sejauh mana kesedaran menutup aurat di kalangan pelajar

Upload: razizi-bin-tarmuji

Post on 18-Jul-2015

395 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Kesedaran Menutup Aurat Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Kuala LangatPembentang: Asmak binti Ibrahim Rizalina binti Mohd. Radwan

PENGENALAN .

: Firman Allah S.W.T yang berbunyi

PENGERTIAN AYAT Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur : 31)

Melalui keterngan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa isu aurat terutamanya kepada wanita Islam amat ditekankan bagi memelihara kesucian dan kehormatan Islam.

PERNYATAAN MASALAH Penekanan terhadap aurat wanita dan amalan pemakaian wanita yang mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syariat dilihat sebagai faktor utama sebagai benteng seseorang dari terlibat dengan gejala-gejala sosial. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi melihat tahap kesedaran menutup aurat dikalangan pelajar dan juga tahap pengamalan pelajar terhadap menutup aurat.

OBJEKTIF KAJIAN Melihat tahap pengetahuan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat tentang tuntutan menutup aurat. Melihat tahap persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap kewajipan menutup aurat. Melihat tahap amalan menutup aurat di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat.

PERSOALAN KAJIAN Apakah persepsi pelajar perempuan Kolej Komuniti Kuala Langat tentang kewajipan menutup aurat? Apakah pengetahuan pelajar perempuan Kolej Komunti Kuala Langat tentang tuntutan menutup aurat? Apakah amalan menutup aurat berlaku di kalangan pelajar perempuan Kolej Komuniti Kuala Langat?

KEPENTINGAN KAJIAN Memperbanyakkan program-program berunsur keagamaan terhadap semua pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Kuala Langat. Silibus Pendidikan Islam dikaji semula dari sudut kesesuaiannya. Pemantauan yang tegas dari semua pensyarah terhadap pemakaian pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat. Setiap pensyarah menunjukkan contoh yang baik dari segi etika pemakaian ketika berada di kawasan kolej. Meningkatkan tahap kesedaran menutup aurat di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat.

BATASAN KAJIANHanya melibatkan pelajar perempuan Kolej Komuniti Kuala Langat yang mengikuti program Teknologi Maklumat, Perakaunan dan Perniagaan serta Pelancongan dan Pengembaraan semester satu, dua dan empat bagi sesi Januari 2010. Jumlah keseluruhan responden yang diambil daripada pelajar-pelajar tersebut adalah seramai 85 orang.

SOROTAN KAJIAN Dalil Al-Quran Firman Allah S.W.T:

Ertinya: Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka,yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu, dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Ahzab : 59)

SOROTAN KAJIANDalil dari Hadis: Rasulullah s.a.w ketika menganjurkan kaum wanita keluar melaksanakan solat Hari Raya, terdapat salah seorang wanita bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah s.a.w, salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab. Jawab Raslullah s.a.w: Hendaklah ia meminjam jilbab dari saudaranya. (Riwayat Muslim dan Bukhari)

KAJIAN LEPAS Abdullah bin Sulong dan Norliza binti Ahmad (2010) yang telah membuat kajian kepada 141 orang pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

KAJIAN LEPAS Umar Khalis Bin Mamat (2007) dalam kajiannya terhadap 80 orang pelajar tingkatan lima aliran sains sukan mengenai amalan menutup aurat di kalangan pelajar semasa bersukan di sekolah menengah zon Bandar Tun Abdul Razak, daerah Rompin, Pahang

KAJIAN LEPAS Ahmad Marzuki bin Mohamad dan Noor Betty Azura binti Muhamad Radzi, (2011) dalam kajiannya terhadap 335 orang mengenai persepsi pelajar wanita Islam Universiti Teknologi Malaysia terhadap fesyen terkini dan tuntutan menutup aurat

KAJIAN LEPAS Farahwahida Binti Mohd Yusof & Nur Afzan Binti Muhamad (2010) terhadap 11 orang staf sokongan kolej kediaman siswi Universiti Teknologi Malaysia Skudai mengenai tahap pengetahuan dan pengamalan wanita Islam terhadap kewajipan menutup aurat.

METODOLOGI KAJIAN Menyentuh mengenai reka bentuk kajian, proses pemilihan responden kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, prosedur menganalisis data serta kesahan dan kebolehpercayaan instrumen.

REKABENTUK KAJIAN Kajian berbentuk satu tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif dan proses pengutipan data dilakukan melalui teknik borang soal selidik Hasil daripada data yang diperolehi daripada borang akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam sistem perisian SPSS versi 16.0.1.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Daripada 152 keseluruhan pelajar perempuan, 101 daripadanya ialah pelajar perempuan islam. 10 orang pelajar perempuan islam telah dijadikan responden ujian rintis (pilot study) Hanya 85 orang responden sahaja yang terlibat di dalam kajian ini.

INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini telah menggunakan set borang soal selidik yang mengandungi skala Likert 4 poin bagi mendapatkan data data berkaitan.

Hasil daripada ujian kebolehpercayaan yang di jalankan , tahap nilai Conbarch Alpha kebolehpercayaan bagi keseluruhan item soalan ialah 0.888. Ini menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan bagi instrumen kajian adalah tinggi.

Jadual 3.4.1 Jadual Nilai Skor Min

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

PENGANALISAN DATA

DAPATAN KAJIAN ANALISIS DEMOGRAFIPROGRAM SIJILSIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT SIJIL PERAKAUNAN DAN PERNIAGAAN SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN20% 25% 41% 46%

SEMESTERSATU DUA EMPAT

34% 34%

ANALISIS DEMOGRAFISEKOLAH MENEGAHUMUR18 HINGGA 20 21 TAHUN KEATAS TEKNIK ALIRAN BIASA ALIRAN AGAMA

5%24%

8%

76%

87%

ANALISIS DEMOGRAFIRUMAH KEDIAMANKAMPUNG FELDA PINGGIR BANDAR BANDAR

44%

31%

23%

2%

DAPATAN KAJIAN Min Pengetahuan Pelajar Terhadap Amalan Menutup AuratKATEGORI PURATA HASIL KESELURUHAN DAPATAN

Tahap Pengetahuan Pelajar Islam Terhadap Kewajipan Menutup Aurat

3.65

TAHAP TINGGI

DAPATAN KAJIAN Min Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Tuntutan Berpakaian Menutup AuratKATEGORI PURATA HASIL KESELURUHAN DAPATAN

Persepsi Pelajar Terhadap Tuntutan Berpakaian Menutup Aurat Dalam Kehidupan Seharian

3.27

TAHAP TINGGI

DAPATAN KAJIAN Min Pengamalan Pelajar Menutup Aurat Di Dalam Dan Diluar KolejKATEGORI PURATA KESELURUHAN HASIL DAPATAN

Tahap Pengamalan Menutup Aurat Dikalangan Pelajar

3.03

TAHAP SEDERHANA

DAPATAN KAJIAN KESELURUHAN Secara keseluruhan purata bagi kajian ini ialah 3.31. Nilai ini menunjukkan pelajar pelajar perempuan Kolej Komuniti Kuala Langat mempunyai tahap kesedararan menutup aurat yang tinggi iaitu melebihi skor 3.0

KESIMPULAN Dapatan kajian boleh digunakan sebagai rujukan kepada pentadbir kolej, pensyarah pensyarah khususnya pensyarah pendidikan islam dan pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dalam menangani masalah sosial dikalangan pelajar. Dapatan dari kajian ini akan dimanafaatkan sebaik mungkin oleh Unit Pengajian Am , Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat.

CADANGAN Memperbanyakkan program-program berunsur keagamaan terhadap semua pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Kuala Langat.

Silibus Pendidikan Islam dikaji semula dari sudut kesesuaiannya mengikut peredaran masa dan zaman.Pemantauan yang tegas dari semua pensyarah terhadap pemakaian pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat.

Setiap pensyarah menunjukkan contoh yang baik dari segi etika pemakaian ketika berada di kawasan kolej

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Kajian keberkesanan silibus Pendidikan Islam terhadap sahsiah pelajar-pelajar Kolej Komuniti khususnya

~ SEKIAN. TERIMA KASIH~