sekolah dan komuniti2.docx

7
KURSUS KHAS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (KKKPP) 2012 INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA KUMPULAN 2 TAJUK 1 Bincangkan tindakan anda sebagai Guru Besar dalam meningkatkan kerjasama dan hubungan antara sekolah dan komuniti setempat. Ahli Kumpulan: Ramzi B. L. Yaakob SA Al Islahiyah (Rendah) Perlis Rokiah bt. Khalid SK Titi Tok Bandar Perlis Anishah bt. Ab rahman SK gunong bachok Kelantan Marimuthu A/P K. Balasundaran (SJKT) Tun Sambanthan Kedah

Upload: ramziby

Post on 17-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KURSUS KHAS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (KKKPP) 2012INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA

KUMPULAN 2

TAJUK 1

Bincangkan tindakan anda sebagai Guru Besar dalam meningkatkan kerjasama dan hubungan antara sekolah dan komuniti setempat.

Ahli Kumpulan:Ramzi B. L. Yaakob SA Al Islahiyah (Rendah)PerlisRokiah bt. Khalid SK Titi Tok Bandar PerlisAnishah bt. Ab rahman SK gunong bachokKelantanMarimuthu A/P K. Balasundaran (SJKT) Tun Sambanthan KedahLee Hooi Bee (SJKC) Nan KwangKedahTarnimalai A/L Govindasamy (SJKT) Ladang Lubuk Segintah KedahSubramaniam A/L Apalasamy (SJKT) Sg. Tukang Kedah

Pengurus : En. Ruslan Bin Shamsuddin IAB Cawangan Utara

PendahuluanSekolah merupakan institusi pendidikan yang ditubuh untuk memenuhi keperluan masyarakat supaya dapat melahirkan individu yang menguasai ilmu dan kemahiran yang pada akhirnya dapat menyumbang kembali kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Komuniti pula dapat diertikan sebagai satu kumpulan manusia yang tinggal dalam sebuah kawasan dimana setiap ahli-ahlinya mempunyai sistem hubungan antara satu sama lain dari segi sosio budaya dan aktiviit seharian .Bagi melahirkan insan yang seimbang maka perlu ada pelbagai usaha bagi mengekalkan hubungan murni antara sekolah dan komuniti sebagai satu ikatan yang padu melibatkan barisan kepimpinan, guru, murid, waris serta agensi yang terdapat di dalam komuniti tersebut. Di sinilah bermulanya peranan sebagai pengurus sekolah untuk menjana suatu hubungan agar ujudnya sikap saling memahami, toleransi, sedia menerima kritikan dan teguran, sedia berkongsi idea, tenaga dan ilmu demi kebaikan bersama khasnya untuk para pelajar yang bakal menerajui negara suatu masa nanti.Antara tindakan yang boleh diambil oleh Guru Besar untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan antara sekolah dan komuniti adalah berdasarkan kepada keperluan sekolah dan komuniti itu sendiri seperti berikut:

1. Peningkatkan prestasi akademik sekolah.i. Ahli komuniti yang terdiri daripada ahli akademik dan mempunyai kepakaran dimasukkan ke dalam jawatankuasa kecil Akademik PIBG supaya mereka dapat menyumbang idea dan tenaga membantu murid ke arah kecemerlangan. Tenaga dan kepakaran mereka dapat digunakan bagi mengajar kelas tambahan, ceramah motivasi dan membantu dalam kem peningkatan akademik sekolah.ii. Ibubapa juga boleh menyumbang tenaga dengan membantu murid belajar atau menyiapkan kerja sekolah pada masa tambahan di sekolah.

2. Peningkatkan prestasi Kokurikulum. i. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama ahli komuniti yang ada kepakaran di bidang kesenian dan permainan untuk melatih murid di sekolah dalam bidang kokurikulum.ii. Contohnya Dikir barat, kompang, boria dan lain-lain.iii. Ahli komuniti yang terdiri dari pasukan beruniform iaitu Pasukan Polis, tentera dan pertahanan awam juga klinik kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan unit uniform boleh membantu melatih murid dalam latihan kawad, perkhemahan serta latihan pertolongan cemas.

3. Peningkatan keselamatan sekolah.

i. Bagi meningkatkan keselamatan sekolah Jawatankuasa keselamatan sekolah ditubuhkan. Antara ahli komuniti yang terlibat di dalam jawatankuasa ini ialah Wakil ibi bapa, wakil guru, wakil murid, polis, rukun tetangga, Wakil Persatuan Belia, Bomba, Penghulu, Imam serta individu yang yang boleh menyumbang kepada sekolah.ii. Jawatankuasa ini membantu mengelakkan sekolah dari pencerobohan atau sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kerosakkan atau kehilangan aset sekolah.iii. Mereka juga dapat memberi pandangan yang berkaitan dengan tahap keselamatan sekolah.iv. Sekolah dapat menjadi tapak menyampai maklumat keselamatan kepada komuniti melalui ceramah dan pameran dari pihak polis sekolah.

4. Pembangunan dan keceriaan sekolah.i. Melalui PIBG, sekolah membentuk jawatankuasa pembangunan dan komuniti boleh memberi sumbangan dalam pembaikan kerosakkan kecil, gotong royong dan juga keceriaan sekolah.ii. Contohnya membaiki kerosakkan paip, mengecat, membaiki kerusi meja, melukis mural dan lain-lain.

5. Peluang pendedahan murid kepada komuniti.i. Murid didedahkan kepada komuniti dalam bentuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan, lawatan serta mendapat maklumat kerjaya.ii. Contoh: Program ziarah wargatua, gotong-royong bersih rumah ibadat dan tanah perkubur serta lawatan kerjaya ke Pusat Kesihatan, Balai Polis dan Balai Bomba.

6. Program bersama bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. i. Pihak sekolah boleh melibatkan komuniti dalam program-program tahunan yang dianjurkan oleh sekolah baik program menyambut Hari Kebesaran mahupun program sukan dan permainan.a. Program hari kebesaran: Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan maulidurrasul (masyarakat beragama Islam), Saraswathy Pooja(masyarakat India), Natokong (Masyarakat Cina) bersama komuniti.b. Program Sukan dan permainan : Ibubapa mengambil bahagian dalam acara sukan sekolah bersama dengan guru-guru. Contohnya . Tarik Tali, Lumba lari. 7. Khidmat masyarakat kepada komuniti.i. Pihak sekolah mengadakan Hari terbuka di mana komuniti dapat hadir untuk mendapat perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh agensi-agensi kerajaan seperti Pameran Anti Dadah, perkhidmatan rawatan kesihatan dan juga pameran kerjaya.ii. Program sebegini mendekatkan waris dengan warga sekolah serta agensi-agensi yang berkenaan. 8. Penyediaan kemudahan untuk kegunaan komuniti.

i. Pihak sekolah memberi peluang kepada komuniti untuk menggunakan kemudahan yang ada di sekolah.Contohnya a. Bilik ICT dapat digunakan oleh ibubapa untuk mengakses internet bagi mendapat maklumat misalnya melihat pencapaian murid dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah .b. Penggunaan padang sekolah untuk kegunaan waris mengadakan sebarang pertandingan atau permainan.

9. Mengadakan aktiviti bersama untuk mendapatkan Sumber kewangan sekolah.

Komuniti dan sekolah dapat menganjurkan aktiviti bersama yang boleh menjana kewangan sekolah seperti Malam Amal, Jamuan amal, Hari Kantin atau pasaria. Melalui progran sebegini bukan sahaja hubungan antara sekolah dan komuniti dapat dieratkan malah ia dapat mengumpul kewangan untuk sekolah bagi meningkatkan kemudahan kepada murid.

KesimpulanKerjasama antara sekolah dan komuniti amat penting untuk membawa sekolah dan komuniti sama-sama menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi sudah pasti pelajar yang berilmu pengetahuansukar dihasilkan.Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di sekolah dan kerjasama sekolah itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana hubungan kedua-duanya boleh diibaratkan sebagai aur dengan tebing.

Kesimpulan: hasil hubungan sekolah/komuniti