guru bimbingan

Upload: cik-sri-syarifah

Post on 20-Jul-2015

417 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • 5/17/2018 Guru Bimbingan

    1/8

    .. :.::~~ ... ."......_ ~.: - : - . ;: . . : : ,... .:( ,

    : ~ .~

    DEFINISI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASAOLEH:

    SEKTOR PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN MURIDKPM

    PANGGILAN I GELARAN GURU KAUNSELING, KPM: ~Sehingga hari ini panggilan/gelaran Guru Kaunseling sekolah rendah dan menengah

    adalah berbeza. Namun, setelah dikaji dan merujuk panggilan sepertimana guru-guru lain -I

    Guru Pendidikan Jasmani, Guru Matematik dan Guru Sains, gelaran untuk GuruKaunseling samaada yang berkhidmat di sekolah rendah mahupun menengah perlulahdisamakan. Tambahan pula terdapat sebilangan Guru Kaunseling di sekolah rendah jugamemiliki ijazah sarjana muda dalam bimbingan dan kaunseling. Justeru, untukmemudahkan kefahaman dan mengelakkan sebarang kekeliruan dikalangan masyarakat,maka panggilan khusus untuk guru sekolah menengah dan sekolah rendah yangberkenaan adalah GURU BIMBING~N DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

    Antara panggilan dan gelaran yang pernah diberikan adalah:Sekolah Menengah:

    .a. Guru Panduanb. Guru Kaunselingc. Guru Kaunseling Sepenuh Masad. Pegawai Kaunseling Pefajar

  • 5/17/2018 Guru Bimbingan

    2/8

    e. Kaunselor Pelajarf. Kaunselor Pelajar Sepenuh Masag. Kaunselor Sekolah Sepenuh Masa

    ..

    Sekolah Rendah:a. Guru Bimbinganb. Guru Bimbingan Sepenuh Masa

    GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA8agi menjelaskan lagi maksud sepenuh masa, berikut adalah keterangan tentang definisiperkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah dan menenqah sepertimanayang telah di jelaskan oleh surat-surat pemberitahuan berhubung dengan pelaksanaannya

    .,.

    iaitu KP (BS/PSR) 8542/019/Jld 11 (9) bertarikh 27 Mei 1998 dan KP (8S-MEN/REN) 8510/06 bertarikh 19 Ogos 2002 (Pekeliling dilampirkan).

    Guru Kaunseling (sekolah menengah) dan Guru Bimbingan (sekolah rendah) adalah gelaran yang diberikan kepada guru yang memberikan perkhidmatan secara sepenuhmasa didalam bidang bimbingan dan kaunseling di sekolah.

    Sepenuh masa membawa maksud Guru Bimbingan dan Kaunseling (sekolah rendah danmenengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktubertugas mengikut waktu persekolahan sarna seperti guru matapelajaranbiasa. Contohnya seorang Guru matematik mengajar Matematik sebagai matapelajaran

    - utarna, seorang guru agama bertanggung jawab dan memenuhkan jadual mingguandengan matapelajaran Agama dan guru Pendidikan Jasmani bertanggungjawab

    2

  • 5/17/2018 Guru Bimbingan

    3/8

    .:sepenuhnya dengan Pendidikan Jasmani. Sepenuh masa bermaksud seluruh jadual waktubekerja Guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah dipenuhi dengan memberikan

    perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk murid samaada di dalam bilik darjahataupun lain-lain tempat yang sesuai.

    . .Tugas dan tanggungjawab utama Guru Bimhingan dan Kaunseling adalah meliputi 8. bidang iaitu :1. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kelompok2. Kerjaya3. Akademik

    4. Psikososial dan Kesejahteraan Mental5. Keibubapaan6. Pembangunan Diri Murid

    'L .7.Pendidikan Pencegahan Oadah, Rokok, HiV dan Aids8. Pengurusan dan Pentadbiran Kaunseling

    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunselingdi sekolah rendah dan menengah adalah meliputi tajuk-tajuk pengajaran dan pembelajaran

    seperti berikut:Matapelajaran murid tahun 1 hingga tingkatan 6

    1. Kemahiran 8elajar .. ..

    2. Pendidikan Panduan Kerjaya3. Pendidikan Psikososial dan Kesejahteraan Mental4. Pendidikan Kepimpinan Murid5. Pendidikan Pencegahan Dadah dan Rokok

    6. Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS

    3

  • 5/17/2018 Guru Bimbingan

    4/8

    ..

    Catatan : Tajuk subjek matapelajaran adalah sarna, tetapi berbeza dari segi tahap isikandungannya. Kesemua modul sukatan matapelajaran yang dinyatakan diatas telah siapdibina dan akan dicetak seterusnya diedarkan di setiap sekolah seluruh negara untukpanduan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dan sekolah menengah.

    Dalam lain-lain perkataan, jika seorang Guru Matematik bertanggung jawab mengajarmatematik, seorang Guru Bahasa Inggeris diberi elaun dan bertanggung jawab dengan

    matapelajaran Bahasa Inggeris dan seoranq guru agama bertanggung jawab mengajarmatapelajaran agama, maka adalah wajar secara profesional nya seorang Guru Bimbingandan Kaunseling diberi tanggung jawab manjalankan perkhidmatan bimbingan dankaunseling untuk murid. Ini memenuhi matlamat "JERI" dalam Falsafah PendidikanKebangsaan yang memberi tanggung jawab "J" kepada Guru Pendidikan Jasmani, "R"kepada guru agama dan moral, "I" kepada guru-guru akademik, maka "E" seharusnyamenjadi tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling. la mungkin baru dan asing padakefahaman kebanyakan orang, tetapi KPM perlu tegas dalam melaksanakan tanggung

    wjawab dan pengagihan tugas secara cekap dan profesional kerana KPM mempunyai ramai

    guru yang terlatih dalam pelbagai bidang yang tersendiri.

    Waktu bertugas:Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah menjalankan tugas mengikut jadualwaktu persekolahan normal iaitu samada sesi pagi atau petang. Ini adalah bertujuanLJntukm.~n.ielaskan kekeliruan maksud arahan Bahagian Sekolah KP(BS) 8591/Jld.VII(56)bertarikh 6 Mei 1997 semasa gelaran yang diberikan kepada perkhidmatan ini adalahPegawai Kaunseling Sepenuh Masa atau Kaunselor Relajar Sepenuh Masa. Perkataan"pagawai" menjadikan kefaharnan : ...". .. ... ....... .~:. :: .. j< ., .... ' -. sedangkan

    4

  • 5/17/2018 Guru Bimbingan

    5/8

    Guru BLmb i ngaQ_ dan.JSaunseling adalah guru bia~~ sahaja tanpa keistemewaan "pegawai"~ , .seperti cuti dan lain-lain elaun berkaitan. Guru Bimbingan dan Kaunseling bagaimana pun

    dibenarkan cuti sebagaimana guru lain pada waktu cuti persekolahan kecuali jika adaprogram murid.

    Situasi waktu pekeliling dikeluarkan, (6 Mei 1997) adalah semasa hanya ada seorangsahaja Guru Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah, maka keperluan perkhidmatankaunseling amat kritikal. Bahagian sekolah meminta budibicara Pengetua dan Guru Besaruntuk mengaturkan jadual waktu anjal supaya Guru Bimbingan dan Kaunseling dapatmemberikan perkhidmatan sewajarnya kepada seramar mungkin murid yangdipertanggungjawabkan kepada mereka. Namun jadual begitu tidak perlu lagi keranaterdapat penambahan bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolahdengan nisbah seorang guru kepada 500 orang murid.

    Kekangan tugas :Guru Kaunseling Sepenuh Masa yang dilantik tidak dibenarkan diberi jadual waktumengajar atau kelas ganti tetap (berjadual). Rujuk Surat KPPM bertarikh 21 Mac 1999

    , .

    bertajuk PENEMPATAN GURU KAUNSELING SEPENUH MASA yang menegaskanmereka tidak sepatutn~a diberikan waktu mengajar. Ini bertujuan mewujudkan sistemperkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mantap, berterusan dan tersedia setiapmasa untuk murid. Perkhidmatan yang lengkap ini akan dapat memberi sumbangan kearah kemajuan serta kesejahteraan sekolah. Surat Bahagian Sekolah,KP(BS/PSR)8542/019/Jld.1 (9) bertajuk TUGAS DAN PERANAN KAUNSELOR PELAJAR.PERLAKSANAAN KAUNSELOR SEPENUH MASA menegaskan lagi setelah mendapat

    .. laporan Jemaah Nazir 1997 bahawa. rn9_s ih ramai Kaun~~lor Pelajar Sepenuh MasaDJer}g a ja r W 9 L ~_ IJQ J:!n teg ura n da r i _ _Q ih .~k Ment~ri _ t ~ J ~ b _ ~ikell!9rka_nl su r a t

    5

  • 5/17/2018 Guru Bimbingan

    6/8

    KP(BS)8591/JldNII(56) bertarikh 6 Mei 1997 bertajuk PERLAKSANAAN KAUNSELORSEPENUH MASA dan Pekeliling Iktisas Bil. 3/96 bertarikh 11 Julai 1996 adalah dirujuk.Kedudukan Guru Kaunseling:

    Guru Kaunseling adalah dikeluarkan secara perjawatan "over and above" normaperuntukan perjawatan sekolah seperti yang diperuntukan dalam (326)95/ABM 96 danperkara ini telah diluluskan melalui minit YB Oato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,Menteri Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Disember 1995.

    Walau bagaimana pun, sehingga hari ini masih terdapat banyak sekolah keliru dengansituasi ini dan mengambil kira bifangan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam pengagihanjadual waktu. Ini menyebabkan perkhidmatan kaunseling sekolah terganggu dan murid

    I+

    tidak mendapatkan perkhidmatan yang disediakan kerana Guru Bimbingan dan Kaunselingmelaksanakan tugas sampingan (mengajar akademik atau kelas ganti) sedangkan tugashakiki mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada murid terabai.

    Harus diberi perhatian, kegagalan Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan khidmatanmereka tidak dapat diganti atau "relief' oleh mana-mana guru lain di sekolah. Maka, adalahwajar mereka diberi kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan

    melaksanakan perkhidmatan sepenuh masa kepada murid sebagaimana yang telahdipertanggung jawabkan ke atas mereka.

    Pihak pentadbiran sekolah yang masih tidak mematuhi ketetapan iniperlu diberi penjelasan dan ingatan serta dikehendaki menarik semuajadual waktu mengajar akademik atau kelas ganti berjadual (tetap)dengan serta merta. Penggunaan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi memenuhi[adual waktu di sekolah dengan terang menafikan wajaran serta melanggar keputusan

    ..

    6

  • 5/17/2018 Guru Bimbingan

    7/8

    io, '.;.Mesyuarat Jemaah Menteri dan arahan Menteri Pendidikan Malaysia seperti yangdinyatakan dalam PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DANKAUNSELING 01 SEKOLAH MENENGAH bertarikh 1 April 1996 dan PERLANTIKANKAUNSELOR SEPENUH MASA (KAUNSELOR PELAJAR) bertarikh 18 Mac 1996.-lampiran

    ..

    Maklumat di atas amat penting bertujuan untuk mengelakkan salah tafsiran tentang waktuperkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling (menengah dan rendah) dikalanqanpentadbir sekolah di seluruh negara. Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri seluruhnegara dirlJinta rnemanjangkan roak1umat berkenaan dan mematuhi segala peruntukanyang terkandung dalam surat berkenaan dan surat KP (8S) 8591/Jld Villi (56) bertarikh 6Mei 1997 .

    ..

    Sekian dimaklumkan dan pertimbangan Majlis Mesyuarat Tertinggi Pengurusan KPPMdipohon bagi menyokong dan meluluskan penambahbaikan pekeliling Guru Bimbingan danKaunseling Sekolah Menengah dan pelaksanaan pekeliling Guru Bimbingan danKaunseling Sekolah Rendah.

    Rujukan:

    .. 1. Pekeliling Iktisas Bil 3/96 bertarikh 11 Julai 19962. Surat KP(BS-HEP)8543/6D/(91) bertarikh 1 April 1996, PANDUAN PENGURUSAN

    PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH MENENGAH.3. Surat KP(BS-HEP)8543/6D/(91) bertarikh 18 Mac 1996, PERLANTIKAN

    KAUNSELOR SEPENUH MASA (KAUNSELOR PELAJAR)

    7

  • 5/17/2018 Guru Bimbingan

    8/8

    4. Surat KP(BS/PSR)8542/019/Jld.1 (9) bertarikh 27 Mei 1998 bertajuk TUGAS DANPERANAN KAUNSELOR PELAJAR. PERLAKSANAAN KAUNSELOR SEPENUHMASA.

    5. Surat KP(BS/HEP)8543/019/Jld.II(45) bertarikh 21 Mac 2000 bertajukPENEMPATAN GURU KAUNSELING SEPENUH MASA

    6. Surat KP(PP)0051/1/Jld.8/(24) bertarikh 3 Ogos 2001 bertajuk PERJAWATANGURU KAUNSELING SEPENUH MASA DI SEKOLAH MENENGAH DANSEKOLAH RENDAH.

    7. Surat JPA(S)253/2/11 Klt.72 bertarikh 5 November 2001 bertajuk PERLAKSANAANGURU KAUNSELING SEPENUH MASA DI SEKOLAH MENENGAH DANSEKOLAH RENDAH

    8. Surat KP(BS-MEN/REN)851 0106 bertarikh 19 Ogos 2002 bertajukPEMBERITAHUAN PERLANTIKAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEPENUH MASA (GKSM) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAHI BUKAN SISWAZAH

    9. Memo Perhubungan bertarikh 26 Julai 2001 bertajuk KERTAS MAKLUMANCADANGAN PEMBEKALAN GURU KAUNSELING SEPENUH MASA 01 SEKOLAHMENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH

    1O.Memo Perhubungan bertarikh 16 Julai 2001 bertajuk MAKLUMBALAS AWALKEPUTUSAN MESYUARAT JEMAAH MENTERI PADA 11 J'ULAI 2001.

    8