sek 20 award_18227

Upload: salam-salam-solidarity-fauzi-ibrahim

Post on 04-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    1/15

    MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

    KES NO. 7(27)(7)/4-312/11

    DI ANTARA

    MADHAVAN A/L LETCHEMANAN

    DENGAN

    SEH BROTHERS TRADING SDN. BHD.

    AWARD NO: 108 TAHUN 2013

    Di hadapan : TUAN HAMDAN BIN INDAH - PENGERUSI(Bersidang Berseorangan)

    Tempat : Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur.

    Tarikh Rujukan: 22.10.2010

    Tarikh Perbicaraan: 8.11.2012 & 21.12.2012.

    Tarikh Sebutan: 5.5.2011, 6.7.2011, 9.12.2011,12.1.2012, 28.2.2012, 4.4.2012,25.4.2012, 17.7.2012 & 28.9.2012.

    Perwakilan : Encik A. Balasubramaniam dari M.T.U.CMewakili pihak Yang Menuntut.

    Cik Haisha Dewi binti Zaid

    dari Tetuan Yeong & MakMewakili pihak Syarikat.

    Rujukan:Ini adalah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3)

    Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bersabit dengan

    pembuangan kerja Madhavan a/l Letchemanan (selepas ini

    disebut sebagai Yang Menuntut) oleh Seh Brothers Trading

    Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Syarikat).

    1

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    2/15

    AWARD

    Yang Menuntut diwakili oleh Encik A. Balasubramaniam dari

    M.T.U.C telah memfailkan penyata kesnya pada 23.5.2011

    mendakwa beliau telah dibuang kerja oleh majikannya, Seh

    Brothers Sdn. Bhd. tanpa sebab yang sah dan alasan yang

    adil.

    2. Seh Brothers Sdn. Bhd. (selepas ini dipanggil sebagai

    Syarikat) menjalankan perniagaan pengangkutan menghantar

    barang-barang yang mana telah mengambil Yang Menuntut

    bekerja sebagai pemandu.

    3. Di dalam penyata pembelaan Syarikat yang difailkan

    oleh peguam mereka Tetuan Yeong & Mak menafikan

    tuntutan Yang Menuntut. Syarikat mengatakan Yang

    Menuntut adalah sub-kontraktor di mana gajinya dibayar

    mengikut jumlah perjalanan yang dilakukannya.

    4. Apabila kes dipanggil untuk perbicaraan pada

    8.11.2012, Encik Balasubramaniam telah mencadangkansupaya Mahkamah menentukan isu samaada Yang Menuntut

    seorang pekerja terlebih dulu sebelum meneruskan

    perbicaraan penuh untuk menentukan samaada Yang

    Menuntut telah dibuang kerja atas alasan yang adil dan sebab

    yang sah.

    2

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    3/15

    5. Cik Haisha Dewi, peguam yang mewakili Syarikat tidak

    membantah atas syor tersebut. Beliau telah mengemukakan

    satu ikatan dokumen yang ditanda CO dan memanggil

    seorang saksi Encik Seh Boon Chiew yang merupakan

    Pengurus Syarikat.

    6. Di dalam penyata saksinya yang ditanda COWS(1), Encik

    Seh Boon Chiew mengatakan Yang Menuntut mula bekerja

    pada Ogos 2006 sebagai sub-kontraktor untuk membawa lori

    kepunyaan Syarikat menghantar barang-barang kepunyaanpelanggan Syarikat.

    7. Olehitu Syarikat tidak bertanggungjawab untuk

    membayar caruman KWSP dan gajinya dibayar mengikut

    jumlah perjalanan yang dilakukan sepertimana bukti slip gaji

    dan 'payment voucher' di exhibit SB-4 ikatan CO.

    8. COW-1 juga telah merujuk exhibit SB-1 CO

    membuktikan Yang Menuntut bersetuju Syarikat tidak akan

    membayar caruman KWSP.

    9. Syarikat juga tidak menyediakan kad perakam waktu

    untuk Yang Menuntut dan jika bercuti memadai dengan

    memberitahu kepada Syarikat secara lisan. Tidak ada

    keperluan untuk mengisi borang dan mendapat kebenaran

    Syarikat terlebih dahulu.

    3

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    4/15

    10. Semasa disoalbalas oleh Encik Balasubramaniam

    COW-1 mengatakan Yang Menuntut tidak tentu masa untuk

    masuk kerja tetapi Yang Menuntut mengambil arahan bekerja

    dari beliau atau dari penyelia (supervisor). Yang Menuntut

    tidak perlu datang ke pejabat setiap hari.

    11. Mengenai gaji Yang Menuntut, COW-1 memberitahu

    Syarikat membayar ikut trip. Satu trip dibayar RM60.00

    sebagai komisyen.

    12. Syarikat juga tidak akan membayar apa-apa denda jika

    Yang Menuntut melakukan kesalahan lalulintas kecuali

    kesalahan atas lori seperti ketiadaan lampu dan sebagainya.

    Kes Yang Menuntut

    13. Yang Menuntut semasa memberi keterangan

    memberitahu dia tidak diberikan surat perlantikan kerja dan

    tidak ada sebarang syarat dan terma perkhidmatan.

    14. Fakta ini juga diplidkan di dalam penyataan kes. Selain

    dari itu Yang Menuntut mengatakan dia tidak diberi cuti

    tahun atau cuti sakit.

    15. Yang Menuntut juga telah melaporkan kepada Perkeso

    mengatakan Syarikat tidak pernah membuat potongan seperti

    yang diperuntukkan oleh undang-undang.

    4

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    5/15

    16. Semasa disoalbalas mengenai surat caruman KWSP di

    exhibit SB-1 Yang Menuntut menjawab dia hanya menanda-

    tangani sahaja kerana surat itu disediakan oleh Syarikat.

    17. Pada 28.1.2010 Yang Menuntut telah menulis surat

    kepada Syarikat untuk mengetahui kedudukannya di Syarikat

    dan memohon untuk dipulangkan duit deposit yang masih

    berbaki sebanyak RM2,200.00.

    18. Apa yang berlaku Syarikat telah mengeluarkan 2 suratbertarikh 1.2.2010 atas perkara Berhenti Kerja Dengan Seh

    Brothers Sdn. Bhd. yang dikemukakan sebagai exhibit CL-4

    dan CL-5. Kandungan surat-surat tersebut adalah seperti

    berikut:-

    CL-4:

    Tarikh : 01 Februari 2010

    Per: Berhenti Kerja Dengan Seh BrothersTrading Sdn. Bhd.

    Adalah dimaklumkan bahawa saya Madhavan A/LLetchemanan, IC No. 781012-10-5403 telah berhentikerja dengan Seh Brothers Trading Sdn Bhd mulai hari24/01/2010.

    Sekian terima kasih.

    .............................Madhavan A/L Letchemanan781012-10-5403.

    5

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    6/15

    CL-5:

    SEH BROTHERS TRADING SDN. BHD.Lot 398, Bt. 12 Sg. Rambai, 42600 Jenjarom,

    K. Langat, Selangor Darul Ehsan.

    Tarikh: 01 Februari

    Per: Berhenti Kerja Dengan Seh BrothersTrading Sdn. Bhd.

    Adalah dimaklumkan bahawa Madhavan A/LLetchemanan, IC No. 781012-10-5403 telah berhentikerja dengan Seh Brothers Trading Sdn. Bhd. mulai hari24/01/2010. Disebabkan beliau sentiasa melanggardan tidak mengikut peraturan syarikat dan telahmemberi banyak amaran surat. Pemandu tersebut puntidak mahu mengikut juga. Syarikat kami masihmemberi peluang lagi bagi pemandu tersebut. Tetapikali ini terlalu lampau. Oleh itu syarikat kami telahmemberi banyak peluang, tetapi kali ini ialah kaliterakhir.

    Sekian terima kasih.

    ............................. ......................Seh Brothers Trading Sdn. Bhd. Madhavan A/L

    Letchemanan781012-10-5403

    19. Pada 5.2.2010 Yang Menuntut telah menghantar satu

    lagi surat kepada Syarikat membantah tindakan Syarikat

    memotong depositnya dan mengeluarkan surat berhenti kerja.

    Dengan itu Yang Menuntut menganggap Syarikat telah

    berhentikan kerjanya berkuatkuasa 24.1.2010 tanpa

    sebarang kesalahan yang serius.

    6

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    7/15

    Keputusan Mahkamah

    20. Semasa membuat hujahan lisan Encik

    Balasubramaniam telah mengatakan Syarikat tidak dapat

    membuktikan Yang Menuntut adalah seorang sub-kontraktor,

    sebaliknya Yang Menuntut adalah seorang pekerja

    berdasarkan kepada fakta berikut:-

    (1) Lori yang dipandu oleh Yang Menuntut kepunyaan

    Syarikat.

    (2) Syarikat bertanggungjawab atas urusan/

    penyelenggaraan lori tersebut termasuk membaikikerosakan.

    (3) Tanggungjawab saman oleh pihak berkuasa yang

    dikenakan ke atas lori adalah tanggungjawab

    Syarikat.

    (4) Caruman KWSP dibuat atas nama Syarikat sebagai

    majikan.

    (5) Yang Menuntut tidak membuat tuntutan terus

    kepada pelanggan. Segala penyata perjalanan

    Yang Menuntut disediakan oleh Syarikat sendiri.

    21. Bagi menyokong hujahannya Encik Balasubramaniam

    telah mengemukakan kes Ready Mixed Concrete (South

    East) Ltd. v. Minister of Pensions and National Insurance

    [1968] 2QB497 di mana isu yang dipertikaikan adalah

    hampir sama iaitu:-

    Whether an owner driver of a vehicle used

    exclusively for the delivery of a company's ready

    mixed concrete was engaged under a contract of

    service or a contract for services.

    7

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    8/15

    Mackenna Jtelah memutuskan:-

    ...I must now consider what is meant by a contract

    of service exists if the following three conditions are

    fulfill:

    (i) The servant agrees that in consideration of a

    wage or other remuneration he will provide his

    own work and skill in the performance of some

    service for his master.

    (ii) He agrees, expressly or impliedly, that in the

    performance of that service he will be subject to

    the other's control in a sufficient degree to make

    that other master.

    (iii) The other provisions of the contract are

    consistent with its being a contract of service ..

    22. Bagi menjawab hujah itu, Cik Haisha Dewi telah

    mengemukakan rangka hujahan yang menegaskan Yang

    Menuntut adalah seorang sub-kontraktor. Alasan beliau

    ialah:-

    (i) Yang Menuntut tidak pernah diberikan suratlantikan kerja dan tiada sebarang terma dan syarat

    perkhidmatan secara bertulis.

    (ii) Yang Menuntut dibayar gaji mengikut komisyen

    perjalanan setiap hari.

    8

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    9/15

    (iii) Syarikat tidak bertanggungjawab untuk membayar

    KWSP kepada Yang Menuntut sepertimana diakui

    sendiri oleh Yang Menuntut dengan menanda-

    tangani surat di exhibit SB-I.

    (iv) Slip gaji Yang Menuntut dengan tertulis perkataan

    sub-kontraktor yang mana bayaran gaji bergantung

    kepada trip perjalanan.

    (v) Yang Menuntut diambil bekerja di bawah kontrak

    untuk perkhidmatan bukan kontrak pekerjaan.

    (vi) Yang Menuntut gagal untuk membuktikan beliau

    seorang pekerja seperti yang diperuntukkan di

    bawah seksyen 101 dan seksyen 102 Akta

    Keterangan 1950.

    23. Beliau telah merujuk kepada 2 kes-kes berikut untuk

    menyokong hujahannya:-

    (i) Hong Kiang Ngan v. Mahkamah Perusahaan

    Malaysia & Anor [1996] 3 AMR 3693.

    (ii) Lau Yau Chai v. Johore Mining & Stevedoring Co

    Sdn Bhd [1997] 1 MLJ 778.

    24. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak Yang

    Menuntut dan pihak Syarikat serta meneliti semua

    keterangan yang ada di hadapan Mahkamah adalah pendapat

    Mahkamah bahawa adalah satu undang-undang yang betul

    jika terdapat pertikaian samaada Yang Menuntut seorang

    9

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    10/15

    pekerja atau tidak, maka Mahkamah perlulah memutuskan

    isu tersebut terlebih dahulu sebelum memutuskan isu yang

    seterusnya iaitu Yang Menuntut telah dibuang atas sebab

    yang sah dan alasan yang adil.

    25. Prinsip ini diputuskan oleh Mahkamah Agong dalam kes

    Kathiravelu Ganesan & Anor v. Kojasa Holdings Bhd

    [1977] 3 CLJ 777di perenggan (5b):-

    Where a challenge is not thus taken, the Industrial

    Court must be permitted to decide the dispute toconclusion, and in the process deal with the

    jurisdictional question e.g. whether the claimant is a

    workman or not or whether the matter involves the

    exercise of extra-territorial jurisdiction. On no

    account ought such matters to be dealt with as

    preliminary objections.

    26. Terbaharu Mahkamah Rayuan telah juga menerima

    pakai prinsip ini dalam kes Tan Sri Dato' Wan Sidek bin

    Wan Abdul Rahman v. Rahman Hydraulic Tin Bhd [2012]

    6 MLJ 681 di mana diputuskan di perenggan (16) dan (19)

    seperti berikut:-

    (16) The above approach is not something strange

    in law. It is in line with the dicta of Gopal Sri

    Ram JCA (as he then was) in the case of

    Kathiravelu Ganesan & Anor v. Kojasa

    Holding Sdn Bhd [1997]2 MLJ 685 cited by

    the learned chairman where the Supreme

    Court, inter alia, opined that 'where the

    10

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    11/15

    challenge (to the threshold jurisdiction of the

    Industrial Court) is not thus taken, the

    Industrial Court must be permitted to decide

    the dispute to conclusion and in the process to

    deal with the jurisdictional question, eg

    whether the particular workman is a

    workman...

    (19) As clearly stated by Mohd Azmi J in that case,

    it is for the Industrial Court to decide whether

    Dr Dutt (the claimant) is a 'workman'. If he is a

    'workman' the court must decide, whether he

    has been dismissed without just cause or

    reason. Likewise, we should add that if he is

    not a 'workman' the matter ends there and the

    claim must be dismissed.

    27. Pekerja pula diberi definasi di bawah seksyen 2 Akta

    Perhubungan Perusahaan 1967 sebagai:-

    'workman' means any person, including an

    apprentice, employed by an employer under a

    contract of employment to work for hire or reward

    and for the purposes of any proceedings in relation to

    a trade dispute includes any such person who has

    been dismissed, discharged or retrenched in

    connection with or as a consequence of that dispute

    or whose dismissal, discharge or retrenchment has

    led to that dispute.

    11

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    12/15

    28. Oleh itu isu samaada seorang pekerja itu mempunyai

    kontrak bekerja secara bertulis atau tidak bukanlah satu isu

    utama yang perlu diputuskan. Apa yang perlu diputuskan

    ialah samaada seorang pekerja itu bekerja di bawah kontrak

    perkhidmatan (contract of service) atau kontrak untuk

    perkhidmatan (contract for service).

    29. Mahkamah ini dalam Award No. 1108/2011, di antara

    Encik Ganesan a/l Appalasamy v. Wong Engineering &

    Earthworks (Kes No. 7/4-2164/04) telah juga memutuskanisu yang sama samaada Yang Menuntut seorang pekerja atau

    sub-contractor cum lorry driver.

    30. Di sini terdapat sedikit perbezaan di segi fakta kerana

    Yang Menuntut berada di bawah kawalan Syarikat di mana

    Syarikat telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab apabila

    Yang Menuntut tidak datang bekerja selama 3 hari berturut-

    turut.

    31. Yang Menuntut juga telah mengemukakan bukti

    dokumen waktu kerja beliau dari Februari hingga Oktober

    2002 yang dikeluarkan oleh Syarikat. Yang Menuntut juga

    telah dibayar bonus bulanan, potongan KWSP dan Socso.

    32. Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah, keterangan

    Yang Menuntut hanya mengatakan Syarikat ada membuat

    potongan KWSP dan Socso. Tidak ada keterangan lain yang

    boleh mengkaitkan hubungan di antara Yang Menuntut

    dengan Syarikat sebagai majikan.

    12

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    13/15

    33. Mengenai dakwaan Yang Menuntut ini, Syarikat telah

    mengemukakan 2 dokumen dalam exhibit SB-1 yang

    menunjukkan Syarikat tidak membayar caruman KWSP

    kepada sub-kontraktor. Kedua-dua surat ini telah ditanda-

    tangani oleh Yang Menuntut dan Seh Boon Hua bagi pihak

    Syarikat.

    34. Oleh itu keterangan Yang Menuntut mengatakan dia

    terpaksa menandatangani dokumen tersebut tidak bolehditerima kerana maxim non-estfactum terpakai di sini.

    35. Tambahan pula tidak ada tindakan dari pihak KWSP

    dan Socso yang boleh menyokong keterangan Yang Menuntut

    yang mendakwa aduan telahpun dibuat ke atas Syarikat

    kerana gagal membuat caruman ke atas gaji beliau.

    36. Dalam kes Soo Yoke Yew v. Yushiro Jet Chemical

    Sdn. Bhd. [2012] 1 ILR 43 Award No. 1459/2011, Y.A.

    Pengerusi Mahkamah Perusahaan telah menyentuh mengenai

    isu EPF dan bayaran Cukai Pendapatan dengan memutuskan

    seperti berikut:-

    The EPF and Income Tax payments could not help

    the Claimant in the circumstances as she had been

    the one who making the decision on whether to make

    payments. Thus she had not been an employee and

    there had thus not been a dismissal.

    13

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    14/15

    37. Olehkerana Yang Menuntut telah gagal untuk

    mengemukakan keterangan lain yang lebih konkrit untuk

    menunjukkan hubungan pekerja dan majikan Mahkamah ini

    bersetuju dengan hujah peguam Syarikat bahawa Yang

    Menuntut bukanlah seorang pekerja.

    38. Faktor hubungan antara Yang Menuntut dengan

    majikan adalah penting untuk membuktikan samaada beliau

    seorang pekerja yang bekerja mengikut kontrak perkhidmatan

    (contract of service) atau kontrak untuk perkhidmatan(constract of services).

    39. Prinsip ini diputuskan dalam kes Hoh Kiang Ngan v.

    Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [1996] 3 AMR

    3728di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti

    berikut:-

    In all cases where it becomes necessary to

    determine whether a contract is one of service or for

    services, the degree of control which an employer

    exercises over a claimant is an important factor,

    although it may not be the sole criterion. The terms

    of the contract between the parties must, therefore,

    first be ascertained. Where this is in writing, the

    task is to interpret its terms in order to determine the

    nature of the latter's duties and functions. Where it

    is not then its terms must be established and

    construed. But in the vast majority of cases there

    are facts which go to show the nature, degree and

    extent of control. These include, but are not confined,

    14

  • 7/29/2019 SEK 20 AWARD_18227

    15/15

    to the conduct of the parties at all relevant times.

    Their determination is a question of fact. When all

    the features of the engagement have been identified,

    it becomes necessary to determine whether the

    contract falls into one category or the other, that is to

    say, whether it is a contract of service or a contract

    for services.

    40. Dengan itu Mahkamah memutuskan untuk menolak

    tuntutan Yang Menuntut tanpa perlu memutuskan isuseterusnya samaada Yang Menuntut telah dibuang kerja atas

    sebab yang adil dan sah.

    DIPERTURUNKAN PADA 14 JANUARI 2013.

    ( HAMDAN BIN INDAH )PENGERUSI

    MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIAKUALA LUMPUR

    15