embangunan taman dasar laut sultan iskandar

16
KANDUNGAN “Politeknik Mentransformasi Kehidupan” INISIATIF POLITEKNIK DALAM PEMELIHARAAN EKOSISTEM AKUA MARIN PERAIRAN LAUT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM Disediakan oleh: Hamzah bin Zakaria EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR P EDISI 2 / 2015 ISSN 2232-0008 dea merealisasikan kewujudan satu taman dasar laut bagi memelihara ekosistem akua marin terutamanya terumbu karang yang semakin pupus telah dipersembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 27 Oktober 2014 dan mendapat perkenan Tuanku Sultan bagi perlaksanaannya. Baginda turut berkenan merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar sempena Kembara Mahkota Johor Jelajah Pulau pada 28 April 2015 di Pulau Mensirip, Mersing, Johor. Jalinan kerjasama di antara Politeknik Ibrahim Sultan dan rakan strategik industri, SIRIM Berhad telah menghasilkan Aritifial Coral Reef atau tukun tiruan. Rekabentuk Artificial Coral Reef Jata Kerajaan Negeri Johor ini adalah hasil ciptaan pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan. Ini amat bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) (PPPM (PT)) yang mempunyai 10 lonjakan. Usaha PIS ini dapat dilihat sebagai memenuhi lonjakan kedua dan ketujuh iaitu “Kecemerlangan Bakat” dan “Ekosistem Inovasi”. Gabungan dua teknologi SIRIM Berhad digunakan untuk menghasilkan tukun tiruan ini iaitu teknologi rekabentuk dan teknik fabrikasi. Teknologi yang menggunakan kaedah Computer Aided Design (CAD) serta teknik fabrikasi multicomponent adalah teknologi bahan termaju campuran seramik-konkrit, digunakan bagi merangsang pertumbuhan alga dan menggalakkan pertumbuhan batu karang malah bersifat mesra alam. I MAJLIS MENANDATANGANI NOU & PENYERAHAN WATIKAH PENASIHAT INDUSTRI 2 NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2015 3 AKTIVITI DAN PERTANDINGAN INOVASI 1 ST YOUTH FIESTA 2015 8 INTERNATIONAL INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION (ITEX) 2015 DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC) 9 KEMPEN KESEDARAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 11 PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PELAJAR KE BEIJING CHINA, DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 16

Upload: others

Post on 27-May-2022

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

KANDUNGAN

“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”

INISIATIF POLITEKNIK DALAM PEMELIHARAAN EKOSISTEM AKUA MARIN PERAIRAN LAUT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Disediakan oleh: Hamzah bin Zakaria

EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR P EDISI 2 / 2015 ISSN 2232-0008

dea merealisasikan kewujudan satu taman dasar laut bagi memelihara ekosistem akua marin terutamanya terumbu karang yang semakin pupus

telah dipersembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 27 Oktober 2014 dan mendapat perkenan Tuanku Sultan bagi perlaksanaannya. Baginda turut berkenan merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar sempena Kembara Mahkota Johor Jelajah Pulau pada 28 April 2015 di Pulau Mensirip, Mersing, Johor. Jalinan kerjasama di antara Politeknik Ibrahim Sultan dan rakan strategik industri, SIRIM Berhad telah menghasilkan Aritifial Coral Reef atau tukun tiruan. Rekabentuk Artificial Coral Reef Jata Kerajaan Negeri Johor ini adalah hasil ciptaan pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan. Ini amat bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) (PPPM (PT)) yang mempunyai 10 lonjakan. Usaha PIS ini dapat dilihat sebagai memenuhi lonjakan kedua dan ketujuh iaitu “Kecemerlangan Bakat” dan “Ekosistem Inovasi”. Gabungan dua teknologi SIRIM Berhad digunakan untuk menghasilkan tukun tiruan ini iaitu teknologi rekabentuk dan teknik fabrikasi. Teknologi yang menggunakan kaedah Computer Aided Design (CAD) serta teknik fabrikasi multicomponent adalah teknologi bahan termaju campuran seramik-konkrit, digunakan bagi merangsang pertumbuhan alga dan menggalakkan pertumbuhan batu karang malah bersifat mesra alam.

I

MAJLIS MENANDATANGANI NOU & PENYERAHAN WATIKAH PENASIHAT INDUSTRI 2

NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2015 3

AKTIVITI DAN PERTANDINGAN INOVASI 1 ST YOUTH FIESTA 2015 8

INTERNATIONAL INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION (ITEX) 2015 DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)

9

KEMPEN KESEDARAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 11

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PELAJAR KE BEIJING CHINA, DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

16

Page 2: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 2

MAJLIS MENANDATANGANI NOU & PENYERAHAN WATIKAH PENASIHAT INDUSTRI Disediakan oleh: Siti Faezah bt Ahmad Sazali dan Suraya Hani bt Kamarolzaman

ada hari Selasa bersamaan dengan 28 Julai 2015, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan Majlis

Menandatangani Nou & Penyerahan Watikah Penasihat Industri yang bertempat di Creative Design Centre (CDeC), PIS. Majlis yang julung kalinya diadakan di PIS ini dirasmikan oleh ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hjh Normala bt Abdul Samad. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan, Tn. Hj. Azizi bin Lin serta Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, En. Mohd Hatta Bin Zainal. Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, staf-staf serta pelajar PIS. Objektif penganjuran majlis ini adalah sebagai jalinan kolaborasi serta peluang kerjasama dua hala dalam bidang yang berkaitan yang boleh diterokai dan dimanfaatkan bersama. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar PIS untuk menjalani latihan industri serta peluang program sangkutan tenaga pengajar dan juga

Engineering (MMHE), MIDA, IRDA dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor telah menerima watikah penasihat industri PIS yang telah disampaikan oleh YB Pn. Normala. Tn. Hj Azizi Lin memberitahu bahawa melalui kerjasama ini, pelbagai objektif dan implikasi yang diperoleh iaitu memperkenalkan serta memperkasakan penjenamaan semula PIS selain mengukuhkan jaringan global pengajian

tinggi (Politeknik) dengan industri. Beliau juga dilihat bersama-sama YB Pn. Normala serta beberapa tetamu yang lain meluangkan masa melihat pameran hasil kerja tangan pelajar-pelajar PIS di ruang pameran CDeC. Ujarnya lagi ketika ditemui, “kerjasama dua hala ini turut dilihat sebagai merintis usaha perkongsian dalam aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan serta sumbangan bidang kepakaran.”

perkongsian pintar teknologi dan kepakaran dalam bidang berkaitan. Majlis yang berlangsung pada pukul 9 pagi ini menyaksikan sebanyak 14 agensi, antaranya Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Centre for Composites (CfC) UTM menandatangani nota persefahaman (NoU) bersama PIS. Manakala, 9 industri termasuklah Malaysia Marine & Heavy

i BULETIN

PREM ER

P

Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hjh Normala bt Abdul Samad bergambar bersama dengan wakil-wakil syarikat dan jabatan yang

menandatangani nota persefahaman (NoU) bersama PIS

Page 3: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 3

ISU 2/ 2015

Prepared by : Yeow Chee Kheong

n 2 March 2015, The Language Unit of General Studies Department organized a programme called Chain Reaction Competition. The programme, aimed to allow

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) students to express their thoughts in English and nurture their creativity, was participated by the third semester students of the institution. In the programme, the students were required to execute their chain reaction plans. Besides, the students also needed to explain about how their chain reaction activities were carried out. There were seventeen entries altogether. Throughout the course of the event, a number of spectacular moments were captured. The winning entry from DKM 3A produced a series of chain effects that freed two birds from their cage. The second prize winners from DRG 3A on the other hand managed to create a series of effects that caused the name of their class to surface on a board. Meanwhile, DHK 3B students created third prize winning chain reaction effects that enable a

CHAIN REACTION COMPETITION 2015

person to tuck in Malaysian delicacy, nasi lemak easily. Towards the end of the programme, programme manager, Mr. Yeow Chee Kheong delivered his speech in front of almost 200 members of audience. In his speech, Mr. Yeow addressed the importance of taking part in any programme organized by the polytechnic. According to him, students would be gaining valuable experience that would be useful in their lives. It is hoped that such a programme will be carried out more often in the future. This is to ensure that PIS students are equipped with relevant knowledge and educational exposure before they have they become part of the workforce in the country.

O

Disediakan oleh: Mazura binti Mahat

NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2015

Peserta terdiri daripada staf Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan iaitu: 1.) NOR HAIRUL BIN PALAL 2.) MAZURA BINTI MAHAT 3.) RAHIMAWATI BINTI ABDUL RAHIM 4.) ZUHAILA BINTI YUSOF 5.) NOR MARLINA BINTI OTHMAN 6.) NURANIDA BINTI A. RAHMAN 7.) RUHAIZAH BINTI DUKI

ada 24-26 Mac 2015, produk Lighting Caller yang dihantar untuk menyertai pertandingan Inovasi Produk di National Innovation And

Invention Competition Through Exhibition 2015 (iCompEx’15),Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Jitra, Kedah telah memenangi pingat emas dalam kategori elektrik, elektronik dan telekomunikasi. Lighting Caller merupakan satu inovasi produk yang direka khas untuk proses pengajaran & pembelajaran (p&p) bagi pelajar-pelajar kemahiran khas (pekak bisu). Komunikasi merupakan kekangan utama dalam proses p&p dalam kalangan pelajar pekak bisu di mana unsur teknikal sangat penting untuk mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan. Alat ini membantu proses komunikasi dengan pelajar pekak bisu di mana cahaya lampu digunakan sebagai isyarat untuk memanggil pelajar. Alat ini bersifat mudah alih dan sangat praktikal untuk digunakan di dalam atau di luar bilik darjah. Alat ini mengandungi set alat kawalan jauh (di kawal oleh pengajar) dan mentol lampu yang yang telah dimodifikasi. Produk yang dihasilkan peserta

Peserta-peserta pertandingan

P

Page 4: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 4

i BULETIN

PREM ER

WE CARE WE SHARE Prepared by: Ahmad Haffizu Bin Abdullah

n 27 March 2015, The Language Unit of General Studies Department organized a CSR programme called We Care We Share. The

programme, aimed to allow Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) students to express their thoughts in English and apply the knowledge that they had acquired at the polytechnic in a purposeful, fun and meaningful learning experience by participating in a number of prepared activities. This programme was participated by 13 facilitators who are also the fifth semester students of the PIS institution and 39 primary school students from an orphanage home known as Rumah Anak Yatim Barkat. In the programme, the students from Rumah Barkat were welcomed by Programme Manager, Mr. Ahmad Haffizu Bin Abdullah as the representative of the organizer the moment they arrived at PIS. The organizer with the help of facilitators had prepared a number of interesting English activities such as treasure hunt, animal farm, dropbox (construct sentences), hidden pictures and action music. The main purposes of those activities were to inculcate students’ interest in using the English language, enhance the interpersonal and communication skills of PIS and orphanage institution students, make students of PIS and Rumah AnakYatim Barkat learn English through activity presentations and task fulfillments and encourage the spirit of teamwork, unity, co-operation and tolerance through participations of both groups of students in the proposed activities. Throughout the course of the event, a number of spectacular moments were captured. Students from both institutions were having a blast in every activity. This could be seen in the hall vibrated by the laughter made by the students. The activities managed to kill the perception of seeing English as a difficult language to be learned. Other than that, the organizer had set up specific objectives for both students to improve on their vocabulary, increase their confidence to communicate effectively with lecturers and other students and also learn English language in an enjoyable way through the activities. Towards the end of the programme, Deputy Programme Manager, Mr Muhammad AlHafiz Bin Amat Esa delivered his speech in front of almost 70 members of audience. In his speech, he highlighted the importance of empowering foreign language such as English language. According to him, students should eliminate the perception of saying English language is difficult to be learned and understood. It is hoped that such a programme will be carried out more often in the future. This is to ensure that communities around Polytechnic Ibrahim Sultan (PIS) will realize that the role of PIS is not only to produce students with educational knowledge but also with good moral values which will enable them to give back to the community before they become part of the workforce in the country.

O

Page 5: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 5

ISU 2 / 2015

THE 2ND MATERIALS SCIENCE AND ENGINEERING CONFERENCE (MSEC)

Prepared By: Lim Hooi Peng

Informative keynote was delivered by Mr.

Amirul Haniff bin Abdullah, a successful alumni

graduated in 2004 from Programme Material

DMB. “It was great to see so many enthusiastic

students from different disciplines together in

one place, sharing their findings and ideas on

materials science and manufacturing updated

techniques and procedures,” said Mr. Amirul

Haniff. Three parallel presentation sessions

took place by 21 presentation groups, covering

topics of metallurgical, casting, mechanical

testing and polymer. The conference

proceedings compromising 21 papers were

published in both abstract book and CD ROM

formats and were distributed to the participants

prior to the presentation session.

Materials science has been pushed to the

forefront of research and development not only

in academics but in industries as well. With the

planet's resources being mined each day in

order to supply the growing demands of

industrialization, one major task of materials

science is to revolutionize the manufacturing

industry with the best materials for

manufacture that are sustainable for the long

term. Thus, the steering committees committed

to hold this conference yearly to provide a

platform for students from Mechanical

Engineering to generate new ideas and

highlight the revolution of new materials in

materials science and engineering application

in future.

fter the successful inaugural

series in year 2012, MSEC

returned with improved features

for facilitating students in technical

paper writing and publications in 2015.

MSEC is an initiative of Mechanical

Engineering Department, to bring together all

interested parties (students, lecturers and

industries) in a common platform to foster

discussion and exploration of the potential

research in the fields of materials and

manufacturing. Held on 16th March 2015 at

Centre of Technology PIS, MSEC 2015

organised by Mechanical Engineering

Department was a very successful event

attended by 125 participants.

The rationale for establishing this conference

is based on the needs expressed by syllabus of

JB, DJB, JF and JJ codes curriculum for better

assessment in presentation coursework. It is to

evaluate students’ further understanding of the

subjects through self-study and develop holistic

individuals.

The theme of this year’s conference was

“Dialogue of Revolution in Materials Science

and Engineering”. Head of Programme of

Manufacturing, Mr. Khairul Nazry bin Talib

welcomed participants before officiating the

conference together with Head of Programme

of Materials, Mrs. Maryati binti Marzuki.

A

Page 6: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 6

PROGRAM ‘INDUSTRIAL TALK’ UNTUK PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Disediakan oleh : Pn. Rossielyana binti Abdul Rahim

rogram ‘Industrial Talk’ untuk pelajar JKE ini telah dijalankan pada 1 Mac 2015 bertempat di Dewan

Kuliah Utama, PIS. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi bagi sesi pendaftaran pelajar, pensyarah dan seterusnya menunggu Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan dan para penceramah tiba. Program ini dihadiri seramai 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar bagi program DEP, DEE dan DJK. Tepat jam 8.30 pagi, ketibaan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Encik Mohd Hatta bin Zainal bersama-sama penceramah program Puan Siti Fatonah binti Arbain, Pengarah Urusan MJ Fatonah Sdn Bhd dan Encik Mohd Zaki bin Hassan dari Alpha Industries Sdn Bhd diiringi oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Tn. Hj. Mohamad Yusof bin Sulaiman dan Ketua Program DEE, DJK dan DEP. Pengarah PIS, Encik Mohd Hatta bin Zainal memberikan ucapan berkenaan alam pekerjaan yang bakal ditempuhi oleh bakal graduan politeknik khususnya pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik sama ada memilih pekerjaan secara tetap ataupun menceburi dalam bidang perniagaan. Salah satu topik yang menarik perhatian peserta ialah pekerja kolar hijau yang menurut pandangan beliau bidang yang perlu dieksploitasikan oleh bakal graduan. Menurut beliau lagi, pekerja kolar

hijau ialah pekerjaan yang berkaitan teknologi hijau ataupun eco green technology. Program ini diteruskan dengan slot ceramah pertama yang disampaikan oleh Puan Siti Fatonah binti Arbain dengan tajuk ‘Menyingkap teknik dan resepi sebagai seorang usahawan yang berjaya’. Antara initipati ceramah beliau ialah pengenalan latar belakang, bagaimana untuk memulakan perniagaan ternakan, kejayaan-kejayaan beliau dalam liku dan ranjau sebagai peniaga

dan penternak. Slot ceramah yang kedua pula, bersama Encik Mohd Zaki bin Hassan, dengan tajuk beliau ‘Teknik memupuk jatidiri untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang’. Ceramah dimulakan dengan pengenalan latar belakang serta berkongsi pengalaman dan kejayaan-kejayaan beliau sebagai Penolong Pengarah Operasi di Alpha Industries Sdn Bhd. Beliau juga memberi beberapa tip atau teknik-teknik untuk memupuk jati diri sebagai pekerja yang cemerlang. Sebagai penutup, pengerusi majlis

i BULETIN

PREM ER

Pengarah program, Pn. Siti Noraidah binti Md. Saif

menyerahkan cenderahati kepada penceramah.

menjemput Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Hj. Mohd Yusof bin Sulaiman diiringi pengarah program, Puan Siti Noraidah binti Saif untuk menyampaikan cenderahati kepada para penceramah dan seterusnya bagi mengakhiri majlis ini sedikit jamuan ringkas diadakan. Secara keseluruhannya, objektif program tercapai dan program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Ketibaan Tuan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan,

Encik Mohd Hatta bin Zainal diiringi Ketua Jabatan

Kejuruteraan Elektrik, Tn. Hj Yusof bin Sulaiman dan

juga Ketua Program DEE, En. Nordin bin Zakariah

untuk perasmian program.

P

Page 7: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 7

ISU 2/ 2015

eminar ini telah diadakan pada 17

Januari 2015 (Sabtu) pada jam

8.00pg – 1.00 petang bertempat di

Dewan Kuliah Politeknik Ibrahim Sultan .

Seminar ini telah dianjurkan oleh Masjid

Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 300 orang

peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar

Politeknik Ibrahim Sultan serta masyarakat

sekitar telah mengikuti seminar tersebut.

Penceramah seminar ini adalah terdiri

daripada Ustaz Abdul Razak bin Ariffin,

Pendaftar Sekolah Menengah Sains Tahfiz

Johor Bahru, Ustaz Syed Muhammad Rafee

bin Syed Zainal, Ahli Lembaga Pengarah

Koperasi Iskandar Johor dan Ustaz Fahrul

Irfan bin Ishak, Pensyarah UniKL MITEC.

SEMINAR DUNIA AKHIR ZAMAN

Disediakan oleh : En. Mohd Yusri bin Jani

Objektif utama seminar ini adalah untuk

membongkar nas-nas al-Quran dan hadis yang

menyentuh secara khusus tentang peristiwa-

peristiwa yang berlaku pada akhir zaman.

Perbincangan ini diharapkan dapat membuka

mata umat Islam untuk meneliti setiap peristiwa

yang berlaku berdasarkan kaca mata

Islam dan seterusnya memantapkan lagi

akidah, memperkenalkan nas-nas

terutama hadis tentang peristiwa-

peristiwa yang akan berlaku pada akhir

zaman. Ianya juga membincangkan

kaedah memahami nas-nas dan

panduan untuk berkomunikasi dengan

nas-nas yang dibentangkan. Selain itu,

ia bertujuan menjadi medium untuk

menjernihkan pemikiran umat Islam dari

pelbagai teori konspirasi dan fakta

palsu.

Ucapan perasmian oleh Kapten Norizam b. Sekak, Timbalan

Pengarah (Sokongan Akademik)

Peserta memenuhi tempat duduk di

dewan kuliah utama PIS

Panel ketiga memberi penerangan terperinci berkaitan

Misteri Yakjuj dan Makjuj.

Penyampaian cenderahati kepada panel kedua yang

membicarakan tajuk Fitnah Dajjal

Membongkar rahsia surah al-kahfi bersama panel pertama Antara pengisian Seminar Dunia Akhir Zaman.

S

Page 8: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 8

AKTIVITI DAN PERTANDINGAN INOVASI 1 ST YOUTH FIESTA 2015

Disediakan oleh : Earni Binti Mohamed Azhari

OUTH FASHION FIESTA (YFF) 2015 pertama kali diadakan pada 9 Mei 2015

di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Tujuan program ini adalah untuk menjadikan bidang fesyen sebagai satu kerjaya perniagaan untuk para pereka muda. Dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) dan disokong oleh Kementerian Kewangan Malaysia. YFF 2015 adalah bertujuan untuk menyediakan platform dan mencungkil bakat para graduan muda yang berbakat dalam industri fesyen untuk mewujudkan identiti mereka dan menggalakkan lagi bidang fesyen dan reka bentuk dalam diri mereka. Bertemakan "Inovasi Memajukan Fesyen ke Pasaran", program selama sehari ini telah diserikan dengan kehadiran para pencipta, pereka fesyen dari Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, institut penyelidikan, persatuan fesyen, syarikat-syarikat korporat dan penyelidik bebas. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran, forum, peragaan fesyen dan pertandingan rekabentuk fesyen. Seramai lebih 60 orang pelajar dan pensyarah Program Rekabentuk Fesyen dan Pakaian telah menyertai progam tersebut. Politeknik Ibrahim Sultan telah dijemput untuk menjadi salah satu penganjur bersama program ini dan telah diberikan ruang untuk tujuan promosi dalam bentuk

Pelajar semester 6 Rekabentuk Fesyen dan Pakaian NURFADILAH BT SHARI telah merangkul

tempat ke tiga dalam Pertandingan

EMERGING YOUNG SUSTAINABLE FASHION COMPETITION 2015 (MODA)

Pertunjukan Fesyen YFF di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya

(MODA)

Pn Aziah Jasmin Azizul (President

Federation of Image Profesional (M)

Pertunjukan Fesyen dari Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan

MISS GILLIAN HUNG- President of the

Malaysian Official Designers' Association

(MODA)

Fairuz Ramdan ( Fashion Designer)

gerai pameran dan peragaan fesyen. Koleksi pakaian pelajar-pelar akhir DFP telah diperagakan di dalam program tersebut. Pelajar semester 6 Rekabentuk Fesyen dan Pakaian NURFADILAH BT SHARI telah merangkul tempat ke tiga dalam Pertandingan EMERGING YOUNG SUSTAINABLE FASHION COMPETITION 2015 yang diumumkan pada hari tersebut. Dengan kejayaan pelajar kita ini, diharapkan lebih ramai lagi pelajar dan pensyarah akan menyertai program dan pertandingan yang dianjurkan oleh YFF.

Melinda Looi ( Fashion Designer)

i BULETIN

PREM ER

Y

Page 9: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 9

ISU 2 / 2015

INTERNATIONAL INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION (ITEX) 2015 DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC) Disediakan oleh: Nurul Nadiah binti Shahrom & Raja Sharidatul Liza binti Raja Shardin

nternational Invention and Innovation Exhibition (ITEX) 2015 yang ke-26 telah berlangsung pada 21 hingga 23 Mei 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pameran ini merupakan platform terbaik bagi Politeknik

Ibrahim Sultan untuk memperkenalkan produk dan ciptaan baru dalam industri sains dan teknologi. Pameran ini juga memberi peluang kepada pelabur yang berminat dengan produk yang dipertandingkan untuk menjalinkan kerjasama dengan politeknik. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah terpilih menjadi urusetia pertandingan pada tahun ini. Empat produk telah dipilih dari saringan di peringkat politeknik iaitu Cocopoly dari JKM, Auto-Roll Pipe dari JPH, KD Tiles dan Dania Stool dari JRKV. Setiap produk diadili oleh para juri dari industri dan universiti yang akan mengenalpasti kesempurnaan penyelidikan produk, ketulenan produk serta kebolehpasaran produk yang dipertandingkan mengikut kategori masing-masing. Semua pensyarah dan pelajar PIS telah menunjukkan kesungguhan dan kemampuan mereka melalui produk masing-masing. Semua produk telah berjaya mendapat tempat dalam ITEX kali ini. Cocopoly telah berjaya mendapat Silver Award bagi kategori Bahan. Manakala Auto-Roll Pipe, Dania Stool dan KD Tiles telah berjaya mendapat Bronze Award bagi kategori Rekabentuk Industri. Penganugerahan ini telah menaikkan nama Politeknik Ibrahim Sultan di ITEX 2015.

Juri sedang meneliti produk Cocopoly

Peserta PIS bersama medal dan sijil masing-masing

Peserta Cocopoly menerima Silver Award

Peserta bersama produk Auto-Roll Pipe

Juri meneliti produk Dania Stool

Juri sedang meneliti produk KD Tiles

I

Page 10: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 10

i BULETIN

PREM ER ANUGERAH KUALITI PENGARAH POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 2015 Disediakan oleh: Syamzurina binti Md Hasnan

ada 08 hingga 12 Mac 2015, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menjalankan Anugerah Kualiti Pengarah (AKP) bagi tujuan Sistem Pengurusan Kualiti MS

ISO 9001:2008 di setiap jabatan dan unit. Anugerah Kualiti Pengarah merupakan anugerah untuk mengiktiraf sesuatu jabatan dan unit di Politeknik Ibrahim Sultan, yang telah memberikan komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang cemerlang dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008. AKP ini adalah merupakan satu proses yang penting untuk mengekalkan kualiti dalaman PIS. Pasukan AKP telah ditubuhkan bagi membantu melancar dan melicinkan proses pengauditan berlangsung. Juri utama bagi mengadili anugerah ini adalah En. Abd Razak bin Senan

dan En. Norizam bin Sekak. Anugerah ini terbahagi kepada dua, iaitu jabatan dan unit akademik dan jabatan dan unit sokongan akademik. AKP bertujuan untuk mendedahkan kepada warga PIS mengenai proses dan semangat berpasukan yang telah diwujudkan dalam menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. AKP pada kali ini memfokuskan kepada penilaian terhadap penghasilan perkhidmatan di setiap jabatan dan unit yang merangkumi kriteria permarkahan seperti kewujudan dan kemaskini carta organisasi unit jaminan kualiti di jabatan dan unit, kerjasama yang diberikan, soalan kajiselidik dan kemaskini fail dokumen. Keseluruhannya AKP telah berjalan dengan lancar dan teratur. Penglibatan staf boleh dikatakan mencapai sasaran sepanjang anugerah ini berlangsung. AKP telah berjaya mencapai matlamat disebabkan semangat kerjasama yang sepadu yang telah ditunjukkan oleh seluruh warga PIS serta kesediaan warga PIS menerima perubahan paradigma. Keputusan Anugerah Kualiti Pengarah telah diumumkan pada Perhimpunan Bulanan bulan Mac 2015. Anugerah Kualiti Pengarah Tahun 2015

telah dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi peringkat akademik manakala bagi peringkat sokongan akademik telah dimenangi oleh Unit Teknologi Maklumat.

Sesi Perbincangan

Anugerah Kualiti Pengarah

P

Disediakan Oleh : Asniza binti Abu Bakar & Syamzurina binti Md Hasnan

AUDIT DALAMAN SIRI 1/2015

ada 08 hingga 12 Mac 2015, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Audit

Dalaman Siri 1/2015. Objektif Audit Dalaman ini dijalankan adalah untuk memastikan sistem pengurusan kualiti di PIS dilaksanakan secara berkesan berdasarkan prosedur kualiti yang digunapakai dan mengenalpasti masalah-masalah dalaman yang berlaku bersesuaian dengan persijilan MS ISO 9001:2008. Audit Dalaman siri 1/2015 diketuai oleh Pn. Nor Ain Binti Jamaludin dan dibantu oleh 18 juruaudit. Audit dalaman pada sesi ini lebih memberi tumpuan kepada pelaksanaan proses di mana hasil daripada pemantauan pelaksanaan terdapat teguran-teguran kecil yang diberikan kepada auditee atau pemilik proses. Dapatan daripada audit dalaman telah menemui tiga ketaakuran minor dan lima pemerhatian/peluang

penambahbaikan.Penemuan audit menunjukkan PIS mempunyai pasukan kerja dan struktur organisasi dari segi amalan dan pembangunan yang kreatif sejajar dengan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti. Penemuan tersebut telah pun dibentangkan dalam Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman untuk dibuat tindakan pembetulan dan pencegahan pada masa akan datang. Semua jabatan dan unit yang diaudit melaksanakan proses sepertimana yang telah digariskan di dalam Prosedur Kualiti selaras dengan dasar dan objektif kualiti. Pengarah PIS, En. Mohd Hatta bin Zainal mengucapkan sekalung penghargaan kepada seluruh warga PIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan Audit Dalaman kali ini. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua staf PIS membuktikan kesungguhan dan komitmen yang diberikan adalah tinggi. Adalah diharapkan tindakan pembetulan yang sesuai dan berkesan terhadap penemuan yang dilaporkan dapat diambil supaya kelemahan yang berlaku dapat diatasi dengan segera bagi meningkatkan lagi sistem pengurusan kualiti Politeknik Ibrahim Sultan.

Sesi Pengauditan

Sesi Pembukaan Audit

P

Page 11: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

ISU 2 / 2015

Mukasurat 11

KEMPEN KESEDARAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN Disediakan Oleh : Mohd Fazrin bin Hamdan

ada 18 MAC 2015 telah dijalankan kempen dan operasi

disilpin secara bersepadu antara semua jabatan bersama

Jawatankuasa Pembangunan Disiplin Pelajar pusat. Operasi

ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang di dalam

takwim tahunan. Operasi ini meliputi etika diri dan berpakaian serta

pelekat kenderaan pelajar. Pusat operasi dibahagikan kepada tiga

kawasan iaitu pintu pagar hadapan, tempat letak kenderaan pelajar ,

pintu pagar belakang dan laluan asrama. Operasi ini mengambil

masa selama 2 jam iaitu daripada pukul 8.00-10.00 pagi.

Hasil daripada operasi ini antara kesalahan-kesalahan yang

dikenalpasti ialah pelajar berambut panjang, berpakaian tidak sesuai

(baju ketat/seluar ketat), tidak memakai kad pelajar dan tiada pelekat

kenderaan. Selain itu, sebanyak 87 denda lalulintas dan 129 denda

tatatertib telah dikeluarkan kepada pelajar-pelajar yang melakukan

kesalahan mengikut akta institusi-institusi pelajaran (tatatertib) 1976,

pindaaan 2007, kaedah 26(a)bahagian ii & bahagian iv- tatatertib

lalulintas jalan.

Gambar Sepanjang Operasi Disiplin

Secara keseluruhannya, tindakan yang diambil kepada

pelajar-pelajar yang melanggar etika disiplin adalah lebih kepada

teguran dan nasihat. Pemantauan dan pemeriksaan yang

dilakukan mendapati tahap disilpin bagi pelajar-pelajar Politeknik

Ibrahim Sultan masih lagi dalam keadaan terkawal.

Operasi di pintu pagar depan

Operasi di pintu pagar belakang

Operasi laluan asrama

Operasi di tempat letak kenderaan pelajar

P

Page 12: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 12

i BULETIN

PREM ER

OPS PASCA BANJIR: SEKOLAH ANGKAT (1P1S)

ada 27-29 Mac 2015, seramai 14 orang staf dan 19 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah menjalankan Ops Pasca Banjir di

Sk Paloh Hinai Pekan, Pahang. Antara program yang dijalankan ialah membaik pulih pusat sumber sekolah tersebut. Melalui program ini Sukarelawan PIS telah membantu pihak Sk Paloh Hinai membaik pulih pusat sumber sekolah yang telah rosak akibat banjir. Barang-barang baru telah disusun dalam pusat sumber seperti kaunter pendaftaran , rak-rak buku, meja, kerusi, kipas, alas kaki, rak kasut dan set permainan kemahiran kolektif. Keadaan pusat sumber kelihatan lebih cantik, selesa dan teratur selepas kerja-kerja penyusunan semula. Diharapkan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam keadaan yang lebih selesa dan guru-guru serta pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber dengan sebaik mungkin.

Disediakan oleh: Muhammad Imran bin Ismail

GOTONG-ROYONG DI SEKOLAH KANAK-KANAK SPASTIK JOHOR BAHRU Disediakan oleh : Yeow Chee Kheong

anggal 12 Mac 2015 yang lepas, sekumpulan 31 orang pelajar yang dipimpin oleh Muhammad Adam Jemali serta diiringi oleh Puan Farahdiba Md. Said dan Encik Yeow Chee Kheong telah mengadakan program gotong-royong di Sekolah Kanak-kanak Spastik Johor Bahru.

Sumbangan daripada pihak

Politeknik Ibrahim Sultan

Keadaan selepas banjir

Taklimat sebelum program dijalankan

Sukarelawan bergambar di hadapan sekolah

Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa 5S Politeknik Ibrahim Sultan. Program dijalankan dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Program yang dijalankan ini telah mendapat kerjasama daripada Encik Mohd. Fauzi bin Abdullah selaku Pegawai Operasi Perhubungan Sekolah Spastik. Beliau telah membawa kumpulan rombongan untuk meninjau sekitar kawasan sekolah tersebut. Setelah mengenalpasti beberapa kawasan yang perlu dibersihkan, kumpulan pelajar PIS pun memulakan aktiviti bergotong-royong . Antara kawasan yang dibersihkan ialah dua buah stor yang menyimpan peralatan Sekolah Spastik, sebuah bengkel penghasilan kraftangan pelajar spastik dan sebuah kebun mini di sekolah tersebut. Pihak jawatankuasa 5S PIS amat berharap agar program seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa akan datang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar PIS mengenai amalan PIS yang mampu menjamin persekitaran kerja yang lebih kondusif dan berkualiti.

P

T

Page 13: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 13

ISU 2 / 2015

22 Mei 2015 – Seramai 12 ahli PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan dan 9 ahli PELITAWANIS TNB Pasir Gudang telah menyertai Program Kembara Khidmat Komuniti (CSR) Jalinan Kasih di Saigon, Vietnam. Kembara ini bermula pada 22 hingga 25 Mei 2015. Program ini merupakan platform kolaboratif antara PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan dan PELITAWANIS TNB Pasir Gudang. Program kembara ini telah menjelajah tapak warisan masyarakat di Ho Chi Minh, Vietnam yang merangkumi aspek ekonomi, sosial, agama dan ketamadunan bangsa Vietnam. Kembara ini telah membawa kami ke empat buah masjid yang telah dibina di Ho Chi Minh dan Sungai Mekong sebagai pusat penyebaran agama Islam bagi hampir 30,000 penduduk yang beragama Islam. Walaupun menjadi masyarakat minoriti, mereka

dapat menjalani kehidupan dengan aman sepertimana penduduk yang lain. Sumbangan berupa wang tunai dan barangan telah disampaikan kepada imam/bilal yang menguruskan masjid-masjid tersebut. Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di Ho Chi Minh. Peserta telah dibawa menyelusuri Sungai Mekong yang menjadi nadi utama pertanian di Vietnam. Pendayung sampan merupakan antara pekerjaan utama penduduk di Sungai Mekong. Dengan bayaran RM1 atau 6.000 Dong Vietnam, mereka tidak pernah kenal penat dan panas terik mentari demi menyara keluarga. Berdasarkan pemerhatian kami dari aspek taraf ekonomi dan cara hidup, jauh di sudut hati alangkah bertuahnya kita dilahirkan di bumi Malaysia.

Disediakan oleh : Rohana binti Hasan

PROGRAM KEMBARA KHIDMAT KOMUNITI (CSR) JALINAN KASIH SAIGON, VIETNAM PUSPANITA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Page 14: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 14

i BULETIN

PREM ER KEJOHANAN BOLING TERTUTUP PUSPANITA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN Disediakan oleh : Zuraida binti Osman

12 Mei 2015 – Sebagai menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan aktiviti kesukanan dan kecerdasan serta menyihatkan kesihatan kakitangan kerajaan, seramai 60 orang ahli PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai Kejohanan Boling Tertutup PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan yang telah diadakan di Pasir Gudang Bowl. Kejohanan ini merupakan anjuran Biro Sukan, PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan. Kejohanan ini dijalankan bertujuan untuk mengukuhkan ukhwah dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli. Sebanyak 20 kumpulan telah menyertai kejohanan kali ini. Setiap kumpulan mempamerkan semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh. Normala binti Abdullah, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga kejohanan seperti ini dapat menggilap dan mencungkil bakat bermain boling di kalangan ahli untuk diketengahkan dalam kejohanan lain pada masa hadapan. Kejohanan ini merupakan aktiviti tahunan PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan. Ia diharap dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat bekerjasama dan berpasukan di kalangan ahli PUSPANITA dan seterusnya sebagai aktiviti riadah bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdasan anggota dari segi fizikal dan mental.

Antara ahli Puspanita PIS yang beraksi

Kumpulan-kumpulan yang menjuarai pertandingan

KEM PEMANTANPAN ATLET POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 2015

ada 10 dan11 Februari 2015, bertempat di Kompleks Sukan Politeknik Ibrahim Sultan, Unit

sukan dengan kerjasama Kelab Belia dan Sukan telah mengadakan Kem Pemantapan Atlet Politeknik Ibrahim Sultan 2015. Seramai 26 peserta terlibat dalam program ini. Program ini dirangka bagi menerapkan semangat kesukanan serta semangat kerjasama di kalangan atlet. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi menjayakan program ini seperti ujian BMI,latihan dalam kumpulan,fitness test dan beep test. Menerusi kem ini, semua atlet yang akan mewakili Politeknik Ibrahim Sultan mesti mempunyai daya tahan yang tinggi dari segi mental dan fizikal. Antara objektif diadakan program ini ialah untuk memberi motivasi dan menaikkan semangat kesukanan atlet, menerapkan semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan atlet,menguji ketahanan fizikal setiap atlet bagi setiap sukan yang disertai dan memastikan setiap atlet Politeknik Ibrahim Sultan bersedia dari segi mental dan fizikal.

Disediakan Oleh :Siti Nuratiqah binti Shaikh Ibrahim

Kem Pemantapan Atlet Politeknik Ibrahim Sultan merupakan kem yang signifikan untuk membentuk atlet yang bersemangat dan bersedia untuk mencapai kecemerlangan di samping mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan. Para peserta memberikan respon positif terhadap setiap pengisian yang dijalankan. Penglibatan aktif para atlet serta kerjasama yang diberikan memudahkan lagi perjalanan program dan aktiviti yang telah dirancang.

Mengambil ukuran BMI

Taklimat daripada Ketua Pegawai Unit Sukan iaitu En

Rafi bin Mohamed Sulaiman sebelum program bermula.

Larian 10 meter dilakukan di padang berdekatan

Kompleks Sukan PIS

Sit Up Test

P

Page 15: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

Mukasurat 15

ISU 2 / 2015

Disediakan oleh : Kapten (Pa) Mohd Hafiz bin Tuparman

KURSUS LATIHAN LANJUTAN MENYELAMAT “A.N.D” 2015

memantapkan lagi kemahiran menyelamat di tempat tinggi dengan menggunakan tali. Latihan yang dirancang adalah bertujuan bagi meningkatkan jati diri pelajar kokurikulum di samping memenuhi keperluan kursus yang ditetapkan. Kursus ini dijangka akan dilaksanakan selama satu hari. Semua latihan ini adalah meliputi silibus yang ditetapkan oleh Unit Kokurikulum Politeknik Ibrahim Sultan. Di akhir kursus ini, diharapkan dapat memberi pendedahan kepada peserta dengan aktiviti – aktiviti menyelamat mangsa dari tempat tinggi dan penggunaan teknik ikatan dan simpulan sebaiknya .

ursus ini telah diadakan pada 21 Mac 2015 di kawasan tangki air Politeknik Ibrahim Sultan anjuran Unit Kokurikulum Politeknik

Ibrahim Sultan. Kursus ini telah disertai oleh 20 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, 2 orang pensyarah dan 3 orang jurulatih luar. Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk membolehkan pelajar dilatih menjadi jurulatih pada masa akan datang, membekalkan jurulatih yang bertauliah dari kalangan pelajar sendiri untuk aktiviti Unit Kokurikulum Politeknik Ibrahim Sultan dan

Menurun menggunakan kaedah normal repealing

Para peserta telah berkumpul di kawasan

latihan.

Persedian peralatan yang diperlukan sepanjang latihan

K

LAWATAN AKADEMIK PERUSAHAAN SADUR TIMAH MALAYSIA (PERSTIMA) BERHAD

abatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Ibrahim Sultan telah melaksanakan satu lawatan akademik pelajar ke Perusahaan Sadur Timah

Malaysia (PERSTIMA) Berhad pada 31 Mac 2015. Seramai sembilan orang pelajar menyertai lawatan ini di mana mereka adalah wakil daripada setiap kelas semester 6. Lawatan ini turut disertai Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Hj. Mohamad Yusof bin Sulaiman dan juga lima orang pensyarah, wakil dari portfolio berkaitan. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan dan seterusnya melihat peluang kerjaya yang ada di PRESTIMA. Lawatan ini juga turut dilihat sebagai satu usaha untuk mengadakan kolaboratif bersama pihak PRESTIMA dalam pelbagai bidang seperti kerjasama sebagai panel industri dalam Penilaian Projek Akhir Pelajar, Panel Penasihat Akademik dan juga penyediaan tempat bagi Latihan Industri Pelajar. Lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas peraturan keselamatan oleh Safety Officer PRESTIMA. Seterusnya En. Md. Hairudin dari Engineering Department berkongsi maklumat

mengenai penghasilan tinplate (plat timah). PRESTIMA adalah sebuah syarikat yang menghasilkan dan membekalkan tinplate untuk pasaran tempatan dan luar. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 16 August 1979 dengan dua plan iaitu ETL 1 dan ETL 2. Pada 2002 PRESTIMA telah memindahkan plan ETL 1 ke Vietnam dan telah memulakan operasi pada Oktober 2003. PRESTIMA mampu menghasilkan produk dalam kapasiti 200, 000 tan setahun. Seterusnya penerangan berkaitan proses pembuatan tinplate bermula daripada bahan mentah yang diimport dari dua buah negara iaitu Jepun dan Korea sehingga proses akhir produk sama ada dalam bentuk gelung (coil) atau potongan berkeping (cut sheet). Sesi lawatan diteruskan dengan perkongsian tayangan montaj berkaitan aktiviti dan pencapaian JKE 2014. Dalam ucapan Ketua Jabatan JKE, beliau meletakkan harapan agar hubungan baik dengan industri ini dapat diteruskan di mana ia dapat memberi kebaikan kepada kedua belah pihak. Beliau turut mempromosikan kursus semasa dan kursus pendek yang ditawarkan di jabatan. Seterusnya pelajar-pelajar dibawa masuk ke bahagian pemprosesan untuk melihat sendiri proses pembuatan tinplate. Sesi lawatan ini diakhiri dengan jamuan ringkas dan sesi pertukaran cenderahati.

Penerangan tentang penghasilan tinplate

daripada pihak PRESTIMA

Wakil PRESTIMA, staf JKE PIS dan wakil

pelajar semester akhir bergambar

kenangan

J Disediakan oleh Siti Fatimah binti Mardan

Page 16: EMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR

ISU 2 / 2015

Disediakan oleh : Cik Noorsabrina Binti M Salbi

ada 23 hingga 29 Mac 2015, seramai 25 orang pelajar semester enam (DHK 6C) daripada kursus Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan dan 3 orang pensyarah telah mengadakan satu program lawatan antarabangsa ke Beijing, China. Program ini

telah berlangsung selama 7 hari 6 malam. Melalui program ini, para pelajar diberikan pendedahan sebenar terhadap adat budaya masyarakat setempat serta keperluan mengeratkan jalinan hubungan yang baik di antara negara-negara ASEAN. Selain itu, program lawatan antarabangsa ini juga merupakan satu proses pengembangan dan percambahan minda mahasiswa mahasiswi dalam satu proses pembelajaran berasaskan aktiviti yang berfaedah untuk meningkatkan keyakinan, jati diri dan juga disiplin yang harus dipatuhi sebagai seorang pelajar. Pada hari pertama, para pelajar telah dibawa melawat ke Masjid Niujie. Kedatangan pihak politeknik disambut baik oleh pihak Masjid Niujei yang sudah pun di maklumkan tentang kedatangan pelajar bagi tujuan (CSR). Kemudian kami berangkat ke universiti yang terdapat di Beijing China iaitu Beijing Language And Culture University (BLCU). Pada sebelah petang pula, para pelajar telah dibawa melawat ke Silk Store (government store) yang merupakan salah sebuah kilang di bawah pengurusan kerajaan Beijing. Pada hari kedua, pelajar telah dibawa melawat ke Medical Store, Masjid Fayuen dan Tian An Men Square ,Forbidden City (Kota Larangan) dan Imperial Palace (Kompleks Istana Empayar), yang merupakan rumah kepada maharaja pada zaman dinasti yang berusia selama lebih 500 tahun. Pada hari ketiga, kami melawat The Great Wall China yang mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam setengah perjalanan.Pelajar telah dibawa mendaki Tembok Besar China, yang pertama dibina dalam tempoh peperangan dengan Amerika (475-221 SM) . Pada sebelah petang pula, para pelajar dibawa melawat ke Crystal Store dan Bamboo Store. Pada hari keempat, para pelajar meneruskan lawatan pendidikan ke Beijing Foreign Study University (BFSU). Rombongan telah disambut mesra oleh wakil pelajar di bawah persatuan Association Of Malaysia Student (AOMS) iaitu saudara Nur Aiman Fauzi Bin Ahmad. Sebagai kesimpulan daripada program pengantarabangsaan pelajar ini, program lawatan antarabangsa ini amat berguna untuk para pelajar yang terlibat kerana ianya dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam lagi mengenai asal usul rumpun bangsa cina di Beijing serta dapat berkongsi gaya serta cara hidup masyarakat cina muslim di Beijing, China.

BULETIN PREMIER POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, KM 10,

JALAN KONG KONG 81700 PASIR GUDANG, JOHOR

TEL: 07 2612403 / 2423 [email protected]

www.pis.edu.my

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PELAJAR KE BEIJING CHINA, DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Pengerusi

En Mohd Hatta bin Zainal

Timbalan Pengerusi

En Abd Razak bin Senan

En Norizam bin Sekak

Ketua Editor

Dr Hjh Siti Zunariah binti Mohd Said

Penolong Ketua Editor

Pn Zuraidah binti Mohd Ramly

Editor

Pn Alyyati binti Mohd Talib

Pn Julaila binti Sapari

Rekabentuk

Pn Izzati Izni binti Ab Lazis

Wakil Jabatan/Unit Pn Nazra binti Aris (JKE)

Pn Raja Sharidatul Liza binti Raja Shardin (JKM)

Pn Ismalyza binti Md Arif (JRKV)

Pn Maisarah binti Zakaria (JPH)

En Yeow Chee Kheong (JPA/Translator)

En Baniamin bin Abu Bakar (PRO)

En Fazrin bin Hamdan (JHEP)

Pn Rohamiah binti Muda (Proof Reader)

Pn Dina binti Abdul Khalik (Proof Reader)

Seramai 25 Orang Pelajar Kursus Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering Serta 3 Orang Pensyarah

Pengiring Bersama Pelajar-pelajar Beijing Language And Cuture University

Pelajar Daripada Kursus Diploma Pengurusan Hotel dan

Katering Serta Pensyarah Pengiring Politeknik Ibrahim

Sultan Bersama Pengurus Masjid Niujie

Seramai 25 Orang Pelajar Kursus Diploma Pengurusan

Hotel Dan Katering Serta 3 Orang Pensyarah Pengiring

Bersama Pelajar-pelajar Beijing Foreign Study University

Sidang Redaksi

i BULETIN

PREM ER

P

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI