sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran

4
INTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Pemerhatian Saya telah menjalankan pemerhatian selama 5 hari di sekolah kebangsaan Convent Green Lane. Sepanjang di sekolah tersebut, saya telah memerhati Budaya dan Persekitaraan sekolah, Kemudahan sekolah, Geografi sekolah, Disiplin murid, Pengurusan sekolah dan strategi sekolah dalam memaksima pemahaman Murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Aspek pertama dalam pemerhatian saya iaitu budaya dan persekitaraan sekolah dapat dilihat melalui kemesraan yang diberikan kepada kami oleh semua warga sekolah sewaktu kami menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Saya percaya bahawa budaya ini telah dididik oleh sekolah untuk murid-murid mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap guru dan kakitangan sekolah yang lain. Selain itu, persekitaraan sekolah juga sentiasa bersih, hal ini kerana Pihak Sekolah sentiasa menginggatkan murid-murid. Ini dapat dilihat semasa mereka berkumpul sebelum masuk ke kelas, di mana setiap dari mereka telah diberikan satu penyepit untuk

Upload: jaim-domunih

Post on 29-Jul-2015

589 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Setiap Aktiviti Pembelajaran

INTRUMEN PENGUMPULAN

DATA BERHUBUNG TUGASAN

4.1. Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian selama 5 hari di sekolah kebangsaan

Convent Green Lane. Sepanjang di sekolah tersebut, saya telah memerhati Budaya

dan Persekitaraan sekolah, Kemudahan sekolah, Geografi sekolah, Disiplin murid,

Pengurusan sekolah dan strategi sekolah dalam memaksima pemahaman Murid dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Aspek pertama dalam pemerhatian saya iaitu budaya dan persekitaraan sekolah

dapat dilihat melalui kemesraan yang diberikan kepada kami oleh semua warga sekolah

sewaktu kami menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Saya percaya bahawa budaya ini

telah dididik oleh sekolah untuk murid-murid mempunyai rasa hormat yang tinggi

terhadap guru dan kakitangan sekolah yang lain. Selain itu, persekitaraan sekolah juga

sentiasa bersih, hal ini kerana Pihak Sekolah sentiasa menginggatkan murid-murid. Ini

dapat dilihat semasa mereka berkumpul sebelum masuk ke kelas, di mana setiap dari

mereka telah diberikan satu penyepit untuk menyepit sampah di kawasan sekolah

tersebut dalam masa 5 minit agar keadaan kebersihan sekolah yang bersih dapat di

kekalkan

Walaupun sekolah ini hanya sebuah sekolah bantuan modal kerajaan yang tidak

menerima sepenuhnya bantuan daripada KPM tetapi sekolah ini mampu untuk

mewujudkan sebuah Pusat Akses iaitu Makmal Komputer dengan bantuan daripada

PIBG sekolah yang sentiasa aktif dalam membantu menyediakan kemudahan yang

Page 2: Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Setiap Aktiviti Pembelajaran

mencukupi untuk murid di sekolah tersebut. OHP,LCD dan papan tayangan turut

terdapat dalam setiap kelas. Selain itu, kemudahan kantin dan kedai buku sekolah juga

telah membantu para murid adan Guru dalam mendapat keperluan yang cukup di

sekolah ini malah penyediaan menu yang pelbagai juga telah di sediakan oleh pihak

gerai di kantin sekolah. Walaubagaimanapun, penyediaan makan yang kurang sihat

seperti burger , chicken chop dan makanan yang lain yang mempunyai kalori yang

tinggi mampu membantutkan kesihatan di kalangan murid sekolah.

Keadaan geografi sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah Menengah

Kebangsaan Convent Green Lane dan sekolah ini juga terletak di penjuru jalan raya

yang sibuk boleh mengundang hal-hal yang tidak diingini berlaku kerana pada

kebiasaannya murid akan menunggu bas sekolah mereka atau kenderaan ibubapa

mereka terutamanya pada waktu puncak. Di samping itu, suasana jalan raya yang bising

juga mampu menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran terganggu.

Secara umumnya, sekolah ini menempatkan hanya murid perempuan sahaja.

Oleh itu, masalah disiplin sukar ditemui di sekolah dan ini telah membantu para Guru

untuk fokus kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jika terdapat masalah

disiplin kecil seperti kecurian dan bergaduh, pihak disiplin dan Kaunselinglah yang

memainkan peranan yang penting dalam menanggani masalah tersebut.

Pengurusan sekolah disekolah ini berada di dalam tahap yang baik juga kerana

semua isu yang berkaitan dengan ibubapa yang selalu merunggut serta selalu membuat

aduan.

Terdapat pelbagai strategi yang laksanakan oleh sekolah dalam memaksimakan

pemahaman murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran antaranya ialah sekolah

ini tidak mengikut system penyusun murid dalam kelas yang biasa iaitu murid di

Page 3: Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Setiap Aktiviti Pembelajaran

masukkan dalam mengikut kepandaian atau mengikut keputusan peperiksaan mereka

tetapi sekolah ini menggunakan pendekatan rawak di mana murid yang pandai akan di

beri kelas yang mempunyai murid yang lemah agar murid yang lebih pandai ini dapat

membantu murid yang lemah tadi dan ternyata bahawa strategi yang diperkenalakan

pada tahun 2011 ini telah menunjukan kesan yang positif di kalangan murid.