sekolah bestari (1)

5
Aktiviti 10.3 Sejauh manakah pencapaian sekolah bestari menjelang 2010 sepertimana yang dirancangkan pada tahun 1997? Pendidikan merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan. Justeru perkembangan pendidikan berkembang secara beransur-ansur bermula dari kemerdekaan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan dan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara. Selaras dengan perkembangan pendidikan serta hasrat negara mencapai matlamat wawasan 2020 iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi. Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru. Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan. Sekolah Bestari juga akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar samada kuat atau lemah, kaya atau miskin dapat mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Upload: azieda-azilima

Post on 13-Jul-2015

1.158 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Aktiviti 10.3

Sejauh manakah pencapaian sekolah bestari menjelang 2010 sepertimana yang

dirancangkan pada tahun 1997?

Pendidikan merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan. Justeru

perkembangan pendidikan berkembang secara beransur-ansur bermula dari kemerdekaan

sehinggalah negara mencapai kemerdekaan dan mengalami perubahan yang pesat dalam

sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara

sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya

dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras

dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara.

Selaras dengan perkembangan pendidikan serta hasrat negara mencapai matlamat

wawasan 2020 iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui

kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta

bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi. Di samping itu, falsafah pendidikan

negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan

bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah

mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki

sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi

cabaran alaf baru.

Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC)

yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah

sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah

dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya

cara untuk maju ke hadapan. Sekolah Bestari juga akan membawa kepada pendemokrasian

pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia

merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar samada kuat atau lemah, kaya atau

miskin dapat mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan

gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian

dibina dalam sistem pendidikan.

Konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis

dan kreatif. Pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran –

pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman

Maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum,

pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran dan pembelajaran, akan direka semula untuk

membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong

murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar

pembelajaran sendiri. Selain itu melalui pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan

tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah

dikomputerankan. Ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan

akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak

akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan

pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.

Tiga aspek penting harus dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, iaitu yang pertama ialah

menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan

alatan berkaitan, peralatan siding video dan audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan

mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian, e-mail,

browser internet, alat pengarang dan perisian latihan. Kedua, aspek latihan bagi guru-guru

amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk

membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Hal Ini penting untuk

menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan

paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru. Ketiga, aspek bahan kursus.

Bagi kandungan dan bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan.

Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar.

Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang seperti pukal disket yang lengkap, interaktif,

mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi

input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.

Dalam pada masa yang sama sekolah bestari diwujudkan dengan hasrat menjadikan

pembelajaran lebih menarik, menggalakkan, merangsangkan dan bermakna melibatkan

minda, semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajaran,membina asas kemahiran untuk

menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira

pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar.Pedagogi Sekolah Bestari bertujuan menggunakan

pelbagai strategi pembelajarn yang sesuai bagi memastikan penguasaan keterampilan asas dan

meningkatkan perkembangan holistik dan mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran

individu bagi meningkatkan prestasi pelajar serta mewujudkan suasana bilik darjah yang

bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan berkaitan sejauhmana Pencapain sekolah Bestari menjelang 2010 seperti

yang dirancang pada tahun 1997 tidak dapat ukur dan nilai kerana kita sedia maklum bahawa

perlaksanaan sekolah bestari memerlukan peruntukan yang banyak dan juga timbul isu sosial

yang mana berlaku ketidakseimbangan antara golongan pelajar miskin dan juga golongan

kaya, serta antara pelajar bandar dan luar bandar dalam proses mengaplikasikan Sekolah

Bestari. Jurang perbezaan tetap wujud antara sekolah bestari atau sebaliknya, namun langkah-

langkah penyelesaian yang diambil menerusi bantuan-bantuan terhadap golongan

berpendapatan rendah dan perluasan program ke seluruh negara secara berperingkat. Latihan

guru dengan melengkapkan diri dengan penggunaan komputer serta menerusi pedagogi

bestari yang tidak tertumpu golongan terpilih sahaja sedikit sebanyak meningkatkan

pencapaian Sekolah Bestari. Seterusnya murid-murid luar bandar diberi peluang yang sama

untuk akses kepada teknologi maklumat. Pihak swasta dan pihak kerajaan turut membantu

sekolah luar bandar dengan memberi peruntukan yang besar, bantuan secara langsung kepada

golongan kurang berkemampuan memperolehi peralatan maklumat, penubuhan makmal-

makmal teknologi maklumat dan sebagainya adalah antara usaha meningkatkan pencapaian

sekolah bestari menjelang 2010.

Selain itu antara hasil pencapaian sekolah bestari yang dapat dikenal pasti menerusi

perlaksaan di beberapa buah sekolah memperlihatkan pencapaian yang membanggakan iaitu

yang pertama dapat dilihat menerusi pembelajaran pelajar telah berubah bercorak ke arah

kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Pelajar meneroka dan

memperolehi sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan proses pembelajaran berubah daripada

berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar itu sendiri.

Keduanya melalui pembentukan diri pelajar ke arah pembelajar aktif . Pembelajaran

yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta

menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah

memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar

bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap

keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk

mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan

global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru -

guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia.

Ketiga melalui kurikulum pula lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum dirancang

supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka

berdasarkan matlamat. Hal Ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak -

kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan mengambil kira keupayaan,

minat dan keperluan pelajar yang berbeza - beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan

kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk pelajar

mencapai perkembangan yang seimbang.

Keempat adalah berdasarkan dunia pelajar dapat diperluaskan melalui perhubungan,

pendidikan dan sosial. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan

mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan

dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini

dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah

pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak

dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Hal Ini memberi makna

baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar

sekolah. Oleh itu, pelajar diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan

selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan

menggunakan bahasa antarabangsa juga ditekankan. Kesemua yang diperjelaskan antara

pencapaian yang dapat diperlihatkan menerusi perlaksanaan sekolah bestari.

Kesimpulannya, meskipun pelbagai tanggapan serta salah faham yang meluas dalam

kalangan warga pendidik dan ibu bapa menerusi perlaksanaan sekolah bestri yang menyangka

sekolah bestari adalah sekolah yang mesti menggunakan komputer dan kemudahan ICT

semata-mata. Namun penggunaan ICT hanyalah pemangkin dalam melaksanakan konsep

bestari sedangkan terdapat banyak lagi faktor ke arah pembestarian dalam persekolahan yang

menggerakkan ke arah kecemerlangan pelajar ke peringkat yang tertinggi. Dalam pada masa

yang sama hasrat dan rancangan masa depan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan

Malaysia mengalakkan semua sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan

mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri. Kementerian Pendidikan juga sedang

merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari

secara berperingkat-peringkat serta kemajuaan dalam pendidikan dapat dicapai sepenuhnya.

sumber maklumat : http://malaysiakita.tripod.com/bestari.html

.