpanjangan. Walaupun inisiatif ini juga diberi keutamaan sebagai salah satu Lima Langkah Besar, ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya ia melibatkan penyediaan infrastruktur atau

kemudahan semata-mata, manakala kesedaran awam tentang amalan kehidupan hijau tidak mencapai standard metropolis. Sememangnya, amalan hidup hijau perlu diterapkan sebagai sebahagian daripada gaya hidup baharu bagi penduduk Iskandar Malaysia.

Namun begitu, kami percaya bahawa Iskandar Malaysia, sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Johor sepanjang 10 tahun yang lalu, akan terus menjadi pemangkin kepada agenda transformasi ini. Kami juga percaya bahawa inisiatif-inisiatif untuk mengimbangi pembangunan pertumbuhan untuk ekonomi masa depan dan keterangkuman akhirnya akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk, bukan sahaja di Johor tetapi juga di seluruh kawasan lain di Malaysia.

Ini berkemungkinan besar berlaku apabila semua inisiatif CDPii akan dilaksanakan seiring dengan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor, yang memberi kuasa kepada setiap daerah di negeri ini untuk melaksanakan rancangan pembangunan khusus untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kehidupan mampan di kawasan bandar dan luar bandar masing-masing.

Pembangunan di daerah Johor Bahru dan Kulai pada masa akan datang tidak lagi tertumpu kepada inisiatif Iskandar Malaysia, walaupun kedua-duanya merupakan bandar utama di wilayah ini. Sebaliknya, tumpuan akan diberikan kepada memanfaatkan keuntungan dan peluang

untuk menggalakkan pembangunan aktiviti ekonomi khusus daerah mereka, terutamanya yang melibatkan kawasan pinggir dan luar bandar.

Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan Johor sebuah kuasa ekonomi. Iskandar Malaysia sebagai metropolis akan menjadi pemangkin dalam mewujudkan ekosistem bandar-bandar pintar di seluruh negeri ini. Namun begitu, kesejahteraan rakyat harus dititikberatkan di tengah-tengah usaha pembangunan.

Aspirasi sedemikian hanya akan boleh dicapai melalui kerjasama erat yang berterusan dan sokongan daripada semua rakan strategik di Iskandar Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, serta rakyat Johor.

Mari kita melipatgandakan usaha bagi memastikan aspirasi ini akan menjadi kenyataan. Pada masa yang sama, kita perlu terus pragmatik. Kesan ke atas rakyat perlu sentiasa dinilai dengan teliti pada setiap langkah dalam agenda pembangunan.

Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)

Model skala pembangunan Somerset di Iskandar Malaysia

010 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PERUTUSANKETUA EKSEKUTIF

Ia merupakan satu

kepuasan bagi kami

menyaksikan Iskandar

Malaysia terus mengukuh

sambil meraikan pencapaian

10 tahunnya pada 2016.

D AT U K I S M A I L B I N I B R A H I M

Ketua Eksekutif,

Pihak Berkuasa Wilayah

Pembangunan Iskandar

Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa bagi tahun ini, sebanyak RM32.15 bilion pelaburan komited telah direkodkan. Berikutan ini, jumlah pelaburan komited terkumpul meningkat kepada RM222.44 bagi tempoh dari 2006 hingga 2016, yang mana RM119.50 bilion telah pun direalisasikan.

Sokongan yang sangat memberangsangkan daripada pelabur domestik dan luar ini membantu menjadikan kami sebuah wilayah yang mampan dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, sekiranya kami terus proaktif dalam mendapatkan pelaburan domestik dan luar serta memastikan projek-projek pemangkin berjaya dilaksanakan tepat pada masanya. Selain daripada perkara di luar jangkaan, kami yakin dengan keupayaan kami untuk mencapai

sasaran jumlah pelaburan sebanyak kira-kira RM383 bilion apabila Iskandar Malaysia mencapai kematangan penuh pada 2025, berdasarkan pertumbuhan tahunan sehingga kini iaitu antara 7% dan 8%.

Trend pelaburan yang sihat ini bukan hanya menunjukkan keyakinan pelabur global terhadap Iskandar Malaysia, malah ia juga memberi petanda yang baik bagi penduduk tempatan di Johor dan Malaysia secara keseluruhannya kerana ia mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan.

Ini dapat dilihat melalui statistik mengenai kesan positif koridor ekonomi ini terhadap pasaran tenaga kerja di negara ini dari tahun 2007 sehingga 2016, sebanyak 717,547

pekerjaan telah diwujudkan, dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk sektor perkhidmatan seperti logistik, kreatif, pelancongan dan pendidikan. Sekiranya momentum ini berterusan, kami akan berjaya mewujudkan 817,500 peluang pekerjaan menjelang 2025, yang mana 45% akan disasarkan kepada pekerja berpengetahuan dan mahir. Sumbangan terhadap tenaga kerja tersebut menyokong usaha Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia ke-11 untuk meningkatkan peratusan pekerja berkemahiran tinggi di Malaysia kepada 35% menjelang 2020 dalam usaha untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Sukacita dimaklumkan juga bahawa Johor telah menikmati peningkatan dalam purata pendapatan isi rumah daripada RM4,658 pada tahun 2012 kepada RM6,207 pada tahun 2014

011L APORAN TAHUNAN 2016

PERUTUSANKETUA EKSEKUTIF

Gambaran pelukis sebuah pembangunan pantai yang sedang dalam pembinaan di Iskandar Malaysia

– ini menggambarkan manfaat yang diberikan oleh Iskandar Malaysia kepada rakyat negeri Johor.

Bagi memastikan kemampanan keseluruhan pembangunan Iskandar Malaysia, kami mencari pelabur jangka panjang yang memiliki strategi pelaburan yang mampu meningkatkan pertumbuhan dalam sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah tinggi dan menggunakan teknologi tinggi, seperti sektor penjagaan kesihatan, kreatif, kewangan dan perkhidmatan perniagaan.

Walau bagaimanapun, seperti yang telah kami tegaskan berulang kali dalam semua urusan dengan pihak berkepentingan, IRDA juga mengambil berat akan kemampanan sosial dan alam sekitar. Dengan matlamat untuk menjadikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi utama untuk melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah di rantau ini, kami komited sepenuhnya untuk memastikan keseimbangan sosial dan pengagihan kekayaan yang saksama adalah seimbang dengan pengurusan alam sekitar yang praktikal.

Agenda untuk memupuk metropolis yang berkembang maju dinyatakan dalam CDPii 2014-2025, yang menggariskan objektif strategik

dan tindakan yang disasarkan untuk mencapai kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk kesejahteraan generasi masa kini dan masa hadapan.

CDPii 2014-2025 membentangkan ekosistem holistik yang dikenali sebagai Kitaran Kemampanan yang terdiri daripada tiga komponen iaitu penjanaan kekayaan, perkongsian kekayaan dan keterangkuman, serta pengoptimuman sumber dan karbon rendah. Semua ini merupakan teras yang turut mendapat perhatian utama di peringkat domestik dan antarabangsa.

Di samping itu, CDPii 2014-2025 disokong oleh lima nilai bersama yang kami pertahankan iaitu Integriti, Wawasan, Pemudah Cara, Gerak Kerja dan Bertaraf Antarabangsa kerana ia membimbing kami untuk mengekalkan fungsi teras kami, dan pada masa yang sama menerima perubahan dalam persekitaran operasi kami.

Dalam bahagian seterusnya laporan ini, anda akan mengetahui bagaimana kami menjalankan usaha pembabitan bersama rakyat sepanjang tahun 2016 untuk merangsang penyertaan aktif dan pelaburan dalam pembangunan berterusan masyarakat Iskandar Malaysia. Langkah-langkah juga telah diambil untuk memastikan

bahawa kekayaan yang dijana melalui aktiviti-aktiviti ekonomi di koridor ini dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat melalui program keterangkuman masyarakat. Kami juga terus memastikan keseluruhan pembangunan Iskandar Malaysia adalah mesra alam melalui set inisiatif yang menggalakkan cara hidup yang rendah karbon.

Melangkah ke hadapan, kami berusaha untuk mengekalkan keunikan visi kami dan akan terus berdedikasi dalam usaha untuk mewujudkan Iskandar Malaysia yang mampan dan berdaya tahan. Kami juga akan terus mengukuhkan hubungan dengan semua pihak berkepentingan, yang mana sokongan mereka sehingga kini telah memainkan peranan penting dalam membentuk Iskandar Malaysia sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu. Saya amat mengalu-alukan sokongan padu anda untuk sedekad seterusnya.

Datuk Ismail bin Ibrahim Ketua EksekutifPihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

012 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PROFIL AHLI-AHLIPIHAK BERKUASA

21BERIKUT ADALAH AHLI-AHLI PIHAK BERKUASA IRDA:

Pengerusi Bersama:• Perdana Menteri Malaysia

• Menteri Besar Johor

Dua orang wakil daripada Kerajaan Persekutuan:• Ketua Setiausaha Perbendaharaan

• Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi

Dua orang wakil daripada Kerajaan Negeri Johor:• Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

• Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri

Dua orang ahli lain dilantik oleh Perdana Menteri dengan persetujuan Menteri Besar Johor, yang pada pandangan Perdana Menteri, mempunyai pengalaman dan telah mempamerkan keupayaan dan profesionalisme dalam hal-hal yang berkaitan dengan perbankan, kewangan, perancangan, kerajaan tempatan, perdagangan, perniagaan atau pentadbiran, atau layak untuk dilantik kerana mempunyai pengetahuan khas, pengalaman atau kelayakan akademik, seorang daripadanya hendaklah daripada sektor perbankan peribadi, kewangan atau perdagangan.

Pada September 2016, dua ahli baru dilantik iaitu YBhg Tan Sri Dr Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dan YB Tuan Haji Mohd Nasir Bin Abd Salam, Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Tanggungjawab utama Ahli-ahli Pihak Berkuasa IRDA termasuk tetapi tidak terhad kepada penetapan strategi, hala tuju dan dasar yang berkaitan dengan pembangunan di dalam Iskandar Malaysia dan fungsi lain yang berkaitan dengannya.

Ahli-ahli Pihak Berkuasa IRDA dibantu oleh Jawatankuasa Eksekutif (EXCO), yang terdiri daripada sembilan orang ahli yang dilantik oleh Ahli-ahli Pihak Berkuasa IRDA. Pentadbiran harian IRDA dipertanggungjawabkan kepada Ketua Eksekutif, yang juga Setiausaha kepada Pihak Berkuasa IRDA.

Pada tahun 2016, Ahli-ahli Pihak Berkuasa bermesyuarat sebanyak dua kali, iaitu pada bulan April dan Ogos.

2/DATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDINMenteri Besar Johor/Pengerusi Bersama

Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, adalah Menteri Besar Johor. Selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda undang-undang di Universiti Malaya, beliau menyertai Jabatan Undang-undang di PETRONAS sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1983 selama empat tahun. Beliau kemudian menyertai bidang undang-undang dan dunia perniagaan.

Walau bagaimanapun, Dato’ Mohamed Khaled kekal aktif dalam politik. Bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Bahagian UMNO pada tahun 1995. Di peringkat pusat, beliau memegang jawatan EXCO Pemuda UMNO dari 1993 hingga 2000.

Kerjaya beliau sebagai Ahli Parlimen (MP) bermula pada tahun 1990 setelah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru, yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut sebelum memenangi kerusi Parlimen Pasir Gudang pada tahun 2004 selama dua penggal. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Pasir Gudang berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Beliau mula berkhidmat di peringkat persekutuan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya pada tahun 1999. Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan memegang jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi selepas Pilihan raya ke-12.

1/DATO’ SRI MOHD NAJIB BINTUN ABDUL RAZAKPerdana Menteri Malaysia/Pengerusi Bersama

Sebelum menjadi Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2004 hingga 2009. Beliau juga telah memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dari 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008.

Jawatan menteri kabinet beliau yang lain termasuk Menteri Pendidikan (1995-1999), Menteri Belia dan Sukan (1987-1990) dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1986-1987).

Sebelum berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang dari tahun 1982 hingga 1986, Dato’ Sri Najib menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan (1981-1982), Timbalan Menteri Pendidikan (1980-1981) dan Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978-1980).

Beliau mendapat pendidikan peringkat tinggi dari Universiti of Nottingham di United Kingdom, di mana beliau lulus dengan ijazah dalam Ekonomi Perindustrian pada tahun 1974.

L APORAN TAHUNAN 2016 013

PROFIL AHLI-AHLIPIHAK BERKUASA

4

4/TAN SRI DR. MOHD IRWAN SERIGAR BIN ABDULLAHKetua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Kerjaya beliau dalam sektor awam bermula apabila beliau menyertai Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1984, di mana beliau berkhidmat dalam bidang pembangunan bandar, tenaga, dan penswastaan.

Kemudian beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan pada tahun 2003, di mana beliau memegang pelbagai jawatan di Bahagian Ekonomi dan selepas itu sebagai Ketua Seksyen, Timbalan Setiausaha, dan Setiausaha Bahagian Analisis Ekonomi Dan Antarabangsa (Ekonomi Makro). Selepas berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dari 2010 hingga 2012, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Tenaga dan Dasar daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Demografi dari Universiti Malaya.

5

5/DATUK SERI DR. RAHAMAT BIVI BINTI YUSOFFKetua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi binti Yusoff adalah Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Selepas sumbangan aktifnya dalam perkhidmatan awam Malaysia selama lebih tiga dekad, beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Sistem & Kawalan) di Kementerian Kewangan sebelum dilantik ke jawatan sekarang pada tahun 2011.

Pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dari Australian National University, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi dari University of Western Michigan, Amerika Syarikat.

3/TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA Ketua Setiausaha Negara

Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa ialah Ketua Setiausaha Negara. Beliau memulakan kerjayanya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1981 sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan dan Industri, dan sejak itu dinaikkan pangkat dalam pelbagai kementerian sehingga ke jawatan sekarang, sehingga membawa beliau mempengerusikan lembaga-lembaga pengarah Mass Rapid Transit (MRT) Corp, MyHSR (High Speed Rail) Corp, Institut Integriti Malaysia (IIM), dan Bintulu Port Holdings Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan dan Timbalan Pengerusi Johor Corporation. Beliau menerajui pelaksanaan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah antara lain, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Majlis Ekonomi Bumiputera.

Tan Sri Dr. Ali terlibat secara aktif dalam pelbagai pembangunan koridor Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan menerajui pelbagai usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan berbilang kementerian dan agensi. Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan Presiden Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM).

Tan Sri Dr. Ali memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Ekonomi dan Ijazah Kedoktoran dalam Sains Alam Sekitar dan Ekonomi, kedua-duanya dari Oklahoma State University. Beliau ialah pengarang bersama bagi dua buah buku iaitu “Dasar-Dasar Utama Kerajaan” (Core Government Policies) (1997) dan “Malaysia Kita” (Our Malaysia) (1998).

3

014 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PROFIL AHLI-AHLIPIHAK BERKUASA

7

8/TUAN HAJI SALEHUDDIN BIN HASSANPengarah Unit Perancang Ekonomi Johor (UPENJ)

Sebelum pelantikan beliau sebagai Pengarah UPENJ, Tuan Haji Salehuddin bin Hassan merupakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), sejak Jun 2013.

Beliau memulakan kerjaya pada bulan April 1992 sebagai Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah di Segamat. Beliau meneruskan kerjayanya di Pejabat Tanah di Mersing pada bulan Januari 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai Penolong Pengarah di Pejabat Tanah dan Galian, Johor pada bulan Julai 2001.

Selepas itu beliau memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha 1 (Bahagian Sumber Manusia) pada Januari 2004, sebelum dilantik sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Johor Bahru pada Januari 2005.

Pada bulan Februari 2007, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Pejabat Setiausaha Johor Cawangan Kerajaan Tempatan untuk tempoh dua tahun.

Tuan Haji Salehuddin dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat pada Mac 2009 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim pada bulan Jun 2011.

Tuan Haji Salehuddin memegang kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia.

7/TUAN HAJI MOHD NASIR BIN ABD SALAMPegawai Kewangan Negeri Johor

Tuan Haji Mohd Nasir bin Abd Salam kini merupakan Pegawai Kewangan Negeri.

Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam Johor bermula sebagai Pegawai di Pejabat Daerah Mersing pada tahun 1985, dan kemudian telah ditugaskan ke Pejabat Daerah Kluang pada tahun 1988 sebagai Penolong Pegawai Daerah sebelum dipindahkan ke Kluang sebagai Penolong Pentadbir Tanah pada tahun 1991.

Pada tahun 1995, beliau telah ditugaskan ke Pejabat Tanah Johor Bahru sebagai Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Daerah Johor Bahru. Pada tahun 1999, beliau telah dipindahkan ke Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah Rengit sebagai Penolong Pentadbir Tanah Rengit, sebelum dilantik sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kulai pada tahun 2000.

Tuan Haji Mohd Nasir telah ditugaskan ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor pada tahun 2001 sebagai Timbalan Pegawai Kewangan dan kemudian dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor, jawatan yang disandangnya sehingga hari ini.

Tuan Haji Mohd Nasir juga telah dilantik sebagai Pengarah dan Penasihat kepada pelbagai agensi Negeri, syarikat dan anak syarikat di Johor.

86

6/DATO’ HAJI ISMAIL BIN KARIMSetiausaha Kerajaan Negeri Johor

Dato’ Haji Ismail bin Karim adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula di Pejabat Tanah Johor Bahru pada tahun 1982. Selepas itu beliau ditugaskan di Segamat sebagai Penolong Pentadbir Tanah dari tahun 1987 hingga 1991. Beliau kemudian dilantik sebagai Setiausaha Majlis Daerah Segamat Selatan di Labis pada tahun 1992.

Pada tahun 1996, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah 1 Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebelum memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Johor dari tahun 1998 hingga 2000.

Pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru dan kemudian sebagai Ketua Penolong Setiausaha untuk Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sehingga 2004. Selepas itu, beliau telah memegang jawatan Penolong Pengarah Jabatan Agama Johor sehingga tahun 2006, dan menjadi Datuk Bandar Dewan Bandaraya Johor Bahru pada tahun 2013 sehingga dilantik sebagai Setiausaha Negeri.

Dato’ Haji Ismail memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

L APORAN TAHUNAN 2016 015

PROFIL AHLI-AHLIPIHAK BERKUASA

1 0

10/TAN SRI DATO’ LIEW KEE SINPengerusi Eco World Development Group

Tan Sri Dato’ Liew Kee Sin memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai bank di sebuah bank saudagar tempatan pada tahun 1981 selama lima tahun. Selepas itu beliau menyertai sebuah syarikat pembangunan hartanah, yang telah memberi inspirasi kepada beliau untuk menubuhkan syarikat sendiri bernama Syarikat Kemajuan Jerai Sdn Bhd untuk membangunkan Bukit Indah di Ampang.

Pada tahun 1996, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan SP Setia Berhad berikutan pengambilalihan Syarikat Kemajuan Jerai. Beliau memainkan peranan penting dalam memindahkan status penyenaraian SP Setia dari Pasaran Kedua ke Pasaran Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

Sejak itu, beliau telah menerajui pelbagai projek inovatif yang mendorong keuntungan Kumpulan ke tahap yang lebih tinggi. Beliau kini adalah Pengerusi Eco World Development Group.

Tan Sri Dato’ Liew merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Malaya.

9

9/TAN SRI DATO’ SERI UTAMA NOR MOHAMED BIN YAKCOPTimbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad

Tan Sri Dato’ Seri Utama Nor Mohamed bin Yakcop menghabiskan sebahagian besar kerjayanya dengan Bank Negara Malaysia, di mana beliau berkhidmat dari tahun 1968 hingga 2000 menyelia pelaksanaan projek-projek utama seperti perbankan Islam di Malaysia, mekanisme pembayaran dua hala antara Bank Negara Malaysia dan bank pusat negara Selatan-Selatan, dan Rating Agency Malaysia Berhad.

Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Pengarah Khazanah Nasional Berhad dari tahun 2002 dan berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah dan sebelum itu merupakan Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Kedua sehingga tahun 2009.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (cum laude) dari Catholic University of Leuven, Belgium.

1 1

11/DATUK ISMAIL BIN IBRAHIMKetua Eksekutif/Setiausaha

Dilahirkan di Muar, Datuk Ismail bin Ibrahim memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada tahun 1983 sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Cawangan Kerajaan Tempatan.

Pada tahun 1990, beliau telah dianugerahkan felo British Council dengan pengkhususan dalam bidang Undang-undang Perancangan di Newcastle University, England. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang pada tahun 2003. Tiga tahun kemudian, beliau telah dipinjamkan ke Khazanah Nasional Berhad sebagai Naib Presiden Kanan Projek Khas untuk menyelia perancangan wilayah ekonomi selatan di Johor (kini dikenali sebagai Iskandar Malaysia).

Pada tahun 2009, beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk memegang jawatan Pengarah Jabatan Perancangan Fizikal di ibu pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di ibu kota. Beliau juga berkhidmat di Urusetia Majlis Perancangan Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, sebelum menjadi Ketua Eksekutif IRDA pada tahun 2010.

Datuk Ismail menerima pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perancangan bandar di Heriot-Watt University di Edinburgh, Scotland. Beliau adalah ahli berdaftar Lembaga Perancang Bandar Malaysia.

016 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MAJLISPENASIHAT

1/TUN MUSA BIN HITAM

Tun Musa bin Hitam, yang kini merupakan Pengerusi Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga tahun 1986. Sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan Malaysia, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelajaran, Menteri Perusahaan Utama dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Antara tugas rasmi utama beliau adalah mengetuai Misi Pelaburan Malaysia ke Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun serta mewakili Malaysia dalam rundingan dan persidangan ECOSOC Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sejak persaraan beliau dari politik pada tahun 1987, beliau memegang jawatan Pengerusi bagi tiga Syarikat Awam Tersenarai dan pelbagai institusi berkaitan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Beliau adalah Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Pengerusi Bersama Eminent Persons Group (EPG) ASEAN-China yang merupakan satu program kerjasama ekonomi 15 tahun dan Pengerusi EPG untuk merangka Piagam Asean. Kini Tun Musa merupakan Pengerusi

Yayasan Sime Darby, Pengerusi Panel Penasihat Antarabangsa CIMB Bank, Pengerusi Panel Pemilihan Antarabangsa Anugerah Diraja Kewangan Islam dan anggota Panel Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.

Tun Musa berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera (Universiti Malaya) dan ijazah Sarjana Sastera (University of Sussex). Beliau adalah felo tamu di Harvard University. Di atas sumbangan bakti beliau kepada negara, beliau telah dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia anugerah tertinggi Malaysia yang membawa gelaran “Tun”.

2/TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN

Tan Sri Samsudin berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya serta ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

Tan Sri Samsudin adalah Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Panel Pelaburan KWSP, BIMB Holdings Berhad, Sime Darby Industrial Holdings Sdn Bhd, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Anugerah Sains Mahathir dan beberapa syarikat sendirian berhad yang lain. Tan Sri Samsudin juga adalah

Pro Canselor Universiti Malaysia Terengganu dan Canselor Universiti Kolej Bestari.

Tan Sri Samsudin merupakan Pengerusi Universiti Utara Malaysia dari tahun 2006 hingga 2016, Majlis Perundingan Perpaduan Negara dari tahun 2013 hingga 2015, Presiden Perbadanan Putrajaya dari tahun 2004 hingga Julai 2012 dan Ketua Setiausaha Kerajaan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2006. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha kepada dua (2) kementerian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (1994) dan Kementerian dalam Negeri (1996). Tan Sri Samsudin merupakan Pemangku Pengerusi Sime Darby Berhad dari 8 November 2012 hingga 1 Julai 2013.

3/TAN SRI KISHU TIRATHRAI

Tan Sri Kishu Tirathrai adalah Felo Mahkamah Institut Pengurusan Malaysia, Felo Institut Pengarah Malaysia, Ahli Majlis Penasihat Rundingan Meja Bulat Korporat Malaysia dan ahli Rundingan Meja Bulat Panel Malaysia-British.

Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Bank Negara Malaysia, Perbadanan Produktiviti Negara dan Kumpulan Industri Kerajaan

2

1

3

L APORAN TAHUNAN 2016 017

MAJLISPENASIHAT

Malaysia bagi Teknologi Tinggi. Beliau adalah Pengerusi Pengasas Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Sampoerna Holdings Bhd dan KL City ASMIC Unit Trust Management Bhd.

Tan Sri berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari University of Bath, United Kingdom.

4/TAN SRI PANGLIMA ANDREW SHENG LEN TAO

Tan Sri Panglima Andrew adalah Ketua Penasihat Suruhanjaya Pengawalseliaan Perbankan China dan Ahli Lembaga Khazanah Nasional Berhad.

Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat Antarabangsa Perbadanan Pelaburan China, Bank Pembangunan China, Majlis Penasihat Shanghai sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa dan Majlis Antarabangsa Universiti Freie, Berlin. Beliau merupakan Profesor Adjung di Pusat Pengajian Siswazah Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Tsinghua, Beijing dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Abdul Razak. Tan Sri telah berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong dari tahun 1998-2005, setelah berkhidmat dengan Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong dan Bank Negara Malaysia. Beliau juga telah berkhidmat dengan Bank Dunia dari tahun 1989-1993. Dari tahun 2003- 2005, beliau mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO).

5/TAN SRI ROBERT KUOK HOCK NIEN

Tan Sri Robert Kuok adalah Pengerusi Kerry Group Ltd. Beliau bersara dari urusan kebanyakan perniagaan beliau pada tahun 2000.

Kumpulan Syarikat Kuok aktif dalam perdagangan komoditi, pembangunan perladangan gula dan kelapa sawit, pembangunan hartanah termasuk hotel serta pengurusan, logistik, perkapalan, insurans dan pelaburan am.

Kumpulan ini terdiri daripada beberapa syarikat swasta dan beberapa syarikat awam tersenarai di Malaysia, Singapura, Hong Kong, China, Thailand dan Filipina.

6/TAN SRI SHAHRIR BIN ABDUL SAMAD

Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad telah dilantik ke Majlis Penasihat pada 1 Januari 2014.

Tan Sri merupakan Setiausaha Parlimen di Pejabat Perdana Menteri dari tahun 1978-1979. Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perbendaharaan dari tahun 1980-1981, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa dari tahun 1982- 1983. Pada tahun 1983, beliau memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Jabatan Kebajikan pada tahun 1985.

Di samping memegang jawatan dalam kerajaan. Tan Sri juga aktif dalam aktiviti Parlimen termasuk tugas antarabangsa sebagai Ahli EXCO Persatuan Parlimen Komanwel (CPA), dan kemudian menjadi Presiden persatuan tersebut. Beliau juga adalah Pengerusi Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC). Tan Sri juga merupakan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Tan Sri berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Statistik dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari IMD Business School, Switzerland.

4

5 6

018 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) telah ditubuhkan pada tahun 2008 untuk mengukuhkan prestasi Pihak Berkuasa dengan membantu ia berfungsi secara produktif. Ia bertanggungjawab untuk membuat keputusan operasi yang biasanya berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa. Pada tahun 2016, EXCO bermesyuarat sekali, pada bulan Mac.

AHLI-AHLITAN SRI DR. MOHD IRWAN SERIGAR BIN ABDULL AH Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan

DATUK SERI DR. RAHAMAT BIVI BINTI YUSOFF Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

DATO’ AHMAD HUSNI BIN HUSSAIN Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri

DATO’ HAJI ISMAIL BIN KARIM Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

DATUK ABDUL L ATIF BIN BANDI Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

DATUK HISHAM BIN HAMDAN Pengarah Eksekutif, Pelaburan, Khazanah Nasional Berhad

DATUK ISMAIL BIN IBRAHIM Ketua Eksekutif IRDA

DATO’ BENJAMIN BIN HAJI HASBIE Pesuruhjaya Persekutuan IRDA

MOHAMED BIN SA’EL AL Pesuruhjaya Persekutuan IRDA

NOR HISHAM BIN MOHD YUSOF Pesuruhjaya Persekutuan IRDA

PENGERUSIDATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDINMenteri Besar Johor

L APORAN TAHUNAN 2016 019

JAWATANKUASA KELULUSAN & PEL AKSANAAN

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan (AIC) dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, manakala ahli-ahli terdiri daripada wakil dari agensi-agensi Persekutuan dan Negeri.

PENGERUSIDATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDINMenteri Besar Johor

DI BAWAH SEKSYEN 30(4) AKTA IRDA 664, AIC BERTANGGUNGJAWAB UNTUK:

• Mengenal pasti cadangan pembangunan dan pelaburan utama atau strategik dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;

• Memantau status semua kelulusan berhubung cadangan pembangunan dan pelaburan utama atau strategik tersebut;

• Menyelaras peranan dan aktiviti semua entiti kerajaan yang berkaitan untuk mempercepat pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama atau strategik;

• Mengenal pasti apa-apa kesulitan atau isu-isu yang timbul ketika pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama

AHLI-AHLI• Ketua Eksekutif IRDA• Wakil Kanan – Kementerian Kewangan• Wakil Kanan – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)• Wakil Kanan – Kementerian Dalam Negeri (KDN)• Wakil Kanan – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)• Wakil Kanan – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar• Wakil Kanan – Kementerian Kerja Raya (KKR)• Wakil Kanan – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)• Wakil Kanan – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri• Wakil Kanan – Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri• Wakil Kanan – Unit Perancang Ekonomi Johor• Pengarah Negeri – Pejabat Tanah dan Galian Johor• Pengarah Negeri – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Johor• Pesuruhjaya Persekutuan IRDA • Pesuruhjaya Negeri IRDA • Yang Dipertua semua Pihak Berkuasa Tempatan di Iskandar Malaysia

– Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru – Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah – Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Pasir Gudang – Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kulai – Yang Dipertua, Majlis Daerah Pontian

atau strategik tersebut serta mengambil atau mengesyorkan langkah dan tindakan pentadbiran yang sesuai untuk menyelesaikan masalah atau isu tersebut;

• Melaporkan status pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama atau strategik kepada Pihak Berkuasa; dan

• Menjalankan mana-mana fungsi atau kewajipan lain yang diwakilkan kepadanya oleh Pihak Berkuasa.

Pada tahun 2016, AIC bermesyuarat pada Februari, Julai, Oktober dan November.

020 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PROFIL PENGURUSAN KANAN

1/DATUK ISMAIL BIN IBRAHIMKetua Eksekutif

Sila rujuk halaman 015.

2/DATO' BENJAMIN BIN HAJI HASBIEPesuruhjaya Persekutuan Bersara pada 31 Mac 2016

Dato’ Benjamin memegang ijazah Sarjana dalam Undang-Undang Perbandingan (1996) dan Ijazah Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1994). Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah di Kuching, Sarawak. Beliau kemudiannya berkhidmat di Meja Politik & Sosial Cawangan Khas Sarawak.

Pada tahun 1994, beliau telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di mana beliau berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan dan kemudian sebagai Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan). Pada tahun 2004, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Melaka, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka. Pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai Komandan, Maktab Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Turus (Urusetia Ketua Polis Negara) di Ibu Pejabat Polis Persekutuan.

Dato’ Benjamin menyertai IRDA pada Mei 2009. Beliau kini mengetuai Pejabat Pesuruhjaya sebagai Pesuruhjaya Persekutuan di bawah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif.

3/MOHAMMED RIDHA BIN DATO’ HAJI ABD. KADIRPesuruhjaya Negeri

Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir ialah Timbalan Pengarah pasukan Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan telah memegang jawatan ini sejak Mei 2014. Beliau juga ialah Pesuruhjaya Negeri IRDA.

Sebelum ini, Mohammed Ridha juga merupakan Timbalan Pengarah II Pejabat Tanah dan Galian Johor, Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Kota Tinggi, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jawatan Kumpulan (Cuti Belajar) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Timbalan Pengarah Unit Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor, Penolong Bendahari di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, dan Penolong Pendaftar Tanah, Pejabat Tanah Johor Bahru. Mohammed Ridha juga merupakan ahli lembaga pengarah Pusat Pelaburan Negeri Johor dan Prisma Harta Sdn Bhd.

Mohammed Ridha memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Ekonomi) dari Universiti Pertanian Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia.

4/ASHARI BIN KASNANPesuruhjaya Negeri

Ashari bin Kasnan merupakan Pesuruhjaya Negeri IRDA. Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan dan menjalankan tanggungjawab yang ditetapkan di bawah Seksyen 30(4) Akta IRDA 664 yang termasuk memantau status kelulusan pembangunan yang utama dan strategik dan menangani apa-apa kesulitan yang dihadapi dalam memperoleh kelulusan seumpama itu.

Pelantikan Ashari sebagai Pesuruhjaya Negeri adalah berdasarkan peminjaman dan secara sambilan untuk berkhidmat bersama Pesuruhjaya Negeri sedia ada, Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir. Ashari juga kini merupakan Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Johor Bahru, jawatan yang disandangnya sejak 3 Jun 2013. Sebelum ini, Ashari berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor di pelbagai Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah di Kota Tinggi, Kluang, Muar dan Johor Bahru. Beliau juga pernah berkhidmat dengan INTAN Wilayah Selatan dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd.

Ashari memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perhubungan Antarabangsa dari University of Keele, Staffordshire di United Kingdom.

1

3

2

L APORAN TAHUNAN 2016 021

PROFILPENGURUSAN KANAN

5/NOR HISHAM BIN MOHD YUSOFPesuruhjaya Persekutuan Pengarah Pengurusan Korporat & Kewangan

Nor Hisham bin Mohd Yusof merupakan Pesuruhjaya Persekutuan dan Pengarah Pengurusan Korporat & Kewangan IRDA. Beliau bertindak sebagai ketua pegawai perhubungan antara IRDA dan Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan Malaysia serta menyelia fungsi-fungsi Kewangan, Perancangan Korporat, Pembangunan Perniagaan, Kerjasama Sektor Awam dan Swasta dan Penambahbaikan Proses Perniagaan IRDA. Beliau menyertai IRDA sejak penubuhannya pada 1 Mac 2007.

Seorang akauntan dengan pengalaman profesional selama lebih dua dekad dalam syarikat multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan. Hisham telah bekerja dalam pelbagai bidang seperti perancangan strategik, penggalakan perdagangan, pembangunan perniagaan, tadbir urus korporat, pengurusan risiko dan hal ehwal korporat, di mana beliau memperoleh pengalaman berharga di dalam dan di luar negara.

Beliau menamatkan pengajian dari University of Kent di Canterbury, United Kingdom dengan ljazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas dalam Perakaunan dan Sains Pengurusan pada tahun 1991.

Beliau merupakan Ahli Bersekutu, Institute of Chartered Accountants di England dan Wales, Akauntan Bertauliah dengan lnstitut Akauntan Malaysia dan Ahli Berkanun lnstitut Juruaudit Dalaman (Malaysia). Beliau juga merupakan Juruaudit Dalaman Bertauliah (Amerika Syarikat) dan Penjamin Pengurusan Risiko Bertauliah (CRMA). Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Peringkat Wilayah bagi lnstitut Akauntan Malaysia di Negeri Johor selama dua penggal dari 2012 hingga 2014.

6/ENGKU AHMAD KAMEL BIN ENGKU TAIBPengarah, Ekonomi & Pelaburan

Engku Kamel menyertai IRDA pada Februari 2010 sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Prestasi Korporat yang menyelia fungsi Pejabat Perancangan Korporat dan Pengurusan Program. Kini sebagai Pengarah Ekonomi & Pelaburan, beliau menyelia pembangunan sembilan sektor ekonomi yang digalakkan, perumusan dan penyediaan insentif serta risikan perniagaan.

Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam sektor perbankan, minyak & gas, perundingan IT, pembuatan automatif dan penyumberan luar proses perniagaan di negara-negara seperti Malaysia, United Kingdom, Singapura, Thailand dan Filipina, menjalankan peranan dalam perbankan runcit, pemasaran dan peruncitan minyak dan gas serta pelaksanaan sistem. Beliau juga berpengalaman dalam pengurusan persekitaran sistem pembuatan dan jualan dan telah mengetuai sebuah firma penyumberan luar terminal khidmat layan diri.

Engku Kamel memperoleh Ijazah Sarjana Muda Matematik dari Lancaster University, UK, dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Cranfield University, UK

4

5

6

022 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PROFILPENGURUSAN KANAN

7/MOHAMAD BIN SA’ELALPesuruhjaya Persekutuan Pengarah, Pusat Khidmat Iskandar

Mohamad bin Sa’elal berkelulusan ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Institut Teknologi Mara (1982). Beliau merupakan seorang jurulatih berdaftar dengan Institut Berkanun Personel dan Pembangunan (CIPD), UK dan ahli Persatuan Adjudikator. Mohamed mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam jawatan kanan di pelbagai syarikat pembangunan hartanah di Malaysia.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, antara lain, The Curve, Hotel Damansara Royale, IKEA Mutiara Damansara, Kampus Malaysia Universiti Nottingham, Iskandar Malaysia, Puteri Harbour di Iskandar Puteri. Mohamad menyertai IRDA pada Februari 2010. Beliau telah menyandang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Perancangan Bersepadu, Ketua Projek dan PMO, dan Ketua Pusat Perkhidmatan Iskandar sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Persekutuan pada Mac 2016. Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah Prisma Sdn Bhd.

8/SAFUAN BIN YUSOFPengarah, Urban Observatory

Safuan menyertai IRDA pada Mac 2009 sebagai Ketua Pegawai Maklumat. Beliau juga bertanggungjawab dalam memantau pelaksanaan Rangka Tindakan ICT Iskandar Malaysia, yang bermatlamat menjadikan infrastruktur ICT Iskandar Malaysia bertaraf antarabangsa menjelang 2020.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sokongan ICT, pembangunan perisian, pengurusan projek dan perundingan ICT. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pengaturcara Perisian di DEC Ltd (UK), syarikat ICT kedua terbesar di dunia pada masa itu. Beliau kemudian pulang ke Malaysia untuk berkhidmat sebagai Pengaturcara Analisis di Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. Ini merupakan permulaan kerjaya beliau dalam pengurusan ICT di syarikat-syarikat besar lain termasuk

Sapura Digital Sdn Bhd, EON Berhad, KLB Berhad, MISC Berhad, British American Tobacco (M) Berhad, dan DHL (Cyberjaya). Beliau ialah Ketua Pegawai Maklumat di Titan Chemicals Berhad di Johor selama tiga tahun sebelum menyertai IRDA. Dengan demikian, beliau membawa pengalaman luas dan mendalam yang diperoleh menerusi perkhidmatan dalam pelbagai industri termasuk minyak & gas, logistik, petrokimia, telekomunikasi, dan perkilangan.

Safuan memperoleh Sarjana Falsafah dalam Pertuturan Komputer dan Pemprosesan Bahasa dari Cambridge University, dan memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat dari Surrey University.

9/MAIMUNAH BINTI JAFFARKetua, Perancang dan Pematuhan

Maimunah binti Jaffar merupakan lulusan University of Arizona, Tucson, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai pengalaman selama 25 tahun sebagai arkitek dan pernah bekerja di Amerika Syarikat selama empat tahun sebelum pulang ke tanah air pada tahun 1992 dan menyertai Arkitek Jururancang Malaysia. Beliau kemudiannya bersama AJM Planning and Urban Design Group sebagai Perekabentuk Bandar.

Beliau merupakan seorang Perunding yang terlibat dalam penyediaan Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia pada tahun 2006 dan memainkan peranan utama dalam kajian semula dokumen tersebut sebelum menyertai IRDA pada tahun 2007. Beliau kini merupakan Ketua Perancang & Pemantauan, dan bertanggungjawab dalam memastikan penglibatan dan peranan pihak berkepentingan adalah sejajar dengan visi Iskandar Malaysia. Ini dilaksanakan dengan membangunkan dan menyediakan rangka kerja kemampanan seperti rangka kerja Bandar Pintar Iskandar Malaysia. Beliau juga memacu dan memudah cara inisiatif pelan tindakan utama, memberi khidmat nasihat mengenai pematuhan pembangunan; dan menyediakan nasihat dan hala tuju dasar persekitaran strategik bagi Iskandar Malaysia melalui inisiatif Agenda Hijau.

8

7

9

L APORAN TAHUNAN 2016 023

PROFILPENGURUSAN KANAN

10/MOHD REDZUAN BIN MOHD SOFIANKetua, Ekosistem Perniagaan

Redzuan menyertai IRDA pada 2007, beliau merupakan lulusan dari Northwestern University, Amerika Syarikat dengan ljazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Beliau kemudiannya melanjutkan pendidikannya di University of Birmingham, UK di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Beliau merupakan seorang Jurulatih Utama dan ahli lnstitut Personel dan Pembangunan Berkanun (CIPD) di UK. Beliau memulakan kerjayanya bersama PETRONAS sebagai jurutera dan kemudian menyertai Kurita Chemicals di Jepun sebagai Ketua Pegawai Operasi. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Operasi di Kumpulan Perniagaan dan Ekonomi Arab.

11/HANIZAH BINTI MUHAMMADKetua, Audit Dalaman

Hanizah menyertai IRDA pada November 2009 dan bertanggungjawab dalam pengauditan sistem dan proses dalaman IRDA. Beliau melapor terus kepada Jawatankuasa Audit.

Pengalaman kerjaya beliau selama 20 tahun bermula dengan perkhidmatan beliau di sebuah firma perakaunan berkanun di UK sebelum pulang ke Malaysia untuk menyertai Malaysia National Insurance sebagai Ketua Perbendaharaan di bahagian kewangan. Penglibatan beliau dalam bidang audit dalaman dan pengurusan risiko bermula apabila beliau menyertai Sapura Holdings Sdn Bhd. Beliau merupakan anggota lembaga pengarang Institut Juruaudit Dalaman Malaysia, dan telah menyandang jawatan-jawatan kanan audit dalaman di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan Faber Group Berhad semasa berkhidmat dengan syarikat-syarikat tersebut.

Hanizah memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Lancashire Polytechnic, Preston, dan memperoleh Pensijilan dalam Pengurusan Risiko. Beliau juga ialah Juruaudit Dalaman Bertauliah dan Ahli Berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia.

12/RUGAYAH YASMIN BINTI IBRAHIMKetua, Pengurusan Modal Insan

Rugayah Yasmin binti Ibrahim menyertai IRDA pada 5 September 2007 sebagai Naib Presiden Pengurusan Modal Insan. Pada bulan Julai 2010, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia di mana beliau bertanggungjawab ke atas semua hal modal insan di IRDA yang melibatkan usaha mengurus, mengintegrasi dan mengarah semua inisiatif pengurusan modal insan. Pada bulan Mei 2016, fungsi pentadbiran menjadi sebuah unit di bawah Pengurusan Modal Insan.

Rugayah memperoleh ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Ohio, Athens, Amerika Syarikat pada tahun 1983. Beliau telah memulakan kerjaya dalam Sumber Manusia pada 1983 sebagai Pegawai Sumber Manusia di Advanced Micro Devices, sebuah syarikat multinasional di Pulau Pinang. Pada 1989, beliau menyertai Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Berhad, syarikat di bawah Renong Group, sebagai Penolong Pengurus di mana beliau bertanggungjawab menyelia unit pampasan dan manfaat di Bahagian Sumber Manusia. Rugayah kemudiannya dipindahkan ke Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) pada tahun 1995 bagi mengetuai Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia. Pada tahun berikutnya beliau dipilih untuk menyertai Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), sebuah syarikat bersekutu Gamuda Group. Pada tahun 2004, beliau menyertai Pos Malaysia Berhad sebagai Timbalan Pengurus Besar terlibat secara langsung dalam inisiatif transformasi syarikat pos tersebut.

1 0

1 1

1 2

024 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

13/BALBEER SINGH JESSYKetua, Khidmat Perundangan dan Kesetiausahaan

Balbeer memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of New England, Australia (2003), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of London dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga memiliki Sijil Amalan Guaman (CLP) dari Lembaga Kelayakan Malaysia dan telah menyertai Badan Peguam Malaysia pada tahun 2004.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Penerbit TV di USM. Beliau seterusnya berkhidmat di New Straits Times di mana beliau telah menyandang beberapa jawatan termasuk Penolong Editor, Ketua Biro, Pemangku Editor dan Penolong Editor Berita.

Beliau kemudiannya menyertai bidang pengiklanan dan dilantik sebagai Pengarah Akaun Kumpulan dan Pengurus Besar Perhubungan Awam di sebuah agensi tempatan di mana beliau menguruskan beberapa pelanggan besar. Balbeer menyertai IRDA pada Jun 2007 sebagai Penolong Naib Presiden, Komunikasi Strategik. Pada Julai 2011, beliau dilantik sebagai Ketua Khidmat Perundangan dan Kesetiausahaan.

14/SULAIMAN BIN YAHYAKetua, Komunikasi Strategik

Sulaiman memperoleh ljazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pemprosesan Data dan Pengurusan dari University of Leeds, United Kingdom pada tahun 1987. Sebelum menyertai IRDA, beliau merupakan Ketua Komunikasi Korporat di DRB-HICOM Berhad. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang komunikasi dan penjenamaan dan pernah mengendali fungsi dalam bidang ini di pelbagai syarikat seperti Renong Berhad (kini UEM Berhad). Malaysian Resources Corporation Berhad dan Scomi Group Berhad.

Sebelum menceburi bidang komunikasi, beliau telah berkhidmat sebagai Penganalisis Tukaran Asing di Affin Bank selama empat tahun. Seterusnya, beliau pernah berkhidmat selama 2 tahun sebagai Editor Ekonomi bagi segmen berita di Metrovision (kini 8TV).

Beliau mula berkhidmat dalam sektor awam apabila dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

15/MOHD ZAM BIN MUSTAMANKetua, Projek dan PMO

Mohd Zam menyertai IRDA pada tahun 2012 sebagai Naib Presiden Kanan di Bahagian Pembangunan Korporat dan Kewangan dan menjadi Ketua Bahagian sejak 1 Januari 2015. Beliau bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek infrastruktur awam Kerajaan Persekutuan di Iskandar Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Panel Pakar NAPREC di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dalam Undang-Undang & Dasar Harta Tanah.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang perkhidmatan korporat, pembangunan, pengurusan hartanah dan projek, undang-undang korporat, penilaian dan pembangunan perniagaan. Beliau pernah menyandang jawatan utama di Johor Corporation sebagai Pengurus Hartanah, Pengurus Besar dan Ketua Jabatan Bahagian Harta Tanah & Undang-Undang, Pembangunan Perniagaan dan Hal Ehwal Korporat antara tahun 1982 hingga 2005. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif (Pembangunan, Pentadiran & Hal Ehwal Undang-Undang) dan Ketua Setiausaha Syarikat Kumpulan di QSR Holdings Berhad dan KFC (Malaysia) Berhad, dua syarikat awam tersenarai di Malaysia antara tahun 2006 hingga 2012 dan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam syarikat awam tersenarai dan syarikat swasta berhad di bawah naungan Johor Corporation, antara lain, di Damansara Realty Berhad, Al Aqar REITS Berhad, Johor Land

PROFILPENGURUSAN KANAN

1 4

1 3

1 5

L APORAN TAHUNAN 2016 025

16/BOYD DIONYSIUS JOEMANKetua, Alam Sekitar

Boyd Dionysius Joeman telah terlibat dalam perancangan dan pengurusan alam sekitar sejak tahun 1990 dengan mengendalikan kajian dan projek di Malaysia dan di luar negara sebelum menyertai IRDA pada tahun 2008. Beliau memperoleh ijazah dalam Perancangan Bandar di UK, di mana beliau telah bekerja selama lebih 20 tahun sebelum kembali ke Sabah. Bekas Ahli Institut Perancangan Bandar Diraja, Boyd juga telah mengikuti pengajian seni bina semasa di UK.

Boyd mengetuai Bahagian Alam Sekitar di IRDA yang bertanggungjawab dalam Pembangunan dan pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Rendah Karbon (LCSBPIM 2025) bersama Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kyoto, Universiti Okayama dan Insitut Pengajian Alam Sekitar Nasional Jepun. LCSBPIM 2025 merupakan dokumen pertama seumpamanya yang pernah dilaksanakan di Malaysia dan templatnya kini telah digunakan dalam penyediaan dokumen LCS yang sama untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negara ASEAN lain.

Di samping menyelia Bahagian tersebut, tugas semasa Boyd di Iskandar Malaysia merangkumi pelaksanaan LCSBPIM di peringkat pihak berkuasa tempatan menerusi Pelan Tindakan LCS untuk 5 Pihak Berkuasa Tempatan, melaksanakan CASBEE dan kaedah penilaian lain bagi kecekapan bangunan dan penggalakan Inisiatif Bandar Raya Masa Depan.

Boyd bertanggungjawab bagi perancangan dan pengurusan alam sekitar di Iskandar Malaysia dan telah membantu dalam penyediaan beberapa pelan tindakan pembangunan dan pengurusan alam sekitar, termasuk Pelan Tindakan Perancangan Alam Sekitar, Pelan Pengurusan Garis Pantai dan Garis Panduan Ekonomi Hijau bagi Iskandar Malaysia.

Boyd telah menulis buku-buku, kertas kerja dan rencana mengenai perancangan spatial dan topik-topik yang berkaitan dengan alam sekitar termasuk kesedaran dan penglibatan pihak

awam, Charrettes, Pemeriksaan Taraf Ekonomi Penilaian Kampung dan Pusat Bandar serta LCS. Beliau kerap memberi ceramah pada acara-acara tempatan dan antarabangsa.

17/SUHAILY BINTI ABDUL HAMIDKetua, Pembangunan Sosial

Dilahirkan di Batu Pahat, Suhaily Abdul Hamid menerima pendidikan awal beliau di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan menerima Ijazah Pertama dalam Perniagaan Pertanian (Kepujian), pengkhususan dalam bidang Pemasaran dari Universiti Putra Malaysia. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1997 di anak syarikat pengurusan hartanah Johor Corporation selama lima tahun sebelum dilantik sebagai Pengurus Bangunan bagi beberapa bangunan yang dimiliki oleh Johor Corporation.

Suhaily merupakan salah seorang anggota pelopor Pasukan Projek Khas yang ditubuhkan di Khazanah Nasional Berhad pada tahun 2005 untuk melaksanakan tugas bagi penyediaan Pelan Induk Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor (SJER) yang kini dikenali sebagai Iskandar Malaysia. Beliau dilantik sebagai Pengurus Program bagi semua perlaksanaan projek yang telah diberi komitmen kepada Kerajaan termasuk penubuhan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada tahun 2008 sebagai Naib Presiden Bahagian Pembangunan Sosial dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Kanan bahagian itu pada tahun 2010. Sepanjang 8 tahun perkhidmatan beliau di Bahagian Pembangunan Sosial, Suhaily telah memainkan peranan penting dalam penyediaan Pelan Perancangan Tahunan bahagian itu, termasuk menjalankan pelbagai inisiatif strategik pembangunan sosial. Beliau kini merupakan Ketua Bahagian Pembangunan Sosial bermula pada bulan Mac 2016.

Berhad, Tg Langsat Port Sdn Bhd dan syarikat-syarikat lain di Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Hong Kong dan India.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta) (Kepujian) dan Diploma Penilaian dari UTM dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Cardiff Law School, United Kingdom dan Sijil Amalan Guaman (Malaysia). Beliau telah menyertai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya (1993), Felo Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), ahli Pertubuhan Juruukur Berkanun Diraja Malaysia (MRICS), ahli Institut Pengurus Harta Profesional Malaysia (MIPPM), dan turut berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (BOVEAM). Beliau juga merupakan Ahli Majlis RISM dari tahun 2008 hingga 2014. Beliau ialah alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar.

PROFILPENGURUSAN KANAN

1 6

1 7

026 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

CARTA ORGANISASI DAN FUNGSI BAHAGIAN

KETUA EKSEKUTIF

AUDIT DAL AMAN

Datuk Ismail Ibrahim

Hanizah Muhammad

AHLI-AHLI PIHAK BERKUASA

EKONOMI & PEL ABURANEngku Ahmad Kamel Engku Taib

PENGURUSAN KORPORAT & KEWANGAN

Nor Hisham Mohd Yusof

KHIDMAT PERUNDANGAN & KESETIAUSAHAAN

Balbeer Singh Jessy

PROJEK & PMOMohd Zam Mustaman

PENGURUSAN MODAL INSANRugayah Yasmin Ibrahim

URBAN OBSERVATORYSafuan Yusof

PEMBANGUNAN SOSIALSuhaily Abdul Hamid

AL AM SEKITARBoyd Dionysius Joeman

EKOSISTEM PERNIAGAANMohd Redzuan Mohd Sofian

PERANCANGAN & PEMATUHANMaimunah Jaffar

KOMUNIKASI STRATEGIKSulaiman Yahya

PUSAT KHIDMAT ISKANDARMohamad Sa’elal

PESURUHJAYAPesuruhjaya Persekutuan dan

Pesuruhjaya Negeri

JAWATANKUASA AUDIT

INOVASI PERNIAGAAN PEMACU PERNIAGAAN MISB(MY Iskandar Sdn. Bhd.)

L APORAN TAHUNAN 2016 027

CARTA ORGANISASI DAN FUNGSI BAHAGIAN

PEJABAT PESURUHJAYA Menyelaras perhubungan dengan Kementerian-kementerian di peringkat Persekutuan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri serta mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan Kerajaan Asing, Pejabat-pejabat Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi. Berperanan untuk memajukan dan memudah cara isu-isu yang memerlukan penglibatan peringkat tinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi memastikan semua projek, inisiatif dan pembangunan di Iskandar Malaysia dilaksanakan dengan jayanya.

AUDIT DALAMAN Membantu Jawatankuasa Audit melaksanakan pengawasan dan penyeliaan bagi mengekalkan sistem kawalan dalaman yang kukuh untuk mencapai matlamat organisasi.

EKONOMI & PELABURAN Menjalankan penyelidikan perniagaan, perancangan dan pembangunan strategik bagi sembilan sektor yang digalakkan, perancangan pemasaran serta menyelaras dan memudahcarakan pemboleh daya strategik.

PEMBANGUNAN SOSIAL Meningkatkan penyertaan penduduk tempatan dalam pertumbuhan ekonomi dan memastikan pengagihan kekayaan yang saksama di kalangan pelbagai kumpulan dan kaum melalui pembangunan masyarakat, penyertaan dalam bidang ekonomi dan sosial serta perkongsian aset dan kekayaan.

ALAM SEKITAR Menyediakan nasihat dan hala tuju mengenai polisi alam sekitar strategik yang cemerlang dan teguh bagi lskandar Malaysia melalui Agenda bertumpu Hijau dan menyelia pelaksanaan Pelan Tindakan Rendah Karbon IRDA.

EKOSISTEM PERNIAGAAN Memperkukuh dan mempergiat pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan ekosistem perniagaan untuk menyokong pembangunan sembilan sektor yang dipromosikan dan membangun/menyelaras keperluan modal insan di Iskandar Malaysia.

PERANCANGAN & PEMATUHAN

Memastikan penjajaran pihak berkepentingan terhadap visi lskandar Malaysia dengan membangunkan dan menyediakan rangka kerja kemampanan melalui inisiatif bersepadu, termasuk pemantauan dan pelaksanaan semua inisiatif pelan tindakan.

KOMUNIKASI STRATEGIK Mewujudkan jenama yang kukuh bagi lskandar Malaysia dan mempromosi sembilan sektor yang digalakkan melalui penglibatan yang berkesan bersama pihak berkepentingan dan media.

PUSAT KHIDMAT ISKANDAR Menyediakan perkhidmatan pemudahcaraan dan pemprosesan komprehensif merupakan salah satu komponen kritikal dalam menentukan kelancaran keseluruhan usaha pembangunan di lskandar Malaysia.

PENGURUSAN KORPORAT & KEWANGAN

Membangunkan pelan perniagaan strategik korporat tahunan dan penilaian risiko, pengurusan kewangan dan perbendaharaan IRDA, meningkatkan proses pemiagaan dengan pihak berkepentingan, pemudahcaraan dan pengkomersialan Kerjasama Awam-Swasta (PPP) bagi infrastruktur dan perkhidmatan awam, serta membangunkan dan mengenal pasti peluang perniagaan dan model perniagaan berdaya maju yang membawa kepada aktiviti menjana pendapatan.

PROJEK DAN PEJABAT PENGURUSAN PROGRAM

Melaksanakan dan memantau projek-projek strategik dari peringkat permulaan sehingga penyerahan projek, menyediakan sokongan pengurusan projek dan menjalankan kajian penilaian impak dan hasil pencapaian projek.

KHIDMAT PERUNDANGAN & KESETIAUSAHAAN

Menyediakan perkhidmatan undang-undang, dan khidmat kesetiausahaan yang cekap kepada IRDA dan bahagian-bahagiannya.

PENGURUSAN MODAL INSAN Menyediakan perkhidmatan HCM yang cemerlang dan menjadikan IRDA sebagai sebuah organisasi yang efisien dengan budaya kerja berprestasi tinggi dan tenaga kerja yang sesuai sebagai pencetus perubahan.

URBAN OBSERVATORY Menjadikan Wilayah Iskandar Malaysia sebuah Bandar Pintar & Mampan, dilengkapi dengan infrastruktur dan perkhidmatan ICT bertaraf antarabangsa, di mana keputusan bermaklumat adalah berpandukan sumber data yang boleh dipercayai.

028 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

JANUARI14 Januari

Persidangan Diteraju Komuniti Iskandar Malaysia Ke-3 Persidangan tersebut merupakan platform untuk berinteraksi dan memaklumkan perkembangan dan peluang terkini di Iskandar Malaysia kepada masyarakat Cina yang menerajui komuniti perniagaan dan perdagangan. Acara yang diteraju komuniti ini menggalakkan perkongsian tanggungjawab bersama pihak berkepentingan di Iskandar Malaysia.

Persidangan tersebut dianjurkan bersama oleh Persatuan Cina Johor Bahru, Dewan Perniagaan & Industri Cina Johor Bahru dan Southern University College.

FEBRUARI 14 Februari

DropVest Pro (Program Pemilikan dan Kesedaran Hartanah) DropVest Pro telah diadakan di Rumah Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri. Program ini dianjurkan oleh Alumni program pembangunan usahawan yang dikenali sebagai Dropcash dengan objektif untuk mendidik dan menggalakkan kepentingan pemilikan aset dalam kalangan usahawan muda dalam talian.

19 Februari

Majlis Pemimpin Pelajar Johor (JSLC)Dialog bersama Ketua Eksekutif IRDA dan Penyerahan Surat Pelantikan JSLC sempena Program Pemimpin Korporat Muda.

20-21 Februari

Acara “HomeFinder” Acara ini mengetengahkan maklumat pencapaian dan pembangunan terkini Iskandar Malaysia melalui pameran dan beberapa sesi jaringan kerja. Ia juga

memaparkan inisiatif IRDA dan pihak berkepentingan yang mengambil bahagian ke arah membina ekosistem yang mampan di Iskandar Malaysia.

28 Februari

Kempen “Tiada Pelajar yang Ketinggalan” Kempen Tiada Pelajar yang Ketinggalan 2016 merupakan inisiatif untuk menyediakan peluang dan kandungan pembelajaran terbaik untuk setiap pelajar di Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang sosial mereka.

29 Februari

IRDA mengumumkan jumlah pelaburan komited kumulatif sebanyak RM190.29 bilion dari 2006 sehingga 31 Disember 2015

MAC6 Mac

Majlis Pelancaran Pelan Pertumbuhan Strategik Johor dan Rancangan Pembangunan Komprehensif ii 2014-2025 (CDPii) bagi Iskandar Malaysia Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kedua-dua dokumen ini menggariskan dengan jelas kepada orang ramai mengenai hala tuju pertumbuhan dan pembangunan di Iskandar Malaysia dan negeri Johor.

15 Mac

Majlis Menandatangani MoU diantara IRDA dan UK Trade & Investment bersempena dengan UK Trade & Investment’s GTi320 Connected Cities MissionMoU ini mengalakkan kerjasama dalam mempromosikan projek-projek percubaan dan bahan-bahan serta teknologi hijau yang baru untuk ‘Sustainable Smart Cities’. Ia juga menggalakkan kolaborasi antara ahli akademik dan pemain industri dengan mengenalpasti rakan-rakan, dari UK dan tempatan, untuk melaksanakan projek-projek penyelidikan dan pembangunan serta inovasi di Iskandar Malaysia.

26 Mac

Kembara Hari Tanpa Kereta Besar-BesaranProgram ini adalah sejajar dengan Inisiatif Bandar Sihat Pintar & Komuniti untuk menambah baik kualiti hidup dan memupuk gaya hidup sihat dan rasa kekitaan sesama Masyarakat di Iskandar Malaysia. Oleh itu, kami menggalakkan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kayuhan yang dianjurkan sempena Hari Tanpa Kereta Besar-Besaran dan Kayuhan Bandaraya sempena acara Kembara Mahkota.

31 Mac

Riders’ Corner di Swiss Inn Riders’ Corner telah dibangunkan sebagai tempat perhentian selamat dan kawasan berehat bagi para penunggang yang menjalankan aktiviti menunggang di Johor Bahru.

APRIL10 April

Pelancaran Program “Urban Farming” Iskandar Malaysia 6 komuniti di Iskandar Malaysia telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor sebagai tanda permulaan program “Urban Farming” yang akan meningkatkan pendapatan sedia ada mereka. Program ini juga membantu menambah pendapatan mereka sambil mengurangkan kos kehidupan melalui inisiatif “Farm to Eat” dan ‘Farm to Sell”.

16 April

Pelancaran Hab Global Business Services (GBS) Dilancarkan oleh Menteri Perdangan dan Industri Antarabangsa, GBS Iskandar adalah satu program khas yang telah dibangunkan bersama dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor untuk membantu syarikat-syarikat tempatan dan antaranbangsa membuka perniagaan mereka di wilayah ini.

SOROTAN UTAMA 2016

L APORAN TAHUNAN 2016 029

23 & 24 April

Iskandar Malaysia Open Day (IMOD) & Pelancaran The Iskandar Malaysia Accolades (TIMA) Diadakan di sebuah pusat membeli-belah di bandaraya Johor Bahru, IMOD mengenengahkan perjalanan dan pencapaian Iskandar Malaysia kepada orang ramai dengan cara yang mudah tetapi menarik. Pada masa yang sama, TIMA telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor untuk untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada amalan hartanah yang sejajar dengan visi, sasaran dan objektif wilayah ini.

23 April

IRDA mengumumkan jumlah pelaburan komited kumulatif sebanyak RM202.45 bilion dari 2006 sehingga 31 Mac 2016

24-27 April

Promosi Pelaburan Serantau Iskandar Malaysia – Indonesia (IMITRA) Jakarta IMITRA ialah platform promosi pelaburan khas yang diterajui oleh IRDA untuk mensasarkan pelaburan daripada Indonesia.

28 April

Majlis menandatangan MoU mengenai Perjanjian Halal GlobalMoU ini adalah berkenaan pembabitan pihak berkepentingan dalam Ekonomi Halal, iaitu kerajaan, oganisasi perniagaan dan pengguna untuk bekerjasama dalam melaksanakan ekosistem Halal sebagai pengganda ekonomi bagi industri tempatan.

MEI12-15 Mei

Misi Perdagangan Iskandar Malaysia ke Xi’an, ChinaSatu persidangan meja bulat yang disertai oleh wakil-wakil dari IRDA, Kazakhstan, India, Pakistan dan Shaanxi Provincial Committee yang membincangkan kepentingan membangunkan semula ‘Silk Trade’.

14 Mei

Larian Amal Iskandar Pulai Spring Acara ini merupakan kerjasama antara SJKC Pu’ Tze dan Pulai Spring Resort untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar sekolah.

26 Mei

Adopt-a-Park & Hutan Kita Dilancarkan oleh Tun Jeanne Abdullah, acara ini diadakan untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan acara penanaman pokok yang diadakan bagi menyokong inisiatif Masyarakat Rendah Karbon.

28-30 Mei

Promosi Pelaburan Serantau Iskandar Malaysia – Indonesia (IMITRA) Bandung IMITRA ialah platform promosi pelaburan khas yang diterajui oleh IRDA untuk mensasarkan pelaburan daripada Indonesia.

JUN3 Jun

Pesta Kerjaya Iskandar Malaysia 2016 Siri 1Pesta Kerjaya Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) (Siri 1) telah diadakan di Hotel DoubleTree Hilton, yang menarik lebih 4,000 pencari kerja yang bertemu dengan 90 syarikat yang menawarkan lebih 2,500 jawatan untuk dipenuhi.

12 Jun

Program Penambahbaikan Kg Kuala MasaiIni merupakan program transformasi untuk menambah baik laluan ke kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan.

Menteri Besar Johor melawat kampung tersebut untuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai kemajuan dan manfaat keseluruhan program tersebut.

22 Jun

Pelancaran Iskandar Malaysia Social Hero Awards (IMSHA)Iskandar Malaysia Social Hero Awards (IMSHA) 2016, anugerah pengiktirafan NGO paling berprestij di wilayah Iskandar Malaysia, telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim.

Kini dalam tahun ketiga penganjurannnya, IMSHA bertujuan untuk meraikan mereka dari sektor sosial yang telah menabur bakti dalam usaha murni mereka. Melalui proses pencalonan dan semakan, IMSHA mengenal pasti dan memberi pengiktirafan kepada individu, organisasi dan pertubuhan sosial yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat melalui khidmat kemasyarakatan yang memberi kesan mendalam dan bermakna di wilayah Iskandar Malaysia.

JULAI17 Julai

Rumah Terbuka Hari Raya IRDAAcara Rumah Terbuka yang telah diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Johor ini adalah sebagau satu tanda perhargaaan IRDA kepada semua pihak berkepentingannya, termasuk pemaustatin Rumah Iskandar Malaysia di mana acara ini telah diadakan.

27 Julai

Misi Pelaburan ke Singapura Diterajui oleh IRDA, satu taklimat telah diadakan kepada perwakilan dari Jepun di Singapura dengan sokongan Japanese Chamber of Commerce & Industry (JCCI).

030 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

SOROTAN UTAMA 2016 (SAMBUNGAN)

28 Julai

Pertandingan Bercerita Visual Ceria Iskandar Malaysia Objektif Pertandingan Bercerita Visual Ceria Iskandar Malaysia (IMVISTO) bagi golongan belia adalah untuk mempromosi Iskandar Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk ‘melabur, bekerja, bermaustatin, dan beriadah’.

OGOS2-4 Ogos

Promosi Pelaburan Serantau Iskandar Malaysia – Indonesia (IMITRA) Jakarta IMITRA ialah platform promosi pelaburan khas yang diterajui oleh IRDA untuk mensasarkan pelaburan daripada Indonesia.

13 Ogos

Pelancaran Riders’ Point & Pertukaran Dokumen “Adopt-A-Park”Riders’ Point di Seri Austin telah dilancarkan oleh Exco Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Johor untuk menggalakkan gaya hidup sihat diantara komuniti tempatan terutama sekali melalui sukan berbasikal.

14 Ogos

Pelancaran SmartXPSmartXP, atau pusat pameran yang menunjukkan pelbagai elemen sebuah bandar pintar, telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia di Helios Cove untuk memberikan orang ramai pengalaman sebenar mengenai kehidupan pintar.

14 Ogos

IRDA mengumumkan jumlah pelaburan komited kumulatif sebanyak RM207.99 bilion dari 2006 sehingga 30 June 2016

SEPTEMBER 10 September

Larian Separuh Marathon JB – Hari Tanpa Kereta Ini merupakan acara larian Kerjasama pihak Awam-Swasta yang dianjurkan sempena Hari Tanpa Kereta untuk menggalakkan suasana harmoni dalam kalangan pelari yang bertanding di peringkat antarabangsa di dalam dan di luar negara, serta menggalakkan gaya hidup sihat di Iskandar Malaysia.

26-30 September

Misi Pelaburan Iskandar Malaysia (IIM 2016) – EropahIRDA mengunjungi London dan Munich sempena seminar pelaburan MIDA yang diadakan di kedua-dua bandaraya. Kedua-dua seminar mendapat sambutan menggalakkan berikutan minat yang diwujudkan oleh agensi-agensi Malaysia terbabit.

Di samping itu, IRDA telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan dan asing untuk mengadakan pertemuan dan memberi taklimat kepada pelabur Eropah tertentu mengenai cadangan nilai dalam menubuhkan operasi perniagaan di Iskandar Malaysia melalui sebilangan sesi sidang meja bulat. Misi tersebut telah berjaya mempromosi Iskandar Malaysia sebagai pangkalan alternatif kepada pelabur Eropah sekiranya mereka ingin beroperasi di rantau ini.

OKTOBER1 Oktober

Hari Jantung Sedunia (Hospital Pakar Regency)Ini merupakan kempen tahunan untuk menggalakkan jantung yang sihat. Pedal Quest 2.0 ialah acara unik anjuran Hospital Pakar Regency dengan kerjasama IRDA untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan menikmati suasana bandar secara berbasikal.

3-7 Oktober

Misi Pelaburan Iskandar Malaysia (IIM 2016) – Tokyo & Osaka, Jepun Misi perdagangan dan pelaburan ke Tokyo dan Osaka ini adalah bagi mengukuhkan hubungan antara IRDA dan rakan sekerjanya di Jepun dengan matlamat untuk terus memperoleh pelaburan berimpak tinggi dari Jepun di Iskandar Malaysia melalui seminar dan pembabitan secara langsung.

Platform ini membolehkan IRDA membuat usaha susulan dengan para pelabur Jepun dari misi IRDA ke Jepun sebelum ini dan membantu menghubungkan perniagaan di Jepun kepada Iskandar Malaysia. Keseimbangan minat yang menggalakkan daripada sektor pembuatan dan perkhidmatan Jepun telah diperolehi, yang menyumbang kepada kejayaan misi ini.

24 Oktober

IRDA mengumumkan jumlah pelaburan komited kumulatif sebanyak RM218.84 bilion dari 2006 sehingga 30 September 2016

25 Oktober

Iskandar Malaysia Thought Leaders Roundtable Dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi, Khazanah Nasional Berhad, persidangan meja bulat ini mengumpulkan 12 ketua industri dari sektor swasta dan awam di Iskandar Malaysia untuk berbincang mengenai isu-isu yang penting dan peluang-peluang di dalam ekonomi global, dan yang lebih penting adaah untuk membangunkan penyelesaian, strategi dan kolaborasi strategik untuk mencapai sasaran perniagaan global pihak-pihak berkepentingan dan visi Iskandar Malaysia sebagai sebuah Metropolis Bertaraf Antarabangsa yang Kukuh dan Mampan.

L APORAN TAHUNAN 2016 031

NOVEMBER21 Oktober - 5 November

Iskandar Learning Festival (ILF) 41 sesi berkongsi pengetahuan telah diadakan bersempena festival ini yang menggalakkan pembelajaran untuk semua peringkat umur, minat dan kebolehan. Bertemakan “Experience Lifelong Learning”, festival ini dijalankan dalam bentuk presembahan, perkumpulan, lawatan, pameran, senaman dan demonstrasi. ILF dijalankan dipelbagai lokasi dan mensasarkan ahli korporat, persatuan pengguna, pihak berkuasa, persatuan kebajikan, pihak media, pelajar dan orang ramai.

3 November

Iskandar Malaysia Social Hero Awards 20 persatuan kebajikan dan individu telah diraikan dalam 11 kategori di Iskandar Malaysia Social Hero Awards 2016 yang ke-3 (IMSHA 2016). Penerima-penerima anugerah ini diraikan di atas sumbangan sosial dan komuniti mereka di Iskandar Malaysia dengan anugerah yang tertinggi sekali adalah Iskandar Malaysia Tun Musa Hitam Award.

5 November

IM EduHome 2016Diadakan bersempena sambutan ulangtahun Iskandar Malaysia ke-10 dan sebagai tanda sokongan terhadap ILF, yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di rantau ini. Lebih 300 orang telah menyertai program ini untuk mempelajari mengenai pelaburan dalam produk, skim dan aset perumahan mampu milik.

8-10 November

Misi Pelaburan Iskandar Malaysia (IIM 2016) – Seoul, KoreaIni merupakan seminar pelaburan yang dianjurkan dengan kerjasama Ascendas-Singbridge dan disokong oleh MIDA dan Deloitte Malaysia (Bahagian Korea). Diadakan di Westin Chosun, seminar tersebut menarik lebih 80 peserta. Mesyuarat berasingan dan lawatan ke tapak operasi telah diadakan sempena seminar tersebut.

13 November

Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) Lebih 27,000 pelajar di seluruh Johor mengambil bahagian dalam pertadingan ini yang mensasarkan untuk mengetengahkan agenda Masyarakat Rendah Karbon (LCS) Iskandar Malaysia diantata pelajar, guru dan keluarga untuk mencapai pengurangan karbon di Iskandar Malaysia pada tahun 2025, seperti yang digariskan di dalam Cetakan Biru Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia 2025, yang telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia dan dibentangkan di Conference of Parties (COP) 2012.

13-16 November

Promosi Pelaburan Serantau Iskandar Malaysia – Indonesia (IMITRA) JakartaIMITRA adalah platform promosi perdagangan khas diterajui oleh IRDA untuk menargetkan pelaburan dari Indonesia.

29 November

Mesyuarat Futuristic Iskandar Malaysia Advisory Council (FIMAC) FIMAC bertindak sebagai satu platform bagi forum eksklusif, sesi perkongsian pengetahuan dan peluang kolaborasi yang akan membentuk masa hadapan Iskandar Malaysia di dalam konteks teknologi dan inovasi dalam cara yang holistic, dan juga bertindak sebagai pemacu pasaran dan penasihat kepada pemain-pemain pasaran dalam merubah Iskandar Malaysia menjadi sebuah metropolis pintar. Lebih kurang 30 peserta industri terlibat dalam mesyuarat ini.

DISEMBER 6 Disember

Sambutan Ulangtahun Iskandar Malaysia yang ke-10 Disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor, acara in mengetengahkan pencapaian dan kejayaan Iskandar Malaysia sepanjang 10 tahun yang lalu dan bagaimana ia telah memberi manfaat kepada rakyat, negeri dan negara. Acara ini juga telah mengukuhkan lagi jenama Iskandar Malaysia dan keyakinan pihak-pihak berkepentingan terhadap pembangunan wilayah ini.

7-8 Disember

Sidang Kemuncak Eko-Pelancongan Iskandar Malaysia 2016 – Bengkel mengenai Ramsar & Eko-Pelancongan Berasaskan Komuniti

Diadakan setiap tahun sejak 2012, edisi sidang kemuncak kali kelima ini terus memberi tumpuan kepada Ramsar dan Eko-Pelancongan Berasaskan Komuniti yang disertai oleh 150 peserta dari kampung-kampung Kawan Iskandar Malaysia (KIM), pemandu pelancong alam semula jadi Johor, agensi pelancongan dan NGO, serta pelajar bidang pelancongan.

Sidang kemuncak selama satu setengah hari ini menekankan cara untuk memberi pengalaman sebenar kepada para pelancong dan pentingnya kaedah penceritaan yang berkesan. Bengkel selama satu setengah hari itu diakhiri dengan perjalanan menyelusuri Sungai Johor yang amat mengujakan dan makan tengah hari bersajikan makanan laut di Kg Kong Kong Laut.

032 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

ALAM SEKITAR

EKONOMISOSIAL

1. MENGHASILKAN PERTUMBUHAN EKONOMI BERKUALITI Memastikan pelaburan berkualiti tinggi dalam sektor yang digalakkan

serta menjana peluang pertumbuhan yang kukuh bagi industri sokongan. Sebuah ekosistem perniagaan yang kondusif bagi mengekalkan kewujudan sektor yang digalakkan, dengan sektor swasta bertindak sebagai pemacu utama semua pelaburan.

2. MEMANTAPKAN KEYAKINAN PIHAK BERKEPENTINGAN Menyediakan perkhidmatan awam yang berkesan dan cekap, dan

infrastruktur bertaraf dunia, (secara insaniah dan teknikal), untuk memberi manfaat kepada rakyat dan peniaga.

3. MEMACU KECERMELANGAN PENYAMPAIAN Untuk menyediakan perkhidmatan awam yang berkesan dan cekap

serta infrastruktur fizikal dan bukan fizikal bertaraf dunia yang boleh memanfaatkan rakyat dan perniagaan.

4. MEMUPUK KETERANGKUMAN SOSIAL Memastikan tenaga kerja yang tersedia untuk menyokong

pembangunan ekonomi dan permintaan pasaran, serta menggalakkan keterangkuman sosial dan pemikiran kelas pertama melalui inovasi dan pemerkasaan pengetahuan.

5. KEPRIHATINAN TERHADAP KEMAMPANAN ALAM SEKITAR Mengamalkan pengurusan alam sekitar yang praktikal dan berhemah

untuk memastikan kemampanan alam sekitar.

6. MEMBANGUNKAN ORGANISASI BERDAYA TAHAN Mewujudkan sebuah organisasi biaya kendiri dan mampu menghadapi

perubahan melalui inisiatif yang meningkatkan keupayaan modal insan dan penjanaan pendapatan IRDA.

BIDANG KEBERHASIL AN UTAMA

Laporan Tahunan ini mengetengahkan bagaimana strategi pembangunan ini berjaya diterjemahkan dan menjadi kenyataan melalui pelaksanaan projek, inisiatif dan program yang teliti yang menjadikan kemampanan sebagai teras pembangunan

MEMACU KEJAYAAN MEL ALUI KEMAMPANAN

L APORAN TAHUNAN 2016 033

S E D E K A D K E C E M E R L A N G A N

B I D A N GK E B E R H A S I L A N

U T A M A 0 1

M E N G H A S I L K A N

P E R T U M B U H A N E K O N O M I

Y A N G B E R K U A L I T I0 1

034 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MENGHASILKAN PERTUMBUHANEKONOMI BERKUALITI

PERTUMBUHAN EKONOMI GLOBAL MENYEDERHANA KEPADA ANGGARAN 3.1% DARI TAHUN KE TAHUN PADA 2016 (3.2% PADA 2015), TERUTAMANYA DISEBABKAN OLEH KESURAMAN PERDAGANGAN GLOBAL, MOMENTUM PELABURAN YANG LEMAH DAN PENINGKATAN DALAM KETIDAKTENTUAN DASAR.

TINJAUAN EKONOMI MALAYSIA DAN GLOBAL, 2016

Ekonomi-ekonomi yang maju, yang menjana 61.1% daripada KDNK dunia, mengalami pertumbuhan yang lemah dan inflasi terkawal disebabkan oleh peningkatan produktiviti yang perlahan, ketidaktentuan berhubung dengan hala tuju dasar, dan pelaburan yang lembab.

Pertumbuhan AS menurun secara mendadak kepada 1.6% pada tahun 2016 (2.6% pada tahun 2015) kerana eksport yang lemah, penyusutan inventori yang berterusan, dan kekangan pertumbuhan pelaburan swasta yang lebih rendah. Di Kawasan Euro, pertumbuhan KDNK menyederhana kepada 1.7% pada tahun 2016 (2.0% pada tahun 2015) disebabkan permintaan domestik dan hilangnya momentum eksport, meskipun keyakinan kekal berdaya tahan di sebalik undian keluar United

Pelbagai program dan mesyuarat bersama pihak berkepentingan pada 2016 untuk mempromosi agenda Iskandar Malaysia

L APORAN TAHUNAN 2016 035

Kingdom dari Kesatuan Eropah (juga dikenali sebagai “Brexit”) pada bulan Jun 2016. Di Jepun, pertumbuhan menyusut sedikit kepada 1.0% pada 2016 daripada 1.2% pada tahun 2015 disebabkan oleh eksport dan pelaburan yang lemah, walaupun ini telah dikurangkan oleh tanda-tanda pemulihan dalam penggunaan swasta. Pertumbuhan di China menyusut kepada 6.7% pada tahun 2016 (6.9% pada tahun 2015) disebabkan aktiviti pengimbangan semula ekonomi yang berterusan di mana pertumbuhan tertumpu kepada sektor perkhidmatan.

Pasaran kewangan dan mata wang global terjejas dengan pergerakan modal menghampiri penghujung 2016. Walaupun pasaran pesat membangun pada umumnya telah memulihkan keupayaan mereka untuk menarik aliran masuk modal (hasil rekod kadar faedah terendah ekonomi maju dan penstabilan harga komoditi), peningkatan untuk hasil bon AS dengan pantas (disebabkan oleh jangkaan inflasi jangka panjang yang semakin meningkat dan prospek yang dipercepatkan pengurangan dasar monetari AS) serta kenaikan nilai dolar AS (berikutan pilihan raya AS) pada suku tahun terakhir melonjakkan peningkatan dalam aliran keluar portfolio dari pasaran pesat membangun dan disertai penyusutan nilai mata wang mereka.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.2% pada tahun 2016 (5.0% pada tahun 2015), diperkukuhkan oleh peningkatan yang berterusan dalam perbelanjaan swasta (disokong oleh pertumbuhan gaji dan pekerjaan), pelaburan swasta (disebabkan oleh perbelanjaan modal yang berterusan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan) serta eksport bersih. Ini membantu mengimbangi pertumbuhan yang lebih perlahan dalam perbelanjaan awam dan pelaburan. Dari perspektif penawaran, pertumbuhan berlaku terutamanya di sektor perkhidmatan dan pembuatan (disokong oleh industri berorientasikan eksport) manakala sektor pertanian yang kekal suram.

Pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2017 dijangka akan berada pada kadar lebih rendah iaitu 4.0%, dengan permintaan dalam negeri yang terus mengukuhkan ekonomi. Secara khusus, momentum pelaburan swasta yang lebih kukuh akan membantu mengimbangi

2006

RM11.30BILION RM222.44

BILION

2016DISEMBER

RM383BILION

SASARAN2025

Pelaburan Komited Kumulat i f Mengikut Sektor

RM57.38 bilion

RM57.71 bilionRM6.30 bilion

RM44.43 bilionRM3.37 bilion

RM19.84 bilionRM3.16 bilion

RM2.07 bilion

RM1.84 bilion

RM0.59 bilion

RM2.94 bilion

RM12.97 bilion

RM9.84 bilion

54% daripada pelaburan komited terkumpul telah direalisasikan

Penjagaan Kesihatan

Kewangan

Pendidikan

Pembuatan

Pelancongan

Logistik

Kreatif

Teknologi Baru

Pembangunan Bercampur

Industri Hartanah

Hartanah Kediaman

Utiliti

Kerajaan

aktiviti perbelanjaan swasta yang lebih perlahan disebabkan oleh pasaran buruh yang agak lemah (kadar pengangguran sebanyak 3.5% pada 3Q2016, tertinggi sejak 1Q2010) dan penilaian kredit yang lebih ketat, yang akan membawa kepada pertumbuhan pinjaman yang lebih lemah.

Sektor luaran kekal lembab ekoran permintaan lemah daripada rakan dagangan utama Malaysia. Ketidaktentuan lain dalam persekitaran luaran seperti enakmen dasar perlindungan yang lebih luas dan kelembaban yang lebih cepat daripada jangkaan di China akan memburukkan lagi risiko penyusutan prospek pertumbuhan Malaysia. Inflasi akan kekal terkawal sepanjang 2017 berikutan harga tenaga dan komoditi global yang rendah. Oleh itu, Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada paras semasa 3.00% kerana ia menyediakan keperluan kewangan untuk membolehkan pertumbuhan yang stabil bagi ekonomi dalam negeri yang disokong oleh pengantaraan kewangan yang kukuh. Kemungkinan untuk penurunan kadar juga adalah rendah, kerana ini akan memburukkan lagi tekanan kepada ringgit berbanding dolar.

PRESTASI PELABURAN ISKANDAR MALAYSIA, 2016

Dalam persekitaran yang mencabar, Iskandar Malaysia telah mencapai pelaburan komited berjumlah RM32.15 bilion pada tahun 2016 (RM32.16 bilion pada tahun 2015), iaitu 7.2% lebih tinggi daripada sasaran korporat sebanyak RM30 bilion. Ini menjadikan jumlah pelaburan komited terkumpul sebanyak RM222.44 bilion bagi tempoh 2006 sehingga Disember 2016. Daripada jumlah ini, kira-kira 54% (RM119.50 bilion) telah direalisasikan.

MENGHASILKAN PERTUMBUHANEKONOMI BERKUALITI

036 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MENGHASILKAN PERTUMBUHANEKONOMI BERKUALITI

PELAKSANAAN HALA TUJU SEKTOR BAGI TAHUN 2016

Aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti di bawah Hala Tuju Sektor bagi sembilan sektor utama yang digalakkan (Kreatif, Pelancongan, Penjagaan Kesihatan, Pendidikan, Logistik, Perkhidmatan Kewangan & Perniagaan, Elektrik & Elektronik, Petrokimia dan Minyak & Gas, serta Pemprosesan Makanan dan Agro) telah dilaksanakan sepanjang tahun. Garis Panduan Ekonomi Hijau telah diterapkan ke dalam aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti.

SOROTAN SEKTOR

Kreatif

MaGICX – Pusat bagi Ekosistem Permainan/Aplikasi Permainan Dilancarkan pada bulan Disember 2016, MaGICX (Pusat Kecemerlangan Media dan Permainan Inovasi), pusat kepada ekosistem permainan/aplikasi permainan, ditubuhkan untuk menjadi nukleus Lembah Inovasi Iskandar Malaysia, Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) dan memupuk perkembangan industri kreatif di Iskandar Malaysia.

Ditubuhkan untuk memberi sokongan yang diperlukan dari segi kepakaran teknikal, penyelidikan, pembangunan perniagaan, penerbitan, pemasaran dan latihan untuk peserta industri/pembangun produk untuk menghasilkan produk bertaraf komersial, MaGICX berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang akan menyumbang ke arah pembangunan bakat, penggalakan industri, perkongsian pengetahuan dan kerjasama antarabangsa. Kini dengan tumpuan kepada Realiti Maya/Dipertingkat dan Hologram, minat MaGICX adalah dalam bidang Media Islam, Perubatan, Pendidikan, Minyak dan Gas, Kebudayaan dan Warisan, serta Teknologi Interaktif.

Walaupun masih dalam peringkat permulaan, MaGICX secara berkesan menggambarkan model `Rantaian Nilai Industri Kreatif - Pengurusan Pengganda Ekonomi’ dan telah melengkapkan/memperoleh 11 penyelidikan dan tujuh projek komersial antara tahun 2015 dan Jun 2016. Ia kini dalam usaha menubuhkan empat syarikat dengan seramai 20 kakitangan.

10 Pelaburan Asing Terbesar d i Iskandar Malaysia Sumber-sumber Pelaburan

China

2006 - Dis 2016 (RM bilion)

Singapura

Amerika Syarikat

Jepun

Sepanyol

Korea, Rep.

Australia

Jerman

India

Emiriah Arab Bersatu

Malaysia ASEAN EU

China Seluruh dunia

RM24.56

RM20.17

RM6.79

RM4.50

RM4.18

RM3.11

RM2.74

RM2.36

RM2.24

RM1.90

60%

10%

6%

11%

13%

01

02

03

04

05

06

MEDIAISLAM

TEKNOLOGI INTERAKTIF

PERUBATAN

PENDIDIKANMINYAK & GAS

KEBUDAYAAN & WARISAN

Peserta perkongsian pengetahuan MaGICXpert

L APORAN TAHUNAN 2016 037

MENGHASILKAN PERTUMBUHANEKONOMI BERKUALITI

Pendidikan

Perasmian dan pembukaan rasmi Universiti of Reading Malaysia oleh TYT Vicky Treadell, CMG, MVO, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia (25 Februari 2016)Turut hadir ialah Sir John Madejski, OBE, DL, Canselor dan Sir David Bell, KCB, Naib Canselor, Universiti Reading, UK.

MBA Fleksibel HenleySebagai program fleksibel dan dijalankan secara sambilan di kampus Universiti berteknologi tinggi di EduCity Iskandar, program Eksekutif MBA ini akan dijalankan selama lebih 30 bulan melalui gabungan bengkel bersemuka, aktiviti yang melibatkan pembelajaran secara kumpulan antara rakan setara, dan pembelajaran sendiri, dalam dan di luar talian. Kumpulan pertama Eksekutif MBA Henley telah didaftarkan pada bulan Februari 2016.

Universiti of Southampton Kampus Malaysia (USMC)Kumpulan pertama dari USMC telah menamatkan pengajian pada 18 Julai 2016 di Universiti of Southampton, UK. Kumpulan dari Malaysia tersebut menunjukkan prestasi cemerlang di mana 10 orang telah memperoleh Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kelas Pertama dengan Kepujian manakala lapan lagi memperoleh kepujian Kelas Kedua Atas. Dua graduan dari Malaysia merupakan pemenang anugerah.

TYT Vicky Treadell, Pesuruhjaya Tinggi British bersama pengurusan kanan University of Reading, UK dan University of Reading Malaysia

Penghibur NINJAGOTM The Ride beraksi

Majlis Pelancaran GBS Iskandar dirasmikan oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Kewangan & Perkhidmatan Perniagaan

Hab Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) di Iskandar Puteri telah dilancarkan pada 16 April 2016 oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. GBS Iskandar merupakan program khusus yang dibangunkan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), IRDA, Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd, Iskandar Investment Berhad dan TalentCorp Malaysia.

Pelancongan

LEGO®NINJAGOTM The Ride, tarikan 4D yang pertama di Malaysia yang diilhamkan daripada siri NINJAGOTM LEGO telah dilancarkan pada November 2016. Pemain boleh menembak api, ais, kilat dan gelombang kejutan dengan isyarat tangan yang disokong oleh teknologi Triotech. LEGOLAND Malaysia ialah taman LEGOLAND ketiga yang menampilkan permainan terbaru ini selepas Billund dan California.

038 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail bin Ibrahim menerangkan pelan perancangan Iskandar Malaysia kepada Naib Presiden Metro TV Bapak Tommy Suryopratomo

Peserta Sesi 4 pada 11 Ogos 2016

Bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo

Seminar Invest Iskandar Malaysia di Tokyo, seminar anjuran bersama Majlis Bandaraya Toyama, diadakan pada 3 Oktober 2016 di Tokyo, Jepun

Seminar Invest Iskandar Malaysia di Seoul, usahasama dengan Ascendas Singbridge, diadakan pada 9 November 2016 di Seoul, Korea Selatan

“SESI BUAL BICARA – MENGEMUDI KE HADAPAN BERSAMA ISKANDAR MALAYSIA”

Acara ini, yang dijalankan dalam lima sesi selama tiga hari berturut-turut pada bulan Ogos 2016, khusus dianjurkan untuk mengumpulkan pemimpin pemikiran daripada pihak berkepentingan strategik kami selama tiga jam dengan menaiki kapal layar dari Senibong Cove.

Diketuai oleh Ketua Eksekutif IRDA, seramai 38 Ketua Pegawai Eksekutif telah berkongsi pengalaman mereka dalam pelaburan di Iskandar Malaysia dengan memberikan pandangan mereka untuk melangkah ke hadapan untuk merealisasikan visi Iskandar Malaysia pada masa depan.

MISI PERDAGANGAN DAN PELABURAN

Promosi Pelaburan Serantau Iskandar Malaysia – Indonesia (IMITRA)

IMITRA ialah platform promosi perdagangan khas diterajui oleh IRDA yang menyasarkan pelaburan dari Indonesia. Pada tahun 2016, enam sesi IMITRA telah diadakan di bandaraya-bandaraya Indonesia, iaitu Jakarta, Bandung, Medan dan Semarang.

Pada bulan September 2016, IRDA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama PT Media Televisi Indonesia, yang mengendalikan Metro TV Indonesia untuk mempromosikan Iskandar Malaysia di Indonesia.

Invest Iskandar Malaysia 2016

IRDA meneruskan usaha dalam menganjurkan seminar IIM di Singapura, China, Eropah, Jepun dan Korea Selatan dengan kerjasama MIDA dan pihak kepentingan. IRDA juga mengambil bahagian dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan anjuran MIDA dan MITI.

MENGHASILKAN PERTUMBUHANEKONOMI BERKUALITI

L APORAN TAHUNAN 2016 039

Rakan-rakan perniagaan dalam Persepakatan Halal Global ketika majlis pertukaran Perjanjian Kerjasama Perniagaan

PERSEPAKATAN HALAL GLOBAL

Peserta pasaran global yang mempunyai pengalaman yang terbukti dalam menyediakan kepakaran terbaik dalam ekosistem Halal telah berkumpul pada 3 Mei 2016 untuk bertukar-tukar perjanjian kerjasama perniagaan dan melancarkan Persepakatan Halal Global. Ia merupakan usaha sama yang pertama seumpamanya di dunia yang melibatkan semua sektor Rantaian Nilai Halal bagi menyediakan penyelesaian dan infrastruktur mampan bagi pihak berkepentingan dalam Ekonomi Halal, iaitu kerajaan, peniaga, pengawal selia, dan pengguna. Matlamatnya adalah untuk melindungi kepercayaan dan menyediakan jaminan produk Halal, selamat dan berkhasiat kepada pengguna global. Rakan-rakan perniagaan dalam Persepakatan ini termasuk IRDA (mewakili Kerajaan Malaysia), AsureQuality Limited dari kerajaan New Zealand, Surbana Jurong Private Limited Singapura, Yayasan Halal Labuan Antarabangsa, Majlis Agama Islam Negeri Johor, dan Kumpulan HALTEX. Kepakaran bersepadu sedemikian adalah perlu untuk menjayakan pembangunan ekonomi Halal global, yang berjumlah kira-kira AS$1,128 bilion bagi perbelanjaan dalam sektor makanan sahaja pada tahun 2014.

Berdasarkan kekuatan dan pengetahuan yang luas dan mendalam daripada peserta, persepakatan ini akan mampu memberi penyelesaian yang menyeluruh untuk pembangunan mampan ekonomi Halal global dengan memantau bidang-bidang teras Ekosistem Halal seperti berikut:

• Kaedah Keselamatan Makanan Halal;• Pengesahan Halal dan Keselamatan Makanan dan Latihan Juruaudit;• Infrastruktur Pengeluaran, Pemprosesan dan Pengedaran yang Halal

dan Makanan Terjamin Selamat; • Sistem Pengesahan, Pemantauan, Pengesanan dan Pengiktirafan

Halal, Keselamatan Makanan dan Produk Berkhasiat;• Akses Pasaran Global melalui Platform Perdagangan Terjamin untuk

Produk yang Layak;• Kewangan Islam bagi Perdagangan dan Pelaburan; • Platform Pembabitan Bersama Masyarakat bagi Pengawal Selia Halal

Sedunia; dan• Platform Pembabitan Bersama Masyarakat bagi Pengeluar Makanan

Halal Sedunia.

MENGHASILKAN PERTUMBUHANEKONOMI BERKUALITI

040 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PELAKSANAAN PELAN GALAKAN INSENTIF

IRDA, yang bertindak sebagai pusat dan penyelaras bagi hal-hal yang berkaitan insentif, telah mengadakan beberapa penglibatan bersama pihak berkuasa yang berkaitan sepanjang tahun untuk memuktamadkan insentif yang boleh ditawarkan kepada pelabur yang berkelayakan. Kerjasama erat ini telah membantu meningkatkan bilangan syarikat yang diluluskan di Medini kepada 48 dari Oktober 2007 hingga Disember 2016.

Pakej Sokongan Insentif Medini telah diperkukuhkan dengan pengiktirafan “Perkhidmatan Perniagaan Global” sebagai sektor penggalakan dengan sasaran baharu sebanyak 14,000 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan dan tambahan pelaburan yang akan diperolehi sebanyak RM6.5 bilion menjelang 2020. Ini telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika pelancaran Ulang Tahun ke-10 Iskandar Malaysia pada 6 Disember 2016 di Iskandar Puteri.

KEYAKINAN PELABUR DAN KUALITI PERKHIDMATAN

Satu kaji selidik telah dijalankan pada tahun ini untuk mengukur tahap keyakinan pelabur terhadap pembangunan di Iskandar Malaysia, di mana penilaian yang diperoleh adalah “Baik”. Justeru, ini menunjukkan tahap keyakinan pelabur yang tinggi terhadap pemantauan IRDA dalam pembangunan di Iskandar Malaysia. IRDA turut menjalankan satu kaji selidik untuk menilai persepsi pihak berkepentingan dan tahap kepuasan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh IRDA. Kaji selidik itu juga memperolehi penilaian “Baik”.

PENYEBARAN MAKLUMAT DENGAN PROAKTIF DAN TEPAT PADA MASA

IRDA menggunakan pelbagai platform bagi memastikan penyebaran maklumat mengenai ekonomi dan perniagaan dengan proaktif dan tepat pada masanya.

Pelabur boleh mengikuti perkembangan terkini di Iskandar Malaysia melalui IM BizWatch, di mana platform ini menyediakan ulasan terhadap prestasi pelaburan serta perkembangan ekonomi semasa di peringkat global dan serantau.

Pada 2016, IRDA telah mengeluarkan Laporan Sektor Suku Tahunan yang meliputi maklumat terkini, trend dan pembangunan dalam 9 sektor utama yang digalakkan serta penglibatan Ekonomi Hijau.

MENGHASILKAN PERTUMBUHANEKONOMI BERKUALITI

L APORAN TAHUNAN 2016 041

S E D E K A D K E C E M E R L A N G A N

B I D A N GK E B E R H A S I L A N

U T A M A 0 2

M E M A C U

K E C E M E R L A N G A N

P E N Y A M P A I A N0 2

042 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

INISIATIF KERJASAMA AWAM SWASTA (PPP)

Kerjasama strategik antara penggiat sektor awam dan swasta amat penting bagi Iskandar Malaysia. Banyak inisiatif dan model PPP sedang dibangunkan dan dilaksanakan untuk menyiapkan projek dan program infrastruktur utama. Antara inisiatif utama PPP yang dilaksanakan oleh IRDA pada 2016 adalah:

1. Program Taman Angkat Iskandar Malaysia bagi Bandar Pintar Sihat dan Masyarakat – IRDA membangunkan inisiatif PPP dengan membabitkan sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan. Tujuannya adalah untuk memastikan penyelenggaraan mampan taman-taman awam yang dipilih dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk tempatan. Pada 2016, program ini telah dilaksanakan di dua lokasi:

a. Town Park 3, Taman Seri Austin, Johor Bahru – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani pada 7 Mei 2016 antara Majlis Bandar Johor Bahru (MBJB) dan Dynasty View Sdn Bhd untuk melaksanakan “Program Taman Angkat bagi Bandar Pintar Sihat dan Masyarakat Iskandar Malaysia”. Pelancaran programa itu telah diadakan pada 13 Ogos 2016 oleh Datuk Bandar MBJB.

b. Laman Rimba, Medini, Iskandar Puteri - “Program Hutan Kita @ Medini 2016 dan Iskandar Malaysia Taman Angkat bagi Bandar Pintar Sihat dan Masyarakat” telah dilancarkan pada 26 Mei 2016 oleh Tun Jeanne Abdullah, Pengerusi Landskap Malaysia. Inisiatif ini ialah usahasama antara Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd.

2. Pada bulan Januari 2016, Sistem Bas Transit Pantas Iskandar Malaysia (“IMBRT”) telah diluluskan pada dasarnya oleh kerajaan untuk dilaksanakan. Analisis kebolehlaksanaan perniagaan dan pengaturan pembiayaan sedang dimuktamadkan. Bagi merealisasikan projek ini, model PPP yang bakal dilaksanakan akan melibatkan kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta, antara lainnya, dari segi pelaburan infrastruktur, pembiayaan, dan operasi.

MEMBINA SISTEM PENGANGKUTAN YANG MAMPAN DI ISKANDAR MALAYSIA

Pembangunan pesat dan peningkatan pembandaran di Iskandar Malaysia dan negeri Johor umumnya membawa kepada isu-isu seperti kesesakan, peminggiran sosial, dan pencemaran alam sekitar.

Kerajaan Negeri Johor dan IRDA, masing-masing melalui Pelan Strategik Johor, Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor dan CDPii, telah mengemukakan rancangan untuk menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah bandaraya masa depan yang berdaya saing, setanding dengan bandaraya lain di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu. Rancangan telah dirumuskan dengan meletakkan kepentingan rakyat dalam semua usaha pembangunan. Elemen tumpuan dalam usaha merekabentuk bandar, berkembang ke arah masyarakat yang saksama dan rendah karbon, adalah penyediaan sistem pengangkutan awam yang cekap.

Pada 2016, Iskandar Malaysia meraih manfaat daripada usaha kerajaan negeri dan tempatan untuk terus meningkatkan keterhubungan dan kemudahan akses dengan pelancaran perkhidmatan Bas Muafakat Johor dan Bas Trans Johor, serta pembinaan semula dan pembesaran Terminal Gelang Patah yang telah disiapkan pada Oktober 2016. Pembesaran terminal Sentral Larkin juga bermula pada 2016 dan dijangka akan siap pada Disember 2017, projek tersebut dipercayai akan meningkatkan kualiti operasi terminal dengan adanya pelbagai cara pengangkutan antara negeri.

Walau bagaimanapun, sebagai metropolis masa depan yang bertaraf antarabangsa, Iskandar Malaysia memerlukan sistem pengangkutan yang lebih cekap bagi memenuhi keperluan rakyat dan ini adalah

Gambaran artis bagi laluan bas dan stesen BRT.

SRI PUTRI

penting untuk pembangunan sosioekonomi mampan yang akan meningkatkan taraf hidup, kesaksamaan sosial, dan alam sekitar. Sehubungan ini, IRDA telah menerima kelulusan Kerajaan Persekutuan pada 2016 untuk melaksanakan Fasa 1 IMBRT yang melibatkan laluan bas sepanjang 52km dan 41 buah stesen. Projek IMBRT Fasa ini meliputi tiga laluan, iaitu Kawasan Perniagaan Johor Bahru Sentral (JBCBD) ke Hab Desa Jaya (Laluan Timur Laut), JBCBD ke Hab UTM (Laluan Utara), dan Skudai Kiri ke Hab Medini (Laluan Barat).

Projek IMBRT adalah penting bagi Iskandar Malaysia bukan sahaja untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya sedia ada dan pada masa depan, tetapi juga untuk melancarkan pergerakan dan keterhubungan yang lebih baik kepada para pengguna jalanraya di Iskandar Malaysia. Projek ini menghubungkan Sistem Transit Pantas (RTS) antara sempadan Johor Bahru-Singapura di Johor Bahru, Laluan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Iskandar Puteri, serta perkhidmatan kereta api antara bandar dan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) Johor Bahru-Kuala Lumpur yang akan berakhir di Iskandar Sentral nanti.

L APORAN TAHUNAN 2016 043

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

Projek-projek akan datang bermakna Iskandar Malaysia perlu bertindak dengan sewajarnya terhadap peningkatan pengguna perkhidmatan pengangkutan. IMBRT akan menyediakan khidmat penyambungan terus bagi perjalanan keluar dan masuk dari stesen-stesen HSR dan RTS, memenuhi keperluan pengangkutan para penumpang yang berulang alik dari rumah dan ke tempat kerja mereka, dan ke destinasi berlibur mereka. Sistem pengangkutan awam yang cekap dijangka menyumbang kepada peningkatan tahap keterangkuman sosial, membuka peluang pekerjaan dan pendidikan, dan banyak lagi manfaat kepada rakyat.

IRDA memperakui bahawa masa depan mobiliti bandar bergantung kepada inovasi yang berterusan. Inovasi dalam penyelesaian pengangkutan akan menjadi pemacu utama bagi kesesuaian bandar untuk didiami. Penggunaan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) dijangka akan meningkatkan kecekapan, keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya, pengendali dan pejalan kaki. Di samping itu, ITS boleh menambah baik kualiti alam sekitar, memulihara tenaga, dan menjimatkan masa.

RANGKA KERJA BAGI ISKANDAR MALAYSIA URBAN OBSERVATORY (IMUO)

IMUO dijangka dapat menghasilkan, mengurus dan menganalisis data mengenai prestasi Iskandar Malaysia berdasarkan petunjuk-petunjuk bandar utama dan isu-isu tematik lain yang berkaitan dengan pembuatan keputusan tempatan dan pemantauan global. Oleh itu, IMUO mengesahkan perkongsian data antara pihak berkuasa persekutuan dan negeri, syarikat berkaitan kerajaan, dan masyarakat, demi mewujudkan masyarakat bermaklumat.

Pada peringkat perancangan, projek “Rangka Kerja Urban Observatory bagi Iskandar Malaysia” telah dijalankan, iaitu kerjasama antara IRDA, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Projek ini menyediakan rangka kerja bagi meningkatkan kefahaman IRDA mengenai pelbagai pilihan yang ada untuk pelaksanaan IMUO, dan kaedah untuk melangkah ke hadapan melalui rangka kerja tersebut. Ia juga akan membantu dalam penggubalan strategi peringkat tinggi melalui analisis situasi, cadangan strategi meluas yang diperlukan dan proses yang terlibat, serta hasil rangka kerja untuk bertindak sebagai satu pelan hala tuju.

Dalam rangka kerja ini, tiga dari penemuan analisis situasi telah dikenal pasti:

i. Penemuan I Penanda aras diperlukan untuk menggerak

IMUO kepada pembekal produk dan perkhidmatan dan bukan hanya menjadi penyimpan data

ii. Penemuan II Sasaran prestasi yang dikongsi memerlukan

pembabitan bersama pihak berkepentingan, serta penjajaran dan penyelarasan hasil di peringkat sistem

iii. Penemuan III IMUO perlu memberi tumpuan kepada

keputusan tahap hasil bagi perancangan dan pembangunan wilayah, berbeza daripada pengurusan prestasi tahap korporat

Tiga strategi penghubung kemudiannya dikenal pasti sebagai strategi penting untuk menyokong pembangunan IMUO, iaitu membangunkan Pelan Perniagaan IMUO, membangunkan Pusat Data IMUO, Sistem dan Aplikasi, dan membina pemilikan bersama IMUO. Rangka kerja logik telah digunakan untuk pengoperasian strategi-strategi ini, di mana rangka kerja diubah suai kepada rangka kerja hasil dan sumber yang berfungsi sebagai pelan tindakan kerja.

OLD WAY NEW WAY

By mode

People

By district

Seamless Journeys

Places

044 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

MEREALISASIKAN ASPIRASI BANDAR PINTAR ISKANDAR MALAYSIA

Konsep Bandar Pintar telah menjadi topik hangat di Iskandar Malaysia, terutamanya selepas Iskandar Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu daripada 10 bandar-bandar/wilayah di dunia untuk mengambil bahagian dalam Sustainable Energy for All (SE4ALL).

Lebih ramai pihak berkepentingan yang melihat ‘nilai’ yang mampu dijana sekiranya melaksanakan inisiatif Bandar Pintar ini. Justeru, jumlah kolaborasi di antara IRDA dan agensi kerajaan dan swasta serta pelabur-pelabur lain juga semakin meningkat.

LAPORAN AKHIR “RANGKA KERJA ISKANDAR MALAYSIA URBAN OBSERVATORY” TELAH DIBENTANGKAN DAN DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA PELAKSANA YANG DIPENGERUSIKAN OLEH KETUA EKSEKUTIF IRDA DATUK ISMAIL IBRAHIM DI MESYUARAT PENGURUSAN PLATFORM PADA22 MEI 2016.

Berikut merupakan kerjasama yang telah dilaksanakan pada 2016:

Status projek-projek Bandar Pintar setakat December 2016:

Bil. Projek Bandar Pintar Butiran

1 Penambahbaikan Infrastruktur ICT Sektor swasta telah memainkan peranan utama dalam menaik taraf infrastruktur ICT di seluruh wilayah Iskandar Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meletakkan syarat keperluan penggunaan fiber sebagai tulang belakangbagi semua stesen pengkalan syarikat telekomunikasi yang disokong LTE, memastikan bahawa semua lokasinya dilengkapi dengan fiber

2 Pemasangan hotspot wifi Ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Johor dan sektor swasta. Sejumlah 47 wifi hotspot akan disediakan di Iskandar Malaysia

3 Stesen Pengecas Kereta Elektrik Kerjasama dengan Malaysian Tech Corporation. Sejumlah 12 stesen pengecas telah ada di Iskandar Malaysia sehingga 31 Disember 2016

4 Pelancaran SmartXP di Helios Cove, Permas Jaya

SMARTXP mempamerkan masa depan Iskandar Malaysia sebagai Bandar Pintar bertaraf dunia di mana pengunjung boleh ‘merasai’ pengalaman Bandar Pintar yang mengguna pakai teknologi digital

5 Garis Panduan Ekonomi Hijau Merangkumi garis panduan alam sekitar bagi 9 sector utama di Iskandar Malaysia

6 Pelaksanaan projek laluan pejalan kaki dan kenderaan tidak bermotor

Inisiatif ini merupakan pelaksanaan projek-projek yang berkaitan bagi menyokong garis panduan pejalan kaki dan kenderaan tidak bermotor di Iskandar Malaysia

7 Perlaksanaan inisiatif hijau dan pintar di Rumah Iskandar Malaysia (RIM)

RIM telah dilengkapi dengan 936 unit solar panel, system takungan air hujan, jaringan akses terbuka serta zon bebas rokok. Disamping itu, IRDA juga telah berkerjasama dengan penduduk tempatan bagi menjayakan program penjimatan utiliti bersama penduduk

L APORAN TAHUNAN 2016 045

IRDA menerajui beberapa projek, manakala projek selebihnya diterajui oleh pihak berkepentingan lain di Iskandar Malaysia. Antara projek-projek yang sedang dijalankan adalah:

Projek Peremajaan Sungai Segget dijangka siap pada pertengahan tahun 2017 manakala landskap keseluruhan dijangka siap pada tahun 2018. Projek ini adalah yang pertama di Malaysia di mana teknologi SCADA yang digunakan dapat memproses kedua-dua jenis air dari pembentung dan air banjir di Pusat Loji Rawatan Pembentungan (CSTP)

Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO) merupakan platform bersepadu yang membentuk komponen pemikiran utama untuk melaksanakan dan memastikan kemampanan inisiatif Bandar Pintar Iskandar Malaysia

Mesyuarat pertama dengan NIPA pada June 2016

Hab Belia Antarabangsa Johor Fasa 1 (Bangunan Ekologi) telah disempurnakan, manakala Fasa 2 (Komponen Luaran) masih dalam proses pembangunan (dijangka siap pada suku ke-4 2018)

Antara projek-projek penting yang akan dilaksanakan ialah Pembangunan Pusat Data Sedenak, HSR, BRT, manakala inisiatif lain yang dijalankan oleh pihak swasta adalah dalam bidang pengurusan sisa makanan, infrastruktur dan utiliti hijau, kitar semula air, dan penyejukan wilayah.

GARIS PANDUAN BANDAR PINTAR ISKANDAR MALAYSIA

Bandar Pintar Iskandar Malaysia telah dilancarkan dan diluluskan pada November 2012. IRDA giat mempromosikannya kepada pelabur sedia ada serta agensi-agensi di wilayah ekonomi ini. Bagi menggalakkan lagi pihak berkepentingan untuk menerimapakai inisiatif ‘pintar’, IRDA telah menerima geran daripada Korea melalui The National IT Industry Promotion Agency of Korea (NIPA) mewujudkan satu garis panduan bagi memberi pengiktirafan pihak berkepentingan yang melaksanakan inisiatif pintar dalam pembangunan mereka. NIPA telah ditugaskan untuk menerajui kajian tersebut.

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

046 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MAJLIS PENASIHAT FUTURISTIK ISKANDAR MALAYSIA (FIMAC)

FIMAC merupakan platform bagi semua pihak yang berkaitan untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea serta pasukan ini akan membantu membentuk masa depan Iskandar Malaysia khususnya dalam konteks teknologi dan inovasi.

Objektif utama FIMAC ditubuhkan adalah bagi mempercepatkan pencapaian visi Iskandar Malaysia untuk menjadi sebuah metropolis yang kukuh dan mapan yang bertaraf antarabangsa. FIMAC bekerjasama denga semua pihak berkepentingan utama yang berkaitan dengan inisiatif futuristik (seperti bandar pintar, bandar mampan, bandar hijau, bandar masa depan, bandar berhubung dan bandar sihat) dalam Iskandar Malaysia.

Ahli FIMAC terdiri daripada pihak berkuasa tempatan, badan-badan profesional, ahli akademik, pembekal perkhidmatan, pelabur dalam sembilan sektor yang digalakkan serta harta tanah. Pengerusi Bersama Tetap FIMAC ialah Ketua Pegawai Eksekutif IRDA. Pengerusi Bersama yang dipilih ialah Prof Amran Hamzah, Ketua Kumpulan Penyelidik Perancangan Pelancongan UTM. Pengerusi Bersama, yang dipilih melalui sistem pengundian dalam kalangan ahli FIMAC, berkhidmat untuk tempoh satu tahun.

PUSAT PEMBELAJARAN BANDAR PINTAR GREENLAND ISKANDAR MALAYSIA (SMARTXP)

SmartXP, kerjasama antara IRDA dan Greenland Tebrau Sdn Bhd, telah dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Dato ‘Sri Najib Tun Razak pada 14 Ogos 2016 untuk menjadi sebuah paparan masa depan Bandar Pintar Iskandar Malaysia yang bertaraf dunia. Pengunjung boleh merasai pengalaman kehidupan di bandar pintar dan persekitarannya di galeri ini secara percuma.

Objektif utama SmartXP adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai gaya hidup futuristik Iskandar Malaysia melalui teknologi dan sistem termaju serta usaha Greenland dalam menyepadukan elemen-elemen bandar pintar dalam pembangunan dan pelan tindakan mereka.

Dalam usaha untuk menyediakan garis panduan ini, NIPA telah membawa beberapa kakitangan IRDA melawat beberapa agensi di Korea Selatan untuk mendapat lebih kefahaman mengenai cara mereka merancang, mengurus serta memantau operasi di bandar mereka. Lawatan yang membuka mata ini turut memberi kesedaran bahawa satu tempoh masa yang panjang diperlukan sebelum sesuatu bandar itu berjaya mencapai ke satu tahap yang boleh dibanggakan hari ini. Antara agensi-agensi yang dilawati termasuk Pusat Operasi U-City (Song-do), Busan Global Smart City Demonstrator Center (Haeundae, Busan) dan Pusat Maklumat Trafik Seoul (TOPIS)(Seoul).

Lawatan teknikal ke Korea pada Oktober 2016

Kajian ini melibatkan beberapa proses sebelum skop dan kriteria yang sesuai dapat ditentukan. Dalam fasa pertama, garis panduan bagi perbandaran telah dibangunkan dengan lima kriteria penilaian berikut:

Garis panduan ini telahpun berjaya disiapkan pada penghujung tahun 2016. Walau bagaimanapun, ianya masih perlu melalui proses ujian sebelum ianya diluluskan bagi memastikan garis panduan yang disediakan sesuai untuk diadaptasikan sepenuhnya di Iskandar Malaysia.

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

L APORAN TAHUNAN 2016 047

GEOFEST 2016 UTM

Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) membolehkan orang awam menggambarkan, bertanya soalan, menganalisis dan mentafsir data bagi tujuan pewujudan perhubungan dan trend. Aplikasi GIS mampu membantu pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembangunan di sesebuah kawasan tertentu.

Pada tahun 2016, IRDA telah mengambil bahagian dalam Hari GIS di UTM pada 10 dan 11 Oktober 2016. Hari GIS ialah acara pendidikan untuk menggalakkan dan mempamerkan aplikasi sebenar GIS kepada orang awam.

Di majlis yang sama, Ketua Eksekutif IRDA merasmikan Pesta Geoinformatik & Geomatik (GEOFest) 2016 yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Objektif GEOfest 2016 adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu semasa dan cabaran masa kini yang berkaitan bidang GIS dan Geomatik. Antara aktiviti yang diadakan termasuk pameran, ceramah kerjaya, peraduan dan Permainan Geo, forum dan Ceramah Geospatial.

STESEN PENGECASAN EV

Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia), sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), menyasarkan untuk menyediakan 25,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara menjelang 2020.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik agensi tersebut yang bermatlamat untuk mempercepatkan transformasi negara untuk menjadi pasaran utama bagi mobiliti elektrik dengan menyediakan 100,000 EV, 2000 bas elektrik, dan 100,000 skuter/motosikal elektrik di jalan raya Malaysia menjelang 2020.

EV menawarkan penjimatan dalam kos bahan api dan penyelenggaraan dengan manfaat yang lebih besar dalam mengurangkan pelepasan karbon, sesuatu yang amat membimbangkan. Ini adalah kerana pengangkutan jalan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada pelepasan karbon di Malaysia, yang menyumbang sebanyak 61.6 MtCO2eq pada tahun 2013 sahaja. Adalah dijangkakan bahawa penggunaan EV yang menghasilkan pelepasan asap sifar secara meluas akan mengurangkan pelepasan karbon di Malaysia sebanyak 6.4 MtCO2eq menjelang 2030.

IRDA kini bekerjasama rapat dengan GreenTech Malaysia untuk membina stesen Pengecasan EV di seluruh Johor. Sehingga Disember 2016, stesen-stesen berikut telah dibina dan sedia untuk digunakan oleh orang awam:

1. Pejabat IRDA di JB 2. Johor Premium Outlets3. Menara Landmark4. Forest City5. Hotel Jen6. Rumah Iskandar Malaysia7. Double Tree by Hilton Johor Bahru8. Medini 69. Medini 710. Eco Botanic Club House11. Molek Pine 412. Auto Bavaria Johor Bahru

INOVASI DIGITAL JOHOR

Lebih daripada 70 agensi kerajaan dan swasta telah mengambil bahagian dalam Pesta Inovasi Digital Johor (ID Johor 2016) yand diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dengan tema ‘Gaya Hidup Inovatif dan Digital’. Pameran itu dianjurkan oleh Bahagian Sains, Teknologi dan ICT Johor (USTICT) untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai inovasi dan teknologi digital yang semakin maju dan pantas berkembang.

Hampir 15,000 pengunjung terdiri daripada kakitangan awam, pelajar, ahli akademik dan penggiat sektor swasta menghadiri acara yang memaparkan pameran, bengkel, seminar, demonstrasi, pertandingan, dan permainan. IRDA, sebagai peserta pameran, mengetengahkan visi Iskandar Malaysia kepada orang ramai melalui penggunaan GIS.

PASUKAN PETUGAS OPS LUMPUR ISKANDAR MALAYSIA

IRDA menerajui Pasukan Petugas Ops Lumpur IM di bawah Pelan Tindakan Perparitan dan Pengurusaan Air Banjir pada tahun 2010 dan Pelan Tindakan Pengurusan Kerja Tanah pada tahun 2011 bagi menyokong inisiatif Majlis Sumber Air Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor. Pasukan petugas ini telah ditubuhkan bagi memastikan para pemaju yang berkaitan mematuhi Pelan Kawalan Pemendapan Hakisan yang dikemukakan, agar kerja-kerja tanah terkawal dan menimbulkan gangguan yang minimum kepada persekitaran.

Pasukan petugas tersebut telah mengadakan rundingan secara aktif bersama pemaju-pemaju utama dan telah berkembang menjadi nadi pembangunan di Iskandar Malaysia, menjadi satu contoh utama kerjasama penguatkuasaan pelbagai agensi yang berkesan. Sejak 2011, pasukan petugas ini telah memantau 22 projek pembangunan dan telah mewujudkan kesedaran dalam kalangan pemaju projek untuk mengguna pakai pemantauan dan pengawalseliaan sendiri yang aktif ke atas para pemaju di bawah mereka dengan bantuan agensi-agensi dan pihak berkuasa yang berkaitan. Pasukan petugas ini juga telah diperakui sebagai yang paling aktif di Malaysia dengan hasil ketara yang digunakan dalam penilaian Penarafan STAR terhadap pihak berkuasa tempatan yang mengambil bahagian.

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

048 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Pada tahun 2016, Pasukan Petugas Ops Lumpur IM telah mengadakan penyusunan semula strategi untuk mengulangi kejayaan dan amalan terbaik yang menjangkau lebih dari sempadan Iskandar Malaysia kepada bahagian-bahagian lain di Johor. Seterusnya, Kerajaan Negeri telah melantik Setiausaha Kerajaan Johor (Kerajaan Tempatan) untuk menerajui dan menyelaras pelaksanaan ini dengan bantuan IRDA sebagai langkah proaktif bagi memastikan pembangunan yang mampan dalam seluruh segmen pertumbuhan lain di Negeri Johor.

30 Mei 2016Lawatan Teknikal ke Forest City untuk menanda aras amalan terbaik mereka mengenai penginapan pekerja asing

31 Julai 2016 Perkongsian Pengetahuan mengenai Pewujudan Tempat (Placemaking) melalui Projek bagi Tempat Awam

14 November 2016 Lawatan Teknikal ke Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk mengetengahkan Laluan Berbasikal dan Pejalan Kaki Iskandar Malaysia serta model Perkongsian Awam Swastanya

AGENDA PERANCANGAN ISKANDAR MALAYSIA 171 (IM171)

Diperkenalkan pada tahun 2014, IM171 merupakan sebuah platform bagi pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan (termasuk IRDA) untuk bersama-sama berbincang secara terbuka berkenaan pelaksanaan dan pemakaian pelan induk dan garis panduan Iskandar Malaysia.

Pada 2016, platform ini memberi tumpuan kepada pembinaan keupayaan dan perkongsian pengetahuan melalui lawatan dan sesi ceramah.

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

L APORAN TAHUNAN 2016 049

BANDARAYA BERDAYA SAING JOHOR BAHRU

Objektif

Pelan Induk Daya Saing Johor Bahru adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1. Mengenal pasti pemacu pertumbuhan utama untuk memaksimumkan peranan bandaraya utama sebagai pemangkin pertumbuhan untuk mencapai status penduduk berpendapatan tinggi;

2. Menyediakan cadangan dasar, pelan tindakan, cadangan program/projek dan pelan pelaksanaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi berdasarkan potensi unik bandaraya, dengan mengambil kira hal-hal yang melibatkan keterangkuman sosial dan kemampanan ekonomi;

3. Menekankan peranan institusi bagi memperkasa pihak berkuasa tempatan sebagai pemacu strategik pembangunan sosio-ekonomi tempatan; dan

4. Memastikan penduduk bandaraya mampu memiliki rumah di bandar, akses kepada pengangkutan awam yang cekap, tinggal di persekitaran yang sihat, serta merebut peluang ekonomi dan masa depan yang lebih baik.

Prinsip

Pelan Induk tersebut akan menyumbang kepada pencapaian objektif sosioekonomi, berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

1/ MENINGKATKAN PENJIMATAN KOS;

2/ MEMPERLUAS PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT ;

3/ MEMPERKASA KUMPULAN BERASASKAN PENGETAHUAN;

4/ MENINGKATKAN KESESUAIAN UNTUK DIDIAMI;

5/ MENGGUNA PAKAI PEMBANGUNAN DAN AMALAN BERASASKAN HIJAU; DAN

6/ MEMASTIKAN KETERANGKUMAN.

Latar Belakang

Bandaraya Berdaya Saing Johor Bahru merupakan sebahagian daripada program kerja yang dijalankan oleh Bank Dunia di bawah bimbingan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad.

Tujuan program ini adalah untuk menyokong Kerajaan Malaysia merumus satu set strategi untuk meningkatkan pembangunan bandar dan peranan bandaraya di Malaysia, dan mengukuhkan sistem penanda aras bandaraya di Malaysia untuk membuat keputusan dasar yang lebih bermaklumat.

Program ini memberi tumpuan kepada pemahaman tiga aspek utama daya saingan bandaraya, iaitu pertumbuhan ekonomi, pentadbiran bandar, dan keterangkuman sosial. Analisis ini adalah berdasarkan data sedia ada daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, data GIS daripada pihak berkuasa tempatan, data perbandingan antarabangsa, dan data primer yang dikumpulkan melalui kajian menyeluruh yang dijalankan dari April hingga Oktober 2014.

Pelan Induk ini meliputi gabungan bandar dalam Bandaraya Johor Bahru sebagai koridor “pembangunan peringkat pertama” dan kawasan sekitarnya sebagai koridor “pembangunan peringkat kedua”. Pengajaran daripada pengalaman dan tanda aras di peringkat antarabangsa telah digunakan sebagai input penting dalam menghasilkan set pilihan dasar yang dicadangkan.

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

050 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PenyampaianHasil Pelan Induk tersebut ialah:

1/ PELAN INDUK BAGI DAYA SAING BANDARAYA JOHOR BAHRU

2/ PELAN TINDAKAN BAGI DAYA SAING BANDARAYA JOHOR BAHRU

3/ INDEKS DAYA SAING BANDARAYA BAGI DAYA SAING BANDARAYA JOHOR BAHRU

Status pada penghujung 2016

1. EPU telah memanggil pihak-pihak berkuasa yang mentadbir empat bandaraya, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, dan Johor Bahru, untuk sesi taklimat bagi menyediakan Pelan Induk Daya Saing Bandar bagi setiap bandaraya.

2. Bengkel untuk menyediakan Terma Rujukan (TOR) umum bagi setiap bandaraya kemudiannya dianjurkan oleh EPU.

3. Perbincangan kumpulan fokus untuk menyediakan TOR bagi Pelan Induk Daya Saing Bandar JB anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) dan IRDA.

4. Siri mesyuarat telah diadakan untuk meningkatkan dan menyelaras TOR antara pihak berkuasa tempatan di Johor.

5. Pembukaan Tender anjuran UPEN, berpandukan arahan daripada EPU. 6. Pelantikan Jawatankuasa Penilaian Perunding oleh UPEN untuk

menyenarai pendek dan menilai perunding menurut satu set syarat-syarat.

7. Siri mesyuarat telah diadakan oleh Jawatankuasa Penilaian Perunding untuk mendapatkan pandangan pihak berkepentingan dan persetujuan mereka ke atas penyeragaman skop dan kandungan dokumen tersebut.

8. Jawatankuasa Penilaian Perunding menubuhkan satu pasukan teras daripada dua perunding yang mendapat skor penilaian yang sama.

MEMACU KECEMERL ANGANPENYAMPAIAN

L APORAN TAHUNAN 2016 051

S E D E K A D K E C E M E R L A N G A N

B I D A N GK E B E R H A S I L A N

U T A M A 0 3

M E M P E R T I N G K A T

K E Y A K I N A N P I H A K

B E R K E P E N T I N G A N 0 3

052 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MEMPERTINGKAT KEYAKINANPIHAK BERKEPENTINGAN

IKRAR INTEGRITI KORPORAT

Ikrar Integriti Korporat (CIP) merupakan satu tindakan sukarela di mana syarikat di Malaysia untuk melaksanakan pengisytiharan secara sukarela terhadap amalan rasuah dan menyatakan pendiriannya untuk berusaha ke arah persekitaran perniagaan di Malaysia yang berdisiplin tinggi.

Pada Mac 2011, rangka kerja Sistem Integriti Korporat™ Malaysia (CISM) telah diperkenalkan untuk memudahcarakan dan menyelaras pelaksanaan Ikrar Integriti Korporat oleh penggiat sektor awam dan swasta tempatan.

IRDA adalah antara organisasi yang pertama menandatangani ikrar ini pada tahun 2012, bersetuju untuk menegakkan prinsip anti-rasuah. Inisiatif ini telah dan akan terus menghasilkan tadbir urus yang baik, budaya pengurusan risiko yang kukuh, dan toleransi sifar terhadap amalan rasuah dalam kalangan kakitangan. IRDA sedang melaksanakan 10 inisiatif CIP. PUSAT KHIDMAT ISKANDAR

IRDA menubuhkan bahagian pemudahcara yang dikenali sebagai Pusat Khidmat Iskandar (ISC) demi membantu pelabur dalam merealisasikan pelaburan mereka di Iskandar Malaysia.

Dua kategori utama perkhidmatan yang disediakan oleh ISC ialah:

1. Pemudahcara Pelaburan, merangkumi hal-hal seperti:• Pengeluaran Pas Pekerjaan kepada ekspatriat berkelayakan di Iskandar Malaysia melalui Jawatankuasa Ekspatriat Iskandar Malaysia (IMEC); • Kelulusan 15% Insentif Cukai Pendapatan Iskandar Malaysia bagi Pekerja Berpengetahuan di Iskandar Malaysia melalui Mesyuarat

Jawatankuasa Kelulusan (ACM);• Pengeluaran pelekat Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS) bagi warganegara Singapura yang layak atau Penduduk Tetap yang sering

berulang alik ke Iskandar Malaysia;• Memudahcarakan urusan imigresen rentas sempadan bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi dan Sistem Transit Pantas (RTS) pada masa

depan; dan• Permohonan yang berkaitan Kastam seperti zon bebas cukai atau zon perdagangan bebas.

2. Pengendalian Pembangunan Fizikal, merangkumi hal-hal seperti: • Pengambilan Tanah, Pecah Sempadan Tanah, Kelulusan Kerajaan Negeri bagi pembeli hartanah asing, permohonan Pelupusan dan Strata Tanah;• Permohonan berhubung permit perancangan dan pembangunan, pelan infrastruktur bangunan, dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC); • Bekerjasama dengan Pejabat Tanah dan Galian mengenai penambahbaikan dasar dan proses berkaitan tanah melalui Pasukan Petugas Tanah; dan• Pemudahcaraan permohonan kelulusan bagi pembangunan di Medini dan Puteri Harbour melalui Jawatankuasa Penilaian Perancangan &

Rekabentuk (PDRC). Perkhidmatan yang dikongsi yang melengkapi kedua-dua kategori perkhidmatan di atas adalah:

• Kelulusan lain berkaitan kerajaan bagi Kumpulan Kerja Pegawai Dagang, antara lain, pendidikan dan kesihatan; dan• Perbincangan Kumpulan Fokus Penasihat Perniagaan (penubuhan perniagaan dan peraturan) mengenai sektor tumpuan khusus.

Jabatan Pemerolehan bertanggungjawab bagi: • Tugas-tugas sekretariat kepada Jawatankuasa Tender dan Jawatankuasa Arahan Perubahan (VO);• Menguruskan proses tender bagi pelantikan perunding dan kontraktor; dan• Menguruskan tuntutan/permohonan daripada bahagian-bahagian dalaman.

L APORAN TAHUNAN 2016 053

MEMPERTINGKAT KEYAKINANPIHAK BERKEPENTINGAN

ISC menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk membantu para pelabur mendapatkan kelulusan kawal selia, yang meliputi keseluruhan kitaran proses pelaburan. ISC bertindak sebagai ejen pemudahcara dan penyelaras utama, bagi pelabur dan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam pemberian kelulusan.

Penyelarasan ISC melibatkan pelbagai kerjasama pasukan petugas dan jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan agensi, dan keberkesanannya dipertingkatkan melalui pelbagai kaedah pembuatan keputusan peringkat tinggi yang melibatkan IRDA secara langsung. ISC menyediakan perkhidmatan nilai tambah unik dan telus, yang tidak dapat disediakan oleh jururunding swasta, dan penyelarasannya telah mempercepat proses kelulusan, elemen yang amat penting kepada pelabur.

ISC bukan sahaja memudahkan proses kelulusan, tetapi juga perumusan, penjelasan, dan penambahbaikan pelbagai dasar yang berkaitan dengan jenis pelaburan tertentu. Ini memerlukan pembabitan yang berterusan antara agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, penggiat industri, dan pakar-pakar bidang.

Skor 96% dalam kajian kepuasan pelanggan membuktikan lagi kecemerlangan perkhidmatan ISC.

PASUKAN PETUGAS KHAS TANAH ISKANDAR MALAYSIA

Pasukan Petugas Khas Tanah Iskandar Malaysia telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2014 untuk menyelaras urusan kelulusan tanah untuk pelaburan pemangkin di Iskandar Malaysia untuk mewujudkan persekitaran yang mesra pelabur dan ekosistem perniagaan yang mantap. Ia menyediakan data yang mencukupi dan tepat untuk membantu pihak berkuasa negeri dalam membuat keputusan mengenai hal-hal berkaitan tanah.

Sejak penubuhannya, pasukan petugas ini telah membantu dalam hal-hal tanah yang berkaitan dengan Projek Biru, Projek Kukup-Tanjung Piai, proses pasca pengambilalihan Hab Belia yang dicadangkan bagi Projek Sg Segget, dan projek-projek lain. Pasukan petugas tersebut juga menangani keperluan tanah untuk kegunaan awam (cth. tanah perkuburan Islam berpusat) dan membantu untuk menambah baik proses pewartaan Open Space.

Pasukan petugas telah membuktikan kemampuannya dari segi mempercepatkan proses Pengambilan Balik Tanah dari 12 bulan kepada enam bulan.

JAWATANKUASA PENILAIAN PERANCANGAN DAN REKABENTUK (PDRC) BAGI MEDINI DAN PUTERI HARBOUR

Dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Pematuhan IRDA, PDRC telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan (AIC) dan Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) sebagai badan yang diberi kuasa untuk memantau, menilai, mengawal dan memproses mana-mana permohonan kerja pembangunan di Medini dan Puteri Harbour. PDRC juga membuat cadangan kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) mengenai perkara berkaitan kelulusan Pusat Sehenti (OSC).

Menggunakan konsep “semua di bawah satu bumbung”, Jawatankuasa antara agensi ini telah berjaya dalam mempercepatkan pemprosesan permohonan, iaitu membantu pelabur mendapatkan kelulusan bagi Kebenaran Merancang (KM), Pelan Infrastruktur, serta Pelan Bangunan (BP) dalam tempoh kurang daripada 30 hari.

JAWATANKUASA EKSPATRIAT ISKANDAR MALAYSIA (IMEC)

IMEC, yang mana ISC bertindak sebagai sekretariatnya, telah diberi kuasa oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak 2011 untuk memproses permohonan status ekspatriat dalam tempoh lima hari bekerja oleh ekspatriat berkelayakan yang ingin bekerja dalam sektor perkhidmatan yang digalakkan di Iskandar Malaysia.

Pada tahun 2016, bilangan permohonan ini meningkat kepada 1,597 daripada 971 permohonan pada tahun 2015. Peningkatan mendadak ini jelas menggambarkan kepesatan pembangunan dan pertumbuhan Iskandar Malaysia dalam statusnya sebagai tempat untuk melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah.

Permohonan yang Diter ima 2012-2016

2012

2013

2014

2015

2016

0 200 400 600 800 1,000 1,200 1,400 1,600

1,597

971

356

189

99

054 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Peserta Persidangan Undang-Undang Pembinaan Iskandar Malaysia 2016

JMCIM bertemu untuk mesyuarat kerja ke-12 di Singapura pada 8 Mac 2016. Mesyuarat ini menandakan tahun ke-10 kerjasama sejak JMCIM telah ditubuhkan pada tahun 2007. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh TYT Khaw Boon Wan, Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur dan Pengangkutan Singapura, dan Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pembangunan Negara Singapura, TYT Lawrence Wong. Pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara juga turut hadir.

Dalam mesyuarat itu, Singapura dan Malaysia mengesahkan kemajuan Iskandar Malaysia dan mengulangi komitmen masing-masing untuk pembangunan berterusannya dalam bidang-bidang seperti imigresen, rangkaian pengangkutan, Kereta Api Kelajuan Tinggi, kerjasama perindustrian, alam sekitar, pelancongan, dan projek-projek ikonik lain.

PERSIDANGAN UNDANG-UNDANG PEMBINAAN ISKANDAR MALAYSIA 2016

Ulang Tahun ke-10 Iskandar Malaysia juga merupakan sambutan sebagai penganjur terulung inovasi pembinaan di Malaysia. Sejajar dengan pencapaian ini, bersama Persatuan Undang-Undang Pembinaan Malaysia, IRDA menganjurkan Persidangan Undang-Undang Pembinaan Iskandar Malaysia yang pertama pada 23 dan 24 November 2016. Persidangan itu, antara lain, bermatlamat untuk memberikan para peserta dengan pengetahuan mengenai trend dan inovasi terkini dalam undang-undang pembinaan.

MEMPERTINGKAT KEYAKINANPIHAK BERKEPENTINGAN

MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA MENTERI MALAYSIA-SINGAPURA BAGI ISKANDAR MALAYSIA (JMCIM) KE-12

Pelbagai isu terkini dan relevan berkaitan dengan Amalan inovasi dalam undang-undang Pembinaan telah diketengahkan oleh kumpulan pengamal yang amat berpengalaman.

Persidangan itu termasuk kajian semula penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan di Malaysia, keperluan untuk Protokol Kelewatan dan Gangguan bagi Malaysia, semakan kepada Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012, Penyelesaian Pertikaian Alternatif di Singapura dan Malaysia, dan perbincangan mengenai cara Iskandar Malaysia boleh terus menerajui inovasi dalam industri pembinaan di Malaysia.

DASAR HARTA INTELEK ISKANDAR MALAYSIA

Dasar Harta Intelek Iskandar Malaysia telah diluluskan dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan disaksikan oleh Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, yang kedua-duanya merupakan Pengerusi Bersama IRDA di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya ketika mesyuarat Lembaga Ahli ke-20 pada 25 Ogos 2016.

Iskandar Malaysia telah mencatatkan tahap kesedaran yang tinggi sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, dan ini telah menyumbang kepada ekuiti jenama yang kukuh pada hari ini. Dengan kewujudan jenama yang kukuh, kami menyaksikan peningkatan minat daripada pelbagai pihak yang ingin menjalin hubungan dengan jenama Iskandar Malaysia.

Penjenamaan yang kukuh di Iskandar Malaysia dikaitkan dengan kejayaan wilayah ini mencatatkan pelbagai pencapaian, terutamanya dalam menarik pelaburan pemangkin dan menerajui usaha ke arah menjadi sebuah Bandar Pintar.

IRDA, sebagai Agensi Kerajaan Persekutuan dipertanggungjawabkan untuk mrnyelia projek pembangunan Iskandar Malaysia, memiliki maklumat mengenai sebilangan strategi, rancangan dan pelan tindakan, dan sebahagiannya telah dikeluarkan dan diterbitkan.

IRDA memperakui bahawa harta intelek aset yang sangat bernilai, dan penggunaannya perlu dikawal selia dengan rapi bagi memastikan ia kekal eksklusif dan terbilang.

Oleh itu, Dasar Harta Intelek Iskandar Malaysia ini berfungsi untuk mengawal selia pemberian lesen cap berdaftar Iskandar Malaysia kepada kepada para elabur dan rakan strategik kami yang ingin menggunakan nama dan logo Iskandar Malaysia bersama dengan nama jenama dalam projek masing-masing.

L APORAN TAHUNAN 2016 055

Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Johor dan Ketua Eksekutif IRDA di pelancaran Dasar Harta Intelek Iskandar Malaysia

Sesi perkongsian CDPii sempena IMOD-6 di Komtar JBCC

MEMPERTINGKAT KEYAKINANPIHAK BERKEPENTINGAN

PENYEBARAN DAN PEMANTAUAN KE ATAS PELAKSANAAN DAN PEMATUHAN CDPii

Penyampaian maklumat yang terkandung dalam CDPii secara berkesan dan tepat pada masanya kepada semua pihak berkepentingan yang berkaitan adalah penting untuk mencapai visi Iskandar Malaysia.

Versi CDPii yang dimuktamadkan telah dipamerkan ketika Hari Terbuka Iskandar Malaysia (IMOD) ke-6 pada 23 April 2016 di Komtar JBCC. Dokumen ini menggariskan prinsip dan garis panduan untuk pembangunan masa hadapan di Iskandar Malaysia dan bagaimana pelaksanaannya akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Melalui CDPii, Iskandar Malaysia telah membentuk ekosistem holistik dan berdaya tahan yang dikenali sebagai Kitaran Kemampanan Iskandar Malaysia, yang berlandaskan tiga elemen teras iaitu Penghasilan Kekayaan, Perkongsian Kekayaan dan Keterangkuman, serta Pengoptimuman Sumber dan Rendah Karbon.

Beberapa sesi bersama Agensi-Agensi Persekutuan dan Negeri yang berkaitan juga telah diadakan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai kandungan CDPii dan memastikan penyelarasan rapi antara agensi dalam perancangan pembangunan bandar yang mampan, dengan penekanan terhadap keseimbangan fizikal, alam sekitar, sosial dan ekonomi.

Sesi perkongsian CDPii bersama peserta dari Agensi Persekutuan dan Negeri

056 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Maklumat bergambar dan infografik CDPii

Beberapa penerbitan telah dikeluarkan untuk menyokong dokumen utama CDPii, seperti maklumat bergambar, beberapa infografik dan ringkasan eksekutif yang disedikan kepada pelbagai jenis audien.

Dalam usaha untuk memastikan penerimaan program dan inisiatif CDPii dalam dokumen perancangan Persekutuan dan Negeri, pasukan Perancangan & Pematuhan (PNC) IRDA telah terlibat secara aktif dalam pelbagai mesyuarat jawatankuasa dan penyelarasan dengan Agensi Peringkat Negeri dan Persekutuan, seperti mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) dan perbincangan yang bertumpu kepada penyemakan Rancangan Tempatan Johor Bahru – Kulai.

PENJENAMAAN DAN PERISTIWA

Ketika Iskandar Malaysia memasuki fasa pembangunan ketiganya dengan sambutan Ulang Tahun ke-10 pada bulan November 2016, nama kempen “IM10” telah diilhamkan. Kempen ini bermula pada bulan April 2016 dengan program-program berikut:

i. 24 April 2016 – Pelancaran Logo IM10 oleh Menteri Besar Johor sempena Iskandar Malaysia Open Day (IMOD) 2016 di KOMTAR JBC

ii. 21 Ogos 2016 – Pelancaran Program Penerapan Dalaman bagi Kakitangan IRDA iii. 23 Ogos 2016 – Taklimat Media mengenai IM10iv. 3 November 2016 – Majlis Doa Selamat Kakitangan IRDAv. 4 November 2016 – Kenduri Rakyat Iskandar Malaysiavi. 6 Disember 2016 – Pelancaran Besar-Besaran IM10 oleh Perdana Menteri Malaysia

Sempena pencapaian 10 tahun Iskandar Malaysia, IRDA memacu lebih kesedaran mengenai salah satu peranan utama kami, iaitu untuk mempromosi Iskandar Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah. Ini telah dijalankan melalui 43 acara anjuran IRDA, yang mana sebahagian daripadanya merupakan kerjasama dengan pihak berkepentingan luar.

IRDA juga terlibat dalam acara menandatangani pelbagai Memorandum Persefahaman (MoU). MoU tersebut telah membolehkan IRDA menjalin hubungan dengan banyak pihak, di peringkat tempatan dan luar negara, sekaligus mewujudkan peluang untuk mengadakan perjanjian menguntungkan yang boleh melonjakkan jenama Iskandar Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Iskandar Malaysia juga terus meraih liputan media yang luas pada 2016 dalam media cetak dan elektronik, yang memberikan pulangan nilai perhubungan awam sebanyak RM77.1 juta.

Dalam usaha bersepadu untuk mempromosi Iskandar Malaysia melalui platform tempatan dan antarabangsa, kami mengadakan siri penglibatan aktif bersama media bagi memastikan liputan media yang positif dan berterusan dalam media cetak dan elektronik. Mesej komunikasi yang tersirat mengenai kemajuan Iskandar Malaysia selepas 10 tahun penubuhannya, hasil yang dijangkakan serta manfaat yang diraih oleh masyarakat, bertindak sebagai pencetus kepada lebih banyak penyertaan daripada pelbagai pihak

MEMPERTINGKAT KEYAKINANPIHAK BERKEPENTINGAN

L APORAN TAHUNAN 2016 057

berkepentingan, termasuk peniaga, pelabur dan masyarakat setempat. Mesej utama lain para bertumpu kepada usaha untuk mengekalkan pembangunan Iskandar Malaysia dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar.

PENGURUSAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Sepanjang tahun ini, Iskandar Malaysia menerima kunjungan pegawai berjawatan tinggi dari pelbagai negara yang berminat untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai wilayah pembangunan ini:

1. Makan tengah hari rasmi bersama Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ketika Misi Pelaburan di Jakarta, Indonesia (16 April 2016);

2. Kunjungan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Ke Johor (6-8 Mei 2016);

3. Kunjungan Hormat TYT Daniel Dargent, Duta Besar Belgium ke Malaysia (18 Ogos 2016);

4. Kunjungan DYMM Raja Swaziland ke Iskandar Malaysia (19 Ogos 2016);5. Program IRDA bersama Komuniti Kampung Sungai Melayu,

Gelang Patah Sempena Lawatan Ahli-Ahli Dewan Negara Ke Johor (22 Ogos 2016);

6. Kunjungan Hormat Konsulat Jeneral Republik Indonesia Bapak Haris Nugroho (20 November 2016); dan

7. Kunjungan TYT Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia (21 Disember 2016).

MAJLIS KOMUNIKASI MALAYSIA ISKANDAR (IMCC)

Sesi selama sehari ini telah diadakan di Terminal Penerbangan Perniagaan Senai pada 20 September 2016 mewujudkan satu platform untuk perkongsian maklumat dalam kalangan ahli-ahli bagi memastikan penyampaian maklumat yang konsisten mengenai Iskandar Malaysia.

Rakan usaha sama dan pihak berkepentingan utama kami dari sektor awam dan swasta menghadiri perjumpaan IMCC ini, yang membabitkan perbincangan:

1. Berkomunikasi visi, sasaran dan kemajuan pembangunan secara jelas;2. Meneroka bidang kerjasama dengan pihak berkepentingan;3. Mengadakan pembabitan bersama dengan pasukan komunikasi pihak

berkepentingan secara tetap;4. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan dalam kalangan ahli-ahli;5. Menyebarkan kemas kini mengenai kemajuan sambutan IM10;6. Senarai aktiviti IM10; dan7. Menjalankan kempen media di Indonesia.

KAJI SELIDIK ISKANDAR MALAYSIA

Seperti pada tahun sebelumnya, IRDA telah melaksanakan satu siri kaji selidik yang merangkumi:

a. Kaji Selidik Pengiktirafan Jenama (BRS) menggantikan Kaji Selidik Tahap Kesedaran Purata (AAL) pada tahun-tahun sebelumnya

b. Indeks Kualiti Perkhidmatan (SQI) untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan oleh kakitangan IRDA kepada pihak berkepentingan luar; dan

c. Kaji Selidik Kualiti Kehidupan (QLS) yang dimulakanpada tahun 2014 untuk menetapkan tanda aras bagi pengukuran taraf hidup di Iskandar Malaysia, dan kemudiannya dipantau untuk penambahbaikan.

Hasil kaji selidik 2016 adalah berbeza-beza seperti berikut:

• Brand Recognition Survey (BRS) – Tahap keyakinan menurun sebanyak 9%, menunjukkan keperluan segera untuk meneliti semula maklum balas daripada pelabur yang bagi meraih manfaat daripada peningkatan kemungkinan responden untuk melabur di Iskandar Malaysia (80% pada tahun 2016 berbanding 70% pada tahun 2014). Penurunan ini juga disebabkan oleh pengurangan aktiviti penggalakan yang dijalankan oleh IRDA kerana langkah penjimatan ke atas seluruh sektor awam. Kaji selidik ini juga didapati bahawa ia terlalu menjurus kepada pelabur, dan telah diputuskan bahawa pada masa hadapan, kaji selidik ini perlu lebih seimbang dan turut meliputi elemen Bekerja, Bermastautin dan Beriadah selain daripada Melabur.

• Service Quality Indexs (SQI) – Tahap Kepuasan telah bertambah baik daripada skor min 3.94 pada tahun 2016 kepada skor min gabungan 3.94 pada tahun 2015. Kebanyakan responden adalah positif terhadap IRDA, walaupun terdapat banyak lagi bidang yang memerlukan penambahbaikan. Skor Penyokong Bersih sebanyak 46.2%, ditambah pula dengan skor Pasif sebanyak 44.1%. Cadangan penambahbaikan termasuk: - Menyediakan tempat letak kereta pelawat; - Mengemas kini maklumat laman sesawang IRDA; dan - Mengadakan lebih banyak aktiviti promosi

• Quality Live Survey (QLS) - Tahap kepuasan meningkat daripada 66% pada tahun 2014 kepada 79% pada tahun 2016 dengan 14% responden tambahan menarafkan Iskandar Malaysia sebagai “Hampir sebaik dengan yang terbaik”, manakala “Lebih baik daripada beberapa tempat-tempat lain yang saya ketahui” telah mengatasi “Agak baik tetapi boleh menjadi lebih baik” sebagai keputusan majoriti bagi Iskandar Malaysia. Kesemua lima kategori Bermastautin, Bekerja, Beriadah, Prihatin dan Belajar mencatatkan sekurang-kurangnya peningkatan 20% dalam tahap kepuasan berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, beberapa maklum balas telah diambil kira seperti berikut:- Lebih banyak infrastruktur gaya hidup diperlukan, selain

perlindungan dan keselamatan;- Perlu menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing dan

menambah baik pengangkutan awam; dan- Lebih banyak peluang pekerjaan, perumahan mampu milik,

persekitaran yang bersih dan mesra alam dan kemudahan pendidikan.

MEMPERTINGKAT KEYAKINANPIHAK BERKEPENTINGAN

058 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PUSAT MAKLUMAT ISKANDAR MALAYSIA (IMIC)

Pada penghujung 2015, IMIC di Pusat Konvensyen Danga Bay telah ditutup secara rasminya susulan penutupan secara beransur-ansur kemudahan ini kepada orang ramai. Ini adalah selaras dengan strategi keseluruhan IRDA untuk mengurangkan perbelanjaan operasi, dan penempatan semula pejabat IRDA ke bangunan baharu dalam tempoh kira-kira dua tahun lagi. Aset dan inventori yang berfungsi telah dilelong sementara bakinya disimpan untuk penggunaan masa hadapan atau untuk pelupusan.

Sehubungan itu, Pusat Panggilan juga telah dihentikan dan semua pertanyaan melalui telefon disalurkan ke talian am. Para penyambut tamu akan menyalurkan pertanyaan kepada Komunikasi Strategik atau bahagian lain yang berkaitan di IRDA, bergantung kepada jenis pertanyaan yang diterima. Pertanyaan melalui e-mel kini dikendalikan oleh Unit Pengurusan, manakala pasukan teknologi maklumat kami akan mewujudkan satu sistem pemantauan mudah untuk menyelaras pertanyaan yang diajukan ke bahagian lain yang berkaitan.

Sebuah IMIC mini sementara kini terletak di ruang pameran dan menunggu di sebelah ruang Legar di aras tanah Ibu Pejabat IRDA.

MAKLUMAT EKONOMI DAN PERNIAGAAN PROAKTIF

IRDA menerbitkan edisi bulanan dan khas IM BizWatch dengan ruangan khusus, “Dari Meja Ekonomi & Pelaburan”. Ruangan ini menyediakan ulasan dalaman terkini mengenai perkembangan global dan serantau dan implikasinya terhadap Iskandar Malaysia. Prestasi pelaburan yang sentiasa dikemaskini juga membantu pelabur untuk mengikuti perkembangan terkini di Iskandar Malaysia, di samping memberikan pembaca gambaran menyeluruh mengenai keputusan yang dibuat untuk memastikan kemampanan Iskandar Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

MEMPERTINGKAT KEYAKINANPIHAK BERKEPENTINGAN

MISI BANDARAYA BERHUBUNG: ASIA TENGGARA 2016

Untuk menggalakkan proses pemindahan pembelajaran dan pengetahuan, Misi Bandaraya Berhubung telah dianjurkan dari 14 sehingga 18 Mac 2016 oleh Innovate United Kingdom dan Trade and Investment United Kingdom (UKTI) untuk memberi peluang kepada PKS UK di kawasan bandar untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi idea tentang cara penyelesaian bandar inovatif yang mereka boleh sumbangkan kepada visi Bandar Pintar Iskandar Malaysia.

UKTI dan IRDA juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan lagi pembangunan Bandar Pintar di Iskandar Malaysia dari segi infrastruktur, teknologi, dan perkongsian pengetahuan. MoU ini akan mengetengahkan projek-projek rintis, infrastruktur berkaitan, dan bahan-bahan dan teknologi hijau yang baharu; menggalakkan kerjasama dan latihan antara ahli akademik dan industri; dan melaksanakan projek-projek R&D dan inovasi secara bersama antara pelabur United Kingdom dan syarikat-syarikat tempatan di Iskandar Malaysia.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah disaksikan oleh Datuk Latiff Bandi, Ahli Majlis Eksekutif Negeri Johor dan Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri.

L APORAN TAHUNAN 2016 059

S E D E K A D K E C E M E R L A N G A N

B I D A N GK E B E R H A S I L A N

U T A M A 0 4

M E M U P U K

K E T E R A N G K U M A N

S O S I A L 0 4

060 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

Bank Dunia mentakrifkan “keterangkuman sosial” sebagai “proses menambah baik syarat-syarat bagi individu dan kumpulan untuk mengambil bahagian dalam masyarakat — meningkatkan keupayaan, peluang, dan martabat mereka yang kurang bernasib baik atas dasar identiti mereka.” Salah satu asas penubuhan Iskandar Malaysia memenuhi syarat ini untuk membina masyarakat yang mantap dan bersatu padu. Dalam Kitaran Kemampanan kami, elemen Perkongsian Kekayaan dan Keterangkuman bertujuan untuk mewujudkan keadaan yang menggalakkan perkongsian kekayaan yang berkesan dan saksama melalui penyediaan peluang kepada semua lapisan masyarakat.

DoubleTree Hilton, menarik lebih 4,000 pencari kerja yang bertemu dengan 90 syarikat yang menawarkan lebih 2,500 jawatan yang perlu diisi. Ini diikuti oleh Pameran Kerjaya SL1M yang lebih besar diadakan selama dua hari pada 12 dan 13 Oktober 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di mana seramai 16,000 pencari kerja hadir untuk 10,500 jawatan kosong yang ditawarkan oleh 110 syarikat.

Syarikat-syarikat di Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada 70% syarikat multinasional dan 30% syarikat tempatan dalam pelbagai industri seperti bioteknologi, perubatan, pembangunan hartanah, pelancongan, minyak & gas, dan elektronik, telah mengambil bahagian dalam pameran ini.

IRDA turut mengumumkan pada 5 April 2016 pakej rangsangan pekerjaan untuk tenaga kerja tempatan dengan sijil TVET di Iskandar Malaysia. Inisiatif ini akan membolehkan mereka yang layak untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui program belajar sambil bekerja, yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Iskandar Malaysia, malah juga kepada negeri Johor secara keseluruhan. Dalam agenda keterangkuman, inisiatif ini memberi tumpuan terhadap tenaga kerja tempatan dengan latar belakang yang berbeza, termasuk orang kurang upaya, siswazah menganggur, pekerja yang diberhentikan, dan pelajar tercicir.

GERAN PEKERJAAN ISKANDAR MALAYSIA

Atas perkara yang sama, Geran Pekerjaan Iskandar Malaysia (IMEG) telah dilancarkan pada tahun ini untuk mengurangkan jurang pekerjaan dan menawarkan pekerjaan kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan. Syarikat-syarikat yang mengambil calon yang layak berhak untuk memohon geran ini, iaitu pemberian geran pemadanan berdasarkan nisbah 50:50 gaji dan perbelanjaan latihan.

Dalam tempoh enam bulan pertama, seramai 380 calon dari kumpulan sasaran program ini telah meraih manfaat daripada hampir RM1.7 juta dalam bentuk geran yang dikeluarkan.

ISKANDAR LEARNING FESTIVAL 2016

Iskandar Learning Festival 2016 telah diadakan dari 21 Oktober hingga 5 November 2016 untuk mempromosi dan meraikan semua jenis pembelajaran kepada orang ramai dalam semua peringkat umur, minat dan kebolehan.

Lebih 575 peserta hadir untuk menikmati akses percuma kepada bahan-bahan pembelajaran yang selama 15 hari melalui 35 kursus yang ditawarkan.

PROGRAM BANDAR PINTAR SIHAT & MASYARAKAT

Program mesra rakyat ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mencapai ekosistem mampan dari segi ekonomi dan teknologi yang seterusnya akan mewujudkan masyarakat pintar, berhubung dan terangkum. Hasil ini akan direalisasikan melalui penyediaan kemudahan rekreasi yang menggalakkan aktiviti yang berorientasikan keluarga, dan juga pelbagai pilihan pengurusan kesihatan peribadi untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih baik. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan orang dewasa dan kanak-kanak di Iskandar Malaysia,

PROGRAM INOVASI PKS DAN AKSES KEPADA PEMBIAYAAN

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah menikmati perkembangan yang menggalakan di Iskandar Malaysia, sejajar dengan pertumbuhan yang kukuh dalam pelaburan yang diterima oleh wilayah pembangunan ini. Untuk mengukuhkan lagi keseluruhan ekosistem perniagaan, “Program Inovasi PKS dan Akses kepada Pembiayaan” telah dijalankan pada 2016, yang mana didapati bahawa pertumbuhan pendapatan purata PKS telah mencecah 7.9%, manakala indeks keuntungan sektor ini meningkat sebanyak 5.8% pada 2016 walaupun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar. IRDA juga terus memudahcarakan pembangunan kapasiti PKS, yang mana sebanyak 73 PKS telah menerima pengiktirafan kualiti, di samping pencapaian-pencapaian lain, yang akan membantu meneguhkan penjenamaan imej mereka.

PROGRAM MINI KEUSAHAWANAN WANITA

Dengan kerjasama Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA), usahawan-usahawan wanita di negeri ini telah menerima sokongan padu melalui satu siri Program Mini Keusahawanan Wanita yang telah diadakan di bandar-bandar di negeri Johor.

PAMERAN KERJAYA

Walaupun peluang pekerjaan adalah penting, bekalan penawaran tenaga kerja juga sama penting untuk memenuhi keperluan pelbagai industri. Sepanjang tahun 2016, IRDA memberi tumpuan kepada aspek pasaran buruh melalui satu siri pameran kerjaya yang diadakan di pelbagai tempat di negeri ini untuk memaksimumkan jangkauan dan keberkesanannya.

Pameran Kerjaya (Siri 1) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah dianjurkan dengan jayanya pada 3 Jun 2016 di Hotel

Calon-calon sedang ditemuduga untuk jawatan kosong yang diiklankan di pameran kerja

L APORAN TAHUNAN 2016 061

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

taman-taman dan kawasan rekreasi luar telah dibina atau sedang dirancang untuk memberi inspirasi kepada rakyat semua peringkat umur agar memberi lebih perhatian kepada kesihatan fizikal dan mental mereka.

IRDA telah mengambil beberapa inisiatif kesihatan dan kesejahteraan sepanjang 2016, termasuk 10 Hari Bebas Kereta, sebuah Taman Bebas Rokok, dan tiga Riders’ Corners yang melengkapkan program Perbandaran Bandar Pintar dan Sihat serta Taman Angkat.

Seramai 50 penunggang dari Happy Riders, pegawai Penguatkuasa Berbasikal Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), dan anggota polis berbasikal sejauh 14km pada 31 Mac 2016, bermula dari pejabat MBJB dan berakhir di Hotel Swiss Inn, sebagai sebahagian daripada program Bandar Pintar dan Komuniti Sihat yang menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Hotel Swiss Inn yang terletak di Zon Ekonomi Utama A, Iskandar Malaysia merupakan hotel pertama yang menyediakan Riders’ Corner di premis mereka. Riders’ Corner adalah hentian selamat untuk komuniti penunggang basikal berehat dan menenangkan fikiran. Kemudahan yang disediakan secara percuma oleh pihak hotel termasuk tandas, tempat parkir basikal, surau, dan hidangan ringan.

KEJOHANAN LUNCUR KASUT RODA GAYA BEBAS ISKANDAR MALAYSIA 2016

Kira-kira 100 peserta dari Johor Bahru dan di seluruh negara (termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah dan Melaka) telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Kasut Roda Gaya Bebas Iskandar Malaysia (IMFIST) 2016 yang pertama kali anjuran IRDA dan Southern Bladerz Club ( SBC) di Hutan Bandar Mutiara Rini, Nusajaya pada 30 Mei 2016.

IMFIST merupakan kejohanan luncur kasut roda peringkat kebangsaan pertama yang diadakan di Iskandar Malaysia. Kejohanan ini memberi peluang kepada peminat luncur kasut roda untuk mengasah bakat mereka dan bertandingdengan pesaing dari negeri-negeri lain, dan

seterusnya berkemungkinan ke peringkat antarabangsa. IMFIST juga bertindak sebagai platform untuk perkongsian pengetahuan dalam kalangan peminat luncur kasut roda, serta menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan muda.

PROGRAM KONGSI KEPRIHATINAN ISKANDAR MALAYSIA 2016

Seramai lebih 70 pelajar yang kurang bernasib baik dari Sekolah Kebangsaan Kulai dan kanak-kanak dengan keperluan khas serta dari keluarga berpendapatan rendah telah berpeluang untuk membeli-belah sempena sambutan Hari Raya di Mydin Hypermarket Kulai Utama, Johor bersama kakitangan IRDA pada 23 Jun 2016, sebagai sebahagian daripada program Kongsi Keprihatinan Iskandar Malaysia 2016.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan IRDA untuk berkongsi sambutan perayaan bersama mereka yang kurang bernasib baik di Iskandar Malaysia. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan rasa kekitaan sesama mereka yang serba kekurangan dalam masyarakat.

MEMASTIKAN KEMAMPANAN PASARAN HARTANAH

IRDA telah melancarkan satu inisiatif baharu pada 23 April 2016 yang dikenali sebagai Anugerah Pengiktirafan Iskandar Malaysia (TIMA) untuk menaikkan taraf sektor hartanah di Iskandar Malaysia di bawah program Tindakan Hartanah Iskandar Malaysia (IMPACT), yang telah dimulakan pada tahun 2012 dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan kemampanan pasaran hartanah di Iskandar Malaysia.

TIMA mengumpulkan pakar-pakar bidang IRDA bersama agensi-agensi kerajaan, badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada projek dan amalan harta tanah yang berkaitan selaras dengan visi, sasaran dan objektif Iskandar Malaysia secara khususnya berkaitan dengan kemampanan dan kesaksamaan sosial.

Dengan menawarkan kategori anugerah seperti “Komuniti Paling Seimbang”, “Kediaman Paling Sesuai Didiami”, “Tempat Kerja Paling Kondusif”, “Lokasi Paling Meriah”, “Pelaburan Paling Berimpak Tinggi” dan “Persekitaran Paling Menenangkan”, TIMA memberi pengiktirafan kepada projek atau sumbangan yang paling bernilai dan mempunyai kesan positif kepada masyarakat dan rakyat secara umumnya. Terdapat juga anugerah khas, iaitu “Value Champion”, yang mengiktiraf yang pihak berkepentingan luar yang menjuarai usaha penerapan nilai-nilai IRDA iaitu Berwawasan, Pemudah Cara, Gerak Kerja, Integriti dan Bertaraf Antarabangsa serta misi Iskandar Malaysia untuk menjadi sebuah Metropolis Bertaraf Antarabangsa yang Kukuh dan Mampan.

PROGRAM DROPCASH

Program ‘DropCash’ telah dijalankan sepanjang tahun di pelbagai lokasi di negeri ini, untuk mewujudkan kesedaran dikalangan belia mengenai strategi perniagaan dan pemasaran dalam talian online business. Program ini terdiri daripada tiga fasa yang bertujuan untuk:

1. Menghasilkan 1,000 orang usahawan belia dalam talian pada tahun pertama

2. Melahirkan 300 orang usahawan yang boleh menjalankan perniagaan mereka di bazar atau kiosk selepas enam bulan; dan

3. Melahirkan 50 orang usahawan yang boleh berniaga di kedai atau premis.

Bagi memenuhi hasrat fasa pertama Pusat Pembangunan Usahawan (EDC) Johor telah menganjurkan Kursus Pemasaran Internet untuk 1000 orang usahawan belia. Manakala, bagi fasa dua seramai 300 daripada 1,000 orang usahawan yang menyertai fasa pertama telah dipilih menerima geran bernilai RM2,000 seorang yang berbentuk kiosk mini dan bahan pemasaran untuk memulakan perniagaan kiosk di mana-mana lokasi yang strategik. Geran tersebut telah disampaikan pada 5 September 2016 di EDC Johor, Bandar Baru Uda. Bagi fasa ketiga, 100 orang usahawan dipilih untuk mempelajari secara teori selok belok menjadi usahawan borong serta dibawa ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan pemborong samada di luar dan di dalam negara.

062 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

PROGRAM KESEDARAN HARTANAH

DropVest Pro merupakan salah satu program kesedaran hartanah yang telah dianjurkan pada 14 Februari 2016 di Rumah Iskandar Malaysia dengan kerjasama alumni Program DropCash. Selain itu, ia merupakan kesinambungan daripada usaha untuk mendidik golongan sasaran tentang kepentingan pemilikan aset. Lebih 300 peserta telah menghadiri seminar dan mengunjungi ruang pameran yang mempamerkan produk-produk peserta Program DropCash.

Manakala, Iskandar Malaysia EduHome 2016 pula telah diadakan pada 5 November 2016 di Kilang Bateri di Johor Bahru sempena Ulang Tahun ke-10 Iskandar Malaysia dan Iskandar Learning Festival yang bertujuan menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat terutamanya kepada masyarakat Iskandar Malaysia. Program ini juga bertujuan memberikan tip-tip dan maklumat mengenai pemilikan rumah mampu milik yang telah ditawarkan dan pelaburan hartanah dan aset.

RANCANGAN STRATEGIK DAN PELAN TINDAKAN

IRDA juga telah merangka perancangan strategik bagi menangani isu kekurangan rumah mampu milik dan harga pasaran yang tidak sepadan dengan pendapatan penduduk setempat di Iskandar Malaysia.

IM MAKMUR

IM Makmur merupakan satu set program yang direka khas untuk memberi peluang kepada empat golongan sasaran yang berisiko terpinggir untuk mengambil bahagian dalam agenda penghasilan kekayaan di Iskandar Malaysia.

Golongan sasaran ini adalah terdiri daripada:-a. Golongan terpinggir termasuk ibu tunggal,

warga emas, orang kurang upaya dan anak-anak yatim;

b. Golongan nelayan;c. Masyarakat India; dand. Orang Asli

Salah satu matlamat IM Makmur adalah untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti bagi generasi kedua /golongan sasar ini, agar mereka mendapat potensi penuh dan terdedah kepada peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih baik. Inisiatif ini juga membantu mereka dalam mengurus kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sehingga bulan Oktober 2016, semua perbincangan bersama agensi dan pihak yang berkaitan dengan kumpulan sasaran ini telah dijalankan.

ISKANDAR MALAYSIA SOCIAL HERO AWARDS 2016 (IMSHA2016)

Program anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti, mengiktiraf dan meraikan individu, organisasi dan kumpulan yang telah membuat pembaharuan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Sebuah majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 3 November 2016 di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru untuk meraikan 20 penerima anugerah di atas sumbangan berharga dan penglibatan aktif mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan di negeri Johor. Penerima tersebut telah dipilih daripada lebih 200 pencalonan dalam 11 kategori iaitu Haiwan & Hidupan Liar, Bantuan Bencana Alam dan Keselamatan Awam, Kemajuan Pendidikan, Pemuliharaan/ Perlindungan Alam Sekitar, Perkhidmatan Kesihatan, Pemerkasaan Manusia, Bantuan Kemiskinan & Kebuluran, Tanggungjawab Sosial Korporat, Inovasi Sosial, Kesenian dan Budaya & Warisan.

Pencalonan dianalisa dan dinilai mengikut sistem ‘penilaian kesan sosial’ oleh Frost and Sullivan, sebuah jawatankuasa teknikal bebas dan keputusan kemudiannya disemak oleh Majlis Kepimpinan yang terdiri daripada warga-warga ternama.

IMSHA2016 merupakan acara yang diterajui pemimpin komuniti yang dikendalikan oleh The Iskandarian (Akhbar Rasmi Iskandar Malaysia), Frost and Sullivan, dan IRDA. IMSHA2016 turut disokong oleh UMLand, Maslee, dan Country Garden Pacific View.

INDEKS SOSIAL ISKANDAR MALAYSIA

Indeks Sosial Iskandar Malaysia berfungsi sebagai satu mekanisme untuk mengukur peratus keberhasilan yang dicapai di Iskandar Malaysia.

INISIATIF KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN DI ISKANDAR MALAYSIA

IRDA berusaha ke arah menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin di Iskandar Malaysia dengan memikul tanggungjawab ini bersama masyarakat setempat.

Setakat ini, 32 Pos Polis Komuniti telah dibina di penempatan penduduk di sekitar Iskandar Malaysia, dan 29 daripada jumlah tersebut telah beroperasi pada penghujung 2016. Beberapa kawasan awam juga berada di bawah pengawasan 577 kamera litar tertutup untuk membantu pasukan polis melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang mereka.

Mesyuarat Bandar Selamat telah dijalankan secara berkala di setiap Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBJB, MPJBT, MPKu dan MPPG bagi penduduk tempatan mendapatkan perkembangan terkini berkaitan keselamatan dan perlindungan di Iskandar Malaysia. Tiga latihan utama telah diadakan di seluruh Iskandar Malaysia pada tahun dalam tinjauan. Hasil daripada pelaksanaan Pelan Pembangunan Keselamatan dan Perlindungan Iskandar Malaysia ini, telah mencatatkan penurunan 46% pada 2016 berbanding tahun 2009.

PERTANIAN BANDAR ISKANDAR MALAYSIA

Program Pertanian Bandar Iskandar Malaysia ialah projek berasaskan komuniti B40 (iaitu pekerja kolar biru, penganggur, pelajar, suri rumah, pesara, dan warga emas), disertai oleh masyarakat petani, persatuan penduduk, kelab-kelab, perusahaan sosial, dan koperasi.

L APORAN TAHUNAN 2016 063

Program ini bertujuan untuk mewujudkan sumber pendapatan alternatif, memaksimumkan penggunaan tanah dan kawasan yang tidak digunakan, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan yang baik, persekitaran yang bersih dan mampan, dan kesejahteraan peribadi untuk meningkatkan kebajikan individu B40. Ia adalah rantaian nilai makanan yang lengkap bersumberkan masyarakat yang membantu isi rumah di bandar berpendapatan rendah mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat melalui inisiatif ‘Tanam untuk dijual/Farm to sell’ dan ‘Tanam untuk dimakan/Farm to eat’ (yang dijual di kedai-kedai runcit, pasar dan restoran).

Untuk memastikan kelancaran dalam pelaksanaan dan pemantauan program ini, IRDA berfungsi sebagai Penyelaras Program manakala Jabatan Pertanian Negeri Johor menyediakan kepakaran teknikal yang diperlukan. Beberapa lokasi dan masyarakat telah dikenal pasti untuk memulakan projek ini, iaitu Larkin Perdana, Apartment Seri Jasa – Mutiara Rini di Gelang Patah, Taman Flora Heights di Pasir Gudang, Flat Desa Mutiara di Kangkar Tebrau, serta dua lokasi lain di Kulai dan Johor Bahru.

KAWAN ISKANDAR MALAYSIA (KIM)

Kawan Iskandar Malaysia bertujuan untuk membantu penduduk tempatan di 14 mukim yang memiliki jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan bagi meningkatkan pendapatan mereka dengan mengambil bahagian dalam aktiviti dan peluang ekonomi yang ada di Iskandar Malaysia. Ia juga membantu menyokong kumpulan yang kurang berkemampuan dan masyarakat yang telah terkesan kehidupan mereka disebabkan oleh pembangunan Iskandar Malaysia.

Inisiatif ini adalah di bawah strategi Sosioekonomi IRDA yang meliputi 87 kampung di 14 mukim di Iskandar Malaysia, dengan

bantuan pembiayaan (pembiayaan mikro untuk perniagaan geran untuk infrastruktur) daripada Kumpulan Wang Projek Sosial IRDA. Setiap kampung layak menerima peruntukan sehingga RM1 juta untuk membangunkan program pembangunan sosioekonominya dengan sokongan IRDA.

Pada 2016, IRDA menyediakan khidmat nasihat dan menyelaras pembangunan di Kg Ladang di Gelang Patah dan Kg Pasir Gudang Baru di Pasir Gudang, untuk memastikan operasi perniagaan yang mampan dan risiko yang diurus dengan baik.

Dianggarkan seramai 3,000 orang telah mendapat manfaat secara langsung daripada inisiatif ini, dan sehingga kini lebih 9,000 orang telah berkunjung ke projek KIM. Peserta KIM telah mencatatkan peningkatan sebanyak 25-60% dalam pendapatan mereka, manakala tiga projek infrastruktur telah disiapkan untuk Kampung Sungai Melayu, KongKong Laut dan Kampung Sinaran Baru, bagi membantu meningkatkan potensi pelancongan di lokasi tersebut. Tiga lagi projek KIM dijangka akan beroperasi pada tahun 2017.

MEDAN SELERA ISKANDAR (MSI)

Ini merupakan projek di bawah KIM untuk membina dan mengendalikan sebuah Medan Selera Iskandar yang menyediakan perniagaan kecil di Gelang Patah dengan ruang niaga yang sesuai dan dilengkapi dengan ruang makan serta kemudahan yang selesa.

Pelan Perniagaan bagi MSI telah dimuktamadkan dan dikemukakan kepada Menteri Besar Johor pada 23 Ogos 2016, dilengkapi dengan pilihan untuk mengurus dan mengendalikan medan selera itu. MSI dijangka akan memulakan operasi pada suku tahun ketiga 2017.

AKADEMI ISKANDAR MALAYSIA (IMA)

Ini merupakan pusat sehenti bagi pembangunan modal insan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja industri di Iskandar Malaysia.

Pada 2016, IMA menganjurkan Persidangan Undang-Undang Pembinaan dengan Perkhidmatan Perundangan and Kesetiausahaan. Ia juga mengadakan sesi latihan dalaman berkaitan Kemahiran Penyampaian & Pemudahcaraan untuk tahap Eksekutif Sokongan Pengurusan (EMS) dan Pembantu Eksekutif (EA) IRDA.

PUSAT KECEMERLANGAN MEDIA & PROGRAM PERMAINAN (MAGICX)

Ini merupakan inisiatif usaha sama dengan Universiti Teknologi Malaysia untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan media dan program permainan bagi pengembangan dan pengkomersialan idea, terutamanya bagi golongan muda yang celik teknologi.

Pada bulan April 2016, My Iskandar Sdn Bhd (MISB), syarikat yang milik penuh IRDA yang menjalankan aktiviti komersial IRDA bagi membolehkan pemisahan jelas peranan IRDA sebagai pihak berkuasa, telah menandatangani perjanjian usaha sama untuk memperoleh 45% saham MaGICX Sdn Bhd. Jawatan-jawatan utama (iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Teknologi, Pengurus Jualan & Pemasaran, Pengurus Projek, dan Eksekutif Teknikal) juga telah diisi dalam tempoh setahun sebelum pelancaran rasmi MaGICX oleh Perdana Menteri Malaysia di IM10 pada 6 Disember 2016.

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

064 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN JALAN DARAT

Rancangan telah disediakan pada 2016 untuk menaik taraf jalan sedia ada dan membina jalan pintas di Pekan Serkat untuk meningkatkan akses ke kawasan pelancongan Tanjung Piai. Pembinaan dijangka bermula pada bulan Jun 2017.

Dengan cara yang sama, rancangan turut disediakan pada 2016 untuk membina persimpangan bertingkat penuh di Jalan Kempas Lama – Persimpangan PLUS untuk meningkatkan aliran trafik di kawasan itu.

INFRASTRUKTUR MAKLUMAT BERSEPADU ISKANDAR MALAYSIA (IM3I)

Pada bulan Februari 2016, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan (AIC) telah meluluskan pelaksanaan infrastruktur komunikasi maklumat bersepadu untuk Iskandar Malaysia, yang dikenali sebagai Infrastruktur Maklumat Bersepadu Iskandar Malaysia (IM3i), serta penubuhan sebuah Syarikat Perantara Tujuan Khas (SPV) untuk melantik, melaksana, dan mengurus IM3i. Seperti yang dilaporkan oleh Indeks Net Ookla, data bagi jalur lebar dan kelajuan selular terkini di seluruh rantau Asia Pasifik menunjukkan bahawa Singapura, Hong Kong, dan Jepun telah jauh ke hadapan dari segi kelajuan jalur lebar rumah. Singapura mendahului yang lain dengan kelajuan purata jalur lebar 118.8 Mbps. New Zealand, China, dan Taiwan juga sedang meningkatkan kelajuan data mudah alih. Data mudah alih di New Zealand dan China masing-masing adalah dengan purata 27.7 dan 27.6Mbps apabila 4G digunakan secara besar-besaran di kedua-dua negara pada tahun lalu. Manakala Malaysia, berada pada kedudukan ke-14 dari segi jalur lebar tetap dengan kelajuan purata 7.2Mbps, dan ke-10 dari segi jalur lebar mudah alih dengan kelajuan purata 6.4Mbps.

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

Kos penyambungan Internet di Iskandar Malaysia adalah dianggap tinggi, sebanyak 2.42% daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) berbanding Singapura (0.44%) dan Korea Selatan (1.27%) manakala kelajuan dianggap sebagai perlahan. Walau bagaimanapun, kos kini mula merosot walaupun ia masih perlu dikurangkan lagi. Kelajuan juga meningkat melalui pengenalan Inisiatif Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBI) oleh Kerajaan Persekutuan dan rangkaian 4G oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan. Tambahan pula, model perniagaan semasa bagi jalur lebar sebagai satu komoditi dan bukan infrastruktur asas seperti yang ditetapkan oleh piawaian dunia, menghalang ketersediaan dan kemampuan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk pengguna, komuniti perniagaan dan pelabur. Ringkasnya, wujud keperluan untuk menaik taraf Rangkaian Iskandar Malaysia untuk mencapai matlamat inisiatif ICT dalam Rancangan Malaysia ke-11, dan visi Iskandar Malaysia. Di samping itu, selaras dengan rancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosi Pusat Data Sedenak Iskandar, adalah penting bagi infrastruktur IM3i di Iskandar Malaysia memenuhi keperluan pelabur dengan secukupnya.

LALUAN PEJALAN KAKI DAN SIKAL

Visi Iskandar Malaysia untuk mewujudkan Masyarakat Rendah Karbon menjelang 2025 melalui gaya hidup mesra alam sekitar dan bandar pejalan kaki dan sesuai didiami melibatkan sasaran untuk meningkatkan pergerakan secara berjalan kaki merangkumi 7% daripada semua perjalanan di Iskandar Malaysia menjelang 2025, dan berbasikal daripada 3% semua perjalanan pada tahun 2005 kepada 5% menjelang 2025, menghasilkan pengurangan karbon sebanyak setara 264ktCO2 dan 2% dalam jumlah pelepasan CO2.

Masyarakat di Iskandar Malaysia menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam berbasikal dengan bilangan kira-kira 10,000 penunggang basikal di wilayah pembangunan ketika ini. Para penunggang basikal yang berkongsi laluan dengan kenderaan bermotor telah menimbulkan kebimbangan ke atas keselamatan dan kesejahteraan mereka, terutamanya di jalan-jalan yang sibuk.

Oleh itu, IRDA kini sedang memacu pembinaan infrastruktur yang sesuai dan akan mengemukakan pembentangan rintis untuk menyepadukan laluan pejalan kaki dan lorong berbasikal di Iskandar Malaysia. Kerja-kerja ke atas Pelan Induk dan Garis Panduan Mengenai Laluan Pejalan Kaki dan Lorong Berbasikal yang Berhubung bagi Iskandar Malaysia bermula pada 11 Ogos 2014, di mana dokumen tersebut kemudiannya diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pengangkutan Iskandar Malaysia (IMTSC) pada 16 Februari 2015, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan (AIC) pada 2 April 2015, dan Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) pada 23 Februari 2016.

L APORAN TAHUNAN 2016 065

SPC telah mengesahkan dan menyokong kelulusan dan pemakaian Pelan Induk tersebut sebagai sumber rujukan bagi Amalan Pengurusan Terbaik bagi bekas kawasan yang telah dibangunkan dan mempertingkatkan Laluan Sedia Ada.

Projek rintis akan dilaksanakan di salah sebuah pihak berkuasa tempatan di Iskandar Malaysia.

PAPAN INFORMASI JAMBATAN PANDAN

Idea untuk Papan Maklumat telah diilhamkan ketika perbincangan mengenai penggunaan Jambatan Pandan. Dilaporkan bahawa lebih 125,000 pengguna jalan raya berulang alik menyeberangi Jambatan Pandan pada setiap hari, menyebabkan aliran trafik yang meningkat (sumber: Laporan Perangkaan Trafik IRDA - Jalan Tebrau 2013). Aliran trafik yang meningkat menjadikan kebolehlihatan papan maklumat kepada pengguna jalanraya di lokasi tersebut adalah tinggi.

Oleh itu, papan maklumat telah dicadangkan untuk laluan ini untuk menyebarkan maklumat penting mengenai Iskandar Malaysia. Projek ini telah dimulakan pada 13 April 2015 dan telah disiapkan pada 27 November 2016.

Projek ini meraih manfaat-manfaat berikut:

1. Papan Informasi Digital tersebut adalah mesra alam kerana ia tidak memerlukan proses percetakan konvensional dan pembinaan menggunakan plastik atau kertas.

2. Papan Informasi Digital tersebut menggunakan paparan terang yang mampu menayangkan video dan gambar berdefinisi tinggi, untuk mudah menarik perhatian orang ramai. Ini adalah berguna kepada para pengiklan dan agensi-agensi kerajaan untuk mempromosi acara dan mempamerkan maklumat yang berguna, serta berita terkini kepada rakyat.

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

Perlancaran Pertama Smart Healthy City Township @ Taman Seri Austin, UMLand oleh Menteri Besar Johor

066 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Lokasi di kampung-kampung perintis

HAB BELIA ANTARABANGSA JOHOR (HAB)

HAB merupakan satu inisiatif di bawah program Bandar Sihat, dengan matlamat untuk membangunkan sebuah pusat belia bagi mengasah kemahiran keusahawanan golongan belia dengan mengambil bahagian secara sukarela dalam aktiviti sukan dan kreatif.

Fasa pertama infrastruktur telah disiapkan pada 31 Julai 2016 dan telah beroperasi pada bulan Ogos 2016. Bagi mengurus dan mengendalikan HAB, Youth Hub Iskandar Sdn Bhd telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Disember 2016.

Semenjak HAB mula beroperasi, lebih dari 30 program dan aktiviti telah dijalankan dan menarik penglibatan lebih 1,500 orang yang kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan belia.

PROGRAM PENAMBAHBAIKAN KAMPUNG KUALA MASAI DAN KAMPUNG PASIR GUDANG BARU

Langkah Besar 1 CDPii: Keterangkuman Iskandar Malaysia mengutamakan pemuliharaan identiti kampung-kampung tradisi di samping memastikan penduduk di sana meraih manfaat daripada pembangunan pesat di koridorpertumbuhan Johor selatan.

Sehubungan ini, Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sejumlah bajet ke arah pembangunan infrastruktur secara sistematik di Kg Kuala Masai (termasuk Kg Orang Asli Kuala Masai) dan Kampung Pasir Gudang Baru. Kampung-kampung rintis ini merupakan satu inisiatif jangka panjang bertujuan berkongsi kekayaan arus perdana melalui pembangunan spatial bagi mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan dan terangkum di Iskandar Malaysia. IRDA merupakan penyelaras projek yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan fizikal di kampung-kampung ini.

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

L APORAN TAHUNAN 2016 067

Pada 2016, IRDA mengadakan pelbagai sesi bersama agensi-agensi dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mendapatkan sokongan dan persetujuan mereka untuk pembangunan Kg Kuala Masai. Seterusnya, IRDA berjaya mendapatkan sokongan Pejabat Daerah Johor Bahru untuk menjadi agensi pelaksana bagi kerja-kerja pembangunan fizikal yang dirancang untuk kampung tersebut. IRDA juga berjaya meyakinkan KPRJ untuk membiayai dan membina gerbang masuk ke kampung tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR mereka. Kerja-kerja sebenar di tapak pembinaan dimulakan pada penghujung 2016 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2017.

Untuk Kg Pasir Gudang Baru pula, pendekatan yang berbeza diperlukan di mana penduduk setempat perlu menjalani beberapa proses terlebih dahulu, yang melibatkan program perubahan minda, latihan serta pembinaan keupayaan. IRDA telah menjalankan program-program ini bersama-sama penduduk setempat dalam mengenalpasti aktiviti sosioekonomi yang bersesuaian berdasarkan profil semasa sosioekonomi, demografi dan faktor-faktor lain di kampung tersebut. Selain itu, pelan perniagaan yang dihasilkan daripada sesi perbincangan bersama penduduk telah disiapkan pada Disember 2016, ia akan dijadikan panduan untuk pelaksanaan pembangunan kampung tersebut bermula pada 2017 sebagai destinasi eko pelancongan di Iskandar Malaysia.

PELAN TINDAKAN UNTUK MENANGANI DAN MENGURUS PEMINDAHAN KOMUNITI

Satu pelan tindakan telah dirancang pada 2016 untuk menangani dan mengurus pemindahan masyarakat di Iskandar Malaysia yang terjejas oleh aktiviti pembangunan di lokasi yang strategik seperti di kawasan pesisiran laut dan bandar.

Pelan tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan pada 30 November 2016.

MAJLIS PEMIMPIN PELAJAR JOHOR (JSLC)

Majlis Pemimpin Pelajar Johor (JSLC) bertujuan untuk membangunkan kecekapan dan kemahiran pemimpin muda, terutamanya dari segi kemahiran menyelesaikan masalah dalam persekitaran yang mencabar, melalui pendedahan di peringkat global dan latihan intensif dalam kepimpinan, kemahiran komunikasi, serta hubungan antarabangsa dan diplomasi. Inisiatif ini melibatkan tiga fasa pelaksanaan, iaitu Pemilihan Awal, Program Latihan Kebangsaan dan Program Latihan Antarabangsa.

Pelajar JSLC dari Kohort 6 dan 7 telah berjaya menjalani pelbagai program latihan tempatan dan antarabangsa. Mereka kemudian telah berkongsi pengetahuan yang diperolehi kepada rakan-rakan mereka melalui program JCamp yang telah dihadiri oleh lebih 200 orang pelajar. Pemilihan bagi Kohort 8 sedang dijalankan.

PROGRAM WARISAN, BUDAYA DAN PENGURUSAN MEDIA

Satu program pembangunan belia yang dianjurkan dengan kerjasama antara pihak IRDA dengan Yayasan Warisan Johor (YWJ), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Institut Integriti, Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) pada 23-24 September 2016 di Pulai Springs Resort untuk membiasakan pelajar JSLC dengan industri multimedia dan mengajar mereka tentang warisan dan budaya negeri Johor. Program ini juga bertujuan untuk membangunkan kemahiran komunikasi yang berkesan (bertutur dan menulis) dalam kalangan pelajar dan menimbulkan rasa kesetiaan dan kecintaan mereka kepada negeri ini.

Hampir 30 pelajar JSLC dari Kumpulan 6 dan 7 telah menghadiri program ini.

PROGRAM KEUSAHAWANAN SEHATI

Program Keusahawanan yang dianjurkan bersama MaGICX ini telah diadakan pada 15 Oktober 2016 bertempat di Kilang Bateri di Johor Bahru. Ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mencetus minat dalam Keusahawanan Sosial (SE) melalui sesi perkongsian pengetahuan dan pengalaman oleh usahawan sosial tempatan. Ia juga merupakan usaha penting bagi menggalakkan belia tempatan untuk menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah masyarakat penyayang dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk masalah sosial dan alam sekitar semasa.

Lebih 350 orang belia telah menghadiri program ini, dan 30 daripadanya menyertai bengkel MAGIC SE seterusnya di HAB.

HARI SUKARELAWAN HAB

Program ini telah diadakan pada 19 November 2016 di HAB untuk memupuk semangat kekitaan, membina masyarakat belia yang penyayang, dan menggalakkan pengalaman nilai-nilai positif dikalangan belia. Ia juga merupakan perjumpaan belia yang memberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan, kesihatan dan sosial.

Inisiatif ini membabitkan aktiviti pembersihan premis HAB, serta sesi melakar dan melukis. Lebih 120 sukarelawan menghadiri acara ini.

PROGRAM ‘ENGLISH FUN CLASS’

Satu kelas dinamakan ‘English Fun Class’ telah diadakan pada 27 November 2016 di HAB untuk mengajar peserta kemahiran komunikasi asas dalam Bahasa Inggeris. Seramai 30 orang peserta terutamanya belia telah mengikuti program bagi membolehkan mereka berkhidmat secara berkesan sebagai duta tidak rasmi bagi Iskandar Malaysia dalam menyambut pelanggan atau pelancong yang melawat ke Iskandar Malaysia, terutamanya di kawasan Kawan Iskandar Malaysia (KIM).

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

068 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PROGRAM ‘YOUNG ENTREPRENEUR - START UP’

Bagi menggalakkan keterangkuman dan keusahawanan dalam kalangan belia tempatan yang bermastautin di Iskandar, satu kelas pengenalan kepada permulaan perniagaan telah diadakan pada 4 Disember 2016 di HAB untuk mendidik belia tempatan, khususnya bagi mereka yang terbabit dalam projek ̀ Youth Cabin’ untuk memulakan perniagaan, menyediakan pelan cadangan perniagaan, dan mendaftarkan perniagaan mereka. Seramai 30 belia telah mengambil bahagian.

PROGRAM PERTUKANGAN KAYU ‘TANGGAM KAMI’

Program anjuran bersama Majlis Belia Iskandar Malaysia (IMYC) bersama IRDA dan Persatuan Pekerja Pertukangan Kayu Johor (YWJ) pada 17-18 Disember 2016 di HAB untuk memberi peluang kepada para belia untuk mempelajari bidang pertukangan dan seterusnya berpeluang menceburi perniagaan dalam bidang ini.

Program dua hari ini dibantu oleh lebih 15 tenaga pengajar dan tukang kayu daripada YWJ yang membabitkan perkongsian pengetahuan, kelas pertukangan dan pameran kerja pertukangan oleh 10 buah syarikat. Program ini telah dihadiri oleh lebih daripada 300 orang belia.

MEMUPUK KETERANGKUMANSOSIAL

PUSAT MAKLUMAT DAN PERNIAGAAN BELIA ISKANDAR MALAYSIA (IMPOD)

Program ini bermula pada suku keempat tahun 2015 yang bertujuan untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan belia di 14 lokasi atau kawasan Program Kawan Iskandar Malaysia. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program pembangunan belia dan ‘outreach program’ untuk menyebarkan maklumat mengenai perkembangan terkini dan peluang-peluang yang ditawarkan di Iskandar Malaysia.

Pusat ini akan dikendalikan oleh belia dan diuruskan oleh koperasi di bawah Program Kawan Iskandar Malaysia. Pada tahun 2016, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan yang melibatkan belia-belia ini termasuklah penyediaan pelan perniagaan IM POD bagi kawasan masing-masing. Empat pelan perniagaannya (bagi Kampung Ulu Pulai, Permas Besar, Kong Kong Laut dan Kg Sinaran Baru) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pembiayaan Wang Projek Sosial (SPFFC) pada tahun 2016 manakala empat pelan perniagaan bagi Kampung Sri Gunung Pulai, Pekan Nenas, Kampung Felda Bukit Batu dan Felda Taib Andak masih dalam peringkat semakan.

L APORAN TAHUNAN 2016 069

S E D E K A D K E C E M E R L A N G A N

B I D A N GK E B E R H A S I L A N

U T A M A 0 5

K E P R I H A T I N A N

T E R H A D A P K E M A M P A N A N

A L A M S E K I T A R0 5

070 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

PENYEBARAN GARIS PANDUAN EKONOMI HIJAU

IRDA mengedarkan Garis Panduan Ekonomi Hijau yang mengandungi semua kaedah penglibatan yang standard bagi bakal pelabur dalam memastikan pendirian kami mengenai kelestarian alam sekitar adalah jelas di peringkat awal penglibatan kami.

Satu kaji selidik telah dimulakan pada tahun 2016 untuk memahami persekitaran perniagaan di Iskandar Malaysia, terutamanya pelaksanaan inisiatif dan program berkaitan hijau. Kaji selidik tersebut mendedahkan keperluan untuk terus mengadakan penglibatan bersama pihak berkepentingan dan menggalakkan pelaksanaan Garis Panduan Ekonomi Hijau.

MENGURANGKAN INTENSITI PELEPASAN KARBON

Sebagai salah satu pusat pembangunan ekonomi utama di Malaysia, Iskandar Malaysia komited untuk mengawal secara aktif pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam persekitaran bidang kuasanya.

Iskandar Malaysia merupakan salah satu hab ekonomi utama yang sedang membangun di Malaysia serta komited untuk mengawal secara aktif pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam kawasan bidang kuasanya. Lima daripada enam peringkat Kitaran Pembangunan Rendah Karbon telah disiapkan, dan kini kami melangkah ke Peringkat 6 kitaran tersebut, iaitu Pantauan Prestasi Program Masyarakat Rendah Karbon yang dilaksanakan, yang merupakan objektif utama Inventori Gas Rumah Hijau Iskandar Malaysia 2015.

Iskandar Malaysia merupakan wilayah pertama di Malaysia yang menggunakan piawai yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu GPC, yang mengambil kira pelepasan gas rumah hijau dalam lingkungan sempadan yang merangkumi lima Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerja-kerja inventori GHG melibatkan pengumpulan data yang komprehensif dan penglibatan menyeluruh bersama pihak berkepentingan. Inventori ini telah mencatat sebanyak 15.47 juta tan karbon dioksida bagi Iskandar Malaysia pada tahun 2015. Kira-kira 66% daripada jumlah pelepasan tersebut disumbangkan oleh sektor tenaga pegun, diikuti oleh 29% oleh sektor pengangkutan, dan 5% oleh sektor bahan sisa. Intensiti pelepasan bagi setiap KDNK pada tahun 2015 adalah sebanyak 0.27 kilo tan karbon dioksida bagi setiap juta Ringgit Malaysia (ktCO2/RM juta), yang menunjukkan pengurangan sebanyak 7% daripada intensiti pelepasan pada tahun 2010 iaitu 0.29 ktCO2/RM juta. Ini merupakan peningkatan yang sangat menggalakkan, walaupun tidak muktamad disebabkan oleh tempoh pemantauan yang terhad. IRDA akan terus memantau trend pelepasan GHG secara berperingkat di wilayah ini untuk memantau prestasi inisiatif pengurangan pelepasan GHG.

Ringkasan Eksekutif mengenai Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau Iskandar Malaysia 2015

L APORAN TAHUNAN 2016 071

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

Memaparkan Laporan Inventori GHG di Persidangan (COP22) di Marrakech, Morocco

GREEN ACCORD INITIATIVE AWARD

GREEN ACCORD INITIATIVE AWARD (GAIA) 2016 merupakan inisiatif baharu oleh IRDA yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada organisasi perniagaan terbaik di Iskandar Malaysia yang telah menyumbang ke arah penggunaan reka bentuk, perancangan, peningkatan kepada sistem lama, dan operasi yang mampan dalam alam sekitar yang dibina.

Objektif GAIA adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, dan menggalakkan lebih banyak organisasi yang beroperasi di Iskandar Malaysia untuk menghijaukan operasi mereka;

2. Membantu organisasi dalam mewujudkan impak positif kepada alam sekitar; dan

3. Menyediakan platform kepada para peserta untuk berhubung, berkongsi pengalaman dan mengetengahkan cabaran yang dihadapi ketika membina bangunan berprestasi tinggi yang mampan, merekabentuk projek-projek yang mampan, dan mewujudkan pasaran baharu bagi perkhidmatan dan penyelesaian hijau.

GAIA mengumpulkan 14 peserta untuk majlis penyampaian anugerah yang julung kali diadakan pada 22 November 2016. Lima jawatankuasa penilaian profesional, dengan ahlinya yang mempunyai pelbagai pengalaman pendidikan dan kerjaya, menyemak semua permohonan daripada organisasi dan bangunan di Iskandar Malaysia yang telah menyumbang ke arah pemakaian reka bentuk, perancangan, peningkatan sistem lama, dan operasi yang mampan dalam persekitaran yang dibina.

Sesi rangkaian kerja GAIA yang pertama diadakan pada 22 November 2016

Pemenang GAIA 2016 ialah kondominium mewah Pine 4 Molek, manakala hadiah Anugerah Khas Juri telah diberikan kepada Heng Hiap Industries Sdn. Bhd. Lebih banyak kategori akan diperkenalkan untuk meningkatkan pengiktirafan kepada peserta industri yang berusaha ke arah inisiatif hijau. Kategori yang dicadangkan itu termasuk Perbandaran GAIA, Bangunan GAIA dan Keperibadian GAIA (Individu / Perniagaan).

072 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

SISTEM PENILAIAN KOMPREHENSIF BAGI KECEKAPAN PERSEKITARAN TERBINA (CASBEE) DAN PUSAT CASBEE ISKANDAR (CIC)

Sistem Penilaian Komprehensif bagi Kecekapan Persekitaran Terbina (CASBEE) ialah instrumen untuk menilai kecekapan alam bina. CASBEE menggunakan konsep eko-kecekapan dalam penilaiannya dari segi kecekapan alam bina, yang mengambil kira tahap kualiti dalam alam sekitar sasaran dibina, di samping mengambil kira beban alam sekitar di luar persekitaran sasaran yang dibina.

Ia boleh digunakan untuk skala yang berbeza prestasi alam sekitar yang dibina, yang meliputi sebuah bangunan (Bangunan CASBEE) kepada sekumpulan bangunan (Pembangunan Bandar CASBEE), dan konteks yang lebih luas, persekitaran bandar (Bandaraya CASBEE). CASBEE merupakan salah satu program yang diketengahkan oleh Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon untuk menggalakkan pembangunan hijau di Iskandar Malaysia. IRDA telah menerima pakai CASBEE sebagai instrumen penilaian utama bagi wilayah ekonomi ini.

Pusat CASBEE Iskandar (CIC) telah dicadangkan dengan fungsi-fungsi berikut:

1. Untuk menggalakkan, melaksana dan mengurus pembangunan CASBEE ISKANDAR;2. Untuk menyediakan satu platform untuk membina rangkaian dan berkongsi sumber teknikal

dan kepakaran; dan3. Untuk menjalankan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan lagi penghijauan alam sekitar yang

dibina di Iskandar Malaysia.

CASBEE telah berjaya digunakan oleh lebih 1,700 majlis perbandaran di Jepun. Bagi menentukan kesesuaiannya untuk digunakan dalam konteks tempatan Iskandar Malaysia, projek perintis CASBEE Iskandar telah dijalankan, di mana sistem telah diuji dengan baik dengan kerjasama Institut Alam Sekitar Bangunan dan Pemeliharaan Tenaga (IBEC), Universiti Keio, Universiti Hosei dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Projek perintis tersebut bermula pada Ogos 2015 dan telah disiapkan pada Mei 2016.

Beberapa bangunan (iaitu kilang-kilang perindustrian, bangunan pejabat dan pangsapuri kediaman), pembangunan bandar, dan Pihak Berkuasa Tempatan di Iskandar Malaysia telah dipilih untuk menguji Manual CASBEE Iskandar yang baru diguna pakai. Bangunan tersebut ialah:

• JST Connectors (M) Sdn Bhd (meraih 4 daripada 5 bintang);• Heng Hiap Industries Sdn Bhd (meraih 3 daripada 5 bintang);• JLand Tower, Komtar JBCC (meraih 3 daripada 5 bintang);• Molek Pine 4 (meraih 4 daripada 5 bintang);• Majlis Bandaraya Johor Bahru (meraih B+);• Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (meraih B+); dan• Majlis Daerah Kulai (meraih B-).

Di bawah kategori Pembangunan Bandar CASBEE Iskandar, dua perbandaran telah dinilai dan diberi 4 daripada 5 bintang, iaitu The Seed di Taman Sutera Utama, dan Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru. Bagi kategori Bandaraya CASBEE Iskandar, tiga Pihak Berkuasa Tempatan telah dipilih untuk penilaian, iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (Skor B+), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (Skor B +) dan Majlis Daerah Kulai (Skor B-).

L APORAN TAHUNAN 2016 073

MEMBINA SISTEM LAPORAN DAN PEMANTAUAN TENAGA

Dokumen Building Energy Monitoring and Reporting System (BEMRS) telah dilancarkan di COP21 Paris, Perancis pada Disember 2015.

BEMRS merupakan instrumen untuk mengukur prestasi tenaga bangunan dan adalah sebahagian daripada kerja-kerja pelaksanaan yang sedang dijalankan ke atas projek LCS di bawah Tindakan 3 & 4 Pelan Tindakan LCS. BEMRS melibatkan permintaan kepada pemilik bangunan di Iskandar Malaysia untuk mengukur penggunaan tenaga mereka, menganggar pelepasan GHG, dan mewujudkan pelan tindakan untuk mencapai pengurangan berkesan dalam jejak karbon mereka.

Latihan telah dijalankan dengan tajaan daripada Kementerian Alam Sekitar Jepun (MoEJ) dan Institut Kajian Alam Sekitar Kebangsaan (NIES) pada 23-26 Februari 2016 di Jepun dan 16-17 Oktober 2016 di pejabat IRDA di Johor Bahru. Kerajaan Metropolitan Tokyo dan perunding Mizuho Research telah menjalankan sesi latihan intensif tersebut.

Susulan latihan BEMRS tersebut, Bengkel Audit Tenaga Bangunan dan Aktiviti Pemadanan telah diadakan pada 30 Oktober 2016 sebagai satu program capaian yang penting untuk membabitkan pemilik-pemilik bangunan, terutamanya dalam sektor swasta, untuk mengambil bahagian dalam Program Audit Tenaga tersebut. Kehadiran bengkel ini adalah baik, iaitu seramai kira-kira 40 orang.

IRDA dan rakan sekerja dari Jepun telah menganjurkan lawatan tapak BEMRS bagi pegawai-pegawai kanan Negeri Johor untuk melawat Kerajaan Metropolitan Tokyo untuk lebih memahami metodologi BEMRS dan belajar daripada pengalaman Tokyo. Pemahaman ini adalah penting kerana instrumen BEMRS boleh banyak menyumbang kepada matlamat Iskandar Malaysia untuk menjadikan 70% daripada semua bangunan baharu di sini sebagai bangunan hijau menjelang 2025. Lawatan dari 17-21 Januari 2017 telah membuahkan hasil dengan perbincangan berkesan telah diadakan dalam tempoh empat hari tersebut.

Bengkel Audit Tenaga sedang berlangsung

GAYA HIDUP KOMUNITI HIJAU

Program Komuniti Hijau bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Pelan Tindakan LCS kami untuk membantu masyarakat Iskandar Malaysia menjalani gaya hidup rendah karbon.

Pertandingan Penjimatan Elektrik dan Air Iskandar Malaysia 2016 telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai 2016 oleh Datuk Haji Ayub bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor. Ini merupakan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Tindakan LCS untuk menggalakkan gaya hidup rendah karbon dalam kalangan penduduk Iskandar Malaysia.

Pertandingan itu dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri, IRDA, dan lima Pihak Berkuasa Tempatan di Iskandar Malaysia, iaitu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Majlis Daerah Pontian (MDP).

Seramai 50 orang peserta menyertai pertandingan ini yang mana 10% daripada mereka mencapai pengurangan sehingga 40% dalam penggunaan air dan elektrik dalam tempoh empat bulan.

Peserta Gaya Hidup Komuniti Hijau belajar tentang pilihan gaya hidup mesra alam

PENYEBARAN MAKLUMAT HIJAU MELALUI PORTAL HIJAU

Portal Hijau ialah pusat sehenti yang menyediakan berita dan maklumat terkini mengenai teknologi hijau dan topik-topik lain berkaitan hijau, strategi, dasar dan garis panduan mengenai alam semula jadi. Portal ini merupakan laman mikro di bawah laman sesawang rasmi Iskandar Malaysia, dan sedang aktif diuruskan oleh IRDA.

Maklumat telah dimuat naik ke Portal tersebut sepanjang 2016. Portal ini akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2017.

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

074 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PENUBUHAN TABUNG AMANAH ALAM SEKITAR

Pada 2016, satu rangka kerja telah dibangunkan bagi penubuhan tabung amanah alam sekitar di Iskandar Malaysia dan memberi dorongan untuk memulihara dan melindungi alam sekitar semula jadi di Iskandar Malaysia. Untuk membantu mencapai misi ini, bidang tumpuan tabung amanah meliputi perlindungan dan peningkatan ekologi, kawasan hijau semulajadi serta perubahan dramatik kepada alam sekitar.

Projek ini akan berasaskan beberapa inisiatif yang dilaksanakan untuk melindungi sumber- sumber asli dalam Iskandar Malaysia, contoh:

• Fokus CDPii memfokuskan Teras Strategik RO2 dan Langkah Besar 2 (ke atas rendah karbon) serta Langkah Besar 3 (ke atas eko pelancongan); dan

• Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dalam membangunkan Iskandar Malaysia sebagai wilayah rendah karbon, Bandar Pintar dan metropolis yang mampan.

• Ikatan Amanah bagi tabung amanah alam sekitar tersebut akan disediakan untuk dimasukkan dalam Akta 664 dan dijangka siap pada penghujung 2017.

PENANDAAN SEMPADAN HUTAN SIMPAN SUNGAI PULAI DAN PEMASANGAN PENANDA BERNOMBOR

IRDA telah melantik Jurukur Abdul Majid, untuk menjalankan kerja ukur terperinci sempadan Hutan Simpan Sungai Pulai bagi tujuan perlindungan dan menaik taraf status Hutan Simpan Sungai Pulai kepada Taman Negeri (Seksyen 10) di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, sebagai salah satu inisiatif Langkah Besar CDPii. Ini memerlukan rekod terkini sempadan dan keluasan kawasan itu (kerja pengukuran sebelum ini dijalankan pada tahun 1923 oleh Jabatan Perhutanan Johor untuk mewujudkan Hutan Simpan). Sejak itu, kawasan ini telah melalui beberapa perubahan, termasuk pemberian tanah untuk pembangunan.

Kerja ukur tanah dan pemasangan penanda bernombor di sepanjang perimeter hutan simpan tersebut telah disiapkan pada September 2016. IRDA telah mengemukakan dokumen yang berkaitan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk semakan sebelum penerimaan dan kelulusan permohonan nombor lot, yang telah diterima pada 4 April 2017.

PELAN PENGURUSAN TAPAK RAMSAR SUNGAI PULAI

Pelan Pengurusan Tapak Ramsar Sungai Pulai telah disiapkan dan diterima oleh Jabatan Perhutanan, Johor pada bulan November 2016. Pelan ini bertujuan untuk memulihara dan melindungi Hutan Simpan Sungai Pulai melalui pendidikan alam sekitar, eko-pelancongan dan penghasilan hutan, terutamanya status hutan simpan ini sebagai tapak Ramsar. Empat objektif pengurusan, lima pelan pengezonan dan tujuh strategi telah dikenal pasti di bawah pelan ini.

PERKONGSIAN KAJIAN ANTARA DISIPLIN BAGI EKOSISTEM PESISIR PANTAI

Perkongsian Iskandar Malaysia bagi Kajian Antara Disiplin Ekosistem Pesisir Pantai (PESISIR) berfungsi sebagai program utama untuk melaksanakan inisiatif berkaitan laut dan kawasan pantai yang dinyatakan dalam CDPii. Ia merupakan satu program penyelidikan dan pemantauan disiplin yang dibiayai oleh pihak berkepentingan tempatan dan bertindak sebagai platform untuk agensi Negeri dan Persekutuan, pemaju dan entiti swasta, kumpulan komuniti dan persatuan, serta badan bukan kerajaan dan penyelidik untuk bekerjasama dan berkongsi pelbagai pengetahuan termasuk sumber pembiayaan.

Rakan-rakan kongsi PESISIR ditugaskan untuk menyediakan agenda penyelidikan yang dirumus dengan teliti dan mengambil pendekatan holistik kepada pengurusan ekosistem pantai. Tanah lembap, rumput laut dan paya bakau akan diberi keutamaan, dengan pertimbangan khas bagi keperluan masyarakat

PELAPORAN MYCARBON IRDA

MYCarbon ialah Program Pelaporan Korporat Gas Rumah Hijau Kebangsaan yang disertai oleh IRDA. Melalui usaha ini, pada 2016, IRDA telah menjalankan latihan untuk mengetahui jumlah pelepasan karbon IRDA setiap hari.

Dalam pengiraan jejak karbon, sempadan pengoperasian IRDA telah dikenal pasti untuk menentukan bahagian unit dan aktiviti yang akan dimasukkan ke dalam inventori pelepasan karbon organisasi. Berdasarkan Protokol GHG, sempadan kajian tersebut telah dibahagikan kepada tiga kategori yang berikut:

• Skop 1 (Secara langsung): Pelepasan GHG daripada sumber dalam sempadan dan kawalan langsung IRDA, iaitu kenderaannya;

• Skop 2 (Secara tidak langsung): Pelepasan GHG daripada sumber di luar sempadan IRDA, tetapi disebabkan oleh pembelian utiliti IRDA. Pelepasan ini termasuk loji janakuasa yang menjana elektrik bagi IRDA, dan pelepasan daripada loji rawatan kumbahan air yang membekalkan air bersih kepada IRDA; dan

• Skop 3 (Pilihan tidak langsung): Pelepasan GHG adalah kategori luas yang meliputi semua pelepasan lain kesan daripada operasi IRDA yang tidak langsung, ataupun yang berada dalam pengaruh IRDA. Ini termasuk pelepasan daripada urusan perniagaan, perjalanan ulang-alik kakitangan, dan penggunaan kertas.

Pengiraan pelepasan GHG menunjukkan bahawa IRDA telah melepaskan masing-masing sebanyak 7.522 MTCO2 eq/ kakitangan, 7.698 MTCO2 eq/ kakitangan dan 6.945 MTCO2 eq/kakitangan bagi tahun 2013, 2014, dan 2015. Pelepasan karbon paling tinggi adalah dalam Skop 2, manakala kategori pelepasan terbesar untuk tiga tahun berturut-turut ialah penggunaan elektrik, diikuti oleh perjalanan ulang-alik kakitangan. Hasil kajian tersebut menunjukkan penambahbaikan yang ketara sejak melaksanakan langkah-langkah penjimatan karbon.

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

L APORAN TAHUNAN 2016 075

di sepanjang pesisir pantai Iskandar Malaysia sejauh kira-kira 130km dengan tekad untuk memulihara sumber semula jadi pantai dan warisan budaya Johor. Matlamat utama kerjasama ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai manfaat ekologi, ekonomi, budaya, dan sosial yang boleh diperolehi daripada ekosistem pantai.

Pada 2016, IRDA mengadakan pertemuan secara berasingan dengan setiap kumpulan sasaran (iaitu ahli akademik, agensi swasta, dan badan-badan kerajaan) untuk mengetahui sentimen dalam kalangan mereka dan mengedarkan maklumat mengenai program ini. Tanjung Kupang kemudiannya telah dipilih sebagai kawasan perintis kerana ia telahpun menarik kehadiran ramai penyelidik serta penglibatan masyarakat yang baik melalui Kelab Alami dan pelbagai agensi swasta.

Foto Sungai Pulai pada Ogos 2016 Penyelidik mengumpul sampel dari tapak kajian

Kesedaran hijau untuk Iskandar Malaysia• Pemeliharaan ekosistem pantai• Dokumentasi dan pemantauan yang tepat habitat pantai• Memastikan pembangunan yang mampan bagi masa depan jangka panjang dan generasi di negeri ini • Membangunkan model kerjasama yang boleh dilaksanakan juga di seluruh Johor• Kawasan kepelbagaian bio yang tinggi kekal utuh untuk dinikmati awam

Menggalakkan Aktiviti Penyelidikan• Menggalakkan dan mempromosi aktiviti penyelidikan yang membawa kepada penghasilan pengetahuan praktikal untuk digunakan

oleh para pembuat keputusan• Membangunkan rangkaian pembelajaran sosial untuk membolehkan pemahaman yang lebih baik dan kelahiran pengetahuan

baharu untuk menangani konflik dan isu-isu

Repositori utama semua kandungan pengetahuan yang berkaitan dengan pantai Iskandar Malaysia sepanjang kira-kira 130km • Disediakan oleh penyelidik/universiti/NGO/orang ramai sebagai pulangan kepada pemberian geran yang kecil• Meningkatkan pangkalan data foto dan video habitat dan ekosistem pantai

OBJEKTIF PESISIR

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

076 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Penyerahan Pelan Tindakan LCS oleh Menteri Besar Johor kepada Datuk Bandar Bandaraya Johor dan Presiden lima Pihak Berkuasa Tempatan pada 25 Februari 2016, disaksikan oleh Jawatankuasa Eksekutif Alam Sekitar Negeri Johor

Dua kaji selidik telah dijalankan pada 2016 untuk mengukur tahap kepuasan pihak berkepentingan terhadap pelbagai pembangunan kelestarian alam sekitar, serta tahap peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar:

Jenis Kaji Selidik Kumpulan Sasaran

Tahap kepuasan pihak berkepentingan – Khidmat nasihat dalam semua aspek pembangunan kelestarian alam sekitar

Agensi-agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan peranannya berkait rapat dengan operasi IRDA, contoh: a) Jabatan Perhutanan Negeri Johor b) Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor c) Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor d) Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor e) Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor f) Majlis Bandaraya Johor Bahru g) Majlis Perbandaran Kulai h) Majlis Daerah Pontian i) Universiti Teknologi Malaysia

Peningkatan kesedaran mengenai alam sekitar – Pelaksanaan, penyelarasan dan pemudahcaraan program dan aktiviti kesedaran strategik

IRDA telah menganjurkan acara-acara berikut: a) Bengkel Pembinaan Keupayaan Pengurusan Kualiti Air b) Bengkel Pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbonc) Ceramah Alam Sekitar: “Apa yang Menjayakan Kerja-Kerja Pemuliharan Alam Sekitar: Perkongsian

Pengalaman Kami di China” d) Perbincangan Kumpulan Fokus mengenai Inventori Gas Rumah Hijau (GHG) di Iskandar Malaysia 2015e) Simposium Antarabangsa mengenai Perkembangan Rendah Karbon di Asia 2016f) Bengkel Audit Tenaga Bangunan Iskandar Malaysia 2016g) Bengkel Pelaporan Kajian Kebolehlaksanaan Projek Rendah Karbon di Iskandar Malaysia

Pelancaran Pertandingan Penjimatan Elektrik dan Air dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan lima Pihak Berkuasa Tempatan pada 20 Julai 2016

Pelancaran global Manual CASBEE pada 9 November 2016 di Persidangan Pihak-Pihak (COP22) di Marrakech, Maghribi

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

L APORAN TAHUNAN 2016 077

Perbincangan kumpulan fokus bersama agensi dan pemaju

Perbincangan kumpulan fokus bersama masyarakat (Felda Bukit Batu)

RANCANGAN KAWASAN KHAS KULAI-SEDENAK

Penubuhan pusat kemudahan data serantau di Kulai – Sedenak oleh sebuah syarikat teknologi multinasional terkenal dijangka mempunyai kesan positif ke atas kawasan sekitarnya.

Rancangan Kawasan Khas Kulai-Sedenak sedang dibangunkan untuk memahami keadaan semasa di kawasan itu, dan seterusnya mewujudkan visi baharu pada masa depan, iaitu memupuk dan menarik minat dan penyertaan masyarakat, serta membangunkan cadangan dan strategi pelaksanaan yang mantap. Ini akan memastikan visi dan rangka kerja bagi kawasan tersebut, yang membolehkan keperluan pembangunan fizikal dapat dilaksanakan, mewujudkan ciri-ciri dan identiti yang sama di samping melindungi kepentingan masyarakat tempatan.

Pembabitan bersama pihak berkepentingan telah diadakan sepanjang 2016 untuk menubuhkan Terma Rujukan bagi kemudahan ini, serta mengenal pasti keadaan semasa kawasan kajian, potensi, dan cabaran masa depannya.

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

078 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PELAN TINDAKAN KAWASAN LAPANG DAN TAMAN DI ISKANDAR MALAYSIA 2025

Pelan Tindakan Kawasan Lapang dan Taman di Iskandar Malaysia 2025 ialah kesinambungan daripada CDPii. Ia telah dimulakan melalui Langkah Besar 2: iaitu Penghijauan Iskandar Malaysia dengan beberapa strategi untuk mencapai pembangunan dan pelaksanaan transformasi kepada wilayah hijau dan rendah karbon. CDPii juga telah mengenal pasti kawasan lapang dan taman-taman sebagai sebahagian daripada aset hijau utama di Iskandar Malaysia yang perlu dilindungi dan dikekalkan untuk merealisasikan koridor hijau yang berfungsi sebagai kawasan rizab bagi penyerapan karbon serta lokasi awam untuk aktiviti riadah.

Pelan Tindakan tersebut bertujuan untuk mereka cipta dan mewujudkan kawasan lapang dan taman yang berdaya tahan, berdaya maju dan mampan untuk memenuhi keperluan komuniti Iskandar Malaysia. Ini dilakukan melalui perancangan, landskap, serta reka bentuk infrastruktur, pengurusan, dan penyelenggaraan yang lebih baik.

Objektif khusus Pelan Tindakan adalah seperti berikut:

1. Untuk mencapai sasaran pembangunan dua hektar kawasan lapang dan taman bagi setiap 1,000 orang;

2. Untuk mereka bentuk strategi penyerapan karbon yang efisien ke arah proses perbandaran rendah karbon;

3. Membangunkan dan memastikan penyediaan kemudahan dan aktiviti yang mencukupi bagi setiap hierarki kawasan lapang dan taman untuk memenuhi keperluan rakyat di peringkat umur; dan

4. Menyediakan garis panduan bagi pembangunan, pengurusan, penyelenggaraan dan pemantauan kawasan lapang dan taman; kelulusan perancangan; serta pewartaan kawasan lapang.

Hasil1. Satu set garis panduan untuk perancangan dan pembangunan kawasan lapang dan taman di Iskandar Malaysia;2. Cadangan konsep dan reka bentuk bagi setiap hierarki kawasan lapang dan taman;3. Proses pewartaan yang berkesan;4. Pelan pengurusan dan penyelenggaraan untuk semua kawasan lapang dan taman;5. Cadangan Pelan Tindakan Hijau sebagai projek keutamaan jangka pendek; dan6. Pelaksanaan aplikasi Sistem Maklumat Geografi bagi pengurusan kawasan lapang dan taman di Iskandar Malaysia.

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

L APORAN TAHUNAN 2016 079

INISIATIF HIJAU

Pengurusan Sisa Pepejal – Waste to Energy (WTE)

IRDA telah membangunkan Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu yang menyeluruh dan menyediakan rangka kerja strategik bagi pengurusan sisa pepejal bersepadu di Iskandar Malaysia. Pelan Tindakan ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang berkesan, mesra alam, praktikal, berjangka panjang, dan mampan bagi kawasan di selatan Johor.

Penghasilan sisa Kutipan Pengurangan danPemulihan Rawatan Pelupusan

Disebabkan perkembangan pesat di Iskandar Malaysia, penghasilan jumlah sisa yang semakin meningkat telah menunjukkan pentingnya untuk mempunyai kemudahan pengurusan sisa bersepadu dan strategik di wilayah pembangunan ini. Waste to Energy (WTE) merupakan salah satu program di bawah inisiatif Pengurusan Sisa Pepejal bersepadu. Program ini bertujuan untuk menambah baik pengurusan sisa pepejal dan penghasilan tenaga domestik. IRDA telah mengenal pasti lima bidang yang berpotensi bagi inisiatif hijau ini:

Projek berpotensi di bawah inisiatif Pengurusan Sisa Pepejal

Singapura

Tapak pelupusan sampah Pekan Nenas

Projek yang dicadangkan- Rehabilitasi dengan tanah- Solar panel (selepas ditutup)

Stesen Pemindahan Taruka

Projek yang dicadangkan- Rehabilitasi- Solar panel

Tapak Pelupusan Tanjung Langsat

Projek semasa- Projek WTE oleh JBiotech

Tapak Pelupusan Sanitari Seelong

Projek yang dicadangkan- Rehabilitasi- Pelaksanaan WTE- Penghasilan gas metana

Cadangan Penutupan Tanah Pembersihan yang Terbengkalai

Projek yangdicadangkan- Solar panel

ISKANDAR MALAYSIA

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

080 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

KITAR SEMULA AIR KUMBAHAN OLEH SEKTOR SWASTA

Bio-XCell Malaysia Sdn Bhd (Bio-XCell) telah membangunkan Kemudahan Utiliti Berpusat (CUF) bagi kegunaan industri di Southern Industrial Logistic Cluster (SiLC) yang terletak di Iskandar Puteri, Johor Bahru. Kemudahan ini menyediakan air sejuk dan wap air, selain merawat sisa air dari kilang-kilang pelabur. Jumlah air bersih yang diperlukan oleh Bio-Xcell untuk dibekalkan untuk syarikat utiliti seperti berikut:

Unjuran permintaan kepada air oleh CUF

Berdasarkan kepada kapasiti permintaan ini, CUF dianggap sebagai salah satu pengguna air yang besar. Disebabkan oleh perubahan ketara dalam corak taburan hujan sejak 2015, Daerah Johor Bahru telah mengalami kekurangan bekalan air dengan catuan air berpanjangan di kawasan tertentu kerana permintaan yang semakin melebihi bekalan. Bekalan bersih air berterusan kepada CUF, oleh itu, akan memberi lebih tekanan kepada sumber air semasa, melainkan sumber air baharu ditemui dengan segera.

Sementara itu, UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) kini sedang membina fasa terakhir Loji Rawatan Kumbahan 11 (STP 11) di Iskandar Puteri. Apabila siap, loji ini akan berkeupayaan untuk merawat air kumbahan daripada 150,000 orang. Beban kumbahan untuk dihantar ke STP 11 bagi tempoh lima tahun akan datang dijangkakan seperti berikut:

Pengguna

Penggunaan Semasa(2016) m3/hari

Unjuran Lima Tahun

2017m3/hari

2018m3/hari

2019m3/hari

2020m3/hari

2021m3/hari

Loji Penghasilan Wap Air 300 300 600 600 840 840

Loji Penyejukan Air 200 200 400 400 600 600

Jumlah 500 500 1,000 1,000 1,440 1,440

PenggunaLoji Rawatan Pembentungan

Jangkaan Penghasilan Bahan Buangan - Unjuran Lima Tahun

2017m3/hari

2018m3/hari

2019m3/hari

2020m3/hari

2021m3/hari

STP 11 Module 1-6 300 15,750 20,250 24,750 29,250 33,750

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

Anggaran bekalan air kumbahan

L APORAN TAHUNAN 2016 081

JANGKAAN PENGHASILAN SISA BUANGAN DI ISKANDAR MALAYSIA

Inovasi dalam rawatan air bermakna, berkemungkinan sisa buangan daripada loji rawatan kumbahan (STP) kini dipertimbangkan sebagai sumber air yang sesuai untuk menambah sumber air semasa. Ini akan membantu meringankan beban kos industri, yang kini membayar sebanyak RM2.97 bagi setiap meter padu untuk bekalan air mereka, walaupun sistem penyejukan mereka (di mana kebanyakan air digunakan untuknya) tidak memerlukan bekalan air yang mahal, yang boleh diminum.

Malah, terdapat masalah sumber kapasiti di Johor Bahru untuk bekalan air bersih dan bekalan air untuk kegunaan industri semakin tidak mencukupi.

Angka permulaan bagi penawaran dan permintaan menunjukkan bahawa sisa buangan daripada STP boleh dikitar semula. IRDA bersama beberapa panel pemaju industri sedang mengkaji dengan lebih lanjut inisiatif ini.

PROJEK PANEL SOLAR TERAPUNG

Tenaga boleh diperbaharui sedang dikaji secara meluas untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil, yang merupakan penjana

utama pelepasan GHG. Bersesuaian dengan cuaca panas di Malaysia sepanjang tahun, penghasilan tenaga solar dilihat sebagai kaedah pengeluaran tenaga yang berdaya maju. Walau bagaimanapun, kos pelaburan dan harga tanah yang tinggi di Iskandar Malaysia, menghalang pelaksanaannya secara meluas. Oleh itu, sektor swasta adalah digalakkan untuk memanfaatkan insentif kerajaan yang sedia ada dari KETTHA untuk mempercepatkan penghasilan bentuk tenaga yang boleh diperbaharui ini.

Cadangan tapak bagi penghasilan tenaga solar

Singapura

Rizab Tadahan Air

Empangan Sultan Iskandar

Takungan Rendah Layang

Iskandar Malaysia

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

082 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

SUSTAINABLE ENERGY FOR ALL (SE4ALL)

Iskandar Malaysia merupakan salah satu daripada 10 bandaraya/wilayah yang dipilih bagi “Global Energy Efficiency Accelerator Platform” (GEEAP) bagi inisiatif Sustainable Energy for All (SE4ALL) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di Conference of Parties (COP) 21 di Lima, Paris pada Disember 2015, Iskandar Malaysia menandatangani Penyataan Hasrat untuk menubuhkan secara rasmi perkongsian antara SE4ALL dan IRDA bagi menyokong tindakan yang menghasilkan peningkatan kecekapan tenaga yang signifikan dalam sektor terpilih.

IRDA kemudiannya mengadakan perkongsian bersama World Resource Institute (WRI) bagi Program Building Efficiency Accelerator (BEA) untuk mempercepat penggunaan amalan terbaik dan polisi untuk mencapai peningkatan kecekapan tenaga dalam signifikan dalam kecekapan bangunan. Perkongsian serupa juga telah diadakan antara IRDA dan Program United Nations Environment Programme (UNEP) bagi Program Global District Energy (GDE) untuk mempercepat penggunaan sistem tenaga secara meluas di kawasan Iskandar Malaysia.

COP22

Ketika COP22 di Marrakech, Maghribi pada bulan November 2016, IRDA telah mengambil bahagian dalam dua acara utama, iaitu sesi Sarapan Pagi BEA dan Inisiatif Tenaga Kawasan di Bandaraya masing-masing sebagai penceramah dan ahli panel. Platform ini membolehkan IRDA berkongsi pengalaman dan pendapat dalam mengharungi cabaran yang dihadapi oleh Iskandar Malaysia dalam merealisasikan tahap kecekapan tenaga yang membanggakan dalam sektor-sektor yang digalakkan.

Maimunah Binti Jaffar, Ketua Perancangan & Pemantauan Wakil IRDA berucap ketika sesi Sarapan Pagi BEA

IRDA mengambil bahagian sebagai ahli panel dalam acara sisi COP22, “Inisiatif Tenaga Kawasan di Bandaraya”

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

L APORAN TAHUNAN 2016 083

SE4ALL: TENAGA KAWASAN GLOBAL & PEMECUT KECEKAPAN BANGUNAN

IRDA kini mengadakan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) untuk mengguna pakai garis panduan kecekapan tenaga kepada proses kelulusan bagi bangunan baharu di Medini dan Puteri Harbour, di bawah inisiatif Penggerak Kecekapan Bangunan (BEA).

Di bawah inisiatif Global District Energy (GDE), IRDA telah bekerjasama dengan MDEC untuk mengurangkan beban penyejukan dan mengurangkan penggunaan elektrik di kawasan pembangunan Sedenak.

PELAN INDUK BEKALAN AIR ISKANDAR MALAYSIA

Kepesatan pembangunan di Iskandar Malaysia sejak 2010 meningkatkan keperluan sumber air negeri. Kapasiti bekalan air sedia ada dijangka hanya akan dapat memenuhi jangkaan permintaan sehingga pertengahan 2018.

Dalam usaha untuk memenuhi jangkaan permintaan selepas 2018, Syarikat Air Johor Sdn Bhd (SAJ) telah memperuntukkan lanjutan daripada loji rawatan Sungai Layang@Sultan Iskandar dalam Rancangan Perniagaannya bagi Tempoh Operasi ketiga (2015-2017). Kapasiti rawatan tambahan masih memerlukan bekalan air mentah tambahan. Oleh itu, Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan melalui KeTTHA bagi pelaksanaan skim yang dikenali sebagai “Pemindahan Air Mentah Iskandar Malaysia (PAMIM)”. Skim ini bertujuan untuk membangunkan sumber air di lembangan Sungai Ulu Sedili Besar untuk pemindahan seterusnya ke Iskandar Malaysia.

Bil. Huraian (Perancangan/Kerja-Kerja Semasa) Dilaksanakan oleh

Status (Sasaran Penyiapan)

1 Kerja pengagihan di bawah Fasa 2 Semangar PAAB Siap (Julai 2015)

2 Bendungan Sungai Johor KeTTHA Kerja sedang berjalan (Disember 2018)

3 Pengezonan Sistem Bekalan SAJ Dilaksanakan (Ogos 2018)

4 Projek Air Mentah Iskandar Malaysia (PAMIM) PAAB Jururunding dilantik (pertengahan 2019)

5 Pembinaan cadangan WTP Sg Layang 2 KeTTHA Peringkat Permulaan (2019)

Nota: Sebahagian PAMIM

(kerja kecemasan) sedang

dilaksanakan oleh ISG

(disasarkan siap menjelang

2017)

Kapasiti air sedia ada dijangka hanya akan dapat memenuhi permintaan Iskandar Malaysia sehingga pertengahan 2019.

Penyiapan skim bekalan air yang baharu, yang terdiri daripada Pembangunan Sumber (iaitu “Projek Air Mentah Iskandar Malaysia” (PAMIM) di bawah RMK-11) dan Kerja Rawatan (iaitu Cadangan WTP Sg. Layang 2) menjelang 2019 adalah penting bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk pembangunan baharu.

Keperluan dan Cabaran Bekalan Air Sedia Ada

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

Sistem Penyejukan Kawasan di Kota Iskandar

Molek Pine 3, pembangunan kediaman baharu yang menerima Pengiktirafan Emas dripada Inisiatif Bangunan Hijau (GBI)

084 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

INISIATIF IM10

Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk bekerjasama rapat dengan IRDA untuk mencapai Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) sebanyak 10 minit bagi Iskandar Malaysia menjelang 2020, untuk memastikan keberterusan bekalan elektrik di Iskandar Malaysia.

Lembaga Pengarah TNB kemudiannya telah membentuk satu pasukan khas untuk tujuan ini pada 31 Januari 2011 dan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300 juta bagi memulakan inisiatif ini. Ini merupakan sebahagian daripada pelan pelaburan 10 tahun TNB di Iskandar Malaysia (dari 2011 hingga 2020) yang dikenali sebagai “Hala Tuju 10 Tahun TNB Johor bagi Wilayah Iskandar Malaysia” (IM10). Inisiatif yang disasarkan untuk pelaksanaan di bawah Hala Tuju ini dibahagikan kepada tiga fasa utama seperti berikut:

Fasa IM10 Tempoh

Fasa 1 Jan 2011 - Dis 2012

Fasa 2 Jan 2013 - Dis 2015

Fasa 3 Jan 2016 - Dis 2020

Pelan Pelaburan 10 Tahun (IM10)

SAIDI (INDEKS TEMPOH GANGGUAN PURATA SISTEM)

SAIDI ialah tempoh purata (dalam minit) pelanggan mengalami gangguan tenaga elektrik dalam tahun tertentu:

SAIDI Iskandar Malaysia Fasa 1 (Jan 2011 – Apr 2013) dan Fasa 2 (Mei 2013 – Dis 2015)

SAIDI Sasaran & Sebenar di Iskandar Malaysia (2010 – 2020)

Progres Fizikal dan Kewangan - Fasa 2 (Jan 2013 – Dis 2015)

FASA SAIDI SEBENAR

Fasa 1 (1 - 2 tahun) 111 min to 50 min

Fasa 2 (2 - 5 tahun) 50 min to 30 min

Fasa 3 (>5 tahun) 30 min to 20 min

Fasa SAIDI SEBENAR

Fasa 1 (1 - 2 tahun) 111 min hingga 50 min

Fasa 2 (2 - 5 tahun) 50 min hingga 30 min

Fasa 3 (>5 tahun) 30 min hingga 20 min

TAHUN FASA 2 SAIDI SEBENAR2013 52.862014 48.322015 49.71

TAHUN FASA 2 KEMAJUAN FIZIKAL KEMAJUAN KEWANGAN2013 86.0% 93.4%2014 68.4% 87.5%2015 89.8% 94.6%

118

111

2010

2010

Min

it/pe

lang

gan/

tahu

n

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3

2011

2011

2012

2012

2013

2013

2014

2014

2015

2015

2016

2016

2017

2017

2018

2018

2019

2019

2020

20200

20

40

60

80

100

Min

it/pe

lang

gan/

tahu

n

0

20

40

60

80

100

120

120

81

81

50

50

66.48

65.6

50.07

40.5

43.3

43

36.6

37

30

30

28

28

26

26

24

24

22

22

20

20

SAIDI (Sebenar)

SAIDI Iskandar Malaysia Sebenar

SAIDI (Sasaran)

Sasaran SAIDI Iskandar Malaysia

Trend SAIDI telah menurun menjelang penghujung Tahun 2015 sebanyak 49.71 m/c/y daripada 52.86 m/c/y pada bulan Disember 2013

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

SAIDI =JumlahTempoh Gangguan Elektrik kepada semua Pelanggan

Jumlah Bilangan Pelanggan yang Dilayan

L APORAN TAHUNAN 2016 085

HALA TUJU PEMULIHAN SUNGAI SKUDAI

Di bawah Langkah Besar 2 CDPii: Penghijauan Iskandar Malaysia, “Projek Utama 2 – Pemulihan Air Hidup “ bertujuan untuk membangunkan satu pelan koridor biru untuk menggalakkan pemulihan sungai dan ekosistem hidupan laut di Iskandar Malaysia. Projek ini meliputi pembersihan sungai dan pewujudan koridor riparian sungai untuk meningkatkan jejak hijau dan mewujudkan ruang rekreasi tambahan di wilayah ini.

Untuk tujuan ini, Hala Tuju Pemulihan Sungai Skudai telah dimulakan pada awal tahun 2015, dengan usaha-usaha Pelan Tindakan Sungai Skudai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Johor (JPS) untuk menjadikan Sungai Skudai sebagai sungai lestari yang bebas daripada sisa pepejal, bahan buangan industri dan pertanian. Ini akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan bersepadu agensi-agensi berkaitan dan orang ramai. Hala Tuju ini menggariskan 13 strategi untuk meningkatkan kualiti air Sungai Skudai kepada Kelas III/Kelas II, termasuk menyediakan peta pengezonan menyeluruh bagi menangani isu- isu pencemaran di peringkat akar umbi.

Usaha penambahbaikan strategi ini akan terus dilaksanakan sepenuhnya pada 2016 termasuk pewujudan kawasan pengezonan bagi Tadahan Sungai Skudai. Secara meluas, ini adalah mengikut Pelan Tindakan bagi usaha pemulihan Sungai Skudai.

Pengezonan & Fasa bagi Sungai Skudai

Penyepaduan satu set data GIS mewujudkan peta haba Tadahan Sungai Skudai, yang jelas menggambarkan tahap pencemaran di kebanyakan bahagian di sepanjang sungai tersebut. Ilustrasi ini membahagikan sungai tersebut kepada beberapa zon yang mana tindakan boleh diambil, seperti yang disenaraikan di bawah:

Fasa 1: Sedenak – SenaiFasa 2: Senai – SkudaiFasa 3: Skudai – Tampoi

Pengezonan Sungai Skudai mengikut keamatan pencemaran

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

086 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Inovasi Melibatkan Syarikat Swasta dan Masyarakat Tempatan

Walaupun penyelidikan dan penyediaan menyeluruh telah dimasukkan ke dalam Pelan Tindakan bagi usaha pemulihan Sungai Skudai, sokongan daripada syarikat-syarikat swasta dan masyarakat tempatan masih diperlukan untuk menjayakan inisiatif ini.

Oleh itu, beberapa sesi pembabitan bersama telah diadakan dengan JPS terutamanya untuk menggunakan rizab sungai melalui Program Taman Angkat@Rizab Sungai untuk menimbulkan rasa tanggungjawab dalam kalangan syarikat swasta dan masyarakat tempatan terhadap sungai.

Lokasi berpotensi bagi Peningkatan Rizab Sungai Skudai yang akan melibatkan syarikat swasta dan masyarakat setempat

PROGRAM TRANSFORMASI JB

Selaras dengan Program Transformasi JB untuk memberi nafas baru dan menghidupkan semula Pusat Bandaraya Johor Bahru sebagai “Sebuah Bandaraya Warisan dan Budaya yang Bingkas”, Johor Bahru telah menganjurkan beberapa acara kebudayaan pada tahun 2016. Semua pihak yang berkepentingan, termasuk perniagaan tempatan, memainkan peranan dalam mempromosikan bandaraya ini sebagai lokasi pilihan untuk menganjurkan festival budaya, seni dan warisan bertaraf antarabangsa.

“Karnival Budaya dan Warisan”, acara yang meraikan budaya, seni persembahan, dan kraftangan, merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh IRDA, MBJB dan rakan kongsi strategik pada tahun 2011 dan 2013. Pada 2016, acara yang ditunggu-tunggu ini telah diadakan di kawasan terpilih di Pusat Bandaraya JB, termasuk JOTIC, City Square, JB Sentral, dan beberapa jalan-jalan di kawasan Old Town (iaitu Jalan Tan Hiok Nee berhampiran Jalan Pahang, Jalan Segget, Taman Tun Sri Lanang, Jalan Meldrum, dan Jalan Ungku Puan).

Pada 31 Disember 2016, sempena penyempurnaan Pakej 1 dan 2 Projek Peningkatan dan Pemulihan Sungai Segget, karnival ini telah mempromosi Sungai Segget sebagai tempat yang ideal untuk acara warisan, seni, dan kebudayaan. Ia juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran awam dan penghargaan terhadap warisan dan budaya di Pusat Bandaraya JB.

Diadakan sempena sambutan IM10 IRDA, karnival ini juga memperkaya fabrik budaya Johor Bahru dan memberi pengalaman warisan dan budaya di tengah-tengah bandaraya dengan aktiviti kraf interaktif, pameran dan bengkel mini, pertandingan tarian ‘Tingkah Zapin’, dan permainan tradisional interaktif di di samping makanan dan persembahan tarian tradisional.

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

L APORAN TAHUNAN 2016 087

Karnival Budaya dan Warisan 2016 @ Segget yang diadakan pada 31 Disember 2016

CABARAN ECOLIFE ISKANDAR MALAYSIA (IMELC)

Cabaran Ecolife Iskandar Malaysia (IMELC) 2016 merupakan sebuah inisiatif hasil kerjasama antara IRDA, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd (MIM) yang telah diadakan dari bulan September sehingga November 2016. Ia merupakan salah satu usaha pendidikan alam sekitar, yang melibatkan penyertaan seramai 28,000 pelajar dari 231 sekolah rendah. IMELC bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai Pelan Masyarakat Rendah Karbon (LCS) dalam kalangan pelajar, guru dan keluarga mereka untuk mencapai sasaran berkesan pengurangan karbon Iskandar Malaysia menjelang 2025, seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon bagi Iskandar Malaysia 2025. Program ini bermula pada tahun 2013 yang merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan di bawah Perkongsian Penyelidikan Sains dan Teknologi untuk Pembangunan Mampan (SATREPS), yang dibiaya oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST). Ia bukan sahaja inisiatif yang merangkumi pendidikan alam sekitar dan projek inovasi sosial, malah juga meletakkan kepentingan untuk menggerakkan sukarelawan, menggalakkan lebih banyak perkongsian antara pihak Awam, Swasta dan Masyarakat (3P), serta meningkatkan kesedaran tanggungjawab semua orang mengenai isu-isu sosial. Ia juga berpotensi besar untuk menjana pendapatan dan menjimatkan kos bagi sekolah-sekolah dan isi rumah di Iskandar Malaysia.

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

088 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MENAIKTARAF SISTEM TEBATAN BANJIR SUNGAI AYER MOLEK

Proses urbanisasi yang pesat telah menjejaskan keupayaan sistem saliran Sungai Ayer Molek, yang terpaksa menampung kapasiti hujan sebanyak Q100, lalu meningkatkan kemungkinan berlakunya banjir kilat. Ini memerlukan sistem tebatan banjir (iaitu jaringan pam dan saliran) yang diguna pakai di kawasan tadahan sungai dinaik taraf dengan segera.

Projek penaiktarafan bernilai RM8.9 juta ini meliputi kawasan seluas 3.4 km dari pintu kawal pasang surut sungai sehingga Hutan Bandar Johor Bahru, dengan beberapa sistem kawasan penahanan dan saliran di persekitarannya yang sedang menjalani kerja-kerja penambahbaikan. Projek yang dimulakan pada April 2016 tersebut kini hampir siap sepenuhnya pada 2017.

PENAIKTARAFAN KEMUDAHAN PELANCONGAN DI TAMAN NEGARA JOHOR, PULAU KUKUP

Tapak Ramsar merupakan tanah lembap yang telah diberi ketetapan kepentingannya diperingkat antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar, satu perjanjian antara kerajaan mengenai alam sekitar yang diadakan pada tahun 1971 oleh UNESCO yang menggesa tindakan diperingkat negara dan kerjasama antarabangsa bagi pemuliharaan tanah-tanah lembap dan penggunaan sumber-sumbernya secara bijak dan mampan.

Semenanjung Malaysia mempunyai enam tapak Ramsar, dan tiga daripadanya terletak di Johor, iaitu, Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup, yang merangkumi kawasan seluas lebih 102 km persegi. Hutan paya bakau, hutan tanah kering dan rumput laut di lokasi-lokasi ini menjadi asas kepada banyak aktiviti ekonomi, termasuk pelancongan, perhutanan, perikanan dan pertanian. Aset-aset hijau ini mempunyai nilai ekonomi sebanyak RM316 juta setahun. Nilai ini boleh dipertingkatkan lagi apabila potensi pelancongan bagi tapak-tapak Ramsar ini direalisasikan sepenuhnya.

Sehubungan ini, Perbadanan Taman Negara Johor telah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada usaha menambah baik tarikan pelancongan Pulau Kukup, memandangkan reputasinya di peringkat antarabangsa sebagai tanah paya tidak berpenghuni yang kedua terbesar di dunia dan statusnya sebagai penempatan pokok-pokok paya bakau terbesar di Malaysia, seperti yang tercatat di dalam Malaysia Book of Records.

Projek bernilai hampir RM4.8 juta tersebut dimulakan pada bulan Jun 2015 dan disiapkan pada bulan Disember 2016. Kerja-kerja yang dijalankan termasuk pembinaan sebuah kedai cenderahati, tandas, siar kaki berbumbung, platform terapung, laluan pejalan kaki, papan tanda, jeti di Sg Ular, serta struktur-struktur seperti Mainan Lumpur Interaktif, Lingkaran Bakau dan Pavilion bagi membolehkan para pengunjung menikmati keindahan kepelbagaian flora dan fauna di pulau seluas 1,447.2 hektar ini.

Menaik taraf sistem pengawalan banjir Sungai Ayer Molek Menaik taraf kemudahan pelancongan di Taman Negara Johor, Pulau Kukup

KEPRIHATINAN TERHADAPKEMAMPANAN AL AM SEKITAR

L APORAN TAHUNAN 2016 089

S E D E K A D K E C E M E R L A N G A N

B I D A N GK E B E R H A S I L A N

U T A M A 0 6

M E M B A N G U N K A N

O R G A N I S A S I

B E R D A Y A T A H A N0 6

090 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MEMBANGUNKAN ORGANISASI BERDAYA TAHAN

IRDA percaya satu budaya korporat yang mantap adalah satu asas yang penting untuk membina sebuah organisasi yang berdaya tahan, didukung oleh kepimpinan yang jitu, kesatuan nilai-nilai murni, struktur berlandaskan pencapaian dan amanah di kalangan warga kerja.

Sejak penubuhannya, IRDA telah memainkan peranan yang penting dalam merancang, mempromosi dan menggalakkan penubuhan Iskandar Malaysia. Melalui budaya kerja berprestasi tinggi di kalangan warga kerja, Pihak Berkuasa melangkah ke fasa – “Mampan dan Inovasi”. Langkah ini adalah amat penting bagi Pihak Berkuasa untuk memastikan keupayaan dan kapasiti untuk merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya, Pihak Berkuasa ini berhasrat menjadi sebuah “Thinking Organisation”. Ia merupakan satu usaha, secara keseluruhan atau individu, meningkatkat keupayaan tahap pemikiran sesebuah organisasi dan selanjutnya mewujudkan keupayaan untuk melahirkan daya saing yang tinggi, berkualiti dan mampan.

PENGURUSAN TENAGA KERJA

Salah satu cabaran utama sesebuah majikan ialah mengekalkan tenaga kerja yang baik. Willis Towers Watson dalam satu kaji selidik mendapati bahawa banyak tenaga kerja berkemungkinan untuk meninggalkan majikan mereka dalam tempoh dua tahun pertama dalam pekerjaan.

Tidak berkecuali, IRDA ini mempunyai peratusan kadar perolehan warga kerja yang melebihi purata kadar pasaran, iaitu 15.7% pada 2016. Namun, peratusan kakitangan yang berhenti setelah berkhidmat dengan Pihak Berkuasa kurang daripada dua tahun adalah agak rendah pada 6%, Setakat penghujung 2016, IRDA mempunyai 195 kakitangan.

PENGLIBATAN KAKITANGAN

Setiap tahun IRDA mengadakan kajian Penglibatan Warga Kerja untuk menilai persepsi warga kerja mengenai isu-isu dalaman dan kesediaan untuk perubahan. Kajian ini juga membekalkan maklumat mengenai pandangan warga kerja tentang pelbagai aspek operasi yang boleh memberi kesan kepada tahap penglibatan dan kerberkesanan Pihak Berkuasa ini.

Pada tahun 2016, Indeks Penglibatan Warga Kerja berada pada tahap 88%, lebih tinggi daripada purata di Malaysia (85%). Manakala, Indeks Perkongsian Nilai menyusut sedikit, 5% kepada 75%. Kadar respons kajian ini meningkat ke 99%, jauh lebih baik daripada tahap organisasi berprestasi tinggi, iaitu 88%.

Ternyata, daripada kajian ini, warga kerja telah mengiktiraf Strategi, Hala Tuju dan Objektif serta Pembelajaran dan Pembangunan merupakan kekuatan Pihak Berkuasa.

PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN

IRDA menyediakan sesi latihan berkala sepanjang tahun bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga kerjanya. Antara latihan yang tersedia termasuk Presentation Skills, One-to- One Presentation Skills, Managing Performance dan Job Description & Performance Management System.

IRDA juga menggalakkan warga kerja untuk menghadiri latihan kemahiran teknikal.Sebanyak 157 program latihan luar telah dihadiri oleh warga kerja sepanjang 2016.

Sebagai salah satu aspek dalam program pembelajaran berterusan, IRDA membenarkan tenaga pakar di kalangan warga kerja untuk menerima jemputan sebagai ahli panel dan penceramah persidangan tempatan mahupun luar negara.

SESI PERKONGSIAN PENGETAHUAN

Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail bin Ibrahim kerap mengadakan sesi pertemuan bersama warga kerja untuk berkongsi pengalaman dalam aspek pemikiran, aspirasi dan kepimpinan. Sesi perkongsian tersebut merupakan taklimat, sesi bercerita dan lawatan kerja yang berikut:• Lawatan ke Pulau Kukup bersama bahagian

Ekonomi & Pelaburan (20 Julai 2016);• Makan malam di Restoran Yellow Stop

bersama bahagian Perundangan & Kesetiausahaan (27 Julai 2016);

• Makan tengahari di Tony Romas JBCC bersama bahagian Ekosistem Perniagaan (7 Ogos 2016);

• Makan tengahari di TGI Fridays bersama bahagian Audit Dalaman (21 Ogos 2016);

• Lawatan ke Muzium Bugis di Pontian dan Pusat Data di Sedenak bersama Pemantauan Bandar (28 Ogos 2016);

• Lawatan ke Pengerang bersama bahagian Komunikasi Strategik (14 September 2016);

• Lawatan ke Gardens By The Bay, Singapura bersama bahagian Pengurusan Korporat & Kewangan (20 September 2016); dan

• Lawatan ke UK Farm, Kluang bersama bahagian Pusat Perkhidmatan Iskandar (29 September 2016).

Sesi Latihan Kemahiran Pembentangan Perorangan

IRDA Ketua Projek & PMO IRDA En. Mohd Zam Mustaman berucap di Persidangan Undang-Undang Pembinaan

L APORAN TAHUNAN 2016 091

MEMBANGUNKAN ORGANISASIBERDAYA TAHAN

HUBUNGAN WARGA KERJA

Pelbagai program perhubungan kakitangan telah dianjurkan sepanjang tahun untuk memupuk hubungan yang lebih erat dan mewujudkan budaya kerja yang mantap di kalangan kakitangan.

KOMUNIKASI DALAMAN

Sepanjang 2016, IRDA telah mengadakan tiga sesi `Townhall’ - 31 Mac 2016, 4 September 2016 dan 3 Disember 2016 . Sesi ‘Townhall’ merupakan platform utama komunikasi dalaman buat Ketua Eksekutif secara terus berkongsi maklumat terkini mengenai prestasi korporat, bahagian, dan hal-hal sumber manusia yang lain.

Pihak Berkuasa juga menggunakan email blast untuk memastikan kakitangan menerima dan mengikuti maklumat terkini tentang hal-hal sumber manusia .

BUDAYA DAN NILAI BERSAMA

Pada tahun 2010, Ketua Eksekutif berunding dengan Ketua-ketua Bahagian untuk mengkaji semula peranan IRDA dan mentakrifkan semula nilai-nilai bersama. Sejak itu, IRDA telah menerima pakai nilai-nilai bersama berikut:• Bina Hubungan• Wawasan• Pemudah Cara• Integriti• Bertaraf Antarabangsa

Ketua-ketua Bahagian (Sponsors) dan beberapa warga kerja terpilih (Champions) bertindak sebagai ‘role model’ untuk memastikan nilai bersama tersebut berjaya diterapkan di kalangan warga kerja.

Untuk warga kerja yang baru, nilai-nilai bersama ini diterapkan dalam sesi suai kenal. Malahan, IRDA terus menerus mengadakan program untuk membudayakan nilai – nilai tersebut di kalangan warga kerja.

Pada tahun 2016, IRDA telah menjemput pegawai- pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dalam rangka untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka mengenai kepentingan pemeriksaan keselamatan bagi pegawai kerajaan dan garis panduan dalam pengurusan maklumat sulit.

Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail bin Ibrahim bersama kakitangan Pusat Perkhidmatan Iskandar di UK Farm, Kluang

Hari Penghargaan Kakitangan, yang diadakan pada 10 Mac 2016 dengan penganjuran acara Carian Harta Karun, majlis penyampaian anugerah kepada pemenang Pasukan Rumah (Pasukan Biru) dan kakitangan yang layak bagi Anugerah Jasamu Dikenang bagi perkhidmatan lima tahun

Kakitangan IRDA dan Ketua Eksekutif ketika Perarakan Merdeka pada 31 Ogos 2016

Kakitangan berseronok ketika Jamu Durian

Sesi latihan di Sistem E-Pemeriksaan

Program hubungan warga kerja lain yang diadakan pada 2016 termasuk ceramah agama Ramadan, Majlis Berbuka Puasa (28 Jun 2016), Majlis Sambutan Hari Raya (26 Julai 2016), Jamu Durian (5 September 2016), dan Majlis Doa Selamat Sempena Ulangtahun Ke -10 Iskandar Malaysia (3 November 2016).

Program-program yang dijalankan ialah:• “ Sesi Perkongsian Pengetahuan dan Latihan

Sistem E-Pemeriksaan” bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri pada 22 September 2016; dan

• “Tatacara Sebagai Penjawat Awam Di Dalam Menjaga Keselamatan Negara dan Kepentingan Dalam Menjaga Maklumat- Maklumat Sulit Organisasi” bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor pada 7 September 2016.

Inisiatif-inisiatif ini adalah selaras dengan nilai bersama Pihak Berkuasa, iaitu Integriti.

Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail bin Ibrahim berucap ketika sesi Townhall

092 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

MEMBANGUNKAN ORGANISASIBERDAYA TAHAN

PERKHIDMATAN PENTADBIRAN

IRDA mempunyai Unit Pentadbiran yang menyelia perkhidmatan pejabat, penyelenggaraan bangunan (termasuk perkhidmatan pembersihan), tempahan kemudahan, bekalan alat tulis, pengurusan kenderaan serta pengurusan mel dan dokumen.

Unit tersebut telah memperkenalkan program 5S pada 2012 untuk menggalakkan persekitaran yang bersih dan kondusif di tempat kerja.

Penilaian bulanan 5S untuk Bahagian dan individu-individu dijalankan oleh panel-panel yang dilantik bagi kategori berikut:• Minggu Pembersihan Tempat Kerja• Anugerah 5S (Anugerah 5s Pembersihan

Tempat Kerja, Idola 5s Pembersihan Tempat Kerja, Anugerah Idola 5s, Juara 5s Bahagian, Anugerah 5s Tempat Kerja Paling Bertambah Baik)

Inisiatif ini membantu dalam mengekalkan persekitaran kerja yang bersih dan kondusif di pejabat IRDA.

Berikut ialah pemenang-pemenang program 5S pada tahun 2016:• Juara 5s Bahagian 2016 – Bahagian

Pengurusan Korporat & Kewangan• Anugerah Idola 5s 2016 (Wanita) –

Michelle Lew• Anugerah Idola 5s 2016 (Lelaki) –

Shamsudin Yusof• Anugerah Idola 5s Pembersihan Tempat Kerja

(Wanita) – Nor Adilah Mohamad Bantuan• Anugerah Idola 5s Pembersihan Tempat Kerja

(Lelaki) – Muhammad Saidan Sanib• Anugerah 5s Pembersihan Tempat Kerja

Bahagian 2016 – Bahagian Pembangunan Sosial

• Anugerah Pantri Terbaik 2016 – Tingkat 1• Anugerah Tempat Kerja Paling Bertambah

Baik (Wanita) – Raja Zuraifah• Anugerah Tempat Kerja Paling Bertambah

Baik (Lelaki) – Nagarajan Prakash• Bahagian Paling Bertambah Baik –

Bahagian Ekonomi & Pelaburan

MENINGKATKAN BIAYA KENDIRI

IRDA telah melaksanakan inisiatif penjanaan pendapatan bagi menggalakkan keusahawanan dalam kalangan warga kerja.

Salah satu langkah pelaksanaan ini ialah penubuhan sebuah syarikat milk penuh, MY Iskandar Sdn Bhd (MISB). Ia ditubuhkan pada 30 September 2015 untuk mengumpul dan menyelaraskan pengurusan, pengawasan dan tadbir urus semua Perantara Tujuan Khas (SPV) di bawah satu entiti induk tunggal, beberapa SPV baharu sama ada telah ditubuhkan atau memulakan operasi pada 2016. SPV ini ialah:i. Akademi Iskandar Malaysia (IMA), sebuah

unit perniagaan di bawah MISB yang memberi tumpuan kepada mewujudkan pusat pembangunan insan yang memenuhi keperluan tenaga kerja Iskandar Malaysia dan menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Modal Insan Iskandar Malaysia;

ii. MaGICX Sdn Bhd, sebuah usaha sama (JV) antara UTM (diwakili oleh GTIM Sdn Bhd yang memegang 55% ekuiti) dan IRDA (diwakili oleh MISB memegang 45% ekuiti), yang bertujuan untuk mewujudkan ekosistem untuk Permainan/Aplikasi Permainan, Animasi dan Kandungan/Aplikasi Mudah Alih, dan pengkomersialan Harta Intelek (IP) yang berkaitan. MaGICX telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 6 Disember 2016; dan

Bahagian Pengurusan Korporat & Kewangan meraih anugerah Johan 5s Bahagian 2016

iii. Iskandar Youth Hub Sdn Bhd (IYHSB), anak syarikat milik penuh MISB yang ditubuhkan untuk mengurus dan mengendalikan Hab Belia Tempatan di Hutan Bandar (Fasa 1 – siap) dan Hab Belia Serantau di Iskandar Puteri (Fasa 2 – sedang dalam pembinaan). IYSHB ditubuhkan untuk menyelia kemampanan program Hab Belia Antarabangsa Johor (HAB) di bawah agenda Bandar Pintar dan Sihat IRDA.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti utama penjanaan pendapatan yang masih dalam peringkat pemantauan:i. Kawan Iskandar Malaysia (KIM) merupakan

satu yang menyediakan bantuan kepada dua koperasi tempatan untuk membangunkan Pelan Perniagaan. Kemudian, Pelan Perniagaan ini akan dinilai dan diluluskan bagi tujuan bantuan kewangan daripada Dana Projek Sosial (SPF) untuk menubuhkan atau mengembangkan perniagaan mereka, yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan ahli-ahlinya. Di bawah program yang sama, Pihak Berkuasa telah memudahcarakan penyediaan Pelan Perniagaan untuk mengurus dan mengendalikan Medan Selera Iskandar Malaysia, untuk membolehkan ahli- ahli koperasi di Gelang Patah menjalankan perniagaan mereka dalam persekitaran yang lebih bersih dan lebih kondusif. Medan selera masih dalam pembinaan;

ii. Buku Tajaan Ulang Tahun ke-10 Iskandar Malaysia, adalah satu bentuk pakej penajaan untuk memudahkan sumbangan dibuat oleh pihak berkepentingan sempena sambutan Ulang Tahun ke-10 Iskandar Malaysia;

iii. Pemberian Nilai Harta Intelek (IP) IRDA seperti CDPii, barangan niaga Iskandar Malaysia, dan tiket untuk acara-acara seperti Persidangan Undang-Undang Pembinaan melalui eMall, platform pembayaran dan jualan dalam talian IRDA; dan

iv. Pembinaan Papan Maklumat Jambatan Pandan telah disiapkan pada November 2016. Ia dijangka beroperasi pada tahun 2017 bertujuan untuk menyiarkan mesej rasmi dan maklumat yang bersumber komuniti seperti inisiatif yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dan organisasi lain yang berkaitan.

L A P O R A NK E W A N G A N

S E D E K A D K E C E M E R L A N G A N

094Penyata Tadbir Urus Korporat

095Penyata

Pengurusan Risiko

Dan Kawalan Dalaman

097 Ulasan Kewangan

Tahunan

106Penyata

Ahli-Ahli

107 Akuan

Berkanun

108 Penyata

Kedudukan Kewangan

109Penyata

Pendapatan Komprehensif

110Penyata

PerubahanEkuiti

111Penyata

Aliran Tunai

112Nota-Nota

Kepada Penyata Kewangan

094 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PENYATA TADBIRURUS KORPORAT

PENYATA TADBIR URUS KORPORAT MENGGARISKAN RANGKA KERJA DAN PROSES BAGI MEMBOLEHKAN AHLI-AHLI PIHAK BERKUASA AND PENGURUSAN PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (IRDA) MEMASTIKAN INTEGRITI DAN KEMANTAPAN DASAR SERTA TATACARA OPERASI DIKENDALIKAN MENURUT UNDANG-UNDANG, PERATURAN, AMALAN TERBAIK DAN KELAKUAN PERNIAGAAN BERETIKA YANG SEDIA ADA.

AHLI -AHLI PIHAK BERKUASA

Ahli-ahli Pihak Berkuasa merupakan badan tertinggi yang membuat keputusan di IRDA dan terdiri daripada 11 orang ahli. Ia dipengerusikan bersama oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor.

Ahli-ahli Pihak Berkuasa ialah tokoh-tokoh terkemuka dari sektor awam dan sektor swasta, yang dilantik menurut Seksyen 8(1) Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 (Akta 664). Mereka komited dalam memastikan IRDA mengamalkan piawaian tadbir urus yang tertinggi, sejajar dengan Kod Tadbir Urusan Korporat Malaysia.

Ahli-ahli Pihak Berkuasa memberi hala tuju strategik, mengkaji semula dan meluluskan dasar serta keputusan untuk pembangunan dan promosi Iskandar Malaysia, memastikan pentadbiran kewangan dan pengurusan sumber manusia yang mantap, di samping menyelia pengurusan keseluruhan IRDA.

MESYUARAT AHLI AHLI PIHAK BERKUASA

Mesyuarat Ahli-ahli Pihak Berkuasa telah diadakan sebanyak dua kali, iaitu pada bulan April dan Ogos. Butiran Ahli-ahli Pihak Berkuasa serta kehadiran mereka adalah seperti berikut:

NAMA JAWATAN BIL. MESYUARAT YANG DIHADIRI

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Pengerusi Bersama 2/2

YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Pengerusi Bersama 2/2

YBhg Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah Ahli 2/2

YBhg Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi binti Yusoff Ahli 1/2

YBhg Dato’ Haji Ismail bin Karim Ahli 1/2

Tuan Haji Salehuddin bin Hassan Ahli 2/2

YBhg Tan Sri Dato’ Seri Utama Nor Mohamed bin Yakcop Ahli 2/2

YBhg Tan Sri Dato’ Liew Kee Sin Ahli 2/2

YBhg Datuk Ismail bin Ibrahim Setiausaha 2/2

095L APORAN TAHUNAN 2016

PENYATA PENGURUSAN RISIKODAN KAWAL AN DAL AMAN

TERDAPAT PROSES YANG BERTERUSAN UNTUK MENGENAL PASTI, MENILAI DAN MENGURUS RISIKO UTAMA YANG DIHADAPI OLEH IRDA. PROSES INI TERMASUK MENGEMASKINIKAN SISTEM KAWALAN DALAMAN APABILA TERDAPAT PERUBAHAN KEPADA OPERASI ORGANISASI DAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGAWALSELIAAN.

Unsur-unsur utama sistem kawalan dalaman IRDA adalah seperti berikut:-• Pembahagian dan pengagihan tanggungjawab yang dinyatakan secara jelas kepada ahli-ahli pengurusan kanan termasuk struktur organisasi yang

kukuh dan tahap kuasa yang wajar bagi had kelulusan perbelanjaan.• Dasar dan prosedur dalaman yang didokumenkan untuk mengambil kira perubahan persekitaran, risiko dan penambahbaikan kepada proses.• Penubuhan jawatankuasa untuk menyemak dan mencadangkan bidang-bidang utama seperti penilaian tender, perbelanjaan modal dan operasi,

projek, isu-isu sumber manusia dan perkara-perkara lain yang berkaitan.• Pelaporan berkala oleh Pengurusan kepada Pihak Berkuasa dan/atau Jawatankuasa Audit mengenai petunjuk kewangan dan prestasi serta isu-isu

risiko utama.• Proses belanjawan terperinci yang mengambil kira input daripada semua fungsi operasi IRDA bagi penyediaan belanjawan tahunan yang diluluskan

oleh Pihak Berkuasa, serta Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Malaysia .• Audit luaran yang dijalankan ke atas penyata kewangan Pihak Berkuasa adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Audit Negara.

JAWATANKUASA AUDIT

Pihak Berkuasa telah menubuhkan Jawatankuasa Audit pada 30 Jun 2008 dan ia bertanggungjawab bagi pemantauan:-• Proses Tadbir Urus Korporat;• Proses pelaporan kewangan;• Sistem kawalan dalaman;• Proses audit, audit dalaman dan luaran; dan • Pematuhan kepada undang-undang dan peraturan.

KEAHLIAN DAN MESYUARAT

Jawatankuasa Audit (“AC”) terdiri daripada tiga ahli. AC telah bermesyuarat sekali pada 26 Mei 2016 bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. Butiran ahli-ahli dan kehadiran mereka adalah seperti berikut:-

NAMA JAWATAN BIL. MESYUARAT YANG DIHADIRI

YBhg Tan Sri Dato’ Nor Mohamed Yakcop Pengerusi 1/1

YBhg Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah Ahli 1/1

YB Dato’ Ismail bin Karim Ahli 0/1

096 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

AKTIVITI JAWATANKUASA AUDIT

Jawatankuasa Audit menjalankan aktiviti-aktiviti berikut melalui Jabatan Audit Dalaman di sepanjang tahun: • Menyemak dan meluluskan pelan audit tahunan bagi memastikan keterangkuman skop.• Menyemak sumber Jabatan Audit Dalaman bagi memastikan fungsi tersebut mempunyai juruaudit dalaman yang cekap dan mahir.• Menyemak prestasi dan aktiviti Jabatan Audit Dalaman berkaitan pelan yang diluluskan.• Menyemak laporan audit dalaman yang telah dibentangkan, cadangan audit yang dibuat dan maklum balas pihak pengurusan. Jawatankuasa Audit

juga telah mengarahkan pihak pengurusan untuk membetulkan dan menambah baik proses, sekiranya diperlukan.• Memantau tindakan pembetulan yang diambil terhadap isu-isu audit yang berbangkit.

JABATAN AUDIT DALAMAN

Jabatan Audit Dalaman IRDA Jabatan Audit Dalaman ( “IAD”) melapor secara terus kepada Jawatankuasa Audit dan menilai sistem kawalan IRDA. Jabatan Audit Dalaman membantu Jawatankuasa Audit dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit.

Peranan utama Jabatan Audit Dalaman adalah:-• Untuk memastikan bahawa satu sistem kawalan dalaman yang kukuh tersedia dan memberikan jaminan bahawa sistem tersebut terus beroperasi

dengan memuaskan dan berkesan untuk IRDA.• Untuk menyediakan penilaian bebas dan objektif terhadap operasi dengan tujuan untuk menambah nilai dan menambah baik kecekapan,

keberkesanan dan ekonomi operasi.• Untuk membantu organisasi mencapai objektifnya dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk meningkatkan

keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan dan tadbir urus.• Untuk memastikan bahawa aktiviti audit dalaman diurus dengan berkesan dan keputusan aktiviti audit dalaman disampaikan kepada Jawatankuasa

Audit secara berkala.• Aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Dalaman adalah selaras dengan Kod Etika dan Piawaian Antarabangsa bagi Amalan Profesional

Pengauditan Dalaman yang dikeluarkan oleh Institut Juruaudit Dalaman.

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO ORGANISASI

Pengurusan telah mewujudkan Rangka Kerja Pengurusan Risiko yang telah diluluskan pada 1 Mac 2011 oleh Jawatankuasa Eksekutif IRDA.

Unsur-unsur utama berikut telah disediakan:• Pembentukan Dasar Pengurusan Risiko dan Tatacara rasmi mengenai risiko dan dimaklumkan kepada semua bidang-bidang utama di IRDA;• Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Risiko untuk membantu Pihak Berkuasa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkanunnya yang

berkaitan dengan aktiviti Pengurusan Risiko;• Penubuhan dan semakan terhadap struktur pengurusan risiko yang menggariskan rangka kerja laporan dan tanggungjawab Pihak Berkuasa,

Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Kumpulan Kerja Risiko, Pengurusan dan Unit Perancangan Korporat;• Pelantikan wakil Pengurus Risiko bagi setiap bahagian di IRDA;• Mengkaji dan, sekiranya sesuai, menyemak semula parameter risiko (kualitatif dan kuantitatif) bagi IRDA dan di setiap peringkat unit perniagaan

untuk mengukuhkan keberkesanan proses pengurusan risiko;• Pendidikan dan latihan rasmi dan tidak rasmi yang berterusan di peringkat pengurusan dan kakitangan;• Semakan dan pembaikan berterusan model rangka kerja pengurusan risiko sedia ada untuk meningkatkan kesedaran terhadap risiko dalam IRDA

dan memudahcarakan pengesahan risiko utama dan risiko bersama bagi pelbagai bahagian dan jabatan;• Pelaksanaan oleh Pengurusan proses penilaian risiko di seluruh kumpulan, termasuk mengenalpasti risiko utama yang dihadapi oleh setiap unit

perniagaan, potensi kesan dan kemungkinan berlakunya risiko tersebut, keberkesanan kawalan dan pelan tindakan untuk menguruskan risiko tersebut ke tahap yang diinginkan.

PENYATA PENGURUSAN RISIKODAN KAWAL AN DAL AMAN

097L APORAN TAHUNAN 2016

UL ASAN KEWANGANTAHUNAN

Rancangan Perniagaan IRDA bagi tahun 2016 telah mengambil kira beberapa langkah yang dicadangkan dalam Pelan Pembangunan Komprehensif II (“CDPii”) memandangkan pembangunan dua puluh tahun Iskandar Malaysia telah memasuki Fasa ke-3 “Mampan & Inovasi”. Perbelanjaan pembangunan di Iskandar Malaysia secara rata bertumpu kepada perbelanjaan infrastruktur dan pembolehdaya bagi menyokong dan meningkatkan daya tarikan para pelabur domestik dan asing ke wilayah pembangunan ini.

ANALISIS KEWANGAN TERPERINCI

Penyata Pendapatan & Perbelanjaan

Pada tahun 2016, lebihan perbelanjaan berbanding pendapatan bagi IRDA meningkat dengan ketara kepada RM16.51 juta (2015: RM6.01 juta). Ini terutamanya disebabkan oleh pengurangan sebanyak 27% atau RM12.13 juta dalam Geran Kerajaan yang diterima dan pengurangan dalam pendapatan lain, terutamanya pendapatan perkongsian keuntungan yang diperolehi daripada simpanan deposit tetap di institusi-institusi kewangan yang patuh syariah.

IRDA masih berupaya meneruskan operasi seperti biasa walaupun mengalami defisit. Defisit ini dibiayai oleh lebihan terkumpul yang dijana daripada pendapatan lain pada tahun-tahun sebelum ini.

PRESTASI PERBEL ANJAAN PEMBANGUNAN IRDA

Geran Perbelanjaan

2012

2013

2014

2016

2015

300.6113.7

4.0 142.2

70.7113.7

138.4

206.4

112.6 118.8

PERBEL ANJAAN PEMBANGUNAN PADA TAHUN 2016 (RM’ JUTA)

Jalan & Lebuhraya

Pembentungan, Parit & Sungai

Pengangkutan

Kreatif

Keselamatan & Sekuriti

Infrastruktur Pusat Data

Lain-lain

21.48

33.64

2.050.192.27

129.96

16.82

098 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

UL ASAN KEWANGANTAHUNAN

Pengurangan dalam Geran Kerajaan yang diterima telah mengakibatkan jumlah perbelanjaan yang lebih kecil diperuntukkan bagi perbelanjaan pemasaran dan promosi. IRDA terpaksa menggunakan kaedah yang lebih menjimatkan dalam melaksanakan peranannya untuk mempromosi Iskandar Malaysia. Walau bagaimanapun, IRDA terus cemerlang dalam prestasinya bagi merealisasikan visi dan misi Iskandar Malaysia selaras dengan CDPii.

Pendapatan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, Kumpulan telah mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM6.26 juta (2015: RM6.23 juta). Ini disumbangkan oleh pendapatan sewa yang diperoleh dari anak syarikatnya, Prisma Harta Sdn Bhd (“PHSB”).

Pendapatan Lain

Salah satu objektif jangka panjang IRDA adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang mampu berdikari. Oleh itu, adalah amat penting bagi IRDA untuk menjana pendapatannya sendiri. Pada tahun 2016, RM1.83 juta (2015: RM1.96 juta) telah berjaya dijana hasil daripada pelbagai perkhidmatan, produk dan kemudahan yang disediakan oleh IRDA. Ini termasuk pusat perkhidmatan sehenti melalui perkhidmatan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Perkhidmatan Iskandar, penyewaan dewan, penerbitan, serta penajaan yang diterima oleh rakan kongsi strategik. Jumlah ini mewakili 67% daripada jumlah pendapatan lain.

Di samping itu, pendapatan lain juga merangkumi yuran pengurusan, yuran tender dan pendapatan perkongsian keuntungan daripada institusi kewangan patuh Syariah dalam bentuk Perjanjian Pembelian Semula (“REPO”) dan Deposit Tetap (“FD”) yang menjadikan jumlah pendapatan lain berjumlah sebanyak RM2.73 juta pada 2016 (2015: RM3.24 juta).

Kos & Manfaat Kakitangan

Perbelanjaan Administratif

Pemasaran & Promosi

Yuran Perundingan Profesional

PERBANDINGAN PERBEL ANJAAN OPERASIButiran Perbelanjaan Operasi Sebenar

2015

2016

2014

2013

2012

70%

65%

58%

59%

24%

21%

5%

7%

1%

2%

3%

6%

4%

25% 7%

26% 10%

29% 8%

70%

099L APORAN TAHUNAN 2016

Perbelanjaan Operasi

Kos kakitangan kekal menjadi perbelanjaan operasi utama IRDA dengan jumlah sebanyak RM36.10 juta pada tahun 2016, merangkumi 70% daripada jumlah perbelanjaan operasi.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan operasi pada tahun 2016 telah menurun sebanyak 4% berbanding tahun lalu disebabkan oleh pelbagai strategi yang dilaksanakan oleh IRDA seperti berikut:

i. Inisiatif langkah-langkah penjimatan IRDA dengan pemantauan yang rapi terhadap bajet dan perbelanjaan secara berhemat yang dapat mengurangkan kos penginapan, perjalanan dan perbelanjaan mesyuarat sebanyak 17% pada tahun 2016. Langkah-langkah penjimatan tersebut tertumpu kepada empat (4) bahagian seperti berikut: • Perjalanan bagi tujuan rasmi dilaksanakan melalui kaedah penempahan yang lebih murah, seperti tempahan secara dalam talian; • Pengurusan majlis dan cenderahati secara berpusat yang dikendalikan oleh individu khusus yang diberi tanggungjawab serta peningkatan

kerjasama pemasaran strategik bagi mendapatkan penajaan bagi majlis-majlis anjuran IRDA; • Penjimatan kos makanan dan minuman yang dihidang dalam mesyuarat -mesyuarat luaran dan dalaman; dan• Lain-lain termasuk penggunaan dewan dan bilik mesyuarat di premis IRDA bagi sesi perbincangan kumpulan fokus dan majlis-majlis lain.

ii. Kos pengiklanan telah menurun sebanyak 73% (2016: RM80 ribu, 2015: RM297 ribu) melalui pendekatan pemasaran strategik yang bertumpu kepada:• Aktiviti promosi dan pemasaran strategik yang lebih tertumpu kepada kumpulan sasar bagi menarik pelaburan dari negara-negara yang

terpilih berdasarkan 9 sektor yang dipromosikan di Iskandar Malaysia; dan • Kerjasama dengan rakan strategik melalui perkongsian kos bagi penglibatan dalam pelbagai misi perdagangan, persidangan, forum dan

simposium di samping meningkatkan kesedaran awam serta mempromosikan jenama Iskandar Malaysia secara global.

iii. Pengurangan yang ketara dalam perbelanjaan utiliti daripada RM1.4 juta pada tahun 2015 kepada RM0.9 juta pada tahun 2016 adalah selari dengan inisiatif hijau yang dipromosikan IRDA.

Bahagian Kerugian Ekuiti Dalam Syarikat Bersekutu

Pada 31 Disember 2016, IRDA tidak lagi mengiktiraf kerugian ekuiti dalam syarikat bersekutu, IMSEC Sdn Bhd (“ISB”) dalam Penyata Kewangan Kumpulan kerana kerugian terkumpul telah melebihi jumlah pelaburan. Amalan ini adalah selaras dengan piawaian perakaunan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (“MASB”).

UL ASAN KEWANGANTAHUNAN

100 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

UL ASAN KEWANGANTAHUNAN

Lembaran Imbangan

Aset tetap menurun sebanyak 47% disebabkan oleh susut nilai tahunan berjumlah RM0.46 juta (2015: RM0.61 juta). Tiada sebarang pembelian aset sepanjang tahun 2016 kerana IRDA meneruskan inisiatif perbelanjaan secara berhemat yang membataskan perbelanjaan perolehan aset baru. Hanya perbelanjaan penggantian dan pembaikan yang diperlukan sahaja dibenarkan.

Pelaburan dalam syarikat subsidiari menunjukkan subsidiari yang baru diperoleh iaitu My Iskandar Sdn Bhd (“MISB”) yang dimiliki sepenuhnya dengan jumlah pegangan saham 100% daripada jumlah modal berbayar diterbitkan sebanyak RM1.5 juta.

Termasuk dalam lain-lain penerimaan, deposit dan prabayar adalah kos perkongsian aktiviti-aktiviti promosi yang dijalankan dengan kerjasama rakan-rakan strategik di Iskandar Malaysia. Jumlah ini bergantung kepada tahap penyertaan IRDA di dalam akitiviti-aktiviti itu. Pelbagai deposit bagi projek-projek infrastruktur dan pembolehdaya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11 merupakan satu lagi butir utama di bawah kategori ini.

Sebahagian besar daripada baki tunai dan kesetaraan tunai dikhaskan untuk Kumpulan Wang Pembangunan Khas bagi obligasi berkontrak di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11, inisiatif Projek Sosial, projek-projek Koridor dan Bandar Raya, Program Pembangunan Bakat Industri Kreatif dan Program Penambahbaikan Bakat Negara (“NTEP”).

Sebahagian besar amaun terhutang daripada syarikat subsidiari terdiri daripada perbelanjaan yang dibayar oleh IRDA bagi pihak anak syarikat seperti perbelanjaan imbuhan, yuran setiausaha dan yuran audit.

Pelbagai pemiutang terdiri daripada obligasi berkontrak di bawah kumpulan wang operasi yang telah diselesaikan pada akhir tahun dan obligasi berkontrak di bawah Kumpulan Wang Pembangunan yang disebabkan oleh jumlah ditahan bagi pembayaran berperingkat berdasarkan prestasi kemajuan bagi projek-projek Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11, seperti projek menghalang hakisan di Tanjung Piai, peningkatan kemudahan Pulau Kukup, pemuliharaan Sungai Segget serta kerja-kerja infrastruktur bagi Pusat Data di Sedenak.

Sebahagian besar daripada Kumpulan Wang Pembangunan Khas adalah untuk obligasi berkontrak di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11, projek Koridor & Bandar Raya, Program Pembangunan Bakat Industri Kreatif dan NTEP.

Kumpulan Wang Projek Sosial hanya untuk digunakan bagi projek-projek sosial yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sosial (“SDC”) selaras dengan strategi dan inisiatif seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Komprehensif (“CDPii”).

Kumpulan Dana Mudahcara dibiayai dan diurus bagi pihak Kerajaan Persekutuan melalui TERAJU@Iskandar Malaysia, untuk menyokong syarikat-syarikat Bumiputera yang layak untuk projek-projek yang berdaya maju dengan menggunakan Dana Mudahcara dan pelaksanaan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

Kumpulan Wang Hab Belia diurus bagi pihak belia di Iskandar Malaysia dan digunakan bagi menyokong mana-mana inisiatif yang berkaitan dengan pelaksanaan projek Hab Belia. Sumber asal dana ini adalah sumbangan daripada pelabur strategik Iskandar Malaysia.

Kumpulan Dana Pembangunan Usahawan dibiayai dan diurus bagi pihak Kerajaan Persekutuan melalui TERAJU@Iskandar Malaysia, bagi menyokong program Pembangunan Usahawan Bumiputera Mikro untuk membangunkan usahawan Bumiputera di negeri Johor mengikut kriteria-kriteria tertentu.

101L APORAN TAHUNAN 2016

102 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

103L APORAN TAHUNAN 2016

104 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

105L APORAN TAHUNAN 2016

106 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PENYATA AHLI-AHLIPIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Kami, Y.A.B. DATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDIN dan Y.BHG. TAN SRI DATO’ SERI UTAMA NOR MOHAMED YAKCOP, yang merupakan dua orang Ahli PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR dengan ini menyatakan bahawa, pada pendapat Ahli-ahli, Penyata Kewangan yang mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai yang berikut ini beserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya, adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang benar dan saksama berkenaan kedudukan PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR pada 31 Disember 2016 dan hasil kendaliannya serta perubahan kedudukan kewangannya bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Bagi pihak Ahli-ahli,

NAMA Y.A.B. DATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDINGELARAN PENGERUSI BERSAMATARIKH 20 JULAI 2017TEMPAT JOHOR BAHRU

NAMA Y.BHG. TAN SRI DATO’ SERI UTAMA NOR MOHAMED YAKCOPGELARAN AHLITARIKH 20 JULAI 2017TEMPAT JOHOR BAHRU

107L APORAN TAHUNAN 2016

AKUAN BERKANUN OLEH PEGAWAI-PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWABKE ATAS PENGURUSAN KEWANGAN PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Kami, DATUK ISMAIL BIN IBRAHIM dan NOR HISHAM BIN MOHD YUSOF, pegawai-pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan dan rekod-rekod perakaunan PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR, dengan ikhlasnya mengakui bahawa Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai dalam kedudukan kewangan yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan kami, adalah betul dan kami membuat ikrar ini dengan sebenarnya mempercayai bahawa ia adalah benar dan atas kehendak-kehendak Akta Akuan Berkanun, 1960.

Sebenarnya dan sesungguhnya diakui oleh penama-penama di atas di Johor Bahru pada 20 Julai 2017

DATUK ISMAIL BIN IBRAHIM(590508-01-6189)

Di hadapan saya,

PESURUHJAYA SUMPAH

NOR HISHAM BIN MOHD YUSOF(681102-10-5089)

108 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PENYATA KEDUDUKAN KEWANGANPADA 31 DISEMBER 2016

Kumpulan IRDA

Nota 2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

ASET BUKAN SEMASA

Hartanah, loji dan peralatan 4 909,553 1,186,891 471,045 885,483

Pelaburan dalam syarikat subsidiari 5 - - 2,500,001 1,000,003

Pelaburan dalam syarikat bersekutu 6 45,000 - 160,603 160,603

Jumlah Aset Bukan Semasa 954,553 1,186,891 3,131,649 2,046,089

ASET SEMASA

Penerimaan, deposit dan prabayar 7 19,239,896 4,094,645 17,993,108 3,067,809

Tunai dan kesetaraan tunai 8 279,001,187 420,068,590 254,863,115 412,474,681

Amaun terhutang daripada syarikat berkaitan 9 101,937 1,918 854,680 383,822

Jumlah Aset Semasa 298,343,020 424,165,153 273,710,903 415,926,312

JUMLAH ASET 299,297,573 425,352,044 276,842,552 417,972,401

EKUITI

Kumpulan Wang Mengurus 14,025,471 28,888,493 7,527,201 23,787,358

Jumlah Ekuiti 14,025,471 28,888,493 7,527,201 23,787,358

LIABILITI BUKAN SEMASA

Kumpulan Wang Pembangunan Khas 10 148,758,218 210,637,128 148,758,218 210,637,128

Kumpulan Wang Projek Sosial 11 41,762,943 42,534,041 41,762,943 42,534,041

Kumpulan Dana Mudahcara 12 28,135,642 36,031,891 28,135,642 36,031,891

Kumpulan Wang Hab Belia 13 5,025,018 4,951,564 5,025,018 4,951,564

Kumpulan Dana Pembangunan Usahawan 14 14,975,393 14,999,985 14,975,393 14,999,985

Jumlah Liabiliti Bukan Semasa 238,657,214 309,154,609 238,657,214 309,154,609

LIABILITI SEMASA

Pelbagai pemiutang 15 46,587,680 87,283,274 30,630,929 84,690,371

Amaun terhutang kepada syarikat subsidiari 9 - - - 314,395

Amaun terhutang kepada syarikat bersekutu 9 27,208 25,668 27,208 25,668

Jumlah Liabiliti Semasa 46,614,888 87,308,942 30,658,137 85,030,434

JUMLAH LIABILITI 285,272,102 396,463,551 269,315,351 394,185,043

JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI 299,297,573 425,352,044 276,842,552 417,972,401

Nota-nota yang disertakan adalah merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan ini.

109L APORAN TAHUNAN 2016

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIFBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

Kumpulan IRDA

Nota 2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Pemberian Kerajaan 16 32,804,940 44,935,500 32,804,940 44,935,500

Pendapatan Hasil 17 6,259,313 6,227,423 - -

Pendapatan Lain 18 3,336,140 3,627,656 2,732,563 3,242,559

42,400,393 54,790,579 35,537,503 48,178,059

Perbelanjaan Operasi 19 (57,226,915) (58,928,487) (51,797,660) (54,186,851)

(14,826,522) (4,137,908) (16,260,157) (6,008,792)

Cukai (36,500) - - -

(Kurangan) pendapatan bagi tahun berakhir (14,863,022) (4,137,908) (16,260,157) (6,008,792)

Nota-nota yang disertakan adalah merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan ini.

1 10 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

PENYATA PERUBAHAN EKUITIBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

Nota-nota yang disertakan adalah merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan ini.

Kumpulan Wang Mengurus

Jumlah Ekuiti

RM RM

Kumpulan

Baki Pada 31 Disember 2014 33,026,401 33,026,401

(Kurangan) pendapatan bagi tahun kewangan semasa (4,137,908) (4,137,908)

Baki Pada 31 Disember 2015 28,888,493 28,888,493

(Kurangan) pendapatan bagi tahun kewangan semasa (14,863,022) (14,863,022)

Baki Pada 31 Disember 2016 14,025,471 14,025,471

IRDA

Baki Pada 31 Disember 2014 29,796,150 29,796,150

(Kurangan) pendapatan bagi tahun kewangan semasa (6,008,792) (6,008,792)

Baki Pada 31 Disember 2015 23,787,358 23,787,358

(Kurangan) pendapatan bagi tahun kewangan semasa (16,260,157) (16,260,157)

Baki Pada 31 Disember 2016 7,527,201 7,527,201

1 1 1L APORAN TAHUNAN 2016

PENYATA ALIRAN TUNAIPADA 31 DISEMBER 2016

Nota-nota yang disertakan adalah merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan ini.

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

Nota RM RM RM RM

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI

(Kurangan) pendapatan tahun semasa (14,826,522) (4,137,908) (16,260,157) (6,008,792)

Pelarasan untuk:

Susutnilai hartanah, loji dan peralatan 4 603,501 709,010 460,075 605,959

Hapus kira/Pelupusan hartanah, loji dan peralatan - 15,048 - 15,048

Peruntukan hutang ragu 545,646 240,168 - -

Hutang lapuk dihapus kira 238,052 35,332 - -

Peruntukan hutang ragu dimasukkan semula (238,052) (288,772) - -

Lebihan/(Kurangan) pendapatan sebelum perubahan dalam modal kerja (13,677,375) (3,427,122) (15,800,082) (5,387,785)

(Kurangan)/Tambahan:

Kumpulan wang pembangunan khas (61,878,910) (12,687,404) (61,878,910) (12,687,404)

Kumpulan wang Projek Sosial (771,098) (7,872,855) (771,098) (7,872,855)

Kumpulan dana Mudahcara (7,896,249) 24,487,415 (7,896,249) 24,487,415

Kumpulan wang Taman Belia 73,454 (53,678) 73,454 (53,678)

Kumpulan dana Pembangunan Usahawan (24,592) 14,999,985 (24,592) 14,999,985

Penerimaan, deposit dan prabayar (15,690,897) 499,819 (14,925,299) 691,146

Pemiutang dan perbelanjaan akruan (40,732,094) (97,880,278) (54,059,442) (98,452,109)

Amaun terhutang daripada syarikat-syarikat berkaitan (98,479) (54,559) (783,713) (33,426)

Tunai bersih daripada/(digunakan dalam) aktiviti operasi (140,696,240) (81,988,677) (156,065,931) (84,308,711)

ALIRAN TUNAI DIGUNAKAN DALAM AKTIVITI PELABURAN

Pembelian hartanah, loji dan peralatan 4 (326,163) (301,404) (45,637) (89,271)

Pelaburan dalam syarikat subsidiari - - (1,499,998) (2)

Pelaburan dalam syarikat bersekutu (45,000) - - -

Penerimaan dari pelupusan hartanah, loji dan peralatan - 736 - 736

Tunai bersih digunakan dalam aktiviti pelaburan (371,163) (300,668) (1,545,635) (88,537)

PENAMBAHAN/(PENGURANGAN) BERSIH DALAM TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI (141,067,403) (82,289,345) (157,611,566) (84,397,248)

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 420,068,590 502,357,935 412,474,681 496,871,929

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 8 279,001,187 420,068,590 254,863,115 412,474,681

1 12 PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

1. MAKLUMAT UMUM PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR ("IRDA") ditubuhkan pada 12 Februari 2007. Aktiviti utama IRDA adalah untuk bertindak

sebagai satu badan yang diberi kuasa untuk merancang, mempromosi, memproses, mendorong pelaburan dari luar serta memudahkan pelan-pelan pembangunan di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.

Aktiviti utama syarikat subsidiari adalah seperti yang dinyatakan di Nota 5.

Bilangan pekerja IRDA pada akhir tahun ialah 129 (2015: 138) orang.

Pejabat operasi utama IRDA dijalankan di #G-01, Blok 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor.

Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 telah diluluskan oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa melalui resolusi pekeliling bertarikh 20 Julai 2017.

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA Penyata kewangan disatukan kumpulan dan penyata kewangan IRDA telah disediakan selaras dengan Piawaian Laporan Entiti Persendirian Malaysia

(“MPERS”) yang dikeluarkan serta diluluskan oleh Malaysian Accounting Standards Board (“MASB”).

(a) Asas Perakaunan

Penyata Kewangan IRDA disediakan berdasarkan prinsip kos sejarah melainkan seperti yang telah dinyatakan dalam nota-nota penyata kewangan serta mematuhi Akta IRDA 2007 dan polisi-polisi perakaunan yang telah diluluskan.

(b) Asas Penyatuan

(i) Subsidiari

Penyata kewangan yang disatukan meliputi penyata kewangan IRDA dan syarikat subsidiarinya yang telah disediakan sehingga akhir tahun kewangan. Subsidiari adalah entiti di mana IRDA mempunyai kepentingan ekuiti jangka panjang dan kuasa untuk melaksanakan kawalan terhadap polisi-polisi kewangan dan operasi untuk memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktivitinya.

Subsidiari disatukan menggunakan kaedah perakaunan pengambilalihan. Di bawah kaedah perakaunan pengambilalihan ini, hasil daripada subsidiari yang diambil alih atau dilupuskan sepanjang tahun kewangan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan yang disatukan dari tarikh pelaksanaan pengambilalihan berkuat kuasa atau sehingga tarikh pelaksanaan pelupusan berkuat kuasa, mengikut kesesuaian.

Aset dan liabiliti subsidiari diukur pada nilai saksama pada tarikh pengambilan dan nilai ini ditunjukkan ke dalam lembaran imbangan yang disatukan. Perbezaan di antara kos pengambilalihan dan nilai saksama bahagian IRDA daripada aset bersih subsidiari yang diambil alih pada tarikh pengambilalihan dimasukkan ke dalam lembaran imbangan yang disatukan sebagai Muhibah ke atas penyatuan dan dicaj kepada penyata pendapatan pada tahun ia diambil alih atau rizab ke atas penyatuan dan tidak disusutnilaikan.

Transaksi di dalam IRDA, baki dan keuntungan belum direalisasi yang terhasil dihapuskan semasa penyatuan. Penyata kewangan disatukan hanya menggambarkan transaksi dengan pihak ketiga sahaja. Kerugian belum direalisasi telah dihapuskan semasa penyatuan melainkan kos tersebut tidak boleh dikutip semula.

Kepentingan pemegang saham minoriti dinyatakan pada nisbah minoriti ke atas nilai saksama aset dan liabiliti yang diiktiraf.

Di mana perlu, pelarasan dibuat ke atas penyata kewangan entiti subsidiari untuk memastikan keseragaman polisi perakaunan dibandingkan dengan Kumpulan.

1 13

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMBUNGAN)

(b) Asas Penyatuan (sambungan)

(ii) Kehilangan Kawalan Apabila kawalan dalam syarikat subsidiari hilang, IRDA tidak mengiktiraf aset-aset dan liabiliti-liabiliti syarikat subsidiari tersebut serta

sebarang kepentingan yang tidak dikawal dan komponen ekuiti lain berkaitan dengan syarikat subsidiari tersebut. Sebarang lebihan atau defisit yang disebabkan oleh kehilangan kawalan diiktiraf dalam penyata kewangan. Jika IRDA mengekalkan sebarang kepentingan di dalam syarikat subsidiari terdahulu, maka kepentingan itu diukur pada nilai saksama pada tarikh kawalan hilang. Seterusnya ia diambil kira sebagai pelaburan ekuiti atau sebagai aset kewangan sedia untuk jualan bergantung kepada tahap pengaruh yang dikekalkan.

(iii) Syarikat Bersekutu Syarikat bersekutu adalah syarikat di mana IRDA mempunyai pengaruh penting tetapi tidak mempunyai kawalan ke atas polisi-polisi

kewangan dan operasi.

Pelaburan dalam syarikat bersekutu dilaporkan dalam penyata kewangan disatukan menggunakan kaedah ekuiti ditolak sebarang kerugian penurunan nilai. Penyata kewangan disatukan termasuk bahagian keuntungan atau kerugian IRDA serta pendapatan komprehensif lain ekuiti syarikat bersekutu IRDA selepas pelarasan, jika ada, bagi menyelaraskan polisi perakaunan tersebut dengan dasar IRDA, dari tarikh pengaruh berkuatkuasa bermula sehingga tarikh pengaruh berkuatkuasa berkenaan tamat.

Apabila bahagian kerugian IRDA melebihi kepentingannya dalam sesebuah ekuiti syarikat bersekutu, jumlah nilai semasa kepentingan itu termasuk sebarang pelaburan jangka panjang dikurangkan kepada sifar dan pengiktirafan kerugian seterusnya dihentikan kecuali dalam keadaan di mana IRDA mempunyai tanggungjawab atau telah membuat pembayaran bagi pihak syarikat bersekutu.

Di mana perlu, pelarasan dibuat ke atas penyata kewangan syarikat bersekutu untuk memastikan keseragaman polisi perakaunan dibandingkan dengan IRDA.

(c) Pengiktirafan Pendapatan

Pemberian Kerajaan Persekutuan Geran mengurus diiktiraf apabila hak untuk menerima bayaran telah diperakui kelulusannya dan akan diperolehi untuk tahun

kewangan tersebut.

(d) Hartanah, Loji dan Peralatan Semua hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos tolak susutnilai terkumpul dan dengan kerugian penurunan jika ada.

Susutnilai Pembelian bagi hartanah, loji dan peralatan yang bernilai RM500 ke bawah akan diambil kira terus ke penyata pendapatan. Kaedah garis lurus

digunakan untuk pelupusan kos hartanah, loji dan peralatan mengikut kadar anggaran guna hayat bagi setiap bahagian hartanah, loji dan peralatan berdasarkan kadar-kadar seperti berikut:

Kenderaan 25% Komputer dan telefon bimbit 33⅓% Perabot, peralatan pejabat dan pengubahsuaian 20%

1 14

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMBUNGAN)

(e) Penghutang-penghutang

Penghutang-penghutang dinyatakan pada kos ditolak peruntukan jangkaan nilai boleh terima. Hutang lapuk dihapus kira apabila telah dikenal pasti. Anggaran dibuat bagi hutang ragu berdasarkan semakan ke atas jumlah tertunggak pada akhir tahun kewangan.

(f) Cukai dan Cukai Tertunda

Cukai pendapatan IRDA adalah hanya kepada pendapatan dividen selaras dengan pengecualian yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan sepertimana yang dinyatakan pada Nota 21 dan diukur menggunakan kadar cukai yang telah termaktub oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tarikh lembaran imbangan.

Tiada cukai tertunda diperuntukkan oleh IRDA selaras dengan pengecualian tersebut.

(g) Pemiutang-pemiutang Lain

Pemiutang-pemiutang lain dinyatakan pada kos di mana ia adalah nilai saksama pertimbangan yang akan dibayar pada masa hadapan bagi barang dan perkhidmatan yang diterima.

(h) Peruntukan Bagi Liabiliti

Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila IRDA mempunyai obligasi semasa akibat daripada peristiwa yang lepas dan berkemungkinan bahawa aliran keluar sumber yang merangkumi faedah ekonomi akan diperlukan untuk menyelesaikan obligasi, dan anggaran munasabah mengenai jumlah boleh dibuat. Peruntukan disemak pada setiap tarikh lembaran imbangan dan diselaraskan untuk menunjukkan anggaran semasa terbaik. Sekiranya kesan daripada nilai wang adalah material, jumlah peruntukan adalah nilai semasa perbelanjaan dijangka untuk diperlukan bagi menyelesaikan obligasi.

(i) Tunai dan Kesetaraan Tunai

Tunai dan kesetaraan tunai termasuk tunai dalam tangan dan pada bank dan simpanan tetap yang mempunyai kecairan yang tinggi dan risiko perubahan dalam nilai yang rendah.

(j) Penurunan Nilai Bawaan Aset

Pada setiap tarikh lembaran imbangan, IRDA menyemak nilai bawaan aset selain daripada inventori bagi menentukan sama ada terdapatnya petunjuk bahawa nilai aset mungkin merosot. Sekiranya wujud petunjuk-petunjuk tersebut, kemerosotan nilai aset akan diukur dengan membandingkan nilai bawaan aset dengan nilai yang boleh diperolehi semula. Nilai boleh diperolehi semula dianggar bagi setiap aset atau jika tidak boleh, bagi unit penghasilan tunai.

Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan di dalam penyata pendapatan dengan serta merta kecuali aset tersebut dinyatakan pada nilai penilaian. Sebarang kerugian rosotnilai dianggap sebagai kurangan penilaian hingga ke tahap lebihan penilaian yang diiktiraf terdahulu bagi aset tersebut.

Peningkatan nilai berikutnya dalam jumlah boleh diperolehi semula aset dianggap sebagai penerbalikan kemerosotan terdahulu dan diiktiraf sehingga tahap nilai simpanan aset akan ditentukan (bersih daripada pelunasan dan susutnilai) sekiranya tidak ada kerugian kemerosotan telah diiktiraf. Penerbalikan diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan dengan serta-merta kecuali aset tersebut dinyatakan pada nilai penilaian. Jika kerugian rosotnilai pada aset tersebut telah diiktiraf sebagai belanja dalam penyata pendapatan sebelum ini, penerbalikan itu diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan sehingga tahap yang diiktiraf sebagai belanja sebelum ini.

1 15

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMBUNGAN)

(k) Kumpulan Wang Mengurus

Kumpulan Wang Mengurus adalah geran yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai keperluan perbelanjaan operasi IRDA sebagai Pihak Berkuasa yang diberi kuasa untuk merancang, mempromosi, memudahcara dan melaksanakan pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia.

(l) Kumpulan Wang Pembangunan Khas

Kumpulan Wang Pembangunan Khas adalah diuruskan bagi pihak dan dibiayai oleh pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) untuk projek-projek pembangunan infrastruktur, dana Kreatif digunakan untuk pelaksanaan pelan pembangunan Modal Insan bagi sektor kreatif di Iskandar Malaysia dan dana NTEP digunakan untuk Program Latihan Modal Insan.

Segala penerimaan dikreditkan dan segala penggunaan didebitkan kepada akaun tersebut. Baki yang belum digunakan pada tarikh lembaran imbangan ditunjukkan sebagai baki kumpulan wang tersebut.

(m) Kumpulan Wang Projek Sosial

Kumpulan Wang Projek Sosial yang diuruskan oleh IRDA adalah dibiayai oleh pihak ketiga dan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu mengikut peruntukan Seksyen 37 Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, 2007.

Segala penerimaan dikreditkan dan segala penggunaan didebitkan kepada akaun tersebut. Baki yang belum digunakan pada tarikh lembaran imbangan ditunjukkan sebagai baki kumpulan wang tersebut.

(n) Kumpulan Dana Mudahcara

Dana Mudahcara adalah diuruskan bagi pihak dan dibiayai oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui TERAJU untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Segala penerimaan dikreditkan dan segala penggunaan didebitkan kepada akaun tersebut. Baki yang belum digunakan pada tarikh lembaran imbangan ditunjukkan sebagai baki kumpulan wang tersebut.

(o) Kumpulan Wang Hab Belia

Kumpulan Wang Hab Belia yang diuruskan oleh IRDA adalah dibiayai oleh kerajaan dan pihak ketiga dan digunakan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan Hab Belia berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan bagi pembangunan masyarakat dan belia yang berdaya tahan pada masa akan datang.

Segala penerimaan dikreditkan dan segala penggunaan didebitkan kepada akaun tersebut. Baki yang belum digunakan pada tarikh lembaran imbangan ditunjukkan sebagai baki kumpulan wang tersebut.

1 16

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMBUNGAN)

(p) Kumpulan Dana Pembangunan Usahawan

Dana Pembangunan Usahawan adalah diuruskan bagi pihak dan dibiayai oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui TERAJU untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera terutamanya syarikat-syarikat kecil Bumiputera di negeri Johor sebagai bantuan untuk meningkatkan perniagaan serta penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Segala penerimaan dikreditkan dan segala penggunaan didebitkan kepada akaun tersebut. Baki yang belum digunakan pada tarikh lembaran imbangan ditunjukkan sebagai baki kumpulan wang tersebut.

(q) Urus Niaga-Urus Niaga Mata Wang Asing

Transaksi yang dijalankan dalam mata wang asing ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran pada tarikh transaksi tersebut.

Aset dan liabiliti dalam mata wang asing pada tarikh lembaran imbangan akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran pada tarikh tersebut. Aset dan liabiliti bukan dalam mata wang asing yang diukur pada nilai saksama akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran pada tarikh nilai sebenar ditentukan. Perbezaan pertukaran mata wang asing yang wujud akan diiktiraf dalam penyata pendapatan.

Kadar pertukaran prinsipal untuk setiap unit mata wang asing pada tarikh lembaran imbangan untuk tujuan penterjemahan adalah seperti berikut:

2016 2015

RM RM

1 Singapore Dollar (SGD) 3.10 3.04

1 Euro (EUR) 4.72 4.69

1 United Kingdom Pound (GBP) 5.51 6.36

1 Japan Yen (JPY) 0.04 0.04

1 Qatar Riyal (QAR) 1.23 1.18

1 United Arab Emirates Dirham (AED) 1.22 1.17

1 United States Dollar (USD) 4.49 4.29

1 Australia Dollar (AUD) 3.24 3.13

100 Indonesian Rupiah (IDR) 0.033 0.031

100 South Korean Won (KRW) 0.3720 0.3651

1 Chinese Yuan Renminbi (CNY) 0.65 0.66

1 Danish Krone (DKK) 0.63 0.63

1 Swedish Krona (SEK) 0.49 0.51

1 Romanian New Lei (RON) 1.04 1.03

1 Hong Kong Dollar (HKD) 0.58 0.55

1 Indian Rupee (INR) 0.066 0.065

1 Russian Ruble (RUB) 0.073 0.059

1 Burmese Kyat (MMK) 0.003 0.003

100 Vietnamese Dong (VND) 0.0197 0.0191

1 Turkish Lira (TRY) 1.27 1.48

1 Kenyan Shilling (KES) 0.04 0.04

1 Thailand Baht (THB) 0.13 0.12

1 17

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMBUNGAN)

(r) Kebajikan Pekerja

Upah, gaji, bonus dan sumbangan jaminan sosial dikenal pasti sebagai perbelanjaan dalam tahun di mana khidmat telah diberikan oleh kakitangan IRDA. Peruntukan yang dijangka untuk pembayaran jangka pendek seperti cuti tahunan berbayar dikenal pasti apabila kakitangan telah memberikan khidmatnya di mana ia akan meningkatkan peluang kakitangan tersebut untuk mendapat ganti rugi. Cuti jangka pendek yang tidak boleh dikumpul seperti cuti sakit dikenal pasti apabila ianya berlaku.

IRDA dikehendaki oleh undang-undang untuk membuat caruman bulanan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“”KWSP””) untuk semua kakitangan yang layak berdasarkan kadar yang telah ditentukan mengikut gaji kakitangan. Caruman majikan kepada KWSP dilaporkan secara berasingan. Caruman kakitangan kepada KWSP termasuk di dalam gaji dan upah.

(s) Penyata Aliran Tunai

IRDA mengamalkan kaedah tidak langsung dalam menyediakan penyata aliran tunai. Setara tunai merupakan pelaburan jangka pendek yang mudah tunai dengan tempoh matang tiga bulan atau kurang dari tarikh pembelian, serta sedia untuk ditukarkan kepada tunai tanpa risiko perubahan nilai yang ketara.

(t) Aset Kewangan

Aset kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kumpulan dan Syarikat menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen.

Pada awal pengiktirafan, aset kewangan adalah diukur pada harga urusniaga, termasuk kos urusniaga untuk aset kewangan tidak diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, melainkan perjanjian membentuk, pada kesan, sebuah urusniaga pembiayaan bagi pihak bertimbal kepada pengaturan.

Selepas pengiktirafan awal, aset kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada tiga kategori: aset kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, aset kewangan merupakan instrumen hutang diukur pada kos dilunaskan, dan aset kewangan merupakan instrumen ekuiti diukur pada kos ditolak rosotnilai.

(i) Aset Kewangan Diukur pada Nilai Saksama Menerusi Keuntungan atau Kerugian

Aset kewangan adalah dikelaskan sebagai nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian apabila aset kewangan adalah dalam skop Seksyen 12 MPERS atau jika aset kewangan diniagakan secara awam atau nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti tanpa kos atau usaha yang tidak wajar.

Perubahan dalam nilai saksama diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.

Jika ukuran pasti bagi nilai saksama tidak lagi boleh didapati untuk instrumen ekuiti yang tidak diniagakan secara awam tetapi diukur pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, nilai saksamanya pada tarikh akhir instrumen yang boleh dinilai dengan pasti dianggap sebagai kos instrumen, dan ia diukur pada amaun kos ini ditolak rosotnilai sehingga ukuran pasti nilai saksama boleh didapati.

1 18

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMBUNGAN)

(t) Aset Kewangan (sambungan)

(ii) Aset Kewangan merupakan Instrumen Hutang Diukur pada Kos Dilunaskan

Selepas pengiktirafan awal, instrumen hutang diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif. Instrumen hutang yang dikelaskan sebagai aset semasa diukur pada amaun tunai yang tidak didiskaunkan atau pertimbangan lain yang dijangka boleh diterima.

Kaedah faedah efektif adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan aset kewangan dan untuk memperuntukan pendapatan faedah ke atas tempoh yang berkaitan. Kadar faedah efektif adalah kadar diskaun anggaran penerimaan tunai masa depan yang tepat menerusi jangka hayat aset kewangan atau, apabila sesuai, tempoh yang lebih singkat, dengan amaun bawaan aset kewangan.

(iii) Aset Kewangan merupakan Instrumen Ekuiti Diukur pada Kos Ditolak Rosotnilai

Instrumen ekuiti yang tidak diniagakan secara awam dan dimana nilai saksama tidak boleh diukur dengan pasti tanpa kos atau usaha yang tidak wajar, dan kontrak yang berhubung kepada instrumen tersebut, jika dilaksanakan, akan menyebabkan penghantaran instrumen tersebut, diukur pada kos ditolak rosotnilai.

(iv) Rosotnilai Aset Kewangan

Pada akhir setiap tempoh pelaporan, Kumpulan dan Syarikat menilai sama ada terdapat sebarang bukti objektif bahawa aset kewangan yang diukur pada kos atau kos dilunaskan, telah dirosotnilai.

Bukti objektif boleh termasuk: - kesukaran kewangan yang ketara oleh penerbit; atau - pelanggaran kontrak; atau - pemberi pinjaman memberikan kepada peminjam sebuah konsesi bahawa pemberi pinjaman tidak akan dipertimbangkan; atau - ia menjadi kemungkinan bahawa peminjam akan bankrap atau penyusunan semula kewangan lain; atau - data yang boleh diperhatikan dapat menunjukkan bahawa terdapat penurunan yang boleh diukur dalam anggaran aliran tunai

masa depan daripada aset kewangan sejak pengiktirafan awal aset.

Bagi kategori tertentu aset kewangan, seperti penghutang dagangan, jika ia ditentukan bahawa tiada bukti objektif rosotnilai wujud bagi aset kewangan dinilai individu, sama ada penting atau tidak, aset termasuk dalam kumpulan yang mempunyai ciri-ciri risiko yang serupa dan dinilai secara kolektif untuk rosotnilai.

Kerugian rosotnilai, berhubung dengan aset kewangan yang diukur pada kos dilunaskan, diukur sebagai perbezaan di antara amaun bawaan aset dan nilai semasa anggaran aliran tunai yang didiskaunkan pada kadar faedah efektif aset asal.

Jika terdapat bukti objektif bahawa kerugian rosotnilai telah dilibatkan ke atas aset kewangan diukur pada kos ditolak rosotnilai, amaun kerugian rosotnilai diukur sebagai perbezaan di antara amaun bawaan aset dan anggaran amaun terbaik yang mana Kumpulan dan Syarikat akan diterima bagi aset jika ia dijual pada tarikh pelaporan.

Amaun bawaan aset kewangan dikurangkan secara langsung, kecuali amaun bawaan penghutang dagangan yang dikurangkan melalui penggunaan akaun elaun. Sebarang kerugian rosotnilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dengan serta-merta. Jika, dalam tempoh kemudiannya, sebarang amaun kerugian rosotnilai menurun, kerugian rosotnilai yang diiktiraf sebelumnya dibalikkan secara langsung, kecuali bagi amaun yang berkaitan dengan penghutang dagangan yang dibalikkan untuk dimasukkan semula amaun yang sebelum ini diperuntukan dalam akaun elaun. Pembalikkan ini diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dengan serta-merta.

1 19

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMBUNGAN)

(t) Aset Kewangan (sambungan)

(v) Penyahiktirafan Aset Kewangan

Aset kewangan dinyahiktiraf apabila hak kontrak untuk aliran tunai daripada aset kewangan tersebut tamat tempoh, atau diselesai, atau Kumpulan dan Syarikat memindahkan risiko dan ganjaran pemilikan aset kewangan yang ketara kepada pihak lain.

Pada penyahiktirafan aset kewangan secara keseluruhannya, perbezaan di antara amaun bawaan dan jumlah pertimbangan diterima dan sebarang keuntungan atau kerugian kumulatif adalah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh pemindahan.

(u) Liabiliti dan Ekuiti

(i) Pengkelasan Liabiliti dan Ekuiti

Liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti adalah dikelaskan selaras dengan ciri-ciri dalam pengaturan kontrak, bukan sekadar bentuk undang-undang, dan selaras dengan definisi liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti.

(ii) Instrumen Ekuiti

Saham biasa dikelaskan sebagai ekuiti.

Instrumen ekuiti adalah sebarang kontrak yang berbukti baki kepentingan dalam aset Syarikat selepas ditolak semua liabilitinya. Instrumen ekuiti diterbitkan oleh Syarikat, selain daripada yang dikeluarkan sebagai sebahagian daripada penggabungan perniagaan adalah diukur pada nilai saksama tunai atau sumber lain diterima, selepas ditolak kos urusniaga. Sekiranya bayaran ditunda dan nilai masa wang adalah ketara, pengukuran awal hendaklah berdasarkan pada asas nilai semasa.

Syarikat mengambilkira kos urusniaga bagi ekuiti sebagai penolakan daripada ekuiti. Cukai pendapatan berkaitan dengan kos urusniaga adalah diambilkira selaras dengan Seksyen 29 MPERS.

Pengagihan kepada pemilik ditolak daripada ekuiti. Cukai pendapatan yang berkaitan adalah diambilkira selaras dengan Seksyen 29 MPERS.

(iii) Liabiliti Kewangan

Liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kumpulan dan Syarikat menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen.

Pada awal pengiktirafan, liabiliti kewangan adalah diukur pada harga urusniaga, termasuk kos urusniaga untuk liabiliti kewangan tidak diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, melainkan perjanjian membentuk, pada kesan, sebuah urusniaga pembiayaan bagi Syarikat kepada pengaturan.

Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada tiga kategori: liabiliti kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, liabiliti kewangan diukur pada kos dilunaskan, atau komitmen pinjaman diukur pada kos ditolak rosotnilai.

120

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMBUNGAN)

(u) Liabiliti dan Ekuiti (sambungan)

(iv) Liabiliti Diukur pada Nilai Saksama menerusi Keuntungan atau Kerugian

Liabiliti kewangan adalah dikelaskan sebagai nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian apabila liabiliti kewangan adalah dalam skop Seksyen 12 MPERS atau jika liabiliti kewangan diniagakan secara awam atau nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti tanpa kos atau usaha yang tidak wajar.

Jika ukuran yang pasti bagi nilai saksama tidak lagi boleh didapati untuk instrumen ekuiti yang tidak diniagakan secara awam tetapi diukur pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, nilai saksamanya pada tarikh akhir instrumen yang boleh dinilai dengan pasti dianggap sebagai kos instrumen, dan ia diukur pada amaun kos ini ditolak rosotnilai sehingga ukuran pasti bagi nilai saksama boleh didapati.

(v) Liabiliti Kewangan Diukur pada Kos Dilunaskan

Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan selain daripada liabiliti kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan dan kerugian adalah diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif. Keuntungan atau kerugian diiktiraf pada keuntungan atau kerugian apabila liabiliti kewangan dinyahiktiraf atau dirosotnilai.

Kaedah faedah efektif adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan liabiliti kewangan dan untuk memperuntukan perbelanjaan faedah ke atas tempoh yang berkaitan. Kadar faedah efektif adalah kadar diskaun anggaran pembayaran tunai masa depan yang tepat menerusi jangka hayat liabiliti kewangan atau, apabila sesuai, tempoh yang lebih singkat, dengan amaun bawaan liabiliti kewangan.

(vi) Komitmen Pinjaman Diukur pada Kos Ditolak Rosotnilai

Komitmen untuk menerima pinjaman yang memenuhi syarat-syarat Seksyen 11 MPERS diukur pada kos ditolak rosotnilai.

(vii) Penyahiktirafan Liabiliti Kewangan

Liabiliti kewangan dinyahiktiraf apabila obligasi yang dinyatakan dalam kontrak dilepaskan, dibatalkan atau tamat hayat.

Sebarang perbezaan di antara amaun bawaan liabiliti kewangan dinyahiktiraf dan pertimbangan dibayar diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.

121

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

3. PERALIHAN KEPADA MPERS

(a) Asas Peralihan kepada MPERS

Penyata Kewangan IRDA bagi tahun kewangan dari 1 Januari 2015 ke 31 Disember 2015 adalah penyata kewangan pertama yang disediakan selaras dengan MPERS, yang merupakan permulaan tempoh yang paling awal dibentangkan.

Tarikh peralihan IRDA adalah 1 Januari 2015. IRDA menyediakan pembukaan penyata kedudukan kewangan MPERS pada tarikh tersebut.

IRDA telah menggunakan semua pengecualian mandatori dan pengecualian pilihan tertentu daripada aplikasi retrospektif penuh MPERS. Sebelum ini, IRDA membentangkan penyata kewangan terkini menggunakan Piawaian Laporan Entiti Persendirian (“PERS”).

(b) Pengecualian daripada Aplikasi Retrospektif Penuh

IRDA telah memilih untuk menggunakan pengecualian berikut dalam penyediaan penyata kewangan:

(i) Penilaian Semula sebagai Kos Anggapan

IRDA telah memilih untuk menggunakan penilaian semula PERS sebelumnya bagi hartanah, loji dan peralatan dan aset tak ketara pada 1 Januari 2016 sebagai kos anggapan pada tarikh peralihan.

(ii) Penyesuaian

Peralihan kepada MPERS tidak mempunyai implikasi kewangan kepada penyata kewangan IRDA.

122

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

4. HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

Kenderaan Komputer

Perabot, Peralatan Pejabat dan

Pengubahsuaian Jumlah

RM RM RM RM

Kumpulan

Kos

Pada 1 Januari 2016 1,037,657 3,499,930 4,989,920 9,527,507

Tambahan - 37,094 289,069 326,163

Hapus kira - - - -

Pada 31 Disember 2016 1,037,657 3,537,024 5,278,989 9,853,670

Susutnilai Terkumpul

Pada 1 Januari 2016 842,480 3,288,561 4,209,575 8,340,616

Susutnilai semasa 132,253 160,944 310,304 603,501

Hapus kira - - - -

Pada 31 Disember 2016 974,733 3,449,505 4,519,879 8,944,117

Nilai Buku Bersih

Pada 31 Disember 2016 62,924 87,519 759,110 909,553

Pada 31 Disember 2015 195,177 211,369 780,345 1,186,891

Susutnilai untuk tahun 2015 213,675 167,167 328,168 709,010

123

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

4. HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN (SAMBUNGAN)

Kenderaan Komputer

Perabot, Peralatan Pejabat dan

Pengubahsuaian Jumlah

RM RM RM RM

IRDA

Kos

Pada 1 Januari 2016 1,032,785 3,364,747 4,642,281 9,039,813

Tambahan - - 45,637 45,637

Hapus kira - - - -

Pada 31 Disember 2016 1,032,785 3,364,747 4,687,918 9,085,450

Susutnilai Terkumpul

Pada 1 Januari 2016 822,463 3,187,550 4,144,317 8,154,330

Susutnilai semasa 117,133 126,718 216,224 460,075

Hapus kira - - - -

Pada 31 Disember 2016 939,596 3,314,268 4,360,541 8,614,405

Nilai Buku Bersih

Pada 31 Disember 2016 93,189 50,479 327,377 471,045

Pada 31 Disember 2015 210,322 177,197 497,964 885,483

Susutnilai untuk tahun 2015 198,555 121,868 285,536 605,959

124

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

5. PELABURAN DALAM SYARIKAT SUBSIDIARI

IRDA

2016 2015

RM RM

Saham pada harga nominal

- Prisma Harta Sdn Bhd 1,000,000 1,000,000

- Film Johor Sdn Bhd 1 1

- My Iskandar Sdn Bhd 1,500,000 2

2,500,001 1,000,003

Butiran syarikat subsidiari yang ditubuhkan di Malaysia adalah seperti berikut:

Pegangan kepentingan ekuiti

2016 2015

Nama syarikat Aktiviti Utama % %

Prisma Harta Sdn. Bhd. Pengurusan operasi dan penyenggaraan Perumahan Awam Iskandar Malaysia

100 100

Film Johor Sdn. Bhd. (*) Menarik produksi filem tempatan dan antarabangsa ke Johor dan mempromosikan Johor sebagai salah satu lokasi utama penggambaran filem antarabangsa di Malaysia

50 50

My Iskandar Sdn. Bhd. Mengurus dan memantau operasi anak-anak syarikat kendaliannya dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan dan kemampanan IRDA dan Iskandar Malaysia

100 100

(*) Syarikat masih belum memulakan operasi dan kekal tidak aktif sejak tarikh penubuhan.

Penyata kewangan bagi syarikat subsidiari ini tidak diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

125

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

6. PELABURAN DALAM SYARIKAT BERSEKUTU

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Baki pada 1 Januari - - 160,603 160,603

Saham pada harga nominal 45,000 - - -

Baki pada 31 Disember 45,000 - 160,603 160,603

Bahagian IRDA bagi hasil, untung, aset-aset dan liabiliti-liabiliti dalam syarikat bersekutu adalah seperti berikut:

IRDA

2016 2015

RM RM

Hasil 1,1 16,330 1,386,886

(Rugi)/Untung bersih bagi tahun kewangan semasa (132,688) (118,141)

Aset tetap 28,986 29,766

Aset semasa 349,176 878,659

Liabiliti semasa (378,162) (908,425)

- -

Butiran syarikat bersekutu yang ditubuhkan di Malaysia adalah seperti berikut:

Pegangan kepentingan ekuiti

2016 2015

Nama syarikat Aktiviti Utama % %

IMSEC Sdn. Bhd. Perkhidmatan keselamatan dan perlindungan di wilayah Iskandar Malaysia

40 40

Penyata kewangan bagi syarikat bersekutu ini tidak diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

126

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

7. PENERIMAAN, DEPOSIT DAN PRABAYAR

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Penghutang dagangan 2,042,937 1,189,208 1,031,797 465,450

Tolak: Peruntukan Hutang Ragu (545,646) (240,168) (518,400) -

1,497,291 949,040 513,397 465,450

Pelbagai penghutang 473,312 633,826 259,785 117,897

Deposit 619,701 598,626 590,643 590,343

Belanja prabayar dan pendahuluan 1,177,015 745,651 1,156,706 726,617

3,767,319 2,927,143 2,520,531 1,900,307

Kumpulan Wang Pembangunan Khas:

Deposit 1,289,754 1,094,126 1,289,754 1,094,126

1,289,754 1,094,126 1,289,754 1,094,126

Kumpulan Wang Projek Sosial:

Pendapatan faedah terakru 167,303 57,114 167,303 57,114

167,303 57,114 167,303 57,114

Kumpulan Dana Mudahcara:

Pelbagai penghutang 250 - 250 -

250 - 250 -

Kumpulan Wang Hab Belia:

Pendapatan faedah terakru 13,162 13,126 13,162 13,126

Pelbagai penghutang 1,200 3,136 1,200 3,136

14,362 16,262 14,362 16,262

Kumpulan Dana Pembangunan Usahawan

Pelbagai penghutang 14,000,908 14,000,908

14,000,908 - 14,000,908 -

Jumlah 19,239,896 4,094,645 17,993,108 3,067,809

127

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

8. TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Tunai dalam tangan 9,992 10,175 9,991 10,000

Tunai di bank 6,924,311 20,736,190 369,136 18,390,810

Deposit di bank berlesen 22,743,596 8,387,195 5,160,700 3,138,841

29,677,899 29,133,560 5,539,827 21,539,651

Kumpulan Wang Pembangunan Khas:

Tunai di bank 39,744,433 1,301,812 39,744,433 1,301,812

Deposit di bank berlesen 133,631,457 291,076,214 133,631,457 291,076,214

173,375,890 292,378,026 173,375,890 292,378,026

Kumpulan Wang Projek Sosial:

Tunai di bank (311,016) (434,455) (311,016) (434,455)

Deposit di bank berlesen 42,107,850 43,029,635 42,107,850 43,029,635

41,796,834 42,595,180 41,796,834 42,595,180

Kumpulan Dana Mudahcara:

Tunai di bank (10,583) 30,558,848 (10,583) 30,558,848

Deposit di bank berlesen 28,146,475 5,473,543 28,146,475 5,473,543

28,135,892 36,032,391 28,135,892 36,032,391

Kumpulan Wang Hab Belia:

Tunai di bank 247,384 300,040 247,384 300,040

Deposit di bank berlesen 4,792,803 4,629,408 4,792,803 4,629,408

5,040,187 4,929,448 5,040,187 4,929,448

Kumpulan Dana Pembangunan Usahawan:

Tunai di bank 974,485 14,999,985 974,485 14,999,985

974,485 14,999,985 974,485 14,999,985

Jumlah 279,001,187 420,068,590 254,863,115 412,474,681

9. AMAUN TERHUTANG DARIPADA/(KEPADA) SYARIKAT SUBSIDIARI DAN SYARIKAT BERSEKUTU

Ini merupakan pendahuluan tanpa faedah, tidak bercagar dan tidak mempunyai tempoh pembayaran yang tetap.

128

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

10. KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN KHAS

Kumpulan dan IRDA

2016 2015

RM RM

Baki pada 1 Januari 210,637,128 223,324,532

Geran Pembangunan diterima dari Kerajaan 138,352,000 112,600,000

348,989,128 335,924,532

Pendapatan faedah 6,188,457 12,633,091

355,177,585 348,557,623

Tolak: Penggunaan geran pembangunan (205,839,880) (116,960,412)

Tolak: Penggunaan geran NTEP (390,133) (564,292)

Tolak: Penggunaan geran Kreatif (189,354) (1,295,791)

Tolak: Geran pembangunan dipindahkan ke Kumpulan Wang Mengurus - (19,100,000)

Baki pada 31 Disember 148,758,218 210,637,128

11. KUMPULAN WANG PROJEK SOSIAL

Kumpulan dan IRDA

2016 2015

RM RM

Baki pada 1 Januari 42,534,041 50,406,896

Pendapatan faedah 4,799,030 1,583,266

47,333,071 51,990,162

Tolak: Penggunaan dana Kumpulan Projek Sosial (5,570,128) (9,456,121)

Baki pada 31 Disember 41,762,943 42,534,041

Dana Projek Sosial (“SPF”) ditubuhkan mengikut peruntukan Seksyen 37 Akta IRDA 664 (Akta 664) bertujuan untuk digunakan bagi membiayai pelbagai projek dan skim sosial yang selaras dengan strategi dan inisiatif seperti yang dinyatakan di dalam Plan Pembangunan Komprehensif (“CDP”). Dana ini diuruskan oleh Jawatankuasa Dana Projek Sosial yang terdiri daripada ahli-ahli bebas mengikut garis panduan, polisi dan keputusan yang diluluskan oleh IRDA, selagi ianya tidak bercanggah dengan Akta dan CDP.

129

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

12. KUMPULAN DANA MUDAHCARA

Kumpulan dan IRDA

2016 2015

RM RM

Baki pada 1 Januari 36,031,891 11,544,476

Dana Mudahcara diterima dari Kerajaan - 32,000,000

36,031,891 43,544,476

Pendapatan faedah 1,018,457 557,836

37,050,348 44,102,312

Tolak: Penggunaan dana Mudahcara (8,914,706) (8,070,420)

Baki pada 31 Disember 28,135,642 36,031,891

Pengwujudan Dana Mudahcara adalah untuk kegunaan pelaksanaan projek sektor swasta melalui TERAJU oleh syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan terutamanya dalam sektor-sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berimpak tinggi. Dana ini diuruskan oleh Jawatankuasa Dana Mudahcara yang terdiri daripada ahli-ahli bebas dan dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif IRDA. Fungsi utama Jawatankuasa Mudahcara ini adalah untuk membuat penilaian awal ke atas semua permohonan yang diterima dan seterusnya mengesyorkan syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk pertimbangan serta kelulusan di peringkat Jawatankuasa Dana Mudahcara Teraju.

13. KUMPULAN WANG HAB BELIA

Kumpulan dan IRDA

2016 2015

RM RM

Baki pada 1 Januari 4,951,564 5,005,242

Pendapatan faedah dan lain-lain 170,821 154,727

5,122,385 5,159,969

Tolak: Penggunaan dana Kumpulan wang Hab Belia (97,367) (208,405)

Baki pada 31 Disember 5,025,018 4,951,564

Pengwujudan Dana Hab Belia adalah untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan pelaksanaan projek Hab Belia. Projek ini merupakan salah satu pelan di bawah program pembangunan belia sosial dan akan menjadi platform bagi golongan belia berkumpul, bertukar pendapat serta menganjurkan aktiviti-aktiviti rekreasi di kalangan mereka. Hab ini akan diuruskan oleh golongan belia sendiri. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal, IRDA sebagai agensi kerajaan akan memberikan sokongan ke atas inisiatif ini melalui penyertaan daripada sektor awam, swasta dan komuniti yang terlibat. Hab ini juga dijangka dapat mewujudkan peluang keusahawanan terutamanya dalam sektor kreatif dan teknologi disamping menggalakkan perusahaan yang berasaskan sosial.

Sumber Dana Hab Belia adalah daripada sumbangan pelabur-pelabur strategik (e.g. Khazanah Nasional Berhad dan pemilik tanah), sumber-sumber lain seperti penajaan, derma, aktiviti pengumpulan dana dan pemberian geran daripada kerajaan. Dana ini diuruskan oleh Majlis Penasihat Belia Iskandar Malaysia yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan diketuai oleh IRDA. Fungsi utama Majlis Penasihat ini adalah untuk memberikan nasihat, menentukan hala tuju dan meluluskan sebarang aktiviti yang dicadangkan agar selari dengan pembangunan projek Hab Belia tersebut. Apabila projek ini siap, satu syarikat dengan model perniagaan yang mampan akan ditubuhkan iaitu “Hab Corporation” untuk menguruskan dan mengendalikan operasi Hab Belia berkenaan.

130

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

14. KUMPULAN DANA PEMBANGUNAN USAHAWAN

Kumpulan dan IRDA

2016 2015

RM RM

Baki pada 1 Januari 14,999,985 -

Dana Pembangunan Usahawan diterima dari Kerajaan - 15,000,000

14,999,985 15,000,000

Pendapatan faedah 157,097 -

15,157,082 15,000,000

Tolak: Penggunaan dana Pembangunan Usahawan (181,689) (15)

Baki pada 31 Disember 14,975,393 14,999,985

Pengwujudan Dana Pembangunan Usahawan adalah untuk kegunaan pelaksanaan program pembangunan usahawan Bumiputera khususnya di negeri Johor bertujuan untuk meningkatkan kapasiti, kemahiran dan keupayaan dari segi dana serta infrastruktur supaya perniagaan mereka dapat berkembang. Dana ini diuruskan oleh Jawatankuasa Dana Pembangunan Usahawan yang terdiri daripada ahli-ahli bebas dan dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif IRDA. Fungsi utama Jawatankuasa Dana Pembangunan Usahawan ini adalah untuk membuat dasar dan sebagai penasihat dalam pelaksanaan program serta pengurusan dana.

15. PELBAGAI PEMIUTANG

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Pemiutang dagangan 474,428 745,557 1,629,437 740,563

Pemiutang lain 17,420,063 1,336,686 1,984,488 473,166

Perbelanjaan akruan 681,035 473,409 676,750 370,263

Deposit dan prabayar 1,671,900 1,621,243 - -

20,247,426 4,176,895 4,290,675 1,583,992

Kumpulan Wang Pembangunan Khas:

Pemiutang lain 26,150,126 82,995,625 26,150,126 82,995,625

26,150,126 82,995,625 26,150,126 82,995,625

Kumpulan Wang Projek Sosial:

Pemiutang lain 189,628 110,254 189,628 110,254

189,628 110,254 189,628 110,254

Kumpulan Dana Mudahcara:

Pemiutang lain 500 500 500 500

500 500 500 500

Jumlah 46,587,680 87,283,274 30,630,929 84,690,371

Pelbagai pemiutang merangkumi amaun tertunggak bagi perbelanjaan semasa. Amaun tertunggak tersebut adalah tanpa faedah serta mempunyai tempoh bayaran balik mudah-ubah.

131

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

16. PEMBERIAN KERAJAAN

Kumpulan dan IRDA

2016 2015

RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Pemberian Kerajaan 32,804,940 44,935,500

32,804,940 44,935,500

Termasuk di dalam pemberian kerajaan untuk Kumpulan Wang Mengurus bagi tahun 2016 adalah RM500 ribu yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Johor.

17. PENDAPATAN HASIL

Kumpulan

2016 2015

RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Pendapatan Sewa 6,255,113 6,227,423

Pendapatan Operasi 4,200 -

6,259,313 6,227,423

18. PENDAPATAN LAIN

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Yuran tender 4,481 93,049 4,481 93,049

Pendapatan faedah 1,049,329 847,189 528,664 624,070

Pendapatan lain-lain 1,837,839 1,966,774 1,834,418 1,962,988

Yuran pengurusan 165,000 337,500 365,000 577,500

Penyewaan kemudahan 2,756 8,196 - -

Yuran pentadbiran 19,390 23,409 - -

Yuran pelekat kenderaan 53,361 44,018 - -

Tarif galakan tenaga solar TNB 203,984 322,569 - -

(Kerugian)/Keuntungan dari pelupusan aset tetap - (15,048) - (15,048)

3,336,140 3,627,656 2,732,563 3,242,559

132

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

19. PERBELANJAAN OPERASI

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Perincian perbelanjaan operasi adalah seperti berikut:

Yuran profesional 923,132 803,010 900,594 776,377

Fi juruaudit 37,066 31,698 21,266 21,266

Ganjaran Ahli Lembaga 580,838 370,500 369,500 336,000

Ganjaran Ahli Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksana & Majlis Penasihat 318,967 318,000 318,967 318,000

Ganjaran Ahli Jawatankuasa EXCO 6,500 5,000 6,500 5,000

Ganjaran Ahli Jawatankuasa Tender A & B 4,200 8,750 4,200 8,750

Ganjaran Ahli Jawatankuasa Insentif 21,900 20,300 21,900 20,300

Ganjaran Ahli Jawatankuasa Pemilihan & Pelulus - 3,600 - -

Ganjaran Ahli Jawatankuasa Perancangan dan Kajian Rekabentuk 7,650 20,050 7,650 20,050

Ganjaran Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sosial - 4,100 - 4,100

Ganjaran Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang Projek Sosial 1,700 900 1,700 900

Penilaian 154,949 89,055 - -

Sewa pejabat 3,140,038 3,732,210 3,118,118 3,728,677

Susutnilai 603,501 709,010 460,075 605,959

Yuran setiausaha syarikat 14,268 9,414 - -

Kos Kakitangan

- Gaji dan elaun 28,649,586 28,123,926 27,373,344 27,237,186

- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 5,059,710 5,450,802 4,875,830 5,317,224

- Kumpulan Wang Keselamatan Sosial 140,176 250,077 130,100 243,081

- Kerja lebih masa 212,601 240,080 212,601 201,024

- Bonus 3,398,640 5,070,357 3,398,640 4,983,572

- Kebajikan pekerja 108,953 60,051 80,379 60,051

- Kos pengambilan pekerja 26,475 23,229 26,475 23,229

Promosi dan pemasaran 3,326,467 3,105,888 3,104,894 2,895,248

Keraian 171,132 177,443 167,542 177,443

Kursus dan seminar 93,026 273,502 89,113 243,103

Utiliti 1,392,784 1,857,057 937,151 1,395,301

Perbelanjaan laman web 134,888 17,442 134,760 17,250

Penyelenggaraan peralatan pejabat, bangunan dan kenderaan 2,221,721 2,415,688 592,924 846,273

Kos percetakan dan alat tulis 232,385 243,631 223,520 177,910

133

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

L APORAN TAHUNAN 2016

19. PERBELANJAAN OPERASI (SAMBUNGAN)

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus (sambungan):

Belanja mesyuarat 188,525 345,860 188,525 345,860

Kos perubatan 135,450 141,878 132,964 140,553

Insuran premium 1,379,974 1,149,867 1,294,585 1,029,424

Caj bank 6,606 2,561 3,336 692

Pengiklanan 80,071 297,481 80,071 297,481

Belanja am 83,090 99,979 72,250 85,666

Belanja keselamatan 1,008,209 1,002,280 320,633 306,130

Yuran cukai 9,200 5,250 7,400 4,100

Yuran lesen 446,365 250,892 434,902 244,279

Yuran profesional dan keahlian 43,758 13,873 43,758 13,873

Pos dan penghantaran 14,412 16,342 14,290 16,143

Penginapan dan perjalanan 1,565,898 1,769,302 1,515,587 1,711,712

Cukai barangan dan perkhidmatan 736,509 411,324 593,216 327,664

Penalti (50) 100 - -

Peruntukan hutang ragu 545,646 240,168 518,400 -

Hutang lapuk dihapus kira 238,052 35,332 - -

Peruntukan hutang ragu dimasukkan semula (238,052) (288,772) - -

57,226,915 58,928,487 51,797,660 54,186,851

20. MAKLUMAT PEKERJA

Kumpulan IRDA

2016 2015 2016 2015

RM RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Kos Kakitangan 37,596,141 39,218,522 36,097,369 38,065,367

Termasuk dalam kos kakitangan adalah sumbangan daripada Kumpulan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM5,059,710 (2015: RM5,450,802).

21. PERBELANJAAN CUKAI PENDAPATAN

IRDA dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan surat pengecualian cukai yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan di bawah subseksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. Semua pendapatan kecuali dividen IRDA dikecualikan daripada cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun mulai tahun taksiran 2007 hingga tahun taksiran 2016.

134

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2016

PIHAK BERKUASA WIL AYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

22. KOMITMEN OPERASI

Kumpulan dan IRDA

2016 2015

RM RM

Diluluskan dan dikontrakkan:

Promosi dan pemasaran 1,490,583 140,387

Perundingan dan kajian-kajian 22,000 238,699

Belanja am 645,888 4,679,855

Pendahuluan pemegang saham 3,500,000 3,500,000

5,658,471 8,558,941

23. LIABILITI LUAR JANGKA

(a) IRDA telah menerima Notis Timbang Tara daripada SJIC Bina Sdn Bhd, kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan reka bentuk dan membina projek-projek berikut:-

i) Projek Lebuhraya Pesisir Pantai dari Johor Bahru ke Nusajaya (Pakej 1); dan

ii) Projek Menaiktaraf Jalan Skudai dan Abu Bakar (Pakej 2). Pihak kontraktor telah mendakwa bahawa semasa pelaksanaan projek terdapat beberapa Pelarasan Harga Kontrak yang telah dibuat dan

mengakibatkan kerugian sebanyak RM130,529,610.45 kepada harga kontrak asal. Keputusan penghakiman masih belum dapat ditentukan kerana proses timbang tara masih sedang berjalan.

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong.

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong.

www.iskandarmalaysia.com.my

Ibu PejabatPihak Berkuasa Wilayah Pembanguan Iskandar

#G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Malaysia

Tel : +607 233 3000Faks : +607 233 3001

Pejabat SatelitLevel 12-1, Mercu UEM, Jalan Stesen Sentral 5,

Kuala Lumpur Sentral,50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : +603 2260 6777Faks : +603 2260 7999

[email protected]

iskandarmalaysiaofficial

iskandarmalaysia

iskandarmsia