Download - Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Setiap Aktiviti Pembelajaran
![Page 1: Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Setiap Aktiviti Pembelajaran](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082314/55720e5b497959fc0b8c7608/html5/thumbnails/1.jpg)
INTRUMEN PENGUMPULAN
DATA BERHUBUNG TUGASAN
4.1. Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian selama 5 hari di sekolah kebangsaan
Convent Green Lane. Sepanjang di sekolah tersebut, saya telah memerhati Budaya
dan Persekitaraan sekolah, Kemudahan sekolah, Geografi sekolah, Disiplin murid,
Pengurusan sekolah dan strategi sekolah dalam memaksima pemahaman Murid dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Aspek pertama dalam pemerhatian saya iaitu budaya dan persekitaraan sekolah
dapat dilihat melalui kemesraan yang diberikan kepada kami oleh semua warga sekolah
sewaktu kami menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Saya percaya bahawa budaya ini
telah dididik oleh sekolah untuk murid-murid mempunyai rasa hormat yang tinggi
terhadap guru dan kakitangan sekolah yang lain. Selain itu, persekitaraan sekolah juga
sentiasa bersih, hal ini kerana Pihak Sekolah sentiasa menginggatkan murid-murid. Ini
dapat dilihat semasa mereka berkumpul sebelum masuk ke kelas, di mana setiap dari
mereka telah diberikan satu penyepit untuk menyepit sampah di kawasan sekolah
tersebut dalam masa 5 minit agar keadaan kebersihan sekolah yang bersih dapat di
kekalkan
Walaupun sekolah ini hanya sebuah sekolah bantuan modal kerajaan yang tidak
menerima sepenuhnya bantuan daripada KPM tetapi sekolah ini mampu untuk
mewujudkan sebuah Pusat Akses iaitu Makmal Komputer dengan bantuan daripada
PIBG sekolah yang sentiasa aktif dalam membantu menyediakan kemudahan yang
![Page 2: Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Setiap Aktiviti Pembelajaran](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082314/55720e5b497959fc0b8c7608/html5/thumbnails/2.jpg)
mencukupi untuk murid di sekolah tersebut. OHP,LCD dan papan tayangan turut
terdapat dalam setiap kelas. Selain itu, kemudahan kantin dan kedai buku sekolah juga
telah membantu para murid adan Guru dalam mendapat keperluan yang cukup di
sekolah ini malah penyediaan menu yang pelbagai juga telah di sediakan oleh pihak
gerai di kantin sekolah. Walaubagaimanapun, penyediaan makan yang kurang sihat
seperti burger , chicken chop dan makanan yang lain yang mempunyai kalori yang
tinggi mampu membantutkan kesihatan di kalangan murid sekolah.
Keadaan geografi sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent Green Lane dan sekolah ini juga terletak di penjuru jalan raya
yang sibuk boleh mengundang hal-hal yang tidak diingini berlaku kerana pada
kebiasaannya murid akan menunggu bas sekolah mereka atau kenderaan ibubapa
mereka terutamanya pada waktu puncak. Di samping itu, suasana jalan raya yang bising
juga mampu menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran terganggu.
Secara umumnya, sekolah ini menempatkan hanya murid perempuan sahaja.
Oleh itu, masalah disiplin sukar ditemui di sekolah dan ini telah membantu para Guru
untuk fokus kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jika terdapat masalah
disiplin kecil seperti kecurian dan bergaduh, pihak disiplin dan Kaunselinglah yang
memainkan peranan yang penting dalam menanggani masalah tersebut.
Pengurusan sekolah disekolah ini berada di dalam tahap yang baik juga kerana
semua isu yang berkaitan dengan ibubapa yang selalu merunggut serta selalu membuat
aduan.
Terdapat pelbagai strategi yang laksanakan oleh sekolah dalam memaksimakan
pemahaman murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran antaranya ialah sekolah
ini tidak mengikut system penyusun murid dalam kelas yang biasa iaitu murid di
![Page 3: Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Setiap Aktiviti Pembelajaran](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082314/55720e5b497959fc0b8c7608/html5/thumbnails/3.jpg)
masukkan dalam mengikut kepandaian atau mengikut keputusan peperiksaan mereka
tetapi sekolah ini menggunakan pendekatan rawak di mana murid yang pandai akan di
beri kelas yang mempunyai murid yang lemah agar murid yang lebih pandai ini dapat
membantu murid yang lemah tadi dan ternyata bahawa strategi yang diperkenalakan
pada tahun 2011 ini telah menunjukan kesan yang positif di kalangan murid.