sekolah kurang murid

29
SEKOLAH KURANG MURID (SKM)

Upload: vince-here

Post on 23-Jun-2015

3.609 views

Category:

Education


33 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sekolah Kurang Murid

SEKOLAH KURANG MURID (SKM)

Page 2: Sekolah Kurang Murid

PENGENALAN SKM

• Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Di antaranya ialah jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar yang merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Page 3: Sekolah Kurang Murid

KRITERIA SKM

• Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang

• Hampir 90 peratus Sekolah Kurang Murid ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih

Page 4: Sekolah Kurang Murid

• Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan.

• penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman.

• mengamalkan pengajaran kelas bercantum.

• SKM kurang lengkap dan biasanya merupakan pondok-pondok kecil sahaja.

Page 5: Sekolah Kurang Murid

• mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah.

• terletak di kawasan-kawasan terpencil yang bilangan penduduknya tidak ramai

Page 6: Sekolah Kurang Murid

KAEDAH PELAKSANAAN SKM

• Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa

• Perlaksanaan kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan

Page 7: Sekolah Kurang Murid

• Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 )

• Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum.

Page 8: Sekolah Kurang Murid

CIRI-CIRI KELAS BERCANTUM

• Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

• umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum berlainan mengikut tahun persekolahan mereka

• Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam kelas bercantum.

Page 9: Sekolah Kurang Murid

• Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14 orang.

• Bilangan kelas bercantum akan ditentukan dengan membuat pertimbangan berdasarkan bilangan murid dalam setiap tahun persekolahan.

• jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid, maka tiga tahun persekolahan dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum.

Page 10: Sekolah Kurang Murid

• seorang guru ditugaskan mengajar murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan secara serentak dalam sebuah kelas yang sama

• kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga pengajar yang sedia ada

• contoh, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum.

Page 11: Sekolah Kurang Murid

• Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah kelas

• Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat disesebuah sekolah berkenaan.

Page 12: Sekolah Kurang Murid

• strategi pengajaran dan pembelajarannya yang tersendiri dan berbeza daripada kelas biasa

• semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan

• memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru yang terlibat perlu memilih dan merancang strategi pengajaran yang sesuai untuk menyelenggarakan bilik darjah

Page 13: Sekolah Kurang Murid

• murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah dan memerlukan perhatian dan layanan perlu diutamakan oleh guru.

• murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR.

• kelas Tahun 1 dan Tahun 6 seeloknya tidak dicantumkan dan dijadikan kelas biasa

• kriteria ini tidak semestinya dapat dipenuhi oleh sekolah .

• bergantung kepada pihak sekolah yang perlu memikirkan kriteria yang sesuai berdasarkan keutamaan dan keadaan sekolah itu sendiri

Page 14: Sekolah Kurang Murid

• keadaan bangunan dan kemudahan-kemudahan sekolah yang mempunyai kelas bercantum biasanya kurang lengkap dan biasanya merupakan pondok-pondok kecil sahaja

• hanya mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah.

• Jika sekolah itu hanya mempunyai dua buah bilik darjah, maka kelas bercantumnya terdiri daripada murid-murid dari tiga tahun persekolahan.

Page 15: Sekolah Kurang Murid

STRATEGI PELAKSANAAN SKM

• membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar

• menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke sekolah pedalaman

• merintis penggunaan solar hybrid

• merintis penggunaan empangan mini

• menyediakan bekalan air ke sekolah,

Page 16: Sekolah Kurang Murid

• menambah baik Sekolah Kurang Murid

• menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan

• mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid.

Page 17: Sekolah Kurang Murid

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN KELAS BERCANTUM

STRATEGI PERTAMA• penyusunan bilik darjah iaitu melibatkan

penyusunan kerusi-meja dan alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

• Sebagai contoh, sebuah kelas bercantum bagi murid-murid Tahun 1 dan 2, murid-murid Tahun 1 disusun secara berkumpulan, manakala murid-murid Tahun 2 duduk secara formal.

Page 18: Sekolah Kurang Murid

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN KELAS BERCANTUM

• Dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di tempat pengadang yang diletakkan ditengah-tengah kelas sebagai pembahagi kelas.

• Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu.

Page 19: Sekolah Kurang Murid

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN KELAS BERCANTUM

• penyusunan jadual waktu kelas bercantum yang disusun berdasarkan peruntukan masa yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.

• Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Matematik, murid-murid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama.

• pengurusan alat bantu mengajar adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Page 20: Sekolah Kurang Murid

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN KELAS BERCANTUM

• guru mestilah memastikan setiap murid mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

• percantuman kemahiran-kemahiran untuk diajarkan dalam waktu pelajaran yang sama perlu dititikberatkan.

• Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam sebuah kelas bercantum di mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan murid dan guru menyampaikan pelajaran secara bergilir-gilir, kumpulan demi kumpulan.

Page 21: Sekolah Kurang Murid

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN KELAS BERCANTUM

• kaedah individu juga kadangkala harus digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah kelas bercantum.

• Strategi penggabungjalinan, penyerapan dan pemulihan juga boleh diubahsuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum.

Page 22: Sekolah Kurang Murid

PROGRAM GEMILANG 7(G7)

• Program Gemilang 7 merupakan salah satu cara untuk mengatasi kekurangan SKM dalam aspek-aspek antara lain sumber manusia, kemudahan asas, buku dan sumber rujukan. Program ini merupakan perkongsian pintar tujuh buah sekolah yang dikategorikan sebagai kurang murid di zon kurikulum 1, daerah Segamat.

Page 23: Sekolah Kurang Murid

• SKM yang terlibat adalah:

• SK Spang Loi, Batu Anam,

• SK Balai Badang, Batu Anam,

• SK Tambang, Batu Anam,

• SK Mensudut Pindah, Batu Anam,

• SK Mensudut Lama, Batu Anam,

• SK Kampung Awat, Batu Anam,

• SK Kemedak, Batu Anam.

Page 24: Sekolah Kurang Murid

Objektif g7

• Mewujudkan kepimpinan ang berkesan di kalangan G7;

• Menjadikan G7 sebagai penyumbang kepada peningkatan prestasi UPSR;

• Menjadikan G7 sekolah yang gemilang dan berkesan;

• Mewujudkan budaya kerja yang gemilang dan terfokus melalui kepakaran dalaman dan luaran;

Page 25: Sekolah Kurang Murid

• Memupuk semangat kerjasama antara sekolah-sekolah G7 dan masyarakatnya;

• Melahirkan insane yang gemilang dan seimbang daripada masyarakat luar bandar;

• Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan G7 di samping dapat memupuk dan meningkatkan keupayaan jati diri di semua peringkat G7.

•  

Page 26: Sekolah Kurang Murid

Empat perkara utama yang menjadi teras kepada pembentukan program G7

• perkongsian dalam aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, bahan dan peralatan, dan bahan rujukan. Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkongsian yang terstruktur membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih sempurna

Page 27: Sekolah Kurang Murid

kesimpulan

• Menurut Hedges, Laine, Greenwalds (1994) dan Tribus (1996), sumber-sumber sesebuah organisasi seperti sumber kewangan, peralatan komputer dan kemudahan-kemudahan lain mempunyai pertalian yang rapat dalam menentukan standard dan pencapaian sesebuah sekolah dalam akademik mahupun kokurikulum .

Page 28: Sekolah Kurang Murid

Kebanyakan SJK(T) dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal atau bantuan kerajaan, namun sekolah masih mempunyai kemudahan seperti kemudahan komputer, alat bantu mengajar dan perpustakaan sekolah bagi membantu para murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Page 29: Sekolah Kurang Murid

Menurut Atan Long (1988), salah satu sifat penting yang perlu ada pada seseorang guru ialah menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya. Manakala Crow and Crow (1980), menyatakan guru sepatutnya dapat membimbing untuk menggerakkan pelajarnya untuk belajar, membantu pelajar membina sikap yang positif, memperbaiki teknik mengajar dan memperbaiki diri terhadap mutu pengajaran mereka.