sejarah....gerakan 4 mei (1917-1921)

20
GERAKAN 4 MEI (1917- 1921)

Upload: nurhawa95

Post on 01-Dec-2014

1.057 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

..NIE ADALAH HASIL PRESENTATION BUDAK2 KELAS 6 (B) WAWASAN...

TRANSCRIPT

Page 1: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

Page 2: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

Demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti Peking pada 4 Mei 1919.

Gerakan ini bersifat intelektual (1917-1923).

Perasaan tidak puas hati rakyat Cina terhadap Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun.

5000 pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking mengadakan demostrasi membantah keputusan Perjanjian Versailles.

Matlamat utama gerakan ini : menyelamatkan China daripada ancaman kuasa-kuasa asing.

Page 3: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

Matlamat Gerakan 4 Mei

1. PENGEMBALIAN HAK-HAK CHINA DI SHANTUNG

Faktor kemunculan Gerakan 4 Mei ialah Perjanjian Versailles yang memutuskan bahawa bekas hak-hak Jerman di Shantung diserahkan kepada Jepun.

Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun telah merampas konsesi-konsesi Jerman di Shantung.

Perjanjian Versailles tahun 1919 telah menyerahkan hak-hak Jerman di Shantung kepada Jepun.

Page 4: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

2. PENOLAKAN 21 TUNTUTAN

Pada 18 Januari 1915, Jepun telah membuat 21 tuntutan ke atas China.

Tuntutan-tuntutan tersebut mensyaratkan China berjanji tidak akan menyerahkan atau memajakkan kepada kuasa ketiga mana-mana pelabuhan, teluk atau pulau di sepanjang pantainya.

China dikehendaki mengambil penasihat-penasihat Jepun dan menyetujui apa-apa keputusan diantara Jepun dan Jerman berkenaan hak –hak Jerman di Shantung

Selepas rundingan, China telah menerima tuntutan-tuntutan tersebut dengan beberapa pindaan yang menguntungkannya.

Golongan pelajar menganggap tuntutan-tuntutan berkenaan sebagai satu penghinaan kepada China.

Golongan Pelajar menuntut supaya China menolaksama sekali 21 tuntutan itu.

Page 5: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

Faktor-faktor tercetus Gerakan 4 Mei

1. KETIDAKSTABILAN POLITIK

Kekalahan dalam perang candu satu dan dua.

Penubuhan anti pemimpin.

Gagal mengatur program-program bagi membangunkan negara yang mundur.

Munculnya zaman hulubalang selepas kematian Yuan Shih-kai.

Page 6: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

2. KEMUNCULAN GOLONGAN PEDAGANG DAN SAUDAGAR

Semasa Perang Dunia Pertama, permintaan besi dan keluli meningkat.

Munculnya golongan sudagar dan pekerja.

Keadaan politik yang tidak stabil menjejaskan sumber pendapatan saudagar-saudagar dan golongan pekerja.

Mereka tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Page 7: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

3. PERKEMBANGAN INTELEKTUALISME

Pelajar PerananChen Tu-hsiu Menerima pendidikan di Perancis

Kembali ke China pada tahun 1915 Menerbitkan majalah ‘New Youth’ Menyeru golongan belia agar meninggalkan adat dan tradisi

lama Menggesa mereka berfikiran progresif dan berpandangan jauh

Tsai Yuan-pei Merupakan seorang mahasiswa Perancis Kembali ke tanah air pada tahun 1916 Berkhidmat sebagai Canselor Universiti Peking Menjadikan Universiti Peking sebuah pusat pengajian tinggi

yang bebas Menyebarkan idea-idea Barat kepada pelajar

Hu Shih Merupakan seorang mahasiswa Amerika Syarikat Memberikan sumbangan dalam bidang bahasa Memperkenalkan bahasa moden, iaitu Mandarin

Page 8: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

4. PERKEMBANGAN IDEOLOGI KARL MARX DAN BOLSHEVIK

Ramai pelajar yang menuntut di Universiti Peking terdedah kepada ideologi Marxism.

Kakitangan Universiti Peking seperti Chen Tu-hsiu, Li Ta-chao, dan Mao Tze Tung turut terpengaruh dengan ideologi Marxism.

Pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan ideologi Marxism menubuhkan beberapa buah persekutuan untuk menyebarkan ideologi tersebut. Antaranya:

a) Persatuan Arus Baharu

b) Persatuan Majalah Rakyat

c) Kesatuan Pekerja dan Pelajar

Page 9: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

5. PERISTIWA LUAR NEGERI

Peristiwa yang berlaku di nagara asing turut memberi inspirasi kepada golongan nasionalis di China.

Antara peristiwa yang memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia (1917).

Revolusi sosial yang tercetus di Finland, Jerman, Australia, dan Hungary turut mempengaruhi pencetusan Gerakan 4 Mei.

Page 10: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

6. PENGAMBILAN WILAYAH SHANTUNG OLEH JEPUN

Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung daripada Jerman.

Jepun menempatkan pasukan tenteranya bagi mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut.

Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919 memutuskan hak-hak Jerman di wilayah Shantung diserahkan kepada Jepun.

Keputusan tersebut ditentang oleh orang Cina.

Page 11: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

7. TUNTUTAN 21 PERKARA

Jepun mengemukakan tuntutan tersebut dalam lima kumpulan kepada China (1915).

Antara perkara-perkara yang terkandung dalam tuntutan:

a) China tidak menyerahkan atau memajakkan mana-mana wilayahnya kepada kuasa ketiga.

b) China dikehendaki melantik penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan, ketenteraan, dan pasukan polis.

c) China harus menerima keputusan yang dicapai oleh Jepun dengan Jerman berhubung dengan hak-hak Jerman di Shantung.

Page 12: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

Kesan Gerakan 4 Mei

1. MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

• Tekanan daripada, kerajaan China menolak Perjanjian Versailles.

• Ahli-ahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21 tuntutan Jepun dipaksa meletakkan jawatan.

• Dalam persidangan Washington 1921-1922, Jepun bersetuju untuk menarik diri dari wilayah Shantung.

Page 13: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

2. MELAHIRKAN SEMANGAT KEBANGSAAN

Golongan pelajar mengadakan demonstrasi dan memulaukan barang-barang buatan Jepun.

Demonstrasi dan pemogokan dilancarkan mendapat sambutan di seluruh negara.

Demonstrasi oleh pekerja di Peking, Shanghai, Hankow, dan Tiensin.

Pemulauan tersebut melahirkan perasaan antiJepun.

Page 14: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

3. PERKEMBANGAN FAHAMAN KOMUNIS

Mula bertapak dan mempengaruhi pelajar-pelajar daripada Universiti Peking.

Fahaman tersebut terselah apabila Pertubuhan Pengajian Marxism di Universiti Peking oleh Li Ta-chao, Chang Kuo-tao, Mao Tse-tung dan Chen Tu-hsiu.

Page 15: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

4. MELEMAHKAN KEDUDUKAN HULUBALANG-HULUBALANG

Golongan pelajar menyalahkan golongan hulubalang kerana gagal mempertahankan kepentingan China dalam Perjanjian Versailles.

Kabinet terpaksa dibubarkan ekoran desakan orang ramai.

Page 16: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

5. MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KUOMINTANG

Rakyat sokong Kuomintang yang berjuang untuk menyatukan China.

Gerakan ini mendorong Dr. Sun Yat Sen untuk mengukuhkan kuasa di China.

Kuomintang berjaya membentuk kerajaan baharu di Nanking (1928)

Page 17: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

6. KEMUNCULAN GERAKAN KEBUDAYAAN BAHARU

Surat khabar dan majalah memainkan peranan dalam pembinaan masyarakat China yang baharu.

Antara majalah-majalah tersebut termasuk:

a) Aliran Baharu (New Tide)

b) Pembidas Mingguan (Weekly Critic)

c) Pemuda Baharu (New Youth)

Golongan intelektual seperti Chen Tu-hsiu mengkritik masyarakat tradisional yang berteraskan ajaran Conficious.

Page 18: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

Peristiwa Gerakan 4 Mei

April 1919, Persidangan Versailles memutuskan wilayah Shantung diserahkan kepada Jepun.

Menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat China.

4 Mei 1919 , satu perhimpunan dianjurkan oleh pelajar-pelajar dari 13 buah maktab dan Universiti Kebangsaan Peking.

5 000 orang pelajar berkumpul di Tienan Men.

Menyerang dan membakar rumah pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai Cina dan proJepun.

Hsu Te-heng, Chang Kuo-tao, dan Yi Ken-ni ditangkap oleh kerajaan.

10 orang pemimpin pelajar dan lebih 1 000 pelajar menyertai demonstrasi ditahan oleh kerajaan China.

Demonstrasi oleh saudagar-saudagar melumpuhkan ekonomi China.

Page 19: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)
Page 20: sEjArAh....GERAKAN 4 MEI (1917-1921)

SEKIANTERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH :

FADINIE & FAZLIN